Khamis, 6 Jun 2013

PERINGKAT-PERINGKAT ILMU ULAMA MUJTAHID




peringkat ilmu ulama yang ada dalam Islam

DALAM Islam, ilmu dipandang begitu tinggi dan penting.Kerana ilmulah yang akan membuka segala rahsia dunia dan Akhirat. Dan yang paling tinggi nilainya ialah ilmu yang boleh membuatkan manusia kenal Tuhan Penciptanya, tahu bagaimana berhubung dan menerima titah perintah dan larangan-Nya. Kemudian barulah ilmu tentang  tugas sebagai khalifah Tuhan di bumi,untuk mentadbir dunia ini mengikut undang-undang ALLAH. Agar dunia mencapai tamadun insan dan material yang tinggi, indah dan mulia.

Anjuran menuntut ilmu terlalu banyak sama ada oleh AlQuran mahupun Hadis.Pujian terhadap orang berilmu juga begitu tinggi. Sehingga manusia disuruh belajar sampai ke liang lahad, sampai ke Negeri China. Dan ilmu yang ALLAH bukakan untuk manusia melalui Quran dan Hadis itu bagaikan lautan luasnya siapa yang mencedok dan menggali tidak akan jumpa penghujungnya.

Maka untuk mentaati kehendak ALLAH, berlumba-lumbalah umat Islam mencari dan memburu ilmu. Hingga mereka mencapai tahap ilmu yang begitu tinggi, yakni  membolehkan mereka menjadi mujtahid, iaitu orang yang mampu berijtihad dalam segala bidang.

Sepanjang sejarah umat Islam, kita lihat ada peringkat-peringkat mujtahid yang berbagai, yang dicapai oleh masing-masing mereka dalam perlumbaan mendapat ilmu ini.

Saya akan menyenaraikan peringkat-peringkat mujtahid yang ada dalam Islam. Mereka itu merupakan ulama pakar di bidang feqah. Yakni yang mampu berijtihad di bidang hukum-hakam atau syariat. Tapi tidak di dalam soal aqidah.


Kerana bidang aqidah tidak boleh diijtihad dan diikhtilafkan.

Siapa yang menganut aqidah yang keluar dari aqidah asal, yakni Ahlil Sunnah Wal Jamaah (aqidah Nabi dan para Sahabat), maka ia jadi kafir atau membuat bid’ah berdasarkan sabda baginda:

Demi diriku Muhammad di tanganNya,akan berpecah umatku kepada 73 puak. Satu puak masuk Syurga dan72 puak bakinya masuk Neraka.

Siapa (yang masuk Syurga) wahai Rasulullah?

Sabdanya:
Iaitulah AhlusSunnahWalJamaah.

(Riwayat At Tabrani)

Ertinya ikhtilaf atau perbezaan umat dalam soal aqidah tidak dibenarkan.

Tapi dalam soal hukum-hakam atau furu’iyah yang menjadi panduan kehidupan lahiriah dan duniawi manusia, Islam membuka pintu ijtihad. Bahkan digalakkan berijtihad bagi mereka yang mampu, hinggakan kalaupun ijtihad itu salah, diberi satu pahala.Sebab Islam bukan menyusahkan kehidupan tetapi menyelamatkan dan memudahkan, selagi di atasjalan yang benar. (Bukan ambil mudah menurut nafsu dan syaitan).

Rasulullah SAW bersabda:
Perselisihan pendapat di kalangan umatku itu satu rahmat.
(Riwayat Al Baihaqi)

Ertinya dengan berijtihad itu masing-masingakan dapat laluan mudah untuk kehidupan masing-masing.Sedangkan tanpa berijtihad, hal yang mudah bagi seseorang mungkin susah bagi seorang yang lain.

Maka dalam bidang feqah, lahirlah ulama-ulama besar feqah, yang masing-masing mempunyai ijtihad yang tersendiri dalam soal hukum-hakam yang ada dalam Islam itu. Mereka ini lahir selepas Rasul dan Sahabat sudah tidak ada. Warisan yang tinggal Cuma Al Quran dan Hadis.

Kitab-kitab yang menghurai secara detail tentang bagaimana perlaksanaan hukum yang dimaksudkan oleh Al Quran dan Hadis pun belum ada.Jadi mereka mesti cuba memahami sendiri Al Quran dan Hadis tanpa melihat praktikalnya.

Lalu berijtihadlah mereka tentang ayat-ayat hukum dari AlQuran dan Hadis berdasarkan ilmu, akal, hati, pengalaman hidup mereka dan ilham dari ALLAH SWT.

Masing-masing mempunyai tafsiran yang berbeza dengan yang lain.Sebab itu lahir banyak mazhab feqah. Sepanjang sejarah lahirlah lima

kategori mujtahid dan ulama di kalangan umat Islam. Mereka ialah:

1. Mujtahid Mutlak
2. Mujtahid Mazhab
3. Mujtahid Fatwa
4. Mujtahid Tarjih
5. Ulama Muqallidin



1. MUJTAHID MUTLAK

Inilah peringkat ulama yang paling alim yakni paling tinggi dan hebat ilmunya dalam sejarah Islam. Keupayaan luar biasa yang ALLAH berikan pada mereka ialah dapat memahami, mentafsir dan mengeluarkan hukum-hakam (istinbat) dari AlQuran dan Hadis secara langsung tanpa bersandar dengan mana-mana ulama dan tanpa merujuk pada mana-mana kitab. Memang pada awalnya mereka juga belajar ilmu tentang Al Quran dan Hadis. Tapi dalam mengistinbat hukum dari ayat-ayat tentang hukum, mereka ada ijtihad tersendiri dan masing-masing. Mereka mampu mengeluarkan hukum sedangkan hal itu tidak terbuat oleh kebanyakan ulama. Mereka ini ibarat pakar-pakar carigali yang dapat menemukan dan mengeluarkan emas-emas dari perut bumi tanpa bersandar pada sesiapa atau tanpa membeli dengan sesiapa. 

Boleh dikatakan mereka adalah tauke lombong emas. Fikiran dan ilmu mereka begitu tajam dan tinggi dalam memahami semua maksud ALLAH melalui firman-firman-Nya dan Hadis-Hadis Nabi (di bidang hukum) yang terlalu tinggi dan luas itu. Kemudian hasil penyelidikan itu ditulis kan dan ada yang kekal sampai ke hari ini.

Kebanyakan ulama besar ini hidup di zaman salafussoleh (yakni sekitar 300 tahun sesudah Rasulullah). Bilangan mereka tidak ramai. Sepanjang sejarah cuma ada sebelas orang sahaja.

Antaranya:

Imam Hanafi,
Imam Syafi’i,
Imam Malik,
Imam Ahmad Hambal,
Imam Auza’i,
Imam Sofian As Sauri,
Imam Daud Zohiri,
Ibnu U’yaynah,
dan Imam Ath Thabari.

Mereka inilah yang terkenal sebagai imam-imam mazhab. Kerana ilmu mereka melalui kitab-kitab karangan mereka itu diambil sebagai ikutan oleh orang lain. Yakni orang-orang yang tidak mampu menggali sendiri ilmu ALLAH itu. Maka diikutlah salah seorang dari ulama besar tadi. Sepatutnya ada sebelas mazhab berdasarkan sebelas ulama yang boleh berdiri sendiri ini.

Rasulullah membenarkan ini dengan sabdanya:
Perselisihan pendapat di kalangan umatku itu satu rahmat.
(Riwayat Al Baihaqi)

Perbezaan dalam soal-soal hukum-hakam, feqah atau syariat, Islam membenarkan. Tetapi tidak dalam soal-soal aqidah dan tauhid.

Tapi sayang dari sebelas orang itu, Cuma tinggal empat orang yang masyhur dan diikuti sebagai imam mazhab. Sebab kitab mereka masih ada untuk rujukan dan panduan pengikut. Sedangkan kitab-kitab karangan imam-imam yang lain itu semuanya sudah lenyap terutamanya dimusnahkan oleh tentera Mongol yang menyerang Baghdad. Jadi yang tinggal cuma empat orang sahaja.

Di antara kitab-kitab mereka ialah:

a. Kitab Al Wasit oleh Imam Hanafi.
b. Kitab AZ Muwuththo’ oleh Imam Malik.
c. Kitab Al Uum oleh Imam Syafi’i.
d. Sunan lmam Ahmad oleh Imam Hambali.

Dengan adanya kitab-kitab yang mereka tinggalkan, maka anak murid dan pengikut-pengikutnya dapat mengembangkan ilmu dan kaedah untuk generasi di belakang, hingga ke zaman kita ini.Pengikut ajaran Imam Hanafi disebut bermazhab Hanafi. Pengikut Imam Malik disebut bermazhab Maliki. Pengikut Imam Syafi’i disebut bermazhab Syafi’i, dan pengikut Imam Ahmad Ibnu Hamball disebut bermazhab Hambali.

Perbezaan mazhab ini cumalah dalam soal-soal furuk (cabang), bukan dalam soal pokok (aqidah).Dan ini dibenarkan sedangkan perbezaan aqidah itu terlarang sama sekali.

Rasulullah bersabda:
Demi diriku Muhammad di tanganNya akan berpecah umatku kepada 73 puak. Satu puak masuk Syurga dan 72 puak bakinya masuk Neraka.

Siapa (yang masuk Syurga) wahai Rusulallah ?
Sabdanya: Itulah Ahlus Sunnuh WalJamaah.
(Riwayat At Tabrani)

Aqidah yang dibenarkan Cuma aqidah Ahli Sunnah WalJamaah. Sebab itu keempat-empat Imam Mazhab menganut aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tanpa kitab yang ditinggalkan kepada murid-murid,maka tidak bersambunglah satu-satu ajaran itu.

Sedangkan sesudah mereka itu tidak ada lagi orang yang mampu memahami keseluruhan maksud yang tersurat dan tersirat ayat-ayat Al Quran dan Hadis yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para Sahabat.



2. MUJTAHID MAZHAB

Golongan para ilmuan dari kategori ini,tidak lagi mampu mengambil terus ilmu dari Al Quran dan  Hadis. Ertinya mereka tidak boleh berijtihad langsung tentang maksud-maksud ALLAH dan Rasul.

Jadi untuk memahami Al Quran dan Hadis, mereka merujuk dan belajar dari guru-guru yang bertaraf Mujtahid Mutlak tadi. Yakni mereka mengkaji apa kata Imam-Imam Mazhab itu terhadap mana-mana ayat AlQuran atau Hadis. Mereka kaji apa kata Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafi’i dan Imam Hambali.

Hasil kajian itu mereka huraikan pula dalam kitab-kitab mereka. Mereka bagai kan tauke-tauke emas yang mengambil emas yang sudah digali untuk diproses dan dipasarkan.

Sedangkan Mujtahid Mutlak tadi ialah tauke lombong yang mengeluarkan emas dari perut bumi. Kerja pertama adalah sulit, manakala yang kedua pun masih sulit juga. Sebab bukan senang juga untuk memahami kitab-kitab besar dari empat ulama besar itu.

Sebab itu mujtahid yang boleh faham keempat-empat mazhab dan mengembangkan kepada orang kemudian tidaklah ramai.

Di antara mereka ialah:

a. Imam Abu Yusof (Mazhab Hanafi)
b. Imam Muhammad bin Hassan (Mazhab Hanafi)
c. Imam Abu Saur (Mazhab Syafi’i)
d. Imam Ar Rabi’ Sulaiman (Mazhab Syafi’i)
e. Imam Abu Ibrahim IsmailAl Muzani (Mazhab Syafi’i)



3. MUJTAHID FATWA

Ulama peringkat ini pula bukan saja tidak mampu memahami sendiri secara luas dan tersirat tentang Al Quran dan Hadis, bahkan tentang keempat-empat mazhab pun tidak tercapai oleh ilmu pengetahuannya. Ulama ini Cuma mendalami salah satu mazhab dan mampu berijtihad menurut imam mazhab yang dianutinya. Dengan kata lain mereka ini Cuma mampu untuk berfatwa di atas ajaran mana-mana satu mazhab yang empat itu. Namun peringkat ilmu ini pun sudah payah hendak dicapai oleh mana-ulama zaman ini. Yakni mengikut satu-satu mazhab dengan mempunyai dalil yang jelas diambil dari imam mazhabnya.

Antara contoh mereka adalah:

a. Imam Ath Thahawy (Mazhab Hanafi)
b. Imam Al Ghazali (Mazhab Syafi’i)



4. MUJTAHID TARJIH (MUJTAHID MENILAI)

Ulama ini kebolehannya ialah mentahqiqkan atau menentukan dalil dari tiap-tiap Imam Mazhab terhadap sesuatu hukum. Dari sana, dinilailah dalil mana yang kuat dan mana yang lemah. Ulama ini tidak mendalami satu-satu mazhab sedalam-dalamnya. Tapi bidangnya Cuma mengkaji pendapat imam-imani mazhab tentang dalil mengenai beberapa hal atau hukum-hakam. Kemudian ditentukan imam mana yang lebih kuat hujahnya.

Biasanya dan sepatutnya ulama ini juga menganut mana-mana satu mazhab kerana mereka sendiri tidak mampu membuat mazhab baru. Ilmu mereka bukan bertaraf mujtahid mutlak.Jadi tentu mereka malu untuk menolak mana-mana mazhab kerana katanya mazhab itu lemah, sedangkan hakikatnya ilmu mereka sendiri jauh lebih rendah dari ilmu imam-imam mazhab.

Ibarat seorang lulusan SPM mahu menolak ilmu seorang profesor dengan alasan hujah profesor itu lemah. Apa pendapat anda?

Ada pula mereka yang berpendapat,

kita tidak mahu terikat dengan satu-satu mazhab tapi mahu mengambil semua mazhab. Yakni dalam keadaan mazhab itu mempunyai hujah yang paling kuat dalam satu-satu perkara itu.

Maksudnya,

kalau dalam hukum A, Mazhab Hanafi lebih kuat maka mereka menganut ajaran Hanafi.Tetapi dalam hukum B, Syafi’i lebih kuat hujahnya, diambillah dari Mazhab Syafi’I dan begitulah seterusnya yang lain-lainnya. Mereka mahu gabungkan hujah-hujah dari imam-imam mazhab untuk mencipta mazhab baru.

Teori ini memang menarik.
Tapi mana dia ulama yang mampu melakukannya ?

Sedangkan semua Mujtahid Mazhab itu pun tidak melakukan yang sedemikian itu. Walhal merekalah orang yang paling tahu tentang empat-empat mazhab.

Mereka lihat ada empat buah rumah yang sudah sempurna. Cuma tiap-tiap satu ada lebih kurangnya. Mereka Cuma pilih salah satu yang mereka minati.

Mereka tidak pula berusaha membuat rumah kelima (konon dengan alasan tiap-tiap rumah yang empat itu ada kurangnya).Sebab mereka bukan tukang buat rumah. Cuma kebolehan mereka menilai-nilai dan mengkaji-kaji rumah yang sudah siap itu.

Kalaulah dibuat rumah kelima, sedangkan mereka bukan tukangnya, gambarkan apa hasilnya ?

Antara contoh-contoh mereka adalah:

a. Imam Ar Rafi’
b. Imam An Nawawi
c. Imam Ibnu Hajar


ULAMA MUQALLIDIN




Ulama peringkat ini tidak disebut mujtahid kerana mereka tidak lagi pakar dalam mana-mana satu bidang ilmu. Pengetahuan Islam mereka adalah secara umum, sama ada dalam semua bidang atau satu bidang sahaja. Mereka tidak lagi mampu memberi hujah-hujah dan  dalil terhadap mazhab anutan mereka. Tidak juga boleh menilai dan menapis hujah-hujah yang berbangkit. Pendek kata, kalau hitam kata guru, hitam kata mereka. Putih kata guru, putihlah kata mereka.

Hujah dan dalil tidak ada.Sebab itu mereka dikategorikan sebagai ulama muqallidin atau ulama taqlid. Mereka menganut satu-satu mazhab dengan bertaqlid semata-mata.

Inilah golongan yang teramai sekali. Yang banyak dalam masyarakat biasanya ulama taqlid apalagi di akhir zaman ini. Lulusan dari universiti Islam pun masih bertaraf taqlid pegangannya pada sesuatu mazhab. Para profesor dengan PhD pun demikian juga. Apa lagilah kalau lulusan universiti sekular yang ilmu agama dikaji secara part-time iaitu tidak tersampai untuk keluar dari taqlid.

Tapi agak pelik,

di zaman inilah kedengaran suara-suara lantang menolak mazhab, menolak tareqat dan hal-hal yang bersangkutan. Bukan saja dari ulama Islam, ‘ulama’ sekular juga turut bersuara. Sedangkan ulama -ulama mujtahid pun tidak seberani itu dalam perkara-perkara tersebut.

Mengapa ini terjadi ?

Agaknya itulah akibat dari tidak cukup ilmu. Seseorang biasanya menilai sesuatu mengikut pengetahuannya. Sesuatu yang di luar pengetahuannya akan ditolak.

Sesuai dengan pepatah Arab ada berkata:
Seseorang itu menjadi musuh dengan apa yang ia tidak tahu.

Perlu diingatkan bahawa di dalam Islam tidak semua orang boleh menjadi mujtahid. Bahkan para ulama pun, sama ada ulama rasmi atau bukan, ada degri ataupun tidak, bukan semuanya layak berijtihad.

Tidak seperti mana yang kadang-kadang kita dengar orang berkata di akhir zaman ini, kononnya setiap orang boleh berijtihad terus dari Al Quran dan Hadis.Kerana di dalam ajaran Islam, untuk menjadi mujtahid itu, sama ada ada degri atau tidak, tidak menjadi syarat. Berjawatan rasmi ataupun tidak, juga tidak menjadi syarat.

Untuk menjadi mujtahid, ada syarat-syaratnya yang tersendiri. Sepertimana yang akan saya senaraikan di bawah ini. Bila seseorang itu mempunyai syarat-syarat yang cukup maka barulah dia diberi dua pahala, kalau ijtihadnya betul. Kalau tersalah ijtihadnya, tetap diberi satu pahala.

Tetapi jika seseorang itu tidak mempunyai syarat-syarat untuk berijtihad kemudian ia cuba juga berijtihad sama ada betul atau salah ijtihadnya, tetap ia berdosa.

Selain itu setiap orang yang hendak berijtihad tidak semestinya ia hafal semua Al Quran atau hafal semua Hadis. Tetapi cukuplah ia mengetahui ayat-ayat ahkam yang ada didalam Al Quran, yang menurut ulama hanya ada 500 ayat semuanya. Dan cukuplah ia mengetahui Hadis-Hadis mengenai hukum. Setelah ia mengetahui ayat-ayat Al Quran dan Hadis-Hadis yang berkaitan dengan hukum tadi,kemudian dapat pula mengistinbadkan hukum-hukum daripada ayat-ayat dan Hadis itu melalui kaedah ilmu nahu, ilmu saraf, ilmu balaghah serta faham tentang asbabun nuzul dan asbabul wurud dan lain-lain lagi ilmu yang didiperlukan, maka layaklah seseorang itu menjadi mujtahid.

Untuk menjelaskan lagi hal ini,di bawah ini disenaraikan
syarat-syarat untuk seseorang itu menjadi mujtahid, iaitu:

1. Beragama Islam.
2. Tahu ilmu nahu dan ilmu saraf (ilmu bahasa Arab).
3. Tahu ilmu balaghah (sastera Arab).
4. Tahu tentang asbabun nuzul.
5. Tahu tentang asbabul wurud.
6. Tahu tentang nasikh dan mansukh.
7. Bersifat adil (warak),atau dengan lain perkataan bersifat taqwa.
8. Mengetahui masalah-masalah yang diijmakkan oleh ulama-ulama yang terdahulu.
9. Memahami keseluruhan maksud ayat-ayat ahkam.
10. Mengetahui tentang makna ayat Quran dari segi khas dan amnya (mujmal dan mubaiyan).
11. Mengetahui Sunnah Nabi dari segi mujmal dan mubaiyan.
12. Mengetahui qias dan cara-caranya.
13. Mengetahui usul fiqh.
14. Mempunyai fahaman yang sahih sehingga ia dapat membezakan di antara pendapat yang sahih dan yang salah.
15. Mengetahui tentang Hadis yang sahih, mana yang maudhu’ (palsu), mana yang kuat dan mana yang lemah.

Berdasarkan syarat-syarat yang disebutkan di atas, tidak semua orang mempunyai kelayakan untuk berijtihad mengenai hukum-hakam. Kalau dilakukan juga oleh seseorang itu sedangkan ia tidak layak, ia akan sesat lagi menyesatkan.

Bagaimanapun hal-hal selain dari hukum-hakam,

setiap orang boleh ijtihadkan seperti tentang kaedah (metod) perjuangan, strategi perjuangan, cara mempersembahkan kuliah dan ceramah, cara berhadapan dengan masyarakat, cara membangunkan jemaah,  cara menarik manusia kepada Islam, cara mendidik manusia dan lain-lain lagi.

Hal yang selain hukum-hakam ini, semua orang dibenarkan berijtihad,

kerana ia hanya menyentuh cara dan teknik semata-mata. Kalau pandai berijtihad, bijak pula ia melaksanakannya, besarlah hasil yang ia dapat. Atau lebih Berjaya dalam perjuangannya. Di samping itu ia dapat pahala, kalau ia berbuat kerana ALLAH. Kalau berlaku sebaliknya iaitu salah berijtihad dan salah caranya, maka ia tidak dapat hasil apa-apa. Atau kurang hasilnya. Atau boleh jadi gagal terus di dalam perjuangannya.

Tetapi selagi niatnya baik dan tidak melanggar hukum syariat, tetap ia diberi pahala kecuali niatnya tidak betul dan menyalahi syariat, maka barulah ia jatuh kepada dosa.

Demikianlah perbincangan peringkat ilmu ulama yang ada dalam Islam.

Moga-moga dapatlah kita ukur di mana kita ini.Dan supaya kita
berhati-hati bila bercakap tentang sesuatu yang bukan bidang kita.

Selasa, 4 Jun 2013

Di kawasan padang yang tidak ada Helang disitu belalang kunyit pun boleh berkata akulah si sang helang pt1



SEKITAR RAKAMAN AL-KULLIYYAH: ANTARA ADAB DAN BIADAP
Oleh: Dr Asmadi Mohamed Naim


Malam tadi (19 November 2009), saya mengikuti sesi rakaman rancangan Al-Kuliyyah (TV3) di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sesi kali ini agak menarik, dengan tajuk “1 Akidah” rancangan kali ini menampilkan

Al-Fadhil Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady,
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan
Dr. Fauzi Deraman.

Perbincangan yang bertajuk “1 Akidah” ternyata banyak berkisar sekitar persoalan tentang adab, tentang perbezaan pendapat. Itupun,tidak sepenuhnya perbincangan itu bersifat ilmiah. Apa yang pasti, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Dr. Fauzi Deraman mengecewakan. Sikap dan kata-kata mereka ternyata menggambarkan suatu kebiadaban;

apa yang diistilahkan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady sebagai fenomena “kebiadaban intelektual”.

Perbezaan pendapat adalah suatu lumrah yang tidak mungkin boleh dielakkan. Justeru, menurut Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, dalam ajaran Islam telahpun disiapkan panduan dan pedoman untuk menangani perbezaan pendapat tersebut. Sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala di dalam kitab suci Al-Qur’an, kita hendaklah mengikuti jalan orang-orang yang beriman (sabiilil-mu’minin);

yakni, kita hendaklah patuh kepada ijma’ ‘ulama – kesepakatan majoriti ‘ulama.

Beliau menghuraikan, ini maksudnya kita hendaklah taat kepada ajaran Islam arus perdana. Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady memetik di dalam kitab Fathul Bari yang menyatakan bahawa imam-imam yang muktabar di dalam Ahli Sunnah wal Jamaah adalah perlu ditaati sama ada dari segi aqidah, syariat mahupun akhlak.

Jika adapun perbezaan pendapat, maka hal itu haruslah ditangani secara cermat dan dengan penuh adab.

Apa yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady tersebut ternyata merupakan satu panduan yang penting kerana apa yang sedang berlaku di dalam negara ini pada hari ini adalah sikap segelintir “kaum muda” (Salafi, Wahabi, gerakan Tajdid, atau apa sahaja namanya) yang cuba melawan ‘arus perdana’.

Amalan dan pegangan umat Islam di negara ini, yang merupakan amalan dan pegangan arus perdana yang telah disusun hasil kesepakatan para ‘ulama, cuba dicabar tanpa kita memahami apakah maksud sebenar di sebaliknya. Kelihatannya, hanyalah kerana mereka itu inginkan publisiti dan ingin menjadi jaguh yang dikenali di dalam masyarakat.

Apakah ada keperluan amalan membaca doa qunut yang telah lama diamalkan oleh masyarakat negara ini dilawan?
Apakah ada keperluan amalan membuat majlis tahlil arwah diharamkan?
Apakah ada keperluan Selawat Syifa’ yang sangat masyhur di kalangan masyarakat negara ini dikatakan amalan yang salah?

Itu semua adalah amalan yang datangnya melalui ajaran arus perdana di negara ini, yang semuanya ada dalil dan nas yang menyebabkan para ‘ulama mengajar amalan-amalan tersebut.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (MAZA) kemudian menyebut tentang sikap majoriti para imam mazhab, yang menyuruh agar ditinggalkan pendapatnya apabila ada dalil yang sahih yang bercanggah dengan pendapatnya. Hal itu, menurutnya, menjadi bukti betapa para imam menghormati dalil dan nas. Dr. MAZA juga menyebut bahawa adalah penting untuk menghormati pandangan para ‘ulama muktabar; apa yang diistilahkan di dalam usul fiqh sebagai ijma’ ‘ulama.

Dr. MAZA juga menyentuh tentang masalah fanatik mazhab. Sehinggakan, katanya, hanya kerana berbeza pandangan seseorang itu boleh dihukum sesat, biadap dan sebagainya.

Hal ini telahpun disanggah dengan mudahnya oleh Al-Fadhil Ustaz Yusri Mohd. melalui soalan beliau kepada Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady.

Kata-kata para imam mazhab bahawa
“apabila bertemu dalil yang sahih hendaklah ditinggalkan pendapatku” adalah kata-kata khusus yang ditujukan kepada para ‘ulama jua, dan bukannya kepada orang awam seperti kita semua.

Kata-kata tersebut ditujukan khusus kepada para ‘ulama yang berkapasiti untuk membuat ijtihad. Mana mungkin masyarakat awam, ataupun sesiapa sahaja yang mempelajari ilmu agama tetapi tidak sampai ke tahap mujtahid, untuk membuat ijtihad sendiri apabila bertemu sahaja hadith sahih (atau yang dikatakan sahih) di dalam kitab-kitab mahupun buku-buku.

Apakah ada jaminan interpretasi mereka terhadap maksud hadith itu betul ?

Apakah mereka faham benar konteks kegunaan hadith tersebut?
Harus diingat bahawa hadith itu datangnya dengan konteks yang tertentu. Kerana itu kita banyak bertemu hadith-hadith yang kelihatannya seperti bercanggah antara satu sama lain, tetapi sebenarnya tidak kerana konteksnya berbeza.

Cukup menghairankan apabila Dr. MAZA menekankan tentang perlunya kita patuh kepada ijma’ ‘ulama, tetapi dia sendiri menentang aliran arus perdana (yang merupakan hasil ijma’ ‘ulama) di negara ini; seperti contoh, dia mempertikaikan dan memperlekeh majlis maulid, memperlekeh al-Fadhil Syeikh Jaafar al-Barzanji (bacaan Maulid Barzanji – disebut ‘berzanji’ oleh orang Melayu – telah lama diamalkan di negara ini), dan sebagainya yang mana semuanya adalah perkara-perkara yang dipersetujui oleh para ‘ulama.

Jika adapun pandangan berbeza, maka itu adalah perbezaan pendapat yang tidak wajar dan tidak patut dijadikan polemik di dalam masyarakat! Hormatilah apa yang telah disusun oleh para ‘ulama terdahulu untuk kesejahteraan umat Islam di negara ini!

Pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Dr. Fauzi Deraman kemudiannya menyatakan bahawa semua orang, termasuk para ‘ulama, adalah tertakluk kepada ayat Al-Qur’an yang menyatakan bahawa kita semua tidak dikurniakan pengetahuan melainkan sedikit. Justeru, Al-Qur’an juga mengajarkan kita agar

“bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui”.

Menurutnya, setiap orang ada bidang kepakaran masing-masing dan bidang tersebut harus dihormati.

Tentang fenomena masa kini di mana semakin ramai orang awam yang turut melibatkan diri dalam perbincangan terbuka tentang hal-hal agama yang sebenarnya bukan bidang mereka,

Dr. Fauzi Deraman menyatakan bahawa orang awam tidaklah wajar disalahkan sepenuhnya kerana orang awam mengikuti ‘mentor’ mereka. Maka, apa yang penting adalah orang awam harus dididik dan diberikan panduan yang betul. Apa yang dikatakan oleh Dr. Fauzi Deraman ternyata benar.

Namun, apa yang berlaku pada hari ini adalah orang sudah tidak menghormati autoriti. Dalam hal agama sebagai contoh, semakin ramai orang sudah tidak lagi menghormati autoriti kerana terpengaruh dengan sikap segelintir orang muda yang kononnya berilmu, mungkin kerana memiliki Ph.D. lalu memakai gelaran ‘Doktor’ di hadapan namanya, yang dengan sewenang-wenangnya mempersoal dan mempertikaikan pendapat para ‘ulama sedangkan mereka bukanlah orang yang layak untuk melakukan hal yang sedemikian.

Ada juga di kalangan para ilmuan sombong ini yang mengatakan diri mereka, ataupun mengatakan ‘ulama ikutan mereka, sebagai pakar hadith dan memakai gelar ‘Al-Muhaddith’ sedangkan antara syarat untuk seseorang itu digelar ‘Al-Muhaddith’ adalah ia haruslah menghafal 100,000 hadith! Itu belum termasuk syarat mempunyai dan menghafal sanad hadith. 

Sedangkan golongan ‘ulama sombong ini menolak amalan pemberian ijazah hadith; maka mana mungkin mereka menjadi pakar hadith!

Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady memberikan satu peringatan yang ringkas tetapi penuh makna; bahawa setiap urusan itu haruslah diserahkan kepada ahlinya. Peringatan daripada Allah Subhanahu wa ta’ala agar kita merujuk kepada ahlinya dan tidak memandai-mandai. Justeru, dalam soal memberikan pandangan, sepertimana yang dipraktikkan oleh para salafussoleh,

hendaknya para ulama itu berbincang di dalam wacana “para ulama” untuk mendapatkan kesepakatan – dengan mengambil kira semua faktor – sebelum akhirnya keputusan itu disalurkan kepada orang ramai.

Apa yang berlaku pada hari ini adalah kita terpengaruh dengan wacana ala pasca-modenisme, yang menganggap semua wacana adalah sama – atas nama ‘kebebasan bersuara’.

Penekanan yang diberikan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady ini, walaupun ringkas, tetapi adalah sangat fundamental. Apa yang disebutkan adalah tentang hal adab. Hal ini demikian kerana tidak semua orang mempunyai kelayakan untuk membincangkan semua perkara.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajian ‘aqidah, berkaitan dengan fiqh dan akhlak, yang sudah tentu akan ditemukan banyak perbezaan pendapat tentangnya, adalah perkara-perkara yang tidak wajar, tidak patut dan tidak perlu untuk dibincangkan di dalam wacana terbuka di tengah-tengah masyarakat yang rata-ratanya tidak berkeahlian dalam hal ilmu Islam.

Justeru, di situlah peranan para ‘ulama untuk menyusun dan menyepakati apakah kaedah, pendekatan, amalan, dan sebagainya yang patut diketengahkan kepada masyarakat. Itulah yang dilakukan oleh para imam mazhab dan para mujtahidin. Mereka meneliti dalil dan menyusun amalan-amalan dalam agama agar mudah diikuti oleh orang awam; agar tidak perlu lagi orang awam melalui proses penelitian dalil kerana tidak semua orang berkapasiti untuk memahami dengan benar dalil Al-Qur’an dan Al-Hadith, apatah lagi untuk mencapai tahap mujtahid!

Tindakan membawa wacana yang berkaitan dengan penentuan asas-asas serta amalan-amalan dalam agama ke tengah kancah masyarakat, hanyalah akan menyebabkan berlaku kecelaruan kerana masyarakat akan mula keliru,

dan lebih teruk lagi sudah mula muncul di tengah-tengah masyarakat golongan muda (khususnya) yang dengan beraninya berwacana menggunakan nama-nama ‘ulama seperti Imam Syafie, Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dan sebagainya, sedangkan mereka hanyalah ‘berguru’ dengan Internet ataupun dengan membaca sendiri buku-buku para ‘ulama tersebut. Jika adapun guru tempat merujuk, hanyalah seorang atau dua orang guru-guru yang tidak mempunyai susur galur ilmu yang mantap. Hal ini berlaku kerana melihatkan wacana-wacana yang semakin banyak dibincangkan secara terbuka, sehingga mereka merasakan bahawa sesiapa sahaja layak untuk membincangkan persoalan agama.

Bagaimanapun, Dr. MAZA seolah-olah gagal memahami apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady. Dia memetik hadith yang menyatakan bahawa Allah akan membangkitkan seorang ‘mujaddid’ (pembaharu urusan agama) pada setiap 100 tahun. Dia menyentuh tentang bagaimana urusan membaharui urusan agama ini telah dilakukan oleh semua mujaddid, biarpun ditentang hebat. Dia menyebut cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Imam Ahmad, Imam Syafie dan sebagainya dalam menyatakan kebenaran.

Saya tertanya-tanya, apakah dia mahu menyamakan dirinya dengan Imam Ahmad dan Imam Syafie ?

Dia menyebut contoh-contoh itu sebagai menyatakan bahawa dirinya juga perlu melakukan ‘tajdid’ (membaharui urusan agama) biarpun sukar diterima.

Namun, sekali lagi, perlu diperhatikan siapakah Imam Ahmad dan siapakah Imam Syafie ? Mereka adalah orang yang diberikan pembukaan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, sehingga mempunyai keluasan ilmu yang hebat. Sekiranya salah seorang daripada mereka masih hidup pada hari ini, maka tidaklah keterlaluan jika dikatakan adalah wajib bagi seluruh umat Islam di dunia ini mematuhinya sebagai rujukan utama masa kini!

Siapalah Dr. MAZA jika hendak dibandingkan dengan Imam Syafie, Imam Ahmad ?

Juga, harus diperhatikan apakah yang diperjuangkan oleh imam-imam besar itu sama seperti apa yang diperjuangkan oleh Dr. MAZA ? Imam Syafie dan Imam Ahmad berjuang untuk membetulkan ‘aqidah umat Islam (diulangi: ‘aqidah), kerana tanpa ‘aqidah yang betul boleh jatuh kufur seseorang itu. Sedangkan di negara ini kita sudah mempunyai suatu susunan amalan dan pegangan yang betul, tidak perlu lagi dipertikaikan!

Dr. MAZA kemudiannya menyatakan, sebagai membantah pandangan Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, bahawa sekiranya dia perlu berbincang dahulu sebelum menyampaikan pandangannya, maka tidak akan berlakulah “sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat”.

Saya dan rakan-rakan di pentas penonton hanya mampu menepuk dahi dek kerana lemahnya hujah yang digunakan oleh dia. Hadith tersebut bukan untuk hal tajdid! Jika hadith tersebut adalah berkaitan dengan hal tajdid, maka mudah sangatlah proses tajdid itu dan tidak perlulah dibangkitkan seorang mujaddid kerana sesiapa sahaja boleh melakukannya!

Juga, apa yang dimaksudkan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady agar diadakan perbincangan di peringkat para ‘ulama terlebih dahulu bukanlah maksudnya agar jangan dilakukan dakwah!

Maksud beliau adalah supaya perkara-perkara khilaf, perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar, dengan pendekatan dan sebagainya, dibincangkan secara ilmiah terlebih dahulu di kalangan para ‘ulama, agar para ‘ulama yang berkeahlian itu dapat memutuskan apakah dia yang paling sesuai untuk disalurkan kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat tidak berkeahlian untuk menentukan bagi diri mereka sendiri apakah yang patut atau tidak, apa yang benar atau tidak.

Nah, bukankah di dalam wacana para ‘ulama itu masih ada peluang untuk ‘menyampaikan daripada Rasulullah walaupun sepotong ayat’. Keluarkanlah apa sahaja dalil dan nas yang diketahui di dalam wacana para ‘ulama kerana memang sifat wacana itu ilmiah. Mengapa harus dibawa kepada masyarakat?

Adakah kerana ingin dikenali, ingin dilihat sebagai jaguh ?
Jika benar ingin manfaat dan faedah bagi masyarakat, bukankah pandangan dan usaha ijma’ ‘ulama itu lebih kukuh dan lebih baik daripada usaha beberapa kerat individu ?

Logik ini terlalu mudah, hanya mereka yang tertutup minda dan hatinya sahaja yang akan gagal memahaminya.

Dr. Fauzi Deraman pula menyatakan bahawa perselisihan (dalam hal dasar agama) tidak berlaku di zaman Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, kerana ada kaitannya dengan metodologi pada zaman itu. Saya mungkin boleh bersetuju dengan kenyataan itu kerana memang ada kebenarannya.

Namun, sebab utama mengapa tidak berlakunya perselisihan pada zaman tersebut adalah semata-mata kerana baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam! Baginda adalah ikutan ulung para sahabat, baginda adalah contoh, baginda adalah rujukan utama! Para sahabat patuh dan taat kepada baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam tanpa soal:

ini dinamakan taqlid ! Benar, dalam Islam ada kebenaran untuk taqlid, bagi orang yang tidak mampu berijtihad seperti kita semua!

Jika ada yang ingin menyanggah dengan mengatakan bahawa bertaqlid dengan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam sahaja yang boleh, maka ketahuilah bahawa Rasulullah telah mengiktiraf generasi salafussoleh, para Khulafa’ Ar-Rasyidiin dan Ahlul Bait sebagai kelompok yang harus kita ikuti dan contohi.

Namun, saya ternyata tidak bersetuju dengan kenyataan Dr. Fauzi Deraman yang menyatakan bahawa para sahabat tidaklah belajar banyak sangat tentang ‘aqidah. Kenyataan itu ternyata adalah suatu kenyataan yang sangat biadap!

Para sahabat adalah mereka yang paling ‘arif tentang ‘aqidah! Kenyataan dia seolah-olah menggambarkan bahawa umat Islam yang terkemudian lebih maju dalam hal pengajian ‘aqidah! Memang benar bahawa para sahabat tidaklah mempunyai sistem pengajian yang canggih (baca: berkecamuk) sepertimana apa yang kita ada pada hari ini.

Tetapi harus difahami bahawa para sahabat adalah mereka yang paling mantap ‘aqidah mereka, dan menjadi rujukan kita semua sehingga ke hari ini!

Para sahabat adalah contoh kita dalam hal ‘aqidah. Bukankah dalam pembelajaran ‘aqidah pada hari ini pun kita memetik contoh-contoh daripada kisah sahabat ?

Penyusunan sistem bagi kita mempelajari dan memahami ‘aqidah yang benar seperti yang dilakukan oleh Al-Imam Abu Hassan Al-Asy’ari adalah juga bersumberkan kepada para sahabat, yang sudah tentunya datangnya pula daripada Sayyiduna Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam.

Jika dikatakan para sahabat tidak banyak belajar ‘aqidah, adalah tidak benar sama sekali kerana para sahabat berada bersama Rasulullah, dan mereka mempelajari keseluruhan isi kandungan kitab suci Al-Qur’an secara langsung daripada baginda Rasulullah!
Mereka Para sahabat mempelajari ‘aqidah daripada dua sumber utamanya:

Al-Qur’an dan Rasulullah!
Mana mungkin mereka tidak banyak belajar ‘aqidah!

Justeru itulah Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady mengingatkan semua tentang niat. Menurut beliau, niat itu adalah penting kerana setiap amalan itu nilaiannya bergantung kepada niat. Niat yang tidak betul akan merosakkan amalan; sepertimana solat menjadi rosak, sedekah menjadi sia-sia jika niatnya adalah untuk membangga dan menonjolkan diri. Hal ini, menurut Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, adalah sesuatu perkara yang sangat asas dan sangat penting tetapi ramai orang terlupa, termasuk sesetengah orang yang berilmu. Dalam melakukan pembaikan, teguran dan sebagainya kita haruslah ikhlas kerana mencari redha Allah Subhanahu wa ta’ala. Justeru, apa yang penting adalah kita menghormati orang lain, kita menghormati ‘ulil amri’. Jika ingin melakukan teguran, hendaklah dilakukan dengan cara baik dan cara berhikmah, bukannya dengan cara terus memaparkan kritikan itu di dada akhbar sehingga boleh mengakibatkan malu dan keresahan. Inilah adab namanya! Hal ini demikian kerana, jika benar kita ikhlas ingin menegur dan membuat pembaharuan maka sudah tentu boleh sahaja teguran itu disalurkan terus kepada pihak berwajib – kepada para pemerintah, kepada para ‘ulama – tanpa perlu melalui media massa. Kerana yang diinginkan adalah menyampaikan teguran dengan cara baik, bukan mencari populariti!

Mungkin disebabkan terasa dengan teguran ‘pedas’ Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Dr. MAZA naik suara sedikit. Dia menyatakan bahawa adalah tidak patut jika seseorang itu berbeza pendapat dengan orang lain, maka orang lain itu terus dituduh sebagai sesat, Wahabi dan sebagainya. 

Saya bersetuju dengan pandangan Dr. MAZA. Namun, ternyata di situ tersisip suatu keangkuhan dan cubaan untuk memutarbelitkan apa yang sebenarnya berlaku di negara ini. Harus difahami bahawa pertuduhan “sesat”, “Wahabi” dan sebagainya yang dilontarkan kepada individu-individu tertentu bukanlah dibuat secara semberono! Ya, mungkin sahaja ada di kalangan masyarakat awam di negara ini yang agak ‘emosional’ dan dengan mudahnya melabel orang dengan label yang pelbagai. Namun, di peringkat para ‘ulama dan intelektual, menghukum seseorang itu sebagai “sesat”, atau sebagai berfahaman “Wahabi” adalah sesuatu yang dibuat secara ilmiah.

Apabila telah jelas dan telah zahir seseorang itu sesat, apakah mungkin kita mendiamkan diri dan tidak menyatakannya?

Apakah hanya kerana semata-mata ingin meraikan ‘perbezaan pandangan’, maka kita tidak boleh menyatakan kesesatan seseorang itu apabila telah zahir kesesatannya ?

Jika begitu, tarik balik sahaja pertuduhan kita terhadap Haji Kahar (Rasul Melayu). Fahaman dan aliran pemikiran yang “sesat” dan “Wahabi” itu telah lama dijelaskan dan dihadirkan dalil-dalil serta bukti bagi menyokong pertuduhan tersebut; hanya sahaja, mungkin segelintir pihak tidak mahu menerima hujah dan dalil-dalil yang dikemukakan.

Dr. Fauzi Deraman kemudiannya menekankan bahawa daripada segi sumber, tidak ada perselisihan kerana kita semua mengakui bahawa kita hanya ada dua sumber (dalam hal ‘aqidah, syariat mahupun akhlak) yakni Allah dan Rasul. Dr. Fauzi menyatakan bahawa kita tidak ada sumber-sumber yang lain selain daripada Allah dan Rasul. Hal tersebut sememangnya benar, bahawa tidak ada sumber yang lebih utama dalam agama selain daripada Allah dan Rasul.
Namun, mungkin perlu dijelaskan lagi bahawa di dalam usul fiqh, melalui peruntukan di dalam nas-nas Al-Qur’an dan Al-Hadith, Ijma’ ‘Ulama juga diterima sebagai sumber – selepas Al-Qur’an dan Al-Hadith. Kegagalan mengiktiraf ijma’ ‘ulama sebagai sumber akan menyebabkan seseorang itu terjerumus ke dalam lembah kebiadaban ilmu.

Memang benar sumber utama dalam Islam hanya dua, yakni Al-Qur’an dan Al-Hadith. Tetapi,

siapakah yang akan menyampaikan kita kepada kefahaman yang benar tentang keduanya ?

Oleh sebab itulah, setelah Rasulullah berpesan para peringkat awalnya agar umat baginda berpegang kepada Al-Qur’an dan Al-Hadith, maka Rasulullah berpesan pula kepada kita menjelang penghujung kehidupan baginda di dunia ini supaya kita

berpegang kepada sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidiin dan sunnah Ahlul Bait.

Hal ini demikian kerana mereka adalah kelompok yang paling ‘arif tentang Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. 

Oleh sebab itulah, setelah berlalunya zaman Rasulullah,

para sahabat merujuk kepada orang yang paling hampir dengan Rasulullah dalam usaha untuk memahami Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Para tabi’in merujuk kepada para sahabat dalam usaha untuk memahami Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Para tabi’ tabi’in pula merujuk kepada para tabi’in dalam usaha yang sama.

Dan begitulah seterusnya berlaku, sehingga kita pada hari ini merujuk kepada para ‘ulama, guru-guru kita, masyayikh kita yang mursyid dan murabbi, dalam usaha kita untuk memahami Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Inilah dikatakan adab ! 

Bukannya dengan cara menolak pandangan para ‘ulama tradisi dan kemudian menelaah sendiri Al-Qur’an dan Al-Hadith –

kerana siapa kita untuk memahami Al-Qur’an dan Al-Hadith ? 

Kita hidup dalam zaman yang penuh dengan dosa dan maksiat, mana mungkin Allah mengurniakan kepada kita ‘ilmu dan kefahaman yang sama sepertimana yang dikurniakan kepada generasi terdahulu – kerana kita tidak layak!

Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady kemudiannya merumuskan perbincangan pada sesi rakaman Al-Kuliyyah itu dengan menasihatkan semua agar kembali kepada kerangka Ahli Sunnah wal Jamaah – aliran arus perdana yang dijamin kebenarannya oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Baginda Rasulullah telah menjamin untuk kita bahawa kerangka kebenaran (al-Haq) itu akan sentiasa ada di dalam agama ini, justeru itulah dia aliran arus perdana yang dibawa dan didokong oleh para ‘ulama secara berantaian daripada dahulu sehingga kini. Oleh sebab itulah di sisi pada ‘ulama,

salah satu tradisi penting yang perlu dikekalkan bagi memastikan keberkatan dan kesahihan ilmu adalah tradisi pengajian secara bersanad. Kita haruslah mempunyai rantaian ilmu dengan guru kita, guru kepada guru kita, guru kepada guru kepada guru kita, dan begitulah seterusnya sehingga sampai kepada Al-Mu’allim Sayyiduna Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam.

Selesai sahaja sesi rakaman itu sesi soal jawab dibuka kepada penonton yang hadir. Ada beberapa soalan dilontarkan kepada ketiga-tiga panel. Pada sesi ini semakin terzahir kebiadaban beberapa orang ahli panel dan para penonton yang menyokong mereka. Dalam usaha untuk menjustifikasikan betapa perlunya usaha ‘tajdid’ yang sedang dia lakukan, dalam erti kata memecahkan pegangan kepada mazhab syafi’e dan menjadi ‘lebih terbuka’,
Dr. MAZA mengambil beberapa contoh kelemahan pandangan di dalam mazhab syafi’e sambil menyatakan bagaimana sikap Imam Syafi’e sendiri serta sikap ‘ulama terdahulu yang begitu terbuka. Dr. MAZA memperli sikap ‘golongan agamawan’ serta ‘pihak berkuasa agama’, khususnya kerana sikap tertutup mereka dan kerana tindakan yang dikenakan ke atasnya oleh JAIS. Bukankah seharusnya sudah jelas, begitu ramai orang yang menentangnya bukanlah kerana dengki dan bukanlah kerana semata-mata tidak suka kepada perbezaan pandangan; tetapi, kerana aliran pemikiran yang dibawa oleh Dr. MAZA adalah berbahaya kepada kesejahteraan umat Islam di negara ini. Sikap Dr. MAZA yang memperlekeh ‘golongan agama’, mencabar ‘autoriti agama’ secara terbuka begitu, sambil disambut dengan tepukan tangan oleh sebilangan penonton, ternyata menampakkan keangkuhan dan ketiadaan adab.

Apatah lagi apabila disambung pula oleh Dr. Fauzi Deraman yang mengikut rentak Dr. MAZA. Dr. Fauzi memperlekeh-lekeh pandangan dalam mazhab syafi’e (dalam kes ini berkaitan haji) yang katanya menyusahkan, sambil disambut dengan senyum dan gelak ketawa Dr. MAZA dan sebilangan para penonton. Kami hanya mampu terdiam melihat.

Namun, ternyata jika Allah ingin menzahirkan kebenaran maka tidak ada apa yang akan dapat menghalangnya. Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady menutup dengan suatu teguran yang langsung kepada para panelis dan penonton. Bergenang air mata tatkala Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady menyatakan kesayuan beliau melihat orang ramai bergelak-ketawa tatkala kisah para ‘ulama diceritakan dan pandangan mereka dilekeh-lekehkan. Begitu sayu beliau melihat orang ramai – termasuk para panelis – menganggap lekeh apa yang dibincangkan, sehingga boleh dijadikan bahan gelak ketawa. Ke mana perginya adab?

Sungguh, persoalan adab ini adalah persoalan yang sangat penting. Ramai oleh boleh bercakap tentang adab, tetapi tidak semua orang benar-benar boleh menjadi orang yang beradab. Sekadar mengulangi pesanan Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, bahawa ikutilah dan taatlah kepada aliran arus perdana Ahli Sunnah wal Jamaah. Taatlah kepada imam-imam Ahli Sunnah wal Jamaah. Bersikaplah dengan sikap yang betul; bercakaplah dengan bahasa dan ayat yang betul.

Di dalam Al-Qur’an, Allah Subhanahu wa ta’ala menyatakan bahawa sesiapa yang tidak beradab dengan Rasulullah – cukup sekadar meninggikan suara lebih tinggi daripada suara Rasulullah – maka akan terhapus segala pahala amalannya. Nah, para ‘ulama itu pewaris Rasulullah, mengapakah kita enggan beradab dengan mereka ?

Memang benar mereka bukan maksum, bukan sempurna, tetapi sedarlah bahawa kita semua jauh lagi tidak sempurna daripada mereka!

Semoga Allah mengurniakan Rahmat kepada seluruh para pejuang Ahli Sunnah wal Jamaah dan semoga Allah membuka pintu hati golongan berilmu yang sombong, serta para pengikut aliran pemikiran mereka.

Mohon maaf atas salah dan silap. Sekadar luahan rasa hasil ilham daripada Allah dan berkat sentuhan guru kita Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki. Saya hanyalah seorang insan yang sangat hina yang sedang berusaha menggapai cinta-Nya, dan cinta Baginda sallallahu ‘alayhi wasallam.

Wallahu’alam.




komen

Cahaya said...
tarikat ustaz uthman muhammady, tal 7, telah difatwakan sesat...
adakah ustaz telah taubat ?


Us Asmadi Mohamed Naim said... 
Sdr Cahaya,

Saya bukan ahli tareqat. Belum terbuka hati nak bertareqat. Mgkin kerana fobia melihat orang bertareqat waktu zaman remaja dulu.

Walaupun begitu, sy tak menegatifkn semua org yg bertareqat. Cuma berhati-hatilah dlm memilih tareqat/ mencari guru mursyid.

Mengenai taubat, insya allah, bertaubat amalan saya.

Mengenai fatwa sesat Tal 7, apa kandungan fatwa tu ye ?
Majlis Fatwa mana yang keluarkan?


Pondok Moden said... 
Cahaya Yang Menyelinap,

Saya tidak tahu Us Uthman Al-Muhammady mengamalkan tarikat apa, tetapi dalam negara kita tarikat-tarikat yang muktabar (seperti naqsyabandi, qadiri dll) juga difatwakan sesat TETAPI ia lebih menjurus kepada kesesatan inividu-individu tertentu yang menjadi 'kepala' bagi tarikat tersebut sebab sesetengahnya mendakwa bertariqat dengan tarikat naqsyabndiah tetapi amalan mereka jauh menyeleweng daripada apa yang dibawa oleh pengasas tariqat tersebut (Syaikh Bahaiudin An-Naqsyabandi)

kerana sesetengahnya mendakwa mereka tidak lagi terikat dengan hukum-hakam syariat sehingga kononnya diharuskan bagi mereka untuk meninggalkan solat fardu dan mereka juga kononnya dihalalkan untuk melakukan zina!. Jadi kemungkinan Dr Uthman (sebagai contoh sahaja)bertariqat dengan tariqat Ahmadiyah yang asli, tetapi saudara Cahaya melihat nama tarikat tersebut (yang diamalkan oleh individu lain secara menyeleweng)disenaraikan oleh Jakim sebagai antara ajaran sesat di Malaysia, lalu saudara menyangka beliau juga telah terjebak dalam ajaran sesat! Jadi lebih baik saudara pastikan adakah beliau menjadi pengikut kepada individu yang tariqatnya diisytihar sesat ATAU kebetulan nama tarikat sahaja yang sama. Harap saudara dapat selidik dan kemudian nyatakan hasil penyelidikan saudara itu dengan jujur dan ikhlas bukannya semata-mata kerana marahkan beliau yang mungkin tidak sealiran dengan saudara (kerana kemungkinan saudara pengikut wahabi, tajdid, kaum muda dsb)!


Us Asmadi Mohamed Naim said...
Sdr Pondok Moden,

Terima kasih di atas pencerahan sdr. Terima kasih juga kerana sdr berhujah secara rasional dan tidak emosi.

Insya Allah, sy akan publish komen semua pembaca (walau pandangan berbeza dgn pandangan saya, atau mengkritik hujah saya). Moga kita akan sentiasa dapat menjaga adab perbincangan.

Memang benar, tareqat banyak dikotori oleh 'kepala' yang memimpinnya. Hasilnya, tareqat dilumpuri dengan pelbagai tuduhan. Sebab itu, dalam kes fatwa sesat kepada tareqat, saya lebih suka membaca keseluruhan fatwa, kerana biasanya diterangkan 'kesalahan-kesalahan' tareqat tersebut yang berpunca dari pembawaan 'kepala' tersebut.

Saya tidak mahu 'gopoh' meletakkan kesemua tareqat dalam satu 'bakul', sebagaimana saya tidak meletakkan org2 yg mengajar tauhid 3 serangkai dalam satu 'bakul' (Baca artikel saya: Bahaya Taklid dalam tauhid).

Wallahu a'lam.


Anonymous said...
Assalamualaikum dr,

Ada sebuah buku yang boleh yang saya rasa boleh mencerahkan permasalahan ini. tajuknya ialah "الطرق الصوفية في ماليزيا" yang ditulis oleh saudara Sulaiman bin ibrahim bin umar albaruji, kemungkinan saya ianya adalah sebuah tesis. Malangnya saya hanya buat salinan fasal ketiga sahaja tentang " آثار التصوف و الطرق الصوفية في الدين و التقاليد الملايوية العامة" pada perkara tahlil, aurad selepas solat lima waktu dan barzanji. perbahasannya didalam bahasa arab.


thenone said...
salam..

Setahu sara Dr. Uthman El-Muhammadiy mengamalkan tariqhat Ahmadiah, beliau sempat berbaiah dengan alharhum Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal, sedia maklum Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal adalah mursyid Tarikat Ahmadiah pada zaman itu di Tanah Melayu kemudian dari pada Tuan Guru Said Linggi di negeri sembilan.

pada pendapat saya memandangkan Majlis Agama Islam Kelantan telah di pegang oleh mereka yang berfahaman Salafi, jadi tidak mustahil jika tarikat Ahmadiah yang diamalkan di pondok Tal 7 sebagai sesat, harus di ingatkan dikelantan bukan pondok Tal 7 sahaja yang mengamalkan Tarikat Ahmadiah, terdapat beberapa buah pondok lagi yang mengamalkan Tarikat Ahmadiah dan kebannyakan Guru pondok tersebut adalah anak-anak murid Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal, diantaranya Pondok Kg. Pek Machang dan Pondok Tunjun adalah antara pengamal Tarikat Ahmadiah yang sememangnya giat menentang fahaman Salafi apatah lagi mengenai soal aqidah.


thenone said... 
salam saudara pondok moden,

dari apa yg saya ketahui Dr. Uthman el-Muhammadi mengamalkan thariqat Ahmadiah, beliau menerima thariqat tersebut dari Almarhum Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal salah seorang tokoh Ulama tanah melayu yang terkenal yg telah mengarang sebuah kitab tauhid iaitu al-aqaid wal-fawaid atau lebih dikenali sebagai kitab hijau dibeberapa buah pondok disekitar negeri kelantan. Selain pondok tal 7 terdapat beberapa buah lagi pondok dikelantan yg mengamalkan thariqat ahmadiah seperti di bukit panau, kg. pek, dan di bukit abal sendiri, malah seingat saya tuan guru pondok tunjun(salah seorang murid tuan guru hj daud bukit abal) juga pengamal thariqat ahmadiah ini.

thariqat Ahmadiah adalah salah satu thariqat yg diakui oleh ulama2 dikelantan dan juga negeri sembilan(melalui almarhum tuan guru hj. said linggi) dan telah diamalkan sejak sekian lama sebelum almarhum tuan tabal menyebarkan thariqat ahmadiah di kelantan lagi.

setahu saya thariqat Ahmadiah yg difatwakan sebagai sesat tersebut bukanlah dari mereka yg menerima thariqat tersebut menerusi tuan guru hj daud bukit abal atau dari susurgalur tuan guru hj said linggi.

malahan doktrin dan amalan thariqat tersebut berbeza dan byk menyeleweng dari thariqat Ahmadiah yg asli.


Nota
Untuk Rujukan artikel lengkap sila rujuk

http://drasmadinet.blogspot.com/2009/11/sekitar-rakaman-al-kulliyyah-antara.html

utk video program tersebut link
http://drmaza.com/home/?p=834

artikel dr Dr Asmadi Mohamed Naim tdk bermakna beliau bersependapat dengan penulis blog harap maklum


Ahad, 2 Jun 2013

Taklid dan Ijtihad Dalam Mengamalkan al-Quran dan Sunnah Menurut Imam al-Sya‘rani



Oleh : Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni

Kata Imam Syeikh ‘Abd al-Wahhab al-Sya‘rani [w. 973H] dalam kitabLawaqih al-Anwar (لواقح الأنوار القدسية في العهود المحمدية):

“Telah termetri ke atas kita perjanjian am daripada Rasulullah SAW supaya kita tidak mengamal agama dengan melakukan sesuatu bidaah yang dikeji yang tidak disaksikan oleh zahir al-Quran mahupun sunnah. Dan supaya kita menjauhi beramal dengan segala pendapat yang tidak jelas kepada kita keselarasannya dengan al-Quran dan sunnah, kecuali jika ia telah diijmakkan.

Orang yang ingin beramal dengan perjanjian ini perlu kepada keluasan ilmu dalam mengenal hadis-hadis dan juga athar-athar, serta perlu mencakupi kesemua dalil mazhab-mazhab yang telah pupus mahupun yang sedia diamalkan, hinggakan hampir-hampir tidak terluput dari pengetahuannya daripada dalil-dalil tersebut melainkan hanya sedikit sahaja. Mudah-mudahan ia dapat keluar dari bertaklid di dalam kebanyakan hukum-hakam.

Adapun orang yang tidak sampai ke peringkat tersebut, maka wajib baginya bertaklid kepada satu mazhab tertentu, jika tidak ia akan terjerumus ke dalam kesesatan.

Sayyidi ‘Ali al-Khawwas (رحمه الله تعالى) merupakan seorang yang tahu melalui jalan kasyaf, akan setiap masalah mempunyai dalilnya daripada kata-kata syarak. Kata beliau:

 “Seorang lelaki di sisi kami tidak akan mencapai makam sempurna sehinggalah ia mengetahui secara yakin mana yang merupakan kalam syarak, mana yang merupakan kalam sahabat, mana yang daripada qiyas, dan mana yang merupakan pendapat yang terkeluar dari keselarasannya dengan apa yang telah kami sebutkan tadi”.

Kata Sayyidi ‘Ali al-Khawwas lagi:

“Orang yang ingin terikat dalam beramal dengan al-Quran dan sunnah serta menjauhi beramal dengan pendapat akal perlu kepada keluasan ilmu dalam bidang ilmu tatabahasa Arab, ilmu ma‘ani dan bayan. Dan ia perlu juga kepada keluasan ilmu dalam bahasa kaum Arab sehingga ia dapat mengetahui kedudukan cara-cara beristinbat, serta mengetahui kata-kata orang Arab, majaz dan isti‘arahnya. Juga ia mengetahui dalil-dalil mana yang boleh menerima takwil dan mana yang tidak boleh menerimanya”.

Kata Imam al-Sya‘rani lagi:

 “Allah Taala telah menganugerahkan kepadaku kemampuan menelaah dalil-dalil mazhab imam yang empat dan juga mazhab-mazhab lain. Dan aku tahu sandaran pendapat-pendapat mereka di dalam kesemua bab-bab fiqh.

Tiada satu pendapat pun daripada pendapat-pendapat mereka melainkan aku lihat ianya bersandar kepada dalil, sama ada kepada ayat al-Quran, hadis, athar, ataupun qiyas yang sahih di atas asal yang sahih. Mazhab-mazhab imam yang empat itu,

dengan segala pujian bagi Allah, sekarang di sisiku menjadi seolah-olah telah ditenun daripada syariat yang suci murni, dari segi panjang dan lebarnya, sebagaimana mengetahui demikian sesiapa yang telah menelaah kitabku: (مختصر السنن الكبرى للإمام البيهقي).

Setiap orang yang tidak menelaah dalil mazhab-mazhab sebagaimana yang telah kami sebutkan tadi, maka ia tidak akan tahu membezakan masalah-masalah pendapat akal daripada nas. Boleh jadi ia akan terjerumus kepada akidah-akidah yang sesat dan beramal dengan mazhab-mazhab yang batil, melainkan jika ia benar-benar terikat dengan satu mazhab yang muktabar.


Imam Abu Qasim al-Junaid (رحمه الله) berkata:

“Seseorang lelaki tidak akan sempurna di sisi kami pada jalan Allah ‘azza wajalla sehinggalah ia menjadi imam di dalam bidang fiqh, hadis dan tasawuf, serta mentahkikkan ilmu-ilmu ini kepada ahlinya”.

Maka ketahuilah, bahawa tidak sewajarnya sesiapa yang mendakwa berilmu dengan syariat itu hanya sekadar memadai dengan apa yang difahami olehnya daripada syariat tersebut tanpa berguru, sepertimana yang telah terjadi kepada sesetengah ahli zaman kita ini. Di mana beliau hanya dengan semata-mata sudah memahami terus menyibukkan diri dengan menulis dan mengarang serta meninggalkan berguru kepada alim ulama. Akhirnya, jadilah ia berada di satu pihak dan para alim ulama berada di satu pihak yang lain. Dan jauhlah ia dari mengenal pendapat yang rajih di sisi alim ulama di zamannya, di mana pendapat mereka semua menyalahi pendapatnya. Lalu tiada seorang pun yang mengambil manfaat dari ilmunya. Sekiranya ia bersabar dalam berguru kepada syeikh-syeikh sehingga mereka mengizinkannya berfatwa dan mengajar, nescaya mereka semua akan memuji dirinya, dan manusia pula akan bertumpu kepadanya selepas ketiadaan syeikh-syeikhnya nanti. Maka ketahuilah yang demikian itu”.

Kata Imam al-Sya‘rani lagi:

 “Aku dengar syeikh kami, Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari (رحمه الله) [w. 926H] berkata:

Begitu jarang sekali terhimpun pada diri seseorang dalam sesuatu zaman itu ilmu fiqh, hadis dan tasawuf. Kata beliau lagi: Tidak sampai kepada kami berita bahawa ia ada terhimpun pada diri seseorang selepas al-Tibi, pengarang kitab (حاشية الكشاف) [w. 743H], sehinggalah ke waktu kita ini. Dan barangsiapa yang terhimpun padanya ketiga-tiga ilmu ini, maka dialah yang layak digelar sebagai Syeikh Ahlis Sunnah wal Jamaah di zamannya, dan sesiapa yang tidak menggelarkannya demikian, maka ia telah menzaliminya”.

*Catatan:

Meskipun Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari tidak melihat ulama yang menguasai kombinasi fiqh, hadis dan tasawuf di zamannya, namun ada beberapa orang di zamannya dan yang muncul selepasnya yang menghimpunkan ketiga-tiga ilmu berkenaan, seperti

al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti [w. 911H],
Syeikh ‘Abd al-Wahhab al-Sya‘rani sendiri,
Syeikh Ibn Hajar al-Haytami [w. 974H] dan
Syeikh ‘Abd al-Ra’uf al-Munawi [w. 1031H].

Kemudian tidak ramai ulama seumpama mereka yang muncul sesudah itu sehinggalah abad ke-14 H, di mana munculnya keluarga-keluarga yang hebat,

seperti keluarga Ibn al-Siddiq al-Ghumari dan keluarga al-Kattani di Morocco, serta keluarga al-Kandahlawi di India.


Nota

Untuk Rujukan artikel lengkap sila rujuk
http://sawanih.blogspot.com/2012/06/kata-imam-syeikh-abd-al-wahhab-al.html

Walaupun saya mengambil artikel dr Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni tdk bermakna beliau bersependapat dengan penulis blog harap maklum

Ringkasan biografi Ulama Hadis kurun ke20 masihi


Syeikh al-Hafidz al-Muhaddith Ahmad bin al-Siddiq al-Ghumari (duduk berselubung) Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Gumari (kiri) Syeikh Zamzami al-Ghumari (kanan) dan Syeikh Abd Hayyi al-Ghumari (tengah)

Sayyid Muhammad al Siddiq merupakan salah seorang ulama dan wali Allah yang masyhur.isterinya ialah Syarifah Fatimah al Zahra merupakan cucu kepada Sayyid Ahmad 'Ajibah al Hasani pengarang syarah kitab hikam yang masyhur iaitu Iqaz al Himam fi Syarh al Hikam dan kitab al Bahr al Madid fi Ulum al Quran al Majid.

Keberkatan keluarga ini terzahir apabila tujuh anak lelakinya menjadi ulama Islam yang alim lagi disegani iaitu Sayyid Ahmad, Sayyid Abdullah, Sayyid Muhammad al Zamzami, Sayyid Abdul Aziz, Sayyid Abdul Hayy, Sayyid Ibrahim dan Sayyid al Hasan.

Menurut sejarah Islam, belum ada lagi dalam sebuah keluarga yang menghimpunkan ulama besar Islam seramai ini, yang membidangi kemahiran yang pelbagai.



Syeikhuna al-Muhaddith al-Hafidz al-Maghribi Syeikh Ahmad bin al-Siddiq al-Ghumari. Beliau banyak menghasilkan karaya dalam bidang hadis. Berupaya membahaskan kedudukan hadis secara terperinci dan banyak menyanggah penyelewengan al-Baani dalam ilmu al-Hadis. Beliau juga seorang sufi yang warak dan tegas.

Beliau menyanggah kebatilan dan penyelewengan puak al-Wahhabiyyah dan Ibn Taymiyah dalam beberapa tulisannya, antaranya kitab Qat^ul-^Uruqil-Wurdiyyah, Hidayatus-Sughara, al-Qawlul-Jali dan Ihya'il-Maqbur. Beliau menggelarkan puak al-Wahhabiyyah sebagai puak al-Qarniyyah (Sang Tanduk Syaitan).
artikel lengkap
http://tamanulama.blogspot.com/2008/02/sayyid-ahmad-siddiq-al-ghumari_18.html


Sidi Syeikh Abdullah bin Shiddiq (alm) dari Marokko. Beliau antara Huffaz terakhir abad ini (hafal puluhan ribu hadits dengan sanadnya dari Rasulullah sampai pada beliau). Syeikh tarekat Shiddiqiah,

artikel lengkap
http://tamanulama.blogspot.com/2008/02/sayyid-abdullah-siddiq-al-ghumari.html


AL'ALLAMAH al Muhaddith al Syarif Sayyid Abdul Aziz al Siddiq al Ghumari al Idrisi al Hasani

artikel lengkap
http://warasatul-anbiyak.blogspot.com/2012/09/alallamah-al-muhaddith-al-syarif-sayyid.html



Muhammad Zakaria Muhammad ibn Yahya ibn Muhammad Ismail Siddiqi Kāndhalawī: 


1, Muhammad Zakaria As-Siddiqi al-Kāndahlawī as-Sahāranfūrī al-Madani adalah seorang Sunni ulama Hanafi daripada Deobandi yang dikenali sebagai ulama hadith dan pemikir berpengaruh didlm jemaah Tabligh , gerakan dakwah dan reformasi yang diasaskan oleh bapa saudaranya, Maulana Muhammad Ilyas . 

Tulisan-tulisan Zakaria membentuk banyak bahan bacaan asas kumpulan itu dalam bentuk Fazail-i A `mal.Asalnya terdiri dalam Bahasa Urdu tetapi diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa, Fazail-i A `mal mengandungi beberapa karya beliau mengenai kebaikan mata pelajaran yang berbeza, termasuk Fazail-i Al-Quran (Kelebihan daripada Al-Quran ), Faza ' il-i Ramazan (Kelebihan Ramadan ), dan Fazail-i Namaz (Kelebihan Salat ). Juga ketara di kalangan karya-karya beliau, yang bilangan lebih seratus, adalah Awjaz al-Masalik,komentar Arab dalam enam jilid pada Imam Malik Muwatta , dan Khasa'il-i Nabawi,terjemahan bahasa Urdu dan ulasan Imam at-Tirmizi ini Shama'il .

Zakaria dilahirkan di Kandhla pada tahun 1898, anak kepada Maulana Muhammad Yahya. Beliau menghabiskan masa sepuluh tahun dalam Gangoh, di mana beliau menghadiri madrasah bapanya. Dalam tahun 1910, beliau berpindah ke Saharanpur untuk belajar di Mazahir Uloom Saharanpur, sebuah madrasah rapat bergabung dengan Darul Uloom Deoband, tempat kelahiran Deobandi gerakan kebangkitan Islam di India.Beliau belajar hadith daripada ayahnya dan dari Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri .Selepas menamatkan pengajian pada tahun 1915, beliau mendapat kedudukan sebagai guru di sekolah.

Zakaria juga yang terkenal sbg Shaykh Sufi daripada SabiriImdadi cawangan Chishti Dia adalah seorang khalifah (pengganti rohani) Maulana Saharanpuri, yang dimulakan beliau dalam jalan Sufi pada tahun 1915 dan memberi keizinan kepada intitiate lain dalam empat utama beliau tariqas ( Chishtiyah , Naqshbandiyah ,Suhrawardiyah , dan Qadiriyah ) pada tahun 1925.

Beliau mengajar di Mazahir Uloom Saharanpur 1916-1969, menjadi terkenal dengan gelaran "Syaikh al-Hadith", gelaran yang diberikan kepadanya oleh Shaykh beliau, Maulana Saharanpuri, untuk pengetahuan yang luas dalam bidang hadith. Selepas dia berhenti mengajar kerana sakit mata (katarak), beliau memberi tumpuan kepada latihan rohani banyak murid-murid beliau. Pada tahun 1973, beliau berhijrah keMadinah, Saudi Arabia , di mana beliau meninggal dunia.

Daripada beribu-ribu pelajar dan murid-muridnya, termasuk pelajar yang dicintainya dan pengikut dan khalifah (pengganti rohani): Shaykh al-Hadith Maulana Yusuf Motala (Semoga Allah memelihara beliau) yang merupakan seorang guru hadis ramai Ulama dan panduan rohani kepada beribu-ribu muridnya di seluruh dunia.

2. Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi dilahirkan pada 10 Ramadhan 1315H, bertepatan dengan 12 Februari 1898, di sebuah desa bernama Kandlah di wilayah Uttar Pradesh, India, dari sebuah keluarga yang mempunyai sejarah panjang dalam pengabdian pada agama. Silsilah keluarga beliau bersambung sampai kepada sahabat besar Nabi, Abu Bakar As-Siddiq r.a.

Semasa kecil Zakariyya mulai belajar membaca kepada Hakim Abdur Rahman, kemudian menghafal Al-Quran di bawah bimbingan langsung sang ayah, Maulana Muhammad Yahya, seorang ulama besar yang cukup terpandang di India. Setelah itu belajar bahasa Parsi dan bahasa Arab kepada Maulana Muhammad Ilyas, pendiri gerakan Tabligh.
Pada usia 12 tahun, Maulana Zakariyya dibawa oleh sang ayah ke Madrasah Mazahirul Ulum. Di bawah bimbingan sang ayah, beliau mempelajari bahasa Arab tingkat lanjut, teks-teks klasik, nahwu, saraf dan ilmu mantiq.

Ketika menginjak usia 17 tahun, minat utamanya mulai terfokus pada bidang kajian ilmu hadis. Beliau mempelajari 5 dari 6 kutubussittah. Bahkan beliau sempat belajar untuk kedua kalinya kitab Sahih Bukhari dan Sunan at-Tirmizi kepada Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri. Selama mempelajari kitab-kitab tersebut, Maulana Zakariyya selalu menjaga wudhuk.

Maulana Zakariyya memulai karier mengajarnya pada tahun 1335H, ketika beliau ditunjuk untuk mengajar di mata pelajaran nahwu, saraf dan sastera. Pada tahun 1341H, kemudian ditunjuk untuk mengajar tiga bahagian dari kitab Sahih Bukhari dan pada tahun 1344H ditambah lagi mengajar kitab Mishkat al-Masabih.

Pada tahun 1345H, beliau berkesempatan mengunjungi tanah suci. Di Madinah beliau tinggal selama 1 tahun dan selama itu mengajar Sunan Abi Daud di Madarasah Ulum Shar’iyyah. Di Kota Nabi ini, Maulana mulai menulis Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik, syarah kitab Al-Muwatta’nya Imam Malik, ketika itu beliau berumur 29 tahun.

Ketika kembali ke India, beliau mulai lagi mengajar kitab Sunan Abi Daud, Sunan al-Nasai, Al-Muwatta Imam Muhammad dan separuh bagian dari Sahih Bukhari, separuhnya lagi diajarkan oleh direktur madrasah. Setelah sang direktur wafat, tugas mengajar Sahih Bukhariini diberikan seluruhnya kepada Maulana Zakariyya.
Selama hidup beliau, beliau telah mengajar separuh bahagian pertama dari Sahih Bukhari selama 25 kali, mengajar seluruh kitab tersebut selama 16 kali dan mengajar kitab Sunan Abi Daud sebanyak 30 kali. Karier beliau mengajar bertahan sampai tahun 1388H, ketika beliau menderita sakit mata yang tidak memungkinkan lagi untuk terus mengajar.

Kecintaan Maulana Zakariyya pada agama, terutama pada kajian ilmu hadis, sangat total. Total waktu yang dihabiskan beliau untuk belajar dan mengajar hadis adalah selama kurang lebih 60 tahun.
Dalam kurun waktu tersebut beliau juga telah menulis lebih dari 80 kitab yang sangat tinggi nilainya dan diakui oleh para ulama di seluruh dunia. Beberapa kitab yang beliau tulis dalam bidang kajian hadis antara lain; 

Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik (syarah dari kitab Muwatta Imam Malik, terdiri dari 6 jilid),
Lami’ al-Dirari ‘ala Jami’ al-Bukhari (syarah dari kitab Sahih Bukhari),

Syarah Muslim (syarah Sahih Imam Muslim),
Juz’ Hajjat al-Wida’ wa ‘Umrat al-Nabi (Berisi tentang haji dan umrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., juga memuat tentang masalah hukum haji, lokasi, dan tempat-tempat yang pernah dilalui atau disinggahi oleh Rasuulllah s.a.w.),

Khasa’il Nabawi Sharh Shama’il al-Tirmidhi (syarah dan komentar terhadap kitab al-Shama’il al-Muhammadiyya-nya Imam Tirmidzi yang berisi tentang hadis-hadis yang berkenaan dengan peri kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.)
dan beberapa kitab lainnya.Karya beliau yang paling terkenal ialah Fadhail Amal. Diikuti dengan Hayatus Sahabah.

Maulana Zakariyya wafat pada 1345H. Lebih lengkap mengenai riwayat hidup beliau bisa dibaca di buku autobiografi beliau yang ditulis dengan cara yang unik oleh beliau sendiri dengan judul “Aap Beeti”, yang setakat ini ada diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dengan judul “Autobiografi Zakariyya Al-Kandahlawi”.
Membaca kisah belajar, mengajar, menulis, ketekunan dan semangat Maulana Zakariyya dalam pengabdiannya kepada agama, khususnya dalam ilmu hadis harusnya membuat kita menjadi malu.

Pertanyaan sederhana untuk kita, apa yang telah kita lakukan untuk memajukan agama yang kita cintai ini ?



Ahad, 26 Mei 2013

SIAPA ULAMA MUKTABAR ?


Oleh: Dr Asmadi Mohamed Naim

Saya ingin menulis satu posting yang ringkas. Ianya hanya untuk membincangkan istilah 'ulama silam' sebab ramai yang masih 'konfius' atau keliru mengenai istilah itu.

Dalam kajian-kajian kami, kami banyak menggunakan istilah 'al-ulama al-quddama' rahimahumullah (ulama-ulama silam). Kekadang kami menggunakan juga istilah ulama al-salaf, atau salaf al-ummah.

Jadi, siapakah mereka ini ?.

Biasanya, sesiapa yang membuka kitab-kitab usul fiqh akan mendapati bahawa kategori ulama boleh dipecah kepada dua iaitu

ulama mutaqaddimin (dari tabi'in sehingga 700 tahun),
ulama mutaakhkhirin (700 dan ke atas).


Ulama mutaqaddimin ini membawa aliran Tariqat al-Syafi'yyah atau Mutakallimun dan tariqat al-Hanafiyyah (bukan tariqah sufi tetapi metod dalam mengeluarkan hukum).

Dari ulama mutaqaddimin,dipecahkan lagi kepada
1. ulama tiga kurun pertama atau ulama Salaf (khayr ummah atau sebaik-baik ummah),
2. ulama-ulama yang lahir selepas tiga kurun tersebut.

Imam-imam mazhab menzahirkan mazhab mereka dalam tiga kurun pertama ini. Tiga kurun terpilih yang disaksikan dengan keberkatan oleh al-sunnah. Justeru, lebih hampir sesuatu pandangan itu kepada tiga kurun ini, maka lebih tulen keislamannya.

Sebenarnya, dalam kurun-kurun salaf ini, banyak lagi mazhab fiqh dalam aliran ahlussunnah wal jamaah. Cuma yang bersambung anak muridnya ialah empat mazhab yang utama ini.

Manakala, ulama selepas tujuh ratus tahun, digelar sebagai ulama mutaakhkhirin.

Ulama yang menghimpunkan kedua-dua tariqah (bukan tariqat sufi) untuk mengeluarkan hukum. Kebiasaannya, ulama-ulama ini berpegang kepada metod atau kaedah penghujahan imam-imam mazhab yang lahir di tiga kurun yang pertama.

Atas dasar itu, sebarang perbahasan isu-isu, setiap pandangan akan cuba mengembalikannya (ta'sil) kepada pandangan sahabat, tabi'in ataupun tabiut at-tabi'in bagi menunjukkan inilah penafsiran paling tepat terhadap al-Quran dan sunnah kerana dekatnya ia kepada zaman kenabian.

Kebetulannya bila ditelusuri melalui kitab-kitab al-Tabaqat, ramai ulama-ulama hadith seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam al-Tirmizi adalah bermazhab dengan mazhab Imamuna al-Shafie rahimahullah.


ulama Salaf
Ringkasnya, ulama Salaf merupakan ulama yang berada di tiga kurun pertama selepas nubuwwah (kenabian).

Ulama mutaqaddimin ialah gabungan ulama-ulama Salaf dan mereka yang berada selepas zaman Salaf sehingga akhir 700 tahun Hijrah (ulama khalaf).

Ulama Mutaakhkhirin
ialah ulama yang menyampaikan dakwahnya selepas 700 tahun tersebut sehinggalah ke awal kurun ke 13 Hijrah atau ke 18 Masehi. Mereka juga boleh dikelaskan sebagai ulama Khalaf.

Gelaran ulama silam (ulama quddama) inilah yang digunakan untuk merujuk ulama-ulama mutaqaddimin dan mutaakhirin samada Salaf mahupun Khalaf.

Atas dasar itu, ulama-ulama mengklasifikasikan Imam Malik bin Anas (wafat 179), Imam Shafie (wafat 204H) dan lain-lain Imam-imam mazhab sebagai ulama Salaf atau ulama Salafussoleh. Mereka tidak mengklasifikasikan Imam al-Ghazali (wafat 505), Imam Nawawi (wafat 676), Imam Ibn Taimiyyah (wafat728) dan lain-lain ulama sezamannya sebagai ulama Salaf, sebaliknya sebagai ulama Khalaf.

ulama mu'asir
Manakala ulama selepas zaman tersebut digelar sebagai ulama mu'asir (semasa) dan ulama muhdathun (ulama-ulama baru).

Semoga dapat membantu kita memahami perbahasan ulama kelak.

Wallahu a'lam.



comments

Salam PM,

Saya ada cakap dengan sahabat saya bahawa imam bukhari dan muslim bermazhab syafiee,(kerana dia tidak mahu bermazhab) tetapi dia tanya saya semula, apa dalilnya..

PM ada petikan-petikan dari kitab-kitab bukhari atau muslim yang menjadi hujah bahawa mereka bermazhab syafiee? terima kasih


Us Asmadi Mohamed Naim
Salam kembali Zul,

Rasanya, kalau tak mahu bermazhab. ilmunya dah hebat-hebat. Tak perlu tanya dalil dari kita. Dia sendiri boleh merujuk, bukan begitu Zul? Rupanya, dia berpindah dr taklid imam-imam mazhab kpd taklid gurunya. Justeru, minta dia minta tolong 'gurunya' terjemahkan biografi Imam Bukhari dan Imam Muslim yg ada dlm kitab al-rijal dan kitab berkaitan 'penulis kitab Arab'.

Wallahu a'lam.




Nota
Untuk artikel lengkap sila rujuk
http://drasmadinet.blogspot.com/2009/10/siapa-ulama-silam-siapa-ulama-salaf.html

artikel Dr Asmadi Mohamed Naim tdk bermakna beliau bersependapat dengan penulis blog harap maklum

HAKIKAT WALl




Ada yang memimpin, ada yang menjadi abid. Mereka diberi kelebihan sesuai dengan peranan masing-masing WALI ALLAH adalah orang-orang yang hampir dengan ALLAH. Sesetengah orang yang bertaraf wall disorok kewaliannya oleh ALLAH dengan berbagai   cara. Mungkin ALLAH `cacatkan' dia sedikit supaya orang tidak anggap dia wall. Kerana kalau orang tahu dia wali, kelak akan berlaku, orang yang sayang terlalu sayang manakala orang yang benci terlalu benci. Hingga terjadi pertentangan antara dua pihak itu dalam masyarakat. Jadi supaya manusia tidak rosak, ada para wall yang sengaja ALLAH tidak nampakkan kewaliannya. Umpamanya dia banyak makan hingga orang tidak kata dia wali. Banyak makan itu termasuk perkara-perkara yang  boleh membawa kepada haram. Orang yang banyak makan tidak dianggap mempunyai sifat keutamaan.

Ada pula wali yang orang tidak nampak dia melakukan banyak sembahyang sunat. Sebab seorang wali itu mendapat kedudukan tinggi di sisi ALLAH bukan kerana ibadahnya banyak atau kerana jihadnya, baca Qurannya, sedekahnya dan lain-lain.Tapi dia dekat di sisi ALLAH kerana sakhain nafsi-berlapang dada, sabar, boleh tolak-ansur dengan orang, tidak terjejas dengan suasana yang ada dan tidak cacat dengan ujian sama ada ujian kesusahan atau ujian kesenangan. Pengaruh suasana atau ujian yang datang tidak menyebabkan hatinya cacat dan gelabah. Dia tidak rasa apa-apa dengan ujian.

Jadi 'kecacatan' yang diperlihatkan oleh ALLAH pada diri sesetengah wall itu adalah untuk melindungi kewaliannya. Namun banyak pula wali-wali yang ALLAH perlihatkan tanda-tanda kewaliannya hingga orang tahu dia wall.

Cuma perkara ini sulit untuk difahami. Kerana biasanya orang menganggap wall itu banyak ibadahnya dan mempunyai karamah-karamah zahir.

Tegasnya, hanya seorang yang berwatak abid (ahli ibadah) yang dianggap wali lalu dijadikan tempat rujuk. Jarang seorang yang berwatak pemimpin dikatakan wali.

Rasulullah bersabda:
"Ulama-ulama di kalangan umatku seperti nabi-nabi di kalangan Bani Israil. "

Nabi di kalangan Bani Israil ada yang berwatak rasul dan ada yang berwatak nabi. Yang berwatak rasul memimpin manakala yang berwatak nabi menjadi abid. Begitu juga ulama di kalangan umat Rasulullah; ada yang memimpin,ada yang menjadi abid. Sebab itu kalau ALLAH hendak beri karamah atau kelebihan kepada dua golongan ini,bentuk karamah itu tidak sama. Karamah untuk abid adalah sesuai dengan keabidannya, manakala untuk ulama yang memimpin sesuai pula dengan peranannya sebagai pemimpin. Bagi orang awam yang tidak faham, mereka boleh rosak. Bila ada ulama yang balk, berakhlak, sopan-santun, sembahyang banyak, jadi abid, maka orang itulah yang dijadikan tempat rujuk. Sedangkan seorang abid itu tidak diberi peranan oleh ALLAH untuk memimpin. Ibarat nabi, dia bukan pemimpin. Nabi adalah seorang lelaki yang diwahyukan oleh ALLAH untuk mendidik diri sendiri dan tidak diwajibkan memimpin orang lain. Berbeza dengan rasul, di samping wajib mendidik dirinya, dia juga wajib memimpin orang lain. Oleh itu kalau orang ramai banyak  merujuk  pada abid sedangkan ulama yang berwatak pemimpin ditolak, masyarakat akan rosak dan tidak terpimpin.

Seorang abid tidak dikurniakan kebolehan untuk mengislahkan masyarakat. Walaupun dia diberi karamah-karamah tapi karamah itu hanya untuk dirinya. Seorang pemimpin yang bertaraf wall kebanyakannya diberi karamah berbentuk maknawiyah.

Tetapi seorang abid, kalau diberi karamah oleh ALLAH, karamah berbentuk zahiriah. Kerana sesuai dengan wataknya yang bukan pemimpin dan tidak ada pengikut, maka ALLAH beri kelebihan kepadanya untuk menakutkan orang agar orang tidak ganggu dia. Umpamanya Syeikh Abdul QadirJailani, dia seorang ulama dan waliyullah tapi bukan berwatak pemimpin. Walaupun ramai yang mengikutnya, tapi dia bukan pemimpin. Dia ulama berwatak nabi. Orang mengikutnya kerana mahukan barakahnya dan mahu bersembahyang di belakangnya. Ulama yang balk dan soleh tetapi bukan pemimpin ini, kalau ALLAH hendak beri karamah pun, ALLAH akan beri karamah yang zahir seperti boleh berjalan atas air, terbang di udara, lompat atas gunung.

Tetapi bagi ulama yang memimpin, jarang dia diberi karamah berbentuk zahir seperti itu. Dia akan diberi karamah maknawiyah yang ada hubungan dengan keselamatan umat atau orang-orang di bawah pimpinannya. Ini berlaku kepada sesetengah Sahabat terutama Khulafa'ur Rasyidin, yang mereka itu semua bertaraf wall. Misalnya Sayidina Umar Al Khattab r.a., ketika sedang memberi khutbah Jumaat di Madinah, telah menjeritkan arahan kepada panglima tenteranya Sariyah yang waktu itu sedang mengepalai angkatan tentera kaum Muslimin di Palestin yang jaraknya kira-kira 100 batu dari Madinah. Beliau  memberitahu kepada Sariyah kedudukan musuh di belakang sebuah bukit. Sariyah boleh mendengar arahan itu kerana dia juga diberi karamah oleh ALLAH sebagaimana juga Sayidina Umar. Tidak pula Sayidina Umar diberi karamah boleh terbang di udara atau berjalan di atas.air. Kerana kalau seorang pemimpin diberi karamah seperti itu, ia tidak akan memberi faedah pada umat yang dipimpinnya.

Sebab itu pemimpin yang bertaraf wali, selalunya diberi karamah maknawiyah untuk membantu dia dalam kepimpinannya.

Sebagai contoh, katalah seorang pemimpin itu membawa anggota ekspedisi seramai 20 orang untuk menyeberang sebatang sungai. Untuk menyeberang, kena tunggu 3 jam sebelum bot sampai. Dalam masa menunggu itu, kalau pemimpin itu diberi karamah oleh ALLAH, mungkin ALLAH bantu dia hingga tidak terasa apa-apa bila berdepan dengan kerenah anak-anak buah. Dia boleh sabar menunggu dan bersabar dengan kerenah anak-anak buahnya. Kalau diuji dengan cabaran dari orang-orang setempat pun dia boleh sabar. Itu merupakan karamah maknawiyah. Kerana bukan senang untuk sabar. Sebab itu rasul-rasul yang utama mendapat gelaran Ulul Azmi kerana terlalu sabar. Itulah mukjizat maknawiyah bagi para rasul itu. Kalau bagi pemimpin, itu merupakan karamah maknawiyah.

Sebab itu pemimpin-pemimpin yang haq, jarang disebut orang sebagai wall. Misalnya orang tidak kata Imam Syafi'i itu wali, sedangkan dia seorang ulama berwatak rasul dan yang bertaraf wali. ALLAH beri dia karamah maknawiyah sesuai dengan peranannya sebagai pemimpin dan juga mujaddid. manakala bagi Syeikh Abdul Qadir Jailani, dia disebut-sebut sebagai wall besar kerana ALLAH beri dia berbagai karamah zahir yang boleh dilihat dengan mata kepala. Tapi oleh kerana dia bukan pemimpin, karamah itu hanya untuk dirinya, bukan untuk kepentingan umat.

Demikian perbezaan antara wali yang memimpin dan wali yang abid. Tidak semestinya wali itu mempunyai karamah tetapi kalau ALLAH hendak beri karamah, ALLAH akan beri sesuai dengan peranannya. sp

moga-moga ulama akan kembali pada kemuliaan sebenar,

kemuliaan yang telah dinikmati oleh salafussoleh di zaman kegemilangan Islam ketika umat Islam menjadi tempat rujuk serta sandaran dunia. Ulama sebenamya mulia. Terlalu tinggi nilainya dan amat diperlukan oleh dunia. Peranannya terlalu penting dan besar, lebih utama dari segala yang ada di dunia ini.Kehadiran ulama akan menyelamatkan dunia. Tanpanya dunia akan rosak binasa.

Ulama sepatutnya penaung bukan dinaungi.
Ulama sepatutnya tuan bukan bertuan.
Ulama sepatutnya pemerintah bukan diperintah.
Ulama sepatutnya tempat bersandar bukan peminta sedekah.

Ulama sepatutnya penasihat bukan dinasihat.
Ulama sepatutnya pemimpin bukan dipimpin.
Ulama sepatutnya pengarah bukan diarah-arah.
Ulama sepatutnya pencatur bukan dicatur.

Ulama sepatutnya berdikari bukan makan gaji.
Ulama sepatutnya pakar strategi.
Ulama sepatutnya pakar ekonomi.
Ulama sepatutnya pakar pendidikan.

Ulama sepatutnya pakar kemasyarakatan.
Ulama sepatutnya rijalullah.
Ulama sepatutnya adalah mujtahid.
Ulama sepatutnya adalah mursyid.

Ulama sepatutnya adalah mujahid.
Ulama sepatutnya adalah sahabat (kawan).
Ulama adalah bapa.
Ulama adalah suami dan segala-galanya.

Ulama adalah manusia sempurna (tapi bukanlah maksum).

Ulama sepatutnya paling mulia akhlaknya, untuk dijadikan contoh pada seluruh manusia di dunia. Dia adalah sebaik-baik manusia di zamannya. Dia adalah pewaris Nabi-Nya.

Yang mana kalaupun tidak mampu memiliki segala keistimewaan di atas, tetapi sebahagian besar darinya ada padanya.

Ulama bagaikan singa. Hebat bukan kerana kedudukan tetapi sifatnya. Sama ada dibiarkan atau tidak, ia tetap hebat. Sama ada diterima atau ditolak, ia tetap mencabar dan ditakuti ‘serta hebat. Ia tidak perlu apa-apa dari orang lain.Bahkan ia yang diperlukan. Kerana suaranya ditakuti, pandangannya sangat diambil perhatian.

Musuhnya sangat berhajat menjadikan ia singa sarkis. Maka ia diburu-buru.Tetapi itu bukan satu keaiban, malah di situlah kemuliaannya. Kerana berjaya menempuh jalan hidup para nabI dan rasul. Ulama yang dibelai-belai dengan kemewahan, adalah singa Mainan yang sudah terkurung dalam kandang. Dia bukan lagi singa ALLAH yang hanya bertuankan ALLAH, bebas dari sebarang kongkongan duniawi.

Ulama yang bertuankan manusia bukan singa tetapi kucing. Orang yang tersalah pandang menganggap ia pun singa. Sebenarnya tidak. Hanya kucing yang suka tinggal di rumah tuannya. Kucing memang tidak hebat bahkan tidak bernilai apa-apa sangat. Tuannya pun tidak hormat. Musuh pun tidak peduli, sebab apalah yang ada pada kucing ?

Ulama-ulama Mazhab Asy Syafi’i di sepanjang abad yang terkenal dengan ilmu dan taqwa.

Abad ke-3

1. Imam Asy Syafi’I 204 H
2. Imam Ar Rabi
3. Imam Al Bukhari 256 H
4. Imam.Al Muzanni 264 H
5. Imam Abu Daud 273 H
6. Imam At Tarmizi 295 H

Abad ke-4

1. Imam An Nasai 303 H
2. Imam Abu Hassan Al Asyaari 324 H
3. Imam Al Qaffal Al Kabir Asy Syasyi 366 H

Abad ke-5

1. Imam Mahmud Sabuktukin 422H
2. Imam Al Baihaqi 458H
3. QadhiAl Mawardi 462H
4. Imam Al Qusyairi 465 H
5. Imamul Haramain(Abdul Muluk Al Jumaini) 478 H

Abad ke-6

1. Imam Al Ghazali 505H
2. Imam Al Baghawi 516H
3. Imam Asy Syaharstani 548H ,,
4. Imam Ibnu Asakir 576H
5. Abu Syuja’ Al Asyfahani 593H

Abad ke-7

1. Imam Fakhruddin Ar Razi 606 H
2. Imam Ar Rafi’I 623 H
3. Imam Ibnu Malik 672 H
4. Imam Nawawi 676 H
5. Imam Al Baidhawi 691 H

Abad ke-8

1. Imam Ibnu Daqiqil ‘Id 702 H
2. Imam Quthubuddin Asy Syirazi 710 H
3. Imam Taqiyuddin As Subki 756 H
4. Imam Tajuddin Subki 771 H
5. Imam Ibnu Kasir 774 H
6. Imam AZZarkasyi 794 H

Abad ke-9

1. Imam Ibnu Mulqin 804 H
2. Imam Ibnu Ruslan 844 H
3. Imam Ibnu  HajarAsqalani 852 H
4. Imam Jalaluddin Al Mahalli 864 H

Abad ke-10

1. Imam Jalaluddin As Sayuti 911 H
2. Imam Al Qasthalani 923 H
3. Imam Zakaria Al Ansari 925 H
4. Imam Khatib Asy Syarbini 977 H
5. Imam Ibnu Qassim Al A’dadi 994 H

Abad ke-11

1. Imam Ar Ramli 1004 H
2. Imam Ar Raniri 1068 H
3. Imam Syihabuddin Al Qalyubi 1070 H
4. Imam Abdul Rauf Al Fansuri 1094 H

Abad ke-12

1. Imam Muhammad Al Kindi 1094 H

Abad ke-13

1. Syeikh Sulaiman Al Jamal 1204 H
2. Syeikh Sulaiman Al Bujairimi 1221 H
3. Syeikh Asy Syarqawi 1227 H
4. Syeikh Arsyad Al Banjari 1236 H
5. Syeikh Muhammad Al Fadhali 1236 H
6. Syeikh Ibrahim Al Bajuri 1276 H

Abad ke-14

1. Syeikh Zaini Dahlan 1304 H
2. Syeikh Nawawi Banten 1315 H
3. Syeikh Yusuf Ismail An Nabani 1350 H
4. Syeikh Sulaiman Ar Rasuli 1390 H