Jumaat, 27 Januari 2012
MEMPERJUANGKAN ISLAM TIDAK SAMA SEPERTI MEMPERJUANGKAN IDEOLOGI 3
Mereka seperti tidak tahu atau tidak yakin bahawa kekuatan iman dalam mendorong manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan adalah lebih kuat daripada semangat dan dorongan rasa takutkan hukuman.
Ertinya tanpa kuasa negara pun, kita boleh corakkan masyarakat dengan undang-undang atau cara hidup Islam yakni dengan penanaman iman.Cuma kuasa negara itu penting dalam menyempurnakan pelaksanaan undang-undang mahkamah.
Buktinya kita lihat masyarakat salafussoleh, 300 tahun dari Rasulullah yakni selepas pemerintahan Khulafa’ur Rasyidin dan selain dari Sayidina Umar Abdul aziz Waktu itu negara diperintah oleh raja-raja yang sudah agak rosak iman dan Islamnya. Ertinya
negara bukan dalam tangan orang yang baik-baik.
Tapi rakyat umum pada waktu itu majoritinya soleh-soleh belaka.
Siapakah yang mencorakkan mereka ?
Tentu bukan pemerintah sebab pemerintahnya sudah rosak.
Maknanya ada sekumpulan manusia yang tidak ada kuasa negara di tangannya.Yang telah mendidik rakyat dengan iman, lalu jadilah orang-orang beriman itu masyarakat yang baik-baik atau soleh-soleh yang terkenal dengan masyarakat salafussoleh.
Para pejuang Islam harus sedar dan akui bahawa perjuangan Islam itu boleh dijayakan sebahagian besarnya tanpa perlu dapat kuasa politik atau dapat Kuasa memerintah cuma untuk menyempurnakan hukum-hakam jenayah yang cuma boleh ditegakkan dengan adanya kuasa negara.itu.
Namun perlu pula diketahui, dalam negara Islam yang benar-benar hidup Islamnya, kes-kes jenayah sangat kurang berlaku dikalangan masyarakatnya.Ini dapat kita saksikan dalam kerajaan Khulafa’ ur Rasyidin yang mana kes-kes mencuri dan hukuman potong tangan tidak berlaku sekalipun dalam tempoh setahun.
Pejuang-pejuang Islam mesti memastikan sungguh-sungguh bahawa tujuan membawa umat kepada Islam ialah dengan niat agar mereka itu selamat didunia dan Akhirat, yakni hidup mendapat keredhaan ALLAH dan terlepas dari azab Neraka.
Untuk itu, kita kena pastikan bahawa kebaikan yang bakal mereka amalkan dalam hidup mereka itu adalah disemua tempat dan masa. Bukannya di satu tempat mereka tidak buat maksiat tapi melakukannya ditempat dan masa yang lain.
Kalau ini berlaku, ertinya generasi itu adalah orang-orang yang tidak akan terlepas dari azab ALLAH di dunia dan Akhirat.Apa kita puas hati kiranya perjuangan kita tetap tidak dapat memberi keselamatan dunia dan Akhirat pada umat ?
Sebab itu apa yang sedang berlaku diArab Saudi, Pakistan dan dalam jemaah-jemaah Islam sendiri janganlah dibiarkan.
Perubahan dan rombakan mesti dibuat supaya keadaan ini tidak berterusan.
Caranya pada saya ialah dengan membetulkan teknik perjuangan itu sendiri. Jangan lagi kita tiru cara-cara perjuangan ideologi.Berjuanglah dengan teknik perjuangan Islam sebenar yakni dengan program pembangunan insan (iman) sebagai asasnya (yakni mendidik insan untuk patuh dan taat pada ALLAH).
Iman adalah asas untuk mencorakkan manusia dengan cara hidup.Hari ini kalau kita dapat perintah Malaysia dengan undang-undang Islam, tanpa lebih dahulu mendidik masyarakat dengan iman, rasa saya ramailah rakyat yang kena bunuh. Sebab orang tidak sembahyang menurut hukum Islam setelah dinasihat tiga kali tidak juga mahu sembahyang, hukumnya bunuh.
Yang malang lagi kalau polis yang diharapkan menjalankan undang-undang itu pun tidak sembahyang. Habis siapa yang akan menangkap mereka pula ?
Maknanya akan ramailah yang terlepas dari undang-undang.Rakyat yang tidak beriman tidak boleh sabar dengan ujian. Katakanlah satu ketika negara kekurangan makanan akibat bencana alam atau terjadi peperangan. Waktu itu rakyat akan melakukan tunjuk perasaan (yakni suatu budaya hidup umat kini).
Soalnya adakah dalam negara Islam pun mesti terjadi krisis demikian ?
Dan apa akan terjadi pada kerajaan yang kita terajui ?
Tidak mustahil rakyat akan tolak pemerintahan Islam itu.
Di sini saya ingin simpulkan bahawa perjuangan Islam itu maksud utamanya bukan untuk melaksanakan hukum-hukum hudud dan qisas itu.Hukum-hukum itu adalah pilihan terakhir dalam menyelesaikan masalah umat kiranya berlaku.
Perjuangan Islam ialah untuk memastikan masyarakat jadi orang-orang baik yang pada mereka tidak payah lagi dilakukan hudud atau qisas.
Cara hidup Islam yang indah akan menjadi pakaian dan budaya mereka sehingga jelas
masyarakat Islam itu sungguh cantik dan indah, jauh beza dengan masyarakat jahiliah. Krisis, jenayah, masalah sangat kurang; bererti kurang pulalah hukuman-hukuman rejam, rotan, potong tangan, bunuh dan lain-lain.
Perjuangan Islam yang tidak berteraskan iman pasti tidak dapat membasmi kejahatan dalam masyarakat sepenuhnya. Sebab kalau manusia hanya ditakutkan dengan hukuman-hukuman sedangkan ada kesalahan-kesalahan yang manusia lakukan ini tidak ada hukuman untuknya yakni kejahatan-kejahatan batin yang bahayanya juga besar kepada masyarakat. hasad, Seperti riyak, ujub, pemarah, tamak, bakhil, dan lain-lain mazmumah lagi.
Kejahatan-kejahatan ini hanya boleh direntikan kalau manusia ada rasa takut pada ALLAH. Jika tidak, manusia tidak akan mampu untuk melawan nafsu ini, maka mereka akan sentiasa berkrisis dan tegang antara satu sama lain. Masyarakat harmoni tidak akan wujud juga.
Itulah matlamat perjuangan Islam yang asasnya ialah iman. Pendek kata mereka itu generasi yang beriman dan bertaqwa yang sifatnya sangat mendengar dan patuh pada’ sebarang hukum ALLAH.
Firman ALLAH
sesungguhnya perkataan orang beriman bila diseru pada ALLAH dan Rasul-Nya ’
untuk melaksanakan hukum di kalangan mereka ialah ‘kami dengar dan kami patuh’.
(An nur 51)
Maka tidaklah mereka akan melakukan tunjuk perasaan menentang pemerintah atau pemimpin-pemimpin mereka.
Seperkara lagi, dalam perjuangan Islam ini yang penting ialah mengIslamkan orang-orang yang bukan Islam.Bukankah Rasulullah itu, perjuangan pokoknya ialah mengubah manusia dari kafir kepada Islam ?
Rasulullah selamatkan mereka dari azab Neraka yang kekal abadi. Dalam perancangan membangunkan negara dan tamadun Islam, jangan sampai pejuang Islam ajak orang kafir bangunkan negara Islam dalam keadaan mereka tetap kafir. Itu satu kekejaman.
Untuk apa mengajak mereka selamat didunia tapi di Akhirat masuk Neraka. Sebaik-baiknya lancarkan dakwah yang berkesan untuk mereka agar mereka itu tertarik dan masuk Islam. Itulah satu lagi tugas pejuang-pejuang Islam. Tugas penting yang sama pentingnya dengan memperjuangkan negara Islam dan masyarakat Islam.
Jangan lagi kita terpengaruh dengan pejuang-pejuang ideologi yang tidak menjadikan program ini sebagai program perjuangan mereka.
Bila MeLAYU terbela ?
Wahai bangsa Melayu bangsaku...
Kekuatan Melayu bukan pada bangsa
atau semangat kebangsaan...
Begitu lama perjuangan atas nama Melayu..
sejak merdeka...
semakin LAYU...
Ekonomi sahaja pun belum selesai hingga kini...
Padahal keistimewaan-keisimewaan telah diberi
kepada orang Melayu lebih dari perlu...
hingga bangsa lain iri hati..
Namun ekonomi masih terkebelakang, kecuali sedikit individu Melayu...
Dari segi pendidikan dan pelajaran kita bangga di satu segi
sejak merdeka, ramai yg pandai, cerdikdan ada degree...
Tapi orang Melayu yang pandai tidak mampu berdikari
kecuali makan gaji...
Yang berilmu tidak ramai yg tawadhuk dan merendah diri...
Hidup nafsi-nafsi, fikir diri, yg miskin diserah pada kerajaan
untuk membela...
Berdiam diri, tidak peduli...
Dari segi politik pula, makin ke hujung makin tak stabil..
Politik wang dan jatuh-menjatuhkan semakin dibudayakan dan menjadi-jadi...
Di sudut perpaduan jauh daripada yg dikehendaki..
Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi..
Perpaduan di dalam parti pun belum terjadi lagi..
Hakikat ini terpaksa kita akui...
Ada satu aspek yang ini memang kita berpuas hati..
Kemajuan & pembangunan amat pesat sekali..
dunia memang mengakui dan irihati..
Tetapi side effect yg negatif hasil pembangunan
sangat menakutkan...
MELAYUlah yg paling ramai terlibat gejala negatif..
Dadah, rasuah, budaya melepak, gangsterisme di sekolah2..
Sumbang mahram, buang bayi, budaya rocker, liar...
Belum lagi diperkatakan jenayah ragut, ugut, rokok...
Rogol, bunuh, pergaduhan, murtad...
Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab..
orang Melayu number-one
Terpaksalah kita menerima penuh malu dan dukacitanya...
Inilah hasil perjuangan Melayu dengan semangat kebangsaannya, bukan !
Sebenarnya kekuatan orang Melayu bukan pada semangat Melayunya
Melayu ada Allah, ada Islam di sinilah kekuatan orang Melayu..
Seperti orang Arab di zaman Rasul..
yg menjadi empayar dunia...
Mereka tidak memperjuangkan bangsa Arab
tetapi memperjuangkan Tuhan dan Islam
akhirnya bangsa Arab terbela...
Bangsa Turki menjadi empayar
bukan kerana memperjuangkan bangsa Turki...
Mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam..
akhirnya bangsa Turki terbela...
Mengapa orang Melayu tidak belajar dengan sejarah ini ?
Orang Melayu kan ada Tuhan, kan ada Islam..
mengapa orang Melayu tidak perjuangkan Tuhan dan Islam ?
Allahyarham Ust. hj Ashaari Muhammad
2/10/04
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan