Sabtu, 14 Januari 2012
Zon 2 : ALFATIHAH
Maklumat2 yg tersirat di dalam Al Fatihah itu cukup untuk roh ini MENGENAL Allah. Betapa agung dan besarnya roh surah ini hingga menjadi rukun dalam tiap rakaat..
Dalam bacaan Fatihah, berulang2 kali ‘pihak’ Allah disebut secara langsung lafaz asma’nya atau tidak langsung.
Perhatikan CAPS dalam surah ini….
Dgn nama 1]ALLAH yang Maha PENGASIH 2] [RAHMAN]
lagi Maha PENYAYANG 3] [RAHIM]
Segala puji bagi 4]ALLAH, 5]RABB sekelian alam..
Yang Maha PENGASIH 6][RAHMAN] lagi Maha PENYAYANG 7][RAHIM]
8] MALIK [ penguasa] pada hari pembalasan
Hanya kepada 9]MU kami mengabdi,
dan hanya kepada 10]MU kami memohon
pertolongan
Tunjukkan kami jalan yg lurus
Jalan mereka yg telah ENGKAU berikan nikmat kpd mereka,
Sedang mereka itu bukan orang2 yg dimurkai
dan bukan pula orang2 yg sesat.
Begitulah lafaz ’surah cinta’ yg diajar Tuhan untuk hamba2Nya, surah yg bilamana dilafazkan oleh sihamba adalah merupakan keseluruhan puji2an, penghargaan, pengagungan, penyerahan jiwa, pengharapan…
Sekurang2nya lebih SEPULUH kali hamba menyebut ‘nama2′ Allah dalam Fatihah… tetapi orang yang lalai bersolat, kalimah2 suci ini disebut ibarat angin yang lalu sahaja….
Mungkin bisa ditamsilkan kita ini kadang2 persis orang gila yang membaca surat yg memuja-muji beserta mengharapkan bantuan di hadapan ‘raja’ tetapi jasadnya membelakangkan raja tersebut, walaupun nama ‘raja’ itu diulang2….dan mata pula liar melihat2 ke sana-ke sini..
Intipati ayat ini seolah2 Allah berkata begini…
“Jika kamu mahu menjadi hamba yang HANIF, maka tahukah kamu, bahawa AKU ini Maha BAIK, Maha PENGASIH, Maha PENYAYANG….Walaupun segala isi langit dan bumi serta AKHIRAT adalah kepunyaanKU, dibawah pengurusanKU. Namun AKU Amat Pengasih lagi Maha PENYAYANG…”
Allah seterusnya menyatakan bahawa….
” AKU jugalah RAJA semasa di akhirat nanti, alam yang kekal, di mana manusia yang paling akhir masuk ke syurga pun akan KUkurniakan mahligai seluas langit dan bumi…
Maka, mahukah KAMU wahai hambaKU…untuk mengikut AKU sahaja?
Luruskan hatimu, jadilah hamba2KU yang HANIF..
Di sini hamba2 yang hatinya hidup akan terdetik dalam sanubarinya….
Alangkah PENGASIHNYA Tuhan itu,
maka hati2 sihamba akan segera tertawan dengan KeMaha BAIKan Tuhan…
Hati pada mulanya merasa betapa kerdil dan hinanya diri berbanding penguasa sekelian alam dunia & RAJA alam akhirat… Tetapi kemudian berasa terhibur bila PENGUASA akhirat itu memberitahu bahawa DIA adalah YANG MAHA PENGASIH & YANG MAHA PENYAYANG………
Kemudian setelah hamba berkata dengan penuh pengharapan dan keyakinan bahawa hanya padaNYA mereka mengabdi dan memohon pertolongan…
Allah seterusnya mengajar manusia agar meminta satu keperluan yang paling agung ie SIRATHOL MUSTAQIM Allah seterusnya seolah2 berkata begini,
Wahai hamba2Ku,
jika kamu mahu menjadi hamba yang hanif, kamu harus MEMINTA kepadaKU.
Setelah kamu berikrar untuk menyerahkan seluruh hidup dan matimu untukKU,
kamu wajib berusaha dan meminta SIRATHOL MUSTAQIM, jalan agung yang telah ditempuhi para wali2, Nabi2 dan Rasul2.
Di sini Allah menawarkan hamba2Nya untuk bersama2 menjadi ‘team’ nabi2, rasul dan para wali2 Allah..tetapi jika hamba2 lalai dan bermain-main serta tidak serius, maka hanya ada DUA jalan lain yang akan ditempuhi…iaitu
1. MAGHDUB –
jalan mereka yang dimurkai, yang fasik, mereka yang mengikuti hawa nafsu
2. DHOLIN –
jalan mereka yang kafir dan tersesat, seperti para Yahudi dan Nasrani
Di sini Sirathol Mustaqim dan dua Jalan itu diletakkan bersekali dalam AlFatihah,
Bermakna setiap dari kita ini sangatlah dekatnya dengan kefasikan atau kekafiran, disamping jalan yg lurus itu..Samada fasik yang dikuasai nafsu atau kafir yang bertuhankan nafsu.
Jika diambil teladan umat terdahulu, contoh Saiyidina Ali kmw, apabila menafsir surah Al Fatihah yang sebanyak tujuh ayat ini, ilmu yang keluar terlalu banyak hingga jika ditulis dalam kitab, kitab itu terpaksa dipikul oleh 300 ekor unta. Ilmunya yg didigest akal, bertahta di hatinya lalu sudah terlalu menguasai Rohnya, sudah menundukkan nafsunya…
Sebab itu sewaktu dalam satu peperangan, bila sebatang anak panah menusuki betisnya, untuk mengeluarkan anak panah itu, Saiyidina Ali bukannya dikejarkan ke hospital seperti hari ini atau segera dirawat, tetapi beliau bingkas bersembahyang sahaja dalam keadaan sakit luka demikian. Ketika sedang sembahyang itulah anak panah dikeluarkan dan luka kakinya dibalut…Roh Saiyidina Ali tidak mengingati dunia lagi tika bersolat.
Ilmu yang dihayati Saiyidina Umar Al Khattab ra pula sudah menawan nafsunya menjadi Islam lalu hati beliau menjadi benar2 bersih dan ditakuti syaitan. Hingga bekas jalan yang dilalui Saiyidina Umar pun syaitan masih takut untuk menapak di situ.
Saiyidina Umar semasa ditikam tiga kali oleh seorang budak Parsi sebelum sembahyang Subuh, menyuruh orang ramai meneruskan sembahyang walaupun beliau cedera parah. Beliau menyuruh rakyat membiarkannya sahaja terbaring di lantai masjid. Soal sembahyang itu adalah terlalu besar nilainya pada orang mukmin, hingga Khalifah tidak mahu mereka mempedulikan dirinya buat seketika. Begitulah kehebatan rijalullah2 salafussoleh.
Maklumat2 dalam Al Fatihah ini jika dikuasai akal, lalu dihayati oleh roh, maka raja dalam diri itu tidak akan condong lagi kepada nafsu yang rendah, apalagi diperbudak2kan olehnya.
Surah AL-Fatihah dialog hati
Wahai Tuhan yang empunya diriku....
Ini aku datang mempersembahkan
pujian dan pujaan yang sebesar-besarnya terhadap-Mu
karena telah menciptakan alam sebagai simbol cinta
kepada insan hamba-hamba kesayangan-Nya.
Sungguh dapat aku saksikan Tuhan
betapa amat Pemurah, Penyayang, Pengasihnya Kamu
pada diriku dan orang-orang lain.
Belaian-Mu kepadaku jauh lebih hebat
dari belaian seorang ibu tika sedang menyusukan bayinya.
Bahkan Tuhan yang meyintai hamba-hamba kesayangan-Nya
telah mempersiapkan mahligai-mahligai Syurga yang maha nikmatnya
sebagai tempat kembali si hamba untuk bertemu-Nya.
Di sana, di negara Akhirat, kampung asal-usulku,
Tuhan sedang menanti.....
bidadari dan malaikat melambai-lambai mengharap agar manusia
tidak lupa hari pulang.
Di sana Dialah Tuhan,
Raja yang memerintah dengan sangat adil dan penuh kasih sayang.
Oh Tuhan! kalau begitulah ertinya Tuhan itu kepada hidupku,
bagaimanakah sepatutnya aku berkelakuan?
Ya, ini kubisikkan kata-kata yang tidak pernah
kuungkapkan pada sesiapa selain-Mu.
Bahawa sesungguhnya hanya padaMu aku serahkan
seluruh ketaatan dan kecintaan.
Juga hanya pada-Mu dan tidak pada yang lain,
aku mengadu hal diriku.
Tuhan... hanya padaMu aku menyembah,
hanya pada-Mu aku yang maha hina ini meminta-minta....
Lihatlah permintaan yang pertama yang Dikau sendiri
ajarkan supaya aku meminta-minta padaMu
iaitu memohon sebuah hadiah paling besar
yang hanya layak untuk para rasul, nabi-nabi dan para wali,
iaitu Siratul Mustaqim atau jalan yang lurus.
Yakni sebuah laluan yang sulit, sukar, sempit
tapi di hujungnya ialah Syurga yang abadi.
Ia amat tersembunyi dari pandangan musuh-musuh Tuhan
atau orang-orang yang Tuhan benci.
"Ya Allah, tunjuki daku jalan kepada-Mu,
lindungiku dari orang-orang yang Kau benci
dan orang-orang yang sesat.
Perkenankanlah, ya Allah...
Namun aku tetap malu kerana Engkau masih sudi
menerimaku dan memberi kekuatan kepadaku utk menghadapMu."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan