Sabtu, 5 Mac 2011

Kenapa salahkan musuh


Pesanan dari Sayidina Omar
‘Aku lebih takut pada dosa-dosa kamu daripada musuh-musuhmu, kerana bila kamu berdosa Allah tidak akan menolong kamu lagi! Maka terbiarlah kamu pada musuh-musuhmu.”

Buat pencinta Islam semuanya supaya awas ! Waspada ! Dan berhati-hati terhadap musuh. Sebab licinnya musuh bagaikan belut, garangnya bagaikan singa, bijaknya bagai kancil, hati- hatinya seperti harimau mengendap dan sensitifnya umpama lintah dan pacat.

Kalau pejuang Islam tidak boleh jadi umpama raja belut atau bapak singa atau ketua sang kancil atau Perdana Menteri harimau dan ibu lintah atau ibu pacat, bagaimana boleh kita menang terhadap musuh-musuh kita itu?

Ilmu tentang musuh, pendekatan awal terhadap cara mengesan tipu dayanya, makamya, taktiknya serta teknik menghadapinya, adalah alat penting dalam perjuangan ini. Dan sepertimana kita telah ‘study’ atau mengkaji ilmu lain maka begitulah sepatutnya kita kaji ilmu ini. Jika tidak, nasibkita akan jadi seperti nasib orang yang tidak memagarl tanamannya dengan pagar-pagar kawalan. Tanaman yang tumbuh suburitu akan diserang babi, siput babi, ulat, ketam, burung, tikus dan lain-lain. Maka putih matalah kita kerana perjuangan mati di tengah jalan, hanyutlah kita tanpa tujuan.

Nampaknya pejuang Islam hari ini tidak ada strateji dan politik (siasah) perjuangan yang tepat. Mereka seakan-akan tidak ada panduan, lalu mencuba-cuba sesuatu teori dan akan menukar kepada teori lain kalau cubaan itu menunjukkan hasil yang negatif. Sudahlah begitu mereka pula seperti tidak sedar yang mereka punya musuh yang banyak dan macam-macam jenis. Jadi bila rancangan mereka digagalkan, maka riuh rendahlah mereka mengatakan kesal terhadap musuh. Seolah-olah mereka berkata:
“Tak patut musuh buat begini.”

Kemudian bila musuh tipu mereka, riuh pula mereka menyahut-nyahut dengan seolah-olah berkata begini: “Tak patut musuh tipu kita.”

Dan bila semua rancangan perjuangan dipulaukan oleh Musuh maka bising pulalah pejuang-pejuang Islam bersuara tidak puas hati, dengan maksud seakan-akan begini:
“Sampai hati musuh tak bantu kita.”

Kemudian bila musuh tipu mereka, riuh pula mereka menyahut-nyahut dengan seolah-olah berkata begini: “Tak patut musuh tipu kita.”

Akhimya bila segala-galanya gagal, berkatalah mereka beramai-ramai:
“Ini musuhlah punya pasal.”

Ini realiti saudara! Bacalah laporan-laporan tentang ini yang dilahirkan sendiri oleh pejuang-pejuang Islam dalam akhbar-akhbar mereka atau dalam pidato-pidato mereka, dalam muktamar, seminar, mesyuarat agung dan persidangan antarabangsa mereka. Apa ada di sebalik sikap begitu sebenamya?

Bukankah itu bererti pejuang-pejuang Islam tidak tahu tentang musuh. Kalau tahu, kenapa minta musuh berhenti dari menghalang kita atau minta jangan tipu kita dan lebih-lebih lagi mana boleh minta musuh bantu kita Bukankah setiap yang bermusuh itu ingin saling jatuh menjatuhkan ?

Memang kerja musuh menjatuhkan lawannya sejatuh-jatuhnya. Di atas kejatuhan itu mereka dapat bertakhta dengan gagahnya. Lihat kembali ucapan padri Kristian ketika mendengar khabar kekalahan Islam di tangan Monggol di Baghdad:

“Biarkan anjing-anjing itu dipijak, dikoyak-koyak dan dipotong-potong oleh musuh-musuhnya keruntuhan itu kita bangunkan tama

Begitulah sikap musuh. Jangan kata, “Tak patut cakap macamtu.” Sebab itulah kata-kata yang patut untuk seorang’ yang sangat dimusuhi. Kalau tidak begitu tidak bermusuhlah namanya. Tapi pejuang Islam hari ini kelihatan seolah-olah tidak bermusuh dengan musuh ketat Islam, sebabitu mereka tidak fikir apa taktik untuk hadapi musuh. Yang mereka buat ialah marah pada musuh sebab menggagal, menyekat dan mengugut dengan memulaukan rancangan mereka. Mereka harap dengan marah-marah begitu musuh akan kesihan dan berpihak pada mereka Barulah musuh hendak bantu dan tidak lagi menghalang perjuangan mereka !

Kasihan‘pejuang Islam ! Bagaimana boleh terkeliru begitu sekali. Bukankah Allah dan Rasul-Nya sudah menceritakan bahawa Yahudi dan Nasrani itu tidak akan biarkan umat Islam, melainkan akan diusahakan agar kesemua umat ini ikut mereka sekalipun ke dalam lubang biawak.

Kita maki hamunlah dan berdemonstrasilah bagaimana dahsyat sekalipun, musuh tidak akan menyokong, membantu atau berjuang macam kita. Bahkan ia tambah gembira sebab perbuatannya sudah berhasil menakutkan kita dan menggagalkan rancangan kita. Dan lepas itu dia akan aturkan rancangan dan strateji yang lebih besar dan lengkap lagi, supaya matilah perjuangan Islam, terkunci mulut pejuangnya dan terhentilah segala aktiviti perjuangan Islam.

Menyedari hakilcat inilah maka saya mahu mengajak seluruh pejuang Islam, supaya waspada sungguh-sungguh terhadap musuh. Caranya, bukan dengan menyalahkan mereka. Orang yang menyalahkan musuhnya macamlah orang yang menyalahkan nyamuk kerana menggigitnya. Makilah nyamuk sebanyak manapun namun tetaplah digigitnya juga. Sebab itu sudah kerja dia. Kalau kita tidak dapat buat apa-apa padanya, cuma setakat menyalahkan dia saja maka sukalah dia. Bolehlah nyamuk meneruskan usahanya menghisap darah manusia itu tanpa halangan apa-apa. Sepatumya kita lawan nyamuk. Atau katakan padanya,

‘Wahai nyamuk, engkau jangan gigit aku. Sebab engkau hanya boleh ambil sedikit darahku tapi aku boleh ambil nyawamu.”

Maka kalau nyamuk gigit juga kerana nyamuk itu nampaknya tidak sedar diri, tunggu apa lagi? Bunuh saja! Supaya jadi perhatian pada nyamuk-nyamuk yang lain. Kalau gigit, matilah hukumannya. Tapi tidakkan nyamuk lain mahu mengalah atau kecewa. Dia mesti bela kawannya. Maka kita pun begitulah sepatumya. Jangan mengalah dan kasihan pada nyamuk. Jalankan tugas kita! Kalau pun tidak sampai hati hendak bunuh pasanglah kelambu atau ubat nyamuk. Barulah nyamuk tidak boleh gigit kita. Demikianlah sepatumya dengan musuh. Dia tipu kita, kita tipu dia. Dia atur strateji, kita atur strateji kita. Dia halang perjuangan kita, kita halang perjuangannya. Dia membangun kita ptm membangun juga. Kalau begitu barulah berjuang namanya. Tapi kalau kita tidak merancang langsung, untuk menewaskan musuh sekurang-kurangnya di waktu musuh menewaskan kita, apalah ertinya lagi perjuangan kita?

Kalau setakat menyalahkan musuh dan harap musuh jangan tewaskan kita, itu tidak menjejaskan apa-apa program musuh, bahkan mungkin menguntungkan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan