Khamis, 24 Julai 2014

PERINTAH DAN ADAB DALAM BERJUANG PADA JALAN ALLAH




Bismillaahirrahmaanirahiim
Allah Taala berfirman :

Wa qaatil fi sabilillah la tukalafu illa nafsak   ..
(Surah An Nisa' ; 84)

Maksudnya :

Hendaklah kamu berperang atau berjuang pada jalan Allah, tidak diberatkan kecuali pada diri kamu dan digalakkan kepada orang mu'min. Moga2 Allah mengkerasi orang kafir atau orang2 engkar dan Allah itu adalah sangat keras dan sangat member amaran kepada mereka

Para hadirin yang dikasihi sekelian, tadi saya telah membaca ayat dan maknanya. Insya Allah di sekitar ayat ini kita akan jadjkan kuliah, Artinya pagi ini kuliah tafsir dari ayat yang begitu pendek.

Di sini kita akan bahaskan beberapa perkara

1. berjuang pada jalan Allah
2. tidak diberatkan kecuali diri kita
3. bagi orang mu'min digalakkan
4. moga2 Allah mengkerasi orang kalir dan memberi amaran kepada orang kafir

Di sekitar perkara2 ini kita akan cuba huraikan, moga2 keluar ilmu darinya dan kita mendapat manfaat serta dapat diapplykan dalam hidup.


1. Perintah berjuang pada jalan Allah

Tuhan suruh kita berperang atau berjuang pada jalan Allah. Apa jalan Allah ?
Berjuang pada jalan Allah di sini maksudnya ada 2 perkara penting

a. Promosikan Aqidah Tuhan:

Iaitu memperkenalkan Allah hingga aqidah orang betul: iaitu rnemperkenalkan Zat, sifat dan perbuatan Allah pada manusia. Itulah aqidah asas, tauhid asas. Supaya manusia selamat dari tersalah aqidah 

Kalau begitu yang kata berperang pada jalan Allah bukan untuk bunuh orang Tapi orang tak nampak tugas ini. Yang ada, bila kata perang, rmereka mau bunuh orang, mau pancung orang Padahal patutnya untuk membetulkan aqidah orang yakni untuk fahamkan orang tentang Zat, sifat dan perbuatan Tuhan.

Selepas itu berjuang hingga orang menghayati aqidah yang betul tadi. Bila orang hayati aqidah yang tepat, maka orang akan takut dan cinta dengan Tuhan Untuk rnembuat manusia takut dan cinta Tuhan, tak cukup hanya aqidah asas, Tapi kena diceritakan apa kebaikan Tuhan, apa yang Tuhan bagi pada kita, bagaimana Tuhan jaga kita bagaimana Tuhan menyelamatkan kita dan cerita hingga nafas kita Tuhan pun bagi setiap masa

Setiap bumi yang kita pijak adalah Tuhan punya, setiap nafas dari Tuhan, pandanglah apa saja semuanya Tuhan punya ” Mata yang kita gunakan untuk itu semua pun Tuhan yang punya, mendengarlah apa saja menggunakan telinga yang Tuhan jadikan, bercakaplah sebanyak mana kita rnahu sedangkan mulut itu Tuhan yang ciptakan , kita makan dan minum nikmat dari Tuhan  bekerja menggunakan tenaga dari Tuhan bila letih bekerja datang rahmat Tuhan kita mengantuk, tidur. Kita sudah rehat itu nikmat dari Tuhan bertenaga semula,

Janganlah ajar aqidah yang asas saja nanti orang tak takut dan cinta dengan Tuhan Ceritakan apa lagi nikmat Tuhan, kebaikan Tuhan, baru tumbuh rasa cinta dengan Tuhan. Kita ingin berhibur Tuhan ciptakan lelaki dan perempuan Dengan ada lelaki perempuan kita boleh berhibur. Kalau Tuhan buat lelaki saja atau perempuan saja sepi hidup ini. Tapi Tuhan beri nikmat ada lelaki dan perempuan terasa rahmatNya dari Tuhan. Ingin berhibur ada cara khusus Tuhan lakukan.

Begitulah caranya kita akan ceritakan begitu banyak nikmat hingga orang takut dan cinta Tuhan. Orang rnengajar sifat 20 hanya sekadar untuk sahkan aqidah, sampai jemu bila dengar kelas sifat 20 jemu. Sedangkan cerita tentang Tuhan patutuya seronok, terasa Tuhan penyelamat, pelindung, terasa Tuhan segala2nya, terasa tak boleh hidup tanpa Tuhan, Tuhan segala2nya barulah orang rasakan ada Tuhan sangat terhibur. Tapi diajar oleh tok guru kini jangan sampai orang rosak aqidah itu saja, tapi tak diajar sampai orang takut dan cinta Tuhan. Ini adalah satu kesalahan yang paling besar, sedangkan Tuhan itu kalau disyarahkan dengan baik orang rasa Tuhan itu keselamatan dunia akhirat, tiap hari kita harap jangan Tuhan tinggalkan kita, kita perlukan Tuhan, Tuhan adalah segala2nya

Kita ada Tuhan, kita rasa kuat. Mana ada orang ajar semua itu. Sebab itu bila dengar orang mengajar tauhid jemu. Bagaimana cinta dan takut Tuhan tak diajar ? Ini adalah satu kesalahan.

Jadi bila Tuhan kata kena berjuang pada jalan Allah maka promosi Tuhan untuk kenalkan Tuhan pada manusia supaya jangan tuduh Tuhan yang bukan2 supaya orang kenal betul Tuhan, lepas itu dilengkapkan seperti yang disebutkan tadi. Sebabnya, bagaimana, boleh membuat hingga orang takut dan cintakan Tuhan itulah apa yang dikatakn Tuhan ajak kita berjuang. Bukannya bila “Mari berperang, berjuang!” maka kita hendak bunuh orang, demonstrasi, lawan orang.

b. Promosikan syariat Tuhan :

Berjuang pada jalan Tuhan itu kita nak kenalkan pada manusia syariat Tuhan. Artinya cara hidup secara Tuhan atau perlembagaan Tuhan atau undang2 Tuhan. Perkara aqidah di atas tadi tak begitu banyak perkaranya tapi kalau diceritakan dengan baik terasa indah, terasa kuat dapat Tuhan, terhibur dapat Tuhan.

Yang kedua ini syariat, Cara hidup jadi banyaklah perkaranya. Walaupun banyak tapi Rasulullah saw memperjuangkannya 10 thn sedangkan mempromosi Tuhan 13 tahun Ini menunjukkan promosi dan perjuangkan Tuhan lebih utama dari memperjuangkan syariat. Itulah rahsia kebahagian.

Kita disuruh mernperkenalkan syariat Tuhan dalam makan minum, dalam pergaulan, syariat mendidik manusia dalam keluarga, dalam perjuangan, dengan jiran, dalam berekonomi, dalam berkebudayaan, dalam hal perhubungan, dalam pentadbiran, segala perkara bahkan syariat juga menunjuk jalan kepada kita bagaimana cara menyelesaikan masalah dengan sebaik2nya. Syariat mengenai semua aspek kehidupan supaya jangan accident satu sama lain di situ ada unsur keselamatan, kasih sayang, kerjasama, rasa bersama, ada unsur2 perlu mermerlu satu sama lain Itu syariat Tuhan

Kalau benar2 kenal Tuhan dan diperjuangkan kemudian dicampur syariat Tuhan maka lagi Nampak Islam itu cantik. Sudahlah cantik kenal Tuhan dicampur syariat Tuhan Terasa Tuhan penyelamat dunia akhirat, Tuhan dan syariatnya sangat diperlukan. Tapi mana diajar begitu rupa. Dalam syariat, yang diajar hanya halal-haram saja tapi falsafahnya, rnisal mengapa Tuhan suruh, mengapa Tuhan tegah, tak disebut. Tak disebut hikmahnya jadi orang terseksa dengan hukum Tuhan, tak seronok karena approach, pendekatan, penjelasan tak betul.

Jadi itulah yang Tuhan suruh berjuang maksudnya terhadap dua perkara pertama promosikan aqidahNya, kedua prornosi syariatNya. Gabungan dua perkara ini akan terasa indah berTuhan dan indah bersyariat bahkan manusia rasa mabuk dengan Tuhan dan dengan syariat.

2.  Maksud “ Tidak diberatkan kecuali diri kamu bagi orang mukmin digalakkan ”

Maksud “Tidak diberatkan kecuali diri kamu” artinya hendak begjuang itu kita dulu. Orang lain tak boleh dipaksa ikut beijuang, Untuk orang lain hanya boleh dibagi tahu, digalakkan, diajak sama, didorong. Bukan boleh dikasari, bukan boleh dipaksa2. Yang boleh adalah paksa diri kita. Orang lain hanya didorong, dipujuk, gembirakan mereka dengan perjuangan. Yang kena paksa itu diri kita bukan orang lain walaupun anak isteri, 'Jom berjuang tak mau kena tampar, kalau tak nak ikut, bunuh," jadilah militan Itu tak boleh

Dalam ayat ini jelas yang dipaksa dan diberatkan adalah diri kita sedangkan orang lain digalakkan supaya cintakan perjuangan

Inilah peraturan dari Tuhan, ini cara Tuhan suruh kita bersyariat.
Diri sendiri kita boleh paksa, orang lain digalakkan

Kalau begitu bentuknya kita berjuang paksa diri, orang lain kita galakkan. Tujuannya kenalkan Tuhan hingga takut dan cinta Tuhan kedua perkenalkan syariat Tuhan peranannya hingga terhibur dengan Tuhan dan syariat Tuhan.

3. Huraian “Moga2 Allah mengkerasi orang kafir dan memberi amaran kepada orang kafir”

Kalau berjuang begitu, rupanya untuk mengalahkan orang kafir bukan tugas kita. Untuk musnahkan orang kafir bukan bahagian kita tapi Tuhan, Kalau berjuang dalam hal mengalahkan musuh bukan kita tapi Tuhan buatkan Tuhan yang akan menghukum setelah Kita buat untuk Tuhan. Kenalkan orang pada ZatNya hingga orang suka dan cinta Tuhan dan kenalkan syariat. Iaitu kita buat kerja Tuhan, Tuhan akan buatkan untuk kita

Orang yang menentang Tuhan yang akan memusnahkannya adalah Tuhan. Tuhan tahu bagaimana bertindak. Apa yang kita susahkan dengan hal Amerika kuat ? orang berjuang mula fikir kekuatan Amerika, takut yahudi, sedangkan itu kerja Tuhan dan kerja kita, kita tak buat. Bila diajak berjuang kita takut mereka. Mereka banyak duit, kaya, Kalau mereka banyak duit, kaya itu bukan kerja kita tapi itu kerja Tuhan. Kerja kita ialah promosi Tuhan dan syariat Tuhan. Kalau selesai kerja kita maka 10x Amerika pun Tuhan boleh kalahkan.

Kesilapan orang Islam hari ini bila kata berjuang nampak musuh yang kuat, nampak musuh yang jahat. Akhimya orang Islam jadi lemah semangat ketakutan pada musuh. Padahal Tuhan suruh promosi Tuhan dan syariat Tuhan, kerja terhadap musuh Tuhan punya kerja, itu ketetapan Tuhan. Kalau buat yang Tuhan suruh maka Tuhan buat untuk kita.

Apa fakta yang berlaku dalam sejarah bila buat kerja kita Tuhanlah yang kalahkan musuh2Nya ?

contoh zaman Nabi Musa. Nabi Musa kerja dia kenalkan kepada Firaun dan bani Israel tentang Tuhan Itu kerja Nabi dan orang bertaqwa Masa itu dia tak sentuh kerja Tuhan. Bila ditentang oleh Firaun dia tak ajak berperang tapi lari2 (menghindar). Akhirnya setelah lengkap kenalkan Tuhan, Tuhan buat kerja orang beriman, tenggelamkan Firaun.

Apakah Nabi Musa yang tenggelamkan Firaun?

Nabi Nuh berjuang memperkenalkan Tuhan, syariat Tuhan tapi kaumnya bermusuh dengan Nabi Nuh, susahkan dia dan pengikutnya tapi Nabi tak ajak orang2nya berperang. Akhirnya setelah buat kerja Tuhan maka Tuhan buat kerja Nabi nuh, datang banjir besar.

Rasulullah setelah berperang pada jalan Allah, buat kerja Allah, telah datang 3000 malaikat menolongnya Tuhan buat untuk Rasul dan sahabat Dalam perang Khandak Tuhan datangkan angin ribut hingga akbimya lintang pukang, pecah belah musuh, bukan Rasul dan sahabat buat tapi Tuhan yang buat, setelah Rasul dan sahabat buat kerja Tuhan, nampak ini adalah peluang untuk orang berjuang.

Mengapa kita takut dengan musuh bila perkenalkan Tuhan dan syariat ? hadapi musuh bukan kerja kita, itu kerja Tuhan yang kuasaNya tak terbatas. Apa kita takut ? seolah2 kita bincang dengan Tuhan aku buat kerja aku, Engkau akan buat untuk aku.

Kita hairan bagaimana orang boleh jadi militan dan ganas ?
Kenapa sebut berjuang tak fikir untuk kenalkan Tuhan hingga orang takut dan cinta pada Tuhan ?
supaya hasil perjuangan kita orang akan rasa indah, aman damai ?

Tuhan adalah segala2nya. Dapat Tuhan manusia akan kenyang, indah, dan rasa kuat

Allahyarham Ust. Ashaari.


Kita pun hairan bagaimana orang boleh jadi militan dan ganas ? 

Ada lambang "lanun" pada topi yang dipakainya

PUTRAJAYA 9 Julai - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, kecoh apabila seorang lelaki dan wanita dikatakan mengamuk sambil melibas pedang samurai sehingga menyebabkan orang ramai dan penjawat awam lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Apa pun bagi saya peristiwa ini sangat malang dan sudah tentu memberi persepsi yang pelbagai terhadap agama. Benar mungkin si mati dan pasangannya “tidak siuman” namun dari publisiti yang tersibar elemen agama mengambarkan imej yang buruk terhadap Islam.

Sumber internet


PUISI PANJANG BOSNIA-HERZEGOVINA 

Guruku
maaf ku sambung tali tuturmu tanpa izin rasmi
kutitip bicara rasamu dalam kembara
kupinjam hikmahmu 
kutulis sebuah puisi, 
prihatin umat ini kekadang perlu dilayan
umat yang menjerit perit derita penindasan
mohon mindamu buat landasan bicara

Guruku
kuluah kata tentang derita ummah
kubisikkan padamu sebuah resah;

“Mengapa Muslim Bosnia-Herzegovina
disembelilm, mengapa ?
Mengapa Muslim Rohingya diburu, mengapa ?
Mengapa Muslim Kashmir diusir, mengapa ?
Mengapa Muslim Palestin dibunuh, mengapa ?
Mengapa Muslim Assam dicengkam, mengapa ?
mengapa, mengapa, mengapa... ?
Mengapa Muslim tertindas di mana-mana ?
Mengapa lslam terhina serata dunia ?"
  
Guruku     
Katamu kemudian menyambut sahut
meluncur deras bak mata air kutampung cemas
dengan bahasa hati, nahu rasa, ayat isyarat
kau hadiah sebuala basyirah:

“Bukan Serb, bukan sosialis, bukan
Bukan hindu, bukan zionis, bukan
Bukan Amerika, bukan kapitalis, bukan
Bukan Barat, Bukan sekularis, Bukan "

Katamu yang pertama dan utama,
semua itu bukan
bukan, bukan, bukan...
bukan bathil, bukan mungkar
bukan musuh di luar.

“Tapi amuk Serb di dalam, itulah
Tapi akar umbi zionis di dalam, itulah
tapi cinta kapitalis di dalam, itulah
Tapi cengkaman sekularis di dalam, itulah
tapi sabit tukul komunis di dalam, itulah
dalam hati, dalam peribadi, dalam akal
dalam diri, itulah
menjajah menjarah batin ummah
tapi, tapi, tapi...
tapi Muslim tidak prihatin lagi
tentang musuh di dalam.”

Muncullah tirani mustakbirin sepanjang sejarah
Pedang, lembing, senapang dan bom nuklear
Al mala’u pemerah air mata, penumpah darah
Hulagu, Ferdinand, Bush, Shamir clan John Major

bila Muslim lupakan Allah
bila Muslim lupakan taqwa
bila Muslim lupakan iman
bila Muslim lupakan syariat
bila Muslim lupakan Islam
bila, bila, bila..
bila Muslim ditimpa al wahan
bila hati cinta dunia takut mati
maka jatuhlah hukuman Mahkamah Tuhan
diizin~Nya tangan-tangan besi
bermaharajalela sesuka hati

Guruku
maaf kiranya ingin kulukiskan potret dukamu
luka di hati, kecewa di mata, marah di wajah
katamu:
“Ulama, ulama, ulama...
ulama pasak tiang sendi umat ini yang bersalah
ulama tuan tanah baru berladangkan kitab dan
madrasah
ulama jutawan besar memperdagangkan wahyu dan
sabda 
ulama mendamba ringgit merayu gelar di atas mimbar
ulama lidah kelu menegur singgahsana penguasa
ulama hati bérat sendat berkarat untuk mendidik umat

ulama punca taufan gila melanda dunia lslam
ulama, ulama, ulama...
yang sudah dilalaikan oleh dunia.”

Ratusan, puluhan, belasan atau beberapa tahun lalu 
cuba tanyakan, cuba tanyakan, cuba kau tanyakan 

tanyakan mullah di Bosnia mana dakwahnva ? 
tanyakan imam di Rohingya mana tarbiahnya ? 
tanyakan maulana di Kashmir mana doanya? 
tanyakan khatib di Assam apa khutbahnya ? 
tanyakan syeikh di Palestin apa fatwanya 
tanyakan, tanyakan, tanyakan, 

mengapa 
mengapa pewaris nabi lupakan janji 
mengapa Amanat Ilahi dikhianati 

Jangan tangisi nasib umat ini serba malang serba terbuang 
Qudrat kita yang sekerat walau quwwah melimpah 
Syahadat kita yang dihiris tauhid menipis 
Islam jadi yatim di tengah 1000 Juta umatnya 
ditolak doa kalian kerana Allah tak pandang 
tidak ada jaminan dulu dan sekarang 
kini dan akan datang 

tidak, tidak, tidak... 
tidak akan dibela Muslim tanpa taqwa 
tidak akan dibantu Muslim yang dibelenggu nafsu 
Ini dimaktub oleh Al Quran, oleh Sunnah 
sudah serlah di dalam sirah 

Walau suaramu tidak gegak-gempita demonstrasi. 
tapi Empang fikirmu jana pendam tempur minda 
Taqwa, minda, doa, strategi digaul mampat 
Padamu kalimat jihad sudah muktamad 
Moga-moga Bosnia-Herzegovina, Rohingya, Kashmir, Assam, Palestin adalah... 
daun kering yang gugur buat penyubur pohon 


Abdi 
Ogos 1992 

Nota
Puisi asal telah diedit oleh saya tanpa kebenaran penulis asal ampun maaf jika saya tersalah

Ahad, 22 Jun 2014

Karamah SYEIKH DAUD FATANI


Syeikh Wan Daud al-Fathani Bahjatuddin al-Arif ar-Rabbani


SEJAK kisah karamah Tok Kenali, diperkenalkan Isnin, 2 Oktober lalu, ramai menghubungi saya melalui telefon dan e-mel.

Saya cuba membuat analisis perbandingan secara keseluruhan kegemaran pembaca dari pelbagai golongan tentang isu-isu yang pernah disentuh dalam siri ulama seperti pendidikan, politik, ekonomi, sejarah, manuskrip, bahasa, sastera, asal usul keturunan jihad dan lain-lain serta yang terakhir sekali isu karamah. Ternyata pengikut isu karamah adalah yang paling ramai menghubungi saya.

Mereka bukan menolaknya, tetapi rasa ingin tahu tentang ulama dunia Melayu yang mempunyai karamah.

Agak berat saya menulis perkara tersebut, bukan kerana kekurangan bahan, tetapi pada pandangan saya, para ulama yang masih belum begitu diketahui oleh orang ramai perlu dapat dibuktikan dengan hasil-hasil peninggalannya, seperti kitab karangan, institusi pendidikan, dan lain-lain seumpamanya.

Ada pun kisah mengenai Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani telah saya terbitkan dalam bentuk buku (Malaysia dan Indonesia) dan dalam kertas-kertas kerja yang dibentang dalam beberapa seminar.

Oleh itu sudah sampai gilirannya, kerana memenuhi permintaan pihak-pihak tertentu, minta supaya karamah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga ditempatkan dalam ruangan bicara ulama Nusantara ini.

Pada judul digunakan istilah-istilah, iaitu Bahjatuddin dan Al-Arif Ar-Rabbani. Perkataan Arab Bahjatuddin jika diterjemah ke dalam bahasa Melayu bererti Keelokan Agama, iaitu salah satu nama gelar yang diberikan orang kepada Syeikh Daud Abdullah al-Fathani yang pernah terdapat dalam sebuah kitab karangan beliau. Perkataan Al-Arif Ar-Rabbani juga diberikan oleh beberapa ulama kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani sejak zaman beliau dan gelaran itu kekal digunakan pada beberapa kitab karangan beliau hingga sekarang ini.

Menurut tradisi keilmuan Islam, khususnya ilmu tasawuf, hanya ulama-ulama yang sampai kepada peringkat Haal dan Maqam para Wali Allah saja yang layak diberikan gelar Al-Arif Ar-Rabbani atau Al-Arif Billah. Tidak ramai ulama dunia Melayu memperoleh gelaran demikian.

Di antara yang tidak ramai itu termasuk juga Al-Alim Al-Allamah Al-Arif Ar-Rabbani Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani. Dari julukan nama yang demikian agung, ramai orang tidak ragu-ragu tentang cerita-cerita karamah yang pernah berlaku terhadap ulama besar, Wali Allah, yang banyak menghasilkan kitab karangan, yang berasal dari Patani itu.

Rumah Kerisik

Ketika saya berumur antara empat dan lima tahun, belum bersekolah, cerita tentang karamah seorang Wali Allah yang pertama sekali saya dengar ialah Karamah Syeikh Daud al-Fathani. Sewaktu ibu saya, Hajah Wan Zainab Syeikh Ahmad al-Fathani, mengajar golongan hawa, beliau menggunakan salah sebuah kitab Syeikh Daud Abdullah al-Fathani. Beliau meriwayatkan,

“Pada satu ketika sewaktu Syeikh Daud al-Fathani mengajar di rumahnya di Kerisik, Patani tiba-tiba beliau berhenti mengajar.”

Lalu digerak-gerakannya tangannya.

Lengan bajunya basah. Ada muridnya bertanya, kenapa Tok Syeikh itu berkelakuan demikian. Tok Syeikh Daud menjawab, “Aku menolong orang karam!” Sejurus kemudian orang karam itu datang menemui Tok Syeikh Daud kerana membayar nazar. Setelah orang-orang yang mengikuti pengajian kepada ibu saya tersebut pulang,

saya bertanya kepada ibu saya, bagaimanakah caranya orang yang diam di atas darat boleh menolong orang karam di laut ?

Ibu saya menjawab, “Belajar rajin-rajin. Mengaji Quran banyak-banyak. Berdoa banyak-banyak. Nanti di kemudian hari kamu ketahui.”

Saya tidak perlu memaksa diri sendiri atau orang lain percaya atau pun menolak riwayat di atas, tetapi setelah saya membanding pelbagai perubahan zaman dapatlah saya fahami maksud perkataan ibu saya itu. Bererti beliau faham ilmu psikologi pendidikan kanak-kanak pada zaman itu (tahun 1950). Kenapa kita menolak cerita karamah para Wali Allah ?

Sedangkan zaman kita sekarang cerita yang bercorak robot yang direka oleh manusia moden, seperti ultraman, doraemon, power rangers, termasuk juga pendidikan seks yang diketahui oleh kanak-kanak yang masih di bawah umur apakah kita tidak terfikirkan dampak negatifnya terhadap remaja Islam dan bangsa Melayu untuk masa-masa yang akan datang ?

Oleh itu kisah mukjizat para Nabi dan karamah para Wali Allah adalah patut diperkenalkan. Di dalamnya banyak peroleh petunjuk dan keberkatan bukannya membawa kejumudan seperti pendapat pihak-pihak tertentu yang selalu sinis dari sesuatu yang bersumberkan daripada tradisi Islam.

Kisah di atas juga saya dengar di Kerisik, Patani, tahun 1970 di rumah tempat kejadian (rumah yang dibina oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani). Rumah tersebut runtuh (terpetak di atas tanah) pada 1989, kebetulan ketika kejadian itu saya berada di Patani. Saya menyaksikan sendiri, bahawa ada bahagian penting tempat sebuah peti manuskrip atau naskhah-naskhah tulisan tangan tidak mengalami kerosakan. Berhari-hari khazanah ilmu itu tidak dipedulikan orang, terbiar begitu saja sehinggalah saya datang ke tempat itu.

Saya memang mempunyai hak atas pemilikan naskhah-naskhah itu, oleh itu telah saya selamatkan dengan apa yang ada dalam koleksi saya. Dari peristiwa tersebut dan perbandingan lainnya, saya dapat mengambil iktibar bahawa keghairahan kebanyakan orang selalu berusaha memperoleh harta pusaka yang bercorak kebendaan, tetapi sangat jarang atau sedikit sekali orang yang mengutamakan khazanah ilmu yang dipusakai oleh datuk neneknya.

Setelah saya kaji peri kehidupan Syeikh Daud Abdullah al-Fathani, bahawa beliau lebih mengutamakan pusaka khazanah ilmu dari kebendaan lainnya, barangkali kerana itulah sebahagian ilmu-ilmu yang berasal dari beliau masih selamat sampai sekarang. Hasil-hasil karangan beliau masih banyak diajarkan orang di pelbagai tempat di dunia Melayu. Namanya tetap harum semerbak di sepanjang zaman.

Keberangkatan ke Mekah

Peristiwa karamah Syeikh Daud Abdullah al-Fathani sewaktu beliau akan ke Mekah yang pertama kali diriwayatkan sebagai berikut, “Tok Syeikh Daud adalah seorang suka berusaha sendiri, beliau tidak suka membebankan urusannya kepada orang lain termasuk terhadap kedua orang tuanya. Pada satu ketika, beliau ingin menunaikan haji ke Mekah sekali gus untuk belajar ke sana.”

Sejak kecil yang diusahakannya hanyalah menuntut ilmu, tidak pernah menghiraukan sesuatu pekerjaan lainnya. Walau pun beliau tahu bahawa kedua orang tuanya mampu mengirimnya ke Mekah, namun beliau tidak pernah menceritakan hasratnya itu. Sebagai seorang yang terpelajar dalam pelbagai ilmu, salah satu kaedah dalam ilmu tasawuf mempedoman bahawa hakikat pentadbiran, sama ada diri peribadi atau dari sekecil-kecil alam semesta hingga yang sebesar-besarnya adalah mutlak milik Allah s.w.t..

Tasawuf juga mengajar bahawa doa adalah senjata yang paling ampuh untuk mengatasi segala persoalan. Oleh itu Tok Syeikh Daud lebih mengutamakan berdoa daripada terlalu bersibuk-sibuk mencari wang. Kerana Tok Syeikh Daud berdoa dengan keseluruhan dirinya, diri yang zahir dan diri yang batin, tiada bahagian tubuh zahir dan batin, yang tidak ikut serta dalam munajat kepada Allah, maka doanya sentiasa dikabulkan Allah. Kabul itu pula ada kelainan daripada biasa.

Bahawa pada suatu hari Tok Syeikh Daud melihat seekor lembu menanduk busut. Tok Syeikh Daud berfikir mengapakah lembu itu berbuat demikian? Beliau munajat, mohon petunjuk kemungkinan ada rahsia yang tersembunyi pada kelakuan binatang itu.

Pada malam hari, Tok Syeikh Daud bermimpi bahawa di dalam busut itu tersimpan emas supaya beliau mengambilnya untuk belanja berangkat ke Mekah dan keperluan selama beliau belajar di sana. Emas itu pula supaya disedekahkan kepada semua orang miskin yang berada di Kerisik. Cara bersedekah pula hendaklah dengan rahsia, iaitu emas itu diletakkan di bendul pintu setiap rumah. Semua petunjuk dalam mimpi itu telah beliau kerjakan.

Sungguh ajaib, semua rumah yang diletakkan emas itu, pemiliknya bermimpi pula bahawa mereka menerima sedekah dari Tok Syeikh Daud.

Diriwayatkan, bahawa beliau seorang yang qana'ah (cukup seadanya saja), oleh itu amanah itu dilaksanakan dengan sejujur-jujurnya. Dengan demikian hidup beliau penuh berkat dan rahmat hinggalah ke akhir hayatnya.

Orang-orang yang menerima sedekah daripada Tok Syeikh Daud juga demikian adanya. (Sumber cerita diperoleh di Kerisik daripada beberapa orang tua-tua kewarisan Syeikh Daud Abdullah al-Fathani, tahun 1970).

Jin di alam manusia

Selalu kita mendengar ada orang mencari ilmu untuk menguasai jin atau pun makhluk halus. Mereka bermaksud dengan jenis ilmu yang demikian dapat mengatasi keperluan atau menyampaikan sesuatu hajat. Ini berbeza dengan para Wali Allah. Mereka tidak memerlukan ilmu seperti itu kerana mereka selalu berpegang kepada akidah yang betul. Sungguh pun begitu, ada beberapa orang ulama dunia Melayu termasuk Syeikh Daud Abdullah al-Fathani yang pernah menjadi guru kepada jin yang beragama Islam.

Diriwayatkan: “Ada satu jin yang menyamar bersama-sama dengan jenis manusia belajar kepada Tok Syeikh Daud di Masjid al-Haram, Mekah. Jin itu menyangka bahawa Tok Syeikh Daud tidak tahu bahawa dia adalah bangsa jin. Sebenarnya Tok Syeikh Daud bukannya tidak tahu perkara itu, bagi seorang Wali Allah sesuatu rahsia yang belum diketahui oleh orang ramai beliau tidak akan menceritakannya selagi perkara itu tidak merosakkan pihak lainnya.

Pada satu malam, jin itu menjemput Tok Syeikh Daud dan gurunya yang berbangsa jin datang ke rumahnya kerana mengadakan kenduri. Semua yang hadir adalah bangsa jin dan mereka merendahkan diri kepada Tok Syeikh Daud.

Alam itu sebenarnya adalah alam jin, tetapi mereka cuba hadir kepada alam manusia. Maksud mereka bukan untuk menipu Tok Syeikh Daud tetapi mereka ingin mengambil berkat atas ketinggian martabat Wali Allah bangsa manusia itu.

Mereka menyangka bahawa Tok Syeikh Daud tidak mengetahui perkara itu, sebenarnya sebelum datang ke tempat itu beliau telah maklum bahawa jemaah yang hadir di tempat itu bukan bangsa manusia tetapi adalah jemaah jin.

Setelah selesai upacara, jin tuan rumah bersedekah kepada Tok Syeikh Daud satu bungkusan yang di dalamnya terdapat ketulan-ketulan emas dan pelbagai jenis permata yang mahal-mahal harga. Tok Syeikh Daud menolak sedekah itu dengan secara halus, dibahagi-bahagikan kepada semua bangsa jin yang hadir di tempat itu sehingga tidak ada sesuatu pun yang tinggal pada beliau.

Cerita di atas dapat menjadi pengajaran, bahawa pada zaman moden sekarang masih ada orang yang ingin mendapatkan harta kekayaan melalui jin. Tetapi berbeza dengan ulama seperti Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, beliau tidak memerlukan barangan yang bukan dari alam kita sendiri.

Tidaklah berlebihan, saya kemukakan sedikit pengalaman bahawa saya pernah menyaksikan ada orang dapat mengambil jongkong emas, keris, dan permata dari alam ghaib. Tetapi ternyata emas di alam jin tidak menjadi emas di alam kita. Emas di alam jin hanyalah tembaga apabila masuk ke alam kita.

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

UTUSAN MALAYSIA 23 10 06

Ahad, 15 Jun 2014

Kemahiran Berfikir


Baru-baru ini kita didedahkan kepada satu bentuk mata pelajaran baru dalam bidang akademik di sekolah iaitu‘kemahiran berfikir ’. Ramai tokoh akademik dan tokoh pendidik tampil ke hadapan untuk memberi penerangan tentang mata pelajaran baru ini. Mereka membawa berbagai-bagai konsep dan teori. Mereka mengatakan bahawa selama ini para pelajar tidak berfikir dengan cara yang betul dan tidak mengikut disiplin berfikir yang sebenar. Para pelajar berfikir mengikut cara mereka masing-masing dan mengikut kebiasaan mereka sahaja.

Mereka tidak dididik semenjak kecil bagaimana cara hendak berfikir dengan betul dan berkesan. Oleh itu ramai pelajar tidak dapat menggunakan kemampuan akal mereka untuk berfikir dengan sepenuhnya dan secara optimum. Ini telah menyebabkan ramai pelajar tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik walaupun kemampuan akal mereka adalah lebih dari itu.

Apa yang diutarakan dalam ilmu kemahiran berfikir ini berlegar di sekitar tatacara dan prosedur berfikir, langkah-langkah berfikir, penyusunan, pemprosesan dan penghadaman maklumat dan fakta-fakta. Ia juga melibatkan keupayaan menyusun, mengenal dan menyaring fakta-fakta yang penting dan tidak penting, yang relevan dan tidak relevan dan berbagai-bagai teori lagi yang kesemuanya menjurus kepada mencapai tahap berfikir yang lebih tinggi dan berkesan.

Sebenarnya kalau diamati betul-betul, tidak ada apa-apa perkara baru yang diketengahkan. Semuanya perkara lama belaka. Semenjak dahulu manusia berfikir, itulah dianya.

Hanya dalam mengemukakan dan menerangkan mata pelajaran ini, tindakbalas dan tindak gaya pemikiran itu disusun, diformatkan, diselaraskan dan diberi nama, istilah dan kaedah-kaedah. Ia tidak lebih dari menyusun apa yang belum tersusun, menjelaskan apa yang belum jelas dan mencatat apa yang belum dikatalogkan.

Allah SWT ada berfirman yang bermaksud
“Ingatlah Allah dahulu, baru kamu berfikir.”

Ini adalah kerana Allah mahukan proses pemikiran itu tidak terlepas dari pengaruh hati dan jiwa yang ingatkan Tuhan.Ini yang manusia tidak faham. Berfikir dengan akal semata-mata tanpa membawa bersama hati dan jiwa yang berzikir kepada Allah akan menghasilkan buah pemikiran yang tersimpang dari kebenaran dan kehendak Tuhan. Berfikir tanpa hati yang ingatkan Tuhan akan menjauhkan hidayah dan pimpinan Tuhan. Berfikir tanpa melibatkan Tuhan akan menafikan ilham dan panduan dari Tuhan.

Akal hanyalah alat bagi menerima, menyusun dan memproses maklumat, fakta dan ilmu. Ia menimbang, menilai dan merumus fakta dan ilmu. Ia hanya mengisar dan mencanai, tidak lebih dari itu.

Manfaat atau tidaknya ilmu yang diproses oleh akal bergantung kepada hidup atau matinya hati ataujiwa kita. Penggunaan akal tanpa dipimpin atau dikawal oleh hati akan menghasilkan ilmu yang tidak bermanfaat.

Ilmu yang tidak bermanfaat umumnya ialah ilmu yang tidak mendekatkan kita kepada Allah dan yang tidak menambah iman dan ketaqwaan kita kepada-Nya. Ilmu yang tidak bermanfaat ialah ilmu yang akan merosakkan kita.

Rasulullah pernah berdoa:
Maksudnya: “Aku berlindung dengan Allah dari ilmu yangtidak bermanfaat.”

Orang yang menggunakan akal semata-mata tanpa mengingatkan Allah terlebih dahulu atau tanpa dikawal oleh hatinya yang beriman dan bertaqwa, dinamakan orang  akal, orang dunia atau orang yang berfikiran sekular. Segala yang difikirkannya ialah hal-hal dunia semata-mata yang bermatlamatkan dunia dan berakhir di dunia. Allah dan Akhirat dikesampingkan dan tidak diambil kira.

Akal itu ibarat kipas yang melekat di siling. Apabila kipas itu berputar, maka kita akan dapat manfaat anginnya. Lagi laju kipas itu berputar, lagi banyak dan kencang angin yangkita rasakan. Akan tetapi kipas itu mesti ditambat dan diikat kuat-kuat pada siling. Kalau tidak, ia akan terlepas dan akan mencederakan kepala-kepala kita. Lagi ligat dan laju ia berputar, lagi teruk kita akan dicederakannya. Tambatan dan ikatan itu ibarat iman dan taqwa.

Oleh itu tidak salah kita menggunakan akal.

Lagi ligat akal kita lagi baik. Tetapi ia mesti dikawal dan dipandu oleh hati yang beriman dan yang sentiasa ingatkan Tuhan. Barulah segala hasil fikiran kita akan jadi bermanfaat. Kalau tidak, ia akan merosakkan kita. Ia akan memikirkan perkara-perkara yang mungkar dan menghasilkan fahaman, ideologi dan isme-isme yang batil.

Kekuatan dan kepintaran akal juga banyak bergantung pada hidupnya hati atau jiwa kita. Orang yang hidup hatinya akan mempunyai akal yang bijak dan pintar. Contohnya ialah para Sahabat, para Tabiin dan para Tabiit Tabiin. Rasulullah SAW.mendidik dan membangunkan insaniah dan jiwa mereka.Hasilnya mereka menjadi orang-orang yang bertaqwa, yang bijak dan pintar. Asal dari pengembala-pengembala kambing yang hanya tahu tentang kambing, tapi dengan iman dan taqwa, akal mereka mampu meneroka berbagai-bagai bidang ilmu termasuk ilmu hisab, ilmu astronomi, falsafah, astrologi, ketenteraan, perubatan, sains dan lain-lain lagi di samping ilmu-ilmu Tauhid, Feqah, Tasawuf, Tafsir, ilmu Hadis dan sebagainya.

Disebabkan kepintaran akal mereka, negara Islam telah menjadi pusat ilmu bagi dunia di waktu itu. Dalam masa yang singkat, manusia dari seluruh pelosok dunia datang untuk menimba ilmu dari cendekiawan-cendekiawan dan para ilmuan Islam. Bukan sahaja ilmu mereka hebat tetapi sesetengah dari cendekiawan-cendekiawan Islam itu menguasai berpuluh bidang ilmu yang berlainan pada satu masa.
Umat Islam mesti mengubah sikap dan fahaman mereka tentang kemahiran berfikir.

Zikir dan fikir

Dalam Islam, berfikir bukan semata-mata tugas akal.
Ia adalah tugas akal yang dirangsang dan dipandu oleh hati yang bertaqwa.

Oleh yang demikian, langkah pertama untuk mendapatkan kemahiran berfikir ialah dengan menanam iman dan taqwa di dalam hati terlebih dahulu. Barulah akal dapat dikawal dan dipandu dan dapat menerima ilham dari Tuhan untuk menghasilkan buah fikiran yang bermanfaat.

Akal yang dibebaskan berfikir tanpa kawalan iman akan berfikir tentang perkara-perkara yang batil dan merosakkan, dan akhirnya akan menafikan kewujudanTuhan itu sendiri.


ILMUAN YG DIBANTU ALLAH 

Janji Allah untuk membantu mereka yang bertaqwa adalah sepanjang masa SESEORANG itu akan diberi ilmu megikut bidangnya.  sesuai dengan firman ALLAH:

"Bertaqwalah kepada ALLAH, nescaya Allah akan mengajar kamu. "
(Al Baqarah: 282)

Ilmu yang ALLAH berikan ilmu Akhirat saja tapi juga ilmu dunia. Bila seseorang itu diajar oleh ALLAH, dia akan memperolehi ilmu tanpa belajar. sebab itu ada ulama-ulama dulu yang boleh karang beratus-ratus buah kitab.

Misalnya Imam Sayuti Umurnya pendek sahaja, hanya 53 tahun. Beliau mula mengarang sewaktu berumur 40 tahun dan dapat menghasilkan 600 buah kitab. Dalam masa hanya 13 tahun dapat menghasilkan sebegitu banyak kitab.

Ertinya dia dapat menyiapkan sebuah kitab setiap dua minggu. Kitabnya itu pula tebal-tebal dan tinggi perbahasannya dalam bermacam-macam jenis ilmu. Antara kitabnya yang terkenal Al Itqan fi Ulumil Quran, Al Hawi lil Fatawa (dua jilid), Al Jamius Soghir (mengandungi matan-matan Hadis),Al Ashbah wan Nadzoir, Tafsir Jalalain, Al Iklil dan lain-lain lagi.

Kalaulah beliau menulis atas dasar membaca atau berfikir semata-mata, tentulah tidak mungkin dalam masa 13 tahun dapat menulis 600 kitab atau tidak mungkin dalam masa hanya dua minggu dapat tulis sebuah kitab.
Inilah ilmu laduni. Tidak hairanlah hal ini boleh berlaku kerana dalam kitab Al Tabaqatul Kubra karangan Imam Sya’rani ada menceritakan yang Imam Sayuti dapat yakazah [bertemu dalam keadaan jaga] dengan Rasulullah sebanyak 75 kali dan dia sempat bertanya tentang ilmu dengan Rasulullah.


Imam Al Ghazali

Umurnya juga pendek iaitu sekitar 54 tahun. Beliau mula mengarang selepas sahaja habis bersuluk di kubah Masjid Umawi di Syria. Umurnya waktu itu sekitar 40 tahun. Ertinya dalam hidupnya dia mengarang sekitar 14 tahun. Dalam waktu yang pendek ini dia sempat mengarang 300 buah kitab yang tebal-tebal, yang bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan termasuklah kitab yang paling masyhur iaitu Ihya Ulumuddin, kitab tasawuf (dua jilid yang tebal-tebal) dan Al Mustasyfa (ilmu usul fiqh yang agak susah difahami).

Cuba anda fikirkan, bolehkah manusia biasa seperti kita ini menulis sebanyak itu. Walau bagaimana genius sekalipun otak seseorang itu, tidak mungkin dalam masa 14 tahun boleh menghasilkan 300 buah kitab-kitab tebal, kalau bukan kerana dia dibantu dengan ilmu laduni yakni ilmu tanpa berfikir, yang terus jatuh ke hati dan terus ditulis.

Dalam pengalaman kita kalau ilmu hasil berfikir dan mengkaji, sepertimana profesor-profesor sekarang, dalam masa empat tahun baru dapat membuat satu tesis di dalam sebuah buku. Kalau satu buku mengambil masa empat tahun, ertinya kalau 14 tahun dapat tiga buah buku. Terlalu jauh bezanya dengan Imam Ghazali yang mencapai 300 buah buku itu.


Imam Nawawi

Beliau adalah antara ulama yang meninggal sewaktu berusia muda, iaitu 30 tahun. Beliau tidak sempat berkahwin tetapi banyak mempusakakan kitab-kitab karangannya. Di antara yang terkenal ialah Al Majmuk yakni kitab fekah. Kalau ditimbang berat kitab itu lebih kurang 3 kilogram, yakni kitab fekah yang sangat tebal. Kitab Al Majmuk yang tebal itu ditulis ketika umurnya sekitar 25 tahun.

Selain itu termasuklah kitab Riadhus Solihin, Al Azkar dan lain-lain lagi. Untuk mengarang kitab Al Majmuk saja kalau ikut kaedah biasa yakni atas dasar kekuatan otak, tidak mungkin dapat disiapkan dalam masa dua atau tiga tahun. Mungkin memakan masa 10 tahun. Ini bererti dia mula mengarang semasa berumur 20 tahun. Biasanya di umur ini orang masih belajar lagi.

Tetapi di usia semuda itu Imam Nawawi mampu mengarang bukan saja Al Majmuk, tetapi turut mengarang kitab-kitab besar yang lain. Ini luar biasa! Biasanya orang jadi pengarang kitab di penghujung usianya.
Ini membuktikan selain dari cara belajar, ada ilmu yang Allah pusakakan tanpa belajar, tanpa usaha ikhtiar dan tanpa berguru. Itulah dia ilmu laduni atau ilmu ilham.

Janji ALLAH untuk mereka yang bertaqwa ini adalah sepanjang masa. Siapa yang cukup syarat (solid taqwanya) akan  mendapat apa yang ALLAH janjikan itu

Allahyarham Ust. Ashaari.

Ahad, 8 Jun 2014

The art 0f street fighter




The living energy in us, the life in us. This life manifests itself, as far as the physical body is concerned, as the incoming and the outgoing breath. These are two opposite things. We take them as one. We say ”breathing” – but breathing has two polarities: the incoming breath and the outgoing breath.

Every energy has polarities, every energy exists in two opposite poles. It cannot exist otherwise. The opposite poles, with their tension and harmony, create energy – just like magnetic poles.

The incoming breath is quite contrary to the outgoing, and the outgoing is quite contrary to the incoming. In a single moment the incoming is just like birth and the outgoing is just like death. In a single moment both things are happening: when you take breath in, you are born; when you throw breath out, you die. In a single moment there is birth and death. This polarity is life energy coming up, going down.

In the physical body, life energy takes this manifestation. Life energy is born, and after seventy years it dies. That too is a greater manifestation of the same phenomenon: the incoming breath and the outgoing breath... the day and the night

Thought itself is energy. In the mental body the energy manifests as the coming of thought and the going of thought; in the physical body it manifests as breath coming and breath going.

That is why you can change your thinking with breathing.

There is a correspondence. If you stop your breath from coming in, thought will be stopped from coming in. Stop your breath in your physical body and in the mental body thought will stop. And as the physical body becomes uneasy, your mental body will become uneasy. The physical body will long to breathe in; the mental body will long to take thought in.

The breath itself is not energy . energy means the vital energy that manifests itself by these polarities of coming in and going out. The energy that takes the breath in is vital energy, not the breath itself. The energy that takes breath in, which asserts it, that energy that is taking the breath in and throwing it out, is vital energy.

The energy that takes thought in and throws thought out, that energy too is vital energy. In all of the seven bodies, this process exists. I am only talking now of the physical and the mental, because these two are known to us; we can understand them easily. But in every layer of your being the same thing exists

Your second body, the etheric body, has its own incoming and outgoing process. You will feel this process in each of the seven bodies, but you will feel it to be just like the incoming breath and outgoing breath, because you are only acquainted with your physical body and its vital energy. Then you will always misunderstand.

In the second body, ”love and hate” is the basic polarity. It is manifested in so many ways. The basic polarity is this liking and disliking, and every moment your liking becomes disliking and your disliking becomes liking – every moment! But you never see it. When your liking becomes disliking, if you suppress your disliking and continue fooling yourself that you will go on liking the same things always, you are only fooling yourself doubly. And if you dislike something, you go on disliking it, never allowing yourself to see the moments when you have liked it. We suppress our love for our enemies, and we suppress our hatred for our friends. We are suppressing! We allow only one movement, only one pole, but because it comes back again, we are at ease. It returns, so we are at ease. But it is discontinuous; it is never continuous. It never can be.

A person who has known the polarities is at ease, at equilibrium.
He knows it is bound to happen, so he neither tries to love when he is not loving nor does he create any hatred. Things come and go: he is not attracted to the incoming nor repulsed by the outgoing. He is just a witness. He says, ”It is just like breath coming in and breath going out.”

The vital force manifests itself as like and dislike in the second body. But it is just like breath: there is no difference. Influence is the medium here; air is the medium in the physical body. The second body lives in an atmosphere of influences. It is not simply that someone comes in contact with you and you begin to like him. Even if no one comes in and you are alone in the room, you will be liking/disliking, liking/disliking. It will make no difference: the liking and disliking will go on alternating continuously.

If you become aware and become a witness to the second body – to the liking and disliking – then you can know the third body. The third is the astral body. Just like the ”influences” of the etheric body, the astral body has ”magnetic forces.” Its magnetism is its breath. One moment you are powerful and the next moment you are powerless; one moment you are hopeful and the next moment you are hopeless; one moment you are confident and the next moment you lose all your confidence. It is a coming in of magnetism to you and a going out of magnetism from you. There are moments when you can defy even God, and there are moments when you fear even a shadow.

When the magnetic force is in you, when it is coming into you, you are great; when it has gone from you, you are just a nobody. And this is changing back and forth, just like day and night; the circle revolves, the wheel revolves. So even a person like Napoleon had his impotent moments and even a very cowardly person has his moments of bravery.

In judo there is a technique to know when a person is powerless. That is the moment to attack him. When he is powerful you are bound to be defeated, so you have to know the moment when his magnetic power is going out and attack him then, and you should incite him to attack you when your magnetic force is coming in.

This coming in and going out of the magnetic force corresponds to your breathing. That is why, when you have to do something difficult, you will hold your breath in. For example, if you are to lift a heavy stone, you cannot pick it up when the breath is going out. You cannot do it! But when the breath is coming in, or when the breath is held in, you can do it. Your breath corresponds to what is happening in the third body. So when the breath is going out – unless the person has been trained to fool you




that is the moment when his magnetic force is going out; that is the moment to attack. And this is the Even a stronger person than you can be defeated if you know the secret of when he is fearful and powerless. When the magnetic force is out of him, he is bound to be powerless.

Ahad, 1 Jun 2014

Kisah Maula dari Jawa


AlMarhum Habib Munzir Al Musawwa berbaju biru dimalam majlis Tabligh Akbar Di Jakarta

Kisah Karomah Habib Munzir Al Musawwa Kecintaan dan Kasih Sayang Kepada Ahlul Baiyt

Cerita dari jamaah Majelis Rasulullah tentang Karomah Habib Munzir Al Musawwa
Artikel dibawah ini awalnya, dari web pembaca blog saya. Kemudian si pemilik web, mas yogo saptono memberikan sumber aslinya dari milist Majelis Rasulullah majelisrasulullah@yahoogroups.com.

Artikel dibawah ini merupakan postingan dalam milist tersebut yang dikirim oleh pemudasuci@yahoo.com.
Beberapa bagian saya potong untuk mempermudah pembacaan. Selanjutnya tulisan dibawah ini merupakan isi postingan dimilist tersebut.


Almusnid alhabib Umar bin Hafidh bersama mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah

Pernah ada seorang wali besar di Tarim, guru dari Guru Mulia Almusnid alhabib Umar bin Hafidh, namanya Hb Abdulqadir Almasyhur, ketika hb munzir datang menjumpainya, maka habib itu yg sudah tua renta langsung menangis.. dan berkata : WAHAI MUHAMMAD…! (saw),

maka Hb Munzir berkata : saya Munzir, nama saya bukan Muhammad..,

maka habib itu berkata : ENGKAU MUHAMMAD SAW..!, ENGKAU MUHAMMAD.. SAW!,

maka hb Munzir diam…

lalu ketika ALhabib Umar bin Hafidh datang maka segera alhabib Abdulqadir almasyhur berkata :

wahai umar, inilah Maula Jawa (Tuan Penguasa Pulau Jawa), maka Alhabib Umar bin Hafidh hanya senyum senyum.. (kalo ga percaya boleh tanya pada alumni pertama DM)

lihat kemanapun beliau pergi pasti disambut tangis ummat dan cinta, bahkan sampai ke pedalaman irian, ongkos sendiri, masuk ke daerah yg sudah ratusan tahun belum dijamah para da’i, ratusan orang yg sudah masuk islam ditangannya, banyak orang bermimpi Rasul saw selalu hadir di majelisnya,

bahkan ada orang wanita dari australia yg selalu mimpi Rasul saw, ia sudah bai’at dengan banyak thariqah, dan 10 tahun ia tak lagi bisa melihat Rasul saw entah kenapa, namun ketika ia hadir di Majelis Hb Munzir di masjid almunawar, ia bisa melihat lagi Rasulullah saw.. maka berkata orang itu, sungguh habib yg satu ini adalah syeikh Futuh ku, dia membuka hijabku tanpa ia mengenalku, dia benar benar dicintai oleh Rasul saw, kabar itu disampaikan pada hb munzir, dan beliau hanya menunduk malu..

beliau itu masyhur dalam dakwah syariah, namun mastur (menyembunyikan diri) dalam keluasan haqiqah dan makrifahnya. .bukan orang yg sembarangan mengobral mimpi dan perjumpaan gaibnya ke khalayak umum

ketika orang ramai minta agar Hb Umar maulakhela didoakan karena sakit, maka beliau tenang tenang saja, dan berkata : Hb Nofel bin Jindan yg akan wafat, dan Hb Umar Maulakhela masih panjang usianya.. benar saja, keesokan harinya Hb Nofel bin Jindan wafat, dan Hb Umar maulakhela sembuh dan keluar dari opname.., itu beberapa tahun yg lalu..

ketika Hb Anis Alhabsyi solo sakit keras dan dalam keadaan kritis, orang orang mendesak hb munzir untuk menyambangi dan mendoakan Hb Anis, maka beliau berkata pd orang orang dekatnya, hb anis akan sembuh dan keluar dari opname, Insya Allah kira kira masih sebulan lagi usia beliau,.. betul saja, Hb Anis sembuh, dan sebulan kemudian wafat..

ketika gunung papandayan bergolak dan sudah dinaikkan posisinya dari siaga 1 menjadi “awas”, maka Hb Munzir dg santai berangkat kesana, sampai ke ujung kawah, berdoa, dan melemparkan jubahnya ke kawah, kawah itu reda hingga kini dan kejadian itu adalah 7 tahun yg lalu (VCD nya disimpan di markas dan dilarang disebarkan)

demikian pula ketika beliau masuk ke wilayah Beji Depok, yg terkenal dg sihir dan dukun dukun jahatnya., maka selesai acara hb munzir malam itu, keesokan harinya seorang dukun mendatangi panitya, ia berkata : saya ingin jumpa dg tuan guru yg semalam buat maulid disini..!,

semua masyarakat kaget, karena dia dukun jahat dan tak pernah shalat dan tak mau dekat dg ulama dan sangat ditakuti,

ketika ditanya kenapa ?,

ia berkata : saya mempunyai 4 Jin khodam, semalam mereka lenyap., lalu subuh tadi saya lihat mereka (Jin jin khodam itu) sudah pakai baju putih dan sorban, dan sudah masuk islam, ketika kutanya kenapa kalian masuk islam, dan jadi begini ?,

maka jin jin ku berkata : apakah juragan tidak tahu ?, semalam ada Kanjeng Rasulullah saw hadir di acara Hb Munzir, kami masuk islam..!

kejadian serupa di Beji Depok seorang dukun yg mempunyai dua ekor macan jadi jadian yg menjaga rumahnya, malam itu Macan jejadiannya hilang, ia mencarinya, ia menemukan kedua macan jadi2an itu sedang duduk bersimpuh didepan pintu masjid mendengarkan ceramah hb munzir..

demikian pula ketika berapa muridnya berangkat ke Kuningan Cirebon, daerah yg terkenal ahli santet dan jago jago sihirnya, maka hb munzir menepuk bahu muridnya dan berkata : MA’ANNABIY.. !, berangkatlah, Rasul saw bersama kalian..

maka saat mereka membaca maulid, tiba tiba terjadi angin ribut yg mengguncang rumah itu dg dahsyat, lalu mereka mnta kepada Allah perlindungan, dan teringat hb munzir dalam hatinya, tiba tiba angin ribut reda, dan mereka semua mencium minyak wangi hb munzir yg seakan lewat dihadapan mereka, dan terdengarlah ledakan bola bola api diluar rumah yg tak bisa masuk kerumah itu..
ketika mereka pulang mereka cerita pd hb munzir, beliau hanya senyum dan menunduk malu..

demikian pula pedande pndande Bali, ketika Hb Munzir kunjung ke Bali, maka berkata muslimin disana, habib, semua hotel penuh, kami tempatkan hb ditempat yg dekat dengan kediaman Raja Leak (raja dukun leak) di Bali, maka hb munzir senyum senyum saja, keesokan harinya Raja Leak itu berkata : saya mencium wangi Raja dari pulau Jawa ada disekitar sini semalam..

maaf kalo gue ceplas ceplos, cuma gue lebih senang guru yg mengajar syariah namun tawadhu, tidak sesohor, sebagaimana Rasul saw yg hakikatnya sangat berkuasa di alam, namun membiarkan musuh musuhnya mencaci dan menghinanya, beliau tidak membuat mereka terpendam dibumi atau ditindih gunung, bahkan mendoakan mereka,

demikian pula ketika hb munzir dicaci maki dg sebutan Munzir ghulam ahmad..!, karena ia tidak mau ikut demo anti ahmadiyah, beliau tetap senyum dan bersabar, beliau memilih jalan damai dan membenahi ummat dg kedamaian daripada kekerasan, dan beliau sudah memaafkan pencaci itu sebelum orang itu minta maaf padanya, bahkan menginstruksikan agar jamaahnya jangan ada yg mengganggu pencaci itu,

kemarin beberapa minggu yg lalu di acara almakmur tebet hb munzir malah duduk berdampingan dg si pencaci itu, ia tetap ramah dan sesekali bercanda dg Da’i yg mencacinya sebagai murtad dan pengikut ahmadiyah..

Ketika ada orang yg iseng bertanya padanya :

wahai habib, bukankah Rasul saw juga punya rumah walau sederhana ?,
beliau tertegun dan menangis, beliau berkata  iya betul, tapikan Rasul saw juga tidak beli tanah, beliau diberi tanah oleh kaum anshar, lalu bersama sama membangun rumah.., saya takut dipertanyakan Allah kalau ada orang muslim yg masih berumahkan koran di pinggir jalan dan di gusur gusur, sedangkan bumi menyaksikan saya tenang tenang dirumah saya..

Sumber Mailing list Majelis Rasulullah pemudasuci@yahoo.com
Sertilah FACEBOOK Kami : http://www.facebook.com/pondokhabib
KOLEKSI CERAMAH AGAMA : http://ceramahagamabaru.blogspot.com/
Forum ASWJ Sertailah kami di : http://fahamislam.com/forum/

link asal

Nota

Kisah karamah para Ulama bukanlah perkara baru dalam agama Islam Cuma diakhir zaman ini pengalaman sebegini sudah jarang berlaku jika diceritakan pun adakalanya fitnah terhadap agama lbh besar dr manfaatnya Cuma sbg muslim perkara khilafiah sebegini selagi tidak ada tanda pada peribadi tersebut yg bertentangan dgn perkara dasar (aqidah) dalam agama spt membawa ajaran sesat aqidah Mujassimah maka di benarkan buat individu muslim membuat pilihan samada setuju atau tidak setuju dgn peribadi tersebut

sebagaimana sabda Rasulullah SAW Kamu akan bersama-sama dgn siapa yg kamu cintai diakhirat kelak
maksudnya watak peribadi seseorang di pengaruhi oleh siapa yang dicintainya sesiapa yg mencintai seseorg krn husnuzzan yg beliau dicintai ALLAH spt ulama2 pewaris nabi maka rasa cinta itu adalah pencetus barakah buat si pencinta

bagaimana kata Sheikh Daud Fathoni sekiranya engkau ingin dicintai ALLAH cintailah para kekasihNya

Khamis, 22 Mei 2014

Only arrogant people can be humiliated



Why do people want power?

Because whatever they are doing is not respected.

A shoemaker is not respected like the president of a country.
In reality, he may be better as a shoemaker than the president is as a president.

The quality should be praised –

if a shoemaker is a better shoemaker, then he need not be interested in being a president. His own art, his own craft, will bring him dignity and the respect of the people.

It actually happened – because Lincoln’s father was a shoemaker, and Lincoln became the president. The whole American aristocracy was very much shocked that they had to live under a shoemaker’s presidency.

In the Senate they were all aristocrats, super-rich people.

The first speech that Lincoln delivered on the inauguration of his first term was interrupted right at the beginning.  A man, very arrogant and egoistic, stood up and showing his shoes

said,

”Mr. Lincoln, by accident you have become the president. But never forget that your father was a shoemaker. In fact, in my family your father used to come to make shoes for everybody. The shoes I am showing you were made by your father.”

The whole Senate laughed; they thought they had humiliated Lincoln.

But it is difficult to humiliate people like Lincoln. There were tears in his eyes, and he said,

”I am immensely grateful to you for reminding me of my father. He was a perfect shoemaker, and I know I cannot be that perfect a president. I cannot beat him. But I will try my best to at least reach close to his greatness.”

As for your family and the shoes my father has made, I can inform the whole Senate that there may be other aristocratic families that my father used to make shoes for. He has taught me a little bit of the art of shoemaking too. If his shoes are not working well – if they pinch you, if they are too tight, or too loose – I can always mend them. I am my own father’s son. Never feel embarrassed – just inform me. I can come and do my best. Of course, it will not be the same as my father, but he is dead.”

There was great silence...

the senators could not believe it – what mettle is this man Lincoln made of ?

You cannot insult him. He can turn your insult into great respect. And he is so humble,

how can you humiliate him?
Only arrogant people can be humiliated.

It is very difficult to conceive of a man without jealousy, a man without anger, a man without competitiveness, a man without a lust for power,

but it is all possible.

We have just never thought about how to remove the causes.

Isnin, 12 Mei 2014

Hakikat Perpaduan



Perpaduan itu satu rahmat dari Allah. Ia merupakan satu nikmat bagi manusia. Berbagai-bagai kebaikan boleh tumbuh hasil dari perpaduan. Masyarakat bersatu-padu, bertolong bantu, bela-membela, berkasih sayang, bertolak ansur dan bertimbang rasa. Masyarakat menjadi kukuh dan kuat. Apa sahaja yang hendak dibuat atau dilaksanakan menjadi mudah kerana semua pihak bersetuju dan memberi kerjasama. Keselamatan masyarakat terjamin kerana tidak ramai yang berani menggugat masyarakat yang bersatu dan berpadu.

Tambahan lagi tidak banyak perselisihan atau pertelingkahan boleh berlaku dalam masyarakat yang bersatu-padu. Kalaupun ada, ianya mudah diselesaikan.

Lawan kepada perpaduan ialah perpecahan. Perpecahan adalah satu bala dari Tuhan. Apabila masyarakat berpecahbelah maka akan timbul berbagai-bagai gejala yang negatif, yang menyakitkan dan menyusahkan manusia. Akan berlaku krisis, kata-mengata dan tuduh-menuduh. Akan berlaku pergaduhan. Hidup manusia menjadi kucar-kacir dan tidak aman. Kehidupan tergugat. Keselamatan tergugat. Ekonomi juga tergugat.

Segala-galanya tergugat. Jenayah pula berleluasa.Akan banyak berlaku kecurian, rompak-merompak, rogol pergaduhan dan bunuh membunuh. Manusia menjadi cemas dan takut. Hidup seperti dalam Neraka.

Untuk mencapai perpaduan bukanlah satu perkara yang mudah.

Ramai para elit, para-para intelek, ahli-ahli akademik,para negarawan dan ahli-ahli politik telah mengutarakan berbagai formula untuk mencapai perpaduan. Semuanya bukan sahaja meleset tetapi lebih memburukkan lagi keadaan. Mereka semua hanya menggunakan akal untuk mencari jalan penyelesaian dan ‘antidote’ bagi perpecahan masyarakat.

Ada yang mencadangkan perpaduan bahasa, perpaduan adat resam dan kebudayaan, interaksi dan integrasi maksimum semua golongan dan kaum dalam semua aspek kehidupan termasuk persekolahan, kegiatan ekonomi, perumahan dan sebagainya. Ada juga yang mencadangkan supaya tahap ekonomi semua golongan disamaratakan dan berbagai-bagai lagi usul yang kesemuanya berbentuk fizikal dan material.

Perpaduan sebenarnya bukan perkara fizikal atau material. Perpaduan atau perpecahan bukan berpunca dari masalah lahir atau luaran seperti ekonomi, politik, pendidikan, adat resam, kebudayaan, bahasa, warna kulit dan sebagainya. Perpecahan juga bukan mesti berlaku di antara kaum, bangsa, golongan atau parti yang berlainan. Ia boleh berlaku di kalangan atau di dalam satu kaum, bangsa, golongan atau parti yang sama.

Sekali imbas memang kita nampak bahawa berlakunya perpecahan dan pergaduhan di kalangan manusia dan masyarakat di dunia ini adalah disebabkan isu-isu politik, ekonomi, kuasa pemerintahan, kemiskinan dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak boleh membuat rumusan hanya berasaskan kepada imbasan-imbasan ini.

Kita mesti cari punca sebenar mengapa ia berlaku. Isu-isu politik, ekonomi, kuasa pemerintahan ataupun kemiskinan hanyalah pencetus atau penyebab berlakunya perpecahan dan pergaduhan. Ia bukan puncanya. Kerana kalau ada perpaduan dan kasih sayang, perpecahan tidak berlaku. Malahan golongan yang kuat akan mempertahankan yang lemah, yang berkuasa akan berlaku adil, manusia akan bekerjasama dalam bidang ekonomi dan lain-lain dan orang kaya akan membela golongan yang fakir dan miskin.

Dengan adanya perpaduan, masalah tidak jadi masalah. Akan tetapi kalau perpaduan tidak wujud dan kasih sayang tidak ada, orang akan bergaduh atas apa alasan sekalipun. Bukan setakat atas sebab-sebab politik, ekonomi, kuasa pemerintahan atau kemiskinan.

Kalau sudah tidak ada perpaduan dan kasih sayang, perbezaan warna rambut atau warna mata pun sudah cukup untuk menjadi punca pergaduhan dan perbalahan.

Perpaduan ialah soal hati. Ia bukan perkara fizikal dan material. Untuk mendapat perpaduan, hati-hati manusia perlu disatukan. Hati-hati manusia tidak boleh disatukan dengan benda-benda lahir atau benda material yang bersifat duniawi.

Apa sahaja yang bersifat duniawi, akan merangsang nafsu manusia. Nafsu manusia tidak akan pernah merasa cukup dengan apa yang ada. Sudah dapat satu lembah emas, ia akan mahu satu lembah lagi. Akhirnya akan timbul rebut-merebut, tekan-menekan, jatuh-menjatuh dan tindas-menindas dikalangan manusia yang akan merosakkan perpaduan serta kasih sayang sesama mereka.

Makin maju manusia ini maka makin banyaklah perkara material dan duniawi untuk direbutkan. Oleh itu semakin maju manusia itu maka mereka akan semakin berebut-rebut, semakin berkrisis, mereka akan semakin bergaduh dan semakin berpecah sesama sendiri.

Di samping itu apabila nafsu terlalu berperanan untuk merebut dunia, maka akan tercetuslah sifat-sifat keji dan mazmumah dalam hati-hati manusia. Seperti sifat tamak haloba, hasad dengki, pemarah, bakhil, cinta dunia dan sebagainya. Inilah yang akan menyemarakkan lagi krisis dan pergaduhan di kalangan manusia.

Allah SWT ada berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya:
“Berpegang teguhlah pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.”

(Surah Ali Imran: 103)

Ini membawa maksud bahawa perpaduan di kalangan umat manusia sangat bergantung kepada hubungan mereka dengan Allah SWT.

Kalau manusia boleh sama-sama berpegang kepada tali-tali Allah,
maka hati-hati mereka akan diikat oleh Allah

dan manusia akan menjadi bersatu padu dan berkasih sayang di antara satu sama lain.

Ada di kalangan ulama yang mentafsirkan tali-tali Allah itu sebagai syariat Allah itu sendiri. Mereka berkata, kalau manusia boleh bersatu di dalam menerima dan mengamalkan Al Quran dan As Sunnah ataupun syariat Allah itu maka mereka akan bersatu dan berpadu.

Namun demikian apa yang dapat kita lihat dalam realiti kehidupan, ini belum tentu boleh menjamin manusia akan bersatu-padu. Mungkin mereka boleh dilihat hidup bersama, bekerja bersama, beribadah bersama dan sama-sama bermasyarakat, tetapi belum tentu mereka dapat bersatu hati dan berkasih sayang. Mereka mungkin akan dapat bersatu dan berkumpul secara fizikal dalam satu kumpulan, kampung, jemaah dan sebagainya tetapi belum tentu hati-hati mereka terjalin dengan perasaan kasih sayang dan ukhwah Islamiah yang sebenar.

Justeru itu ada ulama yang mentafsirkan ‘tali-tali Allah’ ini bukan setakat berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah dan syariat Allah semata-mata tetapi ialah rasa takut dan cinta kepada Allah yang tersemat di hati. Bila semua hati-hati manusia sudah rasa takut dan cinta kepada Allah, maka ini bermakna perasaan dan hati-hati mereka sudah terikat dan tertambat kepada satu ikatan yang sama iaitu kepada Allah SWT. Bila perasaan dan hati-hati manusia sudah terikat kepada satu ikatan yang sama iaitu kepada Allah, maka secara automatis hati-hati mereka akan bersatu-padu dan berkasih-sayang.

Siapa yang cinta kepada Allah akan mencintai segala makhluk Allah, lebih-lebih lagi manusia yang sejenis dengannya.

Ada Hadis yang bermaksud:

“Tidak benar cinta seseorang itu kepada Allah kalau dia tidak mencintai makhluk ciptaan Allah.”




Sajak



Rahsia Perpaduan

Cintailah Allah Tuhan pencipta manusia
Cinta sesama manusia akan terjadi dengan sendiri
Cintailah Allah, cinta manusia tidak perlu diperjuangkan
Dia akan tercetus secara automatis
Cintailah Tuhan, kasih sayang dan perpaduan sesama manusia akan terjalin

Takutilah Tuhan
Nescaya manusia akan takut melakukan kesalahan sesama manusia
Lebih-lebih lagi dengan Tuhan
Takutnya itu ia tidak akan melanggar perintah-Nya

Cinta dan takut dengan Tuhan rahsia perpaduan
Anak kunci kasih sayang sesama manusia
Kerana kasih sayang dan perpaduan adalah kerja jiwa
Bukan hubungan fizikal, fizikal mengikut sahaja
Apabila hati dan jiwa hubungannya dengan Allah begitu mesra
Automatik hubungan dan kemesraan sesama manusia terjalin sama

Rahsia itulah yang tidak diketahui oleh golongan sekular
Yang mengagungkan fikiran dan mengabaikan jiwa
Yang memuja akal tapi hatinya dimatikan
Fikirannya bercahaya tapi hatinya gelap gelita
Akibatnya kegelapan di dalam cahaya
Kerana cahaya terlalu terang membutakan matanya
Macam matahari terlalu kuat cahayanya
Tidak mampu mata memandang dan melihatnya

Begitulah golongan sekular
Kerana akalnya terlalu terang, membutakan hati atau jiwanya
Maka tersesatlah dia daripada kebenaran
Bergelaplah dia di dalam terang

Lepas Zuhur
4.10.99


Engkau Ingin Perpaduan Tapi Engkau Bawa Perpecahan

Engkau inginkan perpaduan
Cakap-cakap engkau membawa perpecahan
Engkau menyeru perpaduan dan kesatuan, sikap engkau memecah-belahkan
Engkau ajak umat bersatu padu, saranan engkau merenggangkan

Engkau mengingatkan rakyat jangan berpecah
Tapi pidato engkau menghentam orang
Engkau ajak umat Islam bersatu

Tapi pengikatnya engkau putuskan

Engkau ingatkan manusia jangan timbulkan perpecahan
Sikap engkau merobek-robek perpaduan
Engkau ingatkan kesatuan umat
Tapi pengikatnya engkau tidak tunjukkan

Fahamkah apa yang engkau cakapkan
Atau engkau hanya berangan-angan
Atau engkau menyorokkan kelemahan
Maka engkau pun menslogankan perpaduan
Agar rakyat menganggap engkau wira umat
Engkau mengajak rakyat bersatu-padu
Tapi engkau dalang perpaduan
Engkau bapa perpecahan

Ingatlah perpaduan terjadi bukan slogan
Bukan selalu di dalam perjumpaan dan pertemuan
Perpaduan terjadi ada tali pengikatnya
Iaitu sama-sama cintakan dan takutkan Tuhan
Syariatnya menjadi pakaian setiap umat Islam
Itulah dia anak kunci perpaduan
Selain itu hanya angan-angan

11.7.2001
11.25 malam


Bilakah Bangsaku Hendak Bersatu

Wahai bangsaku, bangsa Melayu bilakah kita hendak bersatu
Sudah lama kita merdeka belum lagi berlaku perpaduan Melayu
Kata-mengata di antara parti Melayu dengan parti Melayu begitu maju
Tuduh-menuduh, fitnah-menfitnah, hina-menghina sering berlaku

Rupanya atas nama bangsa jangan mimpilah hendak bersatu
Kerana bersatu dan berpadu itu ada anak kuncinya
Bangsa bukan anak kunci perpaduan, sekalipun orang Melayu

Wahai bangsaku bangsa Melayu!
Atas nama bangsa rupanya kita tidak boleh bersatu, janganlah menipu diri,
kita belum bersatu

Tapi kita ada agama, agama kita satu iaitu agama Islam dari Tuhan yang satu
Islam boleh mempersatukan kita jika Tuhan sama-sama kita takuti dan cintai
Jika Tuhan tempat rujuk kita, orang Melayu boleh bersatu-padu

Malangnya kita hampir-hampir sudah meninggalkan agama
Agama kita ambil hanya sekerat-sekerat sahaja
Kita ambil agama di sekitar ibadahnya semata-mata
Satu aspek daripada ajaran Tuhan kita
Itu pun Tuhan sudah tidak diambil kira
Ibadah pun bukan kerana keredhaan dan kecintaan kepada Tuhan
Ibadah hanya hendak cari pahala dan takutkan Neraka
Ibadah bukan hendak mencari Tuhan, tapi hendak mencari fadhilat
Maka konsep ibadah pun sudah dipesongkan oleh umat dan bangsa Melayu

Ibadah yang sudah kehilangan Tuhan tidak boleh mempersatukan kita orang Melayu
Anak kunci kasih sayang dan perpaduan adalah Tuhan
Jika Tuhan ditakuti dan dicintai itulah dia rahsia anak kunci perpaduan Melayu
Selama ini kita orang Melayu tercari-cari anak kunci perpaduan
Anak kuncinya adalah Tuhan, janganlah cari selain Tuhan akan menambah perpecahan

Mari kita promosi semula Tuhan
Hingga Tuhan ditakuti dan dicintai
Tuhan adalah anak kunci kasih sayang dan perpaduan
Tidak ada anak kunci kasih sayang dan perpaduan selain Tuhan

20.9.2004 – 4
Menjelang tidur


Formula Atau Kaedah Perpaduan

Cintakan Allah, membawa cinta sesama manusia
Cinta sesama manusia
membawa perpaduan sesama sebangsa
Cinta sebangsa membawa cinta sesama manusia

Baru kita tahu perpaduan itu diikat oleh
cinta manusia dengan Allah
Rahsia perpaduan adalah cintakan Allah
Allah Taala adalah tali pengikat perpaduan bangsa

Kalau bukan cintakan Allah,
cinta sesama manusia tak akan ada
Jika cinta sesama manusia tidak wujud,
perpaduan bangsa tidak mungkin menjelma

Formula atau kaedah perpaduan adalah cintakan Allah
Janganlah cari formula-formula atau kaedah selainnya
Perpaduan yang diikat oleh selain Allah
Adalah perpaduan yang reput dan rapuh

Untuk perpaduan bangsa
marilah kita perjuangkan cintakan Allah lebih dahulu
Setelah cintakan Allah, otomatis perpaduan akan berlaku
Janganlah perjuangkan perkara-perkara lain lebih dahulu

Kalau kita lakukan habis masa terbuang
perpaduan bangsa tidak akan menjadi kenyataan
Jangan syak lagi, jangan sangsi
Bahawa perpaduan bangsa itu
adalah cintakan Allah lebih dahulu
Perjuangkanlah Allah agar dia dicintai
Perpaduan bangsa akan berlaku secara realiti

17.11.2002 – 1
Selepas Tarawikh


Mencintai Tuhan Rahsia Perpaduan

Berjuang ertinya mengenalkan manusia, Allah adalah Tuhannya
Agar Tuhan disembah, diagung, dicintai dan diingati
Hingga manusia merasakan Tuhan adalah idolanya
Supaya hidupnya, matinya, tidak lain melainkan untuk Tuhannya
Untuk memuja dan membesarkan Tuhan, syariat adalah jalannya

Apabila Tuhan menjadi idola
Manusia berlumba-lumba mencintai Tuhan untuk keredhaan-Nya
Dari setiap manusia yang sama-sama mencari Tuhan, akan terjalin persaudaraan
Makin ghairah manusia mencintai Tuhan, makin rapat manusia berkawan
Ukhwah, perpaduan, adalah buah dari manusia sama-sama mencintai Tuhan

Kalau begitu persaudaraan tidak perlu dikumandangkan
Ukhwah tidak payah dislogankan
Kasih sayang sesama manusia tidak perlu disibuk-sibukkan
Berjuanglah mengajak manusia mencari Tuhan
Berjuanglah mengajak manusia mencintai Tuhan
Automatik persaudaraan terjalin
Automatik ukhwah dan perpaduan akan berlaku sesama insan
Itulah dia rahsia persaudaraan

Itulah dia rahsia ukhwah dan perpaduan
Iaitu manusia sesama manusia menjadikan Tuhan idolanya
Sama-sama meminati Allah sebagai Tuhannya
Mencari keredhaan Tuhan adalah rahsia perpaduan

Menjelang tidur
20.9.99


Marilah Mengekalkan Kasih Sayang Dan Perpaduan

Kawan demi perpaduan marilah kita bermaaf-maafan
Demi dapat mengekalkan kasih sayang marilah kita berlebih kurang
Kawan tidak ada kasih sayang dan perpaduan satu seksaan
Marilah kita bersama mengekalkan kasih sayang dan perpaduan

Sudah lama kita berbalah dan berpecah-belah
Banyak urusan kita terbengkalai dan terabai
Jika kasih sayang di antara kita dapat dicantumkan semula
Alangkah bahagianya kekuatan kita berpadu semula

Sudah lama kita menderita akibat tidak ada perpaduan
Tidak ada tali pengikat selain cintakan Tuhan
Iaitu cintakan dan takutkan Tuhan semesta alam
Selain Tuhan adalah tali yang rapuh, mari kita tinggalkan

Kawan jangan tunggu berpecah berlama-lama
Takkan tidak ada jalan penyelesaian
Sudah diperkatakan tadi, marilah bersama cintakan Tuhan
Cintakan Tuhan adalah jalan penyelesaian

Kawan jangan kita diri bermusuh-musuhan
Tidak siapa yang rugi kecuali kita umat Islam
Dari sekarang jangan bertangguh-tangguh lagi
Jadikanlah Tuhan tali pengikat kasih sayang dan perpaduan

8.3.2004 – 2
Selepas Zuhur


Punca Hilang Perpaduan

Megah dibelai kemudian disuruh umat berpadu
Megah itu adalah salah satu unsur-unsur perpecahan
Menunjuk-nunjuk kebesaran, kekayaan, kemampuan ia sangat dilarang
Kerana ia menyakitkan hati orang ramai
Ia juga salah satu unsur bertentangan dengan hati yang berperasaan
Payahlah hendak berlakunya perpaduan

Sombong  lebih-lebih lagi dibenci oleh orang ramai
Adakalanya orang yang sombong itulah mengajak perpaduan
Padahal dia telah membawa perpecahan

Pemarah juga adalah salah satu penyakit pecah-belah
Pemarah menjadikan orang marah
Sifat pemarah orang takut hendak berkawan
Bagaimana pulalah hendak berlaku perpaduan
Kerana pemarah itu merenggangkan hati orang dengan orang banyak

Mementingkan diri, fikir diri sendiri juga orang benci
Orang susah dia tidak ambil peduli
Dia senang sendiri, makan sendiri, orang dia tidak peduli
Kerana perangainya mementingkan diri
Politik wang juga memecahkan perpaduan
Kerana sikap itu rakyat benci
Apatah lagi yang terlibat itu adalah para pemimpin walaupun tidak boleh dibukti
Sedangkan yang hendak mengajak perpaduan itu adalah para pemimpin
negara dan negeri
Ajakan pemimpin itu rakyat tawar hati
Padahal perpaduan itu adalah ikatan hati, bukan fizik
Kalau hati rakyat sudah ramai yang luka, ajakan pemimpin itu rakyat tawar hati

Oleh itu para pemimpin mestilah menjadi contoh lebih dahulu
Wibawa para pemimpin kenalah jaga
Jangan sampai cacat pada pandangan orang ramai atau rakyat jelata

Nanti lidah sudah tidak masin
Kalau lidah para pemimpin sudah tidak masin payahlah rakyat hendak dipimpin

23.10.2004 – 1
Menjelang Isyak / selepas Maghrib


Allahyarham Ust. Ashaari.

Khamis, 1 Mei 2014

The blame game



Seni dalam memimpin

SEORANG murabbi tidak akan rusuh dengan cacat- cacat teknikal yang lakukan oleh anak buahnya, tetapi ia melihat kepada hasil yang akan didapati daripadanya. Jangan jadi seperti UMNO dengan Dato’ Harun. Dato' Harun dianggap bermasalah, padahal Bank Bumi dapat keuntungan besar daripada buah fikiran Dato’ Harun tidak diambil kira Mereka terperangkap dalam krisis pembelaan, Dato’ Harun dibela oleh pengikut- pengikutnya yang menganggap Dato’ Harun tidak patut dipersalahkan. Sampai ke hari ini kes ini lidak selesai di hati rakyat walaupun ia telah selesai di mahkamah.

Jalan yang sebaik-baiknya ialah lari daripada terlibat dalam menggugat kesalahan teknikal. Tetapi dalam masa yang sama hendaklah membina kekuatan jemaah dengan membuat satu gerakan pembangkit atau penggerak ke arah sesuatu isu yang tak terfikir oleh anak buah.

Misalnya menganjurkan Malam Puisi Islam secara besar-besaran di negeri-negeri. Orang-orang yang terlibat dalam kesalahan teknikal itu dilibatkan dalam program ini, supaya mereka dapat dilatih, diberi teguran sekiranya mereka melakukan kesalahan teknikal. Dan sekaligus kita ambil peluang membetulkan kesalahan teknikal mereka. Dengan ini kita membina kekuatan jemaah sekaligus mendidik anak buah.

Ingatlah mendidik adalah tugas utama murabbi, bukan mengamuk atau merapuih. Jangan ditukar kesalahan teknikal dengan kesalahan prinsip

Kesalahan teknikal ialah kesilapan yang dilakukan kerana hendak menjayakan kerja, manakala kesalahan prinsip ialah melanggar larangan-larangan Allah.
Dan ia mesti dihalusi lagi, apakah kesalahan itu kerana tersalah atau dirancang supaya Salah.

Kesalahan yang dirancang
1.ialah kesalahan yang dilakukan oleh orang yang hasad dengki sekiranya ia mukmin,

2. Juga yg dilakukan oleh orang munafik yang pada hakikatnya kafir.

Kesalahan yang berlaku kerana tersalah bukan dirancang adalah semata-mata kerana kelemahan. Manusia memang lemah.

Firman Allah Terjemahannya:
Dan adalah manusia itu dijadikan bersifat lemah.

 - An Nisa :28

Setiap kelemahan perlu diperbaiki manakala setiap perancangan jahat perlu dipatahkan. Maka sikap murabbi yang paling tepat ketika menghadapi keadaan begini, hendaklah setiap kelemahan anak buah diperbaiki dan hendaklah setiap perancangan jahat dipatahkan.

Memperbaiki dan mematahkan adalah berbeza.
Mematahkan dengan arahan, memperbaiki dengan asuhan dan latihan.

Perkataan, “Hendaklah buat macam ini, ini, ini..."    merupakan arahan.
Perkataan, “Saya cadang supaya berbuat begini, begini dan begini...”    adalah asuhan dan latihan

Oleh itu murabbi hendaklah ambil percaman mengenai perbezaan bahasa yang hendak dipakai ketika mematahkan perancangan jahat dan ketika memberi asuhan dan latihan.

“Hendaklah buat macam ini..."       bererti ada perkara yang dipatahkan.
 “Saya cadang berbuat begini..."    bererti asuhan dan latihan.

Lebih halus bahasa lebih seni perjuangan.
Lebih seni perjuangan, lebih payah ia hendak dikesan musuh.

Dari buku panduan buat murabbi

Ahad, 23 Mac 2014

Master mind


SETELAH TAMAT zaman pemerintahan Khulafa ur Rasyidin. Islam mula melalui detik-detik kejatuhannya. Hilangnya kegemilangan Islam bersama hilangnya kepala-kepala perancang  yang bertaqwa seperti Sayidina Umar Ibnu Khattab, Saad Ibnu waqqas, Khalid Ibnu Walid, Salahuddin al-Ayubi dan Muhanmad Al Fateh. Merekalah ahli siasah yang licik lagi pintar yang telah menguatkan Islam di muka bumi ini .

Rasulullah pernah berdoa:

Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan Abul  Hakam bin Hisyam atau dengan Umar bin Al Khattab.

Kembalinya mereka ke pangkuan Ilahi telah turut menguburkan perancangan-perancangan strategik yang ada dalam fikiran mereka. Rahsia bagaimana Sayidina Umar Ibnu Khattab mengatur siasah menawan dan mentadbir 3/4 dunia islam telah terkubur kerana tidak ada yang mencatatnya secara detail.  Bagaimana perancangan Amru Ibn Al As menawan Istana Putih Mesir dengan akhlak yang halus, bagaimana Salahuddin Al Ayubi mengatur strategi menawan kembali Masjidil Aqsa dari puak Kristian dengan jumlah tentera yang kecil tidak ditulis. Fakta-fakta lengkap, yang boleh diiadikan panduan juga tidak ada.

Akibatnya, umat islam yang kemudian jadi bagaikan anak ayam kehilangan ibu. Tidak pandai menjaga keselamatan agama bahkan iman di dada sendiri tergugat. Maka muncullah kepala-kepala perancang kafir dari puak Yahudi dan nasrani untuk memusnahkan islam. Mereka kenal pasti akar umbi kekuatan islam. Mereka carl tempat yang berpontensi untuk islam bangun. lalu mereka ‘tembak’ dengan peluru-peluru akidah yang sesat.

Mereka tidak akan puas selagi umat islam tidak berada di bawah telunjuk mereka.

Firman Allah: Terjemahannya:

Tidak sekali-kali redha Yahudi dan Nasrani selagi kamu tidak mengikut cara hidup mereka.
(Al Baqarah: 120)

Pandangan Malik Bennabi (seorang penulis Algeria) yang meramalkan islam akan bangkit di sebelah Timur telah mendapat perhatian kristian-kristian Eropah. Mereka telah halakan kekuatan senjata dan perang saraf untuk memusnahkan kebangkitan islam di Asia Tenggara. Mereka berusaha keras. sama keras dengan serangan senjata yang ditanggung oleh umat islam di selatan Filipina dan duri-duri aqidah kristian yang ditinggal oleh penjajah di serata negara Asean.

Maka berhadap-hadapanlah Islan dengan kristian dan bersambunglah ‘Perang Salib’ yang tidak pemah selesai. Sama ada perang dingin atau perang bersenjata, namun perang salib tidak pemah berkesudahan.

Orang-orang dungu saja yang mengatakan perang salib telah berakhir.
Hasad dengki Yahudi dan nasrani terhadap Islam tidak akan berakhir hingga Hari Kiamat. Penjajahan Eropah ke atas negara-negara di Timur adalah di atas rasa dendam itu. Mereka mahu memaksa kepada kaum atau agama lain secara kasar atau halus supaya tunduk kepada Yahudi dan nasrani.

Mereka gunakan kekuatan ekonomi sebagai tekanan terhadap negara-negara yang menentang mereka atau terhadap golongan yang mencabar mereka melalul kekuatan agama. GSP adalah sebagai umpan. Sekiranya umpan dimakan tetapi kail tidak menyangkut ikan.  maka mereka akan mengancam untuk menuba semua kolam. 

Ini  yang dirasai oleh Dr. Mahathir. Tetapi kalau Dr. Mahathir pakai salib dan masuk gereja seperti Corazon Aquino, maka tidak akan ada ancaman tertadap Mahathir dari Amerika. Lihatlah betapa Cory dapat layanan baik dar Amerika pada hal kedudukannya sangat goyang. Lebih goyang daripada gempa yang berlaku di Bagio City, Luzon tidak lama dulu. Mahathir hadapi tentangan dari dalam dan luar. Penentangan dari dalam, dan kawan-kawan lama yang telah menjadi penentangriya sekarang ini.

Sementara penentangan dari luar datang dan negara-negara besar yang benci dengan sikapnya yang pada anggapan dunia barat terlalu Islamik.

Mahathir dianggap seperti Qaddafi di Timur Jauh oleh dunia Barat.

Keadaan di Malaysia Timur (Sabah dan sarawak) sama seperti keadaan selatan sudan. Di Selatan sudan wujud gplongan ktistian yang berasal dan peribumi Sudan sendiri. Semasa penjajah menjajah sudan, mereka merancang supaya wujud pertentangan agama di Sudan. Mereka kristiankan pribumi selatan Sudan. setelah penjajah berangkat, mereka tinggalkan duri dalam daging Sudan. Sampai ke hari ini Sudan menghadapi masalah yang sangat berat dan penentangannya di Selatan. ini semua adalah angkara perang salib yang tak sudah-sudah..

Rangkaian perang salib itu tidak habis-habis. Di Filipina, Sultan Sulaiman yang bertahta di Manila hanya tinggal nama. Di sana, kuasa gereja lebih kuat daripada kuasa masjid. Kita tidak tahu siapakah sebenamya yang memerintah Filipina. Apakah Cory atau Kardinal Sin. Di Indonesia kaum salib kecil sahaia jumlahnya tetapi pengaruhnya dalam angkatan tentera dan dalam pemerintah sangat kuat. Sehingga pertahanan negara majoriti Islam itu ditentukan oleh kaum salib. walaupun jumlahnya tidak ramai tetapi mereka menjadi decision-maker

Perubahan sikap pemerintah Indonesia terhadap gerakan Islam sangat jelas. ini dibuktikan danpada label yang diberi kepada gerakan ganas di Acheh. Gerakan di Acheh yang mengganas pada bulan Mei dan Jun. 1990 lalu tidak dihubung kaitkan dengan gerakan Darul Islam dan tidak dihubungkan dengan Acheh Merdeka. Tetapi dibatasi dalam nama GPK (Gerombolan Pengacau Keamanan). Sekiranya kumpulan itu dihubungkan dengan gerakan Islam maka besar kemungkinan perasaan rakyat Indonesia yang  fanatik dengan Islam akan meruap.

Sebenarmya masih banyak jalan-jalan penyelesaian masaalah yang perlu diperbaiki.
Jangan sampai konco-konco salib dapat mengeksploitasi keadaan semasa.

Misalnya, dalam melantik pemimpin-pemimpin masyarakat, hendaklah dilantik mereka yang lebih soleh daripada rakyat umum yang rata-rata sudah cinta kepada Islam. Sekiranya pemimpin-pemimpin yang dilantik oleh kerajaan pusat temyata membawa mungkar maka masyarakat akan bangun menentang mereka. Pada sangka pemerintah pusat. masyarakat menentang kerajaan. Sebenarn nya rakyat bukan menentang kerajaan tapi mereka menentang  mungkar yang dilakukan oleh orang yang dilantik oleh kerajaan.

dr buku panduan membina empayar Islam

Ahad, 5 Januari 2014

Syair sunan kalijaga




Yang mulia Habib Syeikh Assegaf mengalunkan tembang lil ilir gubahan sunan kalijaga dgn penuh bersemangat pada majlis mega maulid 2013 diKuala Lumpur

http://www.youtube.com/watch?v=4oIW0J6gKRc

Tembang ini merupakan tembang dakwah yang mengandung sarat makna filosofis. Dikenal luas merupakan hasil gubahan Sunan Kalijaga.

Sunan Kalijaga seperti halnya Sunan-Sunan lain dalam Wali Songo, berdakwah dengan pendekatan yang sangat menghargai kearifan lokal. Gamelan dan Wayang dikenal merupakan beberapa alat dakwah beliau. Banyak gubahan hasil karya beliau, namun yang paling kita kenal mungkin adalah Lir-ilir ini. Ditembangkan dalam bahasa jawa, yang gaya bahasanya sekarang masih dapat ditemui dalam bahasa jawa pesantren tradisional.

Sunan Kalijaga merupakan wali yang namanya paling banyak disebut masyarakat Jawa. Ia lahir sekitar tahun 1450 Masehi. Masa hidup Sunan Kalijaga diperkirakan mencapai lebih dari 100 tahun. Dalam dakwah, ia punya pola yang sama dengan mentor sekaligus sahabat dekatnya, Sunan Bonang.





Sunan Kalijaga sangat toleran pada budaya lokal. Ia berpendapat bahwa masyarakat akan menjauh jika diserang pendiriannya. Maka mereka harus didekati secara bertahap: mengikuti sambil mempengaruhi. Sunan Kalijaga berkeyakinan jika Islam sudah dipahami, dengan sendirinya kebiasaan lama hilang.

Sunan Kalijaga terkesan sinkretis (mencari penyesuaian) dalam mengenalkan Islam. Ia menggunakan seni ukir, wayang, gamelan, serta seni suara suluk sebagai sarana dakwah. Metode dakwah tersebut sangat efektif. Salah satu metode dakwah yang digunakan Sunan Kalijaga adalah ajaran dan dzikir melalui tembang lir ilir. Tak banyak yang menyadari bahwa sesungguhnya tembang ini bukan sekedar tembang dolanan biasa. Ada makna mendalam terkandung dalam tembang sederhana ini.


Berikut ini adalah lirik Lir-ilir :

Lir-ilir, lir-ilir tandure wis sumilir
Tak ijo royo-royo, tak senggo temanten anyar

Cah angon-cah angon penekno blimbing kuwi
Lunyu-lunyu yo penekno kanggo mbasuh dodotiro

Dodotiro-dodotiro kumitir bedhah ing pinggir
Dondomono jlumatono kanggo sebo mengko sore

Mumpung padhang rembulane, mumpung jembar kalangane
Yo surako… surak hiyo…


Dalam Bahasa Indonesia, kurang lebih artinya :

Lir-ilir, lir-ilir
Bangkitlah,bangkitlah

tandure wis sumilir
Pohon sudah mulai bersemi

Tak ijo royo-royo
Bagaikan warna hijau yang menyejukkan

tak senggo temanten anyar 2kali
Bagaikan sepasang pengantin baru

Cah angon-cah angon
Wahai anak gembala ,Wahai anak gembala

penekno blimbing kuwi
tolong panjatkan pohon blimbing itu

Lunyu-lunyu yo penekno
walaupun licin(susah) tetaplah  memanjatnya

kanggo mbasuh dodotiro 2kali
untuk mencuci pakaian yang kotor itu

Dodotiro-dodotiro
Pakaian Pakaianmu

kumitir bedhah ing pinggir
Telah rosak dan robek

Dondomono jlumatono 
Jahitlah perbaikilah

kanggo sebo mengko sore 2kali
Untuk bekalan nanti sore

Mumpung padhang rembulane,
Selagi rambulan masih purnama

mumpung jembar kalangane
selagi tempat masih luang dan lapang

Yo surako… surak hiyo…
Berserahlah dengan rasa syukur


Makna tembang lir ilir dalam agama Islam:

Ayo bangkit Islam telah lahir.Hijau sebagai simbol agama Islam kemunculannya begitu menarik ibarat pengantin baru.

Pemimpin yang mengembala rakyat kenalah Islam sebagai agamamu.
Ia ibarat belimbing dengan 5 sisi sebagai 5 rukun Islam.

Meskipun sulit dan banyak rintangan sebarkanlah ke masyarakat dan anutlah.Guna untuk mensucikan diri dari segala dosa dan mensucikan aqidah.

Terapkanlah Islam secara kaffah sampai ke rakyat kecil (pinggiran).

Perbaikilah apa yang telah menyimpang dari ajaran Islam untuk dirimu dan orang lain guna bekal kamu di akhirat kelak.Mumpung masih hidup dan selagi masih diberikan kesempatan untuk bertobat.

Dan berbahagialah semoga selalu dirahmati Allah.


Apakah makna mendalam dari tembang ini ?

1.Lir-ilir, lir-ilir, tandure wus sumilir.

Sayup-sayup bangun (dari tidur), tanaman-tanaman sudah mulai bersemi. Kanjeng Sunan mengingatkan agar orang-orang Islam segera bangun dan bergerak. Karena saatnya telah tiba. Bagaikan tanaman yang telah siap dipanen, demikian pula rakyat di Jawa saat itu (setelah kejatuhan Majapahit) telah siap menerima petunjuk dan ajaran Islam dari para wali. diri kita masing-masing). Dengan berdzikir maka ada sesuatu yang dihidupkan.

Lir-ilir, lir-ilir

tembang ini diawalii dengan ilir-ilir yang artinya bangun-bangun atau bisa diartikan hiduplah (karena sejatinya tidur itu mati) bisa juga diartikan sebagai sadarlah. Tetapi yang perlu dikaji lagi, apa yang perlu untuk dibangunkan? Apa yang perlu dihidupkan? hidupnya Apa ? Ruh? kesadaran ? Pikiran?

terserah kita yang penting ada sesuatu yang dihidupkan, dan jangan lupa disini ada unsur angin, berarti cara menghidupkannya ada gerak..(kita fikirkan ini)..gerak menghasilkan udara. ini adalah ajakan untuk berdzikir. Dengan berdzikir, maka ada sesuatu yang dihidupkan.


2.Tak ijo royo-royo tak senggo temanten anyar.

Tandure wus sumilir, Tak ijo royo-royo tak senggo temanten anyar.

Bait ini mengandung makna kalau sudah berdzikir maka disitu akan didapatkan manfaat yang dapat menghidupkan pohon yang hijau dan indah. Pohon di sini artinya adalah sesuatu yang memiliki banyak manfaat bagi kita. Demikian menghijau bagaikan gairah pengantin baru. Hijau adalah simbol warna kejayaan Islam, dan agama Islam disini digambarkan seperti pengantin baru yang menarik hati siapapun yang melihatnya dan membawa kebahagiaan bagi orang-orang sekitarnya

Pengantin baru ada yang mengartikan sebagai Raja-Raja Jawa yang baru memeluk agama Islam. Sedemikian maraknya perkembangan masyarakat untuk masuk ke agama Islam, namun taraf penyerapan dan implementasinya masih level pemula, layaknya penganten baru dalam jenjang kehidupan pernikahannya.


3. Cah angon-cah angon penekno blimbing kuwi.

Mengapa kok “Cah angon” ?
Bukan “Pak Jendral” , “Pak Presiden” atau yang lain? Mengapa dipilih “Cah angon” ? Pastilah bukan karena ‘pak DPR’ tidak pinter manjat pohon (belimbing). Atau karena mereka ‘pinternya’ manjat proyek?

Cah angon maksudnya adalah seorang yang mampu membawa makmumnya, seorang yang mampu “menggembalakan” makmumnya dalam jalan yang benar.

Lalu,kenapa “Blimbing” ?
Ingat sekali lagi, bahwa blimbing berwarna hijau (ciri khas Islam) dan memiliki 5 sisi. Jadi blimbing itu adalah isyarat dari agama Islam, yang dicerminkan dari 5 sisi buah blimbing yang menggambarkan rukun Islam yang merupakan Dasar dari agama Islam.

Kenapa “Penekno” ?
 ini adalah ajakan para wali kepada Raja-Raja tanah Jawa untuk mengambil Islam dan dan mengajak masyarakat untuk mengikuti jejak para Raja itu dalam melaksanakan Islam.


4.Lunyu-lunyu yo penekno kanggo mbasuh dodotiro.

Walaupun licin tetap panjatlah untuk mencuci pakaian Dodot adalah sejenis kain kebesaran orang Jawa yang hanya digunakan pada upacara-upacara atau saat-saat penting. Dan buah belimbing pada jaman dahulu, karena kandungan asamnya sering digunakan sebagai pencuci kain, terutama untuk merawat kain batik supaya tetap awet.

Dengan kalimat ini Sunan memerintahkan orang Islam untuk tetap berusaha menjalankan lima rukun Islam dan sholat lima waktu walaupun banyak rintangannya (licin jalannya).

Lunyu lunyu penekno kanggo mbasuh dodotiro.

Walaupun dengan bersusah payah, walupun penuh rintangan, tetaplah ambil untuk membersihkan pakaian kita. agama itu seperti pakaian bagi jiwanya. Walaupun bukan sembarang pakaian biasa Yang dimaksud pakaian adalah taqwa. Pakaian taqwa ini yang harus dibersihkan.


5.Dodotiro-dodotiro kumitir bedhah ing pinggir.

Pakaian-pakaian yang koyak disisihkan. Saat itu kemerosotan moral telah menyebabkan banyak orang meninggalkan ajaran agama mereka sehingga kehidupan beragama mereka digambarkan seperti pakaian yang telah rusak dan robek.

Dodotiro dodotiro, kumitir bedah ing pinggir.

Pakaian taqwa harus kita bersihkan, yang jelek jelek kita singkirkan, kita tinggalkan, perbaiki, rajutlah hingga menjadi pakain yang indah
”sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa“.


6.Dondomono jlumatono kanggo sebo mengko sore.

Jahitlah benahilah untuk menghadap nanti sore. Seba artinya menghadap orang yang berkuasa (raja/gusti), oleh karena itu disebut ‘paseban’ yaitu tempat menghadap raja. Disini Sunan memerintahkan agar orang Jawa memperbaiki kehidupan beragamanya yang telah rusak tadi dengan cara menjalankan ajaran agama Islam secara benar, untuk bekal menghadap Allah SWT di hari nanti.

dondomono jlumatono kanggo sebo mengko sore.

Pesan dari para Wali bahwa suatu ketika kamu akan mati dan akan menemui Sang Maha Pencipta untuk mempertanggungjawabkan segala perbuatanmu. Maka benahilah dan sempurnakanlah ke Islamanmu agar kamu selamat pada hari pertanggungjawaban kelak.


7. Mumpung padhang rembulane, mumpung jembar kalangane.

Selagi sedang terang rembulannya, selagi sedang banyak waktu luang Selagi masih banyak waktu, selagi masih banyak kesempatan, perbaikilah kehidupan beragamamu dan bertaubatlah.

Mumpung padhang rembulane, mumpung jembar kalangane.

Para wali mengingatkan agar para penganut Islam melaksanakan hal tersebut ketika pintu hidayah masih terbuka lebar, ketika kesempatan itu masih ada di depan mata, ketika usia masih menempel pada hayat kita.

8.Yo surako, surak hiyo.

Mari bersorak-sorak ayo... Bergembiralah, semoga kalian mendapat anugerah dari Tuhan. Disaatnya nanti datang panggilan dari Yang Maha Kuasa nanti, sepatutnya bagi mereka yang telah menjaga kehidupan beragama-nya dengan baik untuk menjawabnya dengan gembira.

Yo surako surak hiyo.

Sambutlah seruan ini dengan sorak sorai “mari kita terapkan syariat Islam” sebagai tanda kebahagiaan.

Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu
 (Al-Anfal :25)

Mungkin itu bukan satu2nya makna tersirat dalam lagu Ilir-ilir.  Ada beberapa kajian yang memberi makna asosiatif yang agak berbeda. Tapi secara umum makna ini tidak jauh dari ajakan untuk bangkit dan membersihkan hati. Merevisi kesalahan diri. Makna yang  menarik banyak antusiasme musikus-sastra.

Carrol McLaughlin, profesor harpa dari Arizona University terkagum dengan tembang ini dan sering memainkannya. Maya Hasan, pemain Harpa Indonesia pernah mengatakan sangat ingin mengerti filosofi lagu ini. Mereka,  bersama Hiroko Saito (Jepang), Kellie Marie Cousineau (Amerika Serikat), dan Lizary Rodrigues (Puerto Rico) pernah berusaha menerjemahkannya dalam musik Jazz pada konser musik

‘Harp to Heart‘.

Lir Ilir- Kyai Kanjeng Full Text Lirik
http://www.youtube.com/watch?v=iuyQtL0wt5E

Sumber internet