Ahad, 15 Jun 2014
Kemahiran Berfikir
Baru-baru ini kita didedahkan kepada satu bentuk mata pelajaran baru dalam bidang akademik di sekolah iaitu‘kemahiran berfikir ’. Ramai tokoh akademik dan tokoh pendidik tampil ke hadapan untuk memberi penerangan tentang mata pelajaran baru ini. Mereka membawa berbagai-bagai konsep dan teori. Mereka mengatakan bahawa selama ini para pelajar tidak berfikir dengan cara yang betul dan tidak mengikut disiplin berfikir yang sebenar. Para pelajar berfikir mengikut cara mereka masing-masing dan mengikut kebiasaan mereka sahaja.
Mereka tidak dididik semenjak kecil bagaimana cara hendak berfikir dengan betul dan berkesan. Oleh itu ramai pelajar tidak dapat menggunakan kemampuan akal mereka untuk berfikir dengan sepenuhnya dan secara optimum. Ini telah menyebabkan ramai pelajar tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik walaupun kemampuan akal mereka adalah lebih dari itu.
Apa yang diutarakan dalam ilmu kemahiran berfikir ini berlegar di sekitar tatacara dan prosedur berfikir, langkah-langkah berfikir, penyusunan, pemprosesan dan penghadaman maklumat dan fakta-fakta. Ia juga melibatkan keupayaan menyusun, mengenal dan menyaring fakta-fakta yang penting dan tidak penting, yang relevan dan tidak relevan dan berbagai-bagai teori lagi yang kesemuanya menjurus kepada mencapai tahap berfikir yang lebih tinggi dan berkesan.
Sebenarnya kalau diamati betul-betul, tidak ada apa-apa perkara baru yang diketengahkan. Semuanya perkara lama belaka. Semenjak dahulu manusia berfikir, itulah dianya.
Hanya dalam mengemukakan dan menerangkan mata pelajaran ini, tindakbalas dan tindak gaya pemikiran itu disusun, diformatkan, diselaraskan dan diberi nama, istilah dan kaedah-kaedah. Ia tidak lebih dari menyusun apa yang belum tersusun, menjelaskan apa yang belum jelas dan mencatat apa yang belum dikatalogkan.
Allah SWT ada berfirman yang bermaksud
“Ingatlah Allah dahulu, baru kamu berfikir.”
Ini adalah kerana Allah mahukan proses pemikiran itu tidak terlepas dari pengaruh hati dan jiwa yang ingatkan Tuhan.Ini yang manusia tidak faham. Berfikir dengan akal semata-mata tanpa membawa bersama hati dan jiwa yang berzikir kepada Allah akan menghasilkan buah pemikiran yang tersimpang dari kebenaran dan kehendak Tuhan. Berfikir tanpa hati yang ingatkan Tuhan akan menjauhkan hidayah dan pimpinan Tuhan. Berfikir tanpa melibatkan Tuhan akan menafikan ilham dan panduan dari Tuhan.
Akal hanyalah alat bagi menerima, menyusun dan memproses maklumat, fakta dan ilmu. Ia menimbang, menilai dan merumus fakta dan ilmu. Ia hanya mengisar dan mencanai, tidak lebih dari itu.
Manfaat atau tidaknya ilmu yang diproses oleh akal bergantung kepada hidup atau matinya hati ataujiwa kita. Penggunaan akal tanpa dipimpin atau dikawal oleh hati akan menghasilkan ilmu yang tidak bermanfaat.
Ilmu yang tidak bermanfaat umumnya ialah ilmu yang tidak mendekatkan kita kepada Allah dan yang tidak menambah iman dan ketaqwaan kita kepada-Nya. Ilmu yang tidak bermanfaat ialah ilmu yang akan merosakkan kita.
Rasulullah pernah berdoa:
Maksudnya: “Aku berlindung dengan Allah dari ilmu yangtidak bermanfaat.”
Orang yang menggunakan akal semata-mata tanpa mengingatkan Allah terlebih dahulu atau tanpa dikawal oleh hatinya yang beriman dan bertaqwa, dinamakan orang akal, orang dunia atau orang yang berfikiran sekular. Segala yang difikirkannya ialah hal-hal dunia semata-mata yang bermatlamatkan dunia dan berakhir di dunia. Allah dan Akhirat dikesampingkan dan tidak diambil kira.
Akal itu ibarat kipas yang melekat di siling. Apabila kipas itu berputar, maka kita akan dapat manfaat anginnya. Lagi laju kipas itu berputar, lagi banyak dan kencang angin yangkita rasakan. Akan tetapi kipas itu mesti ditambat dan diikat kuat-kuat pada siling. Kalau tidak, ia akan terlepas dan akan mencederakan kepala-kepala kita. Lagi ligat dan laju ia berputar, lagi teruk kita akan dicederakannya. Tambatan dan ikatan itu ibarat iman dan taqwa.
Oleh itu tidak salah kita menggunakan akal.
Lagi ligat akal kita lagi baik. Tetapi ia mesti dikawal dan dipandu oleh hati yang beriman dan yang sentiasa ingatkan Tuhan. Barulah segala hasil fikiran kita akan jadi bermanfaat. Kalau tidak, ia akan merosakkan kita. Ia akan memikirkan perkara-perkara yang mungkar dan menghasilkan fahaman, ideologi dan isme-isme yang batil.
Kekuatan dan kepintaran akal juga banyak bergantung pada hidupnya hati atau jiwa kita. Orang yang hidup hatinya akan mempunyai akal yang bijak dan pintar. Contohnya ialah para Sahabat, para Tabiin dan para Tabiit Tabiin. Rasulullah SAW.mendidik dan membangunkan insaniah dan jiwa mereka.Hasilnya mereka menjadi orang-orang yang bertaqwa, yang bijak dan pintar. Asal dari pengembala-pengembala kambing yang hanya tahu tentang kambing, tapi dengan iman dan taqwa, akal mereka mampu meneroka berbagai-bagai bidang ilmu termasuk ilmu hisab, ilmu astronomi, falsafah, astrologi, ketenteraan, perubatan, sains dan lain-lain lagi di samping ilmu-ilmu Tauhid, Feqah, Tasawuf, Tafsir, ilmu Hadis dan sebagainya.
Disebabkan kepintaran akal mereka, negara Islam telah menjadi pusat ilmu bagi dunia di waktu itu. Dalam masa yang singkat, manusia dari seluruh pelosok dunia datang untuk menimba ilmu dari cendekiawan-cendekiawan dan para ilmuan Islam. Bukan sahaja ilmu mereka hebat tetapi sesetengah dari cendekiawan-cendekiawan Islam itu menguasai berpuluh bidang ilmu yang berlainan pada satu masa.
Umat Islam mesti mengubah sikap dan fahaman mereka tentang kemahiran berfikir.
Zikir dan fikir
Dalam Islam, berfikir bukan semata-mata tugas akal.
Ia adalah tugas akal yang dirangsang dan dipandu oleh hati yang bertaqwa.
Oleh yang demikian, langkah pertama untuk mendapatkan kemahiran berfikir ialah dengan menanam iman dan taqwa di dalam hati terlebih dahulu. Barulah akal dapat dikawal dan dipandu dan dapat menerima ilham dari Tuhan untuk menghasilkan buah fikiran yang bermanfaat.
Akal yang dibebaskan berfikir tanpa kawalan iman akan berfikir tentang perkara-perkara yang batil dan merosakkan, dan akhirnya akan menafikan kewujudanTuhan itu sendiri.
ILMUAN YG DIBANTU ALLAH
Janji Allah untuk membantu mereka yang bertaqwa adalah sepanjang masa SESEORANG itu akan diberi ilmu megikut bidangnya. sesuai dengan firman ALLAH:
"Bertaqwalah kepada ALLAH, nescaya Allah akan mengajar kamu. "
(Al Baqarah: 282)
Ilmu yang ALLAH berikan ilmu Akhirat saja tapi juga ilmu dunia. Bila seseorang itu diajar oleh ALLAH, dia akan memperolehi ilmu tanpa belajar. sebab itu ada ulama-ulama dulu yang boleh karang beratus-ratus buah kitab.
Misalnya Imam Sayuti Umurnya pendek sahaja, hanya 53 tahun. Beliau mula mengarang sewaktu berumur 40 tahun dan dapat menghasilkan 600 buah kitab. Dalam masa hanya 13 tahun dapat menghasilkan sebegitu banyak kitab.
Ertinya dia dapat menyiapkan sebuah kitab setiap dua minggu. Kitabnya itu pula tebal-tebal dan tinggi perbahasannya dalam bermacam-macam jenis ilmu. Antara kitabnya yang terkenal Al Itqan fi Ulumil Quran, Al Hawi lil Fatawa (dua jilid), Al Jamius Soghir (mengandungi matan-matan Hadis),Al Ashbah wan Nadzoir, Tafsir Jalalain, Al Iklil dan lain-lain lagi.
Kalaulah beliau menulis atas dasar membaca atau berfikir semata-mata, tentulah tidak mungkin dalam masa 13 tahun dapat menulis 600 kitab atau tidak mungkin dalam masa hanya dua minggu dapat tulis sebuah kitab.
Inilah ilmu laduni. Tidak hairanlah hal ini boleh berlaku kerana dalam kitab Al Tabaqatul Kubra karangan Imam Sya’rani ada menceritakan yang Imam Sayuti dapat yakazah [bertemu dalam keadaan jaga] dengan Rasulullah sebanyak 75 kali dan dia sempat bertanya tentang ilmu dengan Rasulullah.
Imam Al Ghazali
Umurnya juga pendek iaitu sekitar 54 tahun. Beliau mula mengarang selepas sahaja habis bersuluk di kubah Masjid Umawi di Syria. Umurnya waktu itu sekitar 40 tahun. Ertinya dalam hidupnya dia mengarang sekitar 14 tahun. Dalam waktu yang pendek ini dia sempat mengarang 300 buah kitab yang tebal-tebal, yang bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan termasuklah kitab yang paling masyhur iaitu Ihya Ulumuddin, kitab tasawuf (dua jilid yang tebal-tebal) dan Al Mustasyfa (ilmu usul fiqh yang agak susah difahami).
Cuba anda fikirkan, bolehkah manusia biasa seperti kita ini menulis sebanyak itu. Walau bagaimana genius sekalipun otak seseorang itu, tidak mungkin dalam masa 14 tahun boleh menghasilkan 300 buah kitab-kitab tebal, kalau bukan kerana dia dibantu dengan ilmu laduni yakni ilmu tanpa berfikir, yang terus jatuh ke hati dan terus ditulis.
Dalam pengalaman kita kalau ilmu hasil berfikir dan mengkaji, sepertimana profesor-profesor sekarang, dalam masa empat tahun baru dapat membuat satu tesis di dalam sebuah buku. Kalau satu buku mengambil masa empat tahun, ertinya kalau 14 tahun dapat tiga buah buku. Terlalu jauh bezanya dengan Imam Ghazali yang mencapai 300 buah buku itu.
Imam Nawawi
Beliau adalah antara ulama yang meninggal sewaktu berusia muda, iaitu 30 tahun. Beliau tidak sempat berkahwin tetapi banyak mempusakakan kitab-kitab karangannya. Di antara yang terkenal ialah Al Majmuk yakni kitab fekah. Kalau ditimbang berat kitab itu lebih kurang 3 kilogram, yakni kitab fekah yang sangat tebal. Kitab Al Majmuk yang tebal itu ditulis ketika umurnya sekitar 25 tahun.
Selain itu termasuklah kitab Riadhus Solihin, Al Azkar dan lain-lain lagi. Untuk mengarang kitab Al Majmuk saja kalau ikut kaedah biasa yakni atas dasar kekuatan otak, tidak mungkin dapat disiapkan dalam masa dua atau tiga tahun. Mungkin memakan masa 10 tahun. Ini bererti dia mula mengarang semasa berumur 20 tahun. Biasanya di umur ini orang masih belajar lagi.
Tetapi di usia semuda itu Imam Nawawi mampu mengarang bukan saja Al Majmuk, tetapi turut mengarang kitab-kitab besar yang lain. Ini luar biasa! Biasanya orang jadi pengarang kitab di penghujung usianya.
Ini membuktikan selain dari cara belajar, ada ilmu yang Allah pusakakan tanpa belajar, tanpa usaha ikhtiar dan tanpa berguru. Itulah dia ilmu laduni atau ilmu ilham.
Janji ALLAH untuk mereka yang bertaqwa ini adalah sepanjang masa. Siapa yang cukup syarat (solid taqwanya) akan mendapat apa yang ALLAH janjikan itu
Allahyarham Ust. Ashaari.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan