Sabtu, 23 Jun 2012
BiIa KEBAIKAN SUDAH JADI TABIAT .
TAQWA bermula daripada pembersihan jiwa. Bila jiwa sudah bersih akhlak akan jadi pakaian diri.Tapi kalau jiwa belum bersih, pergaulan jadi canggung kerana kita masih memaksa-maksa diri untuk berakhlak baik. Kalau sudah sampai ke jiwa, ia akan jadi tabiat.Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar, tidak terasa.Kalau orang tidak ulas,kita tidak terasa sebab sudah jadi kehidupan kita. Tidak terasa lagi sudah berbuat sesuatu kebaikan! Sudah hilang riyak dan ujub.
Tetapi kalau masih di peringkat mujahadah, peringkat buat-buat, kita akan terasa berbuat sesuatu. Sebab itu payah hendak buang riyak,ujub dan sebagainya. Akhlak baik itu belum ladi tabiat, tentulah terasa. Tapi kalau sudah jadi tabiat, kita sudah tidak nampak lagi.
Kalau seseorang itu dapat bersifat pemurah misalnya, dia tak terasa lagi yang dia pemurah. Kalau dia senang bermesra dan dimesrai, dia tidak terasa lagi berakhlak baik, kerana perkara itu sudah mendarah daging.
Sedangkan kalau baru di peringkat mujahadah, bila sekall-sekala hendak berbuat, bila berbuat tentulah terasa. Hingga kadang-kadang kita dapat lihat dari tingkahlaku dan tutur katanya. Tapi kalau sudah jadi tabiat, dia tak terasa dia akan jalani kehidupan macam biasa, tidak terasa apa-apa dengan akhlak balknya kerana sudah mendarah daging dalam hidupnya. Katalah selepas mujahadah, seseorang itu dapat berakhlak balk. Tapi oleh kerana ia masih belum dari jiwa, atau masih memaksa-maksa diri, kesannya dapat dilihat dan dirasal.
Buktinya, bila dapat bersifat baik, terasa dihati, 'Hebat juga aku ni.' Kalau hati terasa begitu, tidak ada nilai lagi sifat baik kita tadi. Namun kalau sudah jadi tabiat atau jadi basahan hidup. la meluncur saja tanpa paksa. Seperti kita makan dan minum, kita tidas memaksa diri. Dan kita tidak terasa lagi kita ,sedang makan atau sedang ' minum. Adakan kita terfikir-fikir, 'Aku mandi ni atau Eh, aku makan ni'. Tentu tidak. kerana perbuatan itu sudah jadi tabiat harian. Kita sudah tidak sedar iagi apa yang kita buat. Kerana kita buat perkara-perkara itu bukan hasil berfikir lagi.
Begitu juga orang yang bertabiat tidak baik, dia bukan sedar dia buat salah. Orang lain yang terkesan oleh perbuatan tidak baiknya itu, manakala dia sendiri tidak rasa apa-apa.
"Tak ada, aku tak buat apa-apa," katanya.
Sedangkan orang yang terkena sudah terasa parah dengan perangai dia. Dia relaks saja, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Sebab sudah jadi tabiat.
Jadi, sama ada perbuatan baik atau jahat, bila sudah jadi tabiat, sudah tidak terasa lagi. ltulah yang kita takut. Kalau perkara yang jahat sudah jadi tabiat, kadang-kadang seseorang itu tidak terfikir untuk bertaubat, sebab dia tak terasa apa-apa dengan kejahatan yang sering dibuatnya itu.
Yang boleh bertaubat ialah golongan yang berbuat jahat kerana. terikut-ikut orang lain. Terasa, dia buat jahat itu bukan dari jiwa nya tapi kerana ikut-ikut kawan.
Bila dia buat perkara itu, dia cukup terasa. Jadi, cepat dia bertaubat.
Misalnya dia terperangkap dalam satu majlis yang ada maksiat. Oleh kerana tidak dapat pertahankan prinsip, dia terlibat sama dengan majlis itu walaupun hati tidak berapa suka. Hendak menjauhi majlis itu..takut apa pula kata orang nanti. Orang ini akan cepat sedar kesalahannya, dengan itu cepat bertaubat,
sebab Kalau perkara yang jahat sudah jadi tabiat, kadang-kadang seseorang itu tidak terfikir untuk bertaubat, sebab dia tak terasa apa-apa dengan kejahatan yang sering dibuatnya itu
perkara itu belum menjadi darah dagingnya. Dia berbuat atau terpaksa buat perkara itu kerana hendak jaga hati orang. Tapi kalau perkara itu sudah jadi tabiat, dia tak akan terasa bersalah lagi. Begitu juga halnya dalam berbuat baik.Bila ia sudah jadi tabiat, sudah tak terasa lagi berbuat baik.
Tapi kalau kebaikan itu belum jadi tabiat, selepas dapat melakukannya, hati berbunga. Kadang-kadang bila ada orang kata, dia tertanya-tanya,
'Apa hal ni, aku sudah buat baik tapi orang masih kata lagi di belakang.'
Ya, memang kita telah dapat berbuat baik, mungkin kita menderma sepuluh ringgit, tapi ada sepuluh kejahatan lagi yang kita buat, kita tak sedar! Kita cuma ukur satu kebalkan yang kita buat itu. Sepuluh kejahatan yang kita buat, kita tak fikir. Itulah yang menyebabkan orang sakit hati. Orang tak nampak kebalkan kita lagi Kita hanya nampak satu kebaikan yang kita buat, tapi entah berapa kali kita menyinggung hati orang, kita tidak sedar. Kita tak terasa sebab ia sudah jadi tabiat. Itulah yang membuat orang sakit, hati dan kebaikan kita tertutup serta dilupakan orang.
Ini contoh bagaimana kita buat kejahatan dalam keadan kita tak terasa jahat.
Demikian yang sering berlaku dalam kehidupan manusia. Sedikit kebalkan yang dibuat, sentiasa disebut-sebut. Siapa mahu menerimanya, kerana kebaikan yang
dibuat tak sampai ke mana tapi dia sebut-sebut sampai orang yang mendengarnya naik malu. Habis terkambus kebalkan itu. Menderma sepuluh ringgit tapi menanggung malu kerana menyebut-nyebut pemberian itu.
Madah
1. Di antara sifat Mukmin itu mukanya mesra dengan manusia,
hatinya gundah-gulana dengan ALLAH,
fikirannya kealam yang jauh.
2. perbincangan antara orang-orang yang jahil biasanya berlarut-larutan,
perbincangan antara mereka yang sama-sama berilmu menghasilkan buah fikiran, tapi belum tentu diamalkan,
perbincangan antara orang-orang yang bertaqwa, ringkas, padat dan sama-sama dapat mengamalkan.
3. Bahasa hati tidak sama dengan bahasa lidah.
Bahasa hati, hati dapat fahami;
bahasa lidah,lidah sendiri tidak memahaminya.
4. Antara perkara-perkara yang melalaikan, tetapi tidak disedari ialah,
majlis kertas kerja yang tidak menghasilkan kerja, yakni cakap banyak tapi tidak dikota.
5. Perjuangan manusia pada akhir zaman ialah membanyakkan fail, carta dan kertas kerja, ia boleh mengabui mata, tetapi tidak menghasilkan apa-apa.
The mind of Ashaari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan