Sabtu, 30 Jun 2012

Cinta fitrah dan cinta aradhi



Rumi has said:

If you are not one with the Beloved
Seek!

And if you are in Union,
Rejoice!

CINTA boleh dikategorikan kepada dua:
Cinta fitrah dan cinta aradhi. Cinta fitrah adalah cinta yang datang secara semulajadi tanpa dipelajari. Umpamanya, cinta ibu dan anak. Manakala

cinta aradhi ialah rasa cinta yang mendatang. Ada sebab-sebab atau unsur dari luar yang membuatkan lahirnya rasa cinta itu hingga dua orang yang asalnya tidak bercinta, menjadi saling mencintal.

Cinta kepada ibu dan ayah, anak-anak, cucu-cicit dan kaum kerabat adalah cinta fitrah. Cinta sesama makhluk selainnya adalah cinta aradhi. Yakni ada sebab-sebab yang menjadikan kita jatuh cinta kepada seseorang itu. Maksudnya, ada sebab atau dorongan daripada luar. Mesti ada sejarahnya. Sebab itu ada pepatah Melayu mengatakan 'cinta pandang pertama'. Oleh itu dalam Islam, kita disuruh mengawal mata terhadap lelaki atau perempuan yang bukan mahram. Kerana pandangan mata kalau tidak dikawal, sekali berpandangan terus jatuh cinta. Bila sudah jatuh cinta akan terbayang-bayang setiap masa dan ketika hingga terbawa-bawa dalam sembahyang.

Cinta yang aradhi ini, yang bukan dari fitrah, boleh luntur balik. Boleh jadi selepas datang cinta, lama-kelamaan rasa cinta itu pudar. Tetapi boleh jadi juga cinta itu semakin tajam. Kedua-dua kemungkinan ini boleh berlaku, sebab ia suatu yang mendatang.

Berbeza dengan cinta fitrah, ia tidak boleh luntur kerana sifatnya semulajadi.

CINTA ALLAH, adalah CINTA FITRAH

Cinta kepada ALLAH juga adalah cinta fitrah yakni perasaan yang sedia dibekalkan kepada seorang manusia ketika ia lahir ke dunia. Cinta kepada ALLAH bukan cinta aradhi atau cinta yang datang kemudian.

Cuma mungkin orang persoalkan, kerana baginya, dia tidak rasa cinta kepada ALLAH sebagaimana cintanya dia kepada ibu bapanya. Oleh itu dia menolak kalau dikatakan cinta ALLAH itu cinta fitrah atau cinta yang datang secara semulajadi.

Sebenarnya, kita tidak rasa cinta kepada ALLAH kerana kita tidak kenal ALLAH sebagaimana kita kenal ibu bapa kita. Lahir saja kita ke dunia, kemudian membesar, terus melekat rasa cinta kita kepada ibu dan ayah. Padahal tidak ada siapa yang mengajarnya. Kenapa ?

Sebab kita kenal ibu dan ayah kita, lalu datanglah rasa cinta yang semulajadi terhadap kedua-dua nya. Tapi terhadap ALLAH, kita tidak cinta kerana kita tidak kenal ALLAH.

Untuk membuktikan bahawa faktor kenal pun perlu ada dalam cinta fitrah, mari kita bahaskan cinta ibu dan ayah. Katalah lahir saja anak kita, kita berikan kepada orang untuk dijaga. Hinggalah umurnya 30 tahun. Waktu itu, bila dia bertembung dengan ibu dan ayah kandungnya di mana-mana, dia buat tidak tahu saja. Boleh jadi dia terlanggar bila berselisih jalan atau mungkin berlaku pertengkaran dengan ibu dan ayahnya itu. Mengapa boleh berlaku begitu ?

Sedangkan tadi kita telah katakan bahawa cinta ibu ayah itu adalah cinta fitrah yang tidak periu dipelajari. Kenapa tidak dating cinta kepada ibu ayah setelah 30 tahun kita berpisah dari mereka ?

Terjadinya begitu kerana kita tidak kenal ibu dan ayah kita itu sedari kecil. Oleh itu cinta kita sudah melekat pada ibu bapa angkat kita. Waktu kecil lagi kita sudah diberitahu dan merasakan mereka adalah ibu dan ayah kandung kita. Hingga bila bertemu dengan ibu dan ayah kandung sebenar, cinta fitrah terhadap mereka tidak berlaku.

Begitu juga cinta ALLAH,walaupun la cinta fitrah, tapi kalau kita tidak kenal ALLAH, tentu tidak timbul cinta. Maknanya, kita perlu dikenalkan kepada ALLAH sewaktu
kecil lagi. Sebab itu dalam ajaran Islam dikatakan:

Awaluddin makrifatullah.
Maksudnya awal-awal agama wajib kenal ALLAH.

Oleh itu, wajib bagi penjaga atau ibu bapa mengajarkan anak=anaknya mengenal ALLAH waktu umur anak-anak itu sudah meningkat enam atau tujuh tahun. Sebab bila daripada kecil sudah mengenal ALLAH, sudah kita tanamkan dengan tauhid, apabila besar tidak perlu diajar atau dibahas-bahas Iagi. Kerana rasa berTuhan sudah mendarah daging dalam tubuh nya.

Perbahasan hanya perlu kalau bertujuan untuk mengajar orang lain. Tetapi kalau sekadar untuk diri sendiri, dengan rasa berTuhan yang telah tumbuh sejak kecil itu, cukup untuk membuat seseorang itu kenal dan cintakan ALLAH.

Jadi, cinta kita kepada ALLAH adalah cinta fitrah, cuma cinta itu tidak timbul sebab kita tidak kenal ALLAH.Umur sudah 30 tahun baru dikenalkan dengan ALLAH, mana hendak timbut cinta!

Walaupun keyakinan dengan ALLAH itu ada tapi tidak timbul rasa cinta. Seperti juga cinta dengan ibu dan ayah kandung. Sedari kecil dipelihara oleh orang lain, tidak kenal ibu dan ayah kandung, tibatiba pada umur 30 tahun baru di perkenalkan kepada mereka, sudah tentu rasa cinta itu masih melekat pada ibu dan ayah angkat yang memeliharanya sejak kecil.

Cinta fitrah itu tidak aken berpindah kepada ibu dan ayah kandungnya. Katalah ada orang memberitahunya:

"Ini ibu dan ayah engkau."

Dia pun selidik hal itu dengan ibu dan ayah angkatnya. Mereka pun mengakuinya. Tapi perkenalan dengan ibu dan ayah kandungnya itu tidak mendatangkan rasa cinta. Kerana cinta fitrahnya sudah jatuh kepada ibu dan ayah angkatnya.

Kalau dikatakan padanya,
"Awak tinggalkanlah mak dan ayah angkat awak"

Tentu dia tidak mahu. Dia bermati-matian mahu tinggal juga dengan ibu dan ayah angkatnya. Cinta fitrah yang sudah jatuh kepada mereka itu tidak boleh bertukar. Oleh itu dia tetap lebih mesra serta boleh bermanja-manja dengan ibu dan ayah angkatnya daripada dengan ibu dan ayah kandungnya. Bukan kerana dia tidak percaya ibu dan ayah kandungnya adalah ibu bapanya yang sebenar, tapi cinta terhadap mereka sudah berkurang kerana sedari kecil lagi dipelihara oleh orang lain.

Begitu juga terhadap ALLAH. Kalau umur 35 atau 40 tahun baru hendak belajar tauhid atau baru hendak kenal ALLAH,"payah hendak datang rasa cinta kepada ALLAH.

Itulah rahsianya. Sebab itu pentingnya dari kecil lagi diasuh kenal ALLAH. Jadi bagi kita yang sudah terlajak umur baru hendak kenal ALLAH ini, kenalah mujahadah. Kena latih-latih mencintai ALLAH. Kita tidak seperti anak-anak yang tidak perlu mujahadah untuk mencintai ALLAH kerana sedari kecil sudah dikenalkan dengan ALLAH dan kerja ALLAH. Apa yang diajar kepada mereka itu melekat di hati walaupun umurnya baru enam atau tujuh tahun.

Bila dia tersinggung sesama dia dan ada yang menangis, maka yang seorang lagi akan berkata,

"Alah sikit sahaja, mujahadahlah. Tak kuat mujahadah, itulah, sikit-sikit
nak nangis."

Istilah 'mujahadah' yang bagi kita satu istilah baru, tapi bagi mereka sudah sebati dan sudah meresap di hati. Ertinya iman telah bertapak di dalam hatinya. Cuma oleh kerana dia budak, maka dia belum pandai sangat menjaga syariat. Kadang-kadang bila melihat ibunya terlambat tutup mulut waktu menguap, dia akan berkata,

"Ummi! menguap kena tutup mulut."
Dia baca pula Hadis yang dihafainya mengenai adab ketika menguap.

ltulah kesan daripada didikan tauhid sedari kecil. Anak-anak yang dididik begitu akan rasa tersinggung kalau ada orang menyinggung perintah Tuhan. Rasa itu datang secara spontan. Dia tidak perlu susah payah bermujahadah untuk rasa sensitive dengan ALLAH.

Tetapi bagi kita yang sudah terlajak umur baru hendak kenal ALLAH, kita perlu menempuh mujahadah. Sebab cinta fitrah kita terhadap ALLAH sudah hilang kerana tidak disuburkan di waktu kecil. sp


Teman di Alam Tinggi

Terdapat pelbagai cara orang belajar tentang Tuhan. Juga ramai guru yang mengajarkan tentangnya. Barisan para ulama yang tinggi ilmunya.

Bermula dengan mengenali sifat wajib bagi Tuhan,sifat mustahil bagiNya, hinggalah ke peringkat ilmu yang seterusnya.

Mengetahui tentang Tuhan tidak menjamin manusia dekat dengan Tuhan. Hanya mengenali Tuhan bukanlah jaminan untuk seseorang sampai mampu merasa hamba. Tuhan itu mesti dirasakan, dihayati, didapatkan.

Ada orang belajar tentang Tuhan tapi bertambah jauh dariNya.
Ada yang tidak tinggi ilmunya tapi bisa hampir sekali dengan Tuhan.

Ada yang tahu tentang keagungan Tuhan,hingga dia merasa Tuhan itu jauh. Terlalu tinggi sehingga tidak boleh didekati. Tuhan tidak dijadikan kawan tempat rujuk kerana difikirkan Tuhan itu terlalu besar,tidak layak dijadikan teman.

Mendapatkan Tuhan bererti kita mendapatkan segalanya. Kita mendapat kawan yang paling setia. Kita boleh cerita apa saja dengan Tuhan kerana Dia maha mendengar. Semua masalah kita Dialah yang menyelesaikannya.

Siapa kata Tuhan itu bukan kawan ?

Bahkan Dialah yang paling layak dijadikan kawan karib kita. Dia tidak pernah akan mengkhianati kita. Sebaliknya kitalah yang selalu melupakannya.

Belajarlah tentang Tuhan untuk sampai kita dekat padaNya. Betapa Tuhan sedang menanti hambaNya untuk berdatangan padaNya. Mengapa kita mengambil makhluk yang lemah sebagai rujukan ?

Sedang Tuhan yang maha kuasa,tempat rujuk seisi dunia..

Nota

dijelaskan di dalam kitab Taujih An Nabiih Limardhaati Baariih karangan guru mulia kita Al Musnid Al Allamah Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz, 

Allah subhanahu wataala berfirman dalam hadits qudsi:

 wahai Daud :
Seandainya orang-orang yg berpaling dariKu mengetahui kerinduanKu atas kembalinya mereka, dan cintaKu akan taubatnya mereka, dan besarnya sambutanku atas kembalinya mereka pada keridhoan Ku, niscaya mereka akan terbang karena rindunya mereka kepadaKu.

Wahai Daud,
demikianlah cintaKu kepada orang-orang yg berpaling dari Ku, maka bagaimanakah cintaKu kepada orang-orang yg datang kepadaKu?





Tiada ulasan:

Catat Ulasan