Rabu, 13 Oktober 2010

Ilmu Penyuluh Hidup



Bagi orang mukmin, ilmu adalah penyuluh hidupnya!
Pengalamannya adalah pengajaran, iktibar dan penasihatnya
Takutnya kepada Tuhan adalah pengawal diri
Sabarnya adalah perisai hidupnya
Redha dengan Tuhan kerana baik sangka dengan Tuhannya
Tawakalnya adalah harapan masa depannya

Bacaan Al Quran adalah hiburannya
dan bercakap-cakap dengan Tuhan
Juga perbualannya dengan Tuhan Pencipta manusia
Selawat adalah penyejuk dan pelembut hatinya
Doa dan permintaannya kepada Tuhannya tanda dia hamba
Hamba adalah hina, lemah,
memerlukan pertolongan Tuhannya

Sembahyang adalah pembaharuan ikrar
dan membaharukan syahadah
Serta membersihkan jiwa dari mazmumah
Begitulah peranan setengah daripada sifat-sifat mahmudah
Juga setengah daripada peranan mendirikan solat

Kalau begitu cuba gambarkan
orang yang tidak bersembahyang
Yang juga memiliki sifat-sifat mazmumah
Ertinya segala masalah berkumpul di kepala dan jiwanya
Bagaimana tidak menderita dan terseksa
Mampukah menanggungnya ?!


Allayarham Ustaz Hj. Ashaari Muhammad
28 – 09 – 1999

Tiada ulasan:

Catat Ulasan