Jumaat, 27 Januari 2012
MEMPERJUANGKAN ISL4M TIDAK SAMA SEPERTI MEMPERJUANGKAN IDEOLOGI 1
ISLAM bukan ideologi.Itu semua orang tahu. Islam adalah wahyu. Manakala ideologi itu dari fikiran manusia.Tentunya wahyu yang datang dari ALLAH itu jauh beza dengan akal fikiran yang ALLAH ciptakan untuk manusia.Bezanya barangkali sejarak langit dan bumi bahkan lebih dari itu.
Maka memperjuangkan Islam tidak mungkin sama dengan kaedah memperjuangkan ideologi. Kiranya sama, apa istimewanya lagi agama ALLAH itu dibandingkan dengan ideologi bikinan manusia ?
Namun satu hakikat yang tidak boleh dinafikan lagi sedang berlaku kini ialah pejuang-pejuang Islam memperjuangkan tertegaknya undang-undang ALLAH sama seperti pejuang-pejuang ideologi memperjuangkan hukum-hukum dalam ideologi mereka..
Yakni dalam mengajak masyarakat melaksanakan hukum-hukum tersebut, tujuannya bukan untuk taat dan patuh kepada ALLAH SWT, tetapi kerana lain-lain kepentingan.
Misalnya kerana ingin menyelesaikan masalah atau kerana fanatik keagamaan atau kerana undang-undangnya bagus atau tidak tahan dengan keadaan masyarakat yang rosak.
Kalau dalam negara ideologi, rakyat takut buat salah kerana takut ditangkap polis, maka begitulah juga rakyat dalam negara Islam yang para pejuangnya mendidik rakyat untuk takut pada hukuman dan tidak atas dasar patuh kepada ALLAH (sam’an wa taatan)
Yang mana kalau mereka rasa selamat daripada hukuman dan tangkapan, mereka akan lakukan kejahatan itu.
Saya tidak bermaksud bahawa hukuman dan undang-undang tidak perlu, tetapi ia adalah jalan terakhir bagi menyelesaikan kejahatan dari orang yang sudah tidak boleh dididik lagi.Hukuman bukan dasar atau asas pendidikan. Ia pilihan akhir.
Asas pendidikan Islam ialah ketaatan pada ALLAH.
Sekalipun pejuang-pejuang Islam itu tentunya sedar bahawa Islam jauh bezanya dengan ideologi, sama ada dari segi kesempurnaan undang-undang, tujuan melaksanakannya, teknik perjuangannya atau hasil yang diperolehinya,
namun sewaktu mereka memperjuangkannya, mereka lakukan sama seperti apa yang dilakukan oleh pejuang-pejuang ideologi.Khususnya dari segi maksud mengajak atas dasar orang ramai melaksanakan Islam itu bukan pengabdian kepada ALLAH, tapi kerana hukum-hukum itu kalau dilaksanakan boleh menyelesaikan masalah mereka.
Yakni bukan mengajak orang kepada ALLAH tapi kepada undang-undang ALLAH
tanpa perlu berhubung dengan ALLAH.Lalu hasilnya juga sama yakni hukum dapat didaulatkan secara bertulis di mahkamah-mahkamah dalam Negara
tapi ketaatan kepada undang-undang dan ketakutan pada hukumannya tidak kuat mendorong mereka agar meninggalkan kejahatan-kejahatan itu semua. Tidak sekuat dorongan taat dan (sam'an wa taatan) patuh kepada ALLAH
Hasilnya, hampir-hampir tiada bezanya ciri-ciri masyarakat dalam negara Islam itu dengan ciri-ciri sekular. Sehingga kita tidak nampak apa istimewanya negara Islam dengan masyarakat dalam negara negara bukan Islam.
Begitulah akibatnya bila kita ambil teknik yang sama dalam memperjuangkan dua undang-undang yang berbeza.
Tamsilannya ialah seperti kita memilih jalan yang sama untuk sampai ke dua tempat yang berbeza. Al hasil, kita sampai ke tempat yang sama juga. Untuk sampai ke tempat yang
berbeza, sepatutnya jalannya juga mesti berbeza.
Bila kita katakan Islam mampu menyelesaikan masalah manusia, tentunya kita mempunyai cara tersendiri supaya undang-undang itu benar-benar menyelesaikannya. Rahsianya ialah undang-undang atas dasar taat dan patuh pada ALLAH itu ditegakkan (sam'an wa taatun) dan bukan kerana yang lain.
Bukti jelas tentang apa yang saya katakan di atas boleh dilihat pada Arab Saudi dan Pakistan. Akibat memperjuangkan Islam dengan maksud yang sama seperti orang perjuangkan ideologi, yakni untuk mencari jalan keluar kepada masalah masyarakat atau untuk menegakkan hukum yang paling baik (bukan kerana ALLAH),
maka jadilah Arab Saudi ‘negara Quran dan Hadis’ itu dan Pakistan ‘Islamic Country’, negara yang undang-undangnya bertulis Islam tapi masyarakatnya tiada beza dengan masyarakat dalam negara sekular.
Saya sudah sering ke Arab Saudi dan Pakistan, dan sudah kenal sangat dengan orang-orangnya itu.Jadi ciri-ciri yang saya ingin sebutkan tentang orang-orang Saudi dan Pakistan ini adalah berdasarkan apa yang saya telah lihat dengan mata kepala saya sendiri.
Ciri-ciri itu ialah seperti berikut:
1. Orang kaya terlalu kaya, yang miskin papa-kedana.
2. Rasuah dan tipuan adalah budaya mereka.
3. Akhlak rakyatnya kasar; bengis dan suka gaduh.
4.Peratus umat Islam yang sembahyang rendah dibandingkan dengan yang tidak sembahyang
5.Negara mereka kotor (Pakistan).
6. banyak berlaku Maksiat tidak terdedah tetapi .secara tertutup. Bahkan rakyatnya terkenal sebagai kaki maksiat di negara lain di dunia.
7.Umum telah tahu yang orang-orang Saudi sombong dan angkuh. Dan lain-lain lagi.
Kalau begitulah halnya masyarakat dalam Negara Islam, tentu orang akan bertanya:
“Manalah indahnya undang-undang atau cara hidup Islam itu ?”
Islam dan tidak Islam nampaknya sama saja. Cuma dikanunkan undang-undang zina, mencuri, membunuh tapi masyarakatnya tetap tidak bertolong bantu, bersifat bakhil, isteri tidak taat suami, suami tak bertanggungjawab, orang kaya tidak membela, ukhuwah tidak wujud, riyak, ujub, pemarah, dengki, sombong dan lain-lain lagi.
Walhal masyarakat Islam yang sebenarnya sungguh cantik dan indah.Ini ada tercatat di dalam sejarah Islam yang indah itu.
Di antara ciri-ciri masyarakat salafussoleh itu adalah seperti berikut:
1. Hidup penuh dengan kasih sayang dan bertolong bantu.
2.Orang-orang kaya menjadi bank membantu masyarakat dan orang miskin.
3.Orang-orang miskin redha dengan kemiskinan dan tidak buat masalah dalam masyarakat.
4. Pemimpinnya adil dan tidak membolot kekayaan negara untuk diri dan keluarganya.
5.Wanita-wanitanya bermaruah dan taat serta pemalu.
6.Ulama-ulamanya mendidik rakyat dan menasihati pemerintah. Peribadi para ulama benar-benar sebagai pewaris Nabi.
7.Maksiat sangat kurang.Masalah hampir semuanya dapat diselesaikan.
Kalau demikian alangkah bahagianya berada dalam negara dan masyarakat Islam. Barulah terbukti bahawa Islam itu indah dan tinggi. Tidak ada yang lebih tinggi darinya.
Rasulullah pernah bersabda
Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.
Apakah rahsianya? Rahsianya ialah kerana masyarakat dididik untuk menjalankan cara hidup Islam atas dasar patuh dan taat pada ALLAH. Itulah iman.
Dengan iman, manusia akan mampu melakukan segala kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan.
Sebab iman itu ialah rasa hati yang sangat cinta dan sangat takut pada ALLAH.Bila hati sudah cinta, manusia akan rela buat apa saja untuk yang dicintai.Dan bila hati sudah takut, manusia tidak berani lagi menderhakai yang ditakutinya itu.
Sekali lagi diingatkan,
saya tidak menyatakan undang-undang tidak perlu. Cuma ia bukannya sebab utama untuk manusia jadi patuh dan taat.Ia cuma sebagai satu jalan akhir dalam usaha mengajak manusia melaksanakan undang-undang ALLAH.
Manakala jalan utamanya ialah mendidik manusia untuk kenal, patuh dan taat pada ALLAH.Kalau tidak patuh juga, baru dikenakan hukuman. Selama ini cara kita memperjuangkan hukum ALLAH lebih bersifat politik.
Yakni mengajak orang menegakkan Islam bukan dasar sam'an wa taatan tapi kerana kuasa atau kerana hendak baiki masyarakat dan lain-lain lagi.
Bila kita memperjuangkan Islam atas dasar sam'an wu taatan, akan tercetuslah segala kebaikan dalam masyarakat tanpa dikawal oleh akta atau polis atau penjara.Masyarakat taat dan takut pada ALLAH yang pengawasannya setiap detik, di mana dan bila-bila,
Hal ini tidak berlaku sekiranya iman tidak diperjuangkan mendahului perjuangan Islam.Yakni tidak ditanam betul-betul dalam jiwa umat.
Puncanya ialah bila manusia kenal ALLAH
Dari sinilah iman mampu mengubah seseorang Daripada tidak sembahyang kepada sembahyang. Bukan kerana sembahyang itu bagus untuk kesihatan tapi kerana ianya perintah ALLAH yakni kerana ALLAH.
Daripada tidak tutup aurat kepada tutup aurat dengan rela.Bukan kerana tutup aurat itu menjamin keselamatan tapi kerana ianya suruhan ALLAH yang wajib dibuat, yakni kerana ALLAH.
Daripada menjadi pengikut nafsu dan syaitan kepada hidup mengikut Sunnah dalam serba-serbi kehidupan semata-mata kerana ALLAH, bukan kerana yang lain-lain. Orang yang sanggup susah di dunia kerana ingin senang di Akhirat; juga kerana ALLAH.
Keadaan ini tidak akan berlaku kalau hati tidak kuat.Iman yang lemah tidak mampu untuk mendesak seseorang melakukan hal-ha1 yang sangat diingini oleh nafsu atau meninggalkan hal yang dibenci oleh nafsu.
Maka iman yang kental dan padu mesti diperjuangkan sungguh-sungguh supaya benar-benar mengisi hati umat. Barulah kemudian mereka akan mampu menegakkan hukum-hakam ALLAH dari yang sekecil-kecilnya hingga kepada yang sebesar- besarnya yakni Islam yang syumul itu.
Dilengkapkan dengan sistem Islam yang mengenakan kawalan hukuman dan undang-undang Islam terhadap orang-orang degil yang menentang peraturan-peraturan hidup Islam atau orang-orang yang tidak sungguh-sungguh mujahadah dengan nafsunya hingga masih melakukan tegahan-tegahan ALLAH.
Umpamanya‘ pencuri dipotong tangannya, penzina direjam dan sebagainya.Maka jadilah negara dan masyarakat Islam itu negara yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH.
Firman ALLAH
Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan dari ALLAH.
(Saba’: 15)
Ertinya, negara Islam yang sempurna ialah negara yang masyarakatnya dididik dengan iman berserta kawalan oleh hukum-hukum hudud dan qisas.
Dengan itu barulah terjamin bangunnya masyarakat yang baik, sebaik yang pernah berlaku dalam sejarah Islam yang gemilang itu.
Saya tegaskan bahawa untuk kejayaan perjuangan Islam itu, kita perlukan dua persediaan yang utama:
1. Pendidikan iman (agar masyarakat taat dan patuh pada ALLAH).
2. Kuasa negara (politik) untuk boleh menjalankan undang-undang hudud dan qisas.
Dan lagi saya tidak setuju dengan golongan muktazilah yang berpendapat kuasa negara tidak penting kalau masyarakat sudah beriman, kerana kononnya iman saja sudah cukup untuk membaiki masyarakat.
Dengan kedua-dua perkara itulah (iman dan kuasa negara) akan tercetusnya sistem Islam yang mulia itu dalam masyarakat; yang akan memperlihatkan indahnya masyarakat Islam itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan