Sabtu, 9 Jun 2012
perang fikiran bab 3
PERANG FIKIRAN LEBIH UTAMA DARI PERANG SENJATA
Al Quran dan Hadis, kalau dapat kita fahamkan hingga menjadi buah fikiran kita, merupakan senjata yang paling baik untuk menawan manusia di dunia ini.
ORANG yang berada dalam sesebuah jemaah Islamiah adalah orang yang sedang berjuang atau sedang berperang. Bila kita sebut perang, tentulah orang menggambarkan peperangan senjata. Sebenarnya peperangan ada banyak jenis dan bentuk. Selain peperangan senjata, ada pula yang disebut peperangan fikiran, peperangan dingin, peperangan psikologi, peperangan saraf, peperangan merebut pengaruh, dan sebagainya.
Jadi, peperangan selain peperangan senjata itu lebih banyak, lebih bersimpang-siur, serta lebih utama lagi.
Peperangan yang selalu dititik beratkan oleh bangsa- bangsa di dunia dari dulu sampai sekarang ialah peperangan senjata dan peperangan fikiian. Kalau satu bangsa atau puak itu hendak mengalahkan satu bangsa atau puak yang lain, mereka perlu melancarkan sama ada peperangan bersenjata ataupun peperangan fikiran.
Kalau peperangan senjata memerlukan senjata dan peluru yang banyak dan hebat-hebat ada meriam, mortar, brengan, stengan, peluru berpandu, kereta kebal dan lain-lain lagi peperangan fikiran juga menggunakan senjata dan peluru yang banyak. Senjatanya ialah seperti senjata lisan dan senjata tulisan yang disampaikan dalam bentuk buku, majalah, risalah, kaset, pita video, dan bermacam-macam alat moden lagi.
Kalau dalam peperangan bersenjata, peluru yang hendak dilepaskan tidak jauh sasarannya dan tidak luas daerahnya hanya terbatas di kawasan di mana ada tentera atau kubu-kubu musuh tetapi dalam peperangan fikiran, seluas mana dunia ini maka seluas itulah sasaran fikiran kita yang hendak kita sampaikan atau muntahkan. Di mana ada manusia, di situlah fikiran itu mesti disampaikan. Jadi, gelanggang peperangan fikiran lebih luas daripada gelanggang peperangan bersenjata. Dan kerana itu, peperangan likiran ini lebih utama, malah yang sebenarnya lebih gawat lagi cuma ia tidak terasa.
Selaku pejuang Islam, kita sekarang bukan berperang dengan menggunakan senjata tetapi sedang melakukan peperangan fikiran (mental warfare) Dan daerah sasaran kita terlalu luas, yakni meliputi seluruh pelusuk dunia ini maka jangan kita anggap fikiran yang hendak kita sebarkan setakat di Malaysia saja, atau setakat di Asia saja. Fikiran itu hendaknya disebarkan ke seluruh dunia di Timur, di barat, di Amerika, dan sebagainya.
Kalaulah dalam peperangan bersenjata diperlukan tentera-tentera yang terlatih dan berani untuk mengalahkan musuh, maka begitu jugalah dalam peperangan fikiran; ia memerlukan tentera-tentera yang gigih dan terlatih, serta yang berani lagi faham menyampaikan buah fikiran kita.
Dalam peperangan bersenjata, tentera-tenteranya terdiri daripada tentera laut, tentera darat dan tentera udara. Maka dalam peperangan fikiran, tentera-tenteranya ialah mubaligh-mubaligh, daie-daie, mualimin mualimat, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, tuan-tuan guru, para pemimpin, khatib-khatib yang bercakap atas mimbar pada hari Jumaat dan pada hari raya, dan seumpamanya. Mereka mesti pergi ke tengah-tengah masyarakat dunia untuk menyampaikan peluru-peluru ftkiran melalui lisan. Di mana ada manusia di situlah peluru fikiran itu hendak diledakkan.
Jadi daerah peperangan akal ini luas dan jauh memerlukan tentera-tentera yang banyak memerlukan kebijaksanaan, kegigihan dan pengorbanan wang ringgit serta memerlukan teknik dan strategi yang baik. Kalaulah peluru-peluru yang hendak dimuntahkan di kawasan musuh dalam peperangan bersenjata biasanya dibeli dari kilang-kilang senjata ataupun dari mana-mana negara yang boleh membekalkan senjata,
maka peluru-peluru dalam peperangan fikiran pula biasanya merupakan fikiran-fikiran yang datangnya dari para pemimpin yang di atas sekali. Buah fikiran atau mind daripada pemimpin teratas sesebuah jemaah itulah yang hendak dibawa oleh para mubaligh, daie-daie, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, tuan-tuan guru, dan oleh para pemimpin di bawahnya untuk disampaikan kepada manusia di seluruh dunia sama ada di barat, di selatan, di timur, atau di utara. Jadi tukang-tukang sampai ini mestilah orang yang bijaksana, tahu menyampaikan, gigih menyampaikan, selalu menyampaikan, dan tahu menggunakan alat-alat untuk menyampaikan.
Dalam peperangan bersenjata, walau bagaimana terlatih sekalipun seorang anggota tentera, walau pandai berstrategi perang sekalipun dia, dan walau bagaimana berani sekalipun dia, tetapi kalau ia tidak dapat membawa senjata-senjata atau peluru-peluru ke tengah medan peperangan, maka latihan, strategi dan keberanian itu tidak bererti apa-apa. Ertinya dia akan kalah atau akan membunuh dirinya sendiri akhirnya.
Begitu jugalah dalam peperangan fikiran kalau para pemimpin, para da抜 dan mubaligh, mualimin dan mualimat, serta tuan-tuan guru tidak dapat mengingat dan menyampaikan buah fikiran pemimpin mereka, tidak bijaksana menyampaikannya, maka itu merupakan satu kelemahan yang amat menonjol sekali berlaku dan sudah tentu buah fikiran itu tidak sampai ke tenggah masyarakat.
Kalau dalam melakukan peperangan fikiran ini, kita pandai membawa Iikiran pemimpin dan menyampaikannya ke tengah masyarakat manusia, maka cepatlah manusia ini kita tawan dan kita tarik kepada Islam. Cepatlah manusia ini kita bawa kepada Allah dan Rasul. Cepatlah manusia ini bertukar corak hidupnya daripada hidup secara jahiliah kepada hidup secara Islam .
Tetapi kalau kita gagal menghayati buah-buah Iikiran pemimpin atau tidak pandai menyampaikannya atau tidak gigih menyampaikannya, maka manusia yang ada di dunia hari ini tidak dapat kita tawan. Ertinya mereka tidak dapat kita ajak kepada Allah dan Rasul, dan kehidupan jahiliah mereka itu tidak dapat kita tukar kepada kehidupan secara Islam. Ini merupakan satu kelemahan yang amat menonjol sekali berlakunya di kalangan daie-daie umat Islam. Inilah perkara yang mesti kita ambil perhatian serius.
Kesan peperangan bersenjata tidak sama dengan kesan dari peperangan Iikiran. Peperangan bersenjata membawa kerosakan yang amat banyak. Ia boleh merosakkan tamadun yang telah dibangunkan oleh manusia. Satu hari peperangan boleh merosakkan 10 tahun pembangunan. Satu tahun peperangan boleh merosakkan tamadun yang telah dibangunkan 30-40 tahun. Tetapi peperangan fikiran tidak merosakkan. Tidak ada bangunan yang rosak, tidak ada tamadun yang musnah, dan tidak ada manusia yang mati.
Dalam peperangan bersenjata, kita hanya dapat menawan fizikal (jasad lahir) manusia semata-mata tetapi tidak dapat menawan hati dan Iikirannya. Walaupun musuh kalah tetapi hatinya sentiasa berdendam. Dia sentiasa memikirkan bagaimana hendak menghalau bangsa yang menjajahnya satu ketika nanti.
Tetapi dalam peperangan Iikiran, kita dapat menawan fikiran, hati dan Iizikal musuh sekaligus. Ertinya kalau satu bangsa dapat mengalahkan satu bangsa yang lain melalui peperangan fikiran, bangsa yang menawan itu lebih selamat kerana bangsa yang ditawan tidak rasa yang mereka ditawan. Dan bangsa itu juga tidak rasa mereka dikalahkan. Mereka tidak rasa sakit hati, bahkan merasakan bangsa yang dapat menawan mereka itu sebagai sahabat-sahabat baru mereka, bukan sebagai musuh.
Sebab, apabila fikiran yang kita sampaikan kepada orang lain itu diterima bererti Iikiran orang itu telah sama dengan fikiran kita. Dengan kata-kata lain, dia sudah merupakan kawan kita. Katalah satu bangsa membawa satu fikiran, kemudian diterima oleh bangsa lain, maka ertinya fikiran kedua-dua bangsa ini sudah sama jiwa mereka telah sama. Maka masing-masing tidak lagi menganggap satu sama lain sebagai lawan tetapi sebagai sahabat atau kawan baru. Menawan musuh dengan peperangan Iikiran biasanya kekal lebih lama daripada mengalahkan mereka dengan peperangan bersenjata.
Di dalam ajaran Islam, peperangan fikiran ini lebih diutamakan daripada peperangan bersenjata. Sebab itu, kalau tentera-tentera Islam mempunyai syaukah (kekuatan), mereka tidak akan berperang terlebih dulu untuk masuk ke satu-satu negeri musuh. Tetapi mereka akan berkata, Aslim taslam Hendaklah kamu Islam, kamu akan selamat. Ertinya, mereka membawa buah fikiran, membawa keyakinan, membawa akal fikiran. Kalau musuh tidak mahu menerima juga, musuh itu tidak juga diperangi sebab memang peperangan dalam ajaran Islam ini kalau boleh hendaklah dielak-elakkan.
Kalau mereka tidak mahu menyahut seruan Aslim taslum? mereka hendaklah bayar jizyah. Jizyah ini dikenakan bukan kerana tentera-tentera Islam tamak dengan harta dan wang ringgit tapi sebagai upah perlindungan mereka (mereka jadi kafir zimmi). Kalau mereka dapat membayarnya, mereka akan dilindungi daripada diceroboh. Kalau ada di kalangan umat Islam yang mencerobohi mereka sekalipun, maka orang itu akan dihukum. Kalau disuruh Aslim taslam tidak mahu, bayar jizyah juga tidak mahu, maka barulah dilancarkan Al harb perang (bersenjata).
Jadi dalam ajaran Islam, peperangan fikiran inilah yang diutamakan, yang digalakkan dan dipentingkan. Kerana ia membawa fikiran, membawa keyakinan. Bagaimana keyakinan umat Islam, begitulah yang hendak kita terapkan kepada orang lain. Kalau mereka boleh menerima keyakinan itu maka sudah samalah fikiran dan jiwa mereka dengan fikiran dan jiwa kita. Ertinya mereka bukan lawan lagi tetapi sudah menjadi kawan.
Dengan kata-kata yang lain, kalau kita boleh sampaikan fikiran Islam kita kepada orang Turki misalnya, dan orang Turki terima kita, maka orang Turki itu bukan musuh kita lagi tetapi sudah menjadi sahabat. Kita sudah dapat saudara-saudara baru yang lebih ramai daripada bilangan kita. Kalau kita pergi ke Eropah, likiran kita ini dapat kita sampaikan dan mereka terima, maka fikiran mereka juga sama dengan kita keyakinan mereka sama dengan keyakinan kita. Ertinya mereka masuk Islam. Pada waktu itu, mereka tidak lagi terasa yang kita ini sebagai musuh mereka, dan kita juga tidak anggap mereka itu musuh kita lagi, sebaliknya sudah dianggap sahabat. Kalau kita pergi ke Afrika dan mind kita ini diterima oleh orang Afrika maka mereka bukan lagi musuh kita tetapi merupakan sahabat-sahabat kita. Dan mereka juga tidak anggap kita ini musuh mereka.
Tetapi kalau mereka dikalahkan dengan senjata maka kita ini dianggap sebagai penjajah, pengganas dan penjahat, dan mereka akan berdendam dengan kita setiap masa. Jadi, dalam melakukan peperangan Iikiran sekarang, Islam yang menjadi likiran para pemimpin itulah yang hendak kita sampaikan ke tengah-tengah masyarakat di mana saja adanya manusia, sama ada melalui lisan kita, melalui tulisan, melalui kaset-kaset dan video-video kita, melalui muzakarah, melalui dialog, melalui radio kita melalui ceramah-ceramah kita, dan sebagainya. Kalau kita berjaya memahami dan menghayati buah fikiran pemimpin serta dapat menyampaikannya dengan sebaik-baiknya serta seluas-luasnya, maka buah fikiran itu akan diterima oleh manusia. Akhirnya Iikiran mereka akan sama dengan likiran kita. Dan akhirnya mereka akan terima Islam sebagai cara hidup mereka, dan kita akan dapat banyak sahabat di dunia ini.
Bagaimanapun, inilah yang dicuaikan oleh umat Islam hari ini. Bila seseorang itu berjuang, dia rasa hendak bunuh musuh saja, atau hendak main kasar saja terhadap musuh. Dan dia hendak berdemonstrasi saja mengecam musuh. Sedangkan kekuatan kita tidak sampai ke mana.
Padahal
Al Quran dan Hadis, kalau dapat kita fahamkan hingga menjadi buah fikiran kita, merupakan senjata yang paling baik untuk menawan manusia di dunia ini.
Lagipun, kalau kita ingin melancarkan peperangan senjata di dunia hari ini, di mana dan had mana kekuatan senjata kita ?
Kalau musuh Islam tidak mahu menjual atau membekalkan senjata kepada kita maka kita tidak boleh berperang. Sedangkan merekalah yang hendak kita perangi. Umat Islam lupa tentang ini.
Oleh kerana Al Quran dan Hadis sudah tidak lagi dapat dihayati, maka ia sudah tidak menjadi fikrah. Kerana itu, kita kekurangan buah fikiran kekurangan mind. Akhirnya kita akan main fizikal saja. Sedangkan, bukan mudah untuk menewaskan musuh dengan peperangan senjata. Kita kena tawan negeri orang.
Sebaliknya, kalau kita melancarkan peperangan fikiran, pergerakan kita senang, tiada halangan di border. Kita boleh masuk di mana-mana negeri. Senjata yang kita bawa, orang pun tak nampak dan orang pun tak tahu. Bila kita bercakap, itulah senjata kita, asalkan apa yang kita cakapkan itu benar-benar isi Al Quran dan Sunnah dan itulah isi buah fikiran para pemimpin kita.
Jadi senjata dalam peperangan fikiran tak dapat dilihat dan disedari orang. Orang tidak nampak kita pikul senjata di mana-mana saja kita pergi. Tidak ada mana-mana border yang akan menghalang kita. Ini sangat selamat. Kita boleh pergi ke mana-mana saja untuk berjuang dan berjihad. Sebab kita membawa buah fikiran, bukan membawa mortar, peluru, kereta kebal, kapal selam, dan sebagainya.
Hakikat inilah yang telah dilupakan oleh umat Islam. Mereka ingin berjuang tapi main kasar. Ertinya mereka sudah kekeringan fikiran. Tidak ada buah fikiran yang hendak disampaikan kepada umat.
Oleh itu, mereka menggunakan fizikal semata-mata. Sedang kekuatan fizikal kita sangat lemah jika dibandingkan dengan kekuatan fizikal yang ada pada musuh. Jadi buah fikiran atau mind yang telah kita keluarkan perlu kita himpun betul-betul. Kita hasilkan buku dan kita edar ke tengah-tengah masyarakat dunia. Kita buat risalah, dan edar ke tengah-tengah masyarakat dunia. Kita kasetkan buah fikiran kita, dan dengarkan kepada masyarakat dunia. Kita videokan ia, kemudian kita edar ke tengah-tengah masyarakat dunia. Begitulah sikap kita yang sepatutnya.
Strategi
Jadi apabila kita menjalankan peperangan fikiran, maka caranya, stylenya dan strateginya hendaklah sesuai dengan buah fikiran yang kita hendak bawa itu. Jangan pula strategi kita dalam peperangan fikiran sama dengan strategi dalam peperangan bersenjata. Sebab, setiap bentuk peperangan itu ada strateginya sendiri. Dan strategi itu bukan satu, tapi banyak. Makin bijak dan pandai kita, makin banyaklah strategi yang boleh kita atur.
Strategi boleh berubah, dan boleh berbeza-beza antara satu tempat dengan satu tempat yang lain. Strategi juga boleh ditinggalkan jika kita rasa ia sudah tidak memberi faedah lagi. Dan ia boleh dikekalkan kalau kita rasa strategi itu memberi faedah kepada kita. Strategi seolah-olah jalan atau uslub juga.
Kalau dalam pengalaman kita, satu-satu strategi itu memberi kesan baik, maka ia boleh dikekalkan. Tetapi setelah kita jalankan, ia memberi kesan yang negatif umpamanya, maka kita batalkan sahaja jangan kita teruskan. Jadi strategi dalam peperangan bersenjata tidak sama dengan strategi dalam peperangan fikiran.
Mengikut pandangan saya, strategi tujuannya
untuk mempengaruhi orang, atau
untuk menakutkan orang, atau
untuk menawan hati orang, atau
untuk mengelirukan musuh, atau pun
untuk menyenangkan hati musuh, atau
untuk menyenangkan kita bertindak.
Kalau kita atur strategi sampai kepada salah satu matlamat tadi, maka strategi itu betul. Tapi kalau strategi yang kita atur tidak dapat menakutkan musuh, tidak dapat menawan hati musuh, tidak dapat mengelirukan musuh dan lain-lain lagi seperti yang tersebut, itu bukan strategi namanya. Itu tidak pandai mengatur strategi namanya.
Di dalam sejarah Islam, kita lihat Rasulullah SAW pun mengatur strategi. Di antara strategi yang pernah dilakukan oleh baginda yang hingga hari ini diamalkan sebagai ibadah dan Sunnah, walaupun bukan lagi strategi, ialah tawaf tujuh kali di Kaabah Tiga kali daripadanya disunatkan dibuat dengan berlari-lari anak. Dengan cara ini, Rasulullah bermaksud untuk menunjukkan bahawa umat Islam ini cergas, tangkas dan sihat-sihat supaya musuh takut.
Rasulullah atas permintaan Sayidina Umar ibnu Khattab pernah membuat barisan dalam 30 hingga 40 orang, berarak dari Darul Arqam ke Kaabah, kemudian tawaf tujuh kali dan balik ke Darul Arqam. Ini bertujuan mengisytiharkan diri kepada musuh waktu itu bahawa umat Islam ini sudah bersedia, sudah ada kawan jangan cuba hendak dicabar-cabar.
Barangkali strategi inilah yang dikekalkan oleh pejuang-pejuang Islam melalui demonstrasi dan lain-lain. Padahal kita telah katakan tadi, strategi itu bukan semestinya kekal ia boleh berubah-ubah ikut keadaan. Pada masa itu cara tadi mungkin sesuai, tapi hari ini, demonstrasi berhadapan dengan peluru berpandu tidak padan. Dulu memanglah boleh kerana senjatanya sama.
Kini, kita berdemonstrasi sedangkan orang siapkan peluru berpandu yang boleh dilancarkan dari jarak ribuan batu. Ini bukan strategi lagi. Ini strategi makan tuan namanya. Jadi kalau ada pejuang-pejuang Islam yang hendak berdemonstrasi, ertinya mereka sudah kehilangan modal, sudah tidak tahu cara untuk berjuang. Mereka sudah tidak faham bagaimana hendak berjuang, atau sudah hilang akal sebenarnya.
Contoh strategi lain yang pernah berlaku dalam sejarah Islam ialah ketika Sayidina Khalid ibnu Walid mengetuai pasukan tentera Islam untuk berhadapan dengan tentera musuh yang ketika itu berjumlah 250,000 orang sedangkan tentera Islam cuma 30,000. Sayidina Khalid pecah-pecahkan tenteranya, dan mereka mara ke arah musuh secara berselang-selang hingga musuh menganggap tentera Islam banyak. Tujuannya semata-mata untuk menakutkan musuh. Tetapi kalau dalam peperangan sekarang, strategi begitu mungkin tidak boleh digunakan lagi.
Kesimpulannya,
dalam menjalankan peperangan fikiran, kita perlu memasang strategi yang sesuai dengan masa, sesuai dengan keadaan masyarakat kita dan masyarakat dunia, dan sesuai dengan apa yang ada pada kita. Dan tujuan strategi itu ialah untuk mempengaruhi musuh, untuk menakutkan musuh, untuk menawan hati musuh, atau untuk menyenangkan kita bertindak terhadap musuh
Ustaz Ashaari Muhammad
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan