Ahad, 27 Mac 2011
Pentingnya Mengetahui Zat, Sifat dan Peranan Tuhan Kita...
Terima kasih Ya Allah,Tuhan [Rabb] kami, dengan rahmat dan nikmatMu yang besar pada kami, Engkau telah memperkenalkan zat & diriMu pada kami melalui Rasulullah SAW dari Al Qur'an.
Engkau telah memperkenalkan kepada kami Zat -Mu, sifat-sifat-Mu, peranan-peranan-Mu, melalui wahyu-Mu kepada Rasul-Mu,kepada makhluk terutama manusia. Inilah nikmat paling besar dari Tuhan bagi kami manusia iaitu ciptaan-Mu...
Selawat dan salam bagi Rasulullah SAW. Dengan sebab baginda nikmat yang besar itu sampai pada kami, hingga kami kenal zat Tuhan, sifat dan peranan-perananNya.
Oleh itu marilah kita banyakkan selawat kepada Rasulullah SAW yg sudah berjasa kepada kita semua. Dan marilah kita bersyukur kepada Allah SWT, nikmat yang besar itu telah dianugerahkanNya kepada kita.Yang mana Allah SWT mengenalkan diriNya , zatNya , sifatNya dan perananNya kepada manusia.
Marilah belajar dari Al Qur'an.
Kalau kita baca ayat-ayat Al Quran dari awal sampai akhir, hampir setiap surah, kalau tidak di awal, tentu di tengah atau diakhir, walaupun kadang-kadang Tuhan ceritakan mengenai syariat, sejarah, tapi tidak lepas Tuhan selitkan untuk mengenalkan diriNya, zatNya, sifatNya dan mengenalkan perananNya. Begitulah dalam Al Quran itu. Apakah maksudnya?
Daripada keseluruhan ajaran Islam itu yang paling penting adalah aqidah,
Mengenal zat Tuhan dengan tepat.
Mengenal sifat Tuhan secara tepat.
Mengenal peranan-peranan Tuhan secara tepat.
Diantaranya, seperti Allah SWT berfirman
Tuhan yang miliki langit dan bumi.
Tuhanlah yang mempergilirkan malam dan siang.
Tuhanlah yg menjadikan manusia dari setitis air .
Tuhanlah yang menjadikan hidup dan mati.
Tuhanlah yang memberi rezeki, menyembuhkan penyakit,
Tuhanlah yang menjadi penyelamat,
Tuhan yang Maha berkat,
Tuhan mematikan dan menghidupkan.
Tuhan yang menjadikan segala-galanya.
Tuhan yang mendatangkan keselamatan dan bala bencana.'
Begitulah seterusnya.
Apa maksud ini semua? Apa yang Tuhan kehendaki?
1) Supaya akidah dan kepercayaan kita kepada Tuhan itu tepat samada pengetahuan tentang zatNya, sifatNya mahupun perananNya. Ini adalah nikmat paling besar. Lebih besar dari dunia dan lebih besar dari Akhirat. Tak ada yang lebih besar lagi dari nikmat ini. Apa maksud di sebalik mengenal Tuhan secara tepat?
2) Supaya kita takut kepada Tuhan, kita cinta pada Tuhan,supaya kita dapat anggap Tuhan adalah segala-galanya. Tuhan itu penyelamat dunia akhirat, tempat kita menyerahkan nasib di dunia dan di Akhirat.
3) Supaya kita benar-benar merasa Tuhan itu wujud, kita tak boleh hidup tanpa Tuhan, tak boleh selamat tanpa Tuhan, menyerahkan diri kita sepenuhnya pada Tuhan, tidak ada yang berkuasa mutlak melainkanTuhan. Makhluk sekalipun besar kuasanya, tidak satu habuk pun kuasa itu bila dibanding kuasa Tuhan.
4) Kita akan rasa Tuhan itu adalah segala-galanya. Kita akan menyerahkan diri padaNya tanpa berbelah bagi. Kita akan seronok, kuat, beruntung bersama Tuhan.
Itulah tujuan Tuhan kenalkan diriNya dalam setiap surah. Ini adalah nikmat paling besar dari Tuhan samada di dunia atau Akhirat.
Mengenal Tuhan itu nikmat paling besar bagi makhluk
Kemampuan Manusia Terbatas
Kemampuan manusia serba terbatas
Pengetahuan, pendengaran, penglihatannya amat terbatas sekali
Kerana sebahagian jasadnya sahaja yang berfungsi mengambil peranan
Pengetahuan hanya akal sahaja yang mengetahui
Lain-lain anggota tidak mengetahui
Pendengaran hanya telinganya sahaja yang mendengar
Lain-lain anggota tidak mendengar
Penglihatannya hanya mata sahaja yang berfungsi
Lain-lain anggota tidak melihat
Begitu juga lain-lain anggota badan,
mempunyai satu fungsi sahaja
Itu pun berfungsi masih terbatas
Berlainan sekali dengan Tuhan,
segala sifat-Nya adalah tembus dan telus
Kerana Zat-Nya yang Maha Suci
daripada bandingan itu yang berfungsi
Zat-Nya yang tidak boleh dibelah bahagi itulah yang berkuasa
Zat-Nyalah yang mengetahui
Zat-Nyalah yang melihat dan Zat-Nya yang mendengar
Kerana itu sifat Tuhan walaupun banyak
tapi peranan Zat-Nya tidak dibelah bahagi
Dan satu-satu sifat tidak berperingkat-peringkat
Ertinya Zat-Nya yang Maha Esa
itulah yang berperanan mempunyai berbagai-bagai
sifat yang telah disebutkan tadi
Kerana itulah Zat Tuhan yang mempunyai
sifat segala-galanya taraf Maha
Segala sifat-sifat-Nya Maha Sempurna,
yang tidak perlu disempurnakan lagi
Manusia, setiap anggotanya mempunyai
fungsi yang tersendiri atau berbeza-beza
Ada yang mendengar sahaja,
ada yang mengetahui sahaja,
ada yang melihat sahaja
Tuhan tidak begitu,
Tuhan tidak berperanan seperti makhluk
Tuhan kita, Zat-Nya yang berperanan
Yang mempunyai sifat-sifat yang banyak
Walau banyak, ia tetap ESA
Zat-Nyalah yang mendengar,
Zat-Nyalah yang mengetahui
Zat-Nyalah yang melihat,
Zat-Nyalah yang berkuasa
Kerana itulah Tuhan boleh berperanan serentak
Masa itulah Dia berkuasa,
masa itulah Dia mengetahui
Masa itulah Dia mendengar,
masa itulah Dia melihat
Dia tidak berlaku silih berganti
Begitulah Tuhan tidak serupa sama sekali dengan makhluk
Kerana itulah Dia dikatakan Maha Suci dan SERBA MAHA
Allahyarham Ust. Ashaari.
Menjelang Maghrib 28.12.99
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan