Di dalam kitab suci Al Quran, banyak kita temui ayat-ayat yang
maksudnya berbunyi:
“Mengapa kamu tidak menggunakan akal.”
“Mengapa kamu tidak berfikir.”
“Mengapa mereka tidak mengambil perhatian (pengajaran).”
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Hendaklah kamu berjalan di atas muka bumi kemudian maka
kamu lihatlah betapa kesudahan mereka yang berdusta.” (Al An’am: 11)
Dalam mencari ilmu dan pengalaman, umat Islam ada dua dorongan iaitu
dorongan fitrah dan
dorongan imannya.
Keinsafan dan kesedaran juga merupakan dorongan. Pada orang lain hanya
ada satu dorongan. Kalau ibarat kereta, orang yang bukan Islam ada satu
enjin, orang Islam keretanya ada dua enjin. Sudah tentu kereta dua enjin
lebih laju daripada kereta yang enjin satu.
Lantaran itulah umat Islam di zaman imannya kuat dan ketaqwaannya tebal
iaitu di zaman Rasulullah SAW, zaman Sahabat, zaman Tabiin dan zaman
Tabi‘it Tabiin, mereka sangat cepat menguasai ilmu dan pengalaman
dibandingkan bangsa-bangsa lain sebelum kedatangan Islam seperti Rom,
Parsi dan juga bangsa China. Umat Islam dapat menguasai ilmu dalam masa
yang singkat kerana ada dua dorongan seperti yang telah disebutkan tadi.
Akhirnya umat Islam menguasai politik dunia dan ilmu pengetahuan. Mereka
menjadi guru kepada bangsa-bangsa di dunia. Mereka dikagumi dan dihormati
bahkan disayangi kerana mereka membawa bersama akhlak mulia yang dipimpin
oleh wahyu.
Mula-mula umat Islam menumpukan sepenuh masa mengkaji ilmu wahyu (Al
Quran dan Sunnah). Ilmu wahyu inilah sebagai asas ilmu kepada umat Islam
kerana ilmu wahyu merupakan ilmu dunia Akhirat kepada umat Islam. Mereka
menghafal, mnghayati, mengamalkan serta memperjuangkan. Mereka berlumba-
lumba mengembangkan dan menyampaikan kepada kaum-kaum dan bangsa-bangsa
di dunia di waktu itu.
Setelah benar-benar matang dan mantap ilmu wahyu itu serta telah tersebar luas,
maka umat Islam pun meneroka ilmu-ilmu di luar Islam. Bermula di zaman kerajaan
Abbasiah, mereka nterjemahkan kitab-kitab orang Rom, bangsa Yunani, Parsi
dan lain-lain lagi. Mereka mengkaji, menilai, menyaring dan memperluaskan mana-
mana yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka jadikan ilmu itu hak milik
mereka sehingga jadi satu cabang daripada ilmu Islam seperti ilmu mantik.
Maka lahirlah ahli-ahli falsafah Islam, ahli-ahli perubatan, ahli imia, ahli
geografi, ahli falak, ahli sejarah, ahli sains dan lain-lain lagi.
Akhirnya ilmu umat Islam menggabungkan ilmu wahyu dengan ilmu akal. Ilmu
nakli bergabung dengan ilmu akli. Maka bertambah luaslah lagi ilmu umat Islam.
Ilmu wahyu atau nakli membangunkan jiwa mereka. Ilmu akli membangunkan akal
dan material mereka. Lahirlah tamadun lahir dan tamadun batin atau tamadun dunia
dan tamadun Akhirat. Juga disebut tamadun material dan tamadun spiritual atau
rohani. Tamadun kebendaan dan tamadun akhlak atau tamadun ekonomi dan
tamadun budi pekerti. Bergabunglah kebaikan dunia dengan kebaikan Akhirat.
Sesuai dengan doa yang diajarkan oleh Allah yang Maha Agung melalui
firman Allah dalam Al Quran: Maksudnya:
“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di
Akhirat, dan peliharalah kami dari azab Neraka.”
(Al Baqarah: 201)
Waktu itu keperluan-keperluan kehidupan mereka mewah, ibadah mereka mewah
dan budi pekerti mereka juga mewah. Mereka sangat mewah dengan sifat-sifat pemurah,
timbang rasa, bertolak ansur, malu, sopan santun, merendah diri, bekerjasama, bertolong
bantu, mengutamakan orang lain, ziarah-menziarahi, nasihat-menasihati, memberi dan
menerima serta hormat-menghormati.
Rabu, 13 Oktober 2010
KEKUATAN ILMU ISLAM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan