Jumaat, 31 Disember 2010
Muhasabah Tahun Baru
Tahun baru Masehi atau tahun baru Hijriah walaupun berlainan tempat rujuknya
Yang satu dirujuk kepada Nabi Isa yang satu dirujuk kepada hijrah Rasulullah
Namun satu tahun ada 12 bulan mengapa satu tahun ada 12 bulan?
Mesti ada hikmah yang tersirat mengapa 1 tahun ada 12 bulan?!
12 bulan masa yang singkat kalau dibandingkan dengan masa yang jauh Di hadapan buat umur yang panjang tapi ia masa yang panjang buat ukuran satu dekad ke hadapan Di dalam satu tahun ada 12 bulan, setiap insan kenalah muhasabah segala perbuatan Untuk mengukur kejayaan satu tahun, kalau satu dekad bagaimana pula kejayaan yang dihasilkankan dapat diagakkan Lebih-lebih lagi umat Islam dalam satu tahun kenalah pandang ke belakang dan pandang jugalah ke hadapan Bukan memikirkan hendak sambut tahun baru secara pesta dan perayaan Agar kita sentiasa membuat perubahan kepada kebaikan dan seterusnya menjadi umat yang menguasai dunia global yang gemilang
Ukuran kejayaan satu tahun kenalah diukur di semua bidang Dengan itu kita akan dapat mengukur kejayaan atau kegagalan itu di semua bidang atau di sesetengah bidang atau di semua persoalan Aspek yang gagal kenalah buat kajian kerana apa ia gagal, Yang berjaya diteruskan untuk disuburkan Umat Islam apabila berhadapan dengan tahun baru, di
semua aspek kenalah post mortem, bukan sibuk membuat perayaan
Kalau mahulah umat Islam ini menjadi maju, bertamadun dan menempa sejarah gemilang seperti zaman silam Mari kita buat muhasabah itu atau post mortem!
Muhasabah atau post mortem ada beberapa aspek untuk kita faham yang bersifat peribadi, keluarga, masyarakat bagaimana tugas yang diberi tanggungjawab, bagaimana peranannya, juga tanggung jawab dalam jemaah Bersifat peribadi adakah kita menghayati rukun iman, mengerjakan rukun Islam, berakhlak mulia seperti tawadhuk, pemurah, berkasih sayang, sabar, redha, pemaaf
Jika ada keluarga, tanggung jawab kita kepada keluarga disempurnakan atau tidak, berkasih sayang, bertolak ansurkah?!
Jika berjiran, hormati jiran atau tidak, selalu memberi bantuan atau sebaliknya, berlapang dada dengan jiran atau tidak, jiran susah dibantu atau tidak
Seterusnya masyarakat sekampung bagaimana pula?! Masyarakat sekampung adakah kita prihatin kehidupan mereka bekerjasama, berkasih-sayang, ziarah-menziarahi di waktu lapang Jika ada tugas atau jawatan di dalam kerajaan atau swasta, sudahkah kita menyempurnakan tugas itu dengan baik?! Khidmat kita serius atau sambil lewa, bersungguh-sungguh atau bermalas-malas sahaja Jika kita masuk mana-mana jemaah, sudahkah kita menyumbang untuk jemaah, berkasih sayang sesama ahli, bekerjasama menguatkan jemaah
Begitulah sepatutnya kita koreksi diri kita di dalam masa setahun di dalam semua bidang, untuk ukuran Jika cemerlang diteruskan, jika malang jangan diulang Yang cacat ditampal, yang baik diteruskan, yang belum wujud difikirkan dan untuk tindakan Jika semua warganegara befikiran begini, setiap tahun muhasabah diri Yang rosak dibetulkan, yang berlubang ditampal, yang kurang ditambah, yang baik diteruskan bahkan lebih dibaiki lagi
Begitulah setiap tahun terus menerus hingga dekad ke dekad dan seterusnya
Natijahnya, bangsa dan negara maju, berkasih sayang, bekerjasama, Tuhan disembah, berakhlak mulia Berlakulah tamadun jasmani, maknawi dan rohani pada bangsa kita
Bangsa kita bukan sahaja kuat di dalam negara tapi akan jadi empire dunia Begitulah bangsa yang benar-benar bertanggung jawab apabila setahun hilang
Bukan setahun yang datang sibuk memikirkan bagaimana hendak berpesta atau membuat keramaian
Marilah kita tukar cara berfikir, mengubah sikap, dan memikirkan yang akan datang Bukan asyik berslogan, berpesta, berperayaan, berpoya-poya dan berangan.
Allahyarham Ust. Ashaari.
Ahad, 19 Disember 2010
MARI MENGENAL MANUSIA
Basmalah.
Alhamdulillah kita dpt buat kuliah lagi utk menambah ilmu kita sebab ilmu sgt penting dlm memimpin kita beribadah, berjuang dan berjemaah. Kita akan bercakap tentang bagaimana mengenal manusia. Tajuknya, “Mari Mengenal Manusia”, bila kita kata mari mengenal manusia, kita ini manusia, ertinya mari mengenal diri.
Sabda Rasulullah saw,
"Brgsiapa kenal dirinya, akan kenal Tuhannya. “
Jadi kita hdk kenal diri kita. Kalau tdk kenal diri, tdk kenal Tuhan. Makin byk kenal diri, makin banyak kita kenal Tuhan. Makin mendalam kita kenal diri, makin mendalam kita kenal Tuhan.
Perkataan manusia itu dlm bahasa melayu. Dlm bahasa.Inggeris disebut human being. Dalm bahasa. Arab, disebut ‘insan.’ Insan itu kalau diterjemah ke bahasa.Malaysia, ertinya pelupa.
Mari kita kenal bahawa kita adalah makhluk pelupa. Jadi bila disebut manusia atau insan itu bukanlah satu benda yg gah. “kalau kita kata, mari kita kenal intan. Itu besarlah”. Tapi kalau sebut, “Mari kita kenal org pelupa".. apalah indahnya. Intan tidak ada rasa bangga ttp manusia yg pelupa ini suka bangga.
Apalah indahnya bila Tuhan kata kita ini makhluk pelupa?
Makhluk pelupa ini ada 4 unsur penting padanya. Kalau tiada unsur ini, dia bukan manusia. Dia boleh jd malaikat. 4 unsur ini menjd satu pakej utk menggerakkan manusia. Yang satu sama lainnya perlu memerlukan. Sebab itu keempat2 unsur ini hendaklah dihidupkan dan dicergaskan utk membolehkan manusia ini bergerak, bekerjasama, bantu-membantu dan berjuang.
Unsur2 itu adalah:
1. Fizikal atau b.Arabnya jawarih
2. Akal
3. Nafsu
4. Roh
Apa peranan fizikal ?
Tenaga lahir adalah rakyat dlm iri. Ia alat yg dialatkan oleh roh, akal dan nafsu.Yg lahir ini ia taat shj. Kalau 3 unsur tadi tidak aktif, maka fizikal pun tdk aktif. Itu yg jd kaki tidur. Sebab akal, roh dan nafsu tidak aktif, maka ia tidur. Anggota lahir tdk pandai berfikir dan merancang, ia hanya tunggu arahan. Dia rakyat dlm kerajaan diri.
Apa pula peranan akal?
Kita ada akal ttp kita tdk tahu apa peranannya. Pelik juga. Sebab ia bersifat maknawiyah. Anggota lahir itu kita nampak ia bekerja. Tapi kalau kita tanya “ Apa kerja akal awak?” “Entahlah.'
Sebab itu perlu kenal akal sebab ia sebahagian dr manusia. Akal itu peranannya atau kerjanya menerima maklumat, menerima pengalaman, menerima ilmu, kemudian masuk ke otaknya, ia diproses dan disimpan. Bila perlu, ia dikeluarkan balik. Proses itu yg dikatakan berfikir. Cthnya dia tgk cawan, maklumat itu masuk. Dia tdk biarkan. Dia berfikir. Itu kalau otaknya aktif. Kalau tdk. Kita tdk ajak otak bekerja. Macam fizikal yg tdk diajak bekerja. Begitulah kebykkan umat Islam kini. Maklumat sudah jumpa ttp akal tidak diajak bekerja, jadi pasif.
Pernah tak kita lihat kilang bekerja ?
Ada kilang yg tdk ada enjin. Prosesnya pakai tangan. Ada kilang guna enjin yg terhegeh2. Ada kilang yg guna enjin yg canggih. Kalau yg pakai tangan, satu jam baru boleh siap kuihnya. Kalau yg canggih, seminit siap. Cepat betul prosesnya. Begitulah juga otak. Ada yg laju dan ada yg perlahan. Bila akal laju, dgr maklumat shj, dia boleh proses dan terus keluar. Yg perlahan dia lambat proses maklumat sbb tidak latih. Sangat rugi!
Jadi kalau begitu, akal ini banyak peringkatnya. Itu akal manusia biasa. Para Rasul lain. Merek khususiah. Akal yg begitu bagi kita, bukan rasul dan bukan nabi.
Peringkat-peringkat akal manusia
1. Genius atau bahasa Arabnya Abqari.
Genius pula di pelbagai bidang. Cthnya di bidang kedoktoran, ada seorang genius. Di bidang engineering , ada seorang genius. Dlm semua hal, ada yg genius. Dlm bidang apa pun, genius ini, dlm 100 tahun ada seorang.
Genius itu manusia luar biasa yg bukan seorang nabi. Genius in ialah orang pertama membuat penemuan dlm apa2 bidang.
Dgn kata2 lain org yg buat matan ( teori awal ). Datang org kemudian, barulah matan itu diproses balik. Ilmu yg asal, dari orang yg genius. Ini pembuat matan. Kalau orang Islam, di bidang syariat, geniusnya adalah Imam Syafie. Di bidang tasauf, geniusnya ialah Imam Ghazali.
2. Cerdik.
Akal yang cerdik ini, bila dia dapat satu benda yg telah ditemui oleh orang pertama (pembuat matan), dia boleh hurai. Kalau orang pertama, dapat matan 1 jilid, orang yang cerdik ini kaji dan hurai hingga dapat 10 jilid. Kalau orang yang tidak sekolah tentu anggap orang yang boleh buat 10 jilid itulah yg lebih bijak. Padahal orang yang pertama itu genius sebab buat matan.
3. Cerdik Sederhana.
Pembuat hasiah. Yang 10 jilid tadi, orang yang buat hasiah boleh hurai hingga jadi 20 jilid. Imam Syafie buat Umm satu jilid kecil (matan). Dari Umm, keluar Tufah dan Majmuk oleh mereka yang cerdik sederhana.
4. Sederhana.
Macam kita. Boleh terima ilmu tetapi tidak pandai hendak keluarkan balik. Faham tetapi susah hendak keluarkan.
5. Lemah.
Hanya faham yang asas2. Kalau diberi lebih dari itu, dia jemu dan tidak boleh faham.
6. Dungu.
Yang asas pun payah dia hendak faham.
Kebanyakan manusia secara umum, akalnya seperti yang 3 dan 4. Yang pertama tadi hanya 100 tahun seorang. Kita boleh agak akal kita macam mana.
Kalau Rasul, baginda special case. Baginda tidak boleh dikatakan genius atau abqari. Ada istilah sendiri. Baginda dikatakan Fatonah. Selain Rasul tidak boleh dikatakan Fatonah walau hebat macam mana pun. Rasul special case. Otaknya boleh terima wahyu. Kalau otak biasa boleh mati. Apa buktinya?
Tentu ada hujahnya. Rasulullah itu otaknya Fatonah. Kadang2 sedang naik unta, datang wahyu, terduduk unta. Peluh Rasulullah keluar sebesar biji jagung. Itu pun mungkin satu dua ayat sahaja yang turun tetapi dengan unta-unta pun terduduk. Jadi kalau otak tidak macam Rasul, dapat satu ayat pun tidak ada manfaat. Boleh mati.
Jadi sekarang fahamlah kita tentang peringkat2nya otak. Dalam masyarakat insan yang tidak bersatu, yang tidak kasih sayang, berapa ramai orang yang otaknya cerdik tetapi terbiar.
Di sinilah rahsianya. Hari ini ada berapa ramai professor. Orang kata professor hebatlah. Dia jadi professor bukan sebab dia cerdik. Otaknya sederhana tetapi dia diberi peluang. Mak ayahnya mungkin kaya atau dia kroni kerajaan. Dia dibantu. Sedangkan mungkin ada anak orang miskin yang begitu bijak tetapi orang tidak peduli. Sekolah sampai darjah enam. Sebab itu umat Islam sudah tidak bangun sejak 700 tahun lagi. Rugi betul.
Banyak otak cerdik terkorban sebab tidak dapat peluang. Sebab itu, tidak payahlah tengok 100 tahun yang lalu. Kita ambillah bukti yang agak dekat iaitu 50 tahun sudah. Dalam bidang bahasa, ada tak orang Islam, khususnya orang Melayu yang jadi pendita. Ada seorang iaitu Zaaba. Apakah tak ada orang lain yang cerdik?
Ada tetapi terpinggir. Masyarakat kampong pun tidak peduli. Sebab itu perofessor ramai tapi tidak ada seorang pun jadi pendita. Berapa banyak professor tetapi seorang pun tidak boleh buat 50 buku. Yang ada tesisnya sahaja. Akhirnya umat Islam rugi sebab orang Islam sekarang tidak boleh mencabar dunia. Semenjak 50 tahun yang sudah, mana ada seorang pujangga selepas Hamka dan Agus Salim mati. Kenapa?
Sebab yang pandai2 tidak diberi peluang. Yang berilmu sekarang ini, orang yang tidak pandai tetapi diberi peluang. Akhirnya yg rugi adalah orang Melayu. Selepas Agus Salim, Hamka, Mustafa Abdul Rahman, mana ada penulis besar. Penulis artikel ramai tetapi penulis buku2 tebal tiada. Mana ada pengganti. Sebab orang2 pandai sekarang bukan sebab otaknya baik tetapi sebab diberi peluang. Orang yg otaknya geliga tidak sekolah. Dia tidak mampu. Masyarakat biarkan dan kerajaan biarkan. Akhirnya Negara yang rugi.
Mao tse Tong, ketua komunis yg ada 2 juta pengikut hingga Amerika tercabar. Dia hanya peon (office boy). Genius otaknya. Dia jadi peon di sebuah universiti. Dia tidak ada peluang belajar. Dia hanya mencuri-curi dengar dan proses hingga akhirnya Barat tercabar dengannya.
Soalan
Macam mana hendak mengasah akal yg lemah supaya menjadi sederhana atau sederhana cerdik ?
Jawapan
Orang yg memang lemah, kalau dia mujahadah, dia belajar, dia boleh pandai tetapi tidak cerdik. Mungkin boleh jadi professor. Pandai lain, cerdik lain. Kalau orang itu pandai dan cerdik, hebatlah. Hamka tidak ada kelulusan. Agus Salim dan Mustafa Abdul Rahman, tidak ada kelulusan. Zaaba setakat sekolah menengah tetapi dapat jadi pendita. Kalau diberi peluang, boleh jadi pandai.
Otak macam kita, kalau hendak jadi pandai, kena usaha, tetapi kalau otak cerdik, mengaji lebih kurang sahaja sudah cukup. Kalau kita hendak pandai terpaksa usaha lebih. Bagaimana pun, bagi kita, dengan berkat, boleh jadi cerdik.
Soalan
Apa kaitan akal kita dengan pancaindera?
Jawapan
Pancaindera itu akan aktif bila akal, nafsu dan roh sudah aktif. Kalau roh tidak aktif, akal tidak berfikir, nafsu tidak bertindak, fizikal pun tidak aktiflah sebab dia rakyat atau tentera. Kalau tidak diarah, ia tidak aktiflah.
Soalan
Apakah kesan dari pancaindera yg cacat?
Jawapan
Tengok mana saluran yg penting. Antara mata dan telinga, telingalah yg penting. Orang buta, kalau telinganya boleh dengar, dia akan pandai. Tapi kalau orang tidak boleh dengar, otak cerdik pun tidak guna sebab saluran maklumat sudah terputus.
Bagi orang yg cacat mata dan telinganya, ada Ulama berpendapat ia dianggap tidak mukalaf, jadi masuk syurga percuma.
Akal Jangan Dibiarkan Bersendirian
Akal jangan dibiarkan bersendirian
Kerana ia adalah ciptaan Tuhan
Setiap ciptaan Tuhan mestilah berhadapan dengan kekurangan dan kelemahannya
Akal adalah makhluk rohani yang mempunyai sifat-sifat kekurangan
Hendaklah dia diberi kekuatan
Kekuatannya mestilah dia bersandar dengan Tuhan jangan bersendirian
Akal adalah guru diri manusia
Dia adalah penyuluh jalan kehidupan dunia dan Akhirat bagi insan
Pemandu hidup manusia di mayapada Tuhan
Akal mestilah dipimpin oleh Tuhan dan dipandu oleh wahyu Tuhan
Dia tidak mempunyai kekuatan jika bersendirian
Cuma manusia sahaja rasa akal ada kekuatan
Jika dia bersendirian memimpin diri manusia, mesti tersesat jalan
Tersesat jalan risikonya amat mengancam kehidupan insan
Bukan sahaja padahnya diterima di dunia bahkan bersambung di Akhirat
kelak dengan azab Tuhan
Akal di dalam diri memimpin diri manusia, dia mestilah dipimpin oleh Tuhan
Pemimpin di dalam pimpinan-Nya iaitu Tuhan agar dia memimpin manusia
tidak tersesat jalan
Kerana itulah apabila dikatakan gunakanlah akal
Bukan ertinya menggunakan akal yang bersendirian
Menggunakan akal yang dipandu oleh Tuhan, itulah yang dimaksudkan
Bukan dia memimpin bersendirian tanpa Tuhan
Setiap manusia haraplah ambil perhatian
Jika manusia mahu selamat di atas jalan keselamatan
Allahyarham Ust. Ashaari.
Tarikh : 16 Dec 2004
Ilmu kemahiran berfikir
kemahiran berfikir adalah tatacara dan prosedur berfikir, langkah-langkah berfikir penyusunan pemprosesan dan penghadaman maklumat dan fakta-fakta
Ia juga melibatkan keupayaan :
menyusun mengenal dan menyaring fakta-fakta yg penting dan tidak penting yg relevan dan tidak relevan dan berbagai teori lagi yg kesemuanya menjurus kepada mencapai tahap berfikir yg lebih tinggi dan berkesan
Allah SWT ada berfirman yg bermaksud :
Ingatlah Allah dahulu, baru kamu berfikir
Ini adalah kerana Allah mahukan proses pemikiran itu tidak terlepas dari pengaruh hati dan jiwa yg ingatkan Tuhan. Ini yang manusia tidak faham.
Berfikir dengan akal semata-mata tanpa membawa bersama hati dan jiwa yg berzikir kepada Allah akan menghasilkan buah pemikiran yg tersimpang dari kebenaran dan kehendak tuhan. berfikir tanpa hati yang ingatkan tuhan akan menjauhkan hidayah dan pimpinan Tuhan. Berfikir tanpa melibatkan tuhan akan menafikan ilham dan panduan dari Tuhan.
Akal hanyalah alat bagi menerima, menyusun dan memproses maklumat, fakta dan ilmu. Ia menimbang, menilai dan mencanai tidak lebih dari itu. manafaat atau tidaknya ilmu yg diproses oleh akal bergantung kepada hidup atau matinya hati atau jiwa kita.
Penggunaan akal tanpa dipimpin atau dikawal oleh hati akan menghasilkan ilmu yg tidak bermanafaat. Ilmu yang tidak bermanafaat umumnya ialah ilmu yg tidak mendekatkan kita kepada Allah dan yg menambah iman dan ketakwaan kita kepadaNya. Ilmu yg tidak bermanafaat ialah ilmu yg akan merosakkan kita.
Dalam Islam berfikir bukan semata-mata tugas akal.Ia adalah tugas akal yg dirangsang dan dipandu oleh hati yg bertaqwa. oleh yg demikian langkah pertama utk mendapatkan kemahiran berfikir adalah dengan menanam iman dan taqwa di dalam hati terlebih dahulu. barulah akal dapat dikawal dan dipandu dan dapat menerima ilham dari tuhan utk menghasilkan buah fikiran yg bermanafaat. Akal yg dibebaskan berfikir tanpa kawalan akan berfikir tentang perkara-perkara yg batil dan merosakkan, dan akhirnya menafikan kewujudan Tuhan itu sendiri..
Susahnya menjaga hati
Susahnya menjaga hati
Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan
Ia merupakan wadah
Rebutan di antara malaikat dan syaitan
Masing-masing ingin mengisi
Malaikat dengan hidayah
Syaithan dengan kekufuran
Bila tiada hidayah, ilmupun tidak menjamin sekalipun ia perlu
Susahnya menjaga hati
Bila dipuji ia berbunga
Terasa luar biasa
Bila dicaci aduh sakitnya
Pencaci dibenci
Bahkan berdendam sampai mati
Bila berilmu atau kaya
Sombong mengisi dada
Jika miskin atau kurang ilmu
Rendah diri pula dengan manusia
Adakalanya kecewa
Kemuncaknya putus asa
Takdir yang menimpa susah untuk redha
Ujian yang datang sabar tiada
Jiwa menderita
Kelebihan orang lain hati terseksa
Kesusahan orang lain, hati menghina
Bahkan terhibur pula
Menegur orang suka, ditegur hati luka
Aduh susahnya menjaga hati
Patutlah ia dikatakan raja diri
Bukankan sifat sombong pakaian raja?!
Apabila ilmu di akal pandai berhujah dan berlojik tentang Tuhan.
Apabila ada ilmu di lidah pandai bercakap tentang Tuhan.
Apabila ilmu di hati dia takut dengan Tuhan.
Tapi bila ilmu berTuhan tak melekat dalam hati .
Dia boleh bercakap apa sahaja sesuka hati
seolah-olah Tuhan tak wujud dalam dirinya..
Sekadar lancar berbicara dimulut sahaja....
Langgan:
Catatan (Atom)