Isnin, 17 September 2012

PERANAN JEMAAH ISLAM 1


MENGEMBALIKAN WIBAWA UMAT ISLAM YANG TELAH HILANG ?

Hari ini banyak perkara yang telah hilang dari umat Islam. Di antaranya ialah ilmu dan hikmah, kasih sayang, perpaduan, empayar, jemaah dan ummah. Mungkin kerana itu hilanglah wibawa umat Islam.

Bila umat Islam tidak ada wibawa ertinya tidak ada kekuatan, lemah dan lumpuh. Akhirnya umat Islam seluruh dunia hari ini macam kain buruk atau debu-debu yang berterbangan yang tidak ada harga satu sen pun atau ibarat buih-buih di laut yang dipecah belahkan oleh ombak laut.

Itulah yang sedang berlaku pada dunia Islam hari ini, akibat dari itu umat Islam menjadi hina. Hina disebabkan dijajah tapi jajahan bentuk baru bukan bentuk lama. Penjajahan bentuk lama bersifat fizikal, tapi bentuk baru ini, kalau orang itu tidak kuat rasa bertuhan, tidak prihatin, bukan sahaja awamul muslimin, ulama dan pemimpin Islam pun tidak faham, bahkan ulama dan pemimpin Islam sudah anggap kita sudah merdeka hari ini padahal kalau kita prihatin umat Islam hari ini dijajah bentuk baru. Penjajahan secara bentuk baru inilah yang umat Islam termasuk pemimpin dan ulama tidak faham.

Penjajahan bentuk baru yang sedang berlaku pada umat Islam hari ini yang besar-besarnya ialah:

1. Ideologi telah menjajah syariat atau ideologi telah menjadi syariat. Semua negara Islam menggunakan ideologi dari yahudi menggantikan syariat Islam.

2. Pendidikan sudah dijajah. Daripada pendidikan yang bertunjangkan iman di tukar kepada pendidikan sekular yang tidak dikaitkan dengan iman yang tidak bertunjangkan wahyu Allah.

3. Ekonomi dunia dahulu dikuasai umat Islam yang bersifat khidmat, bersih dari riba, monopoli dan penindasan kini dijajah oleh ekonomi yang besifat riba, penzaliman, penindasan dan monopoli,

4. Kebudayaan Islam yang bersih sudah dijajah oleh kebudayaan yang kotor, maksiat, bahkan sesetengah hal, telah diganti oleh kebudayaan yang lucah.

Penjajahan yang berbetuk rohani dan maknawi ini bukan sahaja umat Islam tidak faham tapi ulama dan pemimpin Islam pun tidak faham, sebab itu umat Islam hari berbangga umat Islam merdeka tapi hakikatnya belum merdeka, sebab sebenarnya penjajahan sekarang bertukar dari penjajahan bentuk lama ke bentuk baru. Kalau dahulu berbentuk fizikal tapi sekarang berbentuk maknawi dan rohani. Ini hakikatnya yang sedang berlaku pada umat Islam pada hari ini.

Bagaimana untuk keluar dari kehinaan ini ?

Tuhan dengan rahmat dan nikmatnya di bekalkan pada umat Islam, Quran dan Sunnah, kalau kita faham Quran dan Sunnah, bagaimana terhinanya umat Islam, bagaimana terjajahnya umat Islam pasti ada jalan keluar. Pokoknya kita faham atau tidak, kalau kita faham Quran dan Sunnah ada jalan keluar.

Tapi hingga hari ini para ulama termasuk pemimpin Islam seluruh dunia tidak nampak jalan keluar dan ubat yang Allah SWT datangkan. Mereka tidak nampak lagi padahal ubat yang Allah bekalkan merupakan jalan keluar dari kehinaan. Kalau kita faham Quran dan Sunnah, hayati dan applykan dalam perjuangan kita maka Allah akan bela kita kembali sebagaimana yang pernah berlaku di zaman sahabat, tabiin, tabii tabiin sekitar 300 tahun selepas Rasulullah.

Apakah ubat dan jalan keluar daripada kehinaan yang umat Islam tanggung apabila dijajah oleh barat dan yahudi secara maknawi dan rohani ini?

Allah ada menyebut di dalam Quran yang bermaksud;

Terjemahan;
“Akan didatangkan kehinaan itu di mana sahaja mereka berada kecuali tidak terhina orang-orang yang membuat perhubungan dengan Allah dan perhubungan dengan manusia”

Ayat di atas kalau kita tidak dapat fahami, tidak hayati dan tidak dapat perjuangkan maka tidak adalah jalan keluar bagi umat Islam bagi menghadapi kehinaan ini, moga-moga kita dapat faham, hayati dan perjuangkannya.

Kalau ayat ini dihayati dan diperjuangkan insya Allah akan selesai masalah umat Islam. Kita akan dapat kekuatan dari Allah bukan dari kita. Kalau kita amalkan dan perjuangkan ayat ini, walaupun pendek sahaja tapi besar maksudnya, beerti kita mendapat 90% kekuatan dari Tuhan. Kita hanya buat 10% sahaja manakala 90% lagi Allah akan buatkan.

Walaupun ayat ini pendek dan mudah terjemahannya, sebenarnya ini ialah intan berlian, ini adalah jalan keluar dari Allah, inilah rahmat dan nikmat dari Tuhan, ianya panduan besar untuk umat Islam di sepanjang zaman.

Kalau pemimpin dan ulama faham dan diperjuangkan semula, umat Islam akan keluar dari kehinaan ini. Di saat umat Islam terhina, tidak ada wibawa, segala-galanya punah ranah, kalau hendak di bangunkan semula, ada jalan,

Allah tunjukkan jalan iaitu dengan cara

1. hubungkan balik dengan Tuhan
2. hubungkan balik sesama manusia

Ayat ini kalau tidak difahami ilmunya tidak ada erti apa-apa. Moga-moga dari ayat inilah Allah akan pulihkan wibawa kita dan umat Islam akan diberi kekuatan semula, supaya semua yang hilang itu Tuhan akan kembalikan semula. Kalau yang hilang itu dapat dimiliki semula musuh-musuh Islam seperti Amerika dan Yahudi sudah jadi kecil. Allah yang maha besar


Maksud Jemaah itu rahmat

Bismillahirahmanirrahim
 Hadis RasulullahSAW yang maksudnya

"Jemaah itu rahmat dan berpecah itu azab."

Huraiannya adalah seperti berikut:
1. Maksud atau takrif jemaah secara umum
2. Pengertian jemaah Islam
3. Maksud membawa rahmat
4. Maksud berpecah itu azab

Moga-moga Allah bagi ilmu daripada hadis ini, dan hadis ini kita bawa dan amalkan dalam perjuangan ini.

Maksud Jemaah.

Erti jemaah secara umum, samaada Islam atau bukan Islam ialah sekelompok manusia yang diikat oleh satu keyakinan atau pegangan yang sama-sama mereka pejuangkan dan diikat lagi dengan disiplin yang menjadi pegangan mereka di bawah satu pimpinan.

Ini sama saja bagi jemaah yang hak atau tidak. Kadang-kadang keyakinan-keyakinan mereka itu berdasarkan kepada agama (hak dan batil), atau tradisi, adat istiadat, turun menurun, atau kadang-kadang berdasarkan ideologi. Yang berdasarkan ideologi ada yang bertulis dan ada yang tak
bertulis. Yang tak ditulis kadang-kadang bentuknya prakmatisma, yakni ikut keadaan atau ikut keperluan dan suasana. Terdapat juga jemaah yang ikut ideologi bertulis, misalnya kapitalis dan kominis.

Hakikatnya jemaah-jemaah sebenar menurut pentakrifan tersebut hanya 10% saja yang benar-benar wujud serta pegang kepada dasar keyakinan asal jemaah mereka. Umumnya jemaah yang ada ahlinya hanya ikut jemaah kerana ada kepentingan seperti nak cari makan.

Munazzamah yakni organisasi, adalah bukan jemaah, ia bersifat yang lain dari pengertian jemaah. Organisasi ditubuhkan hanya untuk memperjuangkan kepentingan tertentu, misalnya untuk naik gaji, dapatkan biasiswa, hak-hak tertentu seperti perjuangkan hak bumiputra. Keyakinan dan pegangan ahli organisasi tidak kuat. Apabila sudah mendapat apa yang diperjuangkan, maka mereka akan tidak hendak berjuang lagi. Kesannya, huru hara sana sini kerana hanya hendakkan kepentingan peribadi.

Maksud Jemaah Islam

Iaitu kelumpuk umat Islam yang takutkan Tuhan, cintakan Tuhan, serta mengamalkan syariat Allah dan memperjuangkan syariat hingga menjadi sistem hidup manusia. Paling banyak 10% saja ahli sesebuah jemaah itu yang benar-benar komited. Mereka belum tentu amalkan syariat jadi hakikatnya, lagi sedikitlah ahli yang benar-benar komited, yang lemah dan tidak berdaya melawan nafsu dan sebagainya.Sebenarnya jemaah Islam ini sedikit sangat.

Tapi jika yang sedikit itu benar-benar bertaqwa, maka berlakulah rahmat yang mana ini lebih besar daripada berkat, kerana berkat hanya berlaku di dunia sahaja, tetapi rahmat berlaku di dunia dan juga di Akhirat.Walaupun ahli jemaah yang benar-benar pure (yang bertaqwa) itu sedikit tetapi mereka diizinkan Allah menawan dunia.

Maksud Rahmat

Tuhan bagi jalan keluar daripada kesusahan, seperti miskin, bencana, diserang musuh, derita sakit dan sebagainya. Ini adalah dasar Tuhan. Kalau berlaku juga sebaliknya, Tuhan hendak bagi pahala di Akhirat. Inilah yang dikatakan rahmat. Ia kekal di Akhirat. Hal ini adalah juga dikatakan mendapat taqwa, iaitu mendapat rezeki dari sumber tak diduga, di dunia atau Akhirat, sama ada berbentuk lahir atau batin.

Rezeki juga berupa pengikut ramai, kawan ramai, anak-anak baik, isteri baik, keluarga pun baik. Rahmat juga berupa seperti Tuhan redho, Tuhan ampunkan dosa kita, CUMA YANG INI LAMBAT SIKIT, TAPI KEKAL ABADI DI AKHIRAT.

Rezeki yang di dunia elok juga jika kita perolehi, cuma tak kekal selepas mati, ia berupa rezeki yang diperolehi untuk jangka pendek, yang penting mendapat rezeki jangka panjang, iaitu rahmat.

Rahmat itu sangat mahal nilainya, rahmat itu dunia dan Akhirat, mempunyai jangka pendek dan jangka panjang. Rahmat yang diberi di Akhirat lebih berharga sebab ia kekal. Walaupun nampaknya di dunia macam susah saja, tapi di Akhirat senang lagi kekal. Misalnya, ramai di kalangan nabi dan rasul yang nampaknya begitu susah hidupnya di dunia tetapi Allah janjikan mereka hadiah yang lebih berharga iatu rahmat di Akhirat.


Maksud Berpecah Itu Azab

Apabila tidak ada jemaah, ertinya tidak mendapat rahmat, sama ada di dunia, mahupun di Akhirat. Jika jemaah ramai tapi tak ada kekuatan, musuh tak takut, nak buat sesuatu projek tak boleh, ini adalah tidak mendapat rahmat, dengan kata lain ia adalah azab dunia, azab Akhirat lebih dasyat lagi.

Pengajaran: Berada dalam jemaah itu adalah suatu yang sangat penting untuk selamat di dunia dan di Akhirat, setiap orang perlu berada dalam jemaah Islam.

Rasulullah berpesan dengan sabdanya:
Wajib bagi kamu berjemaah, sesungguhnya tangan (bantuan) ALLAH kepada yang berjemaah.

Ampun maaf.


Berjuang Mencari Barang yang Hilang

Kita berusaha dan berjuang
mencari barang yang hilang
Hilang yang sudah lama berlaku dicari semula
Macam-macam perkara yang hilang,
untuk hendak mendapatkannya kembali
Kehilangan Tuhan, kehilangan syariat,
kehilangan akhlak yang mulia
Kehilangan kasih sayang, kehilangan ukhwah,
kehilangan simpati
Kehilangan tawakal,
kehilangan sifat merendah diri
Kehilangan pemurah,
kehilangan bertolak ansur,
kehilangan ilmu
Kehilangan sifat redha,
kehilangan sifat sabar,
kehilangan timbang rasa
Mengapa di dalam berjuang mencari barang yang hilang,
kita maki orang?
Kenapa berjuang mencari barang yang hilang,
menghina orang?
Siapa ajar kita berjuang mencari barang yang hilang,
memfitnah orang?

Cara ini bukan mencari barang yang sudah hilang!
Tapi menghilangkan lagi barang yang ada
Maka makin banyaklah barang yang hilang
Barang yang hilang tidak dapat dicari
Yang masih ada hilang pula
Akhirnya makin gigih kita berjuang
Makin lama kita berjuang,
semakin banyak barang yang hilang

Padahal berjuang hendak mencari
barang yang hilang
Ini makin gigih berjuang
makin banyak yang hilang
Ini perjuangan kartun namanya

Cara ini perjuangan angan-angan Mat Jenin
Perjuangan semacam ini,
perjuangan membunuh diri

Ust Hj Ashaari Muhammad

Ahad, 16 September 2012

PERANAN JEMAAH ISLAM 2



Tertib dalam memperjuangkan Islam mesti ikut kaedah syariat

Dalam ajaran Islam, perkara wajib yang menjadi rukun Islam lebih besar daripada perkara wajib yang tidak menjadi rukun. Wajib yang tidak menjadi rukun itu banyak. Berjuang itu wajib, memberi nafkah pada anak isteri itu wajib, taat kepada ibu ayah wajib, taat kepada pemimpin itu wajib, meninggalkan yang haram itu wajib dan masih banyak wajib-wajib yang lain. Tetapi wajib-wajib yang bukan rukun ini tidak lebih besar dari wajib yang menjadi rukun Islam.

Jadi kalau ada orang yang berjuang untuk menegakkan dan membesarkan perkara wajib yang bukan rukun sampai meninggalkan atau melalaikan perkara wajib yang menjadi rukun, itu sudah tidak betul. Dia sudah tertipu.

Dalam masyarakat, kita lihat ada orang yang begitu bersemangat memperjuangkan hudud. Apakah hudud itu rukun Islam ?

Mengapa kerana hendak memperjuangkan hudud sampai lalai mengerjakan puasa, solat, membayar zakat dan naik haji.Jangan sampai hudud sudah dijadikan lebih penting dari rukun Islam.

Jadi dalam memperjuangkan syariat Islam mesti mengikut tertibnya iaitu:

1. Mesti memperjuangkan Tuhan pemilik syariat lebih dahulu agar Tuhan dikenal, dicintai, dibesarkan, disucikan, dijadikan sandaran, ditakuti dan lain-lain

2. Setelah itu memperjuangkan rukun Islam yang lima yang menjadi asas agama. Setelah Tuhan dikenal maka dia akan melaksanakan rukun Islam yang lima atas dasar cinta dan takutkan Tuhan. Bukan semata-mata atas dasar kewajipan saja.

3. Setelah itu barulah memperjuangkan wajib-wajib yang lain. Wajib yang lain itupun ada yang fardhu ain, ada yang fardhu kifayah. Yang fardhu ain pada setiap individu mesti didahulukan.

Bila dikerjakan, maka akan mendapat pahala, dan bila tidak kerjakan, dia akan menanggung dosa. Ada wajib fardhu kifayah yang berbentuk umum misalnya menyediakan makanan halal, yang mana kalau ada sekelompok umat Islam yang sudah membuatnya, maka yang lain akan terlepas dari dosa. Tapi kalau tidak ada sekelompok yang melakukannya, semua umat Islam di situ berdosa.

Kalau begitu, sebelum memperjuangkan suatu wajib kifayah, mesti dinilai dulu taraf wajib kifayah tersebut, mana yang nombor satu, dua, tiga, empat dan seterusnya. Mana yang lebih wajib, memperjuangkan hudud atau memperjuangkan adanya satu kedai atau warung makan dalam masyarakat Islam?

Menurut saya memperjuangkan adanya satu kedai atau warung makan dalam masyarakat Islam lebih wajib dan lebih utama sebab itu keperluan umum. Sedangkan hudud itu keperluan untuk orang jahat saja. Kedai atau warung makan dalam masyarakat Islam keperluan umum untuk semua, keperluan setiap hari. Kalau tidak ada kedai atau warung makan di satu masyarakat Islam itu akan menyusahkan semua orang, semua umat Islam menanggung dosa.

Kemudian soal fardhu kifayah, jangan kerana ada benda yang belum dapat dibuat, maka yang dapat kita buat kita tinggalkan atau tidak usahakan.

Kalau kita ingin memperjuangkan syariat, sebagai pejuang syariat mesti mengikut kaedah syariat, iaitu jika tidak atau belum dapat membuat semua, jangan tinggalkan semua. Ertinya kalau belum dapat menegakkan hudud dalam negara jangan tinggalkan pendidikan, jangan tinggalkan membangunkan ekonomi Islam, kedai, restoran, klinik atau hospital, kebudayaan Islam dan aspek-aspek kehidupan Islam lainnya dalam jemaah kita yang kita ada kuasa di dalamnya dan pemerintah tidak melarangnya. Pemerintah tidak melarang bahkan mendorong jemaah jemaah Islam untuk membantu pemerintah membangun ekonomi Islam, klinik Islam, pendidikan Islam, kebudayaan Islam dan sebagainya.

Jadikanlah jemaah kita itu sebagai gelanggang dan tempat laluan untuk menegakkan syariat Islam yang sangat kita kehendaki itu dalam bidang ekonomi, kedai, restoran, klinik atau hospital, kebudayaan Islam dan aspek-aspek kehidupan Islam lainnya. Setelah orang nampak keindahannya, kemakmuran dan kedamaiannya se-hingga masyarakat merasakan jemaah kita membawa rahmat bagi mereka, mudahlah kita meyakinkan masyarakat termasuk golongan pemerintahan untuk mengamalkan syariat Islam di seluruh negara.

Tanpa kita suruh-suruh mereka akan meniru-niru sistem hidup Islam dalam jemaah kita yang cantik
. Mereka akan meniru ekonomi Islam kita, kebudayaan Islam, kesihatan Islam, pendidikan Islam dan aspek-aspek lain yang sudah kita amalkan dengan begitu cantik dalam jemaah kita.

Kalau kita tidak dapat mengamalkan dengan cantik sistem hidup Islam tersebut dalam jemaah kita yang kita ada kuasa di dalamnya, apa jaminannya kita dapat mengamalkannya dengan cantik di peringkat negara?

Memperjuangkan syariat Islam tidak sama dengan memperjuangkan ideologi dan undang-undang ciptaan akal manusia. Orang yang memperjuangkan syariat dahulu padahal masyarakat belum lagi kenal, cinta dan takutkan Tuhan pemilik syariat, sebenarnya mereka tidak mengikut Sunnah dan jalan yang pernah ditempuh oleh Rasulullah SAW. Mereka mengikut jalan yang telah ditempuh oleh pejuang-pejuang ideologi yang sekular.

Sejarah Rasulullah SAW yang berjuang selama 23 tahun itu, 13 tahun pertama baginda mengenalkan Tuhan kepada manusia agar Tuhan dikenal dicintai dan ditakuti. Kemudian barulah baginda memperjuangkan syariat Tuhan selama 10 tahun.

Padahal perjuangan mengenal Tuhan itu hanya satu, sedangkan syariat Tuhan beribu-ribu banyaknya, tapi waktu yang diambil untuk memperjuangkan Tuhan lebih banyak.

Sebab, apa erti berjuang bila tidak kenal dan cinta Tuhan. Apa erti solat, zakat, puasa, haji, menutup aurat, bila tidak kenal, cinta dan takutkan Tuhan. Apa erti menolong orang tua dan kawan-kawan bila tidak dibuat atas dasar hendak mencari redha Tuhan. Mengerjakan satu amalan syariat, suatu kebaikan atau meninggalkan suatu larangan bila dibuat bukan atas dasar Allah, maka dia mungkin riyak atau munafik. Dosa riyak atau munafik ini lebih besar daripada dosa tidak menutup aurat, menipu atau mencuri.


KEBENARAN APA YANG WAJIB DI PERJUANGKAN ?

Jelaslah bahawa untuk memperjuangkan agama, Tuhan mesti diperjuangkan dahulu. Tuhanlah matlamat kita dan Tuhan lah yang akan memimpin dan menolong kita. Syariat bukan matlamat.

Syariat adalah cara, jalan dan kaedah. Apa gunanya kita memperjuang kan cara dan kaedah kalau ia tidak membawa kita kepada Tuhan. Bukankah tujuan kita beragama untuk mendapat Tuhan ?

Disamping itu, perjuangan agama bukan sahaja untuk umat yang sudah Islam. Ia juga untuk manusia yang belum Islam. Oleh itu, kalau syariat sahajalah yang kita perjuangkan, bagaimanakah orang bukan Islam dan orang-orang kafir akan tertarik dengan Islam ?

Fitrah manusia tidak tertarik dengan syariat. Malah sesetengah syariat itu dipandang payah, susah dan menakutkan. Fitrah manusia inginkan Tuhan. Setelah betul hubungan manusia dengan Tuhan dan setelah manusia benar-benar kenal, cinta, takut dan beriman dengan Tuhan, barulah mereka akan mampu menerima syariat walaupun payah dan susah. Bukan senang hendak sembahyang, bukan senang hendak bayar zakat, bukan senang hendak menerima hukum hudud dan sebagainya. Hatta berkhatan pun ramai orang bukan Islam takut.

Kalau memperjuangkan syariat salah dan memperjuangkan Islam pun salah, jadi apakah sebenarnya yang patut kita perjuangkan?

Tuhan mahu kita perjuangkan kebenaran.
Rasulullah juga mengajar kita memperjuangkan kebenaran.

Yang perlu kita tegakkan bukan setakat syariat, bukan setakat Islam tetapi kebenaran.

Apakah maksud memperjuangkan kebenaran ?

Memperjuangkan kebenaran bermula dengan memperjuangkan Tuhan. Mengajak manusia kepada Tuhan. Mengajak manusia merasa kebesaran dan keagungan Tuhan. Mengajak manusia kepada rasa bertuhan dan rasa kehambaan. Mengingatkan manusia bahawa Tuhan itu adalah segala-galanya. Kita perlu wujudkan dan betulkan hubungan kita dengan Tuhan. Di antara lain kita perlu kenal, beriman, yakin, tawakal,bergantung harap, berserah diri, taat, patuh, baik sangka, cinta dan takut dengan Tuhan.

Termasuk juga memperjuangkan kebenaran ialah memperjuangkan segala perintah Tuhan baik yang berbentuk suruhan ataupun larangan, hukum hakam, peraturan dan segala sistem yang Tuhan telah tetapkan di dalam semua aspek kehidupan hubungan kita dengan manusia. Ini termasuklah dalam ibadah, pentadbiran, perundangan, pendidikan, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya.

Ketiga ialah memupuk perpaduan, kasih sayang, rasa bersama dan bekerjasama, keharmonian, saling bertolong bantu dan bela-membela sesama manusia. Juga kita perlu perjuangkan akhlak dan budi pekerti manusia.

Inilah kebenaran dan inilah yang mesti diperjuangkan.
Bila disebut kebenaran,

ada Iman didalamnya,
ada Islam di dalamnya,
ada Ihsan di dalamnya.

Dalam erti kata yang lain, ada aqidah didalamnya, ada syariat didalamnya dan ada tasawuf di dalamnya.

Maka lengkap dan syumullah perjuangan itu.

Kalau agama diperjuangkan secara serpihan dan tidak mengikut cara dan kaedah perjuangan Rasulullah, sudah pasti ia akan gagal. Yang lebih bahaya lagi, ia akan melahirkan lebih banyak kerosakan dari kebaikan. Orang yang memperjuangkan syariat tanpa Tuhan,

kalau dia berwatak pasif, dia akan jadi beku dan jumud.
Kalau dia berwatak agresif, dia akan jadi kasar dan militan.
Walau apa pun, kedua-duanya tidak betul dan menyalahi kehendak Tuhan.

Agama Islam itu agama kebenaran.

Memperjuangkan agama Islam itu adalah memperjuangkan kebenaran. Kebenaran adalah dari Tuhan. Oleh itu dalam hendak menegakkan agama Islam, Tuhan tidak boleh diketepikan.

Tidak akan ada kebenaran kalau tidak ada Tuhan.


Engkau Ingin Berjuang

Engkau ingin berjuang, tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang, tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
Engkau ingin berjuang, tapi tidak begitu setia dengan kawan
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang, tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang, menjadi pengikut agak segan
Engkau ingin berjuang, tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang, kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang, masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang, kerenah isteri engkau tidak tahan
Engkau ingin berjuang, rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang, diri engkau tidak engkau tingkatkan
Engkau ingin berjuang, disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang, janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang, kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang, tetamu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang, anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang, ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang, kekasaran dan kekerasan engkau amalkan
Engkau ingin berjuang, pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang, rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang, iman dan taqwa engkau lupakan

Yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan ?

Ust Hj Ashaari Muhammad
Menjelang Tidur
14.9.99

TUAN SYEKH ABD WAHAB ROKAN



Latar Belakang Pendidikan

Nama lengkap Syekh Abdul Wahab Rokan adalah Syekh Abdul Wahab Rokan al-Khalidi an-Naqsyabandi, terkenal dengan sebutan “Tuan Guru Babussalam (Besilam)”, Faqih Muhammad gelarnya, dan Abu Qosim demikian nama kecilnya. Ayahnya bernama Abdul Manaf bin M. Yasin bin Maulana Tuanku Haji Abdullah Tembusai, keturunan dari raja-raja Siak. Sedangkan ibunya bernama Arba’iah binti Datuk Dagi binti Tengku Perdana Menteri bin Sultan Ibrahim, kepenuhan (Riau) dan masih mempunyai pertalian darah dengan Sultan Langkat.

Ketika wafatnya, Haji Abdullah Tembusai meninggalkan 670 anak dan cucu. Salah seorang putra beliau bernama M. Yasin menikah dengan seorang wanita dari suku Batu Hampar, dari hasil pernikahan ini kedua sepasang suami istri ini melahirkan seorang anak laki-laki yang bernama Abdul Manaf, yaitu ayah kandung Syekh Abdul Wahab Rokan.

Beliau dilahirkan pada tanggal 19 Rabi’ul Akhir 1230 H. bertepatan dengan 28 September 1811 M. di Kampung Danau Runda, Rantau Binuang Sakti, Sumatera Timur, (Sekarang Negeri Tinggi, Rokan Tengah, Kab. Rokan hulu, Propinsi Riau). Dan wafat pada tanggal 21 Jumadil awal 1345 H. bertepatan dengan 27 Desember 1926 M. di Babussalam, Tanjungpura, Sumatera Timur (Sekarang Sumatera Utara). Abdul Wahab tumbuh di lingkungan keluarga yang menjunjung agamanya. Nenek buyutnya, H Abdullah Tembusai, dikenal sebagai seorang ulama besar dan golongan raja-raja yang sangat berpengaruh dan disegani pada zamannya.

Dengan titisan darah demikian, Syekh Abdul Wahab sejak kecil terdidik, terutama untuk pelajaran agama. Demi menghapal AlQuran, Syekh Abdul Wahab kecil tak jarang bermalam, di rumah gurunya. Ia pun patuh pada guru, bahkan kerap mencucikan pakaian orang yang mendidiknya itu. Keistimewaan telah tampak sejak Wahab masih bocah. Suatu ketika, saat orang terlelap pada dinihari, Abdul Wahab masih menekuni AlQuran. Mendadak muncul seorang tua mengajarinya membaca aLQuran. Setelah rampung satu khatam, orang tua itu menghilang.

Pada permulaan belajar ilmu agama, Syekh Abdul Wahab Rokan belajar pada Tuan Baqi di tempat kelahirannya, selain itu beliau juga belajar membaca al-Qurân kepada H.M. Sholeh, seorang alim besar asal Minangkabau sampai tamat. Kemudian Syekh Abdul Wahab Rokan melanjutkan studinya ke Tembusai dan berguru dengan Maulana Syekh Abdullah Halim dan Syekh Muhammad Shaleh Tembusai. Dari keduanya dipelajarinya berbagai ilmu dalam bahasa arab, antara lain kitab-kitab Fathul Qorîb, Minhâju al-Thâlibîn, Iqna’ (Fiqih), Tafsîr Jamâl, Nahwu, Sharaf, Balâghah, Manthiq, tauhîd, Arûdh dan lain-lain. Karena kepintarannya dalam menyerap ilmu-ilmu dari gurunya dan penguasaan terhadap ilmu-ilmu tersebut, digelarlah ia dengan “Faqih Muhammad”, artinya orang yang ahli dalam ilmu Fiqih.

Setelah menamatkan studinya dengan dua ulama terkemuka tersebut, pada tahun (1846 M). Abu Qosim (nama kecil Syekh Abdul Wahab Rokan) berangkat ke Semenanjung Melayu untuk menambah ilmu pengetahuan dan tinggal di Sungai Ujung (Simunjung), Negeri Sembilan. Di tempat ini ia belajar kepada Syekh Muhammad Yusuf Minangkabau, seorang ulama terkemuka yang berasal dari minangkabau. Syekh H. Muhammad Yusuf kemudian diangkat sebagai mufti di Kerajaan Langkat dan digelari “Tuk Ongku”. Untuk memenuhi kebutuhan hidupnya sehari-hari Faqih Muhammad berdagang di kota Malaka. Menariknya, berkat kesalihannya, ia menyuruh pembeli menimbang sendiri barang yang dibeli. Ini demi menghindarkan kecurangan.

Setelah dua tahun di Malaka ia meneruskan pelajaran ke Mekkah. (1848 M). Selama enam tahun di Mekkah ia belajar kepada ulama-ulama terkenal seperti Saidi Syarif Zaini Dahlan (mufti mazhab Syafi’i), seorang ulama terkenal berasal dari Turki. Kemudian ia juga berguru dengan Syekh Sayyid Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dan ulama bangsa Arab lainnya. Kepada ulama-ulama Jawi Atau Asia ia belajar kepada Syekh Muhammad Yunus bin Abdurrahman Batubara Asahan, Syekh H. Zainuddin Rawa, Syekh Ruknuddin Rawa, Syekh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani, Syekh Abdul Qodir bin Abdurrahman Kutan al-Kalantani, Syekh Wan Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthafa al-Fathani dan lain-lain.

selama enam tahun pada guru-guru ternama pada saat itu. Di sini pulalah ia memperdalam ilmu tasawuf dan tarekat pada Syekh Sulaiman Zuhdi sampai akhirnya ia memperoleh ijazah sebagai “Khalifah Besar Thariqat Naqsyabandiyah al-Khalidiyah”.

Pada saat belajar di Mekah, Syekh Abdul Wahab dan murid-murid yang lain pernah diminta untuk membersihkan tandas dan kamar mandi guru mereka. Saat itu, kebanyakan dari kawan-kawan seperguruannya melakukan tugas ini dengan ketidakseriusan bahkan ada yang enggan. Lain halnya dengan Syekh Abdul Wahab. Ia melaksanakan perintah gurunya dengan sepenuh hati. Setelah semua rampung,

Sang Guru lalu mengumpulkan semua murid-muridnya dan memberikan pujian kepada Syekh Abdul Wahab sambil mendoakan,

mudah-mudahan tangan yang telah membersihkan kotoran ini akan dicium dan dihormati oleh termasuk para raja.Menyimak ketekunan muridnya, suatu ketika Sulaiman Zuhdi, resmi mengangkat Syekh Abdul Wahab sebagai khalifah besar. Pengukuhan itu diiringi dengan bai’ah dan pemberian silsilah tarekat Naqsyabandiyah yang berasal dari Nabi Muhammad SAW hingga kepada Sulaiman Zuhdi yang kemudian diteruskan kepada Wahab. Ijazahnya ditandai dengan pemberian dua gelar.

Ia pun mendapat gelar Al Khalidi Naqsyabandi.Kemudian mendapat ijazah sebagai “Khalifah Besar Thariqat Naqsyabandiyah al-Khalidiyah”, dan diberi nama Syekh Haji Abdul Wahab Rokan Jawi al-khalidi an-Naqsyabandi. Tak lama Syekh Sulaiman Zuhdi menyuruh Abdul Wahab Rokan kembali ke tanahairnya untuk menyebarkan Tarekat Naqsyabandiah.

Di namakan Syekh Abdul Wahab dengan “Rokan”, karena ia berasal dari daerah Rokan, Kabupaten Kampar, Propinsi Riau. Di namakan dengan “al-Khalidi”, karena ia menganut tarekat periode Syekh Khalid sampai pada masanya. Dan dinamakan ia dengan “an-Naqsyabandi”, karena ia menganut tarekat yang ajaran dasarnya berasal dari Syekh Bahauddin Naqsyabandi. Menurut silsilah urutan pengambilan tarikat Naqsyabandiyah, Syekh Abdul Wahab Rokan adalah keturunan ke-32 dari Rasulullah Saw. Setelah kurang lebih enam tahun di Makkah, ia kembali ke Riau. Di sana, ia yang saat itu berusia 58, mendirikan Kampung Mesjid. Dari sana, ia mengembangkan syiar agama dan tarekat yang dianutnya, hingga Sumatra Utara dan Malaysia.

Kampung Tarekat

Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan pulang ke tanah air pada tahun 1854 M dan dari sinilah awal karier penyebaran ilmu agama dan thoriqoh dimulai.dalam tahun itu juga. Pada masa awal, beliau mengajar di Tanjung Mesjid, daerah Kubu Bagan Siapi-api, Riau. Namun pada tahun 1856 M beliau mulai mengembangkan tidak hanya di Tanjung masjid, akan tetapi juga mengajar di Sungai Mesjid, daerah Dumai, Riau. Setelah itu beliau mulai merambah daerah di Kualuh, wilayah Labuhan Batu tahun 1860 M. Dan mengajar di Tanjung Pura, Langkat tahun 1865 M. Serta mengajar di Gebang tahun 1882 M, dan dalam tahun 1883 berpindah ke Babussalam, Padang Tualang, Langkat.

Di Babussalamlah dijadikan sebagai pusat seluruh aktiviti, sebagai pusat tarbiyah zhahiriyah, tarbiyah ruhaniyah dan dakwah membina umat semata-mata mengabdi kepada Allah SWT. Dari sana, ia mengembangkan syiar agama dan tarekat yang dianutnya. Lama kelamaan muridnya banyak dan menyebar hingga ke Asia Tenggara. Sangking terkenalnya, raja-raja diwilayah Riau dan Sumatra Utara mengundangnya.

Pada suatu waktu Sultan Musa Al-Muazzamsyah dari Kerajaan Langkat mengundangnya. Saat itu sang raja sedang dirudung kesedihan. Pasalnya putranya sakit parah dan akhirnya wafat. Syekh HM Nur yang sahabat karib Abdul Wahab ketika di Makkah yang kala itu menjadi pemuka agama di kerajaan memberikan saran agar Sultan bersuluk di bawah bimbingan Abdul Wahab. Sultan menyetujui dan mengundang Abdul Wahab.

Abdul Wahab pun akhirnya datang ke Langkat. Di sana ia mengajarkan tarekat Naqsyahbandi dan bersuluk kepada Sultan. Setelah berulang bersuluk, Sultan Musa memenuhi saran Wahab menunaikan ibadah haji. Di tanah suci sang Raja juga bersuluk kepada Sulaiman Zuhdi di Jabal Kubis.

Berkat kekariban hubungan guru-murid, Sultan Musa menyerahkan sebidang tanah di tepi Sungai Batang Serangan, sekitar 1 km dari Tanjung Pura. Sultan berharap gurunya dapat mengembangkan syiar agama dari tanah pemberiannya. Wahab menyetujui dan menamakan kampung itu Babussalam (pintu keselamatan).
Dalam tarikh 12 Syawal 1300 H/12 Agustus 1883 M Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan bersama 160 orang pengikutnya dengan menggunakan 13 buah perahu mengarungi sungai Serangan menuju perkampungan peribadatan dengan undang-undang atau peraturannya tersendiri yang dinamakan Babussalam.

Pendidikan mengenai keislaman diterapkan setiap hari dan malam, sembahyang berjemaah tidak sekali-kali diabaikan. Tilawah al-Quran, selawat, zikir, terutama zikir menurut kaedah Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah dan lain-lain sejenisnya semuanya dikerjakan dengan teratur di bawah bimbingan Syeikh Mursyid dan khalifah-khalifahnya. Syeikh Mursyid adalah Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan sendiri. Khalifah ada beberapa orang, pada satu ketika di antara khalifah terdapat salah seorang yang berasal dari Kelantan. Beliau ialah khalifah Haji Abdul Hamid, yang masih ada kaitan kekeluargaan dengan Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani.

Babussalam berkembang pesat menjadi kampung yang mempunyai otonomi khusus. Kampung ini kemudian dikenal sebagai daerah basis pengembangan tarekat Naqsyahbandiyah di Sumatra Utara. Bahkan Abdul Wahab sempat membentuk pemerintahan sendiri di Babussalam. Diantara yang paling menarik adalah membuat Lembaga Permusyawaratan Rakyat (Babul Funun).

Kendati terjalin erat, hubungan Wahab dan Sultan pernah juga mengalami pasang surut. Keduanya sempat renggang. Kala itu Syekh Abdul Wahab difitnah membuat uang palsu. Akibatnya, Sultan memerintahkan penggeledahan ke rumahnya. Namun kemudian tidak terbukti. Kedanya saling memaafkan. Namun seusai peristiwa Abdul Wahab memutuskan untuk pindah ke Malaysia. Konon kepindahannya ini mengakibatkan sumur minyak di Pangkalan Brandan surut penghasilannya.

Ada peristiwa lain yang menyebabkan Syekh Abdul Wahab juga pernah penjajah Belanda menekan Sultan. Dalihnya, berbekal potret Tuan Guru Sheikh Abd Wahab , ditengarai Tuan Guru Babussalam demikian panggilan kehormatannya turut bertempur membantu pejuang Aceh melawan Belanda. Padahal, pada saat bersamaan, pengikutnya menegaskan Tuan Guru berdzikir di kamarnya.

Nota: ada cerita dr murid beliau ketika gurunya selesai berzikir dan keluar dr kamarnya terdapat tompok darah dr pakaian beliau seolah2 beliau baru pulang dr medan perang wallahualam

Syekh Abdul Wahhab Rokan adalah satu dari ulama Nusantara yang punya nama besar dan mengglobal melampaui tanah kelahiran dan daerah asalnya. Bagi masyarakat Langkat Sumatera Utara, Shekh Abdul Wahab Rokan adalah icon peradaban dan perkembangan keislaman. Melalui jasa beliaulah, Islam tersebar kepada masyarakat luas.Kealiman, kezuhudan, aktivitas dan produktivitasnya dalam berkarya dan berdakwah meninggalkan khazanah yang serasa tidak pernah habis digali oleh generasi sekarang.

Tokoh sejarawan Belanda, Martin Van Bruinessen menulis tentang Shekh Abdul Wahab Rokan:
Seorang Shekh Melayu (Abdul Wahab Rokan), hanya dengan sendirian saja mempunyai pengaruh di kawasan Sumatera dan Malaysia sebanding dengan apa yang dicapai para Shekh Minangkabau seluruhnya.

Fitnah Belanda

Sungguh pun Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan terkenal kezuhudannya, namun beliau tidak mengabaikan perjuangan duniawi, hal ini dibuktikan oleh beliau bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin, Sultan Kerajaan Rokan dan Haji Abdul Muthallib, Mufti Kerajaan Rokan pernah mengasaskan Persatuan Rokan. Persatuan Rokan bertujuan secara umumnya adalah untuk kemaslahatan dan kebajikan Rokan. Walau bagaimana pun tujuan utamanya adalah perjuangan kemerdekaan untuk melepaskan Kerajaan Rokan dari penjajahan Belanda. Pembahagian kerja Persatuan Rokan ialah Sultan Zainal Abidin sebagai pelaksana segala urusan luar negeri. Haji Abdul Muthallib menjalankan pekerjaan-pekerjaan dalam negeri dan Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab sebagai menerapkan pendidikan memberi semangat pada masyarakat.

Pada suatu saat Babussalam pernah dihancurkan oleh Belanda dan mengakibatkan tuan guru dan para pengikutnya akhirnya mengungsi. Setelah dirasa aman, maka beliau kembali ke Babussalam, setelah terharu menyaksikan kampung yang dibangunnya menjadi sepi dan hancur, Tuan Guru bersama pengikutnya, kembali membangun Babussalam dan menetap kembali disana. Tak sekadar berkembang pesat, Tuan Guru bersama Babussalam tumbuh sebagai basis Islam yang disegani.

Tak ayal, pemerintah kolonial Belanda berusaha menjinakkannya. Salah satunya dengan tipu daya berupa memberi gelar kehormatan. Pada tahun 1342 H/1923 M Asisten Residen Belanda bersama Sultan Langkat menyematkan Bintang Emas untuk Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan. Wakil pemerintah Belanda menyampaikan pidatonya pada upacara penyematan bintang itu, Adalah Tuan Syeikh seorang yang banyak jasa mengajar agama Islam dan mempunyai murid yang banyak di Sumatera dan Semenanjung dan lainnya, dari itu kerajaan Belanda menghadiahkan sebuah Bintang Emas kepada Tuan Syeikh. Namun demikian, penyematan bintang seperti itu bukanlah merupakan kebanggaan baginya, mungkin sebaliknya bahawa bisa saja ada maksud-maksud tertentu daripada pihak penjajah Belanda untuk memperalatkan beliau untuk kepentingan kaum penjajah yang sangat licik itu.

Oleh itu, dengan tegas Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan berkata ketika itu juga,
Jika saya dipandang seorang yang banyak jasa, maka sampaikanlah pesan (amanah) saya kepada Raja Belanda supaya ia masuk Islam.''

Tuan Guru menilai bahwa pemberian bintang itu merupakan pengingat yang diberikan oleh Allah kepadanya secara tidak langsung. Setelah kejadian itu, ia meminta pengikutnya lebih giat dalam rangka mendekatkan diri pada Allah. Sedangkan bintang kehormatan itu pun kemudian diserahkan kepada Sultan Langkat untuk dikembalikan kepada Belanda.

Tuan Guru wafat di usia 115, pada 21 Jumadil Awal 1345 H (27 Desember 1926), meninggalkan 4 istri, 26 anak, dan puluhan cucu. Hingga kini makamnya diziarahi ribuan umat, terutama setiap peringatan hari wafat (haul).

Murid

Murid Syeikh Abdul Wahhab Rokan sangat ramai: Di antara muridnya yang dianggap mursyid dan khalifah dan yang sangat giat menyebarkan Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah di Batu Pahat, Johor ialah Syeikh Umar bin Haji Muhammad al-Khalidi. Muridnya yang lain ialah Syeikh Muhammad Nur Sumatera. Murid Syeikh Muhammad Nur Sumatera ialah Haji Yahya Laksamana al-Khalidi an-Naqsyabandi, Rambah, Sumatera. Beliau ini adalah penyusun buku berjudul Risalah Thariqat Naqsyabandiyah Jalan Ma'rifah, cetakan pertama tahun 1976 di Malaysia, diterbitkan oleh pengarangnya sendiri.

Karya

Tidak banyak diketahui hasil penulisan Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan. Setakat ini yang dapat dikesan ialah:

1. Munajat, merupakan kumpulan puji-pujian dan pelbagai doa.
2. Syair Burung Garuda, merupakan pendidikan dan bimbingan remaja .
3. Wasiat, merupakan pelajaran adab murid terhadap guru, akhlak, dan 41 jenis wasiat.

Petikan 41 wasiat yang dimaksudkan beliau antaranya:

Wasiat yang pertama,
Hendaklah kamu sekalian masyghul dengan menuntut ilmu Quran dan kitab kepada guru-guru yang mursyid. Dan hinakan diri kamu kepada guru kamu dan perbuat apa-apa yang disuruhnya. Jangan bertangguh. Dan banyak-banyak bersedekah kepadanya. Dan seolah-olah diri kamu itu hambanya.

Dan jika sudah dapat ilmu itu maka hendaklah kamu ajarkan kepada anak cucu, kemudian kepada orang lain. Dan kasih sayang kamu akan muridmu seperti kasih sayang akan cucu kamu. Dan jangan kamu minta upah dan makan gaji sebab mengajar itu, tetapi minta upah dan gaji itu kepada Tuhan Esa lagi Kaya Murah, iaitu Allah Ta'ala.

Wasiat yang kedua,
Apabila kamu sudah baligh hendaklah menerima Thariqat Syaziliyah atau Thariqat Naqsyabandiyah supaya sejalan kamu dengan aku.

Nota : Wasiat yang kedua ini jelas bahawa Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan sangat menekankan amalan tarekat. Mengenai ini juga ada hujah-hujah yang kuat di kalangan penganut-penganut sufi, walau pun ada golongan yang tidak sependapat dengan yang demikian itu. Pada pandangan saya mempertikaikannya adalah merupakan pekerjaan yang sia-sia, kerana bermujadalah adalah termasuk salah satu sifat mazmumah (dicela) oleh syarak Islam.

Wasiat yang ketiga,
Jangan kamu berniaga maksudnya jika terdapat penipuan atau pun riba. Jika hendak mencari nafkah hendaklah dengan tulang empat kerat seperti berhuma dan berladang dan menjadi amil (orang yang bekerja, pen:).

Dan di dalam mencari nafkah itu hendaklah bersedekah tiap-tiap hari supaya segera dapat nafkah. Dan jika dapat ringgit sepuluh, maka hendaklah sedekahkan satu dan taruh sembilan. Dan jika dapat dua puluh, sedekahkan dua. Dan jika dapat seratus, sedekahkan sepuluh dan taruh sembilan puluh. Dan apabila cukup nafkah kira-kira setahun maka hendaklah berhenti mencari itu dan duduk beramal ibadat hingga tinggal nafkah kira-kira empat puluh hari maka boleh mencari.

'Wasiat yang keempat,
Maka hendaklah kamu berbanyak-banyak sedekah sebilang hari istimewa pada malam Jumaat dan harinya. Dan sekurang-kurang sedekah itu empat puluh duit pada tiap-tiap hari. Dan lagi hendaklah bersedekah ke Mekah pada tiap-tiap tahun.

Wasiat yang kelima,
Jangan kamu bersahabat dengan orang yang jahil dan orang fasik. Dan jangan bersahabat dengan orang kaya yang bakhil. Tetapi bersahabatlah kamu dengan orang alim-alim dan ulama-ulama dan salih-salih.'

Wasiat yang keenam,
Jangan kamu hendak kemegahan dunia dan kebesarannya seperti hendak menjadi kadi, imam dan lain-lainnya istimewa pula hendak jadi penghulu-penghulu dan lagi jangan hendak menuntut harta benda banyak-banyak. Dan jangan dibanyakkan memakai pakaian yang halus.

Wasiat yang ketujuh,
Jangan kamu menuntut ilmu sihir seperti kuat, dan kebal dan pemanis serta lainnya kerana sekalian ilmu telah ada di dalam al-Quran dan kitab.

Wasiat yang kelapan,
Hendaklah kamu kuat menghinakan diri kepada orang Islam, dan jangan dengki khianat kepada mereka itu. Dan jangan diambil harta mereka itu melainkan dengan izin syarak.

Demikianlah 8 wasiat yang dipetik dari 41 wasiat Syeikh Abdul Wahhab Rokan, semuanya masih perlu perbahasan atau pentafsiran yang panjang. Kerana jika tidak ditafsirkan kemungkinan orang-orang yang berada di luar lingkungan sufi akan beranggapan bahawa wasiat beliau itu sebagai penghalang terhadap kemajuan dunia moden.


RASULULLAH bulan purnama,


RASULULLAH bulan purnama,
cahayanya cerah menerangi buana
Menyuluh kehidupan manusia,
memandu perjalanan mereka menuju Tuhannya
Manusia selamat di dalam perjalanan mereka
Dari kesesatan dan khurafat serta marabahaya

Para Sahabat laksana bintang-bintang di keliling purnama
Bertambah indah purnama dan makin terserlah cahaya kebesarannya
Laksana raja-raja dikelilingi oleh pembesar-pembesarnya
Bertambah hebat dan agung Rasulullah dibuatnya

Para Tabi’in laksana bintang-bintang yang berselerak di seluruh dunia
Menyuluh di malam gelap-gelita dan memeriahkan suasana
Panduan orang yang berjalan di tengah padang pasir dan hutan belantara
Banyak orang yang selamat daripada kesesatan perjalanan di malam yang gelap-gelita

Para mujtahidin, para mujaddidin dan ulama ul ‘amilin obor di zamannya
Menerangkan juga alam buana, kehidupan manusia yang hiruk-pikuk dan sibuknya
Cahaya-cahaya yang dibawa mereka boleh juga diguna dan dimanfaatkan
Mudah juga manusia berjalan di dalam suasana gelap-gelita

Para mubaligh dan da’i membawa pelita kehidupan dizamannya
Walaupun cahayanya tidak jauh pancarannya
Namun cahaya-cahayanya mencerahkan juga kehidupan manusia
Siapa yang sudi bernaung di bawah cahayanya,
pimpinan kehidupan dapat juga



Ahad, 9 September 2012

Pengertian Ulama


Biar saya tinggal seorang diri, diburu ,diketawakan atau diapakan saja ,namun saya kira diri ini terlalu murah dpd dibiarkan maruah agama dan ulama terus dilenyapkan dari mukabumi


PERJALANAN perjuangan Islam yang kian mendaki ini, telah membuatkan saya sekali lagi terasa hairan, terkejut, tertanya-tanya dan mencari-cari jawapan tentang pengertian ulama yang sebenarnya menurut pandangan Islam.Walhal sebelum ini saya seperti orang lain juga, yang memandang sesiapa saja yang agak tinggi ilmu Islamnya,itulah ulama.

Tetapi apabila melihatkan ragam, kerenah, mainan dan silat-silat ulama yang berbagai-bagai dan berbeza-beza di tengah masyarakat dunia, yang sempat saya lihat di sepanjang kembara saya selama ini di lebih ¾ bahagian dunia, perasaan ingin tahu amat mendalam sekali Bagaimana peranan ulama itu sepatutnya, dan siapa sebenarnya yang dikatakan ulama itu ?

Dari situ mulalah saya merenung,memerhati dan mengkaji, hingga dengan izin ALLAH bertemulah saya dengan satu jawapan.Maka jawapan itulah yang saya perpanjangkan di dalam buku ini.Dengan harapan ianya turut menjadi  pemikiran siapa yang meminatinya atau untuk dinilai oleh para ilmuan Islam seluruhnya.Mana tahu kalau-kalau boleh jua buku kecil ini menambah lagi satu khazanah perbendaharaan Islam yang sedia ada.

Barangkali saya perlu meminta maaf kepada seluruh ulama kerana mengeluarkan buku ini.Siapalah saya untuk memperkatakan tentang ulama sedangkan hanya jauhari yang mengenal manikam.Ertinya saya bukan seorang ulama.Lalu kiranya ada salah silap dalam sesetengah ha1 yang sesungguhnya bukanlah saya sengajakan, yang mungkin menyinggung perasaan tuan-tuan secara langsung atau tidak, awal-awal lagi saya pohon maaf.

InsyaAllah saya bersedia untuk dibaiki, kiranya saudara sudi membaikinya secara terhormat.Sebenarnya ada beberapa sebab mengapa saya rasa perlu buku ini dikeluarkan.

Pertama:
Umat Islam dewasa ini perlu sekali tahu dan kenal ulama supaya mereka mencintai dan mendapat didikan serta pimpinan yang wajib mereka perolehi dalam hidup di dunia ini.Di zaman tidak ada nabi dan rasul ini, hanya ulama yang boleh mendidik umat dengan iman dan Islam.Yakni ulama pewaris nabi, yang dengan didikannya, umat akan bertemu jalan hidup sebenarnya yang ditunjuk oleh ALLAH dalam Al Quran dan Hadis. Satu-satunya jalan yang menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di Akhirat.

Umat yang tidak kenal dan tidak cinta dengan ulama pasti tidak akan bertemu iman dan Islam yang sebenarnya.Dan inilah realiti yang sedang berlaku sekarang. Secara umum mereka tidak faham lagi tentang agama anutan mereka. Bahkan tidak faham tujuan dan arah  hidup yang sedang mereka tempuh ini.Tegasnya, mereka tidak tahu cara-cara menjalani hidup yang tepat, yang hanya ada diajarkan oleh Islam. Maka hiduplah mereka dalam kegelapan. Bagaikan orang yang berjalan di tengah malam yang gelap pekat. Tidak Nampak apa-apa sama ada yang baik atau yang buruk.Cuma mengagak-agak, mengandai-andai dan meraba-raba mencari keselamatan.

Mungkin di jalan ada najis, ada ular, ada gaung, ada gunung dan lain-lain lagi. Maka terlanggar-langgarlah mereka akan bahaya itu tanpa tahu cara mengelakkannya hingga perjalanan itu berakhir dengan begitu malang sekali.

Demikianlah umat Islam kini,hidup tanpa tahu mana yang wajib, mana yang sunat, makruh dan haram.Atau kalaupun tahu tetapi tidak pula mampu mengamalkannya. Maka hiduplah mereka dengan melakukan ha1yang sepatutnya ditinggalkan atau meninggalkan perkara yang sepatutnya dilakukan. Musuh dikira kawan, kawan dianggap musuh.Yang haq dikata batil, yang batil dikata haq.Alangkah buruknya kehidupan mereka dan malanglah sekali nasib mereka.

Kedua:
Nasib malang itu akan menjadi lebih malang lagi bagi setengah umat Islam yang menganggap kehidupan yang demikian itu kerana mencontohi hidup ulama.
 “Ulama pun buat macam tu,” kata mereka.

Ulama semuanya dianggap benar belaka.Sikap dan cakap ulama tidak boleh dipertikaikan lagi.Terima saja bulat-bulat.Apalagi kalau ianya datang daripada ulama-ulama rasmi berjawatan tinggi seperti Menteri Agama, Mufti, Kadhi Besar, Tuk Kadhi, Ketua Dakwah, Pengarah Jabatan Islam, pensyarah universiti Islam dan lain-lain ulama berdegri. Golongan umat Islam ini tidak tahu bahawa dalam Islam, ulama bukan diukur dengan degri, jawatan dan gaji. Title ulama yang diberi oleh ALLAH kepada hamba-hamba yang tertentu itu bukannya diukur pada degri atau ilmu atau jawatannya semata-mata.

Bahkan darjat ulama di sisi ALLAH sebenarnya manusia tidak boleh mengesannya. Siapa ulama, siapa yang bukan. Hanya ALLAH yang tahu. Empunya diri pun sepatutnya tidak boleh mengaku yang dia itu ulama. Kemudian membuat kumpulan mereka sesama mereka sahaja.Hal inilah yang ingin saya jelaskan agar umat Islam tidak lagi keliru dalam jejak-jejak mereka menuruti langkah hidup ulama.Siapa yang sepatutnya mereka ikut, dengar kata-kata dan terima pimpinannya. Supaya mereka dapat benar-benar berada di belakang pewaris para nabi itu.

Ketiga:
Moga-moga ALLAH izinkan juga saya untuk menjelaskan secara ilmiah, persoalan ulama secara menyeluruh. Agar dengan itu akan jadi panduan untuk golongan ilmuan Islam supaya lahirlah ramai ulama yang sebenarnya di dalam masyarakat.Yakni ulama Akhirat yang beramal lagi bertaqwa.Bukannya ulama celup, ulama berkepentingan dan ulama suk. Dengan itu, diharapkan umat Islam mempunyai banyak obor-obor yang akan benar-benar mendidik dan memimpin mereka untuk bertaqwa.Dan untuk sekali lagi bangun menjadi bangsa yang berdaulat dan bertamadun tinggi, menaungi bangsa-bangsa lain di dunia.


Pengertian UIama Dalam Pandangan Islam

PERKATAAN ulama itu adalah satu istilah dalam bahasa Arab.Ia adalah perkataan jamak (plural), yang berasal dari perkataan tunggalnya ‘alimun. Makna ‘ulama ialah ‘seorang alim’ atau ‘orang  pandai’.Maka ulama ’tentulah bermakna ‘orang-orang alim’.

Boleh juga adikatakan ulama itu ialah parai ilmuan atau para cerdik pandai. Kalau mengikut ertinya dari segi bahasa, ulama itu ialah orang-orang alim dalam apasaja bidang ilmu. Sama ada ilmu dunia atau ilmu Akhirat; ilmu baik atau ilmu jahat. Tidak kira sama  ada ilmu itu diamalkan atau tidak. Orang-orang yang mempunyai ilmu di bidang ekonomi misalnya, maka menurut istilah Arab (bahasa), mereka disebut ulama. Demikian Juga orang-orang yang mengetahui ilmu usuluddin, maka dari segi bahasa mereka itu adalah ulama. Berdasarkan fahaman dan pengertian inilah kita sekarang Memberi gelaran ulama itu kepada seseorang. Yakni siapa saja yang alim walau dalam bidang ilmu apa pun, dipanggil ulama.

Mungkin tidak salah kalau itu disandarkan pada erti lahir dari perkataan ulama itu. Tapi cuba kita lihat dalam Al Quran bagaimana ALLAH menggunakan perkataan ulama itu.

FirmanNya:
Allah mengangkat mereka yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu itu beberapa darjat.
(Al Mujadalah: 11)

Sesungguhnya yang takutkan Allah di kalangan hamba-hambaNya ialah ulama,
(Fathir: 28)

Kemudian Abu Darda’ ada mengatakan:
Tidak dianggap seseorang itu alim sehinggalah dia beramal dengan ilmunya.

Berdasarkan ayat-ayat di atas, kita dapat melihat pengertian ulama yang diberikan oleh Islam. Ada perbezaan yang jelas dengan ertinya menurut bahasa lahir semata-mata.

Dalam ayat yang pertama, ALLAH mengatakan diangkat darjat orang-orang yang berilmu itu kerana mereka beriman. Dengan kata lain, orang beriman yang berilmu pengetahuan itu lebih tinggi darjatnya daripada orang beriman tapi kurang ilmu pengetahuannya.Dengan kata lain lagi, tingginya darjat ulama itu ialah kalau dia beriman. Orang yang berilmu pengetahuan tapi tidak beriman tidak diangkat darjatnya.

Adapun orang-orang yang tidak beriman, kalau ilmunya tinggi dan beroleh kebesaran-kebesaran tertentu, itu bukannya darjat tapi istidraj. Darjat adalah anugerah ALLAH yang ada nilai dunia dan Akhirat, yang diberi hanya pada orang beriman. Tapi istidraj, ia merupakan pemberian bernilai keduniaan semata-mata,yang diberi secara murka atau dengan tidak diredhai-Nya.

Dalam ayat yang kedua  pula, ALLAH dengan tegas mengatakan ulama ialah orang yang takut pada ALLAH.Kalau tidak takut pada ALLAH, ertinya bukan ulama. Dengan kata lain, sifat orang alim itu adalah takut pada ALLAH. Kalau orang alim tidak takut pada ALLAH, berdasarkan ayat di atas, dia bukanlah seorang ulama

Tambahan pula ada juga ulama yang pernah berkata,
 “Tidak dianggap alim seseorang itu kecuali ia beramal dengan ilmunya.”

Dengan hujah di atas, saya dapati ulama dalam pandangan Islam, ialah orang alim yang beriman, yang takutkan ALLAH dan beramal dengan ilmunya. Itulah syarat-syarat yang mesti ada pada sesiapa yang menjadi ulama.

Syarat pertamanya berilmu pengetahuan. ALLAH tidak nyatakan ilmu apa.Kerana sudah maklum ilmu Apa yang boleh membuatkan manusia beriman dan bertaqwa. Yakni sebarang ilmu yang bersumberkan Al Quran dan Hadis, yang tunjangnya ialah tauhid dan aqidah. Misalnya ilmu tafsir, feqah, tasawuf, Hadis dan lain-lain lagi. Sebaiknya alim dalam semua bidang tapi kalau alim dalam satu cabang ilmu saja pun cukup untuk disebut ulama.Misalnya, ulama tafsir. Ilmu-ilmu sekular yang memisahkan ilmu dunia dengan ilmu mengenai ALLAH dan Akhirat itu biasanya tidak membawa manusia kepada beriman dan bertaqwa. Bahkan menjadikan manusia tidak kenal ALLAH dan prasangka dengan Islam, dengan Al Quran dan Hadis.Oleh itu berilmu pengetahuan yang dimaksudkan ialah alim tentang Al Quran dan Hadis, dan beriman dengannya.

Kalau ada seorang saintis yang beriman dan bertaqwa hasil kajian sainsnya itu, maka boleh juga disebut ulama.Tetapi ha1 ini jarang terjadi.Maka perkara yang jarang terjadi tidaklah boleh dijadikan hukum.

Di dalam kitab ia dikatakan bermaksud yang jarang berlaku, tidak dijadikan hukum atau tidak diambil kira.

Ada juga berlaku dan memang banyak berlaku hari ini, orang yang tinggi ilmu pengetahuannya dalam hal Al Quran dan Hadis tetapi tidak beriman dan tidak takut padaALLAH dan tidak beramal. Kita katakan tidak beriman kerana memang mereka tidak mengucap dua kalimah syahadat.  Kita katakan tidak takut pada ALLAH kerana walaupun dia orang Islam tapi titah perintah ALLAH dilanggar membuta tuli. Larangan ALLAH dibuat dengar tak dengar saja. Sedangkan orang bertaqwa itu, orang yang beramal. Kerana bila takut padaALLAH, orang akan beramal dengan perintah-perintah ALLAH. Mereka disebut ulama ul ‘amilin. Mengapa ha1 ini terjadi ?

Kerana ilmu agama itu sendiri sudah disekularkan. Yakni roh atau tunjang ilmu itu dibuang dari cabang-cabang ilmunya. Sehingga orang yang pandai dalam ilmu tafsir pun tidak  kenal dan tidak takut  pada ALLAH. Pakar Hadis tidak kenal dan tak cinta pada  Rasulullah.Ahli feqah tidak kenal siapa yang empunya syariat itu. Ilmu usuluddin diambil pengertian lahir sahaja; tidak dibawa kepada hubungan hati dengan Zat Yang  Maha Pencipta. Manakala ilmu tasawuf diselewengkan dari maksud asalnya. Sebab itu profesor tasawuf pun masih berhasad dengki, ego, riyak, sumaah dan lain-lain lagi.Ulama feqah pun terlibat dengan riba, pergaulan bebas, pendedahan aurat dan perkara-perkara haram yang lain. Ulama yang tidak bertaqwa, tidak beramal, mereka ini dalam Islam disebut ulama suk (jahat). Dalam sistem pendidikan sekular ini,Yahudi bukan saja mengubah dasar ilmu pendidikan dalam bidang-bidang duniawi tapi dalam ilmu-ilmu agama pun sudah diselewengkan tujuan dan matlamat pelajaran dan pendidikan itu.

Maka jadilah lulusan-lulusan tinggi di bidang agama pun tidak ada beza dengan lulusan tinggi dalam bidang keduniaan sama ada di sudut makan minum, berpakaian, rumah-tangga dan lain-lain lagi.Mereka tidak cukup syarat untuk dipanggil ulama. Sementelahan pula, iman dan taqwa itu bukan manusia yang dapat mengukurnya, kerana ia adalah urusan ALLAH. Maka lagi tidak layaklah kita mengaku diri termasuk golongan ulama. Atau mencalonkan diri untuk memegang jawatan-jawatan sebagai ulama atau menjadi anggota persatuan ulama.

Dalam Islam ulama bukan diukur dengan jawatan, pengakuan sijil dan degri (BA, MA dan PhD).Sukatan-sukatan itu dibuat oleh sistem sekular yang berasal daripada orang kafir terutama Yahudi. Sistem yang mengikat ilmu dengan taraf gaji dan jawatan. Yang mana pemberian jawatan ini biasa juga dibuat kerana tujuan politik, kerana hubungan keluarga, kawan atau kerana sikap yang selari dengan orang yang memberi pada  kita. Sedikit sekali diberi kerana ilmu dan taqwanya. Sedangkan dalam sistem pendidikan Islam, ketinggian ilmu diukur pada taraf iman dan taqwa. Bukan untuk makan gaji dan jawatan tinggi, tapi untuk membanyakkan bakti, perjuangan dan pengorbanan fisabilillah.

Dalam Islam, ulamanya bukan dijanjikan kerja atau jawatan atau gaji dengan ilmunya. Kerana ulama tidak layak menjadi kuli atau pekerja dalam sistem tuan atau majikan.Tidak layak diarah-arahkan.Mereka bekerja sebagai tuan dalam sistem Tuhan. Bukannya orang suruhan dalam system tuan atau majikan.Kerja mereka, mereka sendiri yang tentukan. Yang tidak mesti diikat oleh sesiapa, oleh tempoh masa dan oleh peraturan pejabat.Biasanya seorang ulama besar itu jadi pencetus sistem, bukan terikat dengan sistem orang (yang tidak Islamik).

Mereka benar-benar menjadi khalifah ALLAH walaupun tidak memerintah, apalagi kalau memerintah.Bekerja dengan ALLAH dan mengharap gaji dari ALLAH, sekalipun tidak salah mengusahakan pendapatan sendiri.

Sebesar-besar ulama sesudah Rasulullah ialah para Sahabat, para mujtahid, mujaddid,  para fuqahak dan sufi-sufi besar.Mereka inilah sebenar-benar ulama. Kehidupan mereka bagaikan bintang-bintang di langit di sisi bulan purnama yang gemerlapan.Merekalah contoh dan ikutan.

Kajilah sejarah mereka untuk melihat kehidupan ulama yang sepatutnya. Inilah pandangan saya tentang pengertian ulama menurut Islam. Saya rasa kalaupun tidak tepat, tapi tidak menyalahi dasar. Kalau ada sesiapa yang mahu menolak, saya pun tidak berkecil hati.Kerana persoalan inibukan soal soreh dan qat'I atau perkara yang telah diijmakkan oleh para ulama.Sesiapa pun boleh berijtihad menggunakan akal dan ilmu yang ALLAH beri padanya.

Pada diri saya, inilah saja yang ALLAH berikan.Moga-moga ada kebenarannya dan ALLAH beri ganjaran-Nya.

WALLAHU A’LAM.


Ustaz Ashaari Muhammad

Siapa Ulamak Pewaris Nabi ?

dipesisiran pantai Sumatra, sekitar 100 tahun dahulu, usaha2 menegakkan Islam disana dibuat oleh kumpulan Syeikh Abdul Wahab Rokan yang mengamalkan tariqat Naqsyanbandiah. Mereka berjaya membangunkan sekolah,kampung sendiri, estet, rumah anak yatim dan mempunyai percetakan sendiri.Mereka juga menghantar wakil ke muktamar Islam luar negeri dan dapat mendidik raja negeri Langkat.


“Ulamak itu adalah pewaris nabi.”

Itulah kenyataan Rasulullah 1400 tahun yang lampau. Itulah juga modal bagi para ulamak ke sana ke sini.Mereka mengaku pewaris nabi. Mereka menjaja kepada orang kebanyakan bahawa merekalah pewaris nabi. Sebab mereka ulamak dan sudah dikatakan Rasulullah sebegitu rupa. Tetapi malangnya hari ini, kita tidak nampak yang kebanyakan ulamak yang mengaku ulamak itu pewaris nabi. Ini kerana kalaulah dikatakan pewaris nabi, sudut bagaimanakah yang dikatakan pewaris nabi ?

Sudut ilmu, adakah ilmu mereka benar-benar mewarisi ilmu nabi yakni Rasulullah ?
Sebabnya ilmu yang Rasulullah bawa itu global. Tidak tertumpu pada satu-satu bidang ilmu sahaja. Ilmu Rasulullah itulah ilmu Iman, Islam dan Ihsan. Atau dalam ertikata lain, akidah, syariat dan tasauf. Ulamak hari ini, kalau alim tentang tasauf, tasauf sahaja. Kalau akidah, akidah sahaja. Kalau syariat, syariat sahaja. Kalaupun belajar dan alim semua, berapa kerat sahaja. Itupun tak pula dapat menggunakan ilmu-ilmu tersebut dalam bentuk pakej. Sehingga ilmu itu benar-benar berperanan menghuraikan persoalan isu semasa. Sehingga daripada ilmu itu, terungkai pelbagai masalah umat Islam.

Sudut ibadah, adakah mereka beribadah seperti Rasulullah ?
Sudahkah mereka mewarisi sifat Rasulullah yang sangat menjaga sembahyang, mengutamakan sembahyang di awal waktu, sembahyang berjemaah, sembahyang secara tertib dan cukup berhalus dalam soal sembahyang ? Ibadahnya juga bukan sekadar ibadah tetapi memberi kesan pada jiwa sehingga nampak kesannya dalam kehidupan sehariannya. Rasulullah itu juga istiqamah bangun dari tidur untuk mengerjakan tahajjud dan witir di samping banyak merintih di malam hari.

Sudut rohaniah Rasulullah bagaimana pula ?
Rasulullah itu sabar orangnya, sangat pemurah, bertolak ansur, pemaaf, berkasih sayang dan tawadhuk ? Bahkan yang paling hebat pada Rasulullah itu dia sangat kenal, cinta dan takut kepada Tuhannya. Apakah sudah ulamak mewarisi rohaniah Rasulullah seperti itu?

Sudut perjuangan, adakah mereka benar-benar berjuang mewarisi perjuangan Rasulullah ? Perjuangan Rasulullah menegakkan Islam bermula daripada diri dan keluarga. Apakah diri ulamak, isteri dan juga keluarga sudah diislamkan sehingga mencapai tahap seperti yang Tuhan kehendaki ?

Rasulullah juga berjuang di dalam jemaah. Apakah mereka mengikut Rasulullah membentuk jemaah atau setidak-tidaknya menyertai jemaah? Yang mana jemaah itu di dalamnya tertegak sistem Tuhan baik ekonominya, pendidikannya, kemasyarakatannya, pentadbirannya, perhubungannya dan juga kebudayaannya.Yang mana jemaah itu melagangkan Islam ditengah-tengah masyarakat sehingga berperanan mempengaruhi masyarakat sekeliling.

Cukuplah sedikit gambaran diberi, tidak semudah itu ulamak boleh mengatakan yang mereka itu mewarisi nabi...


Bandingan orang yang tidak mengamalkan ilmunya.

Bandingan seorang yang tidak mengamalkan ilmunya, hanya sekadar disyarah-syarah dan dikertas-kejakan ialah bagai seorang doktor yang tahu ubat dan teori pengubatan sebarang jenis penyakit, tapi pengetahuan itu tidak dipraktikkan. Akibamya, tidak seorang pun pesakit yang dapat disembuhkan.

Berapa ramai hari ini cerdik pandai Islam dengan berbagai jawatan dan kedudukan, dengan ilmu Islamnya yang tinggi, diiktiraf pula oleh berbagai universiti di dunia, dalam dan luar negeri. Yang mereka itu rajin pula memperkatakan bahkan  memperjuangkan Islam melalui lisan dan tulisan, disyarahkan, dibahaskan, ditempikkan atau ditulis dan dikertas-kerjakan, tapi Islam tetap dan terus tidak diamalkan.

Islam yang syumul, mencakup seluruh bidang hidup (bermula daripada mengucap dua kalimah syahadat, sembahyang, puasa, zakat, haji yakni hukum-hukum fardhu ain,dihias pula oleh perkara-perkara sunat ain yang beribu banyaknya, ditambahkan dengan hukum-hukum fardhu kifayah seperti membangunkan sistem pendidikan, budaya, perubatan,perhubungan, muamalah, munakahat, siasah dan serba  macam lagi diperluaskan dengan perkara-perkara sunat kifayah yang ribuan banyaknya), tidak pernah dibangunkan oleh mereka itu walaupun di dalam satu masyarakat kecil di sekitar kediaman mereka iaitu sebagai contoh kepada masyarakat umum tentang bentuk Islam yang mereka syarah-syarahkan itu.

Sekurang-kurangnya sebagai hasil syarahan itu cukuplah kalau diajak kawan-kawan seperjuangan membangunkannya, supaya pencinta-pencinta Islam tidak lagi terlibat dalam sebarang system yang bukan Islam.

Tapi itu pun belum mereka lakukan. Hingga tertanya-tanyalah manusia, bagaimana dan bilakah teori Islam yang mereka syarah dan bahas itu hendak mereka mulakan dalam hidup mereka dan harakah mereka sekurang-kurangnya.Sedangkan tanda-tanda untuk bermulanya kebangkitan yang mereka harapkan itu makin malap. Mana Cukup kebangkitan Islam setakat pakai serban,pakai tudung kepala, mengaji, berusrah, bermuktamar, mesyuarat  agong dan forum saja.Kalaulah wajah Islam itu tinggi dan besarnya bagai gunung maka pakai serban dan tudung kepala itu ertinya barulah membangunkan sebuah busut. Mana lebihnya yang masih banyak lagi itu ?

Perjuangan Islam bukan setakat mensyarahkan Islam tapi yang lebih penting ialah menegakkannya. Kalau usaha-usaha praktikal langsung tidak ada, apa beza dengan musuh Islam ( para orientalis ) yang turut menulis buku Islam bahkan mensyarahkannya?

Islam bukan untuk di‘mental exercise’kan. Ia adalah sistem hidup yang mesti dilakukan sepanjang hidup.Kalaulah kita gagal berbuat demikian, maka samalah kita dengan seorang doktor yang hafal semua teori perubatan tapi tidak mempraktikkannya.

Berjayakah doktor itu terhadap pesakitnya ?
Terhadap dirinya dan terhadap cita-cita Perjuangannya ?


Peranan Ulama Sebenarnya

RASULULLAH SAW bersabda:
Setiap anak dilahirkan dalam keadaan bersih (bagaikan kain putih), sesungguhnya ibu bapanyalah yang mencorakkannya sama ada jadi Yahudi, nasrani atau majusi.

(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Yang putih bersih bagaikan kain putih itu ialah fitrahnya. Manakala fitrah itu selari dengan ajaran Islam. Sebab itu Islam disebut juga agama fitrah. Yang mana ajarannya sesuai dan selari dengan kecenderungan fitrah murni manusia. Bila ajaran Islam melalui Al Quran dan Hadis ditolak, maka manusia pun dikotori oleh segala  macam kekarutan jahiliah yang didedahkan kepadanya. Hingga akhirnya manusia  hidup bertuhankan nafsu dan syaitan. Tunduk pada sebarang kehendak nafsu dan menolak semua perintah dan larangan ALLAH.

Keadaan mereka disebut oleh ALLAH dalam firman
Apakah tidak engkau perhatikan mereka yang mengambil nafsu sebagai tuhannya. ALLAH biarkan mereka sesat dalam ilmu (mereka). Ditutup pendengaran dan hati mereka,dan dijadikan penglihatannya kabur.

(Al  Jasiah: 23)

Inilah yang sedang melanda dunia seluruhnya hari ini.Zaman jahiliah kedua berulang dan sedang membawa manusia kembali kepada zaman sebelum kelahiran Rasulullah SAW. Bahkan keganasan jahiliah kali kedua inikelihatan lebih dahsyat lagi.Tetapi Rasul sudah tidak ada lagi;

sudah muktamad bahawa NabiMuhammad SAW adalah Rasul penutup.Siapa kata selepas Nabi Muhammad ada nabi lagi, rosaklah aqidahnya,kerana menafikan Al Quran dan Hadis.

FirmanAllah SWT:
Bukanlah Muhammad itu bapa kepada lelaki kamu, akan tetapi dia adalah penyudah (penutup )segala nabi.

(Al Ahzab: 40)

Sabda Rasulullah SAW:
Sesungguhnya akan lahir pada umatku seramai 30 orang pendusta, kesemua mereka mendakwa sebagai nabi.Sebenarnya aku adalah Nabi penyudah tiada nabi selepas itu.

(Riwayat At Tarmizi)

Jadi siapakah yang akan menjadi Muhammad kedua untuk menghadapi jahiliah kedua ini ?

Yang pasti zaman jahiliah ini akan hancur.ALLAH telah berjanji melalui lidah
Rasul-Nya bahawa sebelum Qiamat, Islam akan bangkit semula sekali lagi di dunia. Soalnya siapakah yang bakal menerajuinya ?

Ya, Al Quran dan Hadis memang ada.Tidak akan sesat siapa yang mengikuti keduanya, kata Rasulullah SAW.

Tapi siapa pula yang akan jadi Al Quran bergerak yang akan memimpin umat kembali kepada Sunnah Rasulullah SAW dan masyarakat salafussoleh ?
Jawabnya ialah ulama.

Yakni orang-orang yang diberi ilmu Al Quran dan Hadis serta keupayaan untuk melaksanakan keduanya. Merekalah orang-orang yang akan mengulangi kerja-kerja Nabi di zaman tidak ada nabi lagi ini.Di tangan merekalah masyarakat akan kembali pada ALLAH dan meninggalkan kehidupan jahiliah Rasulullah menamakan mereka ini sebagai waris-warisnya.

Sabda baginda:
Ulama’adalah pewaris para nabi.
(Riwayat Abu Daud dan At Tarmizi)

Apakah yang mesti dibuat oleh para alim ulama ini dalam tugasnya sebagai waris Rasulullah ?

Tentunya menjalankan kerja-kerja yang pernah dibuat oleh Rasulullah. Yakni kerja-kerja yang boleh membawa manusia dari kejahilan kepada alam Islam. Agar mereka kembali menyembahkan diri kepada ALLAH, melaksanakan perkara-perkara disuruh dan  meninggalkan yang ditegah. Agar hidup mereka selamat dari kesesatan dunia dan Akhirat.

Dengan izin ALLAH, saya akan cuba menyenaraikan langkah-langkah tugas yang patut diikut oleh para ulama dalam usaha menjejaki langkah-langkah Rasulullah.Moga-moga para ulama benar-benar dapat menjadi pewaris baginda.

Rasulullah memulakan kerjanya seorang diri dengan berdakwah dari rumah ke rumah, dari seorang ke seorang.Waktu itu Cuma baginda seorang saja yang Islam, orang lain semuanya kafir. Jadi Rasulullah membawa mesej tauhid dan aqidah. Ayat-ayat Al Quran surah Makkiah dijadikan tajuk dakwahnya. Bukan senang nak mengajak seorang yang tidak percaya pada ALLAH, Hari Qiamat dan segala yang ghaib itu kepada mempercayainya.

Maka sesusah itulah Rasulullah menghadapi segala macam risiko, fitnah, cacian, kesakitan dan kesusahan. Selama 13 tahun, baginda Cuma dapat mengumpul 313 orang Sahabat untuk beriman bersamanya. Malangnya mereka dihalau keluar dari Makkah oleh orang-orang Makkah yang menentangnya. Membawa dirilah mereka berhijrah dengan segala susah payah menuju ke Madinah. Alhamdulillah, di sana mereka disambut baik oleh orang-orang Ansar yang sudah tahu tentang mereka.Maka bermulalah negara kecil Islam di Madinah yakni gabungan hidup antara orang-orang Ansar dan Muhajirin. Perlu diingat, tugas Rasulullah SAW bukan selesai setakat berdakwah, mengajar dan mendidik. Baginda juga mengusahakan pembangunan tamadun material sesudah kerja-kerja pembinaan insaniah berhasil pada setiap individu masyarakatnya.

Di Madinah, baginda membangunkan masyarakat Islam.Di kota kecil tempat Sahabat-Sahabat berkumpul dan hidup bersama itu, baginda menyusun program dan jadual hidup orang-orangnya. Kegiatan sosial, budaya, ibadah, ekonomi, politik, akhlak, pendidikan, keselamatan, perhubungan, pertanian, kesihatan, pemakanan, ternakan dan serba-serbi  keperluan hidup harian generasi bertaqwa itu dibangunkan tepat seperti kehendak ALLAH. Yang tentunya begitu asing dengan apa yang sedang dilakukan dan dibangunkan oleh masyarakat sekitar yang masih hidup cara jahiliah.Bermulalah pertembungan budaya dan tamadun Islam dengan jahiliah.Yang memberi dua kesan besar iaitu:

a. Ramai yang tertarik dan mengikut Rasulullah.
b. Ramai pula yang benci dan menentangnya.

Pertembungan inimemarakkan lagi kebangkitan Islam diTimur Tengah itu sehingga kemuncaknya musuh-musuh terlalu sakit hati.Lalu mereka mengundang Rasulullah ke medan perang.Di masa yang sama Islam kian meluaskan sayapnya ke benua lain di dunia. Akhirnya musuh tersungkur dan tempatnya diambil alih oleh Islam di ¾ bahagian dunia ini.

Barulah selesai tugas-tugas kenabian dan Sahabat-Sahabatnya. Mereka pulang ke hadrat ALLAH dengan membawa kejayaan dan kemenangan Ukhrawi dan duniawi.

Ulama para pewaris nabi-nabi sepatutnya bekerja macam Rasulullah bekerja itulah. Tugas Rasul itu diwariskan kepada ulama di waktu tiada lagi rasul di kalangan umat. Ulama mesti merasakan tugas ini begitu besar dan mulia, dan mereka beruntung kerana terpilih untuk mewarisi hak-hak kenabian. Sepatutnya umat Islam berlumba-lumba menduduki tempat istimewa sebagai pewaris nabi di dunia dan Akhirat.Memang kerja ini tidak mudah sebab ianya terlalu mulia dan tinggi. Kerja yang mudah-mudah itu semuanya bernilai murah dan rendah.Ulama sebaik-baiknya berperanan seperti yang berikut ini,yakni menuruti jejak-jejak para nabi:

1. Mendidik diri dan keluarga untuk menjadi peribadi dan keluarga Islam contoh di kalangan masyarakat. Kalau diri dan keluarga tidak dapat dijadikan contoh kepada masyarakat, jadilah ia seperti bapa ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul sedangkan  ia sendiri tidak melakukannya.Maka mustahil bagisi anak untuk mengikutinya. Sebab itu langkah awal bagi kejayaan perjuangan Islam itu ialah membangunkan keluarga Islam.

2. Kalau satu keluarga saja yang mahu melaksanakan Islam, tentu tidak dapat dilakukan dengan sempurna.Sebab banyak dari kehidupan inimesti dilakukan secara berjemaah. Untuk membangunkan jemaah yang dapat melaksanakan kehidupan Islam, kenalah para ulama mengumpul kawan-kawan yang akan menjunjung cita-citayang sama. Ertinya kenalah berdakwah dan seterusnya mendidik anggota masyarakat ke arah melaksanakan cita-cita Islam itu.

Ada orang kata umat Islam tidak payah didakwah dan dididik lagi, sebab mereka sudah Islam. Zaman Rasulullah dulu bolehlah. Sebab masyarakat itu belum Islam.  Atas pendapat inilah maka mereka berjuang untuk negara Islam. Sebab Rasulullah pun telah menegakkan negara Islam, kata mereka. Mereka ini terlupa agaknya bahawa umat Islam yang ada hari ini jauh bezanya dengan umat Islam di zaman Rasulullah. Islam mereka Islam baka, yang mana nama saja Islam tapi hukum-hakam Islam tidak dipedulikan. Tiang agama pun tidak cukup ditegakkan, bagaimana kita mahu ajak mereka menegakkan hukum-hakam yang lain ?

Sebab itu dakwah dan tarbiah amat perlu sekali.Tarbiah insaniah dengan roh tauhid sehingga mereka benar-benar cinta ALLAH dan rindukan kampung Akhirat. Dari situ baru mereka bertenaga untuk melaksanakan segala perintah ALLAH dan meninggalkan laranganNya.Bila sudah terkumpul kawan yang sudah terdidik dengan iman dan syariat Islam, gemblengkan tenaga untuk memulakan kegiatan sosial, budaya, ekonomi, pendidikan, perhubungan dan serba-serbi bidang kehidupan yang diperlukan oleh masyarakat.

Ada orang kata, buat apa hendak bangunkan semua itu. Sebab semuanya sudah ada. Sekolah sudah ada, klinik sudah ada, ekonomi sudah ada, pendeknya semuanya sudah ada.Tidak payah bangunkan yang baru.Rumah sudah ada.Buat apa nak bangunkan yang baru. Ubah saja yang ada kepada Islam Senang ke ?
Mana lebih senang nak ubah rumah lama jadi baru dengan buat rumah baru ?

Saya ingat baik buat baru. Jangan-jangan buat rumah baru itu lebih cepat daripada hendak rombak rumah lama. Atau sekurang-kurangnya begini Buat satu rumah baru sebagai model,supaya ada contoh untuk panduan bagi orang-orang yang hendak baiki rumah  lama itu.Kalau model pun tidak ada, sulitlah bagi para pekerja untuk menentukan bentuk rumah yang dikehendaki dari rombakan yang dibuat.

3. Tentang membangunkan jemaah ini,perlu diingat bahawa

Rasulullah berpesan dengan sabdanya:
Wajib bagi kamu berjemaah, sesungguhnya tangan (bantuan) ALLAH kepada yang berjemaah.

Sebab dalam jemaahlah kita boleh praktikkan Islam bersama.Kalau sorang-sorang susah, lagipun macam mana hendak sembahyang jemaah kalau tidak ada jemaah.Segala aktiviti fardhu kifayah itu mesti dikerjakan secara berjemaah. Misalnya kegiatan ekonomi Islam, pendidikan Islam, kebudayaan Islam dan lain-lain lagi. Tetapi kalau ada jemaah pun, sedangkan tidak dibangunkan apa-apa sistem Islam bersama-sama, tidak bermakna juga jemaah itu. 

Macam orang ada bakul tetapi tidak ada isi. Apa ertinya bakul itu ?
Kalaulah setiap jemaah yang dibangunkan oleh ulama yang benar-benar mewarisi tugas Rasul itu membangunkan cara hidup Islam dalam jemaah mereka, umat Islam sudah boleh berdiri sendiri atas nama Islam.Bahkan akan memiliki kekayaan tamadun dan identiti yang membanggakan.

Banyak jemaah tidak mengapa.Banyak jemaah bukan bermakna tidak bersatu, yakni berpecah-belah. Kalau tidak betul caranya, dalam satu jemaah pun berpecah-belah. Sebab erti bersatu menurut Islam ialah berpegang teguh dengan tali ALLAH. Bukannya bersatu itu mesti berada dalam satu jemaah.Bila semua orang melaksanakan syariat ALLAH, walaupun berada di lain-lain tempat dan lain-lain jemaah, mereka itu hakikatnya satu.Satu cara, satu fikiran, satu sikap dan satu hati.

Kalaulah bertemu dua orang Islam dari dua buah negara dan jemaah yang berbeza, tapi  masing-masing kuat berpegang pada syariat ALLAH, pasti di antara mereka akan ada rasa kesamaan, terikat dan bersatu.Tetapi anggota dari satu jemaah pun, kalau yang satu sembahyang, satu lagi tidak, umpamanya, nescaya mereka itu tidak boleh bersatu.

cara membangunkan Islam itu ialah bila sudah berjemaah, ramai-ramai berpakat membina sistem hidup Islam bersama-sama dalam jemaah. Memanglah mula-mulanya kecil-kecilan tetapi lama-lama tentu ia membesar.

Itu ialah Sunnatullah yang tidak payah dipertikaikan.


Ustaz Ashaari Muhammad