Sabtu, 7 Julai 2012

Penyelewengan Ilmu


Agama Islam sangat menggalakkan umatnya mencari ilmu. Bahkan bukan sahaja setakat mencari ilmu tetapi juga mengkaji, mencungkil dan mengembangkan ilmu.

Dalam Islam, mencari ilmu itu dibebaskan. Carilah ilmu apapun dan setakat manapun asalkan tidak terkeluar dari syariat. Buatlah kajian, buatlah analisis dan kembangkanlah ilmu.

Dapatkanlah ilmu dari manapun hatta dari negeri Cina sekalipun dan sesuaikan dengan syariat. Itu sebab orang-orang di awal Islam dahulu banyak mengkaji ilmu dari tamadun Yunani, Rom dan Parsi. Mereka sesuaikan ilmu tersebut dengan syariat dan dimaju dan dikembangkan pula dari satu tahap ke satu tahap sehingga negara Islam menjadi pusat ilmu bagi seluruh dunia di waktu itu.

Ilmu tidak dihadkan atau disukat. Sesiapa sahaja boleh belajar ilmu setakat mana yang dia mahu dan setakat mana yang dia mampu dalam bidang apa yang dia suka. Seseorang itu pula tidak dihadkan ilmunya pada sesuatu bidang yang tertentu. Sebab itu para ulamak di zaman dahulu di samping dia alim dalam bidang agama, dia juga alim dalam bidang perubatan, pertanian, penternakan, astronomi, falsafah, matematik dan sebagainya.

Ilmu ketika itu dipelajari sebagai alat untuk berbakti kepada Tuhan dan untuk berbakti kepada sesama manusia.

Ilmu tidak terputus atau bercerai dari tamadun dan kehidupan.

Sekarang ini ilmu itu disukat-sukat. Ilmu itu diadakan had dan sukatannya. Dipecahkan pula ke dalam berbagai-bagai aliran. Ada aliran sains dan ada aliran sastera. Dari aliran ini dijuruskan pula ke dalam berbagai jurusan. Ilmu dalam satu jurusan tidak boleh dicampuradukkan dengan ilmu dari jurusan lain.

Sekarang ini ilmu diajar hanya melalui satu kaedah sahaja iaitu secara ilmiah yang hanya menggunakan akal. Sumber ilmu pula adalah dari kuliah-kuliah, buku-buku, teks ilmiah dan seumpamanya. Paling tinggi, diadakan latihan praktikal untuk memahirkan pengamalan ilmu itu.

Namun, ilmu tidak diperolehi melalui mata yang melihat, melalui telinga yang mendengar atau melalui hati yang merasa.

Justeru itu, ilmu yang diajar di zaman ini terpisah dari hidup, terpisah dari masyarakat, terpisah dari kemanusiaan, terpisah dari akhlak dan tatasusila dan terpisah dari konsep ibadah. Ilmu dianggap sebagai satu entiti yang berasingan seolah-olah ia tidak berkait dengan kehidupan.

Ilmu disanjung, dikagumi, dipuja dan diletakkan di suatu tahap yang terlalu tinggi hingga mengatasi perkara-perkara lain.

Akhirnya orang memuja ilmu. Ini satu manifestasi atau cabang dari pemujaan akal.Manusia berebut-rebut menjadi tokoh akal, menjadi ahli filasuf, menjadi ahli falsafah dan menjadi ahli teori. Orang berebut-rebut menjadi ashabul Aqli atau ahli akal.

Orang tidak mahu jadi ashabul Qulub atau ahli hati. Orang belajar di menara gading. Tempat yang khusus. Tidak didedahkan kepada bandar. Tidak didedahkan kepada kampung. Tidak didedahkan kepada hutan. Para pelajar tidak tahu apa yang berlaku di bandar, di kampung dan di hutan. Mereka tidak tahu apa rasa hidup di bandar, di kampung dan di hutan. Mereka tidak tahu apa masalah hidup di bandar, di kampung dan di hutan.

Tiba-tiba bila keluar dari menara gading, mereka hendak selesaikan masalah bandar, masalah kampung dan masalah hutan. Mereka membawa satu idealisma yang berbentuk teori dan falsafah. Mereka keluar dari menara gading dengan semangat yang meluap dan berkobar-kobar ingin mengubah nasib manusia, suasana dan keadaan. Apabila berhadapan dengan realiti dan masalah praktikal, mereka beku dan kaku untuk bertindak. Ilmu yang ada pada mereka tidak dapat diapply dalam kehidupan yang sebenar. Ilmu mereka tidak relevan dan tidak memadai.

Lama-lama, mereka hilang semangat dan terus jadi jumud macam orang lain juga. Mereka diberi ilmu melalui akal tapi tidak disiapkan jiwa dan perasaan mereka untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah sebenar dalam masyarakat yang jauh lebih rumit dan mencabar dari apa yang telah didedahkan kepada mereka. Nyata bahawa realiti dan masalah kehidupan yang sebenar adalah lebih kompleks.

Manusia ada tiga kekuatan iaitu kekuatan akal, kekuatan perasaan dan kekuatan jiwa. Ketiga-tiga kekuatan ini perlu dibina. Barulah seseorang individu itu akan seimbang personality make-up atau struktur peribadinya.

Kalau akal sahaja yang dibina seperti yang berlaku dalam sistem pelajaran sekarang ini dan perasaan serta jiwa tidak dibina bersama, maka akan lahirlah manusia yang pincang dan tidak sempurna batinnya. Mereka tidak tahu merasa dan menilai kehendak, keperluan dan perasaan orang lain dan tidak kukuh dan tidak kental hati dan jiwanya untuk terus berjuang dan menghadapi segala masalah, cabaran dan tekanan. Akhirnya, apa sahaja yang dibuat menemui jalan buntu dan mereka kecundang di tengah jalan.

Ilmu taqwa tidak didahulukan. Malahan dalam banyak keadaan, langsung tidak diajar atau disentuh. Para pelajar tidak kenal Tuhan. Jauh sekali cinta dan takut dengan Tuhan. Hati mereka kosong dari keimanan dan rasa bertuhan. Oleh itu apa sahaja yang mereka belajar, maka itulah yang mengisi hati dan jiwa mereka yang kosong itu. Tidak hairanlah para pelajar, walaupun mengaku diri Islam tetapi berpegang kepada fahaman fahaman yang datang dari luar Islam seperti nasionalis, sosialis, kapitalis, liberalis, demokrasi dan ada juga yang berfahaman komunis. Tidak kurang juga yang menjadi atheis dan agnostik.

Umumnya para pelajar bergantung seratus peratus pada akal. Akal sahajalah sumber kekuatan mereka. Hati dan perasaan mereka tidak berperanan. Bergantung harap, meminta pertolongan dan menagih bantuan Tuhan dalam menyelesaikan masalah hidup tidak ada dalam kamus hidup mereka.

Kadang-kadang apa yang dipentingkan sangat bukanlah ilmu tetapi sijil atau ijazah. Belajar untuk lulus periksa supaya dapat sijil atau ijazah. Sebelum periksa, belajar, hafal dan ingat semua. Selepas periksa, lupa segala-galanya. Balik macam asal. Ini kerana niat belajar bukan untuk memperjuangkan sesuatu atau sebagai satu ibadah. Ia adalah untuk tujuan komersil supaya bila dapat sijil atau ijazah, senang dapat kerja atau jawatan.Yang penting ialah dapat sijil dan ijazah, bukan ilmu. Kalau boleh dapat ijazah tanpa belajar, atau kalau ijazah boleh dibeli, itu lagi baik.

Pencarian ilmu pula kita lihat sangat pelik. Makin tinggi belajar, makin disempitkan ilmunya. Kalau semasa belajar untuk mendapat ijazah pertama, banyak juga ilmu yang perlu dipelajari. Bila ambil masters, disempitkan pada satu bidang sahaja. Bila ambil PhD, disempitkan lagi. Jadi, makin banyak belajar, makin sempit ilmunya. Para ilmuan itu, makin banyak dia belajar, makin kecil ruang lingkup ilmunya. Makin kuranglah skop kemahiran
yang dapat disumbangkan kepada masyarakat.

Maka lahirlah pakar dalam berbagai bidang tapi tidak dapat berbuat apa-apa dalam bidangnya itu. Lahirlah pakar ekonomi tetapi tidak pandai berekonomi. Lahir pakar pertanian tapi tidak pandai bertani. Lahir pakar perikanan tetapi tidak pandai menangkap atau menternak ikan. Lahirlah orang yang pandai berteori tetapi tidak mampu melaksanakan teorinya.

Orang lain pula yang tidak pakar yang boleh berbuat. Kadang kala terlalu hebat sangat kepakarannya hingga dia tidak tahu dan tidak mahu terlibat dalam ilmu lain yang bukan bidang dia. Pakar batu-batan contohnya, bila ditanya tentang kayu-kayan, dia kata, maaf, saya tak tahu. Itu bukan bidang saya Pakar logam, bila ditanya tentang ikan, dia kata itu bukan bidang dia. Dia tidak tahu. Jadi, apabila jadi pakar, lebih banyak perkara yang dia tidak tahu daripada yang dia tahu.

Kalaulah pakar-pakar seperti ini dihantar ke sebuah pulau yang penduduknya sangat mundur, tidak ada apa satu yang boleh dibuatnya untuk membantu mereka. Lebih baik hantar orang yang tidak pakar tapi tahu sedikit sebanyak tentang berbagai perkara. Tahu tentang menangkap ikan, tentang proses memproses dan mengawet ikan, tentang bertukang membuat rumah atau membuat perahu, tentang cara hidup yang sihat, tentang kebersihan, tentang menghindar diri dari penyakit, tentang menggali telaga dan mendapatkan sumber air, tentang membuat tandas dan sebagainya. Orang yang tidak pakar ini akan lebih membawa manfaat.

Makin banyak ilmu, makin tidak mampu berdikari. Makin banyak ilmu, makin perlu bergantung dengan orang lain, dengan syarikat orang atau dengan kerajaan. Pelajar-pelajar yang keluar dari menara gading, kalau tidak diberi kerja, tidak tahu macam mana hendak bekerja. Mereka akan menganggur. Orang yang tidak belajar di universiti pun pandai kerja dan pandai cari jalan kehidupan, tetapi lepasan universiti boleh menganggur. Ilmu yang diajar membuatkan pelajar di menara gading berjiwa hamba, berjiwa subsidi, suka bergantung dengan orang. Tidak bebas dan tidak merdeka. Tidak tahu mencari jalan dan berusaha sendiri. Ini kerana walaupun mereka banyak ilmu tapi ilmu mereka itu ilmu hafalan yang semata-mata akedemik yang jumud dan beku. Jiwa mereka pula mati, tidak hidup, tidak berkemahuan dan takut pada cabaran.

Ilmu yang diajar adalah ilmu tulen. Ilmu yang semata-mata ilmu, yang tidak dikaitkan dengan soal-soal lain seperti soal masyarakat, soal sosial, soal akhlak, soal perhubungan dan lainl ain. Oleh itu, ilmu-ilmu tersebut jadi tidak relevan. Orang belajar hanya untuk belajar, untuk dapat sijil dan ijazah tetapi tidak faham bagaimana ilmu itu boleh dikaitkan dengan masyarakat atau dengan kehidupan dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan.


Jelas, bahawa sistem ilmu yang wujud di waktu ini tersimpang dari konsep ilmu dalam Islam. Dalam Islam, ilmu itu adalah alat, bukannya matlamat. Tetapi ilmu di zaman ini telah dijadikan matlamat. Orang memperhambakan diri kepada ilmu. Ilmu disanjung dan dipuja. Ilmu adalah segala-galanya. Bagaimanalah boleh kita mengangkat ilmu yang pada hakikatnya hanyalah alat kepada tahap yang sebegitu tinggi sehingga ia menjadi satu kuasa yang telah membelenggu kita. Ilmu sudah menjadi tuan dan kita sudah menjadi hambanya. Kita pula terpaksa akur dengan kehendak ilmu, bukan ilmu yang patut akur dengan kehendak kita.

Inilah angkara Yahudi. Diolahnya kaedah mencari ilmu hingga ilmu itu jadi tidak berguna kepada kita. Tidak bermanfaat dan tidak boleh membantu kita untuk berdikari.

Lagi banyak ilmu, lagi kita terbelenggu dan terjajah. Kita terpaksa bergantung kepada Yahudi dan terpaksa mengikut kehendak dan telunjuknya.



mind of Ashaari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan