Memaparkan catatan dengan label Rasulullah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rasulullah. Papar semua catatan

Ahad, 23 Oktober 2011

kelahiran Rasulullah SAW manusia paling agung di sepanjang zaman

”Kelahiran Rasulullah SAW merupakan satu peristiwa sejarah yang paling besar dan paling agung yang pernah berlaku di dunia ini. Tiada sejarah yang lebih besar, penting dan agung selainnya, baik sebelum atau sesudahnya. Ia adalah sejarah yang telah merubah watak dan peradaban manusia. Karena itulah, sejarah Rasulullah SAW adalah satu peristiwa yang luar biasa, mengandung rahasia-rahasia dan perkara yang tersirat pada setiap yang ada hubungan dengannya walau satu titik, terlebih lagi satu huruf dan satu perkataan. Padanya terkandung rahasia Tuhan yang patut kita kaji dan ungkapkan.

Mari kita buka rahasia dan hikmah di sebalik tanggal kelahiran baginda yaitu: Sebelum Fajar, hari Senin, l2 Rabi’ul Awwal, Tahun Gajah.”

Sebelum Fajar
Kedatangan Rasulullah SAW membawa rahmat. Sebelum fajar berarti kegelapan sudah akan berakhir dan cahaya adalah umpama rahmat Allah yang akan menjelma.

Hari Senin
Hari Senin dari dari bahasa Arab Isnin yang berarti dua. Di saat kelahiran baginda, akidah manusia sudah rusak karena sudah lama tidak datang Nabi dan Rasul. Hanya dua yang mengenal Tuhan; Zat Tuhan itu sendiri dan baginda Rasulullah SAW. Itulah isyarat dari Tuhan di sebalik kelahirannya pada hari Senin. Karena itulah, keIslaman seseorang hanya sah apabila dia mengakui dan menyebut kedua-duanya.

Angka 12
Jika dirujuk pada malam, ia adalah puncak kegelapan. Artinya waktu kelahiran baginda, segala perkara negatif berada di tahap puncaknya.

Jika dirujuk pada siang, ia adalah seterang-terang cahaya matahari. Artinya kedatangan baginda membawa rahmat dari Tuhan untuk segala alam, bukan hanya untuk manusia, bahkan binatang, kayu, batu dan seluruh ciptaanNya. Berkat cahaya rahmat itu, seluruh makhluk mendapat pembelaan dan tidak dapat diperlakukan sesuka hati.

Jika dirujuk pada bulan, ia adalah puncak bulan dalam setahun. Artinya baginda adalah penutup dan puncak para Rasul. Rasul terdahulu didatangkan untuk sesuatu kelompok dan zaman sedangkan Rasulullah SAW didatangkan untuk semua etnik, berlanjutan hingga berzaman-zaman.

Jika dirujuk pada bintang, ada bintang 12 yang mana ia adalah bintang yang paling terang di antara beribu bintang yang ada. Artinya kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, petunjuk dan rahmat yang lengkap dari dunia hingga akhirat. Ajaran yang dibawanya paling sempurna berbanding ajaran Rasul-Rasul sebelumnya.

Bulan Rabiul Awwal
Rabi’ dari bahasa Arab berarti musim bunga. Kedatangan baginda menjadi contoh akhlak yang mulia dan akhlak yang agung adalah umpama bunga yang cantik dan indah di awal musim bunga.

Tahun Gajah
Ia dikaitkan dengan Abrahah dan tentara bergajahnya dari Yaman. Sewaktu dia menyerang Ka’bah, dia telah merampas harta benda termasuk kambing-kambing paman baginda, Abu Thalib dan kakeknya Abdul Muthalib. Akhirnya Abdul Muthalib keluar lalu bertemu dengan Abrahah. Beliau meminta supaya dikembalikan semula kambingnya karena ia adalah miliknya.

Manakala tentang Kaabah, beliau berkata terserah kepada Abrahah karena Ka’bah itu bukan miliknya tetapi milik Allah. Jadi, di sini, terbuka rahasia bahwa keluarga Rasulullah saw masih beragama dengan agama Nabi Ibrahim. Artinya keturunan baginda terpelihara, bersih dan dijaga oleh Allah.


KECINTAAN MURNI KEPADA RASULULLAH S.A.W.

Sewaktu Perang Badar, seorang sahabat bernama Sawad datang memeluk Nabi SAW dan menangis bersungguh-sungguh. Melihat keadaan itu Nabi SAW bertanya kenapa dia berbuat demikian.

Jawabnya:
"Engkau lihat ya Rasulullah apa yang engkau nampak. Aku ingin sekali sebelum mengakhiri hayatku supaya kulitku bersentuh dengan kulitmu sebelum aku balik menemui Allah SWT."

Dalam Perang Uhud pula, menjelang akhir hayatnya, Saad ibnu Rabi' berkata kepada Zaid bin Thabit:
"Sampaikan salamku kepada Rasulullah SAW. Katakanlah kepadanya sesungguhnya aku dapat menghidu bau syurga yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW."

Seorang wanita Ansar diberitahu mengenai kematian bapa, saudara lelaki serta suaminya dalam Perang Uhud. Apabila berita itu disampaikan kepadanya dia terus bertanya mengenai keadaan Rasulullah SAW. Sahabat memberitahu bahawa Rasulullah SAW dalam keadaan baik dengan katanya:

"Alhamdulillah, sihat seperti yang kamu kehendaki."

Kemudian wanita itu meminta untuk melihat Rasulullah SAW. Apabila melihat Rasulullah SAW, wanita itu berkata,

"Segala musibah yang menimpa aku adalah kecil sedangkan yang besar adalah engkau, ya Rasulullah."

Bagaimanakah sifat itu lahir di dalam diri sahabat Rasulullah SAW?

Sebenarnya mereka telah mengenal Rasulullah SAW dan mengetahui riwayat hidupnya sejak kecil hingga dewasa. Kemudian mereka mengikuti proses pendidikan di madrasah Rasulullah SAW. Dengan itu Allah SWT mencampakkan rasa kasih sedemikian rupa hingga memenuhi setiap sudut dan ruang di dalam hati mereka.


'INILAH JALAN SUNNAH NABIKU'


Yang Dimaksudkan Cinta Tuhan
Kita membaca tentang sepotong ayat, Allah berfirman, maksudnya begini:

Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka, jika mereka iaitu umatmu benar-benar mencintai Allah, maka hendaklah mereka mengikuti dan mencontohi dirimu, Rasulullah.

Apa sebenarnya yang boleh difahami daripada ayat tersebut?

Jika hamba Tuhan itu benar-benar cinta Tuhan, maka Allah minta buktikan kepada Rasulullah, kekasihNya. Allah minta kita berhubung dengan Rasulullah. Iaitu dengan mengikut sunnah Rasulullah. Sunnah itu ialah perjalanan hidup Rasulullah. Perjalanan hidup Rasulullah itu pula ada lahiriah, ada maknawiyah dan ada rohaniahnya. Kalau betul kita ikut jalan tersebut, maka memang benarlah terbukti yang kita sudah mencintai Tuhan.

Boleh juga dimaksudkan seperti ini. Hendak cinta Tuhan, kita tak mampu. Kita tak kenal Tuhan; zat, sifat dan perbuatanNya. Justeru, mencintai orang Tuhan seperti Rasulullah membawa kita sampai kepada Tuhan. Mencintai Rasulullah itu adalah jalan atau jambatan untuk kita cinta Tuhan.

Rasulullah pernah menyebutnya seperti ini:
Hendaklah kamu bersama Allah, dan kalaulah kamu tidak dapat bersamaNya, maka hendaklah kamu bersama dengan orang yang sudah dapat bersama Allah.


Apa yang dimaksudkan jalan lahiriah ?

Rasulullah menegakkan jemaah. Di dalam jemaah itu, Rasulullah menegakkan sistem seperti sistem pendidikan, kebudayan dan ekonomi. Tertegaknya sistem-sistem tersebut berjaya mendisiplinkan ahli-ahli jemaah dalam membangunkan kehidupan. Ia juga menjadi wadah untuk ahli-ahli jemaah memberi manfaat dan khidmat kepada masyarakat sehingga masyarakat termasuk orang kafir berasa cukup selesa dan aman tenteram berada di bawah naungan sistem Islam.

Pernah Rasulullah ditanya oleh sahabat, apakah boleh kami mengikutmu?
Rasulullah menjawab, apakah kamu sanggup susah?

Menunjukkan kepada kita tidak mudah untuk menjadi pengikut Rasulullah. Kenalah sanggup miskin dan sanggup susah. Kenalah sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk agama.


Apa yang dimaksudkan jalan maknawiyah ?

Daripada Rasulullah itu keluar berbagai ilmu, Itulah ilmu Al-Quran dan Al-Hadis. Ilmu ini perlu dituntut kerana Tuhan, difahami dan dihayati bersungguh-sungguh. Buah fikiran Rasulullah itu jika diikuti menjadikan kita orang yang cerdik dan berstrategi. Ia mampu melahirkan pejuang yang aktif berjuang menegakkan dua pembangunan, rohani dan material.


Apa yang dimaksudkan jalan rohaniah ?

Rasa hati Rasulullah itulah jalan rohaniahnya yang perlu diikuti. Rasa hati itu yang utamanya adalah cinta dan takut kepada Tuhan. Selain itu ialah seperti sabar, redha, sangat berlapang dada, menerima keuzuran orang, berkasih sayang, tawadhuk, tawakkal dan pemaaf.

Bila bersatu 3 jalan ini, maka otomatik kita sudah terhubung dengan Rasulullah. Inilah “turning point” bagi kita untuk terhubung dengan Allah. Tanpanya, agak sukar kita terhubung dengan Allah.

Itu sebab dalam ayat Al-Quran tadi, Allah seakan memberi “offer’ kepada hambaNya kalau benar kamu mencintai Aku, maka kamu hendaklah mencintai kekasihKu yakni Rasulullah.

Mencintai Rasulullah pula tidak boleh sekadar dengan lafaz cinta sahaja. Ia kena dibuktikan. Ia kena diterjemahkan dalam amalan dengan mengikut jalan yang sudah ditempuh baginda Rasulullah. iaitu seperti yang diterangkan, jalan lahiriah, maknawiyah dan rohaniah.

Sekian.

Allahyarham Ust. hj Ashaari Muhammad

MEMAHAMI KHUSUSIAT NABI SAW

Mihrab tempat rasulullah biasa shalat


Hukum Memuji Rasulullah Dan Batasannya ?

Terdapat suara-suara yang menimbulkan salah-faham dengan mendakwa bahawa puji-pujian terhadap Rasulullah SAW adalah suatu yang melampau dan terpesong daripada ajaran Islam. Antara sandaran utama golongan ini ialah sabda Rasulullah S.A.W:

“Janganlah kamu melampau-lampau memujiku sebagaimana kaum Nasrani melampau-lampau memuji Isa ibn Maryam.”

Sebahagian orang memahami sabda Nabi SAW di atas dengan makna melarang daripada memuji Baginda S.A.W. Mereka mengira perbuatan memuji Nabi SAW termasuk dalam perbuatan yang melampau dan sikap berlebihan yang tercela dalam agama, yang boleh mengakibatkan syirik.

Mereka juga beranggapan, bahawa orang yang memuji Nabi Muhammad SAW, mengangkat kedudukan Baginda SAW melebihi daripada manusia yang lain, menyanjungnya dan menyifatkan Baginda SAW dengan apa saja yang membezakannya daripada manusia yang lain, bererti telah melakukan bid’ah dalam perkara agama dan menyanggahi Sunnah Penghulu segala Rasul SAW.

Ini adalah pemahaman yang salah dan buruk serta menunjukkan kecetekan pandangan orang yang menilai hadis tersebut. Maksud sebenar hadis ialah Nabi Muhammad SAW melarang memujinya secara keterlaluan sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Nasrani terhadap Nabi Isa AS yang mengatakan bahawa Nabi Isa AS itu adalah anak Allah.

Adapun, orang yang memuji Nabi SAW dan menyifatkannya dengan sifat-sifat yang tidak terkeluar daripada hakikat kemanusiaan, di samping meyakini bahawa Baginda SAW adalah hamba Allah dan utusanNya, dan menjauhi keyakinan dan kepercayaan kaum Nasrani, maka sesungguhnya tidak disyaki lagi merupakan orang ini adalah yang paling sempurna tauhidnya.

Tepatlah madah Imam al-Busiri RH dalam qasidah Burdahnya yang menegaskan,
“Tinggalkan cara orang Nasrani (Kristian) dalam menyanjung Nabi mereka (Nabi Isa AS).

Ertinya: Jangan katakan Muhammad SAW itu mempunyai sifat-sifat ketuhanan). Selepas itu, terserahlah kepadamu untuk memuji Baginda SAW sesuka hati mu; Kerana hakikatnya keagungan Rasulullah SAW itu tiada had baginya, sehingga mampu lidah mengungkapkannya secara sempurna;

Kemuncak pengetahuan mereka tentang diri Baginda SAW mereka hanya mampu mengatakan bahawa Baginda SAW itu adalah seorang manusia, yang sebenarnya merupakan semulia-mulia dikalangan makhluk Allah seluruhnya.”

Mana mungkin dikatakan bahawa memuji Baginda SAW itu salah sedangkan Allah SWT sendiri memuji NabiNya, melalui beberapa firmanNya termasuk:

“Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat mulia.” (al-Qalam:4)

Allah juga memerintahkan supaya umat manusia sentiasa beradab bersama Nabi SAW; sama ada ketika berbicara mahupun menjawab panggilannya. Allah berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suaramu melebihi suara Nabi.”
(al-Hujuraat:2)

Allah SWT juga melarang kita daripada berurusan dan bergaul dengan Nabi SAW sebagaimana kita berurusan dan bergaul sesama manusia yang lain, atau memanggil Baginda SAW sebagaimana cara kita memanggil sesama kita.

Allah SWT berfirman:
“Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu.”
(al-Nur:63).

Tapi hari ini ada yang menyatakan bahawa menggelarkan Nabi SAW dengan “Sayyidina” itu sebagai salah dan melampau.

Mana mungkin memuji Nabi SAW itu sesat sedangkan para Sahabat RA yang mulia sering memuji Rasulullah SAW. Antara yang terdekepan dalam bab ini ialah Saidina Hassan bin Thabit RA sehingga telah diletakkan satu minbar khas baginya dalam Masjid Nabawi ketika zaman Nabi SAW lagi untuk memuji dan mempertahankan Baginda SAW.

Maka antara syair Hassan ibn Thabit RA ialah:
“Wahai tiang tempat bersandar orang yang bersandar! Tempat berlindung orang yang berlindung kepadanya! Tempat meminta tolong orang yang kesusahan, dan penyelamat orang yang memohon penjagaan! Wahai makhluk pilihan Allah bagi makhlukNya! Maka Allah menganugerahkan kepadanya akhlak yang suci bersih; Engkau adalah Nabi dan sebaik-baik keturunan Adam. Wahai Nabi yang pemurah bagaikan limpahan lautan yang luas!”

Rasulullah SAW juga ada memuji dirinya sendiri agar kita semua tahu kadar kedudukan Baginda SAW seperti sabdanya :

”Aku adalah sebaik-baik golongan kanan (yang beruntung mendapat nikmat syurga).”
“Aku adalah sebaik-baik golongan yang lebih dahulu memasuki syurga.”
“Aku adalah anak Adam yang paling bertaqwa dan mulia di sisi Allah,
tidaklah aku bermegah-megah dengannya.”
(Imam Tabrani dan al-Baihaqi di dalam al-Dala’il)

Pada kesempatan yang lain, Baginda SAW bersabda:
“Aku adalah manusia yang paling mulia di antara manusia-manusia yang terawal dan terakhir dan tidaklah aku bermegah-megah dengannya.”
(riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi)

Di dalam hadith lain pula Abu Sa’id berkata: Sabda Rasulullah SAW:
“Aku adalah penghulu anak Adam pada hari Kiamat dan tidaklah aku berbangga-bangga dengannya.

Di tanganku terdapat Liwa’ al Hamdi (bendera yang dipuji); aku juga tidak bermegah-megah dengannya.

Tidak ada seorang Nabi pun pada hari itu (Kiamat); baik Adam mahupun yang lain, kecuali semuanya berada di bawah naungan benderaku. Aku juga orang pertama yang dibongkarkan dari bumi dan tidaklah aku berbangga dengannya.”
(Riwayat Imam al-Tirmizi)

Marilah kita memurnikan kefahaman kita dengan menjauhi sangka buruk terhadap mereka yang memuji, menyanjung dan mengagungkan Nabi SAW. Sesungguhnya kemuliaan Nabi SAW itu begitu tinggi hingga terbuka ruang yang begitu luas untuk kita memuji dan mengungkapkan selawat dan salam ke atas Baginda SAW dengan secanggih yang kita mampu.

Manakala batasannya pula adalah terhad dan sempit iaitu jangan sampai menafikan sifat asasi Nabi sebagai manusia dan hamba Allah SWT. Semoga Allah SWT mengizinkan kita tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang sentiasa memuji dan berselawat ke atas kekasihNya, Nabi Muhammad SAW.


Kehadiran Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam dalam Kehidupan Umat Islam

Ada orang daripada golongan anti-maulid berkata:
"Mereka yang bangun dalam majlis maulid mengkhayalkan Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- hadir dalam majlis mereka."

Jawapan:
Ia bukan suatu khayalan wahai orang yang lalai. Mereka yang bangun dalam majlis tersebut mengambil suatu waktu untuk menghayati kehadiran Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- yang pada hakikatnya (kehadiran Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-) adalah sepanjang masa dalam kalangan umat Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-.

Mereka yang berdiri dalam majlis-majlis maulid dan sebagainya (khsusunya di mahal al-qiyam) berusaha untuk menzahirkan rasa penghormatan dalam menghayati kehadiran Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- dalam kehidupan mereka seharian, samada secara umum mahupun secara khusus.

Banyak sudut dan bukti kehadiran Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- dalam kehidupan umat Islam secara umum, maka ada dua sudut.

Pertama: Kehadiran Hati Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- Terhadap Umat Islam Sebelum Kelahiran Mereka

Sedangkan hati Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- sentiasa hadir mengingati kita sebelum kelahiran kita (seluruh umat Islam), bagaimana hati Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- tidak hadir mengingati kita pula setelah kelahiran kita, dalam seluruh kehidupan kita?

Ada sebuah hadith menyebut cinta dan kerinduan khusus Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- kepada umatnya yang terkemudian (iaitulah kita yang lahir setelah kewafatan Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-):

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam telah pergi ke kawasan perkuburan dan bersabda:

“Sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami dengan kehendak Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita”.

Sahabat bertanya: “Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah?”

Baginda shollallahu ‘alaihi wasallam menjawab:
“Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin) yang belum muncul (orang-orang beriman tanpa pernah melihat Rasulullah)”

[Hadith riwayat Imam Muslim no: 367. Begitu juga diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah no: 4296 dan Imam An-Nasa’ie no: 150. Ia juga diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al-Muwatha’ no: 53 sebagaimana dalam Al-Muntaqi]

Alangkah malangnya bagi mereka yang tidak pernah cuba untuk menghadirkan Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- dalam satu saat pun daripada kehidupan mereka, sedangkan Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- menghadirkan kita semua dalam kehidupan Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-.

Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- sendiri menghayati kehadiran kita sebelum kelahiran kita, bagaimana kita tidak berusaha untuk menghayati kehadiran Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-setelah kewafatan Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-?

Kedua: Kehadiran Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- dalam segenap kehidupan umat Islam setelah kewafatan Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-.

Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda Maksudnya:
Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafatku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan: Alhamdulillah, dan apa saja amal kamu yang aku dapati jahat, aku memohon keampunan Allah untuk kamu.

Hadith ini diriwayatkanoleh Imam Ad-Dailami daripada Saidina Anas r.a., Imam Al-Harith r.a. daripada Saidina Anas r.a. juga dengan sanad yang mursal.

Diriwayatkan juga dalam Kasyf Al-Khafa’ oleh Imam Al-‘Ajluni (19/11). Begitu juga diriwayatkan dalam Musnad Al-Harith (m/s: 969). Diriwayatkan juga dalam Al-Fath Al-Kabir (2/68) pada hadith no: 5886 dengan sanad Mursal. Begitu juga no: 5887.

Imam Ibn Hajar Al-Haithami menegaskan bahawasanya perawi-perawi hadith ini adalah berdarjat sahih. Imam As-Suyuti juga meriwayatkannya dalam Al-Marasil (no: 11337 dan 11338).

Selain sanad-sanad mursal yang kuat, Imam Al-Bazzar juga meriwayatkannya secara bersambung kepada Saidina Abdullah bin Umar dengan sanad yang kuat (no: 1723).
Hadith ini menunjukkan kehadiran Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- dalam kehidupan para umatnya dan sentiasa memerhatikan dan mengetahui perihal umat Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- walaupun setelah kewafatan Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-.

Ini menunjukkan betapa Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- sememangnya hadir dalam kehidupan umat Islam dengan kehadiran yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- sahaja.

Namun, sudah pastilah rasa penghormatan yang cuba dizahirkan oleh para umat Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- juga sampai kepada Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-.

Di zaman serba moden ini, alangkah jumudnya minda orang yang masih menganggap jarak sesuatu tempat menjadi penghalang terhadap suatu hubungan kehadiran antara dua pihak, sedangkan banyak alat-alat telekomunikasi dan perhubungan yang menghubungkan dua orang daripada dua tempat yang sangat jauh jaraknya, yang mana mereka boleh saling menzahirkan penghormatan kepada sesama mereka dari tempat mereka, lalu sampai kepada teman mereka masing-masing.

Seumpama, seorang pekerja sahaja boleh menzahirkan penghormatan kepada tuannya melalui alat perhubungan walaupun dipisahkan oleh jarak yang jauh, samada perhubungan seperti panggilan video atau sebagainya.

Bagaimana dengan pendedahan teknologi sebegini, seseorang masih lagi tidak dapat menerima hubungan para pencinta Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- yang menzahirkan penghormatan mereka dalam sesuatu majlis di negara-negara yang jauh, dengan Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- di Al-Madinah Al-Munawwarah sedangkan alam roh itu sendiri tidak dibatasi oleh dimensi seperti alam jasmani dan sebagainya.


Pelajaran daripada Kisah al-Utbi

Daripada Imam al-'Utbi [Abu 'Abdul Rahman Muhammad bin 'Abdullah atau 'Ubaidillah bin 'Amr bin Mu`awiyah bin 'Amr bin 'Utbah bin Abu Sufyan Sakhr bin Harb yang lebih dikenali sebagai Imam al-'Utbi]

di mana dia telah berkata:
“Adalah aku satu ketika duduk di samping kubur Junjungan Nabi -shollallahu ‘alaihi wasallam-, maka telah datang seorang A'raabi (penduduk kampung) mengucapkan salam kepada Junjungan Nabi -shollallahu ‘alaihi wasallam-

dengan katanya:
“Salam kesejahteraan bagimu, wahai Rasulullah, aku telah mendengar Allah Ta`ala berfirman:

Dan kalaulah mereka ketika menganiayai diri mereka sendiri (dengan membuat dosa dan kesalahan) datang kepadamu (wahai Nabi) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. – Surah an-Nisa’: 64

Dan aku telah mendatangimu dalam keadaan memohon keampunan dari segala dosaku dan mengharapkan syafaatmu kepada Tuhanku.”
Lalu dia melantunkan beberapa bait syair seperti berikut Maksudnya:

Wahai manusia terbaik bersemadi dalam bumi jasadnya
Maka harumlah lembah dan bukit dengan keharumannya
Jiwaku jadi tebusan kubur yang engkau penghuninya
Dalamnya ada (pribadi) yang suci, pemurah lagi mulia

Al-'Utbi meneruskan ceritanya:
“Kemudian, dia berpaling meninggalkan maqam Junjungan Nabi -shollallahu ‘alaihi wasallam-,

tiba-tiba dua mataku mengantuk, lalu aku bermimpi melihat Junjungan Nabi -shollallahu ‘alaihi wasallam- dalam tidurku dan baginda bersabda kepadaku:

“Wahai 'Utbi, segera pergi berjumpa A'rabi itu dan khabarkan berita gembira kepadanya bahawa Allah telah mengampuninya.”

[Dinukilkan dari kitab al-Adzkar oleh Imam an-Nawawi; Fasal Mengenai ziarah Qubur Nabi -shollallahu ‘alaihi wasallam- Halaman 206, Dar al-Fikr Beirut- 2002M/1422H. Kisah ini ini sangat masyhur dan dinukilkan oleh para ulama didalam kitab-kitab mereka sepertimana yang aku nyatakan diatas.]

Kisah ini diriwayatkan oleh seorang ulama' besar dalam bidang hadis yang sangat mementingkan sumber-sumber yang sahih dalam periwayatan iaitulah Imam An-Nawawi r.a.. Maka, ini adalah sebahagian daripada contoh di mana Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- hadir dalam kehidupan para pencinta secara khusus dan umat Islam secara umumnya.

Ketiga: Kehadiran Khusus Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- Terhadap Mereka yang Berselawat Ke Atas Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-

Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- juga hadir menerima selawat-selawat yang disampaikan oleh umat Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- setelah kewafatan Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-.

Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda Maksudnya:

"Tiadalah seseorang yang menyampaikan salam ke atasku melainkan Allah s.w.t. akan mengembalikan rohku sehingga aku menjawab salam ke atasnya".

Hadis ini diriwayatkan oleh Ishaq bin Rahuyah (atau Rahwaih) dalam musnadnya dengan sanad hasan (perawi-perawi Imam Muslim) no: 460, Imam Ahmad dalam Musnadnya (no: 10591) dengan sanad hasan yang sama, Imam Abu Daud dalam Sunannya dan sebagainya daripada Saidina Abu Hurairah r.a..

Dalam riwayat lain, Saidina Ibn Abbas r.a. berkata Maksudnya:
"Tiadalah seseorang daripada Umat Muhammad -shollallahu ‘alaihi wasallam- berselawat ke atas Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- melainkan ia akan sampai kepada Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-

lalu malaikat berkata kepada Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-:
"Si fulan berselawat ke atasmu dengan begini dan begini..."

Ini menunjukkan samada Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- berinteraksi secara langsung dengan umat Islam yang menyampaikan salam dan selawat ke atas Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- ataupun melalui perantaraan malaikat, namun tetap sahaja bentuk amalan yang dilakukan oleh mereka yang menyampaikan salam dan selawat kepada Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- sampai kepada Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-.

Maka, mereka yang berdiri dalam majlis maulid ketika menyampaikan ucapan alu-aluan yang mengalu-alukan kehadiran Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- dalam kehidupan manusia, telah menghayati betapa penghormatan dalam alu-aluan mereka itu sampai kepada Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- samada dengan kehadiran roh Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- ke dalam majlis-majlis tersebut ataupun sampai kepada Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- yang berada di Al-Masjid An-Nabawi. Al-Muhim (yang penting), penghayatan mereka betapa mereka diperhatikan oleh Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- ketika menzahirkan kegembiraan dan penghormatan tersebut adalah berlandaskan nas-nas syarak yang telah disebutkan dan banyak lagi yang tidak sempat disebutkan di sini.

Bagi mereka yang tidak mendalami nas-nas syarak sebegini secara menyeluruh atau mindanya terbatas dengan kebiasaan adat yang sempit, walaupun dengan ledakan teknologi telekomunikasi semasa, lalu mengingkari amalan berdiri ketika membaca puji-pujian dan alu-aluan dalam maulid yang menjadi simbol penghormatan dan kegembiraan yang disampaikan kepada Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam-, maka mereka perlulah menginsafi betapa mereka jauh daripada penghayatan terhadap kehadiran Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- dalam kehidupan umat Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-.

Biarlah para pencinta mengungkapkan cinta dan rindu mereka kepada Saidina Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- dengan cara yang sememangnya tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama sekali.

Wallahu a'lam


Sesungguhnya bahasa dan istilah perlulah ditunaikan haknya dan difahami dengan betul.

Dalam ruangan ini, kita masih dalam usaha meluruskan fahaman terhadap kedudukan Nabi SAW yang tetap sebagai makhluk walaupun dikurniakan pelbagai keistimewaan oleh al-Khaliq SWT. Perlu diingat bahawa pengisian ilmu dan kefahaman adalah juga termasuk bentuk ibadah yang utama sama ada di bulan Ramadan atau selainnya.

Ramai manusia yang tersilap dalam memahami beberapa perkara yang menjadi persamaan di antara hak Khaliq dan hak makhluk. Mereka menyangka bahawa dengan menisbahkan atau menyandarkan hak Allah kepada makhluk merupakan perbuatan syirik.

Antara perkara yang menimbulkan permasalahan ini ialah sebahagian daripada khususiat Nabi SAW (Keistimewaan yang Allah kurniakan kepada Rasulullah SAW sahaja) yang tidak difahami dengan sebenar-benarnya.

Mereka menganggap bahawa menyifatkan Nabi SAW dengan sifat-sifat istimewa yang dikurniakan oleh Allah tersebut bermakna menisbahkan Baginda SAW dengan sifat-sifat ketuhanan.

Ini jelas merupakan suatu kejahilan kerana Allah SWT Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berhak memberikan apa saja kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya, tanpa ada yang mewajibkan atau memaksa-Nya. Dia juga berhak mengurniakan dan memuliakan sesiapa sahaja yang hendak diberikan kemuliaan, dinaikkan kedudukan dan dizahirkan kelebihannya atas manusia yang lain.

Ini bukan merupakan pencabutan atau pencabulan hak-hak Allah SWT sebagai pentadbir alam dan juga sifat-sifat-Nya sebagai Tuhan Yang disembah. Hak-hak Allah dan sifat-sifat-Nya tersebut tetap terpelihara sesuai dengan maqam-Nya.

Apabila seseorang makhluk itu mempunyai sifat-sifat istimewa tersebut, maka sifat-sifat itu hanya sekadar yang bersesuaian dengan kemanusiaannya yang diciptakan terbatas dan diperolehi dengan izin, kurniaan dan kehendak-Nya. Bukan dengan kekuatan makhluk ataupun pentadbiran atau perintahnya kerana makhluk itu lemah dan tidak berkuasa memberi manfaat dan menolak kemudaratan daripada dirinya sendiri, begitu juga mematikan atau menghidupkan.

Telah berapa banyak keistimewaan yang menunjukkan bahawa ia adalah hak Allah, tetapi Dia berkenan mengurniakan kepada Nabi-Nya, Muhammad SAW dan nabi-nabi yang lain. Dalam pada itu, tidaklah diangkat darjat mereka hingga sampai ke maqam ketuhanan atau menjadi sekutu Allah.

Kesimpulannya, janganlah kita cepat menyalahkan perbuatan menyifatkan Nabi SAW dengan beberapa kelebihan yang tinggi kerana ia tidaklah bererti kita menyamakan atau menyekutukan Allah SWT dengan Nabi SAW.

Sesungguhnya bahasa dan istilah perlulah ditunaikan haknya dan difahami dengan betul.

Rujukan
PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
Sumber : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis
http://www.facebook.com/notes/raja-ahmad-mukhlis/kehadiran-rasulullah-shollallahu-alaihi-wasallam-dalam-kehidupan-umat-islam/196809343679585

Ahad, 15 Mei 2011

Cucu-Cucu Kesayangan Rasulullah SAW


Sabda Rasulullah SAW:
“Semua anak Adam bernasabkan ayah mereka kecuali anak-anak Fatimah. Akulah ayah mereka dan akulah yang menurunkan mereka.”

“Kepada Hassan, aku wariskan sifat kepemurahanku tetapi kepada Hussin aku wariskan sifat keberanianku.”

“Hassan dan Hussin adalah dua kebangganku di dunia ini.”

“Bahwa Hassan dan Hussin termasuk nama-nama yang terdapat dalam Syurga dan kedua nama tersebut tidak terdapat pada zaman jahiliah.”

Sayyidina Hassan dan Hussin biasanya dipanggil sebagai putera-putera Rasulullah SAW walaupun mereka sebenarnya adalah cucu-cucu baginda. Rasulullah SAW sangat ingin kan anak lelaki karena kesemua anak-anak lelaki baginda meninggal sewaktu mereka masih kecil. Maka apabila mendapat dua orang cucu lelaki ini, Rasulullah memanggil mereka, “Anak-anakku” manakala mereka memanggil Rasulullah, ayah. Terhadap Sayyidina Ali, ayah mereka, Sayyidina Hassan memanggilnya, “Abu Hussin” dan Sayyidina Hussin memanggilnya, “Abu Hassan”.

Rasulullah SAW sangat sayang pada cucu-cucunya. Terdapat banyak peristiwa yang menunjukkan betapa mendalamnya kasih baginda terhadap mereka. Sewaktu Sayyidina Hassan dan Hussin masih kecil, apabila Rasulullah SAW sembahyang, baginda meletakkan mereka di sampingnya. Kedua-dua cucunya ini memperhatikan gerak gerik baginda dalam sembahyangnya. Bahkan, ketika baginda sujud, kedua-dua anak itu melompat ke belakang baginda. Maka ada seseorang yang mencoba melarang kanak-kanak itu, tapi baginda mengisyaratkan supaya dibiarkan saja kedua-dua cucunya bermain di belakangnya.

Jika Rasulullah SAW hendak mengerjakan sembahyang, maka baginda meletakkan Hasan dan Husain. Kemudian baginda bersabda:

“Sesiapa yang kasih kepadaku hendaklah ia kasih kepada yang dua ini (Hasan dan Husain).

Pada suatu hari Rasulullah SAW keluar bertemu dengan kaum muslimin, sedang bersamanya ada Hasan dan Husain. Seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kiri. Baginda mencium Hasan, kemudian mencium Husain pula.

Ketika Rasulullah SAW membawa Hasan dan Husain, tiba-tiba seorang lelaki bertanya kepada baginda,
“Ya Rasulullah, apakah engkau sangat cinta kepada mereka berdua?”

Baginda terus menjawab,
“Sudah tentu. Sesiapa yang mengasihi kedua cucuku ini maka bererti telah mengasihi aku, dan sesiapa yang memarahinya bererti ia memarahi aku.”

Umar bin Khattab pernah menyaksikan Rasulullah SAW sedang mengendong Hasan dan Husain, seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kiri baginda. Maka Umar berkata kepada Hasan dan Husain,
“Kuda yang paling baik ialah di bawah kamu (Rasulullah).”

Rasulullah melirik kepada cucunya lalu berkata,
“Dan penunggang kuda yang paling mahir adalah kamu berdua.”

Di dalam rumahnya sendiri, Rasulullah SAW membawa Hasan dan Husain di atas belakangnya, kemudian baginda berjalan dengan tangan dan kaki sambil berkata:

“Unta yang paling baik ialah unta kamu, dan sebaik-baik pasangan ialah kamu berdua.”

Pada suatu hari Rasulullah SAW diundang makan ke rumah seorang Sahabat. Ketika baginda dan para Sahabat berjalan menuju rumah orang yang mengundang makan itu, baginda melihat Husain sedang bermain-main dengan kanak-kanak di tengah jalan. Baginda ingin bergurau dengan Husain, maka baginda berjalan lebih laju sehingga baginda agak ke depan berbanding rombongannya. Apabila tiba dekat Husain, baginda membuka kedua-dua tangannya sambil mengisyaratkan supaya Husain melompat kepadanya. Lalu Husain melompat ke arah baginda dan beliau tertawa sambil mendakap serta mencium Husain sambil bersabda:

“Husain sebagian dari diriku, dan aku sebagian darinya. Allah mengasihi orang yang mengasihi Husain.”

Pernah berlaku, ketika para Sahabat duduk di sekeliling Rasulullah SAW ketika matahari hampir tenggelam, maka datang orang memberitahu baginda bahwa Hasan dan Husain telah hilang entah ke mana.

Mendengar yang demikian membuat Rasulullah takut lalu berkata kepada para Sahabat,
“Bangkitlah kamu, pergi cari anakku!”

Kemudian baginda mengajak salah seorang di antara Sahabat ikut bersamanya. Rasulullah SAW menyeru semua Sahabat supaya sama-sama mencari Hasan dan Husain sebelum malam tiba, tapi tidak juga ditemui. Tiba di suatu tempat, melihat Hasan dan Husain berpelukan dan amat ketakutan karena di hadapan mereka ada seekor ular besar yang dari mulutnya keluar api.

Dengan pantas, Rasulullah SAW mengambil perhatian ular itu supaya beralih kepadanya. Tidak lama kemudian ular itu pergi ke celah-celah batu. Baginda terus mengambil Hasan dan Husain, memisahkan keduanya, lalu menyapu wajah keduanya. Sambil memeluk keduanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Demi ayah dan ibuku, kamu berdua teramat mulia di sisi Allah.”

Sesudah itu barulah nafas Hasan dan Husain kembali seperti biasa. Kemudian baginda pun mengangkat keduanya, seorang ke bahu kanan dan seorang lagi ke bahu kirinya.

Pernah berlaku, Rasulullah sudah berdiri di atas mimbar, lalu baginda berkhutbah kepada umat Islam. Maka datanglah Husain ke dalam masjid sedangkan di lehernya ada perca kain yang ditarik dan dihulur-hulurkannya.

Husain pun berjalan di celah-celah jemaah Jumaat yang sedang duduk mendengar khutbah dari Rasulullah. Perca kain itu dihulur dan ditarik-tariknya. Tiba-tiba kaki Husain tersandung lalu jatuh dengan mukanya ke tanah.

Melihat itu, Rasulullah SAW meluru ke arah Husain. Apabila orang lain melihat baginda datang, maka mereka cepat mengambil Husain dan memberikannya kepada baginda. Husain diciumi Rasulullah sambil mengucapkan:

“Semoga Allah membunuh syaitan, dan sesungguhnya anak adalah fitnah.”

Ketika itulah baginda memandang kepada sidang jemaah sambil meminta maaf. Baginda berkata,

“Demi Allah, aku tidak sedar telah turun dari mimbar hinggalah aku mendatanginya (Husain).”

Pernah Rasulullah SAW masuk ke rumah puterinya Fatimah bertujuan untuk berziarah dan memberi ketenangan jiwa kepadanya, lalu baginda bertanya tentang keadaan dirinya dan rumah tangganya. Baginda juga bertanya tentang suami dan anak-anaknya. Rasulullah berkata kepada Fatimah,

“Suruhlah suami dan anak-anakmu datang ke mari.”

Lalu Fatimah memanggil mereka semua, maka mereka pun datang sambil memberi salam kepada Rasulullah dan menyambut kedatangan baginda dengan gembira. Dalam kesempatan itu Rasulullah bergurau senda dan beramah mesra dengan mereka.Setelah suasana telah tenang maka baginda menyuruh mereka duduk di hadapannya lalu baginda berdoa untuk mereka:

“Ya Allah, mereka ini adalah keluarga Muhammad. Berikan rahmat dan keberkatan-Mu kepada mereka sebagaimana telah Engkau berikan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguh nya Engkau Maha Terpuji lagi Mulia. Ya Allah, inilah keluargaku, hilangkan lah dari mereka kekotoran dan bersihkan mereka dengan kesucian. Ya Allah, redhailah mereka sebagaimana aku redha kepada mereka.”

“Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias seperti dandanan perempuan jahiliyah yang dahulu, dan dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat, dan ikutlah Allah dan Rasul-Nya. Allah hanya mengkehendaki, supaya Dia menghilangkan kekotoran (dosa) daripadamu, hai ahlul bait dan supaya Dia membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya.”
QS Al Ahzab: 33

Sumber
Pemuda Ahli Sunnah
http://tigosotigo.blogspot.com/

Sabtu, 12 Februari 2011

Cinta Rasulullah

Makam Rasulullah


Dua kali dalam tahun yang sama Rasulullah saw. memperoleh hantaman dukacita yang amat besar. Mula-mula Abi Thalib, yaitu pamannya yang melindunginya dari kebengisan kaum Quraisy, meninggal dunia dalam keadaan masih musyrik. Lalu Siti Khadijah, yaitu istrinya yang selalu memberikan dukungan moral dan material yang amat besar. Tidaklah terperikan rasa dukacita yang menusuk kalbunya!

Dalam keadaan demikian itu, perlakuan kaum Quraisy terhadapnya semakin menggila.

Pernah suatu waktu mereka menyiramkan tanah keatas kepala Rasulullah saw., namun Rasulullah tetap tabah. Akhirnya karena perlakuan kaum Quraisy semakin biadab, Rasulullah saw. pergi ke Ta’if dengan harapan semoga masyarakat disana mau mendukungnya. Namun ternyata orang-orang di Ta’if memperlakukannya seperti kepada bukan manusia saja layaknya. Ia di caci maki, di ludahi, serta dilempari batu dan besi sehingga beberapa bagian tubuhnya tidak hanya menjadi memar, tetapi terluka dan mencucurkan darah.

Secepatnya Nabi pergi dari sana, berlindung di sebuah kebun anggur kepunyaan anak-anak Rabia, yaitu Utba dan Syaiba. Disana Beliau berdo’a dengan khusuk :

Allahumma Ya Allah.
Kepada Engkau juga aku mengadukan kelemahanku,
kurangnya kemampuanku serta kehinaan diriku di depan manusia.

Oh, Tuhan Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Engkaulah yang melindungi si lemah dan Engkaulah pelindungku.

Kepada siapa hendak Kau serahkan diriku?
Kepada orang yang jauhkah yang berwajah muram kepadaku?
Ataukah kepada musuh yang akan menguasai diriku?

Asalkan Engkau tidak murka kepadaku, aku tidaklah peduli
Sebab sungguh luas kenikmatan yang Kau limpahkan kepadaku.
Aku berlindung kepada Nur wajah Engkau yang menyinari kegelapan
(dan karenanya membawakan kebaikan bagi dunia dan akhirat)
dari kemurkaan Engkau yang akan Kau tumpahkan kepadaku.

Engkaulah yang berhak menegur dengan berkenan kepada Engkau.
Dan tiada kuasa serta kekuatan selain dengan Engkau juga ........

Apakah engkau benar-benar kenal Nabi mu?




Apakah engkau benar-benar kenal Nabi mu?
Iaitu kenal secara lahir dan batinnya, jasmani, maknawi dan rohaninya
Atau engkau hanya kenal secara lahir sahaja, tidak lebih dari itu?!
Atau engkau kenal secara rambang sahaja?

Sebenarnya kalau engkau kenallah secara lahir dan batin,
jasmani, rohaniahnya peribadi Nabi mu
Pasti engkau jatuh hati kepadanya.
Engkau akan cinta, engkau akan menyebut selalu namanya
Melalui selawat dan ingatan terhadapnya.
Engkau akan terasa terhutang budi kepadanya
Kerana kedatangannya dan jasanya kepada dunia.

Muhammad Nabi mu SAW, Nabi mu
Dia seorang manusia istimewa, luar biasa yang tiada taranya.
Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala.

Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas
agar engkau kenal Nabi mu sendiri Siapa dia yang sebenarnya?

Dia adalah Muhammad anak Abdullah, ibunya Aminah.
Bangsa Quraisy dari Bani Hasyim.
Nasabnya hingga ke Nabi Ibrahim.
Dia adalah anak yatim piatu. Seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja dengan ibu bapanya seperti orang lain.
Dia lahir daripada keluarga yang miskin
dan dipelihara pula oleh keluarga yang miskin.

Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai oleh Tuhan
Iaitu yang diberi nama Nur Muhammad.
Dari Nur Muhammadlah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan
Syurga, neraka, dunia, akhirat, para malaikat, Arasy, Kursi, Sirat,
manusia, jin, haiwan, jamadat dan lain-lainnya.
Ertinya kalau bukan kerana Nabi Muhammad SAW,
yang lain tidak akan diwujudkan.
Kalau begitu, rupanya Nabi kita membawa rahmat
zahir dan batin kepada semua makhluk Tuhan.
Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh,
yang akhir nisbah jasad dikalangan para nabi.

Dia adalah satu-satunya Nabi yang diisrak dan dimikrajkan.
Mukanya laksana bulan purnama kerana cahayanya yang terang.
Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan
Kerana itulah di dipanggil Habibullah oleh Allah.
Ketua seluruh para rasul dan para anbiya.
Penghulu seluruh orang yang bertaqwa.
Imam seluruh manusia.
Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat.

Orang yang memberi syafaatulkubra di akhirat
dan orang yang pertama masuk syurga
Al Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap
Merupakan mukjizatnya yang kekal dan paling agung.
Tiada siapa yang dapat menirunya.

Dia memiliki ilmu dunia dan akhirat
Sekali pun dia tidak boleh menulis dan membaca.
Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia yang tiada taranya
Bahkan lebih mulia dari para malaikat
Terutamanya kasih sayangnya kepada manusia begitu terserlah
Tawadhuknya atau merendah diri, pakaian peribadinya
Kerana itulah dia sanggup duduk, makan, minum, tidur, baring dengan fakir miskin.
Menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah.
Tiada seorang pun melihat mukanya melainkan jatuh cinta kepadanya
Bahkan macam orang mabuk tidak boleh melupakannya.

Sangat kasih dan simpati dengan fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda.
Pemurahnya laksana angin kencang yang sangat lajunya.
Orang yang bergaul dengannya macam-macam dapat dirasa
Adakalanya laksana ibu dan ayah
Adakalanya macam kawan yang membela dan setia
Adakalanya dirasakan guru
Adakalanya bagaikan pemimpin
Adakalanya bagaikan ketua tentera.
Setiap orang yang semajlis dengannya merasakan dapat layanannya yang memuaskan darinya

Kerana akhlaknya yang tinggi dia dapat pujian daripada Tuhannya.
Keberaniannya luar biasa
Dia boleh lalu seorang diri di hadapan musuh-musuhnya
Tidak sedikit pun takut dengan raja-raja.
Setiap orang yang meminta tidak pernah dikecewakan
sekalipun terpaksa berhutang dengan manusia.
Ibadahnya banyak terutama sembahyang
hingga bengkak-bengkak kakinya kerana terlalu lama berdiri
di hadapan Tuhannya.

Tidak pernah mendoakan musuh-musuhnya dengan kejahatan.
Sangat suka meminta maaf dan memberi maaf kepada sesiapa sahaja.
Dia membalas kejahatan orang dengan kebaikan
Satu perbuatan yang luarbiasa.
Tidak pernah menghina, mencaci dan merendah-rendahkan orang lain.
Sangat pemalu dan merendah diri.
Sangat menerima keuzuran orang
Sangat tahan menerima ujian yang berbagai-bagai keadaan
dan bermacam-macam bentuknya.
Kerana itulah dia dapat menjadi Ketua Ulul Azmi
daripada keseluruhan para rasul alaihimussolatuwassalam.

Dia suka seseorang kerana Allah dan murka juga kerana Allah.
Hatinya begitu jaga, matanya sahaja yang tidur tapi hatinya tidak tidur.
Kerana itulah dia tidur tidak membatalkan wudhuknya
Di dalam hidupnya 74 kali berlaku peperangan
27 kali dia ikut sama atau ikut serta
tapi pelik, tidak pernah dia membunuh musuh-musuhnya walaupun seorang.

Anak-anak didikannya itulah dia para Sahabat hingga dia berkata:
"Sahabat-sahabatku laksana bintang-bintang di langit,
yang mana satu yang dapat kamu ikut, kamu akan dapat petunjuk."

"Para ulama umatku laksana para-para nabi bani israil."

-jolokan ini tidak didapati oleh umat-umat nabi sebelumnya.

Kerana menegakkan kebenaran, pernah dilemparkan dengan najis,
dibaling dengan batu hingga berdarah, dibuang daerah selama 3 tahun,
dikepung, hendak dibunuh, berhijrah meninggalkan tanah air dan mendapat berbagai-bagai kesusahan dan penderitaan.

Kemuliaannya di sisi Allah Taala begitu ketara dan terserlah
Iaitu namanya dikampilkan dengan nama Tuhannya
Iaitu di dalam dua kalimah syahadah.
Bahkan tidak sah Islam seseorang
kalau tidak diucapkan namanya bersama dengan nama Tuhannya.

Doa yang hendak dikabulkan, awal akhir kenalah menyebut namanya.
Doanya sangat kabul, bahkan siapa yang berdoa bertawassul dengannya lebih diterima doanya.

Siapa yang banyak berselawat dengannya diberi syafaat di Akhirat.
Siapa yang selalu menyebut namanya diturunkan rahmat dan berkat
Mukjizat-mukjizatnya yang terlalu banyak menunjukkan kebenarannya
Tertulis di belikatnya khatamun nubuwah

Peluhnya bak mutiara, wanginya lebih wangi daripada kasturi.
Orang tidak dapat menentang matanya
kerana kehebatannya yang amat terserlah di wajahnya
Terutama musuh-musuhnya, pasti menundukkan pandangannya bila bertembung dengan pandangannya.

Banyak perkara-perkara ghaib yang dibuka oleh Allah Taala kepadanya.
Sehinggakan sebahagian perkara-perkara yang belum terjadi
seperti peristiwa akhir zaman dapat diceritakan.
Terlalu kuat tawakalnya kepada Allah Taala
Hinggakan makanan yang berlebih tidak disimpan di malamnya
Bahkan diberi kepada yang berhak.
Apabila dia buang air, tidak ada kesannya selepas membuangnya.
Lalat tidak pernah hinggap pada badannya.
Kalau dia berpaling, dia berpaling dengan seluruh badannya.
Tidak pernah makan seorang diri melainkan berkawan.
Tidak pernah mencerca makanan
Kalau dia tidak suka, dia tidak makan makanan itu.

Sangat menghormati dan memuliakan tetamunya.
Terlalu menjaga hak-hak jirannya sekalipun orang kafir.
Terlalu mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri
Tidak pernah melaknat sekalipun binatang.
Apa yang diperkatakannya ibarat mutiara
Kerana itulah sangat mempengaruhi orang yang mendengarnya.

Didikan dan pimpinanya sangat berjaya
Di antara kesan didikan dan pimpinannya yang telah berlaku
yang telah dicatat dalam sejarah :
Dapat melahirkan manusia yang sangat mencintai dan menakuti Allah Taala
Bahkan Tuhan menjadi idola mereka.

Dapat menyatu-padukan manusia yang berbagai-bagai etnik, puak, kaum, bangsa dan yang berlainan warna kulit, bahasa dan budaya.
Bahkan dapat menanamkan kasih-sayang satu sama lain di kalangan manusia.
Melahirkan manusia yang begitu taat dan patuh kepada syariat Tuhannya.
Berjaya melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya.
Mampu menjadikan dunia bersih daripada noda dan dosa.
Berjaya menjadikan setiap orang rasa berpuas hati naungan pimpinannya
sekalipun yang bukan Islam.
Mereka merasakan dia adalah pelindung dan penyelamat
kepada seluruh makhluk sekalipun binatang.

Itulah dia Nabi Muhammad Rasulullah SAW
Itulah dia Nabi kita, manusia yang luar biasa,
yang istimewa kejadian dan akhlaknya paling sempurna,
tidak ada tandingannya.

Baru sedikit sahaja kita menceritakan tentangnya, sudah mengkagumkan kita.
Apakah peribadi yang semacam ini kita tidak jatuh hati kepadanya?
Apakah manusia ini kita boleh melupakan begitu sahaja?
Apakah kita tidak terasa,
dia adalah manusia yang terlalu berjasa kepada seluruh manusia?

Apakah kita tidak terasa terhutang budi kepadanya ?
Bahkan patut bersyukur kepadanya sepanjang masa.
Bolehkah kita samakan dia dengan pemimpin-pemimpin yang lain di dunia?
Jauh panggang dari api, macam langit dengan bumi.
Lantaran itulah, orang yang benar-benar kenal Nabinya bersama Tuhannya,
sanggup mati kerananya.

Patut sangatlah dia menjadi idola dan ikutan kita
Agar kita menjadi satu bangsa yang bertuhan, merdeka, bersatu,
berakhlak mulia, bertamadun, berkasih-sayang, bertolong bantu,
berharmoni, bermaruah, bersih dari noda dan dosa.
Allah dan Akhirat menjadi matlamat hidup kita.

Sajak Allahyarham Ust. Ashaari.

MERAYAKAN MAULID




FAEDAH MAULID

Telah berkata Ibnul Jauzi bahwa satu daripada perkara-perkara yang telah mujarrab (yaitu telah dicoba dan didapati benar) ialah bahwa meraikan atau merayakan Maulid Nabi s.a.w. itu akan mendatangkan keamanan yang penuh pada sepanjang-panjang tahun itu di tempat yang diadakan keramaian Maulid itu.

Sanya seorang raja yang bernama Abu Sa'id AI Mudzaffar telah mempunyai sebuah kota bernama Irbil yang jauhnya dua batu daripada bandar AI Musul, adalah seorang raja yang bijaksana, berani, gagah, pintar, alim dan adil, la telah berlebih-lebihan pada tentang meraikan dan merayakan Maulid Nabi s.a.w. dan telah mengeluarkan belanja tiap-tiap tahun untuk yang demikian itu sebanyak 300,000 dinar. Dan perbuatannya itu telah dipersetujui oleh ulama'-ulama' dan orang-orang saleh keseluruhannya.

Dan di dalam setengah-tengah perayaan Maulid yang diadakan oleh raja itu maka setengah-setengah orang telah menghitung di dalam jamuannya ada 5.000 ekor kambing panggang dan 10.000 ekor ayam dan 100.000 mangkok dan 300.000 pinggan besar yang mengandungi gula-gula dan manisan-manisan yang berbagai rupa dan rasa.

Dan pula ia telah menyediakan percuma satu rumah besar untuk sesiapa saja yang datang daripada mana-mana pihak dan arah yang tidak mempunyai tempat tinggal. Dan raja itu telah membelanjakan wang untuk rumah itu tiap-tiap tahun 100.000 dinar, padahal baju raja itu sendiri hanya daripada kain kapas yang keras dan pula tidak lebih daripada lima helai.

Isterinya pernah menegurnya tentang hal pakaiannya itu, tetapi ia pernah menjawab:

"Aku memakai pakaian-pakaian yang demikian itu lebih baik daripada aku memakai pakaian-pakaian yang mahal dengan tidak mengambil berat terhadap orang faqir dan miskin."



PERMULAAN PERAYAAN MAULID

Kata Syeikh As Sakhawi

bahwa perayaan Maulid itu mula-mula telah terjadi selepas kurun yang ketiga. Kemudian maka berkekalanlah orang-orang Islam di lain-lain negeri dan bandar yang besar meraikan Maulid itu. Dan mereka telah bersedekah pada malamnya dengan berbagai-bagai sedekah dan mengambil berat tentang membaca Maulid s.a.w. yang mulia itu dan telah nyatalah daripada berkatnya itu bahwa mereka telah mendapat kelebihan-kelebihan yang banyak.


HUKUM MERAYAKAN MAULID

Di dalam fatwa-fatwa Al Hafiz As Sayuti rahimah Ullah, di dalam bab "walimah" (memberi jamuan) bahwa ia telah ditanya tentang merayakan Maulid Nabi s.a.w. di dalam bulan Rabi'ul Awwal, apa hukumnya daripada syara'?

Dan adakah didapati pahala oleh orang yang melakukannya atau tidak?

Dijawab oleh As Sayuti,

"Pada pendapatku bahwa cara merayakan Maulid Nabi s.a.w. itu ialah orang-orang berkumpul beramai-ramai dan membaca sedikit daripada ayat Quran dan menceritakan kisah-kisah berkenaan Maulid s.a.w. perkara-perkara yang luar biasa (mu'jizat) yang terjadi pada masa Nabi s.a.w dizahirkan dan kemudian mengeluarkan makanan untuk dimakan oleh orang ramai tadi dan selepas itu mereka pun bersurailah dengan tidak mengerjakan apa-apa lain daripada yang tersebut itu."

Sanya perbuatan-perbuatan sebagaimana yang tersebut itu ialah Bid’ah Hasanah yang dibalas dengan pahala bagi orang-orang yang membuatnya karena di dalam perbuatan-perbuatan yang tersebut itu ada erti membesarkan nilai Nabi kita Muhammad s.a.w. dan menzahirkan kesukaan dan kegembiraan terhadap kezahirannya yang mulia.

Demikianlah yang telah di sebutkan oleh guru-guru kami muga-muga Alah Ta'ala mencurahkan rahmatNya ke atas mereka.

Telah berkata Imam Abu Syamah, guru Syeikh An Nawawi,

"Satu daripada perkara-perkara yang dicipta dan diadakan pada zaman kita ialah perkara yang dilakukan tiap-tiap tahun pada hari asalnya yang dizahirkan Nabi s.a.w. (yaitu dua belas Rabi'ul Awwal) seperti bersedekah dan mengerjakan lain-lain kebajikan dan menyatakan kesukaan serta menghiaskan diri dan tempat kediaman karena yang demikian itu selain daripada membuat baik kepada orang-orang faqir, maka ia juga menandakan cinta kepada Nabi s.a.w. dan membesarkan dia di dalam hati orang yang menjalankan perayaan Maulid itu, sebagai syukur kepada Allah Ta'ala karena la telah mengutus Rasulullah sebagai satu rahmat kepada manusia sekalian.


MEMBESARKAN NABI S.A.W.

Telah berkata guru bagi guru kami Sidi Ahmad bin Zaini Dahlan rahima Ullah,

"Telah menjadi adat bagi orang bahwa apabila mereka mendengar orang yang membaca Maulid itu menyebut pada arah: "Nabi s.a.w. dizahirkanlah daripada ibunya",

maka mereka pun bangun berdiri sebagai memuliakan dan membesarkan dia s.a.w., maka bangun berdiri itu memanglah baik, karena yang demikian itu ada pengertian membesarkan Nabi s.a.w. Sesungguhnya banyak ulama' yang menjadi ikutan oleh orang ramai telah membuat seperti itu."

Kata AI Halbi di dalam kitabnya ‘As Sirah’:
"Sesungguhnya telah diceritakan oleh setengah-setengah ulama' bahwa pada suatu masa di zaman Imam As Subki, ramai ulama' telah berkumpul di sisinya, lalu salah seorg daripada mereka telah melagu-lagukan satu nasyid (yaitu syair penggalak) dikarang oleh As Sarsari untuk memuji-muji Nabi s.a.w., maka pada ketika itu bangunlah Imam As Subki beserta semua mereka yang ada di majlis termasuk qadhi-qadhi dan orang-orang besar, lalu terjadilah mesra yang besar di dalam majlis itu. Sanya, merayakan Maulid Nabi s.a.w. dengan orang-orang berkumpul ramai untuknya ialah satu perkara yang baik (mustahsan).



PERKATAAN-PERKATAAN AULIA'

Telah berkata Al Hasan AI Basri, (muga-muga Allah Ta'ala memuliakan rohnya):

"Aku ingin kalaulah aku mempunyai emas sebanyak gunung Uhud, niscaya aku akan membelanjakannya untuk membaca Maulid Rasulullah s. a. w."

Dan telah berkata AI Junaid AI Baghdadi (muga-muga Allah memuliakan rohnya):

"Barangsiapa hadir pada majlis Maulid Nabi s.a.w. dan membesarkan keadaan majlis itu maka sesungguhnya ia telah menang dengan iman."

Dan telah berkata Ma'ruf Al Kukhi (muga-muga Allah memuliakan rohnya):

"Barangsiapa menyediakan makanan untuk membaca Maulid Rasulullah s.a.w. dan mengumpulkan orang-orang Islam serta menyalakan lampu dan memakai pakaian-pakaian yang baru dan berwangi-wangi serta bercantek dengan tujuan membesarkan Maulidnya s.a.w. maka Allah Ta'ala akan mengumpulkan dia di padang Mahsyar di hari kiamat kelak bersama dengan kelompok-kelompok yang pertama di antara Nabi-nabi dan ia akan mendapat setinggi-tinggi tempat di dalam Surga."

Dan telah berkata As Sirri As Saqati: (muga-muga Allah memuliakan rohnya):

"Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulid Nabi s.a.w. maka sesungguhnya ia diberi satu daripada kebun-kebun Surga karena ia pergi ke tempat itu tidak lain karena cinta kepada Rasulullah s.a.w."

Dan telah bersabda Rasulullah s.a.w. Artinya:

"Barangsiapa yang cintakan aku niscaya ia akan berada bersamaku di Surga."


nota:
Di ambil dari kitab kawakibul Anwar atau tajuk bahasa melayunya hembusan kasturi

KELEBIHAN MENGUCAP SELAWAT KEATAS NABI S.A.W.



Allah Ta'ala berfirman di dalam Quran:

Artinya: "Sesungguhnya Allah dan Malaikat-malaikatNya berselawat ke atas Nabi itu (Muhammad), wahai mereka yang beriman, banyakkanlah olehmu mengucapkan selawat dan salam keatasnya." (Quran)


CAHAYA MUKA S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Sitti Aishah bahwa ia telah berkata:
"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (subuh sebelum fajar) maka jatuhlah jarum daripada tanganku tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah padaku Rasulullah s.a.w. maka aku telah dapat memungut jarum itu daripada cahaya wajahnya,lalu aku berkata,

"Hai Rasulullah alangkah bercahaya wajahmu?" dan seterusnya aku bertanya:
"Siapakah yang tidak akan melihat mu pada Hari Kiamat?"

Jawab Rasulullah: "Orang yang bakhil (lokek)."

Aku bertanya lagi:
"Siapakah orang yang bakhil itu ?"

Jawab Rasulullah: Artinya:
"Dialah orang yang ketika disebut namaku di sisinya is tiada mengucapkan selawat bagiku."


JIRAN YANG JAHAT

Telah diriwayatkan oleh salah seorang yang salih begini:

"Pada suatu masa aku ada seorang jiran yang jahat dan menzalimkan dirinya sendiri, dan aku telah menyuruhnya bertaubat kepada Allah tetapi ia enggan. Tetapi apabila ia mati aku telah bermimpi melihatnya di dalam Surga lalu akupun bertanya kepadanya:

"Bagaimanakah engkau boleh menerima kedudukan yang seperti ini?"

Ia menjawab:

"Pada suatu masa aku telah hadir di sisi seorang yang sedang meriwayatkan hadits dan aku telah mendengar la berkata bahwa barangsiapa mengangkat suaranya apabila mengucap selawat bagi Nabi s.a.w. niscaya diwajibkan dia mendapat Surga. Maka aku pun mengangkat suaraku mengucap selawat bagi Nabi s.a.w. lalu orang ramai pun telah menurut mengangkat suara mereka mengucap selawat bagi Nabi s.a.w. maka Allah Ta'ala telah mengampunkan kami sekalian."



KIJANG DAN ANAKNYA


Telah diriwayatkan oleh Abu Na'im di daiam kitab yang bernama "AI-Hilyah" bahwa seorang lelaki sedang lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang telah ditangkap olehnya, lalu Allah Ta'ala (yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w.:

"Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang ini aku sudah ditangkap maka mereka sedang lapar, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat pergi menyusukan anak-anakku itu, dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Bagaimana halnya kalau engkau tak balik ke mari lagi?"

Jawab kijang itu:
"Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Ta'ala akan melaknatkan aku sebagaimana la melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu:
"Lepaskanlah kijang itu buat sementara, dan aku jadi penjamin baginya."

Kijang itupun dilepaskan, dan kemudian ia kembali kembali ke situ. Maka turunlah Malaikat Jibril alaihissalam dan berkata:

"Hai Muhammad, Allah Ta'ala mengucapkan salam kepada engkau dan la (Allah Ta'ala) berfirman:

"Demi kemuliaanKu dan kehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihankan umat Muhammad daripada kijang itu kasihankan anak-anaknya, dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."


Alhamdulillah, kami ucapkan pujian yang sebanyak-banyaknya kepada Allah karena la menjadikan kami di antara golongan umat Muhammad s.a.w.

Di ambil dari kitab kawakibul Anwar atau tajuk bahasa melayunya hembusan kasturi