Memaparkan catatan dengan label Zikrullah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zikrullah. Papar semua catatan

Ahad, 24 April 2011

Mengapa Kita Berzikir?


Hari ini ramai orang berzikir. Ada yang tahu tujuan mereka berzikir. Ada juga yang tidak tahu kenapa. Bila ditanya kenapa awak berzikir?

Sekadar ikut-ikut sahaja, kata mereka. Kami berzikir sama seperti orang-orang terdahulu berzikir. Yang tahu pula terbahagi kepada dua. Satu, memang betul-betul diniatkan kerana Tuhan. Kedua, bukan kerana Tuhan, tetapi kerana dunia. Yang berzikir kerana Tuhan, mereka berzikir nak cari keredhaan Tuhan. Atas dasar cinta dan takut Tuhan. Nak membesar dan mengagungkan Tuhan. Orang seperti inilah yang digambarkan Tuhan di dalam Al-Quran, maksudnya:

“Orang-orang mukmin itu apabila menyebut nama Allah, gementarlah hati-hati mereka.”

Gementar itu adalah kerana mereka benar-benar menghayati zikir tersebut. Ucapan zikir itu bukan sekadar pada sebutan sahaja. Tetapi ia terasa di hati. Zikir itu sudah menjadi penghayatan. Jadi, bila nama-nama Allah itu disebut, terus ia menangkap di hati. Terasa kebesaran Tuhan yang tak terhingga. Terasa kehebatan Tuhan. Datang takut. Datang gementar. Disebabkan bimbang yang teramat sangat dengan kekuasaan Tuhan, yang boleh berbuat apa sahaja terhadap dirinya. Disebabkan teringat dosa-dosanya kepada Tuhan yang memungkinkan dia terlepas daripada kasih sayang Tuhan. Atas rasa-rasa ini, zikir mereka mengubah perangai mereka. Mereka menjadi orang yang berakhlak dengan Tuhan dan berakhlak sesama manusia.

Yang berzikir bukan kerana Tuhan, mereka berzikir tetapi ada kepentingan dunia di situ. Bermakna direndahkan taraf zikir itu menjadi dunia. Walhal zikir itu ada nilai akhirat kalau tepat cara dan perlaksanaannya. Mereka berzikir ada maksud untuk mendapat kelebihan-kelebihan. Baca sekian ayat, dapat kaya. Baca sekian ayat, dapat kebal. Baca sekian wirid, orang akan hormat.

Demikianlah jadinya. Orang begini zikir itu sekadar sebutan sahaja. Tidak lebih daripada itu. Zikir tidak difahami, jauh sekali hendak dihayati. Itu sebab zikir itu tidak datangkan rasa-rasa di dalam hati. Itu sebabnya lagi banyak berzikir, tidak berubah akhlak. Malah, lagi berzikir lagi tak cinta dan tak takut Tuhan. Inilah yang patut direnungkan oleh kita semua yang berzikir. Moga-moga ada manfaatnya untuk kita bersama.

Ahad, 10 April 2011

Tafsiran Hiburan Yang Di Salah Ertikan.


Tafsiran hiburan itu telah lama disalah ertikan dlm kehidupan. Akibatnya kita terseret sama menganggap bila disebut berhibur ianya sesuatu yg melalaikan.

Rata2 sekarang ini lahirnya hiburan yg bertunjangkan nafsu bukan hiburan yg menjurus ke hati. Hatta bernasyid sekalipun jika tiada 'roh' tetap ianya dikira melalaikan. Tetap ianya hiburan nafsu. Sebab itu kita yg dah mahu pada Islam ini atau dah faham Islam sikit2 ini, turut tersilap tafsir dgn merasakan jika berhibur itu mesti ikut kaedah berhibur spt yg ada sekarang ini.

Fitrah hati kita yg asalnya bersih telah lama dirosakkan oleh hiburan2 berbentuk menghiburkan nafsu. Lantas bila dikaitkan dgn agama, kita rasa ianya mesti serius, jangan main2.

Hakikatnya hati kita telah lama mati, hingga segala yg dijadikan termasuk syariat2Nya yg sesuai dgn fitrah kita, kita dah rasa tak terhibur. Kita tak rasa itu hiburan. Kita rasa itu biasa2 saja hingga kita pandang bersahaja. Tak rasa apa2. Bagi kita ianya hiburan bila melibatkan perkara2 berbentuk nyanyian atau muzik dsbnya.

Andai berhibur itu spt apa yg kita faham sekrg ini...
apakah Rasulullah dan para sahabat itu tidak berhibur?

Apakah Rasul dan para sahabat bukan manusia biasa yg tak punya fitrah utk berhibur sebab mereka golongan yg sgt2 sibuk memperjuangkan agama tak kira siang malam, tak kenal erti letih dan jemu.

Mana hiburan utk mereka ini semua, kalau Tuhan tak menjadikan segala syariat dan kejadian2Nya utk menghibur mereka yg telah letih berjuang ini?

Apakah utk memenuhi fitrah manusia, mereka terpaksa berhibur dgn cara berhiburnya kita sekarang ini yg menjurus kpd kelalaian?

Atau setakat mengaji dan bersolat sajakah baru terhibur mereka ini?

Kalau gitu, teruk benar agama Islam ni. Rigid, beku, serius abihh. Sebab bila nak berhibur kena dgr lagu2 atau pun setakat nasyid atau baca Al Quran shj. Setakat itu sajakah cara Rasul, para sahabat dan org soleh berhibur. Kalau begitu sempit betullah hiburan dlm Islam.

Padahal tak semua manusia itu sama kehendak fitrahnya utk berhibur. Cara terhiburnya fitrah (bukan nafsu) seseorg dgn seseorg lain berbeza. Tak semua org rasa terhibur bila baca Quran. Tak semua orang rasa terhibur bila dgr nasyid dsbnya. Nasyid atau mengaji Quran itu cuma cabang2 hiburan suci antara ribuan hiburan suci dari Tuhan untuk hamba2Nya.

Bila kita berfahaman hiburan dalam Islam adalah sedemikian, secara tak langsung kita telah meletakkan Tuhan itu zalim kerana menjadikan agamanya sesuatu yg 'menyakitkan' iaitu untuk mengamalkannya sungguh2 ianya semacam amalan paksaan ke atas kita semua. Sampai begitu sekalikah tujuan Tuhan menurunkan agama Islam ini?

Kalau beginilah fahaman Islam kita.org bukan Islam naik takut nak masuk Islam. Orang Islam yg kurang fahaman Islamnya pun, tak minat atau ragu2 nak dalami Islam. Sebab mereka takut dgn keseriusan agama Islam, di mana tentu akan tercabar fitrah mereka sebagai manusia yg suka pada hiburan.

Antaranya seseorg Islam boleh terfikir spt ini...
"Kalau nak warak atau alim abihhlah aku...tak ada hiburan lagi, tak naklah... baik aku jadi seperti sekrg ini...boleh enjoy...tua2 nanti barulah aku serius dgn agama."

Hakikat sebenarnya bila disebut Hiburan, ianya ialah sesuatu yg menyenangkan dan membahagiakan fitrah atau roh atau jiwa murni kita. Bukan hiburan yg menyenangkan dan membahgiakan nafsu spt hiburan yg ada hari ini. Iaitu hiburan yg membuatkan kita lupa Tuhan, seronoknya sekejap saja. Hiburan dlm konteks Islam ialah hiburan hakiki, hiburan hati yg berpanjangan yg tidak kunjung padam sebab hati/fitrah kita yg terhibur bukan nafsu kita yg terhibur.

Orang mukmin itu hatinya sangat2 terhibur melalui kerja2 Tuhan. Terhiburnya org yg benar2 mukmin adalah lebih 'jauh' bukan setakat terhibur melalui ibadah semata2.

Berhibur dlm Islam bukan mempermainkan agamanya. Terhibur dgn kerja2 Tuhan bukan bermakna kita tak serius dgnNya ttp sebaliknya mengperhebatkan lagi rasa kehambaan kita padaNya. Terhiburnya hati secara hakiki akan menguatkan jiwa utk lebih serius berjuang menegakkan agamaNya dlm diri dan masyarakat.

Untuk check Level di mana matinya hati kita.... lihatlah setakat mana terhiburnya hati kita bila kita lihat kerja2 Tuhan samada berbentuk baik atau ujian. Orang yg tahap imannya tinggi, mehnah atau ujian dari Tuhan pun dia anggap hiburan sebab dia rasa Tuhan beri perhatian padanya.

Apakah mengikuti syariatnya dgn sungguh2 dgn perasaan bahagia dianggap mempermainkan agamanya? Selagi kita merasakan demikian selagi itulah kita termasuk golongan orang yg masih susah utk berbuat taat dan meninggalkan larangannya. Ataupun kita masih termasuk golongan org yg masih terlalu sakit ketika bermujahadah utk menjadi seorg mukmin. Kita hanya dapat mengikuti syariatnya secara paksa2 lagi bukan dgn senang hati mengamalkannya.

Sebab itu terkadang hendak membezakan antara mana satu hiburan hati (hakiki) atau mana satu hiburan nafsu pun, kita dah tak tahu nak beza. Sebab itu kita pukul rata istilah hiburan itu tidak sesuai digunakan.

Hakikatnya syariat Tuhan jika difahami ianya sesuatu yg menghiburkan samada yg sesuai dgn fitrah kita atau tidak. Mana2 syariat yg kita rasa tak sesuai dgn fitrah sebenarnya bukan fitrah kita yg merasakan demikian tetapi nafsulah yg merasakannya tidak sesuai. Oleh kerana kita jahil tak berilmu kita anggap, rasa yg tak sesuai itu dtg dari fitrah kita padahal ianya dtg dari nafsu dan akal kita yg tak terdidik.

Bukankah syariat dibuat utk kemanfaatan manusia?
Membuatkan manusia bahagia zahir dan batin, selamat dunia akhirat?

Melainkan jika merasakan perit nak taat dan patuh pada syariat. Sebab itulah kenapa kita rasa agama itu sesuatu yg serius, tak boleh buat main, apatah lagi nak rasa ianya sesuatu yg menghiburkan.

Padahal jika benar2 dpt merasakan indahnya mengamalkan syariat Tuhan. Di situlah hakikat hiburan yg cukup membahagiakan. Jauh lagilah utk kita merasakan dan menghayati hidup berTuhan kalau masih di level seperti ini.

Rasulullah saw sendiri bersolat hingga bengkak2 kaki, kenapa?..

sebab itukan hiburan bagi baginda. Dan bila Saidina Umar pula pernah ditanya,

."Apakah yg tinggal lagi pada mu wahai Umar...beliau menjawab "Cukuplah Allah dan Rasul bagiku"...

Bukankah contoh di atas, buktinya Tuhan itu Penghibur Agung. Kenapa tak kaji sejarah bagaimana Rasul dan para sahabat berhibur?

TUHAN PENGHIBUR AGUNG



Bismillahirahmanirrahim

Kedatangan Islam di dunia adalah untuk menghiburkan manusia. Di situ indahnya Islam, sebab Islam itu menghibur. Penghibur yg paling besar ialah Tuhan Yang Maha Agung. Kalau Tuhan itu dikenali, kalau kita tahu kerja2 Tuhan, maka Tuhan sangat menghiburkan. Tuhan penghibur agung.

Contohnya menceritakan benda biasa yg selalu kita tempuh, kita tidak sedar, spt menyedut udara, udara itu udara Tuhan. Kalau tidak ada udara kita mati. Kita tak sedar ini menghibur. Bila Tuhan cabut udara itu, ertinya tak terhibur. Bumi yg kita pijak adalah ciptaan Tuhan.

Bila mendongak ke langit biru, langit Tuhan, menghiburkan mata. Melihat pemandangan hijau dan indah. Kita pergi ke pasar cari lauk, ikan, daging, sayur2an, ini semua menghiburkan. Tapi kita tak perasan dan tak pernah diceritakan. Kita hanya pandang bersahaja.

Bila kita bekerja kita gunakan tenaga, kita jadi letih dan perlu rehat. Tuhan bagi kita mengantuk. Kalau kita tidak mengantuk walaupun cuba tidur tak boleh tidur. Mengantuk menghiburkan Bila tidur menyegarkan badan dan segar kembali. Itu hiburan dari Tuhan.

Bertemu manusia, kita meluahkan perasaan, dapat berkongsi rasa. Dia pun meluahkan perasaannya kepada kita. Lega rasanya, itu hiburan dari Tuhan. Tuhan menghiburkan sahaja.

Apabila kita membuat sesuatu perkara yg baik kita disuruh menyebut nama Tuhan. Sebab itu Tuhan pilih salah satu dari 99 nama Allah. Tuhan suruh kita sebut Bismillahirahmanirrahim.

Tuhan kenalkan diri-Nya, Akulah Penghibur. Tuhan tak suruh kita sebut Bismillahijabbarul Qahhar. Tapi kita tak perasan, kita tak sedar. Kita hanya tahu kalau kita sebut dapat fadhilat. Kita selama ini tak diajar Tuhan penghibur agung. Kita diajar fadhilat sahaja.

Tuhan buat siang dan malam. Kejadian siang malam itu hiburan dari Tuhan. Kalau malam saja menyusahkan kita. Demikian pula kalau siang saja, siang utk keperluan kerja. Malam utk berehat, kena tidur. Tak terhiburkah?

Kita selama ini tak pernah diajar tauhid macam ini. Tuhan itu penghibur agung, tak ada penghibur seagung Tuhan. Sebab itu Allah datangkan syariat, seolah2 Tuhan berkata
“ Kalau Aku menciptakan kamu, Aku adalah penghibur agung kamu. Sebab itu Aku buat syariat sebagai peraturan dan system hidup buat menghiburkan kamu.”

Tuhan adalah penghibur agung. Didatangkan syariat itu sebagai hiburan kedua. Syariat mengajarkan kita, kalau orang bersalah kita maafkan. Tak terhiburkah? Padahal kalau tidak dimaafkan sakit orang itu.

Jiran kena jaga walaupun bukan Islam, perlu dibuat macam keluarga sendiri. Tak terhiburkah? Bila berkawan, Tuhan kata kena setia. Tak terhiburkah?

Bila ada orang menentang kita dalam berdakwah, kita doakan dia. Tak terhiburkah?

Cuba baca sejarah, orang yg paling kuat berjuang seperti Rasul tak ada tandingannya. Baca sejarah Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Musa, Nabi Nuh, Nabi Daud. Mereka tak pernah bunuh orang, kecuali Nabi Musa sebelum jadi nabi. Itupun secara tak sengaja. Rasulullah masuk medan perang 27 kali tetapi tak sekalipun membunuh orang, padahal peluang ada. Kalaupun ada peluang Rasulullah maafkan. Tak terhiburkah hati orang?

Tuhan datangkan Rasulullah utk menghiburkan manusia. Dengan musuh, kalau mereka tak masuk Islam, Rasulullah biarkan, dengan harapan suatu hari nanti anak cucunya masuk Islam. Tak terhiburkah?

Kenapakah ulama hari ini bila menyuruh tentang jihad, mau bunuh orang? Dari mana mereka dapat? Dari mana mereka belajar? Para Rasul tak ada yg berbuat begitu. Orang bukan Islam jadi takut, orang Islam pun jadi takut.

Jadi hari ini Tuhan minta kepada manusia utk menghiburkan orang. Tuhan datangkan orang2 berjuang utk menghiburkan orang walaupun mereka susah, yg penting orang terhibur.


MARILAH JADI PENGHIBUR

Di dunia ini marilah kita menjadi penghibur
Menghibur manusia yang berbagai bangsa
Dan bermacam peringkat mereka
Moga-moga Allah Taala
Menghiburkan kita di Syurga
Marilah kita jadi penghibur
Menggembirakan manusia

Hiburkanlah manusia dgn pertolongan
Terutama pada yg miskin dan menderita
Hiburkanlah juga dgn senyum kemesraan
Juga nasihat yg beguna
Jadilah penghibur pada manusia
Agar kuat jiwa mereka
Dengan ilmu yg berguna
Dgn semangat membangun jiwa

Ziarahi mereka
Membawa buah tangan
Di waktu mareka sakit
Ziarahi mereka

Gembirakanlah dgn kemaafan kita
Dengan bertoleransi
Serta memberi kerjasama
Jika minta tolong
Jangan dikecewakan
Sekalipun terpaksa berhutang dgn manusia

Siapa menjadi penghibur kepada manusia
Allah Taala akan hiburkan mereka di dalam Syurga
Dgn syaratnya Imanlah asasnya
Juga syariat, perjalanan hidupnya

Ahad, 27 Mac 2011

Mengenal Tuhan Secara Tepat Zikrullah Yang Sebenar



Bismillahir rahmanir rahim

Semua anggota di dalam diri manusia kena diberi makan Anggota lahir mahupun anggota batin Kalau tidak semua anggota itu akan kelaparan

Ilmu adalah makanan akal, jasad makanannya adalah nasi, roti dan sebagainya Roh, raja dalam diri, makanannya adalah mengingati Tuhan (Zikrullah) Zikir di sini yang dimaksud kan bukan membaca ayat-ayat atau kalimah-kalimah dijadikan zikir Zikrullah di sini ialah mengenal Tuhan secara tepat Hingga terasa besar dan hebat Takut dan cintakan Tuhan sebagai hiburan

Jiwanya terasa bertuhan sentiasa hidup Di bila masa dan di mana-mana sahaja Ertinya dia sentiasa bersama Tuhan Faham kerja dan peranan Tuhan sama ada lahirnya positif mahupun lahirnya negatif Setelah ada ilmunya, dihayati pula, jiwanya akan tenang Apa sahaja yang berlaku dalam dirinya, dia terhibur

Dapat nikmat dia rasa bersyukur dan malu dengan Tuhannya, tidaklah takbur Mendapat ujian kesusahan, kemiskinan, kesakitan, sabar dia menerimanya Dia merasa mendapat pahala dari Tuhannya atau dosanya dihapuskan Senang hatinya dengan kesusahan-kesusahan itu Mendapat pahala atau penghapusan dosa tentulah jiwanya terhibur Kalau tidak, akan masuk neraka yang amat bahayanya dan dahsyatnya

Apa sahaja yang dia hajatkan yang berbentuk kebaikan Kadang-kadang dapat , kadang-kadang tidak Adakalanya hendak mendapat seperti yang dia mahu Tapi dapat kurang daripadanya, dia redha Dia baik sangka dengan Tuhannya Masa depannya dia serahkan kepada Tuhan di dalam dia berusaha Dia boleh menerima apa sahaja ketentuan dari Tuhannya Kecuali kekufuran dia tidak redha

Kesenangan orang dia rasa senang, kesusahan orang dia derita Hasad dengkinya tidak ada Fahaman seperti yang disebut adalah makanan jiwa Ia dianggap zikir kepada Tuhannya

Siapa yang faham seperti yang diceritakan, dihayati, boleh diapply di dalam hidup Dia tidak akan ditimpa penyakit jiwa Inilah dia pertahanan diri dari terlibat dengan dadah dan segala gejala yang tidak sihat.

Ampun maaf



HATI MUKMIN TIDAK TENANG DENGAN TUHAN

Orang mukmin bagaimanalah hatinya hendak tenang dgn Tuhannya
Apa yg dilihat, apa yg dirasa
Apa sahaja yg dimakan dan minum
Apa saja yg didengar
Semuanya mengusik-ngusik jiwanya
Menyentuh perasaan dan hati nuraninya

Adakalanya kebesaran Tuhan dan keagungan-Nya yg dia rasa
Ada ketikanya sayu hatinya, dan sedih mengenang dosa
Waktu2 tertentu rasa gerun dan hebat dengan Tuhannya
Ada kala rasa malu dengan Penciptanya
Di waktu2 tertentu terlalu hina dirinya dia merasa

Begitulah seterusnya berbagai2 rasa hatinya
Yang silih berganti di dalam hidupnya

Bertukar yang dilihat
Bertukar apa yg disentuh, dan yang dimakan dan yg diminum
Bertukar pula perasaannya terhadap Tuhannya

Orang mukmin yg jiwanya sentiasa hidup
Kerana mengingat Tuhannya
Dunia dan nikmatnya tidak dapat melalaikannya
Keindahan hidup tidak mempesonanya

Bahkan nikmat dan keindahan hidup itu
Mengingatkannya terhadap Tuhannya
Begitulah hati dan jiwa mukmin
Setiap yg dilihat, dirasa, dimakan dan diminum
Dia merasakan ayat-ayat Tuhannya.

PERANAN TUHAN



Untuk mendapat iman sangat susah berbanding dengan menghafal. Iman sebenamya campuran di antara percaya dan yakin. Ramai orang percaya Zat Tuhan. Tidak ada orang yang tidak percaya. Bahkan orang kafir pun percaya wujudnya Tuhan. Orang Islam percaya tentang adanya zat yang Maha Agung tetapi itu tidak cukup. Kita hendaklah yakin. Orang tidak yakin kerana dua sebab iaitu; tidak belajar dan susah menerima sesuatu yang dipelajari.

Yang tidak diyakini itu bukan zat Tuhan tetapi tidak yakin dengan peranan Tuhan. Bila tidak yakin dengan peranan Tuhan boleh dilihat cara hidup seseorang itu. Tentu banyak cacat celanya terutama bila Tuhan uji kita. Bagi yang yakin dia akan bersyukur dengan ujian itu dan menganggap Allah hendak menghapuskan dosanya. Terasa Tuhan memberi ujian istimewa kepadanya.

Contoh lain, bersedekah dalam ajaran Islam, bukan sahaja diberi pahala bahkan hidupnya diberkati. Orang yang pemurah, walaupun tidak kaya, tetapi dia tidak akan papa sebab ada berkatnya. Sebagaimana Rasulullah yakin tentang berkat bersedekah. Ada seorang perempuan menjadi tetamunya. Baginda tahu lahir dan batin seseorang. Rasulullah beritahu isterinya supaya perempuan itu tidak tinggal di rumah Rasulullah kerana tidak ada berkat. Perempuan itu diminta meninggalkan rumah Rasulullah dengan dibekalkan sebiji tamar.

Dalam perjalanan, dia sedekahkan tamar itu kepada orang lain. Belum pun perempuan itu pergi jauh, Tuhan beritahu Rasulullah supaya dipanggil semula perempuan itu ke rumah Rasulullah kerana dia telah diberkati Tuhan. Ertinya Tuhan suruh orang bersedekah agar orang itu diberkati. Itu peranan Tuhan.

Ramai orang tahu tentang perkara ini tetapi dia hanya boleh bersedekah apabila disuruh, digesa atau waktu sesekali naik semangat setelah mendengar ceramah. Kita tahu memberi sedekah itu berkat tetapi kita seperti tidak yakin dengan peranan Tuhan memberi berkat kepada sedekah. Sebab itu dia tidak bersedekah. Tuhan memberi kekayaan kepada seseorang dengan tujuan supaya orang itu dapat membuat kebajikan. Orang yang belajar tahu tentang perkara ini tetapi bolehkah dilaksanakan?

Kekayaan seseorang itu hanyalah saluran. Tuhan menyuruh kita mengagih-agihkannya. Kekayaan tidak boleh dinikmati seorang diri. Peranan Tuhan, itulah yang kita tidak yakin. Zat-Nya kita yakin. Percaya dicampur yakin barulah dikatakan beriman.

Hendak yakin peranan Tuhan, itu yang payah. Tuhan berjanji di dalam Al Quran, barang siapa yang takut kepada-Nya, Allah beri rezeki dari sumber yang tidak diduga. Kita selalu ragu dengan janji Tuhan. Kalau berniaga pun kita ragu dengan bantuan Tuhan. Kalau kita berdakwah pun kita tidak yakin pertolongan Tuhan. Bila tidak yakin dengan Tuhan, datanglah sangka jahat dengan Tuhan.

Haram hukumnya bersangka jahat dengan manusia. Bersangka jahat dengan Tuhan lagilah besar dosanya kerana ia berkait dengan aqidah. Kalau seseorang itu kuat ibadahnya sekalipun tetapi bersangka jahat dengan Tuhan, ini amat berat.

Saiyidina Abu Bakar diangkat oleh Tuhan kerana keyakinannya yang kental di hatinya. Bukan kerana ibadah yang banyak atau pengorbanan yang hebat. ltulah kemuliaannya di sisi Tuhan. Kalau setakat percaya mudah tetapi hendak yakin payah.

Itu baru yang kecil-kecil tetapi kalau yang besar-besar, contohnya atas nama negara atau bangsa, bagaimana? Seorang Perdana Menteri mungkin tahu kalau dia membawa negara kepada taqwa, negara akan aman makmur. Kemudian dia berubah dengan tidak mengambil Islam tetapi berpaling kepada ideology seperti komunis, sosialism dan pragmatism. ltupun kerana dia ragu.

Sekarang ini, tidak ada negara umat Islam yang hebat yang mendapat perlindungan Tuhan. Semua ada masalah sedangkan semua sudah merdeka.




FAHAMILAH PERBUATAN TUHAN


JAGALAH perhubungan baik engkau dengan Tuhan
Agar Allah Taala berhubung baik dengan engkau
Sangka baiklah kepada Tuhan mengenai rezeki engkau
Tuhan adalah penjamin rezeki engkau
Bertawakallah kepada-Nya dan yakinlah kepada-Nya
hati engkau akan tenang

Beradablah kepada Tuhan kerana Dia lebih tahu
tentang keperluan-keperluan engkau
Ketentuan Tuhan ke atas diri engkau itu kecuali kekufuran,
ada mengandungi pelajaran
Redhalah menerimanya, walaupun engkau tidak faham,
lambat laun Allah akan memberi faham
Fahamilah perbuatan Tuhan ke atas diri engkau
Agar engkau tidak salah faham
Salah faham terhadap perbuatan Tuhan
akan merosakkan engkau

Sekali-sekala disakitkan-Nya engkau
mesti ada maksud yang tersembunyi oleh Tuhan
Adakalanya engkau dikayakan Tuhan ada tujuan
Di waktu-waktu tertentu engkau dimiskinkan oleh Tuhan
Mesti ada mengandungi pendidikan

Setiap kali Allah Taala ubah kehidupan engkau
Berhati-hatilah menerimanya
Jangan sampai salah terima
Engkau tidak beradab dengan Tuhan
Patutkah kita tidak beradab dengan Zat yang Maha Suci
Yang Maha Mengetahui Lagi Bijaksana
Daripada sebarang kesalahan dan kesilapan
Berhati-hatilah dengan Tuhan !
Jangan sampai kita tidak bersopan dengan-Nya

Ahad, 13 Mac 2011

HATI INSAN MUKMIN


Hati adalah alat bagi mengingat dan berzikir kepada Tuhan. Tempat untuk kita sedar dan insaf bahawa ALLAH itu wujud dan kita ini hamba dan ciptaanNya. Hati adalah tempat untuk merasa berTuhan. Untuk merasakan bahawa ALLAH itu Maha Berkuasa, Maha Agung, Maha Hebat dan Maha Kaya. Untuk merasakan ALLAH itu Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Untuk merasakan ALLAH itu Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan sebagainya.

Hati yang berzikir kepada Tuhan ialah hati yang merasa berTuhan iaitu yang merasakan segala sifat-sifat Tuhan yang Maha Sempurna. Hati yang merasa hebat, gerun dan takut pada ALLAH Hati yang rasa dilihat, diawasi dan dikawal oleh ALLAH.

Hati yang merasakan Tuhan ada peranan dalam hidupnya dan dalam pentaadbiran alam ini. hati yang merasakan bahawa tidak ada sesuatu pun yang terlepas dari pengetahuan dan penguasaan Tuhan.

Hati yang merasa bersyukur di atas segala nikmat Tuhan. Yang merasa perlu kepada Tuhan dan yang merasakan bahawa akhirnya nanti kesemua ciptaan ini akan kembali kepada Tuhan.

Rasa-rasa seperti ini pasti ada kesan pada hati. Apakah kesannya?

Ada yang berkata berzikir dan merasa berTuhan ini akan menenangkan jiwa. Mereka merujuk kepada ayat Al Quran yang bermaksud Dalam satu ayat, Allah menyebut,

maksudnya:
“Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.”

Memberi faham kepada kita, bila kita ingat dan terhubung dengan Allah, hati kita akan tenang.

Namun, dalam ayat lain, Allah menceritakan bahawa:
“Orang Mukmin itu bila disebut nama Allah, gementar hati mereka”.

Pada kedua-dua ayat itu berlaku apa yang dikatakan sebagai “zikrullah”. Atau dalam ertikata lain, ada terhubung dengan Tuhan. Tetapi, walaupun kedua-duanya berlaku zikrullah, satu ayat sebut hati menjadi tenang dan satu ayat lagi sebut hati menjadi gementar. Bagaimana boleh menjadi begitu?

Apakah bila kita dengan Allah, adakala hati menjadi tenang dan adakalanya hati menjadi gementar?

Jawapannya begini:
Bukan maksud hati orang mukmin itu berubah-ubah bila terhubung dengan Tuhan. Hati mereka sebenarnya mempunyai dua keadaan pada masa yang sama. Iaitu berkeadaan tenang dan juga berkeadaan gementar.

Yang dikatakan tenang itu ialah tenang dengan dunia. Atau lebih terperinci lagi tenang menghadapi perkara-perkara dunia yang melalaikan. Atau dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan hati daripada Tuhan.

Lebih tepat lagi, maksudnya di sini, hati mereka tenang daripada dipengaruhi cinta dunia. Cinta dunia adalah ibu segala kejahatan. Dari cinta dunia, timbul berbagai kejahatan lain seperti riyak, ujub, hasad dengki, bakhil dan pemarah. Dari cinta dunia, orang menjadi lalai dan melupakan Tuhan. Sehingga mereka sanggup meninggalkan suruhan Tuhan termasuk sembahyang.
Tenang dari perkara dunia juga membawa pengertian bahawa hati mereka itu tidak tergugat dengan ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan cercaan manusia. Malah semua itu menjadi hiburan apabila hati sudah kuat terhubung dengan Tuhan serta memahami maksud ujian Tuhan tersebut.

Yang dikatakan gementar pula, ialah bila hati terhubung dengan Tuhan, timbul rasa takut dan cemas dengan Tuhan. Takut dengan Tuhan inilah yang membuatkan hati gementar. Mana tidaknya, orang mukmin itu sentiasa merasa berdosa. Rasa berdosa inilah yang membuatkan mereka takut sangat dengan Tuhan. Takut Tuhan murka. Takut taubat tidak diterima Tuhan. Takut Tuhan hukum di dunia lagi. Takut Tuhan hukum di Akhirat dengan mencampakkan ke Neraka.

Rasa takut dan cemas inilah yang datang. Lebih-lebih lagi orang mukmin itu hatinya sentiasa mencintai Tuhan. Ketakutan bagi orang bercinta ialah putus cinta atau cinta tak berbalas. Itulah sebabnya hati orang mukmin menjadi gementar dengan Tuhan. Gementar itu membuatkan hati mereka sentiasa berkata-kata:
“Maafkan aku, Tuhan”
“Jangan tinggalkan aku, Tuhan”
“Aku banyak dosa Tuhan”

Begitulah hati orang mukmin yang sudah menghayati Tuhan. Hati mereka tidak tenang dengan Tuhan sebaliknya sentiasa bergelombang atau bergelora. Hanya sanya mereka itu tenang dalam menghadapi cabaran dan ujian perkara-perkara dunia.

Begitulah sepatutnya rasa-rasa hati kita apabila zikrullah. Ada tenang dan gementar. Tenang dengan dunia dan hal-hal dunia tetapi gementar dengan Tuhan. lagi kuat gementar dan bergeloranya hati seseorang dengan Tuhan , maka lagi tenang hatinya dengan dunia. Tenang dengan dunia itu rahmat. Gementar dengan Tuhan itu juga rahmat. Kedua-dua itu ada kemanisannya.

Sebaliknya gementar dengan dunia itu azab. Itu tanda kita diperhamba oleh dunia. Sudahkah hati kita menjadi seperti itu?

MENDAPAT HATI YANG TENANG


Sebelum ini, telah disebutkan kepada kita bahawa dengan zikrullah itu hati kita akan tenang dengan perkara-perkara dunia. Ia membawa maksud selagi hati kita dapat terhubung dengan Tuhan, nescaya diri kita tidak dapat dipengaruhi dengan perkara-perkara dunia yang melalaikan serta menyusahkan. Begitulah yang kita diberitahu. Namun, bagaimana boleh dihubungkan kedua-duanya iaitu dengan zikrullah, boleh kita dapat ketenangan dunia?

Bagaimana zikrullah itu boleh menenggelamkan rasa bimbang, risau, cemas dan takut kita kepada perkara dunia?

Mana tidaknya, sakit, miskin, hilang jawatan, dimaki atau dicerca orang, dan berbagai lagi musibah dunia, bukankah ia menyusahkan?

Bukankah itu menggugat hati sehingga datang bimbang, cemas dan takut?

Oleh itu marilah kita perhatikan hubungkait antara keduanya agar benar-benar kita faham bagaimana zikrullah boleh menjadi penawar kepada kesusahan dunia. Di sini, zikrullah itu membawa pengertian mengingati Allah dalam ertikata yang hati itu dapat menghayati sifat-sifat dan peranan Tuhan.

Dibawakan contoh,
katakan seorang itu miskin. Dia selalu kesempitan wang. Dia nak makan pun susah. Nak belanja-belanja keluarga pun susah. Tapi, oleh kerana hatinya sudah menghayati Tuhan, dia dapat merasakan Tuhan Maha Pemberi Rezeki. Pada Tuhan, dia bertawakal. Dengan bersandarkan pada sifat Tuhan Maha Pemberi Rezeki, dia jadi yakin. Dia jadi orang yang boleh tenang menghadapi kemiskinan. Dia tahu rezeki Tuhan itu luas dan Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya.

“InsyaAllah, Tuhan ada, Dialah yang Maha memberi rezeki”,
kata hati kecilnya. Dia berusaha juga tapi dia tidak bergantung pada usahanya. Bagi dia rezeki Tuhan ada di mana-mana dan sudah ditetapkan bahagian untuk orang sepertinya.

Contoh lain, seorang itu jatuh sakit. Sakit itu menyusahkan. Boleh jadi tidak tenang dengan sakit apatah lagi makan minum serta tidur selalu terganggu. Malah kerja harian juga terganggu dan di waktu tertentu hendak bersembahyang pun terganggu juga.

Namun, seorang yang berzikrullah, dapat merasakan Tuhan yang memberi sakit dan Dialah yang menyembuhkan. Rasa itulah yang memberi penawar kepada kesusahan sakitnya selama ini. Dia jadi tenang atas kerana yakin Tuhan yang memberi sakit dan Tuhan jugalah yang akan menyembuhkan. Sudah pasti keyakinan itu menjadikan dia faham maksud Tuhan memberi sakit kepadanya. Sudah pasti juga dia faham bahawa kalau Tuhan kehendaki, bila-bila masa Tuhan boleh sembuhkan.

Tinggal lagi yang menjadi soal bukan tempoh lama atau sekejap masa sakit, atau soal ringan atau berat ujian sakit. Soalnya adalah sejauh mana kuat hubungannya dengan Tuhan sehingga sakit itu boleh menjadi hiburan kepadanya. Sakit bukan sakit lagi tetapi dirasakan sebagai hiburan dari Tuhan kepada hambanya.

Yang paling besar juga, kesusahan dalam miskin dan sakit itu boleh dihadapi dengan tenang kerana dia sudah merasa dirinya itu dimiliki Tuhan. Inilah sebahagian daripada zikrullah.
Rasa dimiliki Tuhan ini membuatkan seseorang itu menyerah hati dan dirinya kepada Tuhan. Dia merasakan Tuhan boleh buat apa sahaja terhadap dirinya kerana dia adalah milik Tuhan. Sebagai hamba Tuhan yang dimiliki Tuhan, terpulanglah kepada Tuhan nak sakitkan, nak miskinkan atau nak susah-susahkan hidupnya di dunia. Berhak bagi Tuhan berbuat begitu.

Hatinya boleh berkata,
“tidak sekali-kali bagi seorang hamba boleh menolak apa sahaja ketentuan dari Tuhannya.” Berbahagialah orang yang boleh merasakan sedemikian. Di situlah datangnya ketenangan kepada orang seperti itu. Asasnya adalah zikrullah tadi.

Begitulah kisahnya, jika seseorang sudah dapat menghayati sifat Tuhan. Hatinya akan sentiasa dalam ketenangan bilamana menghadapi perkara-perkara dunia yang melalaikan serta menyusahkan. Hatinya tidak cacat atau terpengaruh dengan dunia tersebut disebabkan kuat rasa-rasa hatinya dengan Tuhan. Banyak lagi contoh yang boleh disebutkan di sini tetapi cukuplah dengan dua contoh di atas untuk panduan kita bersama. Sekian.

Moga-moga tulisan ini memberikan kita sedikit panduan cara untuk mengendalikan hati kita bila bersama Tuhan. Sekian.

Pengertian Zikir



Bismillahir rahmanir rahim

zikir yang paling besar adalah baca Al Quran, di dalamnya macam-macam kita jumpa kesempurnaan Tuhan.Oleh itu kalau kita baca Al Quran kena beradab, wudhu sudah tentulah, maksud beradab ini adalah

1.Faham makna
2.Kita hayati
3.Apa saja disebut, dia kena ada tindak balas dari kita

Sebenarnya kita baca Al Quran itu, kita bercakap dengan Tuhan. Jadi kalau kita faham makna, hayati, faham maksud berhadapan dengan Al Quran, kita betul-betul bercakap elok-elok dengan Tuhan, tak seronok ke? Jadi asyik masyuk.

Memanglah baca Al Quran macam-macam kita jumpa, macam mana kita berdialog dengan Tuhan?

Contoh: Seperti kita jumpa ayat, Wallahu ghafururrahim Tuhan Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Apa kita punya respons?.... dalam hati kita cakap...ya Allah ampunilah aku, Tuhan yang maha Pengampun.

Baca lagi Innafikhalqisamawati...itu tanda kebesaran Tuhan, jadi macam mana ada lalai. Segala yang dibaca dicetak di kepala dan roh kita.

Misalnya ada ayat Innallaha ma'almukhsinin...Tuhan itu bersama orang yang baik.Kalau orang tak faham bahasa Arab dia tafsirkan' jadikan aku orang-orang yang baik.

Kalau orang yang faham bahasa Arab, bila dia jumpa ayat 'Sesungguhnya Aku suka orang yang bertaqwa, kita jawab ya Allah jadikan aku orang yang bertaqwa.Kita jadi asyik.

Bila cerita tentang neraka, kita jawab ya Allah jauhkan aku dari neraka, aku berlindung denganMu dari neraka ,wahai Tuhan. Waktu itu rasa kecut, takut.

Begitulah adab-adab baca Al Quran. Jadi kalau baca Al Quran itu kita berdialog dengan Tuhan. Bukan saja kita berzikir tapi berdialog, tak indah ke? Dia boleh mencetak akal dan roh kita.

Tetapi selama ini kita baca Al Quran tak di ajar untuk dapatkan rasa-rasa begitu. Kalau fasih, baca nak laju sahaja.Menyebut pun tak rasa, melafaz tak ingat, itu bukan zikir. Padahal baca Al Quran itu berzikir, ingat Tuhan.

Kalau lafaz dah tak ingat, itu terpulang pada Tuhan nak bagi pahala ke tidak. Sebab bukan begitu adab baca Al Quran, sebenarnya dia tak baca. Baca Al Quran sepatutnya bukan fikir nak khatam, tetapi dapat faham, dapat hayati dan dapat memberi tindak balas kepada setiap ayat yang dibaca. Amalan membaca Al Quran sebulan Ramadhan bukan nak khatam dijadikan matlamat...kalau dapat satu juz tetapi betul-betul dihayati itu yang lebih baik.

Jadi kalau ikut jaga tata tertib membaca Al Quran atau zikir, ia sangat mencetak akal dan roh kita. Sebab itu dikatakan 'mengingati Tuhan itu menenangkan hati', ertinya dia tenang dengan dunia, sakit di dunia tak terasa sakit, nikmat dunia macam tak nampak, masa depan dunia sudah tak fikir. Waktu itu dia fikir Akhirat, pasal dicetak oleh zikir baca Al Quran. Itu yang dimaksudkan tenang.

Ada orang yang bertanya,
''Quran ada kata zikir itu menenangkan hati, saya berzikir tapi tak tenang.''

Sebenarnya dia tak berzikir, bukan zikir. Dia melafaz tapi tak sedar. Macam mana nak tenang hati tak diproses?

Boleh cakap Alhamdulillah tapi dok ingatkan untung ke perniagaan ini, ini zikrullah ke zikir duit ? Mulut zikir sampai tapi hatinya tak ingat Tuhan. Berzikir dok geleng-geleng tapi fikir kalau perniagaan tak untung tak dapat gaji bulan ini. Dia sudah kurang ajar dengan Tuhan.

Kalau kita nak cakap dengan raja tersalah cakap. Waktu kita sedang cakap kebesaran raja, cantik istana tuanku, hebat nampaknya, tiba-tiba kita pergi depan raja kita cakap saya ada kebun, ada kereta...bukannya ingat Tuhan tapi kurang ajar dengan Tuhan. Rupanya kita berzikir bukan ingat Tuhan malah kurang ajar dengan Tuhan. Sebab itu Rasulullah SAW ada menyebut yang ramai orang yang membaca Al Quran tetapi Al Quran itu pula melaknatnya. Tak takut ke ?

Di dalam Al Quran juga disebut sembahyang itu zikir yang paling besar macam baca Al Quran sebab sembahyang itu lengkap, syumul, macam-macam boleh jumpa, semua dibuat dalam sembahyang. Dari zikir yang besar ini macam-macam yang berhubungan dengan Tuhan kita jumpa dalam sembahyang. Ini kalau kita hayati macam mana nak lalai, sudah tentu tak lalai. Tapi kalau tak dihayati jadi lalailah.

Ampun maaf