Jumaat, 31 Disember 2010

Muhasabah Tahun Baru



Tahun baru Masehi atau tahun baru Hijriah walaupun berlainan tempat rujuknya
Yang satu dirujuk kepada Nabi Isa yang satu dirujuk kepada hijrah Rasulullah
Namun satu tahun ada 12 bulan mengapa satu tahun ada 12 bulan?

Mesti ada hikmah yang tersirat mengapa 1 tahun ada 12 bulan?!
12 bulan masa yang singkat kalau dibandingkan dengan masa yang jauh Di hadapan buat umur yang panjang tapi ia masa yang panjang buat ukuran satu dekad ke hadapan Di dalam satu tahun ada 12 bulan, setiap insan kenalah muhasabah segala perbuatan Untuk mengukur kejayaan satu tahun, kalau satu dekad bagaimana pula kejayaan yang dihasilkankan dapat diagakkan Lebih-lebih lagi umat Islam dalam satu tahun kenalah pandang ke belakang dan pandang jugalah ke hadapan Bukan memikirkan hendak sambut tahun baru secara pesta dan perayaan Agar kita sentiasa membuat perubahan kepada kebaikan dan seterusnya menjadi umat yang menguasai dunia global yang gemilang

Ukuran kejayaan satu tahun kenalah diukur di semua bidang Dengan itu kita akan dapat mengukur kejayaan atau kegagalan itu di semua bidang atau di sesetengah bidang atau di semua persoalan Aspek yang gagal kenalah buat kajian kerana apa ia gagal, Yang berjaya diteruskan untuk disuburkan Umat Islam apabila berhadapan dengan tahun baru, di
semua aspek kenalah post mortem, bukan sibuk membuat perayaan

Kalau mahulah umat Islam ini menjadi maju, bertamadun dan menempa sejarah gemilang seperti zaman silam Mari kita buat muhasabah itu atau post mortem!

Muhasabah atau post mortem ada beberapa aspek untuk kita faham yang bersifat peribadi, keluarga, masyarakat bagaimana tugas yang diberi tanggungjawab, bagaimana peranannya, juga tanggung jawab dalam jemaah Bersifat peribadi adakah kita menghayati rukun iman, mengerjakan rukun Islam, berakhlak mulia seperti tawadhuk, pemurah, berkasih sayang, sabar, redha, pemaaf

Jika ada keluarga, tanggung jawab kita kepada keluarga disempurnakan atau tidak, berkasih sayang, bertolak ansurkah?!

Jika berjiran, hormati jiran atau tidak, selalu memberi bantuan atau sebaliknya, berlapang dada dengan jiran atau tidak, jiran susah dibantu atau tidak

Seterusnya masyarakat sekampung bagaimana pula?! Masyarakat sekampung adakah kita prihatin kehidupan mereka bekerjasama, berkasih-sayang, ziarah-menziarahi di waktu lapang Jika ada tugas atau jawatan di dalam kerajaan atau swasta, sudahkah kita menyempurnakan tugas itu dengan baik?! Khidmat kita serius atau sambil lewa, bersungguh-sungguh atau bermalas-malas sahaja Jika kita masuk mana-mana jemaah, sudahkah kita menyumbang untuk jemaah, berkasih sayang sesama ahli, bekerjasama menguatkan jemaah

Begitulah sepatutnya kita koreksi diri kita di dalam masa setahun di dalam semua bidang, untuk ukuran Jika cemerlang diteruskan, jika malang jangan diulang Yang cacat ditampal, yang baik diteruskan, yang belum wujud difikirkan dan untuk tindakan Jika semua warganegara befikiran begini, setiap tahun muhasabah diri Yang rosak dibetulkan, yang berlubang ditampal, yang kurang ditambah, yang baik diteruskan bahkan lebih dibaiki lagi

Begitulah setiap tahun terus menerus hingga dekad ke dekad dan seterusnya

Natijahnya, bangsa dan negara maju, berkasih sayang, bekerjasama, Tuhan disembah, berakhlak mulia Berlakulah tamadun jasmani, maknawi dan rohani pada bangsa kita
Bangsa kita bukan sahaja kuat di dalam negara tapi akan jadi empire dunia Begitulah bangsa yang benar-benar bertanggung jawab apabila setahun hilang
Bukan setahun yang datang sibuk memikirkan bagaimana hendak berpesta atau membuat keramaian

Marilah kita tukar cara berfikir, mengubah sikap, dan memikirkan yang akan datang Bukan asyik berslogan, berpesta, berperayaan, berpoya-poya dan berangan.

Allahyarham Ust. Ashaari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan