Sabtu, 9 Jun 2012

perang fikiran bab 2


Merubah peta dunia
Peta dunia... boleh dan akan dirubah



prologue ? ...

RASULULLAH SAW mendengar penuh hati-hati setiap cadangan yang dikemukakan oleh wakil orang-orang Quraisy, Utbah bin Rabia yang antara lain memberi pilihan kepada Rasulullah SAW sama ada ingin menjadi kaya-raya atau akan ditabal menjadi raja ataupun pemimpin, asal sahaja baginda bersedia menghentikan seruan risalah Islam kepada orang ramai.

Setelah Utbah selesai membentangkan cadangannya itu, baginda pun lantas membacakan beberapa potong avat suci Al Quran:

" HA Mim. Demi Kitab (Al Quran) yang menerangkan. Sesungguhnya Kami menjadikan Al Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memahaminya. Dan sesungguhnya Al Quran itu dalam induk Al Kitab (Lauhul Mahfudz) di sisi Kami, adalah benar-benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandungi hikmah. Maka apakah Kami akan berhenti menurunkan Al quran kepadamu, kerana kamu adalah kaum yang melampaui batas ? "

Az Zukhruf: 1-5

Utbah terdiam dan membisu sepanjang ayat itu dibacakan. Sehabis sahaja ayat terakhir itu dibacakan,

Rasulullah SAW menyambung lagi,
"Anda telah mendengar apa ,yang terpaksa saya nyatakan. Sekarang terpulanglah kepada anda untuk berbuat apa yang anda kehendaki."

Sekembalinya Utbah kepada kaumnva, mereka tiba-tiba risau melihat perubahan yang sangat jelas pada raut wajahnya. Selepas ditanya,

Utbah menjelaskan:

" Aku tidak pernah mendengar suatu bacaan seindahnya. Demi Tuhan, ia bukan syair, bukan sihir. pun bukan kata-kata nujum. Sekarang wahai kaum Quraisy, terimalah kata-kataku dan biarlah aku bertanggungjawab akannya. Biarkanlah lelaki itu melakukan apa sahaja yang disukainya dan jangan menganiayamya..

"Demi Tuhan, bacaan yang telah aku dengar. itu mengandungi kemungkinan-kemungkinan yang sangat berat lagi tidak menyenangkan. Andainya orang-orang, Arab lain mernerima risalah itu, nescaya kamu akan dikalahkan dengan mudah sekali oleb mereka. Tetapi jika kamu menerimanya dan jika ia dapat menguasai seluruh semenanjung Arab, maka pemerintahan dan kekuasaannva akan menjadi milik kamu. Melaluinya kamu akan menjadi orang-orang yang paling bertuah dikalangan manusia! "



Merubah peta dunia
Peta dunia... boleh dan akan dirubah



SELALUNYA pela dunia dirubah dengan penaklukan dan penjajahan.
Tetapi sekarang kita ingin kemuka satu teori baru utk merubah peta dunia tidak melalui penaklukan dan penjajahan. Peta dunia dirubah melalui perubahan sikap dan akhlak.

Penaklukan ini tidak penaklukan negeri negara, harta benda dan tubuh badan manusia. Tetapi penaklukan itu melalui penaklukan hati. Hati ditawan dengan memasukkan ke dalamnya doktrin iman dan taqwa. Batas sempadan negara tidak dapat menyekat doktrin iman dan taqwa. Warna kulit tidak dapat menghalangnya. Kasta tidak dapat memisahkannya.

Begitulah yang akan terjadi bila doktrin iman dan taqwa mempengaruhi manusia ia boleh mengubah sikap dan watak manusia. Perubahan sikap dan watak menyebabkan berlaku perubahan masyarakat. Masyarakat yang mendapat hanya satu doktrin akan bersatu hati.

Persatuan hati tidak dapat dihalang oleh batasan sempadan negara. Akhirnya sempadan negara terpaksa dirubah. Atau dibuka untuk memudahkan hubungan orang-orang yang sudah bersatu hati itu.

Sempadan negara yang wujud sekarang, diwujudkan oleh orang yang pecah hatinya. Terjadilah Korea Utara, Korea Selatan, terjadilah India dengan Pakistan. Terjadilah Arab dengan Israel.

Terjadilah Ireland Utara dengan Great Britain. Terjadilah blok komunis dengan blok kapitalis. Terjadilah Singapura dan Malaysia. Padahal dulunya semua itu hanya satu negeri. Bila hati berpecah maka wujudlah sempadan negara.

Ditambah lagi dengan wujudnya kelompok manusia yang berfalsafah divided and rule. Pecah-belah dan perintah. Seperti Yahudi memecah-belahkan Aus dan Khazraj. Satu masa dulu Vietnam Utara dipecahkan dari Vietnam Selatan. Semua yang terjadi itu ada dalangnya yang mencari makan di atas pecah-belah manusia dan sempadan negara. .

Kadang-kadang demi memenuhi hasrat pecah-belah golongan manusia ini, diwujudkan tembok seperti Tembok Besar Negeri China, Tembok Berlin.

Nampaknya di sempadan Thai hampir- hampir jadi tembok juga. Buat masa ini hanya baru berpagar, tak tahulah...apakah 10 tahun akan datang naik tembok di sempadan Malaysia-Thai itu.

Kita mahu rubah peta dunia. Kita punya kaedah untuk merubah iaitu menanam doktrin iman dan taqwa.

Kita hanya perlu melaksanakannya saja.

Dulu orang perseorangan saja yang mendoktrin rnasyarakat dengan irnan dan taqwa. Akhir-akhir ini jemaah Islam mengguna doktrin itu untuk mengembang dan merubah peta pengaruhnya.

Saya berpendapat sekiranya negara kita memakai kaedah ini, mengguna doktrin ini untuk tujuan merubah peta dunia, nescaya kita akan berhasil.

Setelah doktrin komunis dimaqamkan di pusaranya di Moscow dan Kremlin, dan tidak lama lagi demokrasi akan berkubur, maka doktrin iman dan taqwalah yang akan menjadi penggantinya.

Negara dan ahli-ahli fikirnya sudah sepatutnya mengorak langkah mengkaji dan menganalisa serta membuat satu kajian strategik untuk mengguna doktrin iman dan taqwa untuk mengukuhkan negara dan merubah peta dunia.

Kita sedang berperang saraf dengan Barat. Senjata yang kita pakai ialah ekonomi dan faham nasionalis. Senjata itu tidak ampuh. Kita perlu senjata perang saraf yang lebih ampuh. Yang lebih ampuh dari semangat kebangsaan ialah agama. Agama itu terasnya iman dan taqwa. Doktrin iman dan taqwa itulah yang paling kuat dan bertenaga untuk memerangi Barat.

Mengapa kita belum mahu memakai senjata itu ?

Saya menyeru ISIS (Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa) mengkaji dan mengulangkaji keberkesanan semangat nasionalis kita dan perang saraf terhadap Barat. Kalau dikira Barat masih menang juga, seharusnya kita mencari senjata yang lebih canggih.

Bagaimana kalau agama sebagai alternatifnya ?

Kita jangan seperti kaum nasrani, buddha dan hindu. Agama itu hanya sebagai upacara saja. Mereka pun selalu menggunakan bahasa "upacara keagamaan".


Agama pada orang Islam adalah keseluruhan hidupnya hingga matinya.

Fizikal dan spiritualnya. Semangat dan cita-cita, budaya dan politiknya, ekonomi dan pendidikannya. Semua itu di bawah satu bumbung, tidak terpisah.

Tidak ada politik suku, agama suku.
Tidak ada ekonomi suku, agama suku.
Tidak ada pendidikan suku, agama suku.
Tidak ada budaya suku, agama suku.

Sekiranya ISIS kita di Malaysia ini tidak menyelidik kekuatan spiritual dari agama Islam yang kita anuti, maka ISIS kita KEKURANGAN.

Saya tidak bermaksud penyelidikan seperti yang dilakukan oleh sekelompok orang untuk melihat ekstrimnya, melihat agresifnya, melihat pelampaunya.

Tetapi kajian itu hendaklah bersifat seperti para saintis mengkaji kekuatan yang ada pada uranium atom dan lain- lain bahan ciptaan Tuhan yang padanya ada tenaga yang merbahaya tetapi dapat digunakan untuk kesejahteraan manusia setelah dikawal rapi. Agama Islam punya tenaga terpendam yang merbahaya buat orang bukan Islam. Tetapi sejahtera buat orang Islam.

Firman Allah SWT:

"Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian."

-Al Isra': 82

ISIS perlu selidik tenaga dari Islam ini yang menjadi ubat dan rahmat kepada orang Mukmin dan tenaga itu merugikan golongan zalim.

Kita merasa kita dizalimi kerana kita ditekan Penzalim itu perlu diajar, tetapi negara tidak punya kekuatan buat mengajarnya. Agama ada kekuatan buat mengajarnya dan menghadapinya.

Bila lagi kita hendak menggunakan kekuatan agama buat menghadapi musuh kita itu ?


sumber Zabidi Al Helmi majalah al qiadah 1991

Tiada ulasan:

Catat Ulasan