Ahad, 24 Oktober 2010

Takrif Taqwa menurut Allayarham Ust. Ashaari.


Bila disebut taqwa, orang terjemah sebagai takutkan Tuhan. Itu tidak betul. Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan bererti takutkan Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau khasya.

Taqwa berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah yang ertinya memelihara. Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti berikut : 36 Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka.” (At Tahrim: 6)

Di dalam Al Quran, kerap Tuhan menyeru dengan kalimah ittaqu atau yattaqi. Di mana ada tambahan huruf pada asal kalimah waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara/ pembenteng/ pelindung. Iaitu hendaklah jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu kubu atau benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau benteng Tuhan, perkara yang negatif dan berbahaya tidak akan masuk atau tembus. Atau jadikan Tuhan itu dinding dari kejahatan.

Usaha untuk menjadikan Allah sebagai pemelihara atau pelindung atau pembenteng ialah dengan melaksanakan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah lahir dan batin. Dengan kata-kata yang lain, perkara yang disuruh itu ialah membina sifat-sifat mahmudah. Mengumpul dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah itulah usaha bagi menjadikan Allah itu sebagai pemelihara atau pelindung.

Membina sifat-sifat mahmudah itulah usaha ke arah taqwa.

Taqwa atau wiqoyah telah disalahertikan. Maksudnya telah disempitkan. Ia sebenarnya adalah lebih global dan luas. Ia adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemurah, berkasih sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan sebagainya. Seluruh sifat mahmudah itulah taqwa. Jadi, besarlah erti taqwa. Ia membawa keselamatan dunia dan Akhirat.

Oleh itu, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya yang sebenar ialah
‘hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara’.

Oleh sebab istilah-istilah Islam telah banyak disalah guna dan disalahertikan, maka hilang berkatnya. Bila disebut istilah-istilah Islam, tidak terasa apa-apa.

Contohnya ialah perkataan ‘khalwat’. Maksudnya mulia iaitu menyendiri dengan Tuhan. Ia satu bentuk amalan sufi. Tetapi maksudnya itu telah diselewengkan dengan membawa erti
‘berdua-duaan lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi’.

Begitulah juga istilah ittaqullah ini. Setiap minggu pada hari Jumaat, dilaung-laungkan di mimbar masjid tetapi para jemaah tidak terasa apa-apa. Berkatnya telah hilang kerana maksudnya telah disalahertikan.

Untuk menjadi orang yang bertaqwa ertinya menjadi orang yang berada dalam perlindungan Tuhan atau dalam pemeliharaan Tuhan. Orang yang berada dalam benteng dan kubu Tuhan. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak lut dan tidak mengenai dirinya. Orang bertaqwa itu seolah-olah telah dipakaikan baju besi atau jaket kalis peluru.

Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh. Ia adalah amalan jiwa atau roh. Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak melibatkan amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil, benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk, pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas kasihan dan sebagainya.

Orang yang bertaqwa adalah orang yang luar biasa. Sebab dia manusia yang sudah bersifat malaikat. Sifat malaikat sudah ada dalam dirinya. Dia sudah jadi orang Tuhan. Sebab itulah dia dibantu dan dibela oleh Tuhan. Orang bertaqwa sahaja yangakan selamat di dunia dan di Akhirat.

Diantara Abai, Cuai dan Lalai



Marilah kita belajar memahami tiga istilah ini
Tiga istilah itu ialah abai, cuai dan lalai
Ada orang mengabaikan agama,
ada orang mencuaikan agama,
ada orang lalai beragama

Apakah erti mengabaikan agama?
Mengabaikan agama tidak melaksanakan
Ibadah dan syariat
Tidak fikir halal dan haram
Tidak faham rukun iman, tidak faham rukun Islam,
tidak faham apakah itu ihsan
Sekalipun dia mengaku Islam,
dia tidak mempedulikan agama
Islamnya hanya keturunan,
mungkin ibu dan bapanya Islam
Atau mungkin juga dia tahu sedikit sebanyak
mengenai Islam
Kerana pengaruh dunia dia tidak mengerjakannya
Itulah dia erti mengabaikan agama

Apakah erti cuai?
Cuai ini agak baik sedikit
Seseorang itu mengerjakan agama
tapi apabila sempat sahaja
Jika tidak sempat ditinggalkan sahaja
Atau waktu ada mood dibuat,
waktu tidak ada mood ditinggalkannya
Mungkin dikerjakan juga agama di waktu lapang,
tidak sibuk, di waktu sibuk atau sakit ditinggalkan pula
Ada orang di waktu senang dikerjakan
di waktu susah ditinggalkan
Termasuk cuai sebahagian ajaran Islam dikerjakan
dan sebahagian lagi ditinggalkan
Itulah dia erti cuai beragama

Apa erti lalai?
Erti lalai, syariat-syariat lahir semuanya dikerjakan
Orang ramai lihat dia beragama
dan taat orangnya dengan Tuhan
Tapi ibadahnya tidak dihayati,
bahkan setengah bacaan-bacaannya
tidak pun difahami
Tidak difahami apakah tuntutan ayat-ayat
dan bacaannya yang diucapkan di dalam ibadahnya

Termasuk juga lalai,
ibadah lahirnya tidak boleh dipersoalkan,
lengkap tidak diabaikan
Namun takut dengan Tuhan tidak ada
Begitu juga cintakan Tuhan tidak ada di dalam jiwanya
Rasa kehambaannya tidak ada di dalam perasaannya
Kerana tertipu dengan ibadah lahirnya
tidak terasa lagi berdosa
Hatinya rasa selamat kerana ibadahnya
Adakalanya dia jadi sombong
dan megah dengan ibadahnya

Itulah dia di antara gambaran orang yang lalai
Orang yang beribadah begini, tidak ada nur di mukanya
Adakalanya orang boleh benci melihatnya
padahal dia ahli ibadah
Dia termasuk orang yang tertipu di dalam ibadahnya

Orang yang bertaqwa itu ialah tidak mengabaikan,
tidak cuai dan tidak lalai dengan agamanya
Ini orang yang selamat dan menyelamatkan dunia Akhirat

BILA UMAT TIDAK BERTAQWA



Bila umat tidak bertaqwa, mereka lupakan Tuhan. Mereka menganggap Tuhan tidak ada peranan dalam hidup mereka. Dalam masalah hidup mereka, mereka tidak rujuk kepada Tuhan.

Rasulullah SAW ada bersabda:
“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.”

Ada Sahabat bertanya,
“Apakah ketika itu umat Islam lemah sehingga musuh begitu kuat ?”

Sabda Rasulullah,
“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh.Mereka ibarat buih di laut.”

Sahabat bertanya lagi,
“Mengapa seramai itu tetapi macam buih di laut ?”

Jawab Rasulullah,
“Kerana ada dua penyakit iaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.”

Sahabat bertanya pula,
“Apakah itu Al Wahan?”

Rasulullah bersabda,

“Cinta dunia dan takut mati.”


Oleh kerana umat Islam cinta dunia maka Allah hukum sedikit demi sedikit. Allah tarik rasa cinta pada Allah. Apabila sudah tidak cinta padaAllah, maka terhakislah cinta terhadap yang lain. Hilang cinta sesama umat Islam. Hilang cinta sesama keluarga. Hilang cinta antara suami isteri. Hilang cinta Antara ayah, ibu dan anak.

Kerana cinta itu semua berpunca dari cintakan Allah. Cintakan Allah lah yang menghidupkan cinta-cinta seperti itu. Bila cinta kepada Allah berpindah kepada Cinta dunia, maka cinta-cinta seperti itu akan hilang. Oleh itu, hilanglah perpaduan dan kasih sayang.

Umat Islam takut mati. Takut mati ini ialah takut mati kerana Allah. Umat Islam masih berani mati kerana dunia, kerana perempuan, kerana glamour, kerana nama atau kerana negara. Maka Allah cabut rasa takut dengan Allah dari hati-hati umat Islam dan Allah ganti dengan bermacam-macam rasa takut yang lain. Takut tidak makan, takut miskin, takut hilang kerja, takut hilang jawatan, takut isteri, takut tidak ada masa depan dan sebagainya.

Akibatnya umat Islam hilang wibawa, hilang kekuatan, berpecah-belah dan lemah. Umat Islam mundur di mana-mana, kalah dan terhina di mana-mana. Masalah inilah yang memeningkan para ulama dan pemimpin. Masing-masing tidak tahu kenapa umat Islam lemah dan terhina dan tidak tahu bagaimana untuk menjadikan umat Islam ini kuat. Oleh itu mereka hanya mencuba dan mengagak- agak. Buat cara trial and error. Walhal semuanya telah diterangkan dengan jelas melalui Hadis Rasulullah SAW.

Semua orang menganggap bahkan mereka yakin bahawa dunia ini dan manusia ini tidak akan selamat dan tidak akan bahagia kalau duit tidak cukup atau ilmu tidak tinggi atau jawatan tidak ada atau pangkat tidak tinggi atau pembangunan dan kemodenan tidak tercapai. Tegasnya kalau kita tidak tiru apa yang dibuat oleh Barat atau kita tidak jadi macam Barat, kita tidak akan selamat dan kita tidak akan bahagia.

Maka berlumba-lumbalah kita mengejar Barat. Seluruh jentera kemodenan dan pembangunan dikerahkan ke arah tujuan itu. Semua menjadi yakin kalau kita jadi Barat, akan bahagialah dan akan senanglah hidup kita.

Hingga hari ini, sedikit sebanyak kita sudah membangun seperti yang kita kehendaki. Negara kita sudah agak cantik, berkat meniru pembangunan Yahudi dan Nasrani. Ekonomi kita pun seakan-akan sudah pulih, walau belum ada seorang pun umat Islam yang telah berjaya membangunkan supermarket atau megamarket di mana-mana shopping centre di negara kita.

Walaupun masih banyak gerai-gerai orang Melayu di tepi-tepi jalan, ianya tidak kekal dan pendek umur. Walaupun ikan-ikan tangkapan orang Melayu banyak, ia masih menjadi sumber kekayaan orang tengah dan kaum kapitalis yang terus-menerus menghisap darah para nelayan.

Dari segi ilmu, bolehlah dibanggakan memandangkan jumlah universiti yang kian bertambah dan orang Melayu yang berdegree bertambah ramai. Namun para ilmuan itu tetap tidak boleh hidup kalau tidak diberi gaji. Yang tidak diberi kerja jadi bebanan pula pada negara. Mereka tetap tidak mampu berdikari untuk membina perusahaan, pembangunan dan perindustrian sendiri yang bebas dari makan gaji. Di samping itu, akhlak para lulusan tinggi tetap tidak jauh bezanya dengan akhlak orang yang berkelulusan rendah. Sikap mereka sama sahaja bahkan ada yang lebih teruk lagi.

Soalnya, hingga di tahap ini, adakah kita sudah mendapat masyarakat bahagia yang hidup penuh aman damai seperti yang kita idamkan?

Memandangkan pada gejala dan penyakit masyarakat yang bertimpa-timpa dan kian kronik dan masalah yang tidak habis- habis, tentu kita belum boleh mengatakan masyarakat kita sudah bahagia. Memang mungkin ada individu-individu atau keluarga-keluarga yang bahagia, tetapi ini bukan majoriti. Ini tidak boleh mencorak masyarakat.

Secara umumnya orang- orang yang ada kuasa tidak bahagia kerana dilanda penyakit gila kuasa. Orang kaya pula tidak bahagia kerana penyakit gila dunia. Orang miskin tidak bahagia kerana sering rindu pada kekayaan dan harta. Ibu bapa hilang bahagia kerana anak derhaka. Guru tidak bahagia dengan perangai anak muridnya. dan bermacam-macam lagi penyakit yang sedang meragut kebahagiaan hidup semua golongan dalam masyarakat kita.

Dalam keadaan ini apakah peranan pembangunan, kemodenan, ekonomi, jawatan dan ilmu yang tinggi yang diagung-agungkan tadi? Mampukah ia menyelesaikan segala masalah ini?

Lihat di Barat! Kemodenan hidup telah menghantar manusia ke kancah kehidupan yang derita, sengsara dan bergelora. Keinsanan dan kemanusiaan rosak. Manusia sudah hilang moral, keperibadian dan tatasusila. Kasih sayang tidak ada jenayah berleluasa. Sebagai contoh, sudah ramai orang Barat yang lebih rela hidup berdua dengan anjing atau bertemankan kucing atau itik atau ayam daripada hidup dengan manusia lain. Kebahagiaan dengan sesama manusia sudah tidak ada. Kalau begitu, apalah erti segala pembangunan dan kemodenan yang dikejar itu?

Kebahagiaan sebenarnya bukan terletak pada mata, tangan, kaki atau anggota-anggota lahir. Rasa bahagia itu tempatnya di hati. Kalau hati senang, dalam miskin pun boleh rasa bahagia. Sebaliknya kalau hati rosak binasa maka ilmu tinggi mana pun, kaya raya macam mana pun dan sebesar mana pun pangkat, tetap tidak akan hidup bahagia.

Itu bukti yang cukup jelas yang memang sudah menjadi pengalaman hidup semua orang. Kerana itu, untuk mencapai kebahagiaan hidup untuk individu mahupun untuk masyarakat, apa yang mesti diutamakan ialah mendidik individu-individu manusia dengan iman dan taqwa. Bukan dengan duit, pangkat, ilmu tinggi, kemewahan, pembangunan, kemajuan dan kemodenan.

Iman dan taqwa boleh membuatkan orang miskin terhibur dengan kemiskinannya. Iman dan taqwa boleh membuatkan orang kaya pemurah dengan hartanya dan rasa terhibur kalau dapat menyumbang kepada masyarakat dan menderma kepada fakir miskin. Iman dan taqwa boleh membuatkan orang-orang yang berkuasa rendah hati dengan rakyatnya serta terhibur kalau dapat berkhidmat pada rakyat.

Iman dan taqwa membuatkan anak-anak terhibur untuk taat kepada ibu bapa, isteri suka dan terhibur untuk taat kepada suami, pengikut terhibur mentaati para pemimpin, anak murid terhibur untuk hormat dan kasih kepada guru, dan pemuda terhibur untuk memikul tanggungjawab dan menyumbangkan tenaga.

Bila manusia sudah berada dalam keadaan seperti ini, barulah duit banyak akan membawa bahagia. Barulah pangkat tinggi berguna dan segala kemodenan, kemajuan dan pembangunan akan menjadi sumber keselesaan hidup yang bermakna.

Menjelang tidur….



Wahai org Melayu ( Islam ) kemana hala tuju kita
Kita hendak bangunkan bangsa macammana ?
Membangunkan bangsa mestilah semua golongan
terlibat mengikut bidangnya
Tentulah kita hendak membangunkan bangsa yg berwibawa
Bangsa yg ada jati diri, yg tahan uji
Bangsa yg sanggup berjuang,
berkorban, sanggup terkorban
Sanggup susah dan menderita

Org Melayu tdk blh dipisah dgn Agama (Islam )
Kalau dipisah dr agama jati diri tdk ada,
mcmlah di cabut nyawa
Melayu atau bangsa itu hanya rangka,
agama itu roh atau jiwanya atau nyawanya
Kalau org melayu hanya tinggal rangka,
kekuatannya rapuh hilanglah kekuatannya
Jati diri itu adlh agamanya
yg diamal dan dihayati didllm jiwa

Bangsa tdk blh dipisahkan dr Agama ( Islam )
Kalau hendak membangunkan bangsa yg berwibawa
berjiwa besar jati diri mesti ada
Setiap golongan mestilah program hidupnya kearah
membangunkan jati diri dan wibawa bangsa

Terlonjak2 ,terpekik2 dan terlolong2
diatas pentas dgn pakaian seksi
Apakah ia blh membangunkan jati diri ?
Kita semua boleh menjawabnya.
Kalau sy yg menjawabnya takut tdk boleh di terima

Kemudian pamerkan satu budaya,
ketawa terbahak-bahak,
bercakap tdk tentu Mcm org gila
Apakah boleh membangunkan wibawa bangsa ?
Kita semua bangsa melayu kena jawablah
Kalau sy yg menjawabnya mungkin tdk boleh di terima bersama

Kita galakkan bergaul bebas
laki2 perempuan di dlm kehidupan,
Pakaian menjolok mata pula
Bolehkah mendorong org melayu berkorban utk bangsa dan Agama?
Kita org melayu kenalah jawab yg membina!

Pendidikan kita apakah menjamin
lahir dr nya blh berkasih syg,
bertimbang rasa, Bela- membela ?
Kita semua kenalah menjawabnya !
Hasilnya kita tlh lihat bersama!
Natijahnya kita tlh saksi bersama,
Mudah menjawabnya bukan?

Buahnya sudah sama2 kita mkn dan merasa,
maniskah atau pahit
Sy tdk suka menjawab seorg shj,
nanti ada yg tdk boleh menerima
Mungkin marah pula
Kenalah jawab secara rasional, secara jujur,
jgn membohongi kenyataan!
Kalau ia blh membangunkan jati diri dan wibawa bangsa teruskan,
Kalau sebaliknya rombak dasar pelajaran

Apakah politik kita stabil blh dicabar dan mampu mencabar,
Politik yg bersih tdk ada jatuh menjatuhkan?
Jawablah dgn benar! Jgn berdalih!
Jangan sorok2kan
Bolehkah politik kita membangunkan satu masyarakat
yg bersih dr Gejala yg tdk sihat,
bersatu-padu, harmoni, peri kemanusiaan tinggi
Ha! Tlg jawab, jawab secara bertanggungjawab,
jawapan yg insaf !

Menayangkan drama kisah cinta,kemudian tdk bahagia,
kecewa, akhirnya bercerai
Apakah drama ini blh mendidik bangsa kita ?
Bangsa yg sanggup berkorban, berjuang sanggup menderita
Krn negara dan Agamanya ?

Begitulah byk persoalan yg hendak kita jawab
Bahkan lbh byk lg program hidup kita menjadi tanda tanya!
Perlu kena jawab!
Tdk mudah utk dijawab begitu shj bukan ?
Mestilah dijawab dgn fikiran yg rasional ,
dr jiwa yg insaf,dr hati yg ikhlas
Dr rasa tanggungjawab

Selama ini seminar2 menjadi budaya
Kertas krj kalau kita himpunkan
hasil seminar mungkin berlori2 byknya
Mari kita bertanya diri sendiri
kemudian jawab sendiri mungkin kita akan ketawa Sendiri ,
yg sebenarnya kesal dan kecewa

Pertanyaan itu begini:
Brp bandar sudah terbangun hasil dr seminar?
Sbyk mana supermarket dpt diwujudkan hasil kertas kerja?
Sbyk mana setiap golongan mempunyai tabung kewangan
Utk membela masyarakat Melayu (Islam )?
Hasil seminar seramai mana dpt diberi biasiswa kpd org
Yg dibuat oleh pihak swasta bkn Kerajaan?
Berapa buah hospital dpt diwujudkan hasil seminar Setiap tahun yg berulang2
Brp byk kilang 2 besar yg dibangunkan oleh org Melayu hasil seminar

Sungguh byk perkara kita kena jawab dgn jiwa yg insaf
Mungkin payah lidah kita hendak menjawab secara tepat
Apakah kita boleh menjawab dgn memuaskan?

Menjelang tidur
26.6.2004
Allayarham Ust. Ashaari.

Rabu, 13 Oktober 2010

Renungan yang Jadi Ibadah



Merenung memikirkan dosa tidak mengapa,
bahkan dipuji pula, ia dapat pahala

Merenung ke hadapan memikirkan nasib agama,
bangsa dan negara jarang orang melakukannya
padahal ia adalah ibadah
Ia adalah sifat seseorang yang berjiwa besar
dan berpandangan jauh ke hadapan

Ada orang yang baik tapi skopnya sempit
hanya memikirkan agama yang ada hubungan
dengan nasib dirinya sahaja
Padahal kalau agama, bangsa dan negara sudah rosak
dia pun belum tentu selamat,
setidak-tidaknya anak isterinya tidak selamat

Merenung, memikir dan membahaskan ilmu
hingga banyak masalah ilmu terungkai
tidak dianggap membuang masa
Bahkan ia adalah sifat terpuji
kalau dibukukan ramai orang yang dapat manfaatnya
ini termasuk ibadah juga

Memikirkan nasib Akhiratnya adalah sifat terpuji
bahkan perkara pertama dan utama
Akhiratnya memang disuruh utamakan dari dunia
Akhirat negara kekal abadi, dunia sementara sahaja
Susah di dunia tidak sampai ke mana
Susah di Akhirat merana, terhina, dahsyat,
berlama-lama pula

Memikir-mikirkan apa-apa lagi kebaikan
yang hendak dibuat dianggap ibadah, berpahala
Mengikut ajaran Islam ini dinamakan muraqabah
Iaitu memikir-mikirkan apakah lagi kebaikan
yang hendak dibuat
Pahala dapat sekalipun belum berbuat

Ini termasuklah rahmat Allah
kepada hamba-hamba-Nya
belum berbuat sudah diberi pahala
Itulah di antara kebaikan yang menjadi ibadah
sekalipun belum berbuat

Oleh itu menunglah, merenunglah
berfikirlah sesuatu yang boleh menjadi ibadah
dan diberi pahala bukan bala

KEKUATAN ILMU ISLAM



Di dalam kitab suci Al Quran, banyak kita temui ayat-ayat yang
maksudnya berbunyi:

“Mengapa kamu tidak menggunakan akal.”
“Mengapa kamu tidak berfikir.”
“Mengapa mereka tidak mengambil perhatian (pengajaran).”

Firman Allah SWT:
Maksudnya:

“Hendaklah kamu berjalan di atas muka bumi kemudian maka
kamu lihatlah betapa kesudahan mereka yang berdusta.” (Al An’am: 11)

Dalam mencari ilmu dan pengalaman, umat Islam ada dua dorongan iaitu

dorongan fitrah dan
dorongan imannya.

Keinsafan dan kesedaran juga merupakan dorongan. Pada orang lain hanya
ada satu dorongan. Kalau ibarat kereta, orang yang bukan Islam ada satu
enjin, orang Islam keretanya ada dua enjin. Sudah tentu kereta dua enjin
lebih laju daripada kereta yang enjin satu.

Lantaran itulah umat Islam di zaman imannya kuat dan ketaqwaannya tebal
iaitu di zaman Rasulullah SAW, zaman Sahabat, zaman Tabiin dan zaman
Tabi‘it Tabiin, mereka sangat cepat menguasai ilmu dan pengalaman
dibandingkan bangsa-bangsa lain sebelum kedatangan Islam seperti Rom,
Parsi dan juga bangsa China. Umat Islam dapat menguasai ilmu dalam masa
yang singkat kerana ada dua dorongan seperti yang telah disebutkan tadi.

Akhirnya umat Islam menguasai politik dunia dan ilmu pengetahuan. Mereka
menjadi guru kepada bangsa-bangsa di dunia. Mereka dikagumi dan dihormati
bahkan disayangi kerana mereka membawa bersama akhlak mulia yang dipimpin
oleh wahyu.

Mula-mula umat Islam menumpukan sepenuh masa mengkaji ilmu wahyu (Al
Quran dan Sunnah). Ilmu wahyu inilah sebagai asas ilmu kepada umat Islam
kerana ilmu wahyu merupakan ilmu dunia Akhirat kepada umat Islam. Mereka
menghafal, mnghayati, mengamalkan serta memperjuangkan. Mereka berlumba-
lumba mengembangkan dan menyampaikan kepada kaum-kaum dan bangsa-bangsa
di dunia di waktu itu.

Setelah benar-benar matang dan mantap ilmu wahyu itu serta telah tersebar luas,
maka umat Islam pun meneroka ilmu-ilmu di luar Islam. Bermula di zaman kerajaan
Abbasiah, mereka nterjemahkan kitab-kitab orang Rom, bangsa Yunani, Parsi
dan lain-lain lagi. Mereka mengkaji, menilai, menyaring dan memperluaskan mana-
mana yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka jadikan ilmu itu hak milik
mereka sehingga jadi satu cabang daripada ilmu Islam seperti ilmu mantik.
Maka lahirlah ahli-ahli falsafah Islam, ahli-ahli perubatan, ahli imia, ahli
geografi, ahli falak, ahli sejarah, ahli sains dan lain-lain lagi.

Akhirnya ilmu umat Islam menggabungkan ilmu wahyu dengan ilmu akal. Ilmu
nakli bergabung dengan ilmu akli. Maka bertambah luaslah lagi ilmu umat Islam.
Ilmu wahyu atau nakli membangunkan jiwa mereka. Ilmu akli membangunkan akal
dan material mereka. Lahirlah tamadun lahir dan tamadun batin atau tamadun dunia
dan tamadun Akhirat. Juga disebut tamadun material dan tamadun spiritual atau
rohani. Tamadun kebendaan dan tamadun akhlak atau tamadun ekonomi dan
tamadun budi pekerti. Bergabunglah kebaikan dunia dengan kebaikan Akhirat.

Sesuai dengan doa yang diajarkan oleh Allah yang Maha Agung melalui
firman Allah dalam Al Quran: Maksudnya:

“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di
Akhirat, dan peliharalah kami dari azab Neraka.”

(Al Baqarah: 201)

Waktu itu keperluan-keperluan kehidupan mereka mewah, ibadah mereka mewah
dan budi pekerti mereka juga mewah. Mereka sangat mewah dengan sifat-sifat pemurah,
timbang rasa, bertolak ansur, malu, sopan santun, merendah diri, bekerjasama, bertolong
bantu, mengutamakan orang lain, ziarah-menziarahi, nasihat-menasihati, memberi dan
menerima serta hormat-menghormati.

Ilmu Penyuluh Hidup



Bagi orang mukmin, ilmu adalah penyuluh hidupnya!
Pengalamannya adalah pengajaran, iktibar dan penasihatnya
Takutnya kepada Tuhan adalah pengawal diri
Sabarnya adalah perisai hidupnya
Redha dengan Tuhan kerana baik sangka dengan Tuhannya
Tawakalnya adalah harapan masa depannya

Bacaan Al Quran adalah hiburannya
dan bercakap-cakap dengan Tuhan
Juga perbualannya dengan Tuhan Pencipta manusia
Selawat adalah penyejuk dan pelembut hatinya
Doa dan permintaannya kepada Tuhannya tanda dia hamba
Hamba adalah hina, lemah,
memerlukan pertolongan Tuhannya

Sembahyang adalah pembaharuan ikrar
dan membaharukan syahadah
Serta membersihkan jiwa dari mazmumah
Begitulah peranan setengah daripada sifat-sifat mahmudah
Juga setengah daripada peranan mendirikan solat

Kalau begitu cuba gambarkan
orang yang tidak bersembahyang
Yang juga memiliki sifat-sifat mazmumah
Ertinya segala masalah berkumpul di kepala dan jiwanya
Bagaimana tidak menderita dan terseksa
Mampukah menanggungnya ?!


Allayarham Ustaz Hj. Ashaari Muhammad
28 – 09 – 1999

Rahsia kekuatan Umat Islam



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Puji dan
syukur pada Allah SWT. Rahmat dan keredhaan Allah pada Rasul-Nya
Muhammad SAW. Semoga selamat kita semuanya berserta
hamba-hamba-Nya yang baik.

Taqwa itu sangat penting. Ia merupakan aset umat Islam dunia dan
Akhirat. Ia adalah keselamatan dunia danAkhirat. Ia adalah kemenangan
dunia dan Akhirat. Ia adalah juga perlindungan dunia dan Akhirat.

Semenjak dahulu, inilah faktor yang membawa kepada bantuan Allah SWT
di dalam segala usaha ikhtiar umat Islam.Terutama di kalangan para
Sahabat. Allah buka pintu hati manusia sehingga mudah menerima
kebenaran, mudah menerima Islam dan mudah dalam perjuangan.

Allah buka laluan kepada perkembangan Islam yang pesat. Allah buka
laluan dengan didatangkan para pendokong yang berkemampuan
membangunkan umat. Allah datangkan rasa berani yang luar biasa kepada
umat Islam dan rasa ketakutan yang amat sangat kepada para penentang.

Di zaman para Tabiin di mana golongan taqwa masih ramai di tahap
pemimpin hingga ke rakyat biasa, maka Allah buka pintu ilmu pengetahuan
dalam bidang kehidupan. Ketika Barat masih dalam era kegelapan, Islam
pula sedang pesat berkembang dengan berbagai penemuan baru dalam ilmu
pengetahuan.

Tetapi itu semua telah berlalu dan sudah menjadi fakta sejarah. Telah
berlaku satu zaman di mana umat Islam asyik dengan Allah dan merindui
Akhirat. Berlaku juga satu zaman yang telah Allah curahkan segala-
galanya kerana kebanyakan umatnya bertaqwa.

Kini, umat Islam sudah tidak bertaqwa lagi. Bila tidak bertaqwa, hati
jadi lemah dan mudah menyerah kepada keadaan lantas kita melupai Allah
SWT. Hati tidak bergantung kepada Allah lantas Allah melupai kita.

Sepertimana tidak ada kuasa yang dapat menahan apabila Allah kehendaki
umat Islam berjaya, begitu jugalah tidak ada sebarang kuasa yang berdaya
untuk menebus kekalahan dan kehinaan umat Islam apabila Allah kehendaki
ia berlaku begitu.

Taqwa memang penting bagi umat Islam. Sebab itu ia menjadi rukun khutbah.
Ertinya kalau tertinggal maka khutbah tidak sah. Bila khutbah tidak sah,
tidak sahlah sembahyang Jumaat dan tidak sahlah sembahyang sunat hari raya.

Ini menunjukkan besarnya sifat taqwa hingga ia menjadi rukun khutbah.
Namun taqwa itu bukan sahaja tidak dihayati malah kurang difahami oleh
umat Islam.

Taqwa ini telah disalah ertikan. Ia telah diremehkan, diambil ringan dan
tidak dititikberatkan. Fahaman tentang taqwa ini telah dipermudahkan. Taqwa
hanya ditakrifkan sebagai buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang di
arang. Pengertian seperti ini tidak mempunyai roh atau tidak membabitkan
pengertianyang mendalam. Maka jadilah ia sesuatu yang hambar.

Akibatnya, umat Islam seolah-olah terasing dan terpisah dari persoalan
taqwa. Taqwa tidak lagi menjadi teras dalam kehidupan umat Islam. Ia hanya
tinggal sebutan yang ramai umat Islam tidak faham apa sebenar maksud,
hakikat dan tuntutannya.

Oleh kerana taqwa ini adalah syarat dan landasan untuk umat Islam mendapat
kan dunia dan Akhirat, maka tanpa taqwa, umat Islam terumbang-ambing dalam
kehidupan. Akhirat terlepas, dunia berciciran.

Umat Islam terpaksa meniti di atas landasan orang kafir. Sebab itu umat
Islam terhina di mana-mana, ditindas dan diperkotak-katikkan, miskin,
mundur dan berpecah belah. Umat Islam tidak ada wibawa, tidak ada maruah
dan tidak ada kekuatan.

Ramai yang memahami bahawa sifat taqwa itu adalah bekalan untuk negeri
Akhirat semata-mata.Tidak dapat dinafikan itulah yang paling penting.
Itulah Yang paling asas.

Namun, kalau orang mukmin hendak senang juga di dunia, mestilah berbekal
kan sifat taqwa. Kerana sifat taqwa itu merupakan jalan atau landasan untuk
mendapatkan dunianya. Hendak mendapatkan keuntungan dalam ekonomi mesti
dengan sifat taqwa.

Hendak mendapat kemenangan dalam perjuangan mesti ada taqwa. Hendak men
dapat bantuan dan pertolongan Tuhan juga adalah kerana taqwa. Hendak ter
lepas dari bala bencana atau azab penderitaan di dunia juga mesti berdasar
kan sifat taqwa.

Kalau orang Islam itu tidak ada sifat taqwa, Tuhan bantu juga. Tuhan bagi
makan juga. Tuhan bagi ilmu juga selama mana mereka hidup. Tapi cara ini
bahaya. TakutTuhan bagi secara tidak redha. Ini samalah caranya Tuhan bantu
orang kafir iaitu atas dasar istidraj yakni dengan kemurkaan. Akhirnya dengan
bantuan seperti itu, dia terjun ke Neraka.

Dengan bantuan seperti itulah dia akan membuat kezaliman dan kejahatan di
atas muka bumi. Kerana mendapat sesuatu dari Tuhan secara tidak sihat, maka
hasilnya tidak sihat dan natijahnya juga tidak sihat. Ia rosak dan merosakkan.

Amalan taqwa pula bukan setakat sembahyang sahaja. Bukan setakat membaca
Quran, berwirid dan berzikir. Bukan juga bersuluk dan beruzlah, menjauhkan
diri dari orang ramai. Taqwa bukan sahaja di surau dan di masjid.

Taqwa merangkumi segala perkara yang berlaku dalam kehidupan, di mana sahaja,
baik dalam kehidupan bermasyarakat seharian, dalam ekonomi, pembangunan,
pendidikan, kenegaraan, kebudayaan, pentadbiran, kesihatan dan sebagainya.

Yang penting,

setiap amalan itu ada rohnya, dihayati dan dijiwai. Barulah setiap
amalan itu menjadi amalan taqwa.

Kita mesti bertaqwa kepada Allah sejauh yang termungkin.
‘Sejauh yang termungkin’ di sini bermaksud

turun naik nafas, mendengar, melihat, makan minum, berjalan dan berhibur,
kesemuanya mesti dijadikan amalan taqwa.

Jangan ada satu hembusan nafas yang tidak jadi taqwa.
Jangan ada seulas nasi yang tidak jadi taqwa.
Jangan ada satu pendengaran atau penglihatan yang tidak jadi taqwa.

Sebenarnya erti taqwa itu terlalu besar. Ia aset untuk orang Islam dunia dan
Akhirat. Kalau ini difahami dan dihayati, barulah kita akan selamat dunia Akhirat.


Wabillahil hidayah wa taufik.
Wassalam

Allayarham Ustaz Hj. Ashaari Muhammad
30 Disember 2004 18 Zulkaedah

Sembang Ct coz


“Bila nak membangun kalau asyik dgn iman , iman , iman ,…
Taqwa , Taqwa , Taqwa ….., ‘


katanya pesimis


“ Sebenarnya org bertaqwa dan kuat imanlah yg paling byk
membangun .Kerana pentingkan iman dan taqwalah Rasulullah
dan para sahabat dpt tumbangkan super power Rom dan Parsi,”


ujar saya


“ Fikir akhirat saja , takut2 lupa dunia.” Katanya ragu

“Salah tu fikir Akhirat InsyaAllah dunia ini kita akan
dapat kita kuasai,”


jelas saya


“Susah bila sebut pasal iman , taqwa dan akhirat ni ingat
pulak kita pada mati . Bila dah ingat mati saja , mcm
mana nak hidup . Mcm mana nak maju,”


Balasnya masih tak yakin


“Kita mundur bukan pasal byk ingat mati .Tapi sebab kita malas,
kita tak berjiwa besar. Puncanya krn kita tak kuat iman. Tak
benar2 bertaqwa .Orang yg byk ingat mati akan hidup Tapi org
yg ingat hidup akan mati.”


“Itu wawasan awak ? soalannya sinis


“ Bukan itu sabda Rasulullah SAW Katanya, org yg paling
cerdik ialah yg paling byk ingat mati”


“Mcm mana pulak tu? “


“org byk ingat mati byk buat persediaan .Persediaan tu dibuat masa
hidup .Jadi hidupnya penuh aktiviti.Penuh Ibadah.”


“Asyiiik…… Sembahyang sajalah .Pegang tasbih wirid manjang…..,”

sindirnya


“Awak tak faham konsep ibadah dalam Islam .Ibadah bkn Sembahyang dan
wirid shj..Ada habluminallah, yg berkait dgn Allah .Ada habluminannas ,
yg berkait dgn manusia.”

Ujar saya.


“Tak faham saya .Rumit betul. Berbelit2 betul pengertian Ibadah awak tu . ”

katanya lemah


“ tak rumit , kalau kita belajar ilmu Islam ,Mudah .Malangnya kita lbh
byk dlm teori Sun Tzu, konsep SogoShosha, Disiplin Confucius dan mcm2 lagi.
Bila sebut habluminallah dan habluminannas, kita dah pening….?


Dia diam…… pening agaknya …. ? “

Permata yang hilang dari Umat Islam



Ada manusia yang dalam hidupnya, dia tidak mahu berusaha. Segala modal dan aset yang ada pada dirinya dibiar dan tidak digunakan. Baik ilmu dan pemikiran nya kemahirannya, tenaganya, masanya ataupun wang ringgitnya, tanah dan
hartanya. Manusia seperti ini sangat rugi.

Ada pula manusia yang dalam hidupnya sangat berusaha. Digunakan segala kepunyaannya dan segala apa yang ada pada dirinya. Tetapi usahanya itu tidak membawa natijah kerana usahanya itu tidak dihalakan kepada sesuatu arah yang
tertentu atau kepada matlamat yang betul.

Orang berusaha maka dia pun berusaha. Dia tengok orang sibuk, dia pun sibuk. Apa tujuan dia tidak tahu. Oleh itu, usahanya tinggal usaha tanpa ada apa-apa hasil yang bermanfaat.

Orang seperti ini, dia dua kali rugi. Sudahlah tidak dapat apa- apa macam orang yang tidak berusaha tadi, ditambah dia dapat letih dan penat serta modalnya habis begitu sahaja

Orang seperti ini, dia dua kali rugi. Sudahlah tidak dapat apa- apa macam orang yang tidak berusaha tadi, ditambah dia dapat letih dan penat serta modalnya habis begitu sahaja

Orang yang langsung tidak berusaha, setidak-tidaknya dia tidak letih dan modalnya tidak habis

Kalau orang ada sebidang tanah tetapi tidak diusahakan tanah itu hingga tumbuh semak dan lalang, ini orang yang malas dan tidak pandai memanfaatkan tanahnya.

Tetapi orang yang ada sebidang tanah, dibajak dan ditraktor tanah itu, digemburkan, dibuat batas dan dibubuh baja dan kemudian dibiarkan hingga tumbuh semak dan lalang, apakah pula istilah yang hendak kita gunakan terhadap orang yang seperti ini.

Begitulah umumnya sifat, watak dan perangai umat Islam masa kini di seluruh dunia. Sama ada mereka malas berusaha atau mereka berusaha tetapi tidak ada natijahnya dan hasilnya tidak ke mana. Sudahlah amal ibadah mereka kurang,disempitkan pula hanya kepada ibadah yang berbentuk khususiah semata-mata. Fekah diamal tanpa tauhid dan tasawuf. Kadang-kadang, tasawuf diamalkan tetapi rosak feqah dan tauhidnya. Kadang-kadang tauhidnya terus rosak. Jadi kalau beramal pun, tidak ada apa-apa makna

Umat Islam hari ini beramal tidak tahu untuk dapat apa. Untuk dihormati? Untuk disokong dan diberi undi? Supaya tidak disisih atau dipulaukan oleh masyarakat atau supaya tidak dihukum kerana tidak bersyariat? Kalau ditanya, paling baik mereka kata kerana mahu mengumpul pahala dan fadhilat. Seolah olah Syurga itu ada maharnya dan boleh dibeli. Ada kos dan nilainya. Macamlah nikmat di dunia,semuanya boleh dibeli. Kalau tidak dengan duit, dengan pahala dan fadhilat.

Amal ibadah itu, sama ada yang lahir mahupun yang batin adalah syariat. Tujuan kita bersyariat tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membesarkan Allah. Syariat itu tidak besar. Yang besar ialah Allah. Kita beramal dan bersyariat untuk mendapat Allah SWT. Untuk mendapat redha, kasih sayang dan keampunan Allah.Untuk mendapat pemeliharaan, perlindungan dan keselamatan dari Allah

Atau dengan kata-kata yang lain, untuk mendapat taqwa. Segala amalan itu untuk menambah taqwa.Kerana Allah hanya menerima ibadah dari orang-orang yang bertaqwa. Allah hanya membela, membantu dan melindungi orang-orang yang bertaqwa. Hanya orang-orang yang bertaqwa sahaja yang akan selamat di sisi Allah Taala.

Berapa ramai umat Islam yang benar-benar berusaha dan beramal khusus untuk mendapat taqwa? Tidak mungkin ramai bilangannya kerana tidak ramai yang faham apa sebenarnya maksud taqwa

Lebih-lebih lagi tidak ramai yang faham bagaimana jalan untuk mencapai taqwa. Ilmu ini sudah tidak diajar. Ilmu ini sudah hilang semenjak jatuhnya empayar Islam 700 tahun dahulu.

Taqwa bukan bererti takut. Taqwa bukan setakat membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Itu baru taat dan patuh tetapi belum tentu taqwa. Taqwa adalah intipati ibadah.
Ia roh dan jiwa ibadah

Tanpa roh, sesuatu amalan Tidak menambah taqwa. Amalan taqwa sahajalah yang dipertimbangkan di Akhirat kelak sebagai amalan kebajikan

Bahkan taqwa adalah buah dari beragama. Begitu pentingnya taqwa kepada kehidupan umat Islam.Tidak ada taqwa, tidak dapat Tuhan.
Tidak ada taqwa bererti tidak ada kebahagiaan di dunia dan di Akhirat

Tetapi inilah yang tidak ada pada umat Islam hari ini.Selagi kita tidak faham apa sebenarnya erti taqwa, tidak tahu hakikat dan jalan untuk mencapai taqwa dan tidak berusaha kearah taqwa, selagi itulah kita belum berada di atas landasan yang betul dalam beragama


Agama adalah Seluruh Kehidupan



Agama adalah seluruh kehidupan
Ada yang lahir ada yang batin
Iman, Islam dan ihsan adalah patinya
atau ajaran terpokok

Pecahan dari tiga aspek tadi
yang merupakan satu pakej
jadilah agama itu luasnya seluruh kehidupan
Adakalanya disebut hablumminallah
wahablumminannas

Hablumminallah adalah asas dan tapak agama
dari Tuhan
Hablumminannas adalah cabangnya atau buah
daripada hablumminallah
Ertinya agama itu ia berlaku dan mesti berlaku
di mana-mana

Di dalam masjid sudah tentu semua orang tahu
Ia berlaku di pejabat, di pasar, di tengah masyarakat,
di dalam perjuangan, di dalam kebudayaan dan perhubungan

Di dalam rumah tangga, di dalam perhubungan
di dalam negara atau antarabangsa
Berlaku di dalam jiran tetangga,
di dalam pendidikan formal atau tidak formal
Berkasih sayang, rasa bersama, bekerjasama,
bersatu-padu adalah agama

Di dalam perhimpunan, di dalam perayaan,
di dalam mesyuarat,
di dalam bersukan mesti ada agama
Bertimbang rasa, perikemanusiaan,
bertolak ansur, berlapang dada, itu agama juga

Di waktu memandu di jalan raya,
membersihkan bandar, ketika bertugas menjadi nelayan,
bekerja di kilang, semuanya agama
Mentadbir negara, menjaga negara,
menjaga keselamatan dan keamanan juga agama

Berkawan, berkenalan, berbual, makan, rehat-rehat,
tidur dan baring adalah agama
Begitulah luasnya agama, tidak seperti yang difaham
selama ini oleh kita

Tanggapan ramai orang Islam agama itu hanya semata-mata
ibadah rukun Islam serta sunat-sunatnya
Kalau agama itu berlaku di mana-mana
selagi berlaku syariat Tuhan sebagai disiplinnya
itu ibadah umumlah namanya

Ertinya agama atau ibadah itu berlaku di udara,
di darat, di laut, di hutan, di bukit, di gunung,
di padang pasir, selagi ada manusia

Kalau agama berlaku di mana-mana
ertinya ibadah umum berlaku di mana-mana sahaja
selagi ada manusia
Sekiranya agama berlaku di mana-mana sahaja
selamatlah manusia

Kerana maknanya agama itu ‘tidak kacau’
mengikut bahasa Sanskrit
Ertinya orang beragama tidak huru-hara di dalam kehidupan
ertinya aman damai, harmoni, bahagia

Tapi makna agama itu telah dipersempit
maka manusia hidup huru-hara di mana-mana
bahkan berlaku di masjid
Kerana itulah umat Islam hina di mana-mana
kerana agama yang diamalkan selama ini adalah sempit

Bila org melayu tidak bertaqwa


Gambar hiasan

“ Bukan syaye ……… tak nak masyuk melayu ….
alahaiii... tapi….. masyaalahnye org melayu ni…
syuke curi ayam syaye… “

jawab seorang pak cik dari suku kaum orang asli bila diajak memeluk Agama Islam