Khamis, 26 Mei 2011

kesederhanaan Dalam Islam


Umat Islam sudah terlalu lama dibohongi, ditipu, dipermain-mainkan dan dihina-hina. Dan selama itulah pula Yahudi dan nasrani bergelak ketawa sepuas-puasnya.Mereka gembira kerana berjaya memperbodohkan umat Islam.Dalam setiap aspek hidup sama ada kecil mahupun besar, umat Islam sudah ditipu atau dipesongkan dari ajaran Islam. Yang mana pada dasamya, segala bidang hidup yang penting telah dipisahkan dari Akhirat.Dalam ha1 pendidikan, pelajaran, akhlak, ibadah, aqidah, syariat, ekonomi, politik, sosial, perubatan, perhubungan, ketenteraan dan serba-serbinya semuanya dihalakan kepada dunia.

Akhirat seolah-olah tidak wujud.Atau kalau pun ada, kecil sekali.Yakni diperingati dalam waktu-waktu yang singkat di upacara-upacara kecil di masjid, di hari kematian dan di majlis-majlis khusus yang ada hubungan dengan agama.

Akhirat betul-betul disisihkan dari hidup umat dari fikiran dan hati mereka.Siapa selalu Sebut Akhirat akan jadi kolot, jumud dan anti pembangunan, katanya.

Lalu umat Islam dilalaikan selalai-lalainya dengan dunia.Tuhan dan Akhirat sekali-sekala sahaja datang dalam hidup atau dalam ingatan mereka.Ingatan-ingatan dari ALLAH dan Rasul tentang besamya.Akhirat diputar-belitkan dan diselewengkan dari maksud asal. Bahkan sesiapa yang serius dengan Akhirat dikatakan golongan frust dan tinggal dunia. Dan dikatakan tidak maju dan anti establishment.Dunia yang menipu dibesar-besarkan hingga kelihatan begitu indah dan menakjubkan.Hingga umat Islam memuja dunia bagaikan kelkatu mengerumuni lampu.

Penyakit makan gaji sudah jadi hidup mati umat Islam,yang begitu diperjuangkan guna menampuk-nampuk dunia untuk diri sendiri, bukan untuk masyarakat atau kemajuan umat. Lalu merangkaklah kita menuju ke pintu neraka dunia yang haru-biru itu

Sepatutnya umat Islam ini terbentuk oleh pendidikan Rasulullah SAW Yakni hidup dan mati mereka diuntukkan kepada ALLAH Matlamat mereka ialah Akhirat, bukannya dunia. Mereka zuhud untuk diri kerana memberi kekayaan kepada Islam dan masyarakat Islam.Mereka takut untuk kaya di dunia kerana bimbangkan Hari Hisab yang maha dahsyat itu.Mereka benar-benar bersedia untuk mati, kerana mati adalah kemuncak kehidupan.Yakni saat penentu bahagia atau derita hakiki yang bakal ditempuh.

Umat Islam sepatutnya jadi abid perindu ALLAH dan mengenangiNya di malam hari, dan menjadi pejuang-pejuang yang handal dan gigih di waktu siang.Supaya dengan itu mereka dapat mengambil kembali dunia ini, yang sudah lama dirampas oleh Yahudi dan nasrani dari tangan umat Islam; untuk faedah umat Islam seluruhnya, bukan untuk individu. Kerana itu Akhirat mesti di hati.Dunia cuma di tangan.Bukannya
dunia di hati, akhirat di tangan.

Mengapa Timbul konsep Fifty-Fifty

waktu ini ramai lagi umat Islam masih terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang mengatakan 50% untuk dunia dan 50% lagi untuk Akhirat.Sedangkan dakyah inilah yang telah memesong kan umat Islam dari landasan hidup yang sebenar.Yang kemudiannya mencampakkan kita semua, umat Islam ke dalam lembah kemunduran, kemiskinan, kejahilan, kekotoran, kebekuan, kehinaan, hidup berkasta-kasta, kebinasaan dan 1001 macam penyakit dan permasalahan lagi. Yang kerana itu memberi kesempatan kepada bangsa lain untuk bangun menguasai dunia, mengkotak-katikkan kita semahu-mahunya

Umat Islam sudah terlalu lama dibohongi, ditipu dipermain-mainkan dan dihina-hina. Dan selama itulah pula Yahudi dan nasrani bergelak ketawa sepuas-puasnya.Mereka gembira kerana berjaya memperbodohkan umat Islam


Apa Itu Sederbana Atau Seimbang

RASULULLAH SAW bersabda:
Terjemahannya: Sebaik-baik pekerjaan itu ialak pertengahan (sederhana)

Dalam mengertikan maksud Hadis ini, ramai ilmuan Islam yang menganggap sederhana yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu sama dengan sederhana dalam pengertian keadaan orang-orang Melayu, yakni pertengahan.Iaitu satu yang tidaklah baik sangat dan tidak juga buruk sangat.

Misalnya,wajahnya sederhana saja.Ertinya orang itu tidaklah cantik sangat dan tidak juga buruk sangat. Contoh yang lain, Ertinya, orang itu taraf hidupnya tidaklah terlalu kaya dan tidaklah terlalu miskin..

Dengan kata lain, sederhana pada orang Melayu ialah ukuran separuh-separuh atau setengah-setengah. Ibarat kayu pembaris panjang 12 sentimeter, yang sederhana atau pertengahannya ialah 6 sentimeter-6 sentimeter. Sederhana bagi 100% itu ialah 50%-50%.

Dengan kefahaman yang sebegitu, maka sebahagian besar ilmuan Islam Malaysia telah pun menggariskan kepada umat Islam agar bersederhana dalam beribadah dan dalam menurut syariat ALLAH.

Mengikut ukuran tadi,sembahyang sunat jangan banyak sangat.Sederhana sajalah. Menutup aurat jangan berlebih-lebihan.Sederhanalah! Berkorban dan berjuang fisabilillah pun jangan melampau-lampau. Kan Rasulullah suruh bersederhana.Maka kiranya ada orang bersembahyang sunat bcrpuluh-puluh rakaat, mesti ada yang bersuara,

“Jangan lebih-lebih sangat!" Kalau ada yang memakai jubah dan serban pula dicapkan sebagai ekstrim (sudah melampau di luar sederhana). Dan bila si polan berhabis-habisan dalam berjuang dan berkorban menegakkan agama ALLAH, terdengarlah oleh kita ejekan,

“Dunia mahu juga, Akhirat mahu juga. Fifty-fiffylah”, “Sikap itu keterlaluan”.

Demikianlah berjayanya diterapkan pengertian ‘sederhana’ cara Melayu kepada umat Islam dalam urusan-urusan agama. Manakala dalam sudut duniawi, hal itu tidak pula diperkatakan dan diperjuangkan. Walhal Rasulullah tidak khususkan sederhana itu pada soal-soal Ukhrawi sahaja. Baginda merangkumkan sederhana itu dalam sama ada dunia mahupun Akhirat.semua bentuk kerja

Kalaulah ada seorang yang buat kerja dunia, bertungkus-lumus pagi petang, siang malam sampai tidak peduli orang lain atau tidak fikir halal haram, perintah atau larangan, hingga tidak rehat-rehat, belum pernah kita terdengar sindiran-sindiran sekalipun daripada lidah ilmuan islam yang mengatakan,

“Bersederhanalah, jangan melampau-lampau bekerja.Rasulullah kan suruh sederhana.”

Sebaliknya apa yang kita dengar ialah pujaan, sanjungan dan rasa kagum.

“Hebat si polan tu.Rajin dan gigih sekali.”

Demikian juga halnya terhadap golongan yang siang malam ke hulu ke hilir menari, menyanyi, berlakon dan tanpa jemu buat bermacam-macam maksiat tanpa letih, dan tidak behenti-henti. Belum pun ada suara-suara penentangan yang serius mengatakan mereka itu “ekstrim,

melampau, gila, biul, otak tak centre” dan lain-lain lagi.Sebaliknya usaha-usaha gigih yang di luar sederhana itu dipamerkan dan diiklankan di dada-dada akhbar.Agar umat meraikan dan ikut serta dalam kegigihan bekerja itu.

“Fiffy-fiff lah”
Saranan supaya bersederhana tidak timbul lagi.tidak diapply di sini.
“Dunia mahu juga, Akhirat pun mahu”
sudah tidak dipakai lagi.

Bab ini kena dunia 100%.

Hadis Rasulullah sudah tidak dibaca lagi.Yang digunakan.ialah ‘Hadis’ mereka sendiri iaitu ‘Hadis Melayu’

Apalagi kalau seseorang itu mengaji (belajar), mengejar Ph.D, bergolok bergadai, pergi ke luar negeri, tinggal anak isteri bertahun-tahun, lupa orang, lupa sembahyang, gila-gila mengaji hingga tidak kenal Tuhan, itu tidak mengapa.Tidak dianggap melampau.Itu bagus.Tiru dia.“Itulah lelaki zaman ini“, ‘Terwira”, “Manusia contoh” dan bermacam-macam pangkat dan gelaran yang diberikan kepada mereka.Mereka dipuja, dikagumi dan diagung- agungkan.

Hadis Rasulullah SAW:Terjemahannya:
Sebaik-baik pekerjaan itu sederhana.Tidak pun dibaca

“Fifty-fiftylah,’ dunia mahu juga,Tidak lagi diingatkan, Akhirat nak juga.Jangan melampau!”

Mengapa terjadi diskriminasi dan salah faham yang demikian itu ?

Pertama,kerana salah tafsir.

Kedua, kerana penyakit cinta dunia yang menjadi-jadi hingga penyakit cinta dunia ini turut menimpa para ilmuan Islam.

Ketiga, para ilmuan Islam ingin mengambil hati sesetengah golongan yang telah tenggelam dengan dunia. Maka dari sinilah terjadinya kesilapan dan salah tafsir amat merugikan itu.

Pada saya, sederhana yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu adalah merangkumi kerja-kerja dunia Akhirat yang hendaklah dibuat seimbang, sepadan dan hasilnya maksimum yang terbaik mungkin, Yakni satu peringkat yang boleh memberi hasil yang paling lumayan.

Perkataan Rasulullah SAW itu kalau hendak dimelayukan, begini bunyinya: lebih kurang

“Sebaik-baik kerja itu sama ada dunia atau Akhirat ialah tenaga yang diberi seimbang dengan keperluan, padan dengan keupayaan dan memberi hasil yang maksimum.”

Biar saya buat contoh untuk mudah difahami. Katalah kita hendak mengaji. Rasulullah kata sebaik-baik pekerjaan ialah sederhana. Mengaji macam mana yang dikatakan sederhana itu?

Mengaji sikit-sikit ke?
Tentu tidak. Sebab Rasulullah ada bersabda: Terjemahannya:

Tuntutah ilmu walau ke Negeri China.
(Riwayaf Ibnu Adi dan Al Baihaqi)

Di sini jangan kita anggap Rasulullah SAW tidak betul kerana selalu bercakap lain-lain.

Di satu masa disuruhnya bersederhana, di satu masa lain disuruhnya bersungguh-sungguh. Sebenarnya maksud sederhana itu bukan ala kadar, sikit-sikit atau sekadar cukup. Tetapi maksud baginda ialah seimbang atau sepadan dengan keperluan. kita ingin menjadi pandai, ingin kaya dll

Ertinya kalau jawatan tinggi, kenalah mengaji bagi sepadan dan seimbang dengan cita-cita kita itu.Kalau perlu, biar sampai ke Negeri China pun tidak mengapa.

Contoh lain, katalah kita hendak perjuangkan Islam supaya hukum ALLAH tertegak di muka bumi ALLAH ini. Jadi tentu kita hendak berjuang mati-matian dan habis-habisan. Bahkan hidup mati kita adalah untuk jihad fisabilillah. Dan Rasulullah memang menyuruh berbuat begitu, bahkan baginda sendiri melakukan yang sedemikian itu.Yakni berjuang habis-habisan dan mati-matian.

Kalau begitu, tentunya sederhana itu bukan separuh, 50-50 atau tidak berapa cukup atau tidak sungguh-sungguh. Tetapi kesederhana itu bererti seimbang dan sepadan dengan keperluan yang ingin dicapai.Dalam hal mencari rezeki misalnya, apakah kita hendak bersederhana dengan maksud tidak sungguh-sungguh, tidak serius, berlebih kurang dan 50-50 sahaja ?

Tentu tidak.Sebab itu, kata-kata Rasulullah itu sebenarnya bukannya supaya kita tidak buat betul-betul sama ada amalan-amalan duniawi apalagi Ukhrawi. Tetapi ialah agar sungguh-sungguh melakukan sesuatu supaya padan dan seimbang dengan hasil yang dikehendaki, atau yang diperlu Kan tidak lebih dan tidak kurang.

Dengan hujah-hujah di atas itu, saya ingin tegaskan bahawa menurut Islam, bersederhana melakukan kerja itu ialah mengimbangkan antara tenaga kerja atau usaha serta wang ringgit, masa dan lain-lain yang hendak dikorbankan (untuk menghasilkan sesuatu kemanfaatan yang dihajati atau untuk menolak sesuatu kemudaratan), dengan hasil yang diperlukan. Sebagai seorang Islam kita disuruh melakukan sesuatu itu dengan bijaksana, yakni imbangkan antara usaha dengan hasilnya. Jangan terlebih atau terkurang.

Biar saya buat lagi contoh-contoh untuk mudah memahaminya.Katalah kita hendak bunuh lipan yang kita. Sederhana atau seimbang dalam hendak menggigit hal ini ialah kita gunakan kayu sahaja.Jangan guna senapang. Atau jangan guna sebatang lidi.

Yang sederhana ialah kayu, yang melampau ialah senapang atau sebatang lidi tadi.Yang satu melampau lebih, yang satu lagi melampau kurang.

Atau contoh yang lain yang boleh memperjelaskan maksud sederhana ini ialah, katalah kita mahu pergi keluar negeri.Kita pilih dua negara.Yang satu dekat dan yang satu lagi jauh.

Misalnya Singapura dan England.Dalam hal ini, kesederhanaan belanja untuk ke Singapura ialah $200.Manakala kesederhanaan untuk ke England lebih daripada $5000. Ianya akan jadi ekstrim kiranya kita untuk kan ke Singapura $20 atau $2000.Dan akan jadi ekstrim

juga kalau kita untukkan ke England sebanyak $200 atau $2 juta. Begitulah erti sederhananya iaitu mengimbangkan keperluan dengan tujuan tadi.

Dalam contoh ini juga boleh kita lihat satu pengertian lain tentang keseimbangan ini iaitu bila ada orang berkata,

“Kita kena imbangkan antara peruntukan ke Singapura dan England, 50-50-lah

Tidak mungkin berlaku, bukan?
Sebab Singapura dan England tidak sama keperluan dan tuntutannya. Mana boleh samakan peruntukan antara keduanya.

Begitulah halnya dengan kerja-kerja yang hendak dibuat untuk tujuan dunia dan untuk tujuan Akhirat.Rasulullah suruh imbangkan kerja dunia setakat keperluan duniawi kita. Begitu juga Rasulullah suruh imbangkan kerja-kerja untuk Akhirat dengan keperluan Ukhrawi kita. Jangan disamakan tenaga kerja untuk dunia yang sementara ini dengan tumpuan atau tenaga kerja untuk tugas-tugas Ukhrawi yang kekal abadi itu. Sebab dunia dan Akhirat tidak sama.

Dari segi lama masanya, kita tinggal di dunia paling lama 100 tahun. Sedangkan kita akan tinggal di Akhirat untuk selama-lamanya tanpa limit lagi. Di segi kehebatan pula, Akhirat jauh lebih hebat dari dunia.Nikmatnya sangat hebat.Azabnya pula sungguh dahsyat. Jauh lebih hebat dan dahsyat dari nikmat dan azab di dunia ini. Jika dinisbahkan,nikmat dunia hanya satu sedangkan nikmat. Panas api dunia hanya satu sedangkan panas Akhirat 99. api Neraka 70 kali ganda. Jadi mana boleh kita samakan usaha-usaha untuk hidup di dunia dan untuk hidup di Akhirat. Akhirat mesti dilebihkan.

Kaedah 50-50 tidak diapply di sini.boleh Sederhana dalam urusan dunia tidak sama dengan sederhana dalam urusan Akhirat.Kita misalkan nikmat dunia seperti batu akik dan nikmat Akhirat macam intan berlian.Sederhana untuk miliki batu akik ialah $100 sahaja.

Tetapi sederhana untuk dapatkan intan berlian ialah $1000.Itukan berbeza.Mana boleh fifty-fifty! Kita umpamakan pula azab dunia bagaikan gigitan lipan, manakala azab Akhirat bagaikan cengkaman singa.

Dalam keadaan ini, sederhana untuk bunuh lipan ialah dengan kayu. Tetapi sederhana untuk membunuh singa ialah dengan senapang. Ertinya antara dua kesederhanaan ini jauh berbeza. Tidak mungkin sama. Sebab kedua-dua dunia dan Akhirat sangat besar perbezaannya.

Benarlah Rasulullah SAW kerana mengatakan sebaik-baik pekerjaan ialah sederhana. Jangan berlebih-lebih dan jangan pula berkurang. Untuk dunia, kerja hendaklah disesuaikan dengan kecil dan sementaranya dunia ini.Jangan berlebih dan jangan pula berkurang. Tetapi untuk Akhirat, usaha biar sepadan atau seimbang dengan maha besar dan lamanya Akhirat itu. Jangan lebih, jangan berkurang. Tuntutan yang sama disabdakan oleh Rasulullah dalam Hadis lain yang berbunyi:

Terjemahannya:
Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya. Dan bekerjalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mafi esok hari.
(Riwayat lbnu Asakir)

Di sini Rasulullah SAW suruh kita utamakan atau dahulukan Akhirat dari dunia. Bukannya disuruh kita samakan dunia dan Akhirat sepertimana sesetengah orang faham. Hujah saya, mana yang hendak kita dahulukan antara satu kerja yang mesti diselesaikan esok dengan satu kerja lain yang tempoh siapnya boleh bertahun-tahun lagi.

Atau mana yang kita hendak utamakan, membayar hutang yang dituntut membayarnya esok dengan hutang yang boleh ditangguh bertahun-tahun lagi membayarnya?

Tentunya kita akan dahulukan dan utamakan kerja-kerja untuk keperluan hari esok.Yang lama lagi itu, kita akan kemudiankan dan kita boleh rehat-rehat lagi.Tetapi kerja esok tidak boleh main-main dan ditangguh-tangguh lagi.Begitulah bijaknya Rasulullah SAW membuat tamsilan. Dan kita pula kena berhati-hati mentafsirkan ucapan-ucapan Rasulullah. Kalaulah baginda meminta kita samakan tungkus-lumus untuk dunia dan untuk Akhirat, tentulah baginda sendiri yang melakukannya.Tetapi realiti yang kita lihat

ialah Rasulullah begitu meremehkan kepentingan-kepentingan peribadi dalam hal dunia.Tetapi baginda mati- matian untuk ALLAH dan untuk Akhirat.

Rumah baginda cuma bilik-bilik kecil dan sempit yang dimiliki oleh isteri-isteri baginda. Rumah tersebut boleh kita capai bumbungnya.Tidur beralaskan tikar daun tamar (macam tikar mengkuang). Baginda wafat tidak meninggalkan harta benda untuk anak-anak dan isteri-isterinya.Tetapi dengan Akhirat baginda tidak tidur malam kerana hidupkan malam sembahyang, tafakur, baca Quran dan sebagainya. Kalau ada makanan berlebih waktu malam, tidah disimpan

ke pagi Kerana katanya, “Esok belum pasti hidup” Baginda benar-benar laksanakan cakapnya iaitu seolah-olah akan mati esok.Tetapi dengan dunia, tak apa! Ada masa lagi!

Jadi, bersederhanalah kita untuk dunia supaya padan dengan dunia yang kecil dan sementara ini, dan bersederhanalah untuk Akhirat biar padan dengan Akhirat yang maha hebat dan kekal abadi itu.

APAKAH PERKARA YANG SUDAH HILANG DARI UMAT ISLAM ?



Perkara yang sudah hilang dari milik kaum muslimin atau umat Islam secara umum amat banyak sekali. Sama ada kita sedari atau tidak. Tapi yang kita dengar selama ini, kerana sering diperkatakan, selalu saja disebut oleh para pemimpin, ulama, pendakwah, penceramah, para pejuang Islam, ialah ilmu pengetahuan. Hingga hampir semua umat tahu. Bahkan mengakui bahawa umat Islam telah kehilangan ilmu pengetahuan, yang mana satu ketika dahulu umat Islam membawa ilmu dan menguasainya di dalam berbagai-bagai bidang. Umat Islam pernah menguasai ilmu falsafah, sains, kedoktoran, ilmu falak, geografi, sejarah, matematik, selain daripada menguasai ilmu yang bersumberkan Al Quran dan Hadis.

Lahirlah pakar-pakar tauhid, pakar feqah, pakar tasawuf, pakar tafsir, pakar Hadis, pakar sejarah dan lain-lain. Di waktu itu umat Islam menjadi mahaguru dan tempat rujuk di berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan seluruh bangsa di dunia, bahkan bangsa-bangsa Eropah pun berdatangan ke negara umat Islam kerana mempelajari ilmu pengetahuan dipelbagai bidang. Ilmu yang dimiliki dan dikembangkan dan dikuasai oleh orang-orang Barat dan Amerika sekarang ini, asalnya adalah warisan daripada ilmu yang pernah dimiliki oleh umat Islam.

Kemudian mereka memperdalaminya, memperluas dan mengembangkannya hingga mereka telah menjadi maha-guru kepada bangsa-bangsa di dunia. Termasuklah umat Islam, terpaksa belajar semula dengan mereka.

Jadi kehilangan ilmu pengetahuan daripada umat Islam memang rata-rata umat Islam mengetahuinya dan mengakuinya kerana ia sering disebut-sebut di dalam ucapan dan tulisan.

Perlu diingatkan bahawa apakah ilmu sahaja yang hilang dari umat Islam?
Apakah tidak ada perkara-perkara lain yang hilang dari pada umat Islam?
Perkara-perkara yang perlu bahkan sesetengahnya wajib kita mencarinya?

Yang sebenarnya banyak perkara yang telah hilang daripada umat Islam. Sebahagian daripadanya wajib kita mendapatkannya semula. Kerana ia perkara yang amat berharga. Demi keselamatan kita di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat.

Secara umum, perkara-perkara yang telah hilang daripada umat Islam itu boleh dibahagi kepada dua kategori:

Pertama:Kehilangan secara khusus
Kedua:Kehilangan secara umum

KEHILANGAN SECARA KHUSUS
Perkara-perkara yang hilang dari umat Islam secara khusus, antaranya ialah:

1.Hilangnya keadilan dari pemimpin atau pemerintah dan juga kasih sayangnya.
2.Hilangnya sifat berani daripada para alim ulama juga kasih sayang dan nasihat-nasihatnya serta sifat zuhudnya.
3.Hilangnya sifat malu daripada kaum wanita.
4.Hilangnya sifat sabar daripada fakir miskin.
5.Hilangnya sifat pemurah daripada orang kaya.
6.Hilangnya sifat tawadhuk daripada golongan atasan.
7.Hilangnya ilmu pengetahuan daripada ahli ibadah.
8.Hilangnya sifat lemah lembut dan kebijaksanaan daripada para pejuang Islam.
9.Hilangnya sifat bijaksana dan lemah lembut daripada para pendakwah.
10.Hilangnya rasa khusyuk daripada orang yang bersembahyang.
11.Hilangnya sifat amanah daripada orang yang diberi tanggungjawab.


KEHILANGAN SECARA UMUM

Perkara-perkara yang hilang daripada umat Islam secara umum, antaranya ialah:

1.Hilangnya ilmu pengetahuan.
2.Hilangnya kepimpinan bertaraf empayar atau sejagat.
3.Hilangnya akhlak dan budi pekerti yang mulia.
4.Hilangnya ukhwah dan kasih sayang.
5.Hilangnya rasa sifat cemburu terhadap agama dan terhadap kaum wanitanya.
6.Hilangnya perpaduan dan kesatuan umat Islam.
7.Hilangnya rasa bertuhan atau rasa tauhid.
8.Hilangnya rasa cinta kepada Akhirat.
9.Hilangnya rasa takut dengan Tuhan atau dengan dosa.
10.Hilangnya rasa tawakal.
11.Hilangnya rasa qanaah.
12.Hilangnya sifat redha.
13.Hilangnya sifat sabar.
14.Hilangnya sifat bertolak ansur.
15.Hilangnya persahabatan di kalangan kaum muslimin.
16.Hilangnya sifat taat dan setia daripada pengikut terhadap pemimpin.
17.Kehilangan tamadun Islam.
18.Kehilangan undang-undang dan perlembagaan Islam.

Inilah dia secara rambang apa yang telah hilang daripada umat Islam sama ada yang bersifat khusus mahupun bersifat umum. Kalau begitu keadaannya, ertinya umat Islam itu secara umum telah menjadi miskin di dalam semua hal. Miskin di segi material, miskin dari segi moral, miskin bersifat dunia mahupun miskin bersifat Akhirat. Miskin yang bersifat maddi mahupun miskin yang bersifat maknawi dan rohani.

Oleh itu kalau kita ingin mengembalikan sesuatu yang hilang dari umat Islam agar mereka memilikinya semula, ini memerlukan satu perjuangan yang bukan main-main. Memerlukan satu perjuangan yang gigih. Memerlukan pengorbanan apa sahaja. Memerlukan satu perjuangan yang tersusun dan berdisiplin. Memerlukan pemimpin yang boleh menjadi contoh terutama ketaqwaan dan ilmu serta kepimpinannya. Memerlukan ketaatan dan kesetiaan para pengikut. Memerlukan perjuangan yang terus-menerus tanpa henti-henti. Memerlukan kebijaksanaan. Memerlukan role model di kalangan para pejuang dan pemimpin-pemimpinnya.

Pada hari ini, oleh kerana umat Islam memandang serius bahawa yang hilang itu adalah ilmu pengetahuan, nampaknya di dalam memperjuangkan ilmu pengetahuan kelihatan ada kesungguhan walaupun belum sampai ke matlamatnya. Namun sedihnya dan amat malang sekali perkara-perkara yang lain selain ilmu pengetahuan tidak dirasakan hilang atau mungkin terasa juga kehilangannya tapi tidak dianggap penting seperti pentingnya ilmu pengetahuan. Maka usaha dan perjuangan untuk mengembalikan perkara-perkara itu kurang diambil perhatian atau tidak begitu serius memperjuangkannya. Lantaran itu kehilangan perkara-perkara yang lain selain ilmu pengetahuan rasa amat payah untuk dikembalikan atau amat payahhendak dicari semula.

Bahkan sebahagian umat Islam tidak mengambil pusing langsung mengenai akhlak, ukhwah dan lain-lain. Umat Islam sudah tidak terasa lagi kehilangan iman, kehilangan akhlak, kehilangan sifat pemurah, kehilangan sifat sabar, kehilangan sifat redha, kehilangan kesatuan dan perpaduan, kehilangan sifat bertolak ansur dan lain-lain lagi.

Sebagai contoh:
Seorang ibu atau bapa atau guru, apabila seseorang anak atau murid tidak lulus di dalam peperiksaan, mereka marah, susah hati, risau. Kemudian guru itu atau ibu bapa akan memberi berbagai-bagai nasihat, berbagai-bagai cara dan tekanan dilakukan agar murid atau anak itu lulus pada masa yang akan datang.

Guru atau ibu bapa bising sungguh dengan pelajar atau anak yang tidak lulus tadi. Tapi kalau dia tidak bersembahyang atau tidak berakhlak, guru atau ibu bapa tidak pula rasa susah hati.Tidak pula bising, tidak pula memberi nasihat, memberi ingatan serta memberi berbagai-bagai cara dan tekanan agar dia bersembahyang atau berakhlak. Kalaupun guru atau ibu bapa tidak senang tapi rasa tidak senang itu tidak serius, tidak begitu menekan perasaan. Begitulah seterusnya golongan-golongan lain.

Tapi kalau ilmu pengetahuan, semua golongan mengambil berat. Semua golongan membising-bisingkannya. Semua golongan mengambil tahu. Semua golongan mengambil perhatian. Kalau mundur, semua golongan susah hati. Kalau berjaya atau cemerlang, semua golongan suka atau gembira.

Mengapa terjadi demikian?

Ini kerana ilmu yang dikejar itu, mereka hendak jadikan alat untuk mendapatkan keuntungan dunia. Tapi sembahyang, akhlak, iman, taqwa, mereka fikir tidak ada hubungan dengan kepentingan atau keuntungan dunia. Kalau begitu, cuba gambarkan betapa sulitnya kita hendak mengembalikan sesuatu yang hilang selain daripada ilmu pengetahuan. Umat Islam memandang kehilangan itu semua tidak merugikan. Kalau dapat pun mereka menganggap tidak menguntungkan apa-apa. Begitulah rosaknya jiwa dan cara berfikir umat Islam pada hari ini.

Padahal kekuatan umat Islam, survivalnya, kemerdekaannya, kedaulatannya, kemajuannya, kejayaannya, kebahagiaannya, keharmoniannya, bukan ditentukan oleh faktor ilmu semata-mata. Tapi ditentukan oleh semua faktor tadi. Oleh yang demikian, kita umat Islam wajib berusaha dan berjuang untuk mengembalikan semua yang hilang itu agar menjadi milik kita semula. Di sanalah semuanya kemuliaan kita.


Berjuang Mencari Barang yang Hilang

Kita berusaha dan berjuang
mencari barang yang hilang
Hilang yang sudah lama berlaku dicari semula
Macam-macam perkara yang hilang,
untuk hendak mendapatkannya kembali
Kehilangan Tuhan, kehilangan syariat,
kehilangan akhlak yang mulia
Kehilangan kasih sayang, kehilangan ukhwah,
kehilangan simpati
Kehilangan tawakal,
kehilangan sifat merendah diri
Kehilangan pemurah,
kehilangan bertolak ansur,
kehilangan ilmu
Kehilangan sifat redha,
kehilangan sifat sabar,
kehilangan timbang rasa

Mengapa di dalam berjuang mencari barang yang hilang,
kita maki orang?
Kenapa berjuang mencari barang yang hilang,
menghina orang?
Siapa ajar kita berjuang mencari barang yang hilang,
memfitnah orang?
Cara ini bukan mencari barang yang sudah hilang!
Tapi menghilangkan lagi barang yang ada
Maka makin banyaklah barang yang hilang
Barang yang hilang tidak dapat dicari
Yang masih ada hilang pula
Akhirnya makin gigih kita berjuang
Makin lama kita berjuang,
semakin banyak barang yang hilang
Padahal berjuang hendak mencari
barang yang hilang

Ini makin gigih berjuang
makin banyak yang hilang
Ini perjuangan kartun namanya


Menjelang tidur
12 – 10 – 1999
Allahyarham Ust Hj Ashaari Muhammad

PERBEZAAN MASYARAKAT SEBELUM MERDEKA DAN SELEPASNYA


Perbezaan-perbezaan dalam keadaan masyarakat sebelum merdeka dan selepasnya dapat dilihat dalam aspek-aspek berikut:

1.Orang miskin, golongan pertengahan dan orang kaya boleh berada dalam satu kampung. Zaman sekarang, masyarakat sudah disusun di mana ada taman untuk orang miskin (rumah kos murah), ada taman untuk golongan pertengahan dan ada taman hanya untuk golongan atau kelas orang- orang kaya.

2.Dahulu hidup gotong-royong di dalam semua hal. Sekarang semuanya diupah justeru tabiat hidup nafsi-nafsi telah menebal.

3.Dahulu semua anak-anak di dalam sebuah kampung dianggap anak bersama. Mereka dijaga sama-sama dan setiap orang boleh menegur atau merotan. Sekarang cikgu pun dilarang merotan . Betapalah orang biasa.

4.Dahulu orang buat maksiat seperti berjudi, secara menyorok-nyorok. Sekarang orang membuat maksiat secara terang-terangan.

5.Dahulu orang alim dan cikgu dihormati serta disegani. Sekarang orang tidak peduli.

6.Dahulu kalau pengantin baru, di dalam masa sebulan, menziarahi keluarga kedua belah pihak agar kenal-mengenal keluarga kedua-dua belah pihak. Mereka juga menziarahi orang yang dihormati iaitu tuan guru dan ketua kampung. Kini ia jarang berlaku lagi.

7.Dahulu kalau ada orang meminang seorang perempuan, orang-orang penting di dalam satu keluarga diajak berunding untuk sama ada menerima atau menolaknya. Hari ini suasana ini sudah tiada lagi bahkan ada kalanya mereka berdua yang berkira.

8.Dahulu lelaki perempuan pantang berkenal-kenalan, lebih-lebih lagi hendak berjalan berdua-duaan. Ianya dianggap satu pantang larang oleh masyarakat. Sekarang berjalan berdua-duaan bagi yang bukan muhrim sudah jadi budaya.

9.Dahulu kalau atas nama mengaji Al Quran atau mengaji agama, guru-guru tidak mengambil upah. Bahkan sesetengah guru, dia menanggung pula makan minum murid-muridnya. Sekarang mengajar Al Quran dan mengaji agama sudah jadi komersil.

10.Dahulu alim ulama tempat orang ziarahi. Sekarang mereka tidak diziarahi lagi.

11.Dahulu setiap pokok yang berbuah di sesebuah kampung, sudah menjadi adat setiap orang boleh mengambilnya dan makanlah sekenyang-kenyangnya. Hanya dilarang membawa balik. Sekarang, jangan. Ia akan dianggap mencuri atau menceroboh.

12.Dahulu kalau orang menangkap banyak ikan sungai, mereka agih-agihkan kepada orang kampung. Mereka tidak jual. Sekarang hal ini tidak berlaku lagi.

13.Dahulu kalau ada pergaduhan di kampung, orang-orang tua akan mendamaikan dan dibuat kenduri. Adakalanya dibuat di masjid. Sekarang tidak berlaku lagi.

14.Dahulu anak-anak muda yang belum berkahwin digalakkan untuk tidur di masjid atau di surau. Sekarang sudah tidak ada lagi.

15.Dahulu, anak lelaki khatam Al Quran lebih dahulu, baru boleh berkhatan. Begitu juga anak-anak perempuan, mesti khatam Al Quran lebih dahulu, baru boleh kahwin. Sekarang berkhatan atau berkahwin tidak ada sangkut-paut dengan Al Quran.

16.Dahulu kalau ibu bapa menghantar anak pergi mengaji AlQuran, mereka menghadiahkan kepada guru itu satu rotan sambil mengatakan kepada guru itu, “Kalau anak saya ini nakal, rotanlah dia dengan rotan ini”. Sekarang merotan murid satu pantang larang.

17.Dahulu orang ramai minat membawa hadiah-hadiah kepada guru-guru. Sekarang tidak berlaku lagi.

18.Dahulu kalau orang tidak pakai songkok berjalan, dianggap kurang adab. Sekarang tidak pakai songkok sudah jadi budaya bahkan ulama pun berjalan bergondol.

19.Dahulu kalau perempuan terutama perempuan muda, malu sangat kalau berselisih di jalan dengan lelaki. Sekarang berjalan berdua-duaan lelaki perempuan bukan muhrim jadi
budaya.

20.Dahulu pasangan yang berkahwin, antara yang lelaki dengan yang perempuan, mesti ada jarak umur. Suami mesti lebih tua daripada isteri. Paling tidak lima tahun. Sekarang
kebanyakan suami isteri umurnya sebaya.

21.Dahulu kalau ada pemuda yang bekerja di negeri lain, contohnya sebagai polis atau askar, kalau mereka balik bercuti, mereka bukan sahaja menziarahi ibu bapa bahkan turut menziarahi tuan-tuan guru dan orang-orang penting di kampung. Kalau tidak, dianggap tidak beradab. Sekarang sekadar ziarah ibu bapa sahaja. Ziarah orang penting di kampung sudah tiada lagi.

22.Dahulu, perempuan-perempuan muda tidak akan keluar rumah kecuali dengan keluarga. Hari ini mereka keluar rumah sesuka hati. Tidak kira sama ada seorang diri atau dengan orang lain. Ia sudah jadi perkara biasa.

23.Dahulu di dalam masa pertunangan, jangan mimpi hendak bertemu. Lebih-lebih lagi hendak dibawa berjalan-jalan. Sekarang belum bertunang pun sudah berjalan berdua-duaan. Betapa pula setelah bertunang.


Beza Hidup Sebelum dan Selepas Merdeka

Aku hidup sempat berada di dalam empat kerajaan
Dua kali kerajaan British, sekali pemerintahan Jepun,
sekali kerajaan Malaysia yang merdeka
Semasa penjajahan terutama penjajahan Jepun
di antara kesusahan dan penderitaan
secara umum akan diceritakan sebagai pengetahuan
Miskin dan papa merata-rata tempat berlaku sangat ketara
Kemudahan kehidupan seperti alat-alat perhubungan,
jalan raya, tempat tinggal dan pakaian amat susahnya
Berbagai-bagai penyakit tidak ada orang yang tidak diserangnya
Ubat-ubatan sangat terbatas, hanya ubat tradisi sahaja
Harimau mengganas, kerbau, lembu, kambing
jadi sasaran bahamannya
Tempat belajar sangat terbatas terutama di zaman Jepun
Kerana itulah cerdik pandai Melayu terlalu kurang
Merata di kalangan orang Melayu buta huruf
terutama kaum ibu

Rata-rata orang Melayu mundur
Pekerjaan sangat terbatas
Ramai yang bekerja sendiri
Di kalangan orang Melayu hanya berjawatan polis, askar, cikgu
Peringkat kerani hanya bilangan jari
Pendapatan rakyat tidak menentu

Untuk menziarahi keluarga sekadar sejauh 20 dan 30 batu
jarang berlaku, terasa sangat jauhnya
Kalau lebih jauh dari itu terputus terus
tidak tahu ke mana hendak dicari sampai mati

Kemajuan boleh dikatakan tidak ada pembangunan
hanya ala kadar sahaja
Pembangunan sangat terbatas sekali
hanya di bandar-bandar sahaja
Bangunan yang paling tinggi di waktu itu hanya 7 tingkat
Hutan merata-rata tempat kerana belum diserang
oleh pembangunan dan kemajuan
Jalan raya amat dhaifnya
Perjalanan di antara satu tempat ke satu tempat
terasa amat jauhnya

Tapi di celah-celah kesusahan dan kepayahan itu
ada yang indahnya
Kasih sayang masih berbunga
Ia berbuah sekalipun tidak lebat
Lebih-lebih lagi sesama keluarga
Bekerjasama tanpa digesa sangat ketara
Sebagai contoh yang ia jadi budaya:
Membuat rumah bergotong-royong bersama
Membuat bendang berderau sesama sekampung
Kalau kenduri-kendara kenduri bersama
Masing-masing membawa bahan mentahnya
untuk dimasak dan makan bersama

Di musim buah, buah-buahan di kebun siapa pun
boleh diambil bersama
Siapa yang mengambilnya sekalipun tidak ada keizinan tuannya
tidak dianggap mencuri
Siapa yang menangkap ikan dapat lebih
diagih-agihkan sekampung
Perempuan-perempuan muda terutama anak dara
dijaga bersama, tidak ada yang berani menodainya
Kalau berlaku sekali-sekala insiden riuh-rendah sekampung,
yang melakukannya sangat malunya
adakalanya berpindah dari kampung
Jarang mendengar kecurian, rompak, samun, pergaduhan,
apatah lagi pembunuhan
Berzina, sumbang muhram, buang anak, rogol
hampir tidak kedengaran
Perceraian susah berlaku dan jarang terjadi

Anak-anak masih menghormati ibu bapanya
Murid-murid masih kasih dengan guru-gurunya
Apatah lagi guru agama dan ulama sangat dihormati
Guru-guru agama dan ulama tempat rujuk orang kampung
Hingga hendak nikah kahwin pun bertanya tok guru
Ziarah-menziarahi masih jadi budaya terutama sesama keluarga
Mencari jodoh adalah urusan orang tua
bukan urusan peribadi, kekal sampai mati
Orang miskin tidak terbiar ada sahaja orang yang memberi
Orang-orang tua atau pemimpin dihormati dan dimuliakan
Orang segan dengan mereka
Krisis di antara puak terlalu sedikit
Apatah lagi kerana politik tidak terjadi
Setelah merdeka apa sudah terjadi?

Setelah merdeka memang tidak dapat dinafi
banyak perkara positif terjadi
Semua orang terasa hal itu, tidak boleh dinafi
Ramai orang Melayu yang pandai dan berjawatan tinggi
Buta huruf sudah tidak ada lagi
Kemajuan dan pembangunan merata negara dan negeri
Kemewahan di kalangan orang Melayu
sudah wujud agak merata
Ramai di kalangan orang Melayu menjadi jutawan
dan bilionwan segera
Kemiskinan semakin berkurangan

Tapi yang malangnya bahkan sangat menyedihkan
budaya lama yang positif
bahkan yang diperlukan setiap masa
hilang begitu sahaja tidak dipertahankan
Lahir pula perkara positif yang baru
menggantikan perkara positif yang lama
yang sangat disayangkan
Kemajuan pesat berlaku tapi budi bahasa yang indah layu
bahkan hilang ditiup bayu
Orang Melayu sudah pandai-pandai
yang berjawatan tinggi sudah ramai
hidup nafsi-nafsi pula jadi budaya
Gotong-royong, bekerjasama, rasa bersama hilang
kecuali digesa-gesa dan terpaksa atau pura-pura
Hidup agak selesa, alat perhubungan mudah
tapi ziarah-menziarahi kurang sekali
kalau ada, terpaksa aja

Selepas merdeka orang Melayu boleh melancong seluruh dunia
tapi tidak pula membawa identiti Islam Melayu
Di waktu itu orang Melayu sudah berfikiran terbuka
maka terbuka pula krisis merata
Orang Melayu terima demokrasi
boleh memilih pemimpin sendiri
tapi berbalahan, perpecahan menjadi-jadi
Wujud sekolah di mana-mana
belajar mudah tapi kasih sayang pecah
ibu bapa, guru-guru tidak dihormati lagi
Peluang pekerjaan terbuka luas
tapi jenayah merata-rata terjadi
perkelahian, pergaduhan, pembunuhan, zina, rogol,
sumbang muhram menjadi berita setiap hari
Mudah pergi ke mana-mana, tapi ketakutan juga
berlaku di mana-mana

Dahulu masjid tempat ibadah, lambang perpaduan
sekarang tempat berbalah dan berpecah belah
Sepatutnya orang Melayu rakyat atau pemimpin
setelah merdeka bebas menambah perkara-perkara
yang positif di atas perkara positif yang sudah ada
Tapi mengapa melahirkan perkara positif yang baru
korbankan pula perkara positif yang lama
Padahal yang lama sangat diperlukan, yang baru juga diperlu
Seolah-olah orang Melayu terpaksa membuat pilihan
di antara dua

Kalau hendakkan perkara yang baru yang sangat berguna
terpaksa korbankan perkara yang lama yang juga berguna
Mengapa ia terjadi begitu?
Di mana salah silapnya?
Apa yang tidak kena?

Mengapa membuat yang baik korbankan yang baik
Mengapa membuat perkara yang perlu,
korbankan pula yang perlu
Sepatutnya yang lama yang baik perlu dipertahankan
tambah lagi dengan yang baru yang perlu

Begitulah satu bangsa yang hendak menjadi satu bangsa
yang baik dan maju
Satu bangsa yang boleh berdiri sendiri
yang dihormati oleh dunia
Kita akui yang baru banyak yang baik
Tapi mengapa yang lama yang baik itu
diganti dengan yang negatif atau yang tidak baik
Itu tentulah salah sistem,
atau pemimpin tidak pandai menilai
dan tidak pandai mendidik rakyat
Bukan senang yang lama yang baik itu
hendak dikembalikan semula?!
Dan juga tidak semudahnya yang baru yang negatif itu
hendak ditumpaskan pula
Kalau bukan Tuhan campur tangan
mungkin seratus tahun lagi tidak akan selesai
Semoga yang lama dapat dihidupkan semula,
yang baru dikekalkan juga,
di samping dimantapkan lagiiman dan taqwa
Maka lahirlah negara yang aman makmur
dan mendapat keampunan Tuhan
Itulah cita-cita kita

Nukilan: Allahyarham Ust Hj Ashaari Muhammad

Ahad, 15 Mei 2011

MENCARI KETENANGAN HATI ATAU JIWA



Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.

Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati boleh baik dan jahat.
Rasa senang apabila ia dipuji.
Rasa menderita apabila di keji.
Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan
Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
Rasa dendam apabila orang menganiayainya.

Simpati dengan orang susah.
Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.

Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat.


Hati boleh dididik.


Lihat apa kata Allah tentang hati. Firman Allah:
"Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya." (Asy - Syams: 9)

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang."
(Al - A’la: 14 - 15)

"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat."
(Asy - Syuara: 88-89)


Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang


1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.

Bila ketenangan tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.

Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidak tenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.

Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya. Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat muka dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.

Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, keluar daripada menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kita zalimi itu. Tinggalkan membuat dosa kemudian kembali berpegang dan bersandar kepada Allah SWT.

Insya-Allah ketidaktenangan akan hilang.



TUHAN ADALAH SUMBER KEBAIKAN


TUHAN adalah sumber segala kebaikan
Mintalah apa sahaja kalau
Dia menerima Dia boleh bagi apa sahaja
Dia adalah cahaya langit dan bumi
Petunjuk kepada manusia menuju Tuhannya
Dia adalah Maha Agung, Maha Besar, Maha Hebat
Maha Cantik mengikut ukuran Tuhan,
bukan ukuran makhluk
Cantik secara Khaliq bukan secara makhluk

Dia adalah Maha Sempurna tidak perlu disempurnakan
Dia adalah penentu segala-galanya, Dia tidak ditentukan
Kekayaan-Nya tidak berkesudahan
Pemberian-Nya tidak akan berkurangan

Tuhan adalah pemimpin bagi orang yang bertaqwa
Dan menjadi musuh kepada orang yang kafir
dan orang yang ingkar
Dia adalah Cinta Agung
Sepatutnya semua manusia mencintai-Nya
Sepertimana Dia juga patut ditakuti
Dia adalah pemimpin, Dia adalah idola
Dia patut diagungkan, disembah dan dipuja

Dia tempat bermesra dan tempat bermanja
Tempat mengadu, tempat meminta,
tempat menyelesaikan segala masalah
Dia adalah penenang jiwa,
tempat harapan tiada kecewa

Nukilan: Allahyarham Ust Hj Ashaari Muhammad

Mati dan Hidup Sebagai Ujian


Firman Tuhan, dalam Al-Quran maksudnya: “Dijadikan mati dan hidup untuk menguji manusia siapakah di kalangan mereka yang baik amalannya.” (Al-Mulk:2)

Dalam ayat ini, Tuhan sebut mati dan hidup. Tidak disebut hidup dan mati. Tetapi dimulakan dengan mati kemudian barulah hidup. Apakah maksudnya ?

Itu Tuhan hendak memberitahu kita bahawa memikirkan tentang mati atau selepas mati itu lebih utama daripada masa hidup. Di sini juga Tuhan menunjukkan adanya mati. Untuk selamat selepas mati, Tuhan menegaskan supaya membuat amalan baik di waktu hidup lagi.

Maksud amalan baik ini mestilah ikut disiplin atau ukuran Tuhan, bukannya disiplin atau ukuran manusia. Sebab kalaulah buat baik ikut ukuran manusia, ramai yang menyangka mereka sudah membuat baik. Tetapi baik itu adalah mengikut cara mereka. Mereka membuat baik bukan untuk keredhaan Tuhan. Mereka membuat baik sebab ada kepentingan dunia. Mereka membuat baik sebab mahukan ganjaran dan balasan. Mereka buat baik sebab mahukan nama dan glamour. Yang penting di sini, walaupun tadi dituntut untuk membuat baik, tetapi tak cukup sekadar itu. Kenalah membuat baik semata-mata nak dapat redha Tuhan. Tidak boleh sekali-kali disimpangkan niat atau tujuan membuat baik. Jika tidak, ia tak akan menjadi amalan baik. Sebab bagi Tuhan, amalan baik itu tidak cukup sekadar amalan lahir. Ia kenalah disertakan amalan batin.

Berbalik kepada ayat tersebut, hidup di dunia ini Tuhan akan menguji. Ujian ini kalau hendak diperincikan terlalu banyak. Antara ujian itu ialah status hidup. Jelas, bagaimanapun status kita, dituntut untuk kita membuat baik. Tak kira apapun status kita, kenalah membuat baik agar kita selamat selepas mati nanti. Dengan membuat baik inilah menjadi kebahagiaan kita di akhirat kelak.

Status kita dalam hidup ada berbagai. Ada di antara kita yang menjadi kaya. Bagaimana dengan kaya, kita boleh membuat baik ? Iaitu bila boleh jadi pemurah. Dengan kaya itu, boleh menolong orang miskin dan membantu orang yang berjuang di jalan Allah. Tak pula semua orang itu kaya. Ada juga yang miskin. Bagi yang miskin dituntut juga membuat baik dengan miskinnya itu. Bagaimana ? Iaitu dengan miskin, dia boleh sabar atau redha. Dengan miskin, dia boleh jaga syariat Tuhan. Walaupun miskin, dia masih boleh gunakan tenaganya untuk menolong orang .

Ada pula yang yang dapat kuasa, statusnya sebagai pemimpin atau raja. Tidaklah salah menjadi pemimpin atau raja, tetapi kuasa itu kenalah dijadikan amalan baik. Setidak-tidaknya dia boleh adil sebagai pemimpin dan juga boleh merendah diri dengan orang bawahannya. Bagi mereka yang bergelar Ilmuan atau ulamak, boleh berbuat baik dengan berbagai cara seperti memberi ilmu dan nasihat-menasihati orang kerana Tuhan.

Antara status tinggi dan status rendah di dunia, kenalah berhati-hati dengan status yang tinggi. Biasanya orang status tinggi lupa dengan Tuhan. Selalunya orang yang berstatus tinggi ini menderhakai Tuhan. Antara penyakit orang status tinggi ini adalah sombong, megah, riak dan tidak peduli orang. Kalaupun peduli orang, itu lebih untuk mendapatkan pujian. Supaya dia dapat nama dan disanjung tinggi.

Demikianlah secara ringkas diterangkan tentang maksud ayat Al-Quran tersebut. Moga-moga dapatlah kita memahami dan menjadikannya sebagai panduan hidup.

Dalam negatif, ada positif

Setiap sesuatu yang negatif mesti dilihat dari sudut yang positif. Atas sesuatu yang negatif berlaku pada kita, walaupun nampak negatif, tetapi di situ ada pengajaran, ada didikan dan ada hikmah daripada Tuhan. Di sebalik yang tersurat berbentuk negatif, ada tersirat yang berbentuk positif. Hal sedemikian, jika tidak dicungkil, jika tidak digali, akan tinggal sebagai negatif. Padahal jika negatif dilihat sebagai negatif sahaja, ia akan terus tinggal sebagai negatif. Bahkan ia sedikit atau banyak, boleh mempengaruhi kehidupan kita. Dengan mencari hikmah serta pengajaran disebaliknya, nescaya ia akan dilihat sebagai positif. Walau negatif, tetapi tetap positif. Itulah yang sepatutnya menjadi panduan kita dalam berdepan dengan perkara-perkara negatif.

Contohnya seperti ini:
Kalau kita sakit, asal nampak negatif. Tapi tahukah kita bahawa dengan sakit, kita akan dapat pahala percuma dari Allah? Allah buat begitu sebab nak beri pahala kepada kita. Memanglah teruk kita menanggung kesakitan, tapi dengannya itu kita dijanjikan pahala oleh Tuhan tanpa perlu kita bersusah payah buat ibadah. Selain itu, dengan sakit, ia dapat memberi kerehatan kepada badan kita untuk satu tempoh yang sementara. Seolah-olah satu paksaan dari Tuhan untuk membolehkan tubuh badan kita direhatkan daripada kepenatan dan keletihan bekerja. Dengan sakit juga, setidak-tidaknya boleh memberi keinsafan kepada kita. Selama ini kita sentiasa sihat, sekarang diberikan sakit supaya kita beringat agar gunakan waktu sihat di jalan Allah. Supaya kita tidak lalai dan leka daripada mengingati Allah. Mulanya negatif, tetapi bila dikaji-kaji, dicari hikmah dan pengajaran, sakit itu sebenarnya positif.

Contoh lain:
Kita dihina dan dikata orang. Memanglah sakit hati kita mendengarnya. Pada lahirnya memang negatif. Tapi, jika kita positifkan, kita tidak balas hinaan tersebut sebaliknya kita katakan pada diri kita, “memang aku ini hamba Tuhan, layak dihina dan layak dikata.” Dengan melihatnya sebagai positif, kita sudah dapat mengelakkan daripada krisis antara kita dengan orang yang mengata itu berlarutan. Sekurang-kurangnya dengan lapang dada kita, kita sudah dapat mencetuskan perpaduan. Bahkan dengan menilai kata-kata hinaan tersebut, mungkin ada kebenarannya dan ini dapat membaiki kelemahan kita. Juga, hasil sabar kita, Allah akan meningkat darjat kita.

Inilah yang difirmankan Tuhan, dalam Al-Quran, maksudnya:
"Sifat baik itu tidak akan diberikan melainkan kepada orang-orang yang sabar."

Seperkara lagi yang cukup besar, bila ada orang hina dan orang kata kepada kita, akan jatuhlah ego kita, dan mencairkan kesombongan kita. Cuba bayangkan, kalau tidak ada orang mengata dan menghina kita, kita akan rasa diri hebat dan rasa diri sempurna. Itulah ego namanya.

Dua contoh yang diberikan di atas sudah cukup mendorong kita untuk menjadi orang yang berfikiran positif. Mulakanlah kehidupan kita setiap hari ini dengan keazaman untuk melihat sesuatu itu dengan positif. Daripada situlah nanti kita akan sentiasa positif dengan apa jua keadaan yang berlaku. Hasilnya, kita akan menjadi orang yang sentiasa tenang dengan kehidupan dunia.



Nikmat Tuhan Yang Paling Berharga

Marilah kita berfikir tentang nikmat Tuhan
Agar kita boleh bersyukur dan malu kepada-Nya
Sedarlah kita, lebih banyak nikmat yang kita tidak minta diberi
Yang kita minta tidak dikabuli sedikit sahaja
Tapi kita tidak sedar apa yang berlaku kepada diri kita
Bahkan nikmat yang diberi yang tidak diminta,
lebih berharga daripada yang kita minta sama ada dikabuli atau tidak:

Wujudnya kita, satu nikmat yang besar tanpa kita minta
Iman dan Islam yang ada pada kita lebih besar lagi tidak kita minta juga
Kerana kita lahir daripada ibu bapa yang sudah sedia menerimanya
Kita pun terus menyambungnya, cuma kita diperintah berusaha menyuburkannya
Otak dan hati nurani bukankah juga kita tidak memintanya?
Mata, telinga, hidung dan mulut dan segala jawarih adakah kita memintanya?!
Tidak perlu saya menjawabnya

Juga nafas turun naik Tuhan anugerahkan tanpa memintanya
Yang kita usahakan dan yang kita minta dapat, murah sangat nilainya
Di antaranya pangkat, wang ringgit, kesihatan, suami atau isteri dan anak-anak
Juga rumah, pakaian, pinggan mangkuk dan perhiasan yang ada
Selain ini tidak payahlah disebut lagi, sangat murahnya nilainya

Mengapa kita tidak terfikir selama ini
nikmat yang diberi yang tidak kita minta lebih besar nilainya
bahkan lebih banyak
Mana lebih besar nikmat wujudnya kita yang kita tidak minta
dengan wang ringgit yang kita usaha dan minta?
Juga iman dan Islam yang kita tidak minta,
mana lebih besar daripada pakaian dan perabot?
Nafas turun naik yang kita tidak minta,
mana lebih utama daripada suami atau isteri kita?
Semua orang boleh menjawabnya
Oleh itu jika ada yang kita minta tidak dikabulkan oleh Tuhan kita
Tak usahlah susah hati
kerana yang tidak dapat itu nilainya murah sahaja
dibandingkan dengan yang tidak diminta
Syukurilah Tuhan apa yang ada!
Nanti Allah Taala akan menambahkan lagi sekalipun tidak diminta

Nukilan: Allahyarham Ust Hj Ashaari Muhammad
Selepas Asar
2.9.99

Cucu-Cucu Kesayangan Rasulullah SAW


Sabda Rasulullah SAW:
“Semua anak Adam bernasabkan ayah mereka kecuali anak-anak Fatimah. Akulah ayah mereka dan akulah yang menurunkan mereka.”

“Kepada Hassan, aku wariskan sifat kepemurahanku tetapi kepada Hussin aku wariskan sifat keberanianku.”

“Hassan dan Hussin adalah dua kebangganku di dunia ini.”

“Bahwa Hassan dan Hussin termasuk nama-nama yang terdapat dalam Syurga dan kedua nama tersebut tidak terdapat pada zaman jahiliah.”

Sayyidina Hassan dan Hussin biasanya dipanggil sebagai putera-putera Rasulullah SAW walaupun mereka sebenarnya adalah cucu-cucu baginda. Rasulullah SAW sangat ingin kan anak lelaki karena kesemua anak-anak lelaki baginda meninggal sewaktu mereka masih kecil. Maka apabila mendapat dua orang cucu lelaki ini, Rasulullah memanggil mereka, “Anak-anakku” manakala mereka memanggil Rasulullah, ayah. Terhadap Sayyidina Ali, ayah mereka, Sayyidina Hassan memanggilnya, “Abu Hussin” dan Sayyidina Hussin memanggilnya, “Abu Hassan”.

Rasulullah SAW sangat sayang pada cucu-cucunya. Terdapat banyak peristiwa yang menunjukkan betapa mendalamnya kasih baginda terhadap mereka. Sewaktu Sayyidina Hassan dan Hussin masih kecil, apabila Rasulullah SAW sembahyang, baginda meletakkan mereka di sampingnya. Kedua-dua cucunya ini memperhatikan gerak gerik baginda dalam sembahyangnya. Bahkan, ketika baginda sujud, kedua-dua anak itu melompat ke belakang baginda. Maka ada seseorang yang mencoba melarang kanak-kanak itu, tapi baginda mengisyaratkan supaya dibiarkan saja kedua-dua cucunya bermain di belakangnya.

Jika Rasulullah SAW hendak mengerjakan sembahyang, maka baginda meletakkan Hasan dan Husain. Kemudian baginda bersabda:

“Sesiapa yang kasih kepadaku hendaklah ia kasih kepada yang dua ini (Hasan dan Husain).

Pada suatu hari Rasulullah SAW keluar bertemu dengan kaum muslimin, sedang bersamanya ada Hasan dan Husain. Seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kiri. Baginda mencium Hasan, kemudian mencium Husain pula.

Ketika Rasulullah SAW membawa Hasan dan Husain, tiba-tiba seorang lelaki bertanya kepada baginda,
“Ya Rasulullah, apakah engkau sangat cinta kepada mereka berdua?”

Baginda terus menjawab,
“Sudah tentu. Sesiapa yang mengasihi kedua cucuku ini maka bererti telah mengasihi aku, dan sesiapa yang memarahinya bererti ia memarahi aku.”

Umar bin Khattab pernah menyaksikan Rasulullah SAW sedang mengendong Hasan dan Husain, seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kiri baginda. Maka Umar berkata kepada Hasan dan Husain,
“Kuda yang paling baik ialah di bawah kamu (Rasulullah).”

Rasulullah melirik kepada cucunya lalu berkata,
“Dan penunggang kuda yang paling mahir adalah kamu berdua.”

Di dalam rumahnya sendiri, Rasulullah SAW membawa Hasan dan Husain di atas belakangnya, kemudian baginda berjalan dengan tangan dan kaki sambil berkata:

“Unta yang paling baik ialah unta kamu, dan sebaik-baik pasangan ialah kamu berdua.”

Pada suatu hari Rasulullah SAW diundang makan ke rumah seorang Sahabat. Ketika baginda dan para Sahabat berjalan menuju rumah orang yang mengundang makan itu, baginda melihat Husain sedang bermain-main dengan kanak-kanak di tengah jalan. Baginda ingin bergurau dengan Husain, maka baginda berjalan lebih laju sehingga baginda agak ke depan berbanding rombongannya. Apabila tiba dekat Husain, baginda membuka kedua-dua tangannya sambil mengisyaratkan supaya Husain melompat kepadanya. Lalu Husain melompat ke arah baginda dan beliau tertawa sambil mendakap serta mencium Husain sambil bersabda:

“Husain sebagian dari diriku, dan aku sebagian darinya. Allah mengasihi orang yang mengasihi Husain.”

Pernah berlaku, ketika para Sahabat duduk di sekeliling Rasulullah SAW ketika matahari hampir tenggelam, maka datang orang memberitahu baginda bahwa Hasan dan Husain telah hilang entah ke mana.

Mendengar yang demikian membuat Rasulullah takut lalu berkata kepada para Sahabat,
“Bangkitlah kamu, pergi cari anakku!”

Kemudian baginda mengajak salah seorang di antara Sahabat ikut bersamanya. Rasulullah SAW menyeru semua Sahabat supaya sama-sama mencari Hasan dan Husain sebelum malam tiba, tapi tidak juga ditemui. Tiba di suatu tempat, melihat Hasan dan Husain berpelukan dan amat ketakutan karena di hadapan mereka ada seekor ular besar yang dari mulutnya keluar api.

Dengan pantas, Rasulullah SAW mengambil perhatian ular itu supaya beralih kepadanya. Tidak lama kemudian ular itu pergi ke celah-celah batu. Baginda terus mengambil Hasan dan Husain, memisahkan keduanya, lalu menyapu wajah keduanya. Sambil memeluk keduanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Demi ayah dan ibuku, kamu berdua teramat mulia di sisi Allah.”

Sesudah itu barulah nafas Hasan dan Husain kembali seperti biasa. Kemudian baginda pun mengangkat keduanya, seorang ke bahu kanan dan seorang lagi ke bahu kirinya.

Pernah berlaku, Rasulullah sudah berdiri di atas mimbar, lalu baginda berkhutbah kepada umat Islam. Maka datanglah Husain ke dalam masjid sedangkan di lehernya ada perca kain yang ditarik dan dihulur-hulurkannya.

Husain pun berjalan di celah-celah jemaah Jumaat yang sedang duduk mendengar khutbah dari Rasulullah. Perca kain itu dihulur dan ditarik-tariknya. Tiba-tiba kaki Husain tersandung lalu jatuh dengan mukanya ke tanah.

Melihat itu, Rasulullah SAW meluru ke arah Husain. Apabila orang lain melihat baginda datang, maka mereka cepat mengambil Husain dan memberikannya kepada baginda. Husain diciumi Rasulullah sambil mengucapkan:

“Semoga Allah membunuh syaitan, dan sesungguhnya anak adalah fitnah.”

Ketika itulah baginda memandang kepada sidang jemaah sambil meminta maaf. Baginda berkata,

“Demi Allah, aku tidak sedar telah turun dari mimbar hinggalah aku mendatanginya (Husain).”

Pernah Rasulullah SAW masuk ke rumah puterinya Fatimah bertujuan untuk berziarah dan memberi ketenangan jiwa kepadanya, lalu baginda bertanya tentang keadaan dirinya dan rumah tangganya. Baginda juga bertanya tentang suami dan anak-anaknya. Rasulullah berkata kepada Fatimah,

“Suruhlah suami dan anak-anakmu datang ke mari.”

Lalu Fatimah memanggil mereka semua, maka mereka pun datang sambil memberi salam kepada Rasulullah dan menyambut kedatangan baginda dengan gembira. Dalam kesempatan itu Rasulullah bergurau senda dan beramah mesra dengan mereka.Setelah suasana telah tenang maka baginda menyuruh mereka duduk di hadapannya lalu baginda berdoa untuk mereka:

“Ya Allah, mereka ini adalah keluarga Muhammad. Berikan rahmat dan keberkatan-Mu kepada mereka sebagaimana telah Engkau berikan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguh nya Engkau Maha Terpuji lagi Mulia. Ya Allah, inilah keluargaku, hilangkan lah dari mereka kekotoran dan bersihkan mereka dengan kesucian. Ya Allah, redhailah mereka sebagaimana aku redha kepada mereka.”

“Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias seperti dandanan perempuan jahiliyah yang dahulu, dan dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat, dan ikutlah Allah dan Rasul-Nya. Allah hanya mengkehendaki, supaya Dia menghilangkan kekotoran (dosa) daripadamu, hai ahlul bait dan supaya Dia membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya.”
QS Al Ahzab: 33

Sumber
Pemuda Ahli Sunnah
http://tigosotigo.blogspot.com/

Ahad, 8 Mei 2011

ZON-ZON MANUSIA DI DUNIA


SAYA dengan izin ALLAH telah berkesempatan mengelilingi bumi Tuhan ini. Di benua Asia, hampir keseluruhannya telah jelajahi saya secara kasar

Timur Tengah, sudah berbelas-belas kali dan menjelajah secara umum hampir kesemua daerahnya.Di benua Afika dan Amerika sempat saya lawati sebahagian daripadanya. Dan di benua Eropah, hampir kesemua negaranya telah saya jelajahi.

Hasil daripada apa yang saya lihat dan amati, dapatlah saya rumuskan bahawa manusia yang tinggal di dunia ini terdapat di tiga zon bumi yang terpenting iaitu:

A. Zon Pertama
Kawasan Khatulistiwa yang lebat dan tebal dengan pokok kayu yang menghijau, beriklim tropika yakni cuacanya hujan panas berudara lembab-lembab
basah seperti di kawasan Asia Tenggara khususnya diGugusan Kepulauan Melayu.

B. Zon Kedua
Kawasan padang pasir, berdebu dan berbatu, gondol daripada pokok kayu yang besar-besar, beriklim gurun yakni cuacanya terlalu panas di musim panas dan terlalu sejuk di musim sejuk, serta berudara kering seperti di kawasan Timur Tengah, India dan Pakistan.

C. Zon Ketiga
Kawasan di antara padang pasir dan pokok-pokok kayu kecil-kecil dan jarang-jarang, yang mempunyai iklim empat musim yakni:

a. Musim sejuk (Winter)
b. Musim panas (Summer)
c. Musim bunga (spring)
d. Musim luruh (Autumn)

Ia kebanyakannya terdapat di negara-negara Eropah,(Barat), Amerika Syarikat dan Jepun.

Penduduk di ketiga-tiga kawasan zon ini setelah dilihat dan dikaji didapati watak mereka di antara satu sama lain agak berlainan. Faktor penting yang mempengaruhi mereka mengikut pandangan mata lahir mungkin barangkali disebabkan iklim dan keadaan cuaca serta kedudukan bumi tempat mereka tinggal.Tapi hakikat sebenarnya ALLAH-lah yang menjadikan watak mereka itu tidak sama.

Apa yang saya maksudkan di sini ialah:

A. Di kawasan zon pertama yakni di Asia Tenggara

contohnya di kawasan Kepulauan Melayu di sini buminya hanya bertanah, tidak berpasir, penuh dengan hutan belantara yang padat dengan pokok menghijau, berudara lembab basah dan saiz penduduknya kecil-kecil. watak mereka lemah lembut atau tidak kasar, bersifat tolak ansur dan pemarahnya tidak menonjol. Pemikiran mereka pula adalah sederhana yakni tidak terlalu tajam dan tidak pula terlalu lemah.

B. Di kawasan zon ke’dua yakni di Timur Tengah,India dan Pakistan

di sini bergurun, diliputi padang pasir yang gondol daripada pokok-pokok, bergunung-ganang, berbatu pejal, pasirnya berdebu-debu. Kalau ada pun pokok, pendek-pendek dan keras serta berduri. Kawasan ini juga berudara kering dan langitnya tanpa awan tebal.

Didapati penduduknya bersaiz besar, tegap, sasa dan kuat. Watak mereka dicorakkan oleh suasana hidup mereka dan ini menjadikan mereka berwatak kasar, berani dan lasak. Sifat pemarahnya amat menonjol, berhati keras, tahan menderita,gopoh, cepat bertindak, emosional dan suka bergaduh.

Dari kawasan ini lahir manusia yang kejam dan zalim serta suka berperang sepertimana yang tersebut di dalam Al Quran; ALLAH dedahkan kezaliman dan kekejaman mereka yang mereka itu kebanyakannya datang dari kawasan-kawasan ini seperti Firaun, Namrud dan Hamman. Hingga sekarang ini kita dapat lihat pemerintahan di kawasan ini lebih keras dibandingkan dengan zon-zon lain. Orang-orang di sini pula ALLAH kurniakan pada mereka daya pemikiran yang lebih sedikit daripada penduduk penduduk di sebelah Timur tadi.

C. Di kawasan zon ketiga, yakni di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan China

di sini tanahnya di antara padang pasir dan pokok-pokok yang tidak terlalu besar dan jarang-jarang yakni di kawasan empat usim yang mengalami musim sejuk, musim panas, musim bunga dan musim luruh. Didapati penduduknya ada yang bersaiz besar dan ada yang bersaiz sederhana, dan watak mereka di antara kasar dengan lembut. Otak mereka pula lebih bijak dan tajam daripada penduduk-penduduk di kedua-dua zon tadi. Sebab itu lahir di kalangan mereka ahli fikir dan falsafah yang terlalu ramai. Di antaranya Aristotle, Socrates, Plato, Bernard Shaw, John Steward Mill, Picci dan ramai lagi.

Hingga kerana itu sampai sekarang ini mengatasi bangsa-bangsa yang tinggal di kawasan-kawasan zon yang lain.Dari segi berfikir dan ilmu pengetahuan, mereka

Bagaimana ALLAH mendidik penduduk di ketiga-tiga zon ini ?
Mari kita sama-sama mengkajinya.

ALLAH SWT Iebih mengetahui tentang watak-watak manusia di ketiga-tiga zon dunia tadi kerana DIA yang menjadikan mereka dengan watak-watak yang berbeza.Maka untuk memimpin mereka kepada kebenaran ALLAH datangkan tiga kaedah atau tiga, cara berikut:

1. Untuk Penduduk di Zon Pertama

Yakni di Sebelah Timur ALLAH tidak datangkan kepada mereka para pemimpin yang ditunjuk oleh-Nya secara jelas; iaitu para pemimpin yang bertaraf rasul atau nabi.Tetapi mereka hanya didatangkan para ulama biasa atau mubaligh-mubaligh yang tidak perlu membawa ilmu fikiran yang tajam. Sekadar membawa akhlak dan dan budi pekerti yang mulia sudah cukup untuk menawan hati mereka kepada ajaran Islam. Tanpa melalui peperangan fikiran atau peperangan senjata yang sengit, mudah mereka memeluk Islam.Kalau ada pun hanyalah perlawanan yang kecil-kecil atau melibatkan bilangan yang sedikit sahaja.

Jadi sifat lemah lembut mereka itu memudahkan mereka menerima kebenaran walaupun tidak dipimpin oleh manusia-manusia yang bertaraf rasul atau nabi atau wali atau ahli-ahli ilmu dan ahli-ahli fikir yang begitu hebat. Ini bersesuaian dengan sifat yang lemah lembut serta otak sederhana yang mereka miliki.

Ini menjadikan mereka tidak perlu kepada hujah-hujah dan ilmu yang mendalam dari ulama-ulama dan mubaligh-mubaligh yang mengajak mereka kepada Islam mereka mudah menerima Islam.

2. Untuk Penduduk di Zon Kedua

Yakni penduduk-penduduk di kawasan padang pasir yang gondol daripada pokok-pokok kayu dan bergunung-ganang dan berbukit-bukau.Di sana susah untuk dapat makanan dan minuman. Oleh itu untuk dapatkan rezeki mereka terpaksa bersusah payah dan menderita. Berpindah-randah menjadi perkara biasa untuk dapatkan kehidupan yang selamat. Ini menjadikan mereka orang yang lasak, berani, tahan jiwa, pemarah, bengis, cepat bertindak, gopoh dan mudah bergaduh.

Orang yang sebegini wataknya bukan mudah untuk ditundukkan hati dan nafsu mereka. Melainkan ALLAH pimpin mereka dengan dihantar pemimpin yang sangat teguh imannya, berakhlak tinggi serta berakal fikiran yang tajam. Seperti didatangkan kepada mereka para rasul dan nabi, yang memiliki itu semua dan dibekalkan pula mukjizat-mukjizat untuk menguatkan hujah-hujah mereka.

Selepas para rasul dan nabi, ramai wali dan ahli-ahli ilmu yang ALLAH lahirkan. Wali-wali ini ALLAH bekalkan dengan karamah-karamah di samping iman dan akhlak yang tinggi.

Kalaulah pemimpin yang ada tidak bertaraf seperti mereka tadi, mereka tidak akan mampu untuk berhadapan dan memimpin penduduk-penduduk dikawasan ini. Disebabkan sifat kasar, bengis dan kuat bertindak hingga terkenal dalam sejarah mereka sanggup untuk membunuh rasul dan nabi yang utuskan kepada mereka itu. Tapi oleh kerana ALLAH hendak memuliakan para rasul, nabi dan wali-wali ini, mereka dibekalkan mukjizat dan karamah untuk membantu perjuangan, seperti kisah Nabi Musa a.s. Nabi Isa a.s. dan Rasulullah SAW sendiri.

Mereka yang tinggal di-kawasan-kawasan ini setelah datangnya Islam, terdidik oleh ajaran Islam itu sehingga menjadi orang yang berakhlak, berilmu dan tidak kurang juga ahli fikir yang berani mempertahankan Islam, tahan uji ketika berhadapan dengan penderitaan dan ancaman demi menegakkan kebenaran.

Sahabat Rasulullah dan tokoh-tokoh besar Islam di kawasan ini ramai yang mati syahid. Kalau tidak mati syahid di medan peperangan (terkenal dalam sejarah) mereka tahan menderita dalam menghadapi ujian. Contohnya seperti Khulafa’ur Rasyidin, Khalid Ibnu Walid, Tariq bin Ziad, Imam-Imam Mahzab yang empat, Salahuddin Al Ayubi, dan tokoh-tokoh ulama yang lain seperti Muhammad Al Fateh Abu Hassan Asyaari, Imam Al Ghazali, Imam Sayuti, Umar Mokhtar, Hassan Al banna dan lain-lain lagi.

Kemudian Islam juga mendidik bangsa ini hingga menjadi manusia yang kuat berfikir serta tajam akalnya. Tokoh-tokoh yang terkenal ialah seperti Imam Hambali, Imam Shafi’i, Imam Hanafi, Imam MALIK dan Imam Al Ghazali.Yang paling besarnya, Islam dapat membentuk akhlak yang mulia sehingga umat Islam di zaman salafussoleh tidak dapat ditandingi akhlak mereka oleh mana-mana bangsa pun di dunia hingga ke hari ini.

Apa yang kita saksikan pada mereka yang tinggal hari ini adalah yang rapuh dan reput imannya serta rosak akhlaknya. Sehingga kini lahir orang yang kasar, suka bersengketa dan berperang di antara satu sama lain.

Kalau kita hendak memimpin mereka sekarang, memanglah rasul dan nabi sudah tidak ada lagi kalau ada pun orang-orang yang bertaraf wali. Sekiranya wali pun tidak ada untuk memimpin mereka, mestilah didatangkan pemimpin yang berakhlak tinggi atau orang soleh yang imannya kuat, serta sedikit sebanyak ada ilmu dan berkebolehan berfikir untuk berhadapan dengan mereka ini.Tidak boleh sebarang ulama dan mubaligh untuk memimpin mereka di akhir zaman ini; untuk orang-orang di zon ini.

3. Untuk Kawasan Zon Ketiga

seperti Eropah (Barat), Amerika, Jepun, Rusia dan China Kawasan ini yang buminya mengalami empat musim (musim sejuknya bersalji, musim panasnya panas sederhana, musim bunga semua pokoknya berbunga dan musim luruh semua daunnya luruh), ALLAH jadikan orang-orang di sini mempunyai akal yang bijak dan tajam. ALLAH juga tidak datangkan di kalangan mereka para rasul dan nabi secara jelas. Tapi dengan otak mereka yang tajam, yang ALLAH bekalkan itu, mereka boleh mencari dan menilai sendiri kebenaran Islam.

Mereka yang benar-benar rajin akan mencari kebenaran dengan menggunakan akal fikiran mereka. Maka ramai di kalangan mereka yang telah memeluk agama Islam. Walau bagaimana pun akhlak mereka ini tidak terlalu menonjol dibandingkan dengan umat Islam di zon kedua tadi. Sebab itu jarang kita dengar lahirnya di kalangan mereka ini wali-wali yang akhlaknya amat hebat lebih-lebih lagi tidak ada para nabi dan rasul.

Tapi mereka itu cepat dapat meniru ilmu pengetahuan yang didatangkan oleh Islam. Sekalipun mereka tidak menganut agama Islam. Jelas hari ini di Barat, asas-asas ilmu mereka terima hasil sumbangan daripada umat Islam di zaman dahulu. Oleh itu kalau kita hendak memimpin penduduk ini mestilah didatangkan ulama-ulama atau mubaligh-mubaligh yang selain daripada memiliki iman dan akhlak mestilah membawa pemikiran yang tajam sehingga sanggup berhadapan dan bertukar Fikiran dengan mereka.Kalau hanya membawa akhlak sahaja tidak mencukupi. Tetapi mesti membawa iman, akal dan akhlak sekaligus. Barulah boleh membimbing mereka ini.Begitulah pandangan saya setelah saya melihat dan mengamati hasil dari pengembaraan saya mengelilingi dunia ini.

Kalaulah pengamatan saya ini tersalah atau tersilap, saya rasa tidaklah terlalu jauh menyimpang Setidak-tidaknya pandangan atau pendapat saya tadi boleh diterima.

Inilah pandangan saya yang mana para pembaca boleh menilai sendiri apakah
ada kebenaran atau tidak ?


Mari Kita Mengenal Manusia Dan Bagaimana Dia Berperanan

Maha Besar dan Maha Suci Tuhan yang menjadikan di dalam diri manusia
ada empat anasir yang berfungsi dan berperanan
Jasad, roh, nafsu dan akal yang merupakan satu pakej kejadian manusia
yang luar biasa dan berperanan
Keempat-empat anasir itulah yang bertindak bekerjasama satu sama lain
menggerakkan manusia di dalam kehidupan
Sama ada manusia sedar atau tidak sedar
begitulah diri manusia itu bertindak di waktu hidupnya
Kalau semua anasir itu sihat dan sama-sama dewasa dan matang
ia akan jadi manusia luar biasa, tetapi jarang berlaku
Peranannya sangat mengkagumkan, beruntunglah kalau satu bangsa itu
ada rakyatnya begitu, bukan sahaja individunya beruntung

Mari kita mengenal manusia lahir dan batinnya
Agar kita kenal diri kita dan kenal juga orang lain
dan mengenal watak dan sikap manusia untuk pandai mendidiknya
Jasad lahir tidak perlu diperkata kerana mudah manusia mengenalnya
Kita akan perkatakan tiga anasir yang penting sahaja
kerana susah difaham oleh manusia yang ramai

Tugas roh hanya merasa:
Seperti rasa marah, rasa suka, rasa takut, rasa cemas, rasa sedih,
rasa gembira, rasa senang, rasa meradang, rasa dendam, rasa sayang,
rasa cinta, rasa simpati, rasa jijik, rasa dengki, rasa pelik,
rasa lega dan sebagainya

Nafsunya peranannya berkehendak atau merangsang:
Tugas nafsu hanya merangsang dan berkehendak
Kehendaknya sama ada baik atau jahat,
kehendaknya semulajadi sangat gelojoh,
rakus, tamak dan bakhil
Kemahuannya sangat luarbiasa, tidak ada batasnya, macam laut tidak bertepi,
kalau hendak diikutkan badan boleh merana, terseksa dan binasa

Tugas akal lain pula, ia mempunyai peranan yang tersendiri
Akal hanya memikir, mengkaji, mencari ilmu, menerima maklumat dan pengalaman,
kemudian menilai, menapis, menyimpan dan mengeluarkan,

Akal I.Qnya pula ada enam kategori atau enam peringkat
eloklah diketahui oleh ibu bapa, guru-guru dan para pemimpin

Akal genius, atau abqari kekuatan berfikir yang luar biasa dan istimewa
mungkin seratus juta seorang di dalam satu zaman
Akal ini mampu membuat teori, atau membuat penemuan-penemuan baru
dikatakan membuat matan satu-satu ilmu
Selepas itu akal cerdik, boleh dan mampu menghurai teori-teori tadi atau matan hingga mudah difaham oleh ramai
Mungkin 10 juta seorang sahaja yang mendapat I.Q ini

Sesudah itu I.Q cerdik biasa, boleh memahami sebahagian apa yang sudah dihurai
dan diperjelas jika seseorang itu diberi pelajaran yang cukup
Golongan ini agak ramai, ibu bapa dan guru-guru, para pemimpin juga
patut dapat menilai

Di bawah ini hanya I.Q biasa, tidak cerdik dan tidak pula bodoh,
itulah yang teramai di dunia ini

Di bawah ini ada lagi I.Q, iaitu yang bodoh dan yang dungu
tapi golongan ini tidak ramai bilangannya
I.Q ini tidak mampu mempelajari ilmu-ilmu yang dalam dan tinggi-tinggi
Kalau didorong pun tidak boleh pergi,
mungkin setakat darjah rendah sahaja atau sekolah dasar

Roh ada empat kategori pula,
roh yang bercahaya, roh yang bersih, roh yang kabur dan roh yang hitam-legam
Setiap peringkat roh ini ada hubungan dengan sejauh mana baiknya dan jahatnya nafsu
Nafsu pula ada 7 peringkat:

Ammarah nafsu yang sangat jahat,
lawwamah nafsu yang lemah mujahadah,
kerana itulah selalu sahaja mencerca dirinya

Mulhamah nafsu yang sudah mula terpimpin dan terdidik tapi belum kuat,
belum mendarah mendaging, masih di dalam kebimbangan ……lagi
itulah nafsu orang yang soleh

Nafsu mutmainnah, nafsu yang sudah tenang,
ia tidak dapat lagi digugat oleh kesenangan mahupun kesusahan,
sudah dapat darjat wali kecil

Nafsu Radhiah, nafsu yang sudah redha apa sahaja yang telah ditentukan
oleh Allah Taala sama ada senang mahupun susah
Nafsu Mardhiah, nafsu yang Tuhan pula redha,

Nafsu Kamilah kemuncak kebersihan nafsu,
ini hanya ada pada rasul-rasul dan para-para nabi sahaja

Jasad lahir ia hanya tentera-tentera atau pekerja-pekerja suruhan hati,
ia hanya taat semata-mata sama ada kepada kebaikan mahupun kejahatan
Jasad hanya perlu dijaga kesihatannya
Agar mampu melaksanakan arahan hati, raja di dalam diri
Jika ia sihat, ia akan cergas dan aktif
serta tahan lasak melaksanakan kehendak raja diri
iaitu kehendak hati
Oleh itu kesihatan badan kenalah juga diusahakan dan dijaga
Makanannya hendaklah diberi,
zat-zat makanan yang boleh menjaga kesihatannya hendaklah diusahakan

Keempat-empat anasir di dalam diri manusia
bekerjasama satu sama lain
jika ia hendak bertindak
Sama ada tindakannya itu baik mahupun jahat
Mula-mula hati atau roh (raja diri) merasa
Kemudian rasa itu dihantar kepada nafsu, maka nafsu pun berkehendak
atau merangsang untuk mahu bertindak
Selepas itu ia hantar pula kepada akal bagaimana hendak melaksanakan,
maka akal pula yang memikirkan
Sesudah ada keputusan dari akal, ia arahkan seluruh anggota bertindak,
untuk mendapatkannya

Jika Tuhan kehendaki berjaya, maka berjayalah,
jika Tuhan tidak mengkehendaki, maka gagallah
Itulah dia manusia dan bagaimana dia berperanan,
ketahuilah ilmu ini untuk pandai mendidik manusia
Selesailah sudah, maaf kalau salah

1.6.2003
Menjelang Zuhur & Asar
Allahyarham Ust. Ashaari.

WATAK BANGSA



Watak ialah sifat batiniah yang khusus, dibekalkan sejak azali kepada seseorang atau sesuatu kaum atau bangsa secara umumnya. Maknanya orang lain atau bangsa lain atau kaum lain tidak semestinya memiliki sifat-sifat tersebut.Watak juga tidak dapat diusaha-kan atau dipelajari dari pengalaman atau dari mana-mana guru.Ia adalah sifat semulajadi yang dianugerahkan secara khusus kepada individu atau kaum tertentu secara umum. Faktor-faktor yang menentukan watak seseorang atau sesuatu kaum itu ialah keturunan, perkahwinan (ibu bapa), makanan, iklim,

bentuk muka bumi, suasana alam sekitar dan lain-lain lagi. Watak seseorang tidak terlalu menonjol di waktu ia masih bayi atau kanak-kanak. Perkembangan watak berlaku seiring dengan pertambahan umur dan pembesaran fizikal seseorang. Watak yang ada pada seseorang atau satu bangsa itu ada yang baik dan ada yang buruk.Watak-watak yang baik akan menjadi kan seseorang atau sesuatu kaum itu lebih istimewa dari pada seseorang atau sesuatu kaum yang lain. Manakala watak yang buruk itu akan menjadikan seseorang atau sesuatu kaum itu kelihatan ada kekurangan dan kelemahan dibandingkan dengan orang lain atau kaum yang lain sekiranya watak itu diperturutkan.

Contoh watak-watak yang baik yang ada pada seseorang atau sesuatu kaum ialah:

1. Berani
2. Cerdik
3. Memimpin
4. Rajin
5. Berterus terang
6. Pemurah dan suka menolong
7. Lemah lembut
8. Petah bercakap
9. Ramah mesra

Sebaliknya watak-watak yang buruk yang dibekal-kan sejak semulajadi pada seseorang atau sesuatu kaum itu ialah:

1. Penakut
2. Lemah berfikir
3. Malas
4. Menurut atau taat
5. Suka memendam rasa
6. Bakhil atau enggan menolong
7. Kasar dan degil
8. Membisu dan lain-lain lagi

Kita boleh melihat perbezaan-perbezaan watak di antara individu atau kaum-kaum di dunia dalam.pergaulan dan kehidupan harian kita.

Ada seorang dilahirkan bersama karisma kepimpinan yang tinggi. Sebaliknya seorang yang lain langsung ‘tidak mampu memimpin, melainkan menanti dan menurut arahan sahaja. Ada orang lahir bersama kecerdikan, tapi ada manusia lain pula lemah berfikir

Seterusnya ada manusia yang lahir bersama akhlak yang halus, tapi ada manusia lain yang begitu kasar akhlaknya. Demikianlah seterusnya.

Kemudian kita juga dapat menyaksikan watak- watak khusus pada kaum yang watak demikian itu tidak menonjol. bagi sesuatu kaum lain secara umum

Misalnya:
Orang Arab umumnya berwatak berani, terus terang, kasar dan keras hati. Mereka juga begitu bersungguh melayan tetamu dan kuat makan. Masyarakat ini mudah bergaduh, tapi mudah pula memaafkan dan berbaik-baik. Orang Thailand umumnya berwatak lemah lembut, suka menolong, tidak mudah bergaduh dan bertolak ansur. Orang Barat wataknya cerdik, terus terang, boros, keras hati dan hidup nafsi-nafsi.Orang Melayu wataknya secara umum lembut, beralah, memendam rasa dan mesra.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, watak seseorang atau sesuatu kaum itu terbentuk kerana pengaruh keturunan, perkahwinan, alam sekitar dan lain-lain.Hal ini dapat kita saksikan degan jelas pada masyarakat manusia yang tingal di kawasan-kawasan iklim dan muka bumi yang berbeza-beza di dunia.

Di sini saya akan menyebutkannya secara ringkas.
Mengapa diturunkan para nabi dan rasul di Timur Tengah ?
Mengapa pula Barat melahirkan ramai ahli falsafah?
Dan bagaimana pula dengan dunia Timur ini?

Pada saya di Timur Tengah itu iklim dan muka buminya yang keterlaluan yakni panas dan dinginnya keterlaluan, padang pasirnya yang kering-kontang, gersang dan tandus, telah membuatkan manusia-manusianya jadi keterlaluan dalam watak mereka. Mereka itu keras hati, kasar, berani, gopoh-gapah, terus terang dan tahan lasak. Pengaruh iklim dan muka bumi memaksa mereka jadi begitu. Ditambah dengan makanan yang berminyak, daging dan lemak, cili dan bawang mentah; darah mereka jadi panas. Maka mereka akan mudah dan cepat marah.

Maka demi keadilan ALLAH buat kaum ini, ALLAH datangkan pada mereka utusan-Nya; nabi, rasul, ulama-ulama besar dan para wali. Hanya mereka inilah yang mampu mendidik dan memimpin kaum ini agar jadi baik dan tunduk pada kebenaran.

Hasil dari didikan Rasulullah SAW, bangsa Arab pernah menjadi bangsa yang utama, terbaik dan berguna di dunia.Tapi di zaman ini sudah tiada lagi nabi, rasul dan orang-orang yang disebutkan tadi; maka bangsa ini kembali pada watak asalnya.

Di Barat pula, muka buminya yang penuh dengan padang rumput yang subur, tanah datar yang ditumbuhi kayu-kayan yang indah tapi tidak besar dan tebal, dengan iklimnya yang sering sejuk hatta musim panasnya pun masih sejuk (satu suasana pertengahan antara padang pasir dan hutan tebal), mempengaruhi manusia-manusianya menjadi orang-orang yang ahli ikir.

Umumnya mereka ini cerdik dan kreatif. Mereka tidak terlalu agresif tapi tidak terlalu lembut.Sebab itu untuk mendidik mereka ALLAH lahirkan filasuf-filasuf yang ramai. Hasilnya jadilah orang Barat bangsa yang telah mempesonakan dunia dengan kemajuan sains dan teknologinya.Tapi dengan akal saja mereka tidak dapat melihat kebenaran dari Tuhan.

Apa halnya dengan orang Timur ?

Pengaruh iklim,muka bumi dan makanan telah membentuk ‘watak mereka sebagai bangsa yang terlembut didunia.Orang Timur dikatakan bangsa yang paling baik (akhlaknya) di dunia.Iklim dan muka bumi tempat tinggal mereka tidak terlalu mencabar mereka. Lalu mereka tidak perlu merancang sesuatu untuk menghadapinya. Mereka tidak tercabar oleh alam sekitar. Maka jadilah bangsa itu orang yang kurang bergaduh dan berperang. Mereka lembut-lembut dan baik-baik Suka hidup bergotong-royong Tapi kerana itu jugalah mereka jadi bangsa yang tidak cerdik, tidak kreatif dan tidak pernah menjadi empayar didunia.

Tapi ada satu janji ALLAH melalui lidah Rasulullah SAW, untuk orang Islam di Timur iaitu kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman akan berlaku di tangan mereka.Untuk itu pemimpin yang mereka perlukan bukan bertaraf nabi atau rasul atau filasuf. Mereka cukup dengan seorang yang soleh kalau pun tidak bertaraf wali.

Demikianlah watak kaum itu ditentukan juga oleh muka bumi dan iklim di samping lain-lain faktor. Tujuan ALLAH membezakan watak manusia dan bangsa-bangsa itu ialah supaya manusia-manusia itu saling tiru-meniru dan saling belajar-mempelajari, lengkap-melengkapi serta sempurna-menyempurnakan antara satu sama lain.

Firman Allah terjemahannya
Dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak
supaya kamu mengenal satu sama lain.
(Al Hujurat: 13)

Dan lebih besar dari itu ialah supaya manusia mengusahakan lahirnya seseorang atau satu bangsa yang padanya ada berbagai-bagai watak yang baik sebagai gabungan dari watak-watak yang ada pada berbagai bangsa.Usaha ini boleh dibuat dengan merancang dan menjayakan kahwin campur.

Perkahwinan antara bangsa-bangsa dari berbagai-bagai negara di dunia yang beragama Islam, kalau dapat dilaksanakan akan memberi beberapa faedah yang besar
.

Antaranya:
1. Melahirkan generasi baru yang berwatak istimewa yakni gabungan berbagai-bagai watak yang baik. Sebab berkahwin antara dua bangsa yang berbeza, misalnya Melayu dengan Turki, bererti mencantumkan dua jenis darah yang berbeza kandungannya; yang menghasilkan sejenis darah baru yang mempunyai sifat-sifat yang lebih banyak dari sebelumnya.

Dari sana akan lahir anak-anak yang wataknya ialah campuran watak Melayu dan Turki. Di antaranya ramah mesra, cantik cerdik, berani, lemah lembut, dan lain-lain lagi.

Hal ini telah terbukti di dalam sejarah Islam di waktu 3/4 dunia berada di bawah pentadbian Islam.Waktu itu terjadi kahwin campur yang meluas antara umat Islam di berbagai negara. Hasilnya lahir satu generasi Islam yang istimewa. Yang pada mereka itu ada berbagai-bagai watak campuran ibu bapa mereka. Mereka jadi bangsa yang cerdik, berakhlak, berani, pemurah, lemah lembut, memimpin dan lain-lain lagi. Dengan watak watak baik yang semulajadi itu, dididik pula oleh Islam yang sememangnya menggalakkan dan menyuburkan watak-watak baik tersebut, jadilah mereka bangsa yang
dapat menguasai dunia dengan jayanya.


2. Kahwin campur juga dapat menghilangkan sifat asobiah kaumiah (kebangsaan yang sempit) yang ada pada tiap-tiap bangsa.Bila Pakistan berkahwin dengan Arab, anak yang lahir itu bukan lagi Arab dan bukan juga Pakistan. Anak itu tidak lagi ‘menganut’ satu bangsa yang khusus. Maka rasa cinta pada sesuatu bangsa tidak ada dalam hatinya. Ertinya fanatik kebangsaan atau asobiah itu sudah tiada. Yang tinggal padanya itu ialah milik bersama ibu ayahnya iaitu Islam. Islam jadi tempat pergantungan dan identiti dirinya.

Dan dia tidak lagi berkata
“Saya bangsa begian-begian” tapi berkata: “Ana muslim” dan inilah yang kita mahukan bangga dengan Islam bukan dengan bangsa.

3. Apabila tidak ada lagi rasa kebangsaan antara umat Islam, maka sentimen perkauman dan hina-menghina antara umat Islam lenyap dengan sendirinya. Ini mengurangkan ikhtilaf.

Dengan hikmah-hikmah yang demikian itu, maka Islam memang menganjurkan kahwin campur. Rasulullah melarang kahwin antara orang yang terlalu dekat hubungan keluarganya. Misalnya sepupu dengan sepupunya. Hukumnya makruh. Sebab hasil perkahwinan tersebut melahirkan anak-anak yang kurang bermutu sama ada dari segi kecerdikan atau akhlaknya.

Kita boleh buktikan hal ini dengan melihat pada keturunan kebanyakan raja di dunia yang mereka berkahwin sesama puak dan keluarga.Kurang sangat anak-anak raja jadi profesor dan yang mampu mentadbir dengan berjaya. Kebanyakan hanya mampu jadi pemimpin boneka. Saksikan juga hal ini pada rakyat biasa, tentang kualiti anak yang lahir dari perkahwinan di kalangan keluarga.

Di Eropah misalnya sekarang ini ada satu kelompok masyarakatnya yang lahir dari perkahwinan anak dengan bapa, adik dengan abang, ibu dengan anak. Anak-anak haram itu bodoh-bodoh dan jahat, tidak berguna kepada masyarakat.

Hal begini kita lihat tidak pula berlaku dikalangan keturunan Rasulullah yakni Sayid-Sayid dan Syarifah. Mereka walaupun berkahwin sesama keluarga dan puak, namun anak-anak mereka masih berkualiti. Mungkin kerana ALLAH istimewakan keturunan Rasulullah SAW.

Seperkara yang perlu diambil perhatian dalam membincangkan watak ini ialah faktor pendidikan.

Apalagi Pendidikan yang Islamik sangat penting untuk menyuburkan watak atau membendung nya. Tanpa pendidikan, watak yang baik pun akan meliarlah watak yang tidak baik.

Contoh, watak berani.
Ini watak yang baik. Tapi kalau tidak dididik, individu atau bangsa yang berani itu, mungkin keberaniannya dihalakan untuk melakukan maksiat atau mungkin berani membunuh orang, berani mencuri, menipu dan lain-lain lagi. Apa baiknya lagi keberanian bentuk ini?

Berani yang membawa kebaikan itu ialah berani dalam memperjuangkan kebenaran dan hukum ALLAH. Berani menentang musuh-musuh ALLAH dan berani dalam menentang mazmumah (nafsu dan syaitan). Untuk itu hendaklah orang-orang yang berani itu diajar, diasuh, dididik dan dipimpin oleh satu sistem pelajaran dan pendidikan yang benar-benar merujuk kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, oleh guru-guru yang soleh dan solehah.

Tanpa memenuhi syarat-syarat pendidikan tersebut, belum terjamin akan lahirnya orang-orang berani yang baik. Lihatlah realiti masyarakat kini; hasil dari sistem pelajaran dan pendidikan sama ada formal atau infomal, di rumah atau di sekolah telah melahirkan lebih ramai lagi yang berani rasuah, menipu, berzina, menindas, menyalah gunakan kuasa, berfoya-foya, membazir, berjudi, derhaka kepada guru dan ibu bapa dan lain-lain lagi, daripada berani menegakkan kebenaran dari ALLAH. Ini adalah akibat dari salah didikan terhadap watak yang ada.

Contoh lain ialah watak lemah lembut.Watak ini memanglah watak yang baik.Tapi kebaikannya itu ditentukan pula oleh bentuk pendidikan yang diperolehinya. Kalau tersalah didik, watak ini membuatkan seorang itu berlemah lembut dan bertolak ansur dalam segala hal termasuklah dengan soal-soal yang bercanggah dengan syariat yakni dengan maksiat dan kemungkaran.

Sebaliknya kalau mendapat didikan yang tepat, yakni pendidikan Rasulullah, watak Ini akan subur menjadikan seseorang itu tenang menghadapi masalah dan suasana gawat, lapang dada yakni bersedia menerima dengan senyum akan setiap ragam dan kerenah manusia.Maka tidaklah timbul pergaduhan, ketegangan dan lain-lain dalam rumahtangga atau masyarakat

Demikianlah dengan watak-watak lain yang ada pada manusia itu, hendaklah dididik dengan syariat ALLAH. Barulah nanti melahirkan manusia atau bangsa yang benar-benar berguna.

Sebagai kesimpulannya saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua saranan saya itu, iaitu kahwin campur dan pendidikan Islamik adalah dua perkara yang besar yang di perlukan kerjasama dan kesedaran menyeluruh antara semua pihak dan semua kaum terutamanya badan-badan Islam.

Kita mulakanlah dari sekarang. Dan Kalau kita mati, InsyaAllah ada yang menyambungnya.


Peringkat Kematangan Manusia


Di dalam ajaran Islam manusia itu boleh jadi dewasa (baligh)
paling cepat 9 tahun, paling lambat 15 tahun
Ertinya manusia boleh jadi dewasa sekitar 9 – 15 tahun
Maksud dewasa di sini bukan sahaja fizikalnya atau tubuh kasarnya
bahkan keempat anasir di dalam badan
Ikut dewasa sama akalnya, nafsunya dan rohnya

Buktinya fizikal manusia setelah dewasa sekalipun berumur 9 – 15 tahun
jika dia berkahwin sudah ada nafsu dan boleh dapat anak
Akal ikut dewasa kalau mendapat pendidikan yang tepat
9 – 15 tahun sudah boleh menjadi alim dan orang yang bertanggungjawab
Bahkan boleh menjadi profesor atau doktor falsafah,
boleh hafaz Al Quran, dan hafaz ribuan Hadis
Begitu juga nafsunya akan ikut dewasa jika dididik dengan betul dan tepat
Berumur 9 – 15 tahun seseorang boleh memiliki
setidak-tidaknya mendapat nafsu mulhamah

Seterusnya roh manusia boleh dewasa mengikut tubuh kasarnya dewasa
Berumur 9 – 15 tahun kalau cukup asuhannya, rohnya boleh menjadi bercahaya dan boleh mendapat hidayah dan dapat firasat dari Tuhan dan boleh menjadi orang bertaqwa

Selama ini yang sangat dijaga jasad lahirnya sahaja,
tiga anasir lagi tidak diendahkan
Ia diberi makan yang cukup, dijaga kesihatannya,
dijaga kesuburan pertumbuhan badannya
Maka badan lahirnya pun segera subur dan dewasa,
10 atau 12 tahun dia sudah baligh atau matang
Malangnya tiga anasir lagi dibiarkan tidak dididik,
bahkan tidak dipedulikan iaitu akal, nafsu dan rohnya

Oleh yang demikian seseorang itu sudah tidak seimbang lagi di dalam dirinya
Di waktu badan kasar dewasa, badan halus atau rohaninya tidak dewasa,
bahkan masih bersifat keanak-anakan
Akal, nafsu dan rohnya masih keanak-anakan,
badan kasarnya sudah boleh melahirkan anak
dan boleh menjadi ibu dan bapa
Jasad lahirnya sudah boleh membuat tugas besar,
jasad batinnya belum mampu bertugas besar dan penting
Akibat daripada sistem pendidikan yang tidak tepat dan tidak seimbang

Di samping para pendidik, ibu bapa, guru-guru, penjaganya tidak faham
mengimbangkan empat anasir di dalam diri manusia
Maka terjadilah empat anasir di dalam diri manusia
tidak serentak dewasa bersama tubuh kasarnya
Yang punya diri pun rugi, negara dan bangsa pun ikut rugi
kerana manusia itu adalah aset negara dan bangsa

31.5.2003 – 2
Menjelang Maghrib
Allahyarham Ust. Ashaari.