Sabtu, 9 Jun 2012

perang fikiran bab 1




Prologue?

Ingatlah musuh bagi ahliLLAH ialah dunia. Dunia ialah alat yang canggih buat memancing hati hamba-hamba yang menuju ALLAH. ALLAH adalah satu-satunya destinasi perjalanan seorang salik.

Dunia adalah musuh utama para pejuang baik di medan sabil atau di medan mujahadatun nafsi. Medan sabil di zaman ini, bukan senjata sebagai alat tempur tetapi akal sebagai alat tempur.

Peperangan yang kita tempuh masa kini, namanya Ghazwul Fikri (Perang Fikiran ).

Sudah banyak medan tempur yang kita menang. Kita punya kereta kebal, kita punya peluru berpandu yang meluncur setiap hari dalam fikiran orang-orang yang bermusuh dengan kita. Mereka tertawan, mereka telah dibahagi-bahagikan sebagai ghanimah untuk mujahidin-mujahidin kita. Mereka sedang berjatuhan satu demi satu.

Tawanan-tawanan ini yang terdiri dari ahli- ahli fikir dan pemilik harta benda dunia telah bersedia dengan sukarela menyerahkan hati dan harta mereka kepada Allah dan Rasul.

Inilah keduniaan yang mendatang.....

ia datang dalam gaya baru. Bukan seperti sahabat nabi yang menawan Rom dan Parsi. Dia ditawan dan dia mendatang dalam gaya baru yang tak disedari oleh penganalisa sejarah.

Musuh-musuh meneka Islam akan menawan semula dunia seperti generasi sahabat menawan dunia dengan kibaran pedang dan senjata. Rupa-rupanya tidak.......

Islam bangun menawan dunia pada kali kedua dengan menawan akal dan hati.

Oleh itu penganalisa gerakan Islam dari kalangan musuh itu tersilap terima berta dan tersilap langkah, mereka kalah dalam percaturan kali ini, kerana mereka tidak punya ilmu buat menentangnya. Ilmu mereka ilmu kuno, kita punya ilmu baru yang tercanggih Orang-orang kita sendiri yang singkat fikirannya, mengagak kita tidak berhasil kerana diukurnya keberhasilan itu dengan tawanan mata benda dan orang-orang yang bergari dari medan tempur fisabilillah.

Oh! Alangkah salahnya sangkaan mereka, meleset fahaman mereka dari yang sebenarnya.

Kita berhadapan dengan kejayaan demi kejayaan dan para pejuang di semua medan dihimbau supaya meningkatkan kesyukuran dari waktu ke waktu yang lain. Lihat akhlak Rasulullah ketika menawan musuh, lihat Umar sewaktu menawan Baitul Maqdis, lihat Sallehuddin Al Ayubi sewaktu menang menawan Baitul Maqdis. Lihat Muhammad Al Fateh sewaktu menawan Konstantinopel. Dan anda lihat diri anda di kaca, yang mana mereka menjadi cerminnya. Apakah anda akan menjadi fotokopi mereka atau lainnya.

Jagalah hati. Pertebalkan Iman. Ingatlah ALLAH


Peta Dunia
DI AMBANG PERUBAHAN



Peta dunia boleh diubah ia bukan suatu yang mustahil. Kuasa-kuasa yang menguasai dunia saling bertukar tangan. Di kurun ke-20 ini saja peta dunia telah banyak kali berubah. Selepas berlangsungnya Perang Dunia I (1914 -1918) peta dunia telah berubah terutamanya melibatkan benua Eropah. Revolusi Bolshevic pada tahun 1917 yang menumbangkan Czar Rusia telah menyebabkan peta Eropah berubah sekali lagi kepada dua blok (komunis dan demokrasi). Negara-negara kecil di Eropah Timur dan negara-negara Baltik bergabung untuk membentuk Kesatuan Soviet Rusia.

Peta dunia Islam pun turut berubah di awal kurun ke-20 ini. Bila kerajaan Turki Usmaniah jatuh pada tahun 1922 dan Mustapha Kamal Attartuk mengambil alih kuasa maka berpecahlah Asia Minor (Asia Kecil) kepada beberapa negara kecil. Di Tanah Arab, penjajah Barat yang berpegang kepada prinsip 'divide and rule' telah berjaya menacing-caingkan kesatuan Arab (Islam) dengan meniupkan semangat nasionalisme Arab. Maka lahirlah Arab Saudi, Kuwait, Trans-Jordan, Lubnan dan Syria dan lain-lain.

Peta Eropah yang dirombak oleh Hitler sewaktu Perang Dunia Kedua (1938-1942) telah disusun semula oleh pihak Berikat (Amerika, Britain, Perancis, Itali) yang memenangi perang. Di sebelah Timur, Jepun berjaya menghalau penjajah Barat dan mengubah peta Timur Jauh yang meliputi Manchuria, China, Indo-China, Asia Tenggara hingga ke New Guinea

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, bangkit semangat nasionalisme di negara-negara yang pernah dijajah untuk menghalau penjajah mereka dari Barat. Akhirnya semua anak jajahan Britain telah rnerdeka.

Di pertengahan kurun ke-20 ini juga peta dunia Arab turut berubah. Pada tahun 1949 Israel diwujudlcan oleh kuasa Barat di atas bumi Palestin. Maka tercatat sebuah negara baru di dalam peta dunia.

Sementara itu, di benua India, di bawah pimpinan Muhammad Ali Jinnah, lahir Pakistan Timur dan Pakistan Barat yang merdeka dari India pada tahun 1936. Pada tahun 1971, peta Pakistan berubah lagi. Lahir pula Bangladesh (dulunya Pakistan Timur) yang merdeka di bawah pimpinan Perdana Menteri Mujibur Rahman.

Begitu juga di Indo-China. Petanya telah berubah beberapa kali. Sebelum bersatu semula pada tahun 1975, Vietnam pernah terbahagi dua:
Vietnam Utara berteraskan ideologi komunis dan
Vietnam Selatan yang berlandaskan demokrasi.

Manakala Korea yang juga berpecah kerana perbezaan ideologi kepada Korea Utara dan Selatan, kini ada ura-ura untuk bersatu kembali.

Jadi nyatalah peta dunia boleh diubah. Dulu yang kerja ubah peta dunia ini ialah Islam dan kristian. Sebelum Islam mengubah peta dunia, Rom dan Parsi menjadi teraju kepimpinan dunia. Empayar Rome meliputi Eropah, Utara Afrika, Asia Minor hingga ke Palestin. Sementara Parsi pula menguasai benua India dan tanah besar Asia. Apabila mereka telah terlalu menindas dan berbuat zalim maka Allah datangkan kuasa Islam mencabar dan menumpaskan mereka. Berubahlah peta dunia.

Makkah menguasai tiga suku dunia mencantumkan Rom dan Parsi dan mempunyai pengaruh hingga ke Timur Jauh.

Selepas tujuh kurun menguasai peta dunia, umat Islam longgar dengan agamanya dan mereka juga banyak melakukan penzaliman di atas muka bumi maka Allah datangkan penguasa lain mencabar mereka.

Baghdad jatuh pada tahun 1258 Masihi akibat serangan Mongol.

Kerajaan Islam di Semenanjung Iberia (Sepanyol dan Portugal) pula jatuh ke tangan kuasa-kuasa Barat pada permulaan kurun ke-16 Masihi. Selepas itu bermulalah kuasa-kuasa Barat (orang Portugis, Belanda, Inggeris dan Sepa- nyol) menyeberangi Tanjung Harapan, Afrika Selatan untuk menjajah dunia khususnya dunia sebelah Timur. Mereka mengubah peta dunia dengan prinsip 'divide and rule' mereka. Semenjak dari itu bermulalah siri perubahan peta dunia kemudiannya kerana perbezaan ideologi dan kepentingan ekonomi.


Kini telah berlalu tujuh kurun kuasa- kuasa Barat memperkotak-katikkan dunia. Dan kini dunia duduk di bawah telunjuk Amerika Syarikat yang mewakili ideologi demokrasi, ekonomi kapitalis dan agama kristian. Mereka juga telah banyak melakukan penindasan dan kezaliman, maka sudah tentu janji Allah akan datang menimpa mereka.

Sebab sudah menjadi Sunnatullah apabila penguasa bumi telah terlalu memenuhkannya dengan kezaliman dan penindasan maka Allah tidak biarkan. Allah akan datangkan satu kuasa lain untuk mencabar mereka.

Firman Allah:
"Hari-hari itu Kami gilir-gilirkan antara manusia."

--Ali Imran: 140 

Kenapa Allah lakukan demikian ?

Allah berfirman untuk menjawabnya:

"Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah buni ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia (yang dicurahkan) ke atas alam semesta."

---Al Baqarah: 251

Dan kita yakin juga pada janji Allah untuk memberikan giliran terakhir menguasai dunia ini kepada umat Islam yang soleh.

Firman-Nya:

"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan yang mengerjakan amal soleh, bahawa Dia akan bersungguh-sungguh menjadikan mereka berkuasa di muka bumi."

-An Nur: 55

Orde Baru Dunia (NWO) yang diterajui oleh Amerika telah terlalu menindas dan menzalim. Allah tidak akan biarkan mereka. Giliran mereka menguasai dunia pasti sudah sampai ke penghujung.

Rasulullah SAW pun ada bersabda:

"Sebelum datangnya Hari Qiamat, pastilah Islam itu bangéµ± semula walaupun antara mulanya Islam bangun dengan mula Qiamat hanya sekadar masa sepemerahan susu. Masa itu berlaku selama 40 tahun dan kemudian baru lah dunia ini dibinasakan (Qiamat)."

Dari perkembangan seluruh dunia telah nampak potensi umat Islam mengulangi kegemilangan mereka ' 1400 tahun yang lalu.

Umat Islam di merata pelusuk dunia telah bangkit dari kelalaian mereka dan menebus kembali kesilapan mereka yang lalu.

Mereka telah mula meninggalkan kaedah perjuangan secara kekerasan dan secara politik yang terus gagal mendaulatkan Islam. Mereka kini kembali mencari kekuatan dan kemuliaan dengan membaiki diri dan keluarga, menghayati syariat hingga lahir syiar Islam di dalam kehidupan mereka.

Suasana ini berlaku di merata tempat di seluruh dunia setelah redanya peperangan di Teluk Parsi.

Di waktu yang sama ideologi ciptaan otak manusia terus rebah berjatuhan, tidak bangkit-bangkit lagi. Peta blok Timur yang dahulunya menjadi kubu komunis telah berubah. Jerman Timur dan Jerman Barat sudah membentuk Jerman Bersatu. Kesatuan Soviet pula sudah mengecil, dari 15 republik kini tinggal tiga.

Di Barat sendiri telah lahir suara- suara
"Communism is dead, capitalism is dying!"

Di Britain telah wujud parlimen Islam yang menyuarakan hak dan tuntutan umat Islam. Di Perancis, agama Islam menjadi agama kedua penting dan kian berpengaruh. Diberitakan juga, ratusan buah gereja di Barat ditinggal kosong dan sebahagian besamya telah dijual dan bertukar menjadi masjid. Di Amerika, wujud berbagai masalah dan krisis sosial keruntuhan moral, kadar jenayah yang tinggi, dadah, AIDS, anak-anak lari dari rumah, penduduk tak berumah, pengangguran, mogok pekerja, inflasi yang semuanya gagal diselesaikan oleh sistem yang ada dan melemahkan keyakinan rakyat kepada pemerintah.

Kita yakin satu penyatuan suasana-suasana baru dunia Islam akan membentuk Dunia Baru Islam untuk mencabar NWO dan seterusnya membenarkan Hadis Rasullah SAW - Islam akan kembali gemilang sebelum dunia diqiamatkan.

Jadi pastilah peta dunia akan berubah sekali lagi ---

tidak lama lagi ! -


sumber Abdullah Sharafi majalah al qiadah 1991

Tiada ulasan:

Catat Ulasan