Sabtu, 23 Jun 2012

TIADA JALAN SINGKAT MENCAPAI TAQWA


Kita terpaksa menempuh jalan biasa
sebab kita bukan orang luar biasa


DALAM SEJARAH, hanya ada bilangan jari orang yang mencapai darjat taqwa melalui cara yang luar biasa atau secara mauhibbah. Mereka termasuklah para nabi dan rasul serta wali-wali ALLAH. Di sini kita tidak akan memperkatakan soal yang luarbiasa, tapi kita akan memperkatakan soal-soal biasa iaitu kasbiah.

Kalau mengikut proses biasa, rasanya tidak ada jalan singkat untuk mencapai taqwa. Sebab di dalam realitinya, kalau kita lihat di dalam sejarah, seseorang yang hendak baiki diri itu, lebih-lebih lagi yang hendak membaiki masyarakat melalui jemaah, tidak mengambil masa hanya dua tiga hari atau dua tiga bulan ataupun dua tiga tahun. Tapi ia memerlukan belasan, malah sampai puluhan tahun. Bahkan bagi orang-orang yang kuat mujahadah seperti ahli-ahli sufi, sebagaimana yang dapat kita baca kisahnya di dalam kitab-kitab, mereka akan membuat pengakuan seumpama:

"Saya dah 40 tahun, barulah dapat melawan hawa nafsu."

Begitulah pengakuan mereka.Jadi,tidak ada jalan singkat untuk menjadi orang bertaqwa.Tidak adanya jalan singkat itu sebenarnya ada hikmah. Cuma bagi kita memang terasa berat,terasa tercabar,terasa perit datam bermujahadah terus menerus untuk jangka masa yang panjang.Walaupun begitu,ada hikmahnya.

Apakah hikmah ALLAH tidak memberi jalan singkat untuk kita menjadi orang bertaqwa?

Kerana bila panjang masanya kita bermujahadah membaiki diri,besar pula pahala yang kita dapat,asalkan kita tidak berhenti separuh jalan.Kata perpatah Melayu, "Jauh perjalanan,banyak pengalaman." Panjang masa yang kita gunakan untuk mujahadah, banyak pula pahala yang kita dapat. Cuma kita kadang-kadang tidak nampak jalan membaiki diri kerana susahnya untuk mujahadah.Yang kita nampak hanya yang negatifnya saja,iaitu tentang seksa dan susahnya saja.

Padahal kalau kita bahaskan, ALLAH itu mesti adil.ALLAH hendak beri kepada kita sesuatu yang baik untuk diri kita. Kalau dengan lama mujahadah itu kita boleh dapat pahala yang banyak, maka ALLAH panjangkan masa untuk kita mujahadah itu. Besar pahalanya apabila kita buat kerja-kerja yang membawa kepada mencintai ALLAH. Dengan mujahadah melawan hawa nafsu itu,kita mendapat pahala.Walaupun untuk mujahadah itu memang membuat kita rasa terseksa,tapi di sudut yang lain, kita untung.Panjang masa mujahadah,banyak pahala yang kita dapati.Itulah  hikmahnya.

Jadi tidak ada jalan singkat bagi kita sebagai orang biasa ini untuk menjadi orang yang bertaqwa. Kita terpaksa menempuh jalan biasa dan jangan kita tempuh cara yang luar biasa sebab kita bukan orang luar biasa.

di samping kita pinta kepada ALLAH agar sentiasa memimpin kita.Yang penting, bila kita sentiasa bermujahadah, di hujung nanti ALLAH akan beri ganjarannya. Pokoknya kita mesti bermujahadah.

Ada orang yang dipermudahkan AIIah dan ada pula yang terpaksa berhempas-pulas...

BERHADAPAN DENGAN EMOSI sama seperti berhadapan dengan mazmumah-mazmumah yang lain. Paling tidak, seseorang itu akan berhadapan dengan empat
peringkat dalam menghadapi emosi atau mazmumah. Empat peringkat manusia
dalam berhadapan dengan emosi itu ialah:

1. Golongan Yang Dipimpin Secara Mauhibah
Golon'gan yang dipimpin terus oleh ALLAH dan memang ALLAH kehendaki, seperti para rasul dan nabi. Mereka tidak terjejas oleh nikmat dan kesusahan. Mauhibah ini, kalau berlaku pada rasul dan nabi, ia dipanggil mukjizat maknawiyah. Kalau bukan pada rasul dan nabi, la merupakan karamah maknawiyah. Maknanya, ini special
case tidak dapat dengan usaha dan ikhtiar.

2. Golongan Ada Usaha Ikhtiar Tapi Dipermudahkan
Golongan kedua ini memang ada usaha dan ikhtiar tetapi ALLAH permudahkan. Ianya tidak berbentuk mauhibah, tapi ALLAH permudahkan. Usaha dan ikhtiarnya itu ALLAH permudahkan. Jadi mudah juga dia berhadapan dengan emosi.

3. Golongan Yang Terpaksa Berhempas-Pulas Bermujahadah
Untuk berhadapan dengan emosi, golongan ini terpaksa berhempas-pulas bermuhajadah. Mujahadahnya kuat, berhempas-pulas sampai terseksa dirinya untuk berhadapan dengan mazmumah atau emosinya. Boleh berjaya, tapi maklumlah berperang walaupun menang tapi luka dan sakit juga.

4. Golongan Yang Tidak Mampu Mujahadah
Mereka ini tak mampu bermujahadah. Nampaklah emosional dan mazmumahnya. Ini
memang rosak.

Paling rendah, berada di dalam golongan ketiga pun jadilah. Insya-ALLAH lama-kelamaan ALLAH akan permudahkan. Di samping itu kita perlu berdoa;

'Ya ALLAH permudahkan ketja kami dan jangan Engkau persusahkan.'

Golongan pertama tadi, berjaya menghadapi emosi tanpa usaha ikhtiar secara mauhibah (tidak ada campurtangan manusia). Kalau kita tidak boleh berada di dalam golongan pertama, harap-harap kita berada di dalam golongan kedua. Semoga ALLAH permudahkan kerja-kerja kita. Tapi untuk ALLAH permudah itu, ALLAH tengok dulu sanggup mujahadah atau tidak. Kita mesti melalui mujahadah.

Jadi begitulah kita ini, dalam menghadapi hal-hal begitu ada empat peringkat yang mesti dilalui. Ada yang secara mauhibbah, diselamatkan. Ada yang dipermudahkan, boleh tahan. Ada yang mujahadahnya kuat, boleh juga. Tapi golongan keempat tadi, susahlah kerana dia tidak dapat mujahadah langsung. Tak boleh tahan di dalam hidupnya. Dia mesti 'terpelengok' terus. Dia tidak boleh jadi pemimpin, walau bijak macamana sekali pun. Sebab kalau dia tak tahan nanti, sudah ada kuasa pula, maka dia akan berdendam. Siapa sahaja yang menghalang cita-citanya, dia akan lipat.

Semoga kita berada dalam golongan yang dipimpin dan dipermudahkan untuk ALLAH
menghadapi emosi di dalam kehidupan perjuangan ini. Sp


Nota

Sedutan Kuliah Ust. Ashaari
Sesuatu yang kelihatan lambat itulah yang cepat sebenarnya .Keberhasilan dinilai melalui konsep atau petanda sesuatu benda itu laju ,tapi dia rasa tak laju

Contoh
Kipas kalau kita tengok dia berpusing Nampak kipasnya itu tak laju. Yang laju bila kita tak Nampak bilah kipasnya. Tanda dia laju sampai kita tak Nampak dia bergerak
Atau orang naik kapalterbang tanda dia laju ialah tak terasa pun dia bergerak

The mind of Ashaari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan