Isnin, 31 Januari 2011
Mengapa Berat Menunaikan Sembahyang
Rata-rata umat Islam mengetahui bahawa sembahyang atau solat lima waktu itu hukumnya wajib. Yakni, |kalau dibuat, dapat pahala dan kalau ditinggalkan berdosa. Berdosa itu pula akan dihukum dengan seksa Neraka.
Semua umat Islam rasanya sudah maklum apakah dia seksa Neraka itu. Api yang membakar sampai ke hati. Minumannya ialah leburan logam yang menggelegak yang tidak terhingga panasnya. Makanannya ialah buah yang berduri. Seksa Neraka tersangatlah pedih. Ia adalah sehina-hina tempat untuk kembali.
Rata-rata juga umat Islam tahu bahawa sembahyang itu tiang agama. Siapa yang mendirikan sembahyang, dia sebenarnya telah mendirikan agama. Siapa yang meruntuhkan sembahyang, dia telah meruntuhkan agama. Mereka juga tahu, yang membezakan di antara orang kafir dan orang Islam itu ialah sembahyang. Barang siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, nyata dia telah kufur.
Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat. Kalau sembahyang tidak selesai, segala amalan yang lain tertolak.
Namun masih ramai umat Islam yang tidak menunaikan sembahyang lima waktu. Masih ramai yang cuai menunaikan sembahyang. Yang cuai menunaikan sembahyang itu bukan sahaja orang muda tetapi juga orang tua. Bukan sahaja orang miskin tetapi juga orang kaya. Bukan sahaja di kalangan orang-orang bawahan tetapi juga orang-orang atasan. Bukan hanya dari kalangan orang-orang tidak berpelajaran tetapi juga yang berpelajaran tinggi. Bukan sahaja dari kaum pekerja atau buruh tetapi juga dari para eksekutif dan pengurusan. Bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga pemimpin. Bukan sahaja lelaki, tetapi ramai juga perempuan yang cuai bersembahyang.
Menjadi kafir kerana tidak bersembahyang tidak dirasakan sebagai suatu ancaman. Meruntuhkan agama kerana cuai sembahyang juga tidak dirasakan besar. Malahan, ancaman seksa Neraka yang begitu perit, hebat dan dahsyat pun umat Islam tidak rasa gerun dan takut. Apakah puncanya umat Islam jadi begini?
Kalau ditanya pendapat orang, maka akan timbullah berbagai-bagai sebab dan alasan. Lemah imanlah. Kurang ilmu agamalah. Tidak ada asas agamalah. Kurang didikan agamalah. Kerana pengaruh liar seperti rock, black metal, dadah dan sebagainya. Kerana ibu ayah sibuk mengejar dunia dan tidak mengambil berat serta tidak ada masa untuk anak-anak. Kerana tidak ada kasih-sayang dari ibu bapa dan keluarga. Kerana sibuk dengan urusan, kerja, tugas, perniagaan dan bermacam-macam lagi alasan.
Mungkin alasan-alasan ini boleh diterima tetapi ia lebih merupakan alasan-alasan sampingan. Ada sebab dan alasan yang lebih pokok dari itu iaitu rata-rata umat Islam sudah tidak kenal Tuhan. Umat Islam berat menunaikan sembahyang kerana mereka tidak kenal Tuhan. Apabila Tuhan tidak dikenali, maka umat Islam tidak cinta dan tidak takut dengan Tuhan. Apabila cinta dan takut tidak ada, maka tidak wujud hubungan hati dengan Tuhan.
Hati yang tidak terhubung dengan Tuhan tidak ada apa-apa rasa. Tidak ada keinsafan. Tidak ada kesedaran. Tidak ada rasa bahawa Tuhan itu diperlukan. Bahawa Tuhan itu Maha Hebat dan Maha Agung. Tidak ada rasa bahawa kita manusia begitu kerdil dan lemah di sisi Tuhan. Walhal hati itu adalah wakil Tuhan pada diri kita, tempat kita berzikir dan berhubung rasa dengan Tuhan. Dalam erti kata yang lain, kalau hati tidak terhubung dengan Tuhan, kita tidak akan khusyuk dengan Tuhan.
Itulah sebabnya konsep pendidikan Islam bermula dari apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: Maksudnya:
" Awal-awal agama mengenal Allah. "
Setelah Allah dikenali, dicintai dan ditakuti, maka kita akan suka mengamalkan syariat. Kita akan suka bersembahyang. Kita akan suka membuat perkara yang Tuhan suka. Kita akan suka menggembirakan Tuhan. Kita akan khusyuk dengan Tuhan. Akan timbullah keinginan untuk menyembah dan membesarkan-Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Barulah datang keinginan untuk bersembahyang kerana sembahyang itu ialah upacara untuk membesar dan mengagungkan Tuhan. Kalau Tuhan tidak dirasakan besar dan agung maka kita tidak akan terdorong untuk bersembahyang. Sembahyang tidak akan ada apa-apa makna.
Yang menjadi masalah, umat Islam sudah tidak dididik engikut konsep pendidikan Islam ini lagi. Mereka idak dikenalkan kepada Tuhan terlebih dahulu. Mereka dikenalkan kepada dunia dan apabila sudah tua atau dewasa, barulah hendak berusaha untuk mengenal Tuhan. tu pun hanya bagi orang yang sedar dan yang mendapat idayah.
Kalau setiap anak dididik dari kecil untuk mengenal Tuhan, maka semua akan jadi mudah. Dari kecil lagi anak-anak sudah kenal, cinta dan takut dengan Tuhan. Dari kecil lagi mereka sudah merasa khusyuk dengan Tuhan. Orang yang khusyuk dengan Tuhan akan mudah bersembahyang. Tuhan ada berfirman:
Maksudnya:
"Jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolongmu. Sesungguhnya solat itu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. " (Al-Baqarah: Ayat 45)
Kalau sudah tua dan dewasa baru hendak mengenal Tuhan, ia seperti anak angkat yang sudah tua mahu diperkenalkan oleh ibu angkatnya kepada ibu kandungnya sendiri. Memang dia akan menerima hakikat bahawa ibu kandungnya itu memang benar ibu kandungnya. Lebih-lebih lagi kalau disahkan dan diakui pula oleh ibu angkatnya. Tetapi untuk hidup dengan ibu kandungnya atau untuk berpindah dari rumah ibu angkat untuk tinggal bersama-sama ibu kandungnya, itu amat rumit sekali. Dia tidak akan mahu. Cintanya telah tertumpah kepada ibu angkatnya kerana ibu angkatnyalah yang telah banyak mencurahkan kasih sayang padanya.
Begitu jugalah orang yang telah meninggalkan Tuhannya untuk bermewah di dunia. Dunia seperti ibu angkatnya. Memang sukar untuk kembali kepada Tuhan yang menciptanya.
Tidak hairanlah mengapa umat Islam tidak terdorong untuk bersembahyang. Umat Islam tidak teringin untuk membesar dan mengagungkan Tuhan. Untuk memuliakan, meninggikan dan mengabdikan diri kepada Tuhan. Mereka mungkin tahu dan percaya adanya Tuhan tetapi mereka tidak merasakan bahawa Tuhan itu benar-benar wujud. Mereka juga tidak merasakan yang diri mereka itu hamba kepada Tuhan. Inilah bahananya kalau Tuhan tidak dikenali.
Setakat tahu dan percaya sahaja tidak cukup untuk menjadi aqidah dan pegangan. la tidak cukup untuk mendorong seseorang itu bertindak dan beramal. Ia tidak boleh menimbulkan sesuatu komitmen atau azam yang kuat.
Tahu dan percaya Tuhan itu adalah dengan akal. Tetapi mengenal Tuhan itu adalah dengan hati. Orang yang tahu dan ada ilmu tentang Tuhan dikatakan orang yang 'Aalimbillah. Orang yang kenal Tuhan itu dikatakan orang yang 'Aarifbillah. Orang yang kenal Tuhan atau orang 'Aarifbillah itu, mereka kenal Tuhan dengan hati. Mereka ada rasa-rasa bertuhan dalam hati mereka. Mereka juga ada rasa-rasa kehambaan. Mereka itu orang-orang yang khusyuk. Orang yang setakat A'alimbillah tidak ada rasa apa-apa.
Mari kita lihat bagaimana Rasulullah SAW mendidik para sahabat. Selama 13 tahun di Makkah, Rasulullah tidak mengajar para sahabat selain dari mengenal Tuhan. Tidak ada hukum-hakam lain yang diajar. Sembahyang pun belum diwajibkan. Rasulullah mengajar para sahabat tentang Tuhan sehingga mereka benar-benar kenal, cinta, takut dan sangat-sangat rindu dengan Tuhan. Mereka seperti orang lapar yang tidak dapat makan. Mereka seperti orang dahaga yang tidak dapat minum. Rindu mereka meluap-luap terhadap Tuhan. Mereka mabuk cinta dan mabuk rindu dengan Tuhan.
Hanya pada tahun yang kesebelas baru berlaku peristiwa Israk Mikraj. Ketika itu baru diturunkan perintah sembahyang. Apabila para sahabat mendapat perintah sembahyang, ia ibarat pucuk dicita ulam mendatang. La ibarat orang dahaga diberikan air. Ibarat orang lapar diberikan roti. Dalam sembahyanglah para sahabat melepaskan rindu-dendam mereka pada Tuhan. Mereka berdailog, mengadu, memuja dan memuji Tuhan. Dalam sembahyanglah mereka bermanja-manja dengan Tuhan.
Sembahyang adalah satu hadiah yang paling besar dan berharga bagi para sahabat. Satu perkara yang ditunggu-tunggu dan diidam-idamkan. Dengan sembahyanglah dapat mereka meluahkan segala perasaan dan isi hati mereka kepada Tuhan yang mereka tanggung selama ini. Sembahyang bagi mereka adalah satu nikmat yang tidak terhingga nilainya. Sebab itu kita lihat, sahabat yang paling malas pun, sembahyang mereka seratus rakaat sehari semalam.
Para sahabat mencintai sembahyang kerana sebelum datang perintah sembahyang pun, mereka sudah kenal, cinta, rindu dan takut dengan Tuhan. Inilah yang tidak ada pada kita. Kita tidak kenal, jauh sekali cinta, rindu dan takut dengan Tuhan. Sebab itulah sembahyang tidak menjadi buah hati kita. Sebab itulah kita tidak terdorong untuk bersembahyang. Sebab itulah sembahyang kita tidak manis dan kita tidak mendapat kepuasan dalam sembahyang. Sembahyang bagi kita adalah sesuatu yang sangat payah dan berat. Sangat meletih dan menjemukan. Bagi para sahabat, bertemu Tuhan macam hendak bertemu kekasih. Tidak sabar-sabar ingin bertemu. Bagi kita, bertemu Tuhan macam hendak bertemu orang yang kita tidak kenal. Kalau tak jadi bertemu pun tak rasa rugi apa-apa.
Seperkara lagi mengapa kita merasa berat untuk bersembahyang ialah kerana kita tidak tahu dan tidak faham sebab dan hikmah mengapa Tuhan mewajibkan kita bersembahyang. Kita tahu, kalau semua manusia bersembahyang pun, Tuhan tidak untung apa-apa. Kalau semua manusia tidak mahu bersembah-yang pun, Tuhan tidak rugi apa-apa. Tidak akan bertambah atau berkurang kemuliaan Tuhan. Sifat Tuhan itu sudah sedia sempurna. Tetapi kenapa Tuhan mewajibkan juga kita bersembahyang.
Kita diperintah bersembahyang kerana dengan sembahyang-lah dapat kita melahirkan rasa-rasa kehambaan di hati kita. Rasa-rasa kehambaan ialah rasa hina, berdosa, bersalah dengan Tuhan, rasa kerdil, lemah, cemas, gementar, takut, bimbang, rasa malu, rendah diri, berharap dan sebagainya. Rasa-rasa kehambaan inilah yang dapat membantu kita menjadi orang yang baik. Rasa-rasa kehambaan ini boleh memusnah dan membakar sifat-sifat mazmumah atau sifat-sifat keji yang bersarang di hati kita seperti sombong, hasad dengki, tamak, pemarah, bakhil, ujub, jahat sangka, berdendam, memfitnah, mengumpat, adu domba, menghina dan lain-lain lagi. Kalau rasa-rasa kehambaan tidak ada di dalam hati, maka hati kita akan dipenuhi dengan sifat-sifat mazmumah seperti yang disebut di atas.
Sifat-sifat mazmumah ini sangat merosakkan. la racun dalam kehidupan manusia dan masyarakat. Apabila hati-hati manusia dipenuhi dengan sifat-sifat mazmumah, manusia akan berkrisis, bergaduh, bertengkar, jatuh-menjatuh, bunuh-membunuh dan berperangan sesama sendiri.
Sebenarnya yang bergaduh dan berkelahi di antara manusia itu bukan manusia itu sendiri. Bukan lidahnya, bukan tangannya, bukan kakinya tetapi sifat mazmumah yang bersarang di hatinya. Sifat sombong seseorang itu berlawan dengan sifat dengki orang lain. Sifat panas baran seseorang itu bertengkar dengan sifat keras hati orang lain. Sifat bakhil seseorang itu berlawan dengan sifat tamak haloba orang lain dan seterusnya. Sifat mazmumah yang bersarang di hati manusialah punca manusia bergaduh. Lidah, tangan, kaki hanya mengikut sahaja.
Kalau hati-hati manusia dipenuhi dengan segala sifat mazmumah, maka rosaklah kehidupan manusia. Binasalah dunia. Hilang kasih sayang. Roboh perpaduan. Hilang kebahagiaan dan keharmonian. Terseksalah hidup manusia.
Sembahyanglah yang dapat membuatkan manusia menjadi baik ialah sembahyang yang dapat melahirkan rasa-rasa kehambaan. Rasa-rasa kehambaan inilah yang akan melenyapkan sifat-sifat mazmumah dari hati kita. Kalau kita rasa hina, lemah dan kerdil di hadapan Tuhan, masakan pada waktu yang sama kita akan merasa sombong dan angkuh dengan orang lain. Kalau kita merasa bersalah dan berdosa dengan Tuhan, masakan kita akan nampak salah dan dosa orang lain.
Rasa-rasa kehambaan ini secara otomatis akan melahirkan pula rasa-rasa bertuhan. Iaitu rasa-rasa bahawa Tuhan itu Maha Hebat, Maha Agung, Maha Perkasa, Maha Kaya dan sebagainya. Rasa-rasa bertuhan ini akan menyubur dan menajamkan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat terpuji di hati kita. Akan tumbuh dan segarlah sifat-sifat pemurah, pemaaf, tolong-menolong, bantu-membantu, bertolak-ansur, bertimbang-rasa, berkasih sayang, bertoleransi, mesra, lemah lembut, lapang dada, suka mendahulukan orang lain dan sebagainya di hati kita.
Inilah di antara sebab mengapa Tuhan menyuruh kita bersembahyang. Supaya manusia dapat hidup dengan aman, damai dan harmoni.
Bila sifat-sifat mazmumah bersarang di hati kita, kita akan berwatak dengan watak syaitan. Tetapi bila sifat-sifat mahmudah menghiasi hati kita, maka terbinalah insan kita. Kita akan berwatak dengan watak malaikat.
Hidup manusia di muka bumi akan menjadi tenang, aman dan damai dan penuh dengan kasih sayang dan harmoni. Hidup di dunia akan menjadi begitu indah dan bahagia. Itulah bayangan keindahan hidup di Syurga Jannatun Naim, hasil dari kita mendirikan sembahyang.
Pertemuan dengan Raja Segala Raja
Sembahyang adalah ibu segala ibadah
Ibadah rasmi dari Tuhan
kepada hamba-hamba-Nya seluruhnya
Ia merupakan pertemuan rasmi
Lima kali sehari semalam dengan Allah
Ertinya pertemuan rasmi dengan Raja yang Maha Agung,
Raja Segala Raja
Umpama pertemuan rasmi raja manusia
Sesama rakyat jelatanya
Bagaimana keadaan kita, apa yang kita rasa
Apa persiapan yang sepatutnya?
Kita siapkan pakaian yang cantik
Kita bersihkan badan kita
Kita berwangi-wangian,
pergi dengan kenderaan sampai istana
Di istana kita duduk dengan penuh tertib
berhadapan dengan raja
Kita duduk dengan penuh tawadhuk
Bahu membongkok mata ke lantai dan khudhuk
Kita tidak pandang kiri dan kanan
Penuh bimbang, malu dan takut
Tidak ada seorang yang berani bercakap-cakap
Dan bersembang-sembang
Menunggu dengan penuh takut akan perintah raja
Apa titah raja, apa pesanan, apa amanahnya
Dan apa nasihatnya
Begitulah sembahyang, pertemuan dengan Allah
Secara rasmi, Dia adalah Raja Segala Raja
Raja yang bukan jenis manusia
Raja yang mempunyai Zat yang Maha Suci
daripada segala penyerupaan
Pengetahuan-Nya tembus, penglihatan-Nya tembus,
pendengaran-Nya tembus
Sepatutnya pertemuan kita lebih serius
Lebih beradab, bertertib dan takut
Di waktu itu kita menyediakan diri kita
Bersih lahir dan batin
Menunggu penyembahan itu dengan penuh takut
Malu, khusyuk, tadharuk
Takut dan malu hendak bercakap-cakap dan berbual
Kecuali yang ada hubungkait dengan Tuhan
Kita menyembah, seluruh fikiran, hati dan jiwa
Seluruhnya tertumpu kepada Tuhan
Fizikal ikut rukuk
Fikiran ikut rukuk, hati ikut rukuk
Fizikal ikut sujud, fikiran ikut sujud
dan jiwa ikut sujud
Waktu berdiri dirasakan seolah-olah
kita berada di Padang Mahsyar
Sedangkan Tuhan sedang melihat
Aduh kecutnya perut, menggeletar sepatutnya jiwa kita
Di waktu itu sepatutnya tidak ada apa yang kita ingat
Kecuali sepenuh hati dan jiwa raga dan fikiran kita
hanya kepada Allah semata-mata
Tapi ramai manusia tidak begitu
Berhadapan dengan raja jenis manusia lebih terasa gerun,
malu dan beradab
Dari berhadapan dengan Tuhan pencipta manusia
Kerana manusia belum kenal Tuhan Khaliqnya
Menjelang Zuhur
23 – 10 – 1999
Aku Rasa Belum Beribadah
Aduh, bila aku menghadap-Mu Tuhan di waktu ibadah
Hatiku pun mula rasa susah dan gelisah
Aku pun mula bimbang bagaimana nanti aku menyembah-Mu,
bersopankah atau sebaliknya
Kalau aku lakukan juga, jawapannya tentu sama
Macam-macam rasa di dalam jiwaku
Takut, bimbang, gelisah dan resah
Apabila selesai, aku rasa belum beribadah
Hatiku susah dan gundah-gulana
Tapi apakan daya, setakat itulah yang terdaya
Takkan aku hendak mengulanginya sekali lagi
Nilai ibadahku
Macam tadi juga
Kerana itulah Tuhan, setiap kali lepas sembahyang
Aku dahulukan memohon ampun kepada-Mu
terhadap sembahyangku selepas itu baharulah dosa-dosaku
Begitulah juga Tuhan selepasku membuat dosa
Hatiku lagi parah, susah dan gelisah
Tapi aku ini lemah bermujahadah
Selepas itu aku ulangi lagi membuat salah
Hatiku susah lagi dan gundah
Tuhan! Engkau tampunglah ibadahku mana yang kurang
Maafkan aku yang tidak sempurna
Ampunkan aku mana yang terlanjur
Kerana hal itu bukan aku suka
Itulah kelemahanku
Engkau pun tahu
Rahmat-Mulah yang aku pinta
Allahyarham Ust. Ashaari.
Isnin, 24 Januari 2011
Ilmu Usuluddin
DI DALAM ajaran Islam, secara umum ilmu-ilmu yang penting itu boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
1. Usuluddin (aqidah)
2. Feqah (syariat)
3. Tasawuf (akhlak)
Dalam pengamalannya, setiap orang Islam mestilah melaksanakan secara serentak ketiga-tiga ilmu tadi. Sama ada dari segi teori mahupun praktikal, atau dari segi ilmiah dan amaliahnya.
Tiga ilmu ini merupakan tiga serangkai yang tidak boleh dipisah-pisahkan. Kalau dipisah-pisahkan salah satu daripada tiga serangkai itu, maka akibatnya rosaklah yang lainnya. Ertinya amalan Islam itu menjadi sah apabila ketiga-tiga ilmu tersebut dilaksanakan sekaligus dan serentak. Ia tidak boleh diamalkan satu-satu sahaja tanpa yang lain. Ber‘feqah’ saja atau ber‘usuluddin’ saja atau berakhlak saja, tentu akan merosakkan keIslaman seseorang.
Jadi tiga serangkai ilmu ini tidak boleh dipisah-pisahkan dalam seluruh tindakan hidup. Kalau dipisahkan dalam pengamalan seharian, paling tidak seseorang itu akan jadi orang fasiq. Bahkan berkemungkinan ia akan jatuh kepada kafir tanpa ia sedar.
Dari ketiga-tiga ilmu ini, tapak atau asasnya adalah ilmu usuluddin. Di atas tapak ilmu yang menjadi pegangan dan keyakinan setiap orang Islam itu, maka ditegakkan syariat (feqah) dan akhlak (tasawuf).
Kalau diibaratkan kepada sebuah bangunan, usuluddin itu foundationnya. Bangunan rumah serta peralatan- adalah peralatannya itulah syariat dan akhlak. Kalau begitu rumah dan peralatan rumah itu tidak dapat ditegakkan kalau foundation rumah tersebut tidak ada. Atau sekiranya ‘ia tidak kukuh dan tidak kuat.
Justeru itu, dalam ajaran Islam:
1. Usuluddin itu adalah asas Islam atau tapak Islam.
2. Syariat dan tasawuf ialah furu’ dan cabang- cabangnya.
Kalau begitu, ilmu usuluddin dalam ajaran Islam amat penting dan utama. Kerana ia mengesahkan syariat dan akhlak. Syariat dan akhlak tidak ada nilai di sisi ALLAH, kalau aqidah atau usuluddinnya telah rosak.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu usuluddin ialah:
1. Keyakinan kita dengan ALLAH dan sifat-sifatNya sama ada sifat-sifat yang wajib, sifat-sifat yang mustahil atau sifat-sifat yang harus.
2. Keyakinan kita dengan para rasul dan sifat-sifatnya.
3. Keyakinan dengan kitab-kitab yang pernah diturunkan oleh ALLAH seperti Al Quran, Zabur,Injil dan Taurat.
4. Keyakinan kepada para malaikat.
5. Keyakinan pada Qadha dan Qadar ALLAH.
6. Yakin kepada Syurga dan Neraka serta perkaraperkara lain yang merangkumi perkara di Alam Ghaib.
Maka ilmu usuluddin yang menjadi asas kepada ajaran Islam merupakan ilmu yang paling penting. Ia menjadi perkara utama dan pertama untuk setiap individu Islam yang mukallaf mempelajarinya. Belajar ilmu usuluddin ini hukumnya fardhu ain yakni wajib bagi setiap individu yang mukallaf. Bahkan jatuh berdosa besar bagi orang yang tidak mempelajarinya. Hatta boleh jatuh kufur secara tidak sedar kalau jahil tentang ilmu ini.
Ilmu usuluddin yang berkait dengan ALLAH dan sifat-sifat-Nya, kalau tidak dipelajari, paling mudah untuk menyebabkan terjatuh kepada kufur. Sebab itu bagi setiap mukallaf mempelajarinya dihukumkan wajib terlebih dahulu mendahului ilmu-ilmu yang lain.
Dalam Hadis, Rasulullah SAW ada menyebut:Terjemahannya:
Awal-awal agama ialuh mengenal ALLAH.
Oleh itu ilmu usuluddin itu tidak boleh dicuaikan dari mempelajarinya. Supaya ia dapat dijadikan pegangan dan keyakinan yang mantap (teguh) di hati. Tanpa dicelahi dengan unsur-unsur jahil, syak, zan dan waham. Sekiranya dicelahi oleh jahil, syak, zan dan waham, atau salah satu darinya, maka seluruh amal ibadah itu tidak sah atau tertolak. Ertinya tidak dapat apa-apa di sisi ALLAH. Amalan itu hanya sia-sia sahaja. Walau bagaimana baik dan kemas sekalipun ibadah yang dipersembahkan pada ALLAH, sekiranya dicelahi oleh salah satu daripadanya, maka ibadah itu akan dicampak semula ke muka pengamalnya.
Mengikut kebiasaan, walaupun cantik amalan syariat atau akhlak, ia masih tetap bergantung kepada aqidah. Sekiranya aqidahnya baik, maka baiklah syariat dan akhlaknya. Tetapi kalau aqidahnya rosak, maka rosaklah syariat dan akhlaknya.
Tamsilannya seperti sebatang pokok. Kalau pokok-nya subur, itu adalah kesan daripada akar tunjang yang kuat tadi. Yang menjadikan ianya berdaun, menghijau, menghasilkan bunga cantik dan harum mewangi serta buah yang banyak (lebat) lagi sedap rasanya. Sehingga menjadikan kepingin semua makhluk terutama manusia untuk mendekati dan bernaun’g di bawahnya serta mengambil manfaat darinya.
Begitulah juga bagi mereka yang aqidahnya baik, tentunya syariatnya jadi sempurna dan akhlaknya cantik. Semua hukum-hakam yang lima yakni yang wajib dan sunat dapat ditegakkan, yang haram dan makruh dapat dijauhi, dan yang harus (mubah) terpulang hingga ia mencorak hidup individu dan masyarakat.
Di sinilah pentingnya pelajaran aqidah atau usuluddin ini kerana ia boleh mencorakkan hati seseorang.Sehingga yang lahir dalam tindakan adalah gambaran hatinya itu.
Alhasil, kalau sudah ramai yang aqidahnya tepat dan kuat, maka akan lahirlah negara yang aman makmur yang mendapat keampunan ALLAH. Kerana aqidah yang tepat dan kuat itu mendorong hamba-hamba-Nya bersyariat dan berakhlak atau menjadi orang yang
bertaqwa.
Mari kita mengenal Tuhan
Mari kita mengenal Tuhan
Tuhan kita ialah Allah,
Nama-Nya yang paling agung yang dikatakan Lafzul Jalalah
Dia adalah zat yang Maha Suci lagi Maha Tinggi
Suci daripada sebarang penyerupaan dengan makhluk-Nya di dalam semua hal
Kerana itulah Dia tidak dapat hendak dibayangkan,
Kalau dibayangkan satu pendustaan yang maha besar
Wujud-Nya sediakala, tidak ada permulaan, tidak ada kesudahan
Kerana Dia bukan jenis ciptaan, bahkan Pencipta seluruh alam
Menjadi Pentadbir, Pendidik dan Penyelamat
Takkan Pencipta dengan yang dicipta ada persamaannya
Zat-Nya Maha Esa, satu atau tunggal
Tapi Esa-Nya tidak boleh dibelah bagi
Yang boleh dibelah bagi itu adalah benda atau barang ciptaan,
atau sesuatu yang kena cipta atau diwujudkan
Maha Suci dan Maha Tinggi Tuhan daripada perlu kepada tempat,
tidak mengambil ruang
Tidak ada di dalam pihak, atau di luar pihak,
kerana di luar pihak juga adalah pihak
Tidak terlibat dengan masa
Tidak terlibat dengan malam dan siang
Tidak terlibat dengan musim yang empat
Kerana semuanya itu adalah makhluk dan ciptaan-Nya
Tuhan tidak berhajat kepada ciptaan-Nya
Tapi makhluk-Nya berhajat kepada Tuhan
Kudrat-Nya adalah mutlak dan tidak terbatas
Kerana kudrat-Nya bukan dari tenaga,
Ia dari zat-Nya yang Maha Kuasa dan Maha Daya dan Upaya
Iradah-Nya atau kehendak-Nya bukan daripada dorongan nafsu-Nya
Tuhan tidak ada nafsu seperti haiwan dan manusia
Setiap yang terjadi dan yang akan terjadi kemudian adalah dengan kehendak-Nya
Ciptaannya kecil dan besar sama sahaja,
Dia kata 'Jadi', jadilah benda itu
Dia mentadbir, mengawal dan menjaga bukan hasil berfikir-fikir dan meneliti
Kerana berfikir dan meneliti adalah dari akal
Dia memang sudah sedia tahu dan bijaksana
Tuhan tidak ada akal seperti malaikat dan manusia
Setiap yang dicipta-Nya tidak ada yang sia-sia
Sekalipun debu yang halus ada hikmahnya
Sama ada kita dapat fikirkan mahupun yang tersembunyi hikmahnya
Ilmu-Nya maha luas tidak terbatas dan tidak berkesudahan
Mengetahui yang ada dahulu, yang sedang ada mahupun yang akan ada,
Sekalipun yang tiada Tuhan tahu
Tidak ada sebesar habuk pun yang dilupakan
Hidup-Nya tidak ada berkesudahan, kerana Dia hidup bukan dengan nyawa
Dan tidak ada yang menamatkan kerana Dia adalah Tuhan, tiada Tuhan selain-Nya
Ertinya tiada siapa yang berkuasa ke atas zat-Nya yang hendak mematikan
Dia mendengar bukan dengan telinga,
Tapi daripada zat-Nya yang bersifat mendengar
Dia melihat tapi bukan dengan mata,
tapi daripada zat-Nya yang bersifat melihat
Sifat mendengar dan melihat-Nya Esa tidak berperingkat-peringkat
Jauh dan dekat sama sahaja
Tuhan bercakap atau mempunyai bahasa yang tersendiri
Yang tiada siapa yang mengetahui sekalipun para malaikat
Bahasa-Nya tiada yang dahulu dan tiada yang kemudian,
tiada berlafaz dan tiada berhuruf, tiada perkataan
Tiada bunyi dan suara, tiada koma dan full-stop
Tiada permulaan dan tiada berkesudahan
Tiada tanda tanya dan tiada tanda seruan
Al Quran adalah bahasa malaikat dan bahasa rasul
maksud dan mafhum daripada bahasa Tuhan
Jadi bahasa juga tidak ada penyerupaan
Maha Suci Tuhan
Dia menghukum dengan keadilan-Nya,
Memberi nikmat dengan rahmat-Nya
Kasih sayang kepada hamba-hamba-Nya mengatasi segala sifat-sifat-Nya yang lain
Nikmat dan rahmat-Nya terus mengalir tidak pernah berhenti-henti
sekalipun sedetik atau sekelip mata
Kerana itulah nikmat-Nya tidak mampu untuk dihitung
Nikmat nafas turun naik pun kita tidak dapat mengiranya
Betapalah nikmat-nikmat yang lain lagilah terlalu banyaknya
Dia adalah Pemberi rezeki, Pentadbir, Penjaga, Penyelamat, Pengawal,
Dan menentukan segala nasib makhluk-makhluk-Nya
Kalau satu detik pun kita terlepas daripada Tuhan pasti binasa.
Aduh siapa Tuhan?!
Dia adalah Maha Besar, Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Perkasa
Maha Gagah, Maha Hebat, Maha Pengasih
Kasih-Nya kepada hamba-hamba-Nya
lebih kasih daripada seorang ibu kepada anak-anaknya
Patut kita jatuh hati kepada-Nya
Bahkan cinta kepada-Nya
Patut kita membesarkan, memuja, mengagungkan,
menyanjung dan menyembah dan menakuti-Nya
Dia adalah idola daripada segala idola yang ada di dunia
Kita sangat perlu kepada Tuhan
Kerana itulah kita mesti memperjuangkannya
Hingga seluruh manusia mengenal-Nya dan mencintai-Nya dan menyembah-Nya.
18.7.2000
Selepas Asar - 2
Mengenal Tuhan itu fardhu ain
Mengenal Tuhan itu fardhu ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui namanya dan sifat-sifatnya yang disuruh oleh syarak asysyarif dengan ajaran daripada rasul-rasul.
Maka bagi Tuhan ada banyak nama-nama yang molek (Asmaulhusna ) dan sifat-sifat yang maha besar dan yang maha tinggi. Nama Tuhan yang lebih masyhur di antara segala nama-namanya ialah ALLAH disebut lafzul jalalah (lafaz yang maha besar )maka yang lain daripada ini diketahui daripada Quran dan Hadis semuanya itu masyhur di sisi orang Islam sebahagian daripadanya Ar Rahman, Ar Rahim, Al Quddus, As Salam, Al Mukmin.dll.
Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi
kepada dua bahagi:
1. Mengetahui sifat-sifat Tuhan dengan ijmali (ringkas)
iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh putus bahawasanya seseorang dengan iktiqad yang wajib bagi ALLAH Taala bersifat dengan tiap-tiap sifat kesempurnaan yang lain dengan keadaan ketuhanan dan mustahil atasnya bersifat dengan apa-apa jua sifat kekurangan.
2. Mengetahui sifat-sifat Tuhan dengan jalan tafsili (satu persatu)
iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang
putus dengan dalil aqli dan naqli bahawasanya wajib bagi ALLAH Taala dua puluh sifat yang wajib dan beriktiqad dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli bahawasanya mustahil atas ALLAH Taala bersifat segala lawan sifat yang wajib dua puluh itu.
Adalah dikehendaki dengan mengenal Tuhan itu hkndaklah mengetahui tiga perkara iaitu
yang pertama
iktiqad yang putus (tiada syak, zan, waham) , kira nya iktiqad tidak putus seperti ada iktiqad syak, zan atau waham maka tidak dinamakan mengenal.
Yang kedua
muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (berbetulan iktiqad ini dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah) maka tiada dinamakan mengenal jika iktiqad itu tidak berbetulan dengan yang sebenar, seperti iktiqad orang nasrani dan Yahudi.
Yang ketiga,
dengan ada dalil sekalipun dengan dalil ijmali, sebaliknya jika iktiqad putus serta muafakat dengan sebenar tetapi tidak dengan dalil maka dinamakan taklid.
Adapun iktiqad yang tiada putus atau tiada muafakat dengan yang sebenar maka dengan itfak ulama menghukumkan kafir, dan iktiqad orang yang bertaqlid itu bersalah-salahan ulama padanya, maka mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taklidnya putus tetapi dihukumkan dia mukmin yang menderhaka jika kuasa ia mengadakan dan mendirikan dalil dengan belajar, kiranya tidak terdaya mendirikan dalil kemudian daripada telah belajar sebab bodohnya maka tiada dihukumkan derhaka.
Adalah makna taqlid itu iaitu menerima perkataan lain dengan tidak mengetahuikan dalil dan keterangan maka taklid itu terbahagi kepada dua bahagian kepercayaan.
Yang pertama taklid jazmi
ertinya kepercayaan itu terlekat ke mata hatinya dengan teguh dan kuat serta tidak berubah atau terbalik semula jika orang yang diikuti itu berbalik sekalipun maka taklid yang seperti ini di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah sah imannya kerana mempunyai jazam kepercayaan.
Yang kedua taklid yang tiada jazam
ertinya menerima perkataan orang lain dengan tiada teguh dan tiada kuat. Sekiranya orang yang diikuti seperti guru-gurunya, ibu bapanya atau lain-lain berbalik iktiqadnya maka ia pun mengikut berbalik jua maka taklid yang seperti ini dihukumkan tiada sah imannya kerana serupa dengan syak, zan atau waham (yang tiada jazam)
Tegasnya adalah iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam khathar (bahaya) dan kebimbangan dan tergantung kebenarannya atas kebenaran atas orang yang diikuti jika benar perjalanan orang yang diikutnya dan yang dipegangnya seperti guru-gurunya maka, yang mengikut itu benarlah jua. Tetapi jika ada sebaliknya binasalah ia bersama-sama dengan orang yang diikutnya.
Dari itu hendaklah seseorang bersungguh-sungguh menuntut ilmu aqaidul iman yang sahih supaya terlepas daripada syak dan waham di dalam imannya tidak ia pakai ikut-ikut sahaja istimewa zaman sekarang masa zahir beberapa banyak ahli bid’ah.
Maka taklid itu mudarat kerana ialah jalan yang yang telah membawa kepada sesat yang amat hina yang tiada layak sekali-kali dengan ha1 seorang manusia.
Nota:
Artikel ini diambil dari kitab yang terkenal di Malaysia terutamanya di Johor, Selangor, Melaka dan Wilayah Persekutuan, serta berkembang luas di Brunei dan Singapura, iaitu kitab RISALAH TAUHID dalam tulisan jawi keluaran Jabatan Agama Negeri Johor
Ilmu usuluddin yang dihuraikan dalam RISALAH TAUHID Metod atau kaedah yang digunakan adalah mengikut metod Syeikh Abul Hassan Al Asyaari. Beliau merupakan seorang tokoh ulama yang terkenal di awal kurun ketiga Hijrah. Kehebatannya itu melayakkan ia menjadi seorang mujaddid di kurunnya. Ilmu usuluddinnya sangat hebat dan mengkagumkan. Perbahasan-perbahasan yang dibuat oleh Abul Hassan Al Asyaari ini telah memecah tradisi di zamannya dengan menggunakan dalil Al Quran serta diperkuatkan atau diperteguhkan dengan hujah atau dalil akal.
Bahkan metod daripada ulama besar inilah yang diterima sebagai pegangan atau aqidah oleh empat mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu pengikut-pengikut Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafi’i dan Imam Hambali, sejak ribuan tahun yang lampau hinggalah sekarang ini.
Sifat Allah
Tuhan adalah Zat Yang Maha Suci, Maha Agung, Maha Berkuasa
Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Berkehendak
Seluruh sifat-sifat itu boleh berlaku serentak
Tidak seperti makhluk kalau melihat satu perkara, seluruh perkara yang lain tidak dilihatnya
Contohnya seperti sifat Mengetahui
Seluruh yang ada diketahui secara sedar,
yang tidak ada pun diketahui secara sedar
Tidak seperti makhluk, ada yang dia ketahui yang tidak disedari lagi
Apabila diingatkan baru dia sedar kembali
Seperti juga sifat Mendengar-Nya
Tuhan boleh Mendengar serentak seluruh yang ada
Sama ada bersuara atau tiada
Tidak seperti kita manusia
Kalau kita mendengar satu perkara
Sudah pasti perkara yang lain kita tidak mendengarnya
Begitu jugalah bila kita mengatakan Tuhan Maha Suci
Ertinya Maha Suci daripada penyerupaan dan bandingan dengan semua makhluk
Maha Suci daripada persamaan
Dan Maha Suci daripada dapat dikhayalkan dan apa yang dapat difikirkan
Dan Maha Suci daripada dapat dilintaskan
Menjelang tidur
17.10.99
Mencari Tuhan Melalui CiptaanNya
Tuhan tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia. Semua ada sebabnya. Semua ada gunanya. Semua ada hikmahnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari sebabnya, gunanya dan hikmahnya itu. Tuhan hamparkan bumi ini dan mencipta segala sesuatu di dalamnya bukan semata-mata untuk manusia hidup dan berkembang biak di atasnya serta menggunakan segala khazanah kekayaan-Nya. Yang lebih penting, ia bertujuan supaya manusia dapat melihat secara zahir akan alam ciptaan Tuhan ini. Ia adalah bukti besar kepada manusia tentang wujudnya Tuhan. Ia sebenarnya adalah dalil bagi mereka tentang adanya Tuhan.
Demikian juga di antara sebab Tuhan mencipta sekalian alam. Bukan saja alam syahadah atau alam yang nyata ini yang boleh dilihat oleh manusia tetapi juga alam-alam yang lain. Alam itu adalah alamat atau tanda akan wujudnya Tuhan. Segala apa yang Tuhan ciptakan itu ialah alam. Alam itu ialah apa sahaja selain Tuhan. Hakikat kewujudan ini hanya ada dua. Satu Tuhan dan satu alam. Tuhan adalah Khaliq yang mencipta. Alam adalah makhluk yang dicipta. Ada alam maka sudah tentu ada Tuhan yang menjadikan.
Namun kebanyakan manusia hanya melihat tetapi mereka tidak nampak apa-apa. Kalaupun mereka nampak, mereka tidak dapat kaitkan alam ini dengan Tuhan. Penglihatan mereka hanya selapis sahaja. Manusia tidak dapat melihat apa yang di sebalik ciptaan Tuhan itu. Penglihatan mereka seolah-olah terlindung dan terhijab. Sama saja seperti mereka melihat lukisan yang cantik. Mereka terpegun dan memuji kecantikan lukisan itu dan ingin memilikinya. Tidak terbayang di fikiran mereka siapa pelukisnya. Sama juga seperti orang yang memakan hidangan yang sedap dan lezat. Dia ingin memakannya sehingga habis. Tetapi tidak terlintas di fikirannya siapa gerangan yang memasaknya.
Manusia sebenarnya boleh melihat dengan berbagai cara.
Pertama, dengan mata kepala.
Kedua, dengan mata akal.
Ketiga, dengan mata hati.
Tetapi jarang seseorang itu dapat melihat dengan ketiga-tiga mata ini. Kalau seseorang itu melihat hutan belantara dengan mata kepala, maka itulah yang dia nampak iaitu hutan yang tebal dan menghijau. Kalau dia melihat dengan mata akal, maka dia akan nampak balak dan kayu-kayan yang boleh dijadikan bahan kekayaan. Kalau dia melihat dengan mata hati, dia akan nampak keagungan dan kehebatan Tuhan dan hikmah yang terkandung di dalam ciptaan hutan tersebut. Terasa di hatinya betapa hebatnya Tuhan.
Kalau seseorang itu melihat laut dengan mata kepala, maka itulah yang dia nampak adalah air yang luas dan membiru serta ombak yang tidak henti-henti memukul pantai. Orang yang melihat dengan mata akal akan nampak ikan di dalamnya yang dapat ditangkap dan dijual. Orang yang melihat dengan mata hati pula akan nampak kehebatan Tuhan dan hikmah dalam ciptaan laut yang begitu luas dan dalam, yang siapa-siapa pun tidak tahu apa sajakah rahasia yang tersimpan di dasarnya. Terasa betapa kerdilnya dia di hadapan Tuhan.
Siapa yang melihat dataran bumi dengan mata kepala, maka itulah sahaja yang dia nampak yaitu tanah dan batu-batuan. Siapa yang melihat dengan mata akal akan nampak minyak, emas, intan berlian dan segala macam logam yang terkandung di dalam perutnya. Siapa yang melihat dengan mata hati pula akan nampak hebatnya perbuatan Tuhan yang telah menghamparkan bumi ini untuk dihuni oleh manusia di mana manusia boleh hidup dan mengabdi diri kepada Tuhan. Terasa di hatinya betapa pemurah dan pengasihnya Tuhan.
Namun demikian, kebanyakan manusia buta mata hatinya. Mereka hanya nampak apa yang menguntungkan dan yang boleh memuaskan kehendak nafsu mereka sahaja. Mereka hanya terangsang dengan nilai dunia yang ada pada sesuatu ciptaan itu. Mereka tidak nampak Tuhan di sebalik ciptaan-Nya. Alam tidak membawa mereka kepada Tuhan.
Hati mereka buta karena jiwa mereka telah mati. jiwa mereka sudah tidak bisa berfungsi.lagi. Mereka sudah tidak mempunyai rasa. Mereka tidak terangsang langsung dengan Akhirat. Mereka tidak ingin kepada Syurga. Mereka tidak takut kepada Neraka. Mereka tidak merasakan peranan Tuhan dalam hidup mereka. Mereka tidak rasa bahawa Tuhan itu wujud. Kalaupun mereka tahu yang Tuhan itu wujud, tetapi hanya sebatas tahu saja. Ia belum menjadi suatu keyakinan atau satu pegangan. Justeru itu, soal Tuhan diambil ringan.
Tidak ada rasa bertuhan. Apabila rasa bertuhan tidak ada, mereka pun tidak dapat merasakan bahawa mereka itu adalah hamba. Selagi jiwa mereka ini tidak dihidupkan, selagi itulah mereka akan hanyut di alam dunia mengikut arus yang akan membawa mereka kepada kelalaian, kesesatan dan kebatilan.
Berdoalah banyak-banyak dan buatlah kebajikan sebanyak mungkin agar Tuhan berkenan mencampakkan hidayah. Tanpa hidayah, manusia tidak akan dapat menjadi insan Yang, tulin yang layak menjadi hamba dan khalifah Tuhan. Selepas hidayah barulah datang ilmu. Selepas ilmu baru boleh yakin dan faham. Setelah faham, barulah boleh beramal. Setelah jiwa hidup, mata hati akan celik. Ketika itu, kita akan nampak apa-apa yang tersembunyi selama ini. Tuhan akan angkat hijab bagi kita. Akan terbongkar segala rahsia yang tidak pernah kita tahu sebelum ini. Hati akan mudah dengan kebenaran dan jinak dengan kebaikan. Keyakinan datang tanpa perlu difikir dan diakal-akalkan. Segalagalanya akan mudah difaham.
Tuhan ada berfirman di dalam Al Quran, maksudnya:
" Sesungguhnya kami jadikan untuk Neraka jahanam, banyak dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami. Yang mempunyai mata tetapi tidak mau melihat. Yang mempunyai telinga tetapi tidak mau mendengar. Mereka itu seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itu orang-orang yang lalai."
PENGERTIAN TUHAN
Tuhan Esa,
Ia berada bersama kita
Di mana kita berada
Jangan tanya dia di mana
Dia tidak bertempat di sana dan di mana-mana
Kalau kita tunjuk tempat
Dia bukan di sana dan di mana
Dia bersama kita yang tidak sama
Macam makhlukNya
Dia tidak bertempat
Dia tetap bersama kita di mana kita berada
Tapi dia tidak berada macam kita berada
Tapi,
Tidak pula dia diistilahkan jauh
Dan dekat mengikut ukuran benda
Jauhnya tidak berjarak
Dekatnya tidak pula bersempadan
Dia tidak dapat digambarkan bagaimana?
Di mana? Ke mana? Dan sebagainya
Di sinilah hebatnya Tuhan
Maha Suci Dia daripada segala yang dapat difikirkan
Maha Tinggi Dia daripada segala-galaNya
Maha Besar Tuhan daripada segala yang ada
Tidak dapat ditangkap oleh penglihatan
Dia dapat menangkapnya
Apa saja yang terlintas bukan Dia
Bila tiada dapat difikirkan
Itulah dia kita sudah dapat
Kita sudah dapat mengenalnya
Tiada yang mengetahui hakikatNya
Melainkan Dia.
Ahad, 16 Januari 2011
PERANAN ILMU DALAM ISLAM
Telah menjadi fitrah semula jadi setiap manusia, tidak kira apa kaum atau bangsa, suka kepada ilmu. Justeru itulah setiap orang berlumba-lumba menuntut dan mencari ilmu di dalam berbagai-bagai bidang. Pada umat Islam pula ia didorong lagi oleh ajaran agamanya. Sebagaimana
firman Allah:Maksudnya:
“... supaya Allah meninggikan darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan, beberapa darjat.” (Al Mujadalah: 11)
Sabda Rasulullah SAW :Maksudnya:
“Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslimin dan muslimat.”
Sabda baginda lagi: Maksudnya:
“Kelebihan orang yang berilmu atas orang yang abid seperti kelebihanku atas orang yang terendah dari umatku.” (Riwayat At Tarmizi)
Maksudnya:
“Kelebihan orang yang berilmu atas orang yang abid ibarat bulan purnama terhadap seluruh bintang.”
(Riwayat Abu Daud)
Dalam Islam, menuntut ilmu itu adalah wajib, ada yang fardhu ain, ada yang fardhu kifayah. Manusia suka menuntut ilmu itu kerana memandangkan peranan ilmu itu di dalam kehidupan sangat memberi faedah-faedah dan memberi kesan, antaranya:
1.Orang yang bodoh susah berhadapan dengan kehidupan yang bersimpang-siur dan pancarobanya, maka perlulah ilmu untuk berhadapan dengannya.
2.Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju di dalam bidang ekonomi.
3.Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju di dalam bidang pembangunan.
4.Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju di dalam bidang perhubungan.
5.Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju di dalam bidang ketenteraan dan persenjataan.
6.Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju di dalam berbagai-bagai bidang yang lain.
7.Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh memberi makan otak dan jiwa.
8.Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh menjadi kawan di waktu ketika apa dan suasana apa sekalipun.
9.Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh membawa kehidupan yang mudah dan senang.
10.Dengan ilmu pengetahuan ada manusia biasa boleh menguasai orang atau kaum dan bangsa-bangsa yang bodoh.
11.Dengan ilmu pengetahuan ada manusia dihormati dan disegani orang.
12.Dengan ilmu pengetahuan ada manusia mudah membuat kerja yang susah dan mencabar.
13.Dengan ilmu pengetahuan ada manusia mudah mendapat kejayaan dunia dan Akhirat.
14.Dengan ilmu pengetahuan ada manusia biasa dia memimpin orang yang bodoh.
15.Dengan ilmu pengetahuan jarang orang menjadi miskin.
16.Dengan ilmu pengetahuan manusia boleh mendapat harta dan kekayaan.
17.Dengan ilmu pengetahuan manusia boleh mendapat kuasa.
Walaupun telah menjadi fitrah manusia suka dengan ilmu pengetahuan dan berusaha mencarinya, namun tidak semua orang dapat memiliki ilmu yang banyak dan tinggi. Di antara sebabnya adalah seperti berikut:
1.Kerana seseorang itu Allah Taala telah takdirkan lemah akal fikirannya. Dengan sebab itu dia tidak mampu menimba ilmu yang banyak.
2.Mungkin seseorang itu tidak dapat peluang belajar dengan cukup kerana kemiskinan dan kesusahan hidup.
3.Kerana tidak ada peluang-peluang kemudahan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang tinggi seperti tempat belajar jauh.
4.Kerana ditakdirkan oleh Allah Taala selalu sakit atau kecacatan anggota maka tidak membolehkan cergas menuntut ilmu.
5.Kerana seseorang itu cepat berkahwin maka terhalanglah untuk mendapat ilmu yang banyak.
6.Kerana seseorang itu atau sesuatu kaum atau bangsa itu tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan atau malas menuntut ilmu.
Di antara sumber-sumber ilmu ialah:
1.Melalui belajar dan membaca, membuat kajian.
2.Melalui pengalaman.
3.Bagi rasul atau nabi melalui wahyu.
4.Bagi orang yang bertaqwa, melalui ilham.
Orang yang menuntut dan mencari ilmu ada beberapa golongan pula. Di antaranya seperti disenaraikan di bawah:
1.Menuntut dan mencari ilmu kerana ilmu semata-mata. Dia seronok, mabuk dan asyik dengan ilmu. Inilah golongan orang yang mencari ilmu kerana ilmu semata-mata atau golongan mabuk ilmu.
2.Orang yang mencari ilmu kerana inginkan kekayaan dan harta dunia. Dengan ilmu yang banyak dan tinggi, boleh menjawat jawatan yang tinggi dan dapat gaji besar. Dengan ilmu juga ada orang boleh pandai berniaga. Dengan berniaga, boleh mendapat kekayaan dan harta. Inilah golongan menggunakan ilmu untuk mendapat kekayaan.
3.Ada orang mencari ilmu kerana ingin menjadi pemimpin. Seseorang yang hendak menjadi pemimpin mesti ada ilmu. Kalau tidak, sudah tentu tidak boleh memimpin orang. Atas sebab ini, ada golongan memburu ilmu. Inilah golongan yang menggunakan ilmu untuk menjadi pemimpin.
4.Ada setengah golongan pula bersungguh-sungguh mencari ilmu kerana ingin nama dan
glamour. Agar orang menganggap dia golongan intelek. Moga-moga dia dihormati orang dan moga-moga nama masyhur. Inilah golongan ahli ilmu yang inginkan nama.
5.Ada orang belajar ilmu kerana hendak keluar daripada kebodohan dan kejahilan. Agar jangan orang memandang hina. Jahil itu dipandang tidak baik. Maka mereka pun belajarlah ilmu pengetahuan hingga menjadi orang yang pandai. Inilah golongan ahli ilmu yang mendapatkan ilmu agar tidak terhina.
6.Ada orang menuntut dan mencari ilmu kerana ingin membangun dan maju demi kedaulatan dan kemegahan bangsa dan negara. Agar jangan bangsanya mundur dan terhina. Inilah golongan ahli ilmu yang berfahaman nasionalisme.
7.Orang yang menuntut ilmu kerana perintah Allah Taala. Juga dengan tujuan agar dapat mengamalkan ilmu supaya boleh mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah Taala. Moga-moga dengan itu mendapat keredhaan Allah Taala dan terselamat daripada kehinaan di dunia dan di Akhirat.
Golongan ini menggunakan ilmu untuk membangunkan ekonomi, ketenteraan, pertanian, bangunan, sekolah, pejabat, jalan raya dan lain-lain lagi. Ia adalah dengan tujuan agar dapat melindungi iman, memperkuatkan syariat, membesarkan syiar Tuhan dan mendaulatkan hukum-hukum Tuhan.
Justeru itu, di dalam membangun melalui ilmunya, mereka sangat menjaga syariat, terlalu menjaga halal dan haram, tidak lari daripada disiplin Islam hingga seluruh usaha dan kemajuan yang dibangunkan menjadi ibadah, menjadi amal soleh, dianggap jihad fisabilillah dan diberi pahala yang besar oleh Allah Taala yang Maha Pemurah. Inilah golongan ahli ilmu yang bertaqwa.
Kita umat Islam, dalam menuntut dan mencari ilmu biarlah menjadi golongan yang ketujuh itu, iaitu mencari ilmu kerana Allah Taala. Kalau bukan kerana Allah Taala, termasuk orang yang rugi. Kalaupun mendapat untung di dunia, namun rugi di Akhirat kerana masuk Neraka.
Wal‘iyazubillah.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sesiapa yang menuntut ilmu dengan maksud untuk bersaing dengan para ulama atau untuk mujadalah dengan orang-orang yang jahil atau untuk mengambil perhatian manusia, ia akan masuk Neraka.”
Sabda baginda lagi:
Maksudnya: “Barang siapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah amalannya dia akan bertambah jauh dari Allah.”
Kehebatan Ilmu Orang Bertaqwa
Ramai orang boleh jadi pandai hasil membaca dan belajar
Berbagai-bagai ilmu dia boleh memperolehinya
hasil membaca dan belajar tanpa jemu-jemunya
Tapi jarang orang yang cerdik dan pintar
Cerdik dan pintar adalah kekuatan IQ semula jadi
serta selalu akalnya dibawa berfikir dan berfikir
dan memproses ilmu yang diperolehinya
Gabungan pandai dan cerdik ia akan jadi genius
Orang yang pintar orang yang luar biasa namanya
Genius ini orang Islam boleh dapat
orang bukan Islam pun boleh memperolehinya
Di atas genius hanya boleh didapati dan diperolehi
oleh orang yang bertaqwa sahaja
Saya pun tidak tahu apakah istilah
yang patut diberikan kepadanya?
Kalau para-para Rasul kerana terlalu pandai
dan cerdiknya dipanggil fathonah
Selain Rasul tidak boleh disifatkan dengan fathonah
kerana ia khususiah bagi mereka
Sementara mencari istilah orang yang bertaqwa
bolehlah disifatkan di atas genius
dan di bawah fathonah
Orang bertaqwa itu gabungan cerdik dan pintar
serta pandai ia ditunjangi oleh rohnya yang bersih
yang diberi ilham oleh Tuhan
Dia dapat ilmu di dalam ilmu,
ilmu yang tersirat diberi faham,
natijahnya dapat ilmu hikmah
Tuhan berkata sesiapa dapat ilmu hikmah
sesungguhnya mendapat ilmu yang banyak
Sesiapa yang bertaqwa dia diajar oleh Tuhannya
Ilmunya ada yang tersurat
ada yang tersirat diperolehinya
Dia direzekikan ilmu yang halus dan seni-seni
Orang lain tidak dapat menerokanya,
dia dapat menyelaminya
Kerana dia dapat ilmu tambahan dari Tuhan
selain ilmu usaha (kasbi) dari titik peluhnya
Orang yang cerdik dan pandai
kalau tidak dipimpin oleh hatinya yang bersih,
selalunya tersalah berfikir
dan tersasar pandangannya
Adakalanya hingga fikirannya tersesat jalan
menuju Tuhannya
Perlu diingat orang yang sibuk membersihkan hatinya
tapi lupa mengasah akal fikirannya
dia jadi beku dan pasif
Orangnya baik, tinggi akhlaknya,
tapi orang tidak rujuk kepadanya,
kecuali sekitar fardhu ain dan hukum-hakam sahaja
Untuk ilmu seluruh kehidupan atau global
dia tidak mampu menjawabnya
Dia selamat tapi tidak dapat menyelamatkan orang lain
Kalau dia ulama, dia hanya ulama yang berwatak nabi
Ilmunya di dalam ilmu, atau ilmu yang tersirat
atau ilmu hikmah sudah lama hilang
di kalangan umat Islam
Waktu Dhuha
03 – 03 – 2004
ILMU YANG TIDAK DIAMALKAN
Bismillahir Rahmanir Rahim
Firman Allah
Maksudnya:''Sungguh besar kemurkaan Allah kepada mereka yang mengatakan (ilmu) tetapi tidak mengamalkan.'' (As-Saff:3)
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
''Orang berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya, akan diazab Allah 500 tahun lebih dahulu dari penyembah berhala.''
Jarang orang menganggap dirinya berdosa bila tidak mengamalkan ilmu yang pernah dipelajarinya terutamanya ilmu-ilmu fardhu 'ain, ilmu-ilmu baiki diri. Padahal ilmu-ilmu yang kita pelajari yang tidak kita amalkan, atau tidak berniat untuk mengamalkannya, itu adalah satu dosa juga.
Berpandu dari Al Quran dan Hadis di atas jelaslah satu dosa yang nyata bagi orang yang tidak mengamalkan ilmunya. Sepatutnya kita selalu berdoa dan merintih kepada Allah agar kita dilindungi dari ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat dan tidak diamalkan.
Kadangkala terjadi pembaziran masa dan tenaga dalam menuntut ilmu. Ilmu-ilmu fardhu ain dan baiki diri tidak sungguh-sungguh dituntut sehingga ilmu fardhu ain tidak cukup. Manakala ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kehidupan di dunia seperti matematik, ekonomi , bilologi, kimia dan lain-lain walaupun tidak salah mempelajarinya tetapi dipelajari sampai berlebih-lebih.
Ertinya berlaku pembaziran dalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengan pekerjaan di dunia. Padahal membazir adalah kawan syaitan. Inilah yang terjadi di dalam sistem pendidikan di dunia sekarang ini. Ilmu yang diterapkan dalam pekerjaan professional seorang sarjana maksima hanya 10% dari ilmu-ilmu professional yang dia pelajari di bangku sekolah atau universiti.
Firman Allah: '' Walatubazzir tabzira. Innalmubazzirina kanu ikhwanasy syayatin. wakanasy syaitanulirabbihi kafura.''
Maksudnya: ''Dan janganlah kamu membazir. Bahawasanya orang-orang yang membazir itu adalah daripada golongan syaitan dan syaitan itu sangat kufur pada Tuhan.' ( Al Isra':26-27)
Ampun maaf
Firman Allah
Maksudnya:''Sungguh besar kemurkaan Allah kepada mereka yang mengatakan (ilmu) tetapi tidak mengamalkan.'' (As-Saff:3)
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
''Orang berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya, akan diazab Allah 500 tahun lebih dahulu dari penyembah berhala.''
Jarang orang menganggap dirinya berdosa bila tidak mengamalkan ilmu yang pernah dipelajarinya terutamanya ilmu-ilmu fardhu 'ain, ilmu-ilmu baiki diri. Padahal ilmu-ilmu yang kita pelajari yang tidak kita amalkan, atau tidak berniat untuk mengamalkannya, itu adalah satu dosa juga.
Berpandu dari Al Quran dan Hadis di atas jelaslah satu dosa yang nyata bagi orang yang tidak mengamalkan ilmunya. Sepatutnya kita selalu berdoa dan merintih kepada Allah agar kita dilindungi dari ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat dan tidak diamalkan.
Kadangkala terjadi pembaziran masa dan tenaga dalam menuntut ilmu. Ilmu-ilmu fardhu ain dan baiki diri tidak sungguh-sungguh dituntut sehingga ilmu fardhu ain tidak cukup. Manakala ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kehidupan di dunia seperti matematik, ekonomi , bilologi, kimia dan lain-lain walaupun tidak salah mempelajarinya tetapi dipelajari sampai berlebih-lebih.
Ertinya berlaku pembaziran dalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengan pekerjaan di dunia. Padahal membazir adalah kawan syaitan. Inilah yang terjadi di dalam sistem pendidikan di dunia sekarang ini. Ilmu yang diterapkan dalam pekerjaan professional seorang sarjana maksima hanya 10% dari ilmu-ilmu professional yang dia pelajari di bangku sekolah atau universiti.
Firman Allah: '' Walatubazzir tabzira. Innalmubazzirina kanu ikhwanasy syayatin. wakanasy syaitanulirabbihi kafura.''
Maksudnya: ''Dan janganlah kamu membazir. Bahawasanya orang-orang yang membazir itu adalah daripada golongan syaitan dan syaitan itu sangat kufur pada Tuhan.' ( Al Isra':26-27)
Ampun maaf
Sabtu, 15 Januari 2011
Berlindung daripada Ilmu yang Tidak Diamalkan
Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu
yang tidak diamalkan
Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan
Tuhan, ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan
Jangan pula kehidupan orang tersuluh, kehidupanku kegelapan
Tuhan aku memohon kepada-Mu
janganlah ilmu itu menjadi beban
Di Akhirat kelak menjadi hujah dan saksi
mengapa aku tidak amalkan
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu bertambah ilmu,
bertambah amalku
Jangan sampai usahaku orang lain selamat, aku tidak
Biarlah usahaku ini selamat menyelamatkan
Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu
daripada ilmu untuk mujadalah
Bukan membantuku untuk beribadah dan bertaqwa
Tuhan aku berlindung dengan-Mu
jangan sampai ilmuku melaknatku semula
Kerana bermegah-megah dan tidak mengamalkan
Jadikanlah aku bertambah ilmu, bertambah dekat dengan Tuhan
Bertambah ilmu, bertambah ibadah dan amalan
Tuhan! Jadikanlah ilmuku mensyafaatkan aku di Akhirat kelak
Bukan melaknatku
Ya Allah! Jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri
dan orang lain
Boleh menyuluh kehidupanku dan kehidupan orang
Mampu menyuluh hatiku dan menyuluh hati orang
Seterusnya jadikanlah ilmu ini
sentiasa memberi manfaat dan syafaat
Selepas Isyak
03 – 09 – 1999
Ahad, 9 Januari 2011
HIKMAH SEMBAHYANG LIMA WAKTU
Lima waktu sehari semalam Tuhan disembah
Dibesarkan, dipuja, dipuji, munajat dan meminta
Agar hati yang dilalaikan oleh kesibukan dunia,
terbangun semula
Supaya rasa bertuhan, rasa kehambaan hidup membara
Sembahyang lima waktu
adalah rahmat Tuhan kepada hamba-hamba-Nya
Agar manusia tidak terus lalai sepanjang masa
Hampir-hampir jiwa manusia ialai,
dengan sembahyang sedar semula
Tidaklah sampai mati, hingga tertutup pintu hati
Rasa bertuhan dan rasa kehambaan itulah mengawal manusia
Daripada melakukan kejahatan dan kederhakaan
Daripada berlalai-lalai dan daripada melakukan dosa
Kalau tidak manusia tenggelam terus-menerus dengan dosa dan durjana
Oleh itu dirikanlah sembahyang, jangan sekadar sembahyang
Sembahyang sahaja tidak menghidupkan jiwa
Mendirikan sembahyang menghidupkan jiwa yang buta
Inilah hikmahnya mendirikan sembahyang,
kelalaian tidak sampai mematikan jiwa
Apabila sembahyang didirikan ketika tiba masanya
Roh sembahyang itu tertanam di dalam jiwa
Rohnya itulah akan dibawa ke mana-mana
Semangat sembahyang itulah yang akan berperanan
di mana sahaja kita berada
25.10.2002 - 1 Selepas Zuhur
Sudahkah kita bersembahyang ?
Apa makna sembahyang. Kalau kita tanya budak kecil apa itu sembahyang,
depa jawab, sembah Tuhanlah.
Betul tu!
Pandai pun depa jawab.
Tapi marilah kita semua tanya diri, betul kah kita dah sembah Tuhan bila sembahyang?
1. Golongan yang Iangsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.
Mereka ni namanya saja Islam, tapi memang tak mau sembahyang. Malah tak tau pun macam mana nak sembahyang.Tak ambil pusing Iangsung pasal sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur.
2. Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang
Mereka ni sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang. Tapi sebenornya, tak khatam ilmu sembahyang pun. Mereka ni tak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul,yang panjang jadi pendek, yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tak tau, bersuci pun tak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima Allah SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak bagi pass.
3. Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu
Mereka ni lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kekadang tu boleh score Al lagi. Tapi, bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada`. Kekadang tu, terlepas waktu kerana sibuk sangat buat keja sebab nak cari duit banyak. Kalau sembahyang pun, sembahyang riadhah saja. untuk lancarkan peredaran darah. Tapi, fikiran boleh round satu dunia.
Ini golongan yang fasik atau zalim. Atau pun orang Islam yang jahat.
Mana taknya jahat, depan Tuhan boleh nak main-main. Kalau main depan raja pun orang dah kata biadab, ini kan pulak main depan Tuhan, Raja segala raja. kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja
Berbahagialah sesiapa yang dikurnikan dengan kusyu' dalam sembahyang, manakala org yg lalai dalam sembahyangnya diberi ancaman bahawa NERAKA WAIL adalah tempat org yang lalai dalam sembahyang,
memang susah nak dapat kusyu' dalam sembahyang, tetapi ada cara dan kaedah2 untuk dapat sembahyang yang kusyu' Apabila kita terlalu kusyu' dalam sesuatu hal seperti menbaca buku cerita yang dengan sebabnya kita terpaksa berjalan kaki kekedai untuk membelinya, atau membaca surat cinta dari kekasih,
atau kadang2 masa berbuka dibulan puasa, mengadap makanan, KITA hanya boleh dengar azan takat ALLAHUAKBAR-ALLAHuAKBAR sahaja, selepas itu kita tak dengar atau perasan lagi bunyi azan tu.. amboi …. KHUSYU' nya dia makan.
Rasa-rasa didalam sembahyang
Solat kalau setakat boleh faham rukun & hafal makna bacaan-bacaannya, itu baru sekadar ilmu sedangkan hikmahnya belum dapat lagi.Belum lahir perasaan-perasaan yang patut ada dalam solat.Kalau solat kita masih diperingkat akal, belum diperingkat perasaan, ia susah untuk mengubah perangai kita.
Jadi sembahyang berperanan untuk melahirkan rasa kehambaan di dlm diri seseorang. Kalau sembahyang yg didirikannya tidak melahirkan sifat kehambaan dalam dirinya, bererti bahawa sembahyangnya tidak diterima oleh Allah swt.
Sembahyang yg demikian tidak jadi ibadah. Sebaliknya sia-sia.Dia bersembahyang tetapi sebenarnya tidak bersembahyang. Sembahyang yg tertolak tidak akan dapat rasa kehambaan dalam diri seseorang itu.
Apakah yg dikatakan dgn rasa kehambaan ?..
Rasa kehambaan itu diantaranya ialah rasa malu dgn Allah, rasa takut dgn Allah, rasa gerun dan gementar dgn Allah, rasa bahawa Allah swt itu Maha Hebat dan Maha Gagah serta Maha Perkasa, rasa harap kpd rahmat Allah, rasa bersalah, rasa hina diri, rasa diri kekurangan, rasa diri tersangat kerdil disisi Allah dan rasa diri selalu diawasi oleh Allah swt.
Dengan lahirnya berbagai-bagai rasa kehambaan spt itu, secara otomatik akan mehilangkan pelbagai sifat mazmumah spt sombong, takabur, riak, ego, angkuh, pemarah, hasad dengki, rasa ketuanan dan rasa ketuhanan dan sebagainya.
Sedangkan mazmumah yg ada dlm diri manusia itu adalah sifat keji yg boleh membawa kerosakan kpd kehidupan manusia. Yg menjadi punca kpd berlakunya permusuhan, pergaduhan, pembunuhan & peperangan di dunia hari ini
Hanya sembahyang yg dpt dihayati sungguh2 saja dpt membakar sifat-sifat mazmumah (sifat2 terkeji).Syaratnya hendaklah kita tanamkan berbagai-bagai rasa diatas itu tadi dlm hati kita.
Sembahyang yg sempurna dr segi lahir&batin spt inilah yg dimaksudkan oleh Allah swt dlm Firman-Nya yg bermaksud:
Dan dirikanlah sembahyang kerana sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada kejahatan dan mungkar. (Surah Al Angkabut :45)
Ingatlah takkanlah rasa pada Tuhan hanya satu saja, sedangkan berbagai-bagai jenis makanan pun Allah jadikan berbagai rasa.
Perkara pertama yg ditarik Allah pada akhir zaman ialah khusyuk dlm sembahyang Tentang samada kita akan memperolehi khusyuk, itu lebih kepada kurniaan Allah. Yang penting harus ada usaha ( Mujahadah )
Rasa Dalam Sembahyang
Waktu bersembahyang jangan hanya dirikan fizikal
Yang tidak ada perasaan
Dirikan hatimu hingga terasa hebat di hadapan Tuhan
Setidak-tidaknya engkau sedar
Tuhan memerhatikan
Di waktu engkau membaca
Hendaklah engkau sedar bahawa engkau
Sedang berzikir, bertasbih, berdoa
Dan bercakap-cakap dengan Tuhan
Di masa engkau rukuk, jangan hanya badan yang rukuk
Dia tidak ada rasa
Yang penting jawarihmu rukuk sama
Yang merasakan merendah diri
Di hadapan Rabbul `Alamin
Dengan penuh khusyuk, tawaduk, dan khuduk
Dirasakan oleh hati
Ketika kamu sujud, jangan hanya anggota lahir sahaja sujud
Anggota lahir bukan ada rasa dan perasaan
Tapi di waktu sujud itu
Engkau rasakan amat hina
Dan tidak ada harga
Di dalam perpindahan rukuk
Engkau hayati Allah Yang Maha Besar
Begitulah berulang-ulang kali engkau lakukan
Di dalam sembahyang
Waktu berdiri, waktu rukuk, iktidal dan sujud
Begitulah sembahyang memuja, membesarkan
Merendah diri, menghina diri kepada Tuhan
Bercakap-cakap, meminta-minta, mensucikan
Mengingat-ngingat, mengagungkan
Jika di dalam sembahyang, fikiran tidak tahu apa yang dibaca
Rohaniah kaku tidak berfungsi
Itu bukan sembahyang
Itu bukan sembahNya
Kalau fizikal sahaja yang bergerak
Fikiran dan hati jiwa tidak bergerak
Ini senaman dan riadah namanya
Allah Taala tidak perlu kepada senaman dan riadah
Barulah kita faham, orang datang beramai-ramai ke masjid
Bukan bersembahyang tapi bersenam
Kerana itulah sembahyang tidak memberi kesan di dalam diri
Dan di dalam kehidupan
Sembahyang Adalah Mikraj Pembakar Mazmumah
Bismillahir rahmanir rahim
Ada satu pemberian yang maha berharga dari Zat Tuhan kepada setiap hamba yang Islam iaitu sembahyang. Mengerjakannya manusia akan terjauh daripada maksiat, kemungkaran dan kegagalan. Sembahyang adalah kebahagiaan dan kemenangan. Ia bermula dari azan dan diakhiri dengan salam dan doa.
Orang yang tidak sembahyang sebenarnya sedang bermusuh dengan Tuhan.
Di dalamnya manusia diajak bercakap-cakap dengan Maharaja alam yang merupakan tuan punya kepada seluruh isi dunia dan Akhirat. Maha Besar Tuhan kerana sanggup berbual dengan hamba-Nya yang hina dina dalam satu majlis upacara penyembahan yang sangat professional, penuh kemanjaan, pengabdian dan dramatik.
Perbincangan terlalu global menjangkau seluruh dunia dan Akhirat. Fokusnya ialah perhubungan cinta dua hala antara hamba dengan Tuhan yang Maha Menyintai. Sempat juga dalam tempoh lima minit itu memasuki medan perang untuk membakar semua nafsu mazmumah dan syaitan terkutuk yang sangat jahat mahu merosakkan hubungan kasih cinta hamba dan Tuhan. Nafsu mahu dia yang dituhankan, dipuja, dicinta dan diperturutkan.
Namun kekuatan sembahyang dan majlis dengan Tuhan benar-benar dapat menangkisnya bahkan sampai membuahkan satu pemikiran yang agung,perasaan yang agung dan akhlak yang agung hasil sembahyang. Cinta Tuhan membuahkan cinta sesama manusia hingga kita sanggup mendoakan dan menjaminkan keselamatan bagi seluruh isi langit dan bumi dengan Rahmat dan Keberkatan dari Tuhan.
Sembahyang membuatkan seseorang tidak mungkin lagi mengkhianati seseorang yang lain. Tidak mungkin berkrisis dan berperang. Sembahyanglah satu-satunya kursus yang mampu membuatkan manusia menang terhadap nafsunya dan membawa kasih sayang dan pembelaan untuk manusia.
Sembahyang sungguh hebat, agung dan amat menguntungkan. Sebuah perniagaan yang cukup besar. Sebuak projek yang maha menakjubkan dan sejenis aktiviti yang dicipta Tuhan yang akan membangunkan mental, roh dan fizikal bertaraf dunia dan Akhirat hanya dalam masa yang begitu pendek.
Kalaulah kita tahu erti sembahyang seperti yang Tuhan maksudkan kita tidak akan meninggalkan sembahyang buat selamanya. Bahkan tidak jemu pun kerana rindu cinta, bahagia dan berjaya.
Ampun maaf
Langgan:
Catatan (Atom)