Sabtu, 2 April 2011

CINTAKAN BANGSA DAN NEGARA




Kita ini dari pemimpin hinggalah rakyat jelata mudah sahaja berkata:

Kita kenalah bertolak ansur! Barulah kita boleh hidup bersama.
Apakah bertolak ansur itu mudah, apa kaedahnya?
Apa pemangkinnya?!

Pernahkah kita didik rakyat cara itu dari kecil lagi! Cuba jawab bersama

Marilah kita bekerjasama untuk kepentingan bersama!
Mudah sahaja kita berkata begitu, ilmunya tidak pernah diperkatakan.Kalau kita bercakap orang sudah boleh menerima dan boleh melakukannya ertinya mudahnya mendidik manusia, begitukah?

Mendidik manusia, kena kenallah manusia, ada ilmunya, ada kaedahnya. Mendidik manusia tidak semudah dikata sekiranya dari kecil tidak pernah diasuh, dari sekolah lagi tidak pernah diperkata tiba-tiba setelah dewasa minta dikota?!

tidak masuk akal, tidak munasabah manusia boleh terus bertindak.Sikap dan watak manusia itu adalah hasil asuhan dan didikan ia mestilah dilatih dari kecil lagi barulah berkesan

Marilah kita cintakan agama, bangsa dan negara!
Slogan ini tidak semudahnya orang boleh cinta.Kalau cinta nafsu, memang tidak payah diajar, tidak payah diasuh, orang sudah sedia pandai.Macam cinta laki-laki atau perempuan, ia cinta nafsu mudah berlaku,kita kenalah faham ini. Tapi cintakan agama, bangsa dan negara tidak mudah berlaku hanya sekadar berkata.

Ia bukan cinta kepada sesuatu yang terangsang dan merangsang macam cinta laki-laki dan perempuan. Cinta yang ini mudah berlaku tidak diceritakan pun berlaku, memang setiap hari berlaku. Cintakan agama, bangsa dan tanah air tidak begitu ia perlu diasuh dari kecil, dididik dari sekolah lagi. Ia perlu pemangkin, perlu ilmu, perlu kesedaran, perlu galakan, hingga mendarah mendaging.

Disebut selalu itu hanya hendak menyuburkan sahaja sedangkan asasnya sudah ada, sudah bertapak di jiwa. Diharap semua golongan faham dan ambil tahu bahawa sebenarnya perkara besar, semua hal adalah hasil didikan bermula dari kecil lagi.

Tidak pernah kita dengar orang berkata :

Aku tidak mahu menipu kerana aku takut bangsa dan negara atau ada hati kecil berkata: Aku tidak mahu hasad dengki, tidak mahu berdendam, mencuri, berzina dan lain-lain kejahatan kerana takut negara.

Atau ada kedengaran orang menberi nasihat seseorang: Buatlah baik jangan buat jahat takutlah kepada bangsa dan negara!

Yang selalu kita dengar atau hati kecil berkata Aku tidak mahu buat jahat. atau Aku hendak buat baik kerana Allah suruh kita.Tuhanlah suruh buat Tuhan tidak suka Tuhan akan masukkan neraka orang yang jahat

Orang buat baik atau tidak mahu buat jahat ada kaitan dengan Tuhan. Rupanya buat baik atau tidak buat jahat jarang orang kaitkan dengan bangsa dan negara. Cuma kalau orang buat baik kerana Allah, bangsa dan negaralah yang mendapat untungnya.

Oleh itu kalau hendak mendidik manusia, kaitkan dengan Tuhan, yang mendapat untung sudah tentulah bangsa dan negara.Hendak jadikan manusia baik dan tidak jahat kenalkan Tuhan dan asuh manusia mencintai-Nya atau takutkan-Nya bukan ajak manusia cintakan bangsa atau negara.

Cintakan bangsa dan negara adalah buah cinta Allah . Kalau manusia baik dan manusia sudah tidak jahat, kerana takutkan Tuhan memanglah bangsa dan negara yang mendapat untung. Bangsa dan negara secara automatik maju, aman damai kerana orang takutkan Allah bukan takutkan bangsa dan negara.

Tetapi apa yang terjadi sekarang para pemimpin mendidik rakyat cintakan bangsa dan negara. Bangsa dan negara tidak dicintai, Tuhan pun bukan sahaja tidak dicintai bahkan Tuhan pun dilupai.

Cintakan Allah, membawa orang cintakan bangsa dan negara. Cintakan Allah, bangsa dan negara yang akan mendapat untung adalah bangsa dan negara maju, aman damai dan harmoni.

Jadi cintakan Allah, adalah rahsia atau anak kunci orang cinta agama, bangsa dan negara.



Tujuan Berjuang - Untuk agama, bangsa, negara atau peribadi

Bismillahirrahmanirrahim

Di akhir zaman ini Umat Islam berjuang sudah salah hala tujuan,
Bukan agama, bangsa dan negara lagi hala tujuan buat mereka,
Agama, bangsa dan negara hanya sebagai wadah untuk
kepentingan peribadi,

Peribadi mungkin senang,
tapi agama, bangsa dan negara menjadi mangsa,

Mendapat untung peribadi menggunakan agama, bangsa dan negara,
Peribadi yang gemilang dan cemerlang, agama, bangsa
dan negara yang malang,

Kalau peribadi yang cemerlang,
agama , bangsa dan negara
tidak mestinya cemerlang dan terbilang,
Sepatutnya peribadi sanggup terkorban,
Asalkan agama, bangsa dan negara berdaulat dan terbilang,

Orang yang jujur, berkorban dan terkorban untuk agama,
bangsa dan negaranya,
Bukan korbankan agama, bangsa dan negara untuk
peribadinya,

Siapakah yang hendak membetulkan keadaan ini?
Fahaman yang telah disebutkan tadi telah sebati dengan hati,
telah menjadi pakaian diri,
Ia seolah-olah telah menjadi tradisi masyarakat Islam dihari ini,
Salah-salah tegur dimusuhi,

Dianggap pula musuh agama, bangsa dan negara,
Tidak dibetulkan, orang yang tahu satu kewajipan,
Kalau tidak dimurkai Tuhan,
Ramai yang tidak sanggup menerima risiko maka
dibiarkan saja,

Yang sanggup menerima risiko teraniaya,
Tapi kerana Tuhan, dibuat juga, ditegur juga,

Moga-moga gulungan yang terkorban dapat keredhaan Tuhan,
Begitulah selalunya orang yang jujur,
Dan ikhlas biasanya terkorban.

Nukilan: Allahyarham Ust. Ashaari. Muhammad
17-05-05
Waktu Dhuha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan