Khamis, 1 Mei 2014

The blame game



Seni dalam memimpin

SEORANG murabbi tidak akan rusuh dengan cacat- cacat teknikal yang lakukan oleh anak buahnya, tetapi ia melihat kepada hasil yang akan didapati daripadanya. Jangan jadi seperti UMNO dengan Dato’ Harun. Dato' Harun dianggap bermasalah, padahal Bank Bumi dapat keuntungan besar daripada buah fikiran Dato’ Harun tidak diambil kira Mereka terperangkap dalam krisis pembelaan, Dato’ Harun dibela oleh pengikut- pengikutnya yang menganggap Dato’ Harun tidak patut dipersalahkan. Sampai ke hari ini kes ini lidak selesai di hati rakyat walaupun ia telah selesai di mahkamah.

Jalan yang sebaik-baiknya ialah lari daripada terlibat dalam menggugat kesalahan teknikal. Tetapi dalam masa yang sama hendaklah membina kekuatan jemaah dengan membuat satu gerakan pembangkit atau penggerak ke arah sesuatu isu yang tak terfikir oleh anak buah.

Misalnya menganjurkan Malam Puisi Islam secara besar-besaran di negeri-negeri. Orang-orang yang terlibat dalam kesalahan teknikal itu dilibatkan dalam program ini, supaya mereka dapat dilatih, diberi teguran sekiranya mereka melakukan kesalahan teknikal. Dan sekaligus kita ambil peluang membetulkan kesalahan teknikal mereka. Dengan ini kita membina kekuatan jemaah sekaligus mendidik anak buah.

Ingatlah mendidik adalah tugas utama murabbi, bukan mengamuk atau merapuih. Jangan ditukar kesalahan teknikal dengan kesalahan prinsip

Kesalahan teknikal ialah kesilapan yang dilakukan kerana hendak menjayakan kerja, manakala kesalahan prinsip ialah melanggar larangan-larangan Allah.
Dan ia mesti dihalusi lagi, apakah kesalahan itu kerana tersalah atau dirancang supaya Salah.

Kesalahan yang dirancang
1.ialah kesalahan yang dilakukan oleh orang yang hasad dengki sekiranya ia mukmin,

2. Juga yg dilakukan oleh orang munafik yang pada hakikatnya kafir.

Kesalahan yang berlaku kerana tersalah bukan dirancang adalah semata-mata kerana kelemahan. Manusia memang lemah.

Firman Allah Terjemahannya:
Dan adalah manusia itu dijadikan bersifat lemah.

 - An Nisa :28

Setiap kelemahan perlu diperbaiki manakala setiap perancangan jahat perlu dipatahkan. Maka sikap murabbi yang paling tepat ketika menghadapi keadaan begini, hendaklah setiap kelemahan anak buah diperbaiki dan hendaklah setiap perancangan jahat dipatahkan.

Memperbaiki dan mematahkan adalah berbeza.
Mematahkan dengan arahan, memperbaiki dengan asuhan dan latihan.

Perkataan, “Hendaklah buat macam ini, ini, ini..."    merupakan arahan.
Perkataan, “Saya cadang supaya berbuat begini, begini dan begini...”    adalah asuhan dan latihan

Oleh itu murabbi hendaklah ambil percaman mengenai perbezaan bahasa yang hendak dipakai ketika mematahkan perancangan jahat dan ketika memberi asuhan dan latihan.

“Hendaklah buat macam ini..."       bererti ada perkara yang dipatahkan.
 “Saya cadang berbuat begini..."    bererti asuhan dan latihan.

Lebih halus bahasa lebih seni perjuangan.
Lebih seni perjuangan, lebih payah ia hendak dikesan musuh.

Dari buku panduan buat murabbi

1 ulasan:

  1. CASINO LUXURY - Mapyro
    The closest casino to Las Vegas is Palms, which 부산광역 출장안마 features an upscale hotel with more 양주 출장안마 than 서귀포 출장마사지 1,300 의왕 출장안마 rooms. Casino Las Vegas is a 4-star property 경산 출장샵 with more than 1,600

    BalasPadam