Ahad, 21 Februari 2016

You are in prison and you think you are free



Tembok bethlehem

Bethlehem berasal dari dua suku kata Bayt (البيت) yang berarti rumah dan Lahm (لحم) berarti daging, maka jika disatukan menjadi Bayt al-Lahm, secara harfiah memiliki arti tempat daging,

Rumah daging = pasar tempat dimana daging jualan di potong atau mungkin pusat penyembelihan binatang ternak utk jualan pada org awam

 keratan sajak dr penerbitan majallah Al munir bertajuk sajak utk Gorbachev

Mereka dihalau ke kandang sembelihan
binatang2 itu telah cukup gemuk dan cukup umur
untuk dipotong tengkuknya
tulang2nya dibakar
dan daging2nya dibuat baja

 
Sesuatu yang aneh, ajaib dan termasuk khawariqul‘adah adalah di waktu umat Islam tidak menunggu kedatangan Imam Mahdi itu, orang-orang Yahudi sangat menunggu-nunggu kedatangannya dengan penuh ketakutan. Tidak tahulah mengapa umat Islam tidak berminat. Saat umat Islam tidak berminat, orang Yahudi menunggu-nunggunya.

Ertinya, orang Yahudi lebih kenal Imam Mahdi umat Islam dari umat Islam sendiri. Berdasarkan hadis, Yahudi faham sangat bahawa mereka hanya dapat dikalahkan oleh Imam Mahdi dan pengikutnya. Mereka sangat yakin. Sebab itu mereka berani mencabar umat Islam. Kalau berhimpunlah seluruh umat Islam dari seluruh dunia sekarang, mereka tidak akan dapat mengalahkan negara Yahudi yang sekecil itu

Jika kita baca di akhbar-akhbar, ramai Yahudi dari Eropah dan Rusia sekarang berpindah dan berhimpun di Israel kerana mereka yakin mereka akan dikalahkan oleh tentera Imam Mahdi. Mereka mahu mati bersama-sama. Ini yang aneh. Mereka sangat yakin tetapi umat Islam masih lagi ikhtilaf.

Ada ulama yang mengumpul hadis tentang Imam Mahdi sebanyak 500 buah. Ada yang dapat 50 hadis Ada yang dapat angka selain dari dua itu. Ada yang menganggap hadis-hadis tentang Mahdi ini adalah mutawattir maknawi. Ada pula yang menganggap, keseluruhan hadis Imam Mahdi adalah masyhur kerana rawinya banyak. Ke mana-mana kita pergi pun kita boleh mendengar hadis ini.

Walaupun begitu, pasti ada hikmah dari Tuhan, tetaplah isu ini diikhtilafkan. terhadap isu Imam Mahdi ini.

JERUSALEM, KOMPAS.com — Paus Fransiskus, Minggu (25/5/2014), memberikan dukungan kuat kepada Palestina unuk merdeka. Menurut dia, sekarang adalah saatnya mewujudkan perdamaian di tanah tersebut. Ada banyak makna simbolis dan kejutan dari Paus untuk Israel dan Palestina, dalam kunjungan tiga harinya ke Bethlehem ini.


Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al –Hasyr (59)  ayat 13-14 seperti berikut :


 (Kerana) sesungguhnya kamu – dalam hati mereka, – sangat ditakuti lebih dari Allah;  yang demikian itu, kerana mereka ialah kaum yang tidak mengerti (akan kekuasaan Allah dan kebesaranNya).

 tembok dilihat dari satelit

 ”Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang terbentang atau di sebalik tembok.” 

Daripada ayat-ayat di atas adalah jelas orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi orang-orang Islam melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok.Ini adalah kerana permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras dan namapk seperti bersatu padu tetapi sebenarnya hati mereka berpecah belah disebabkan berlainan kepercayaan mereka.Ini adalah kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka.

Pada 20 Februari, 2005 tindakan Israel di bawah Ariel Sharon telah meluluskan usul untuk membina Tembok Pemisah di Tebing Barat. Tembok yang bertemakan pemisahan, pengasingan dan memberikan kesan drastik kepada penduduk di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Merujuk kepada rancangan itu, Tembok Pemisah adalah sepanjang 645 km di Tebing Barat. Selepas tembok ini siap, ia akan memisahkan 565 km2 di Tebing Barat (kira-kira 10% dari kawasan keseluruhan) di Zon Barat Pemisah di antara tembok dan Garis Hijau ‘Israel’ akan menguasai Zon Timur Pemisah sehingga 1,555 km persegi (27% dari Tebing Barat) sehingga ke Lembah Jordan dan kawasan Barat pantai Laut Mati. Secara keseluruhannya, Rancangan Tembok meliputi kira-kira 37% Tebing Barat. Tembok pemisah yang dibina oleh Israel ini menelan belanja yang sangat besar dan tidak pernah diumumkan kosnya. Kos pembaikan kerosakan sepanjang 1 kilometer sahaja, menelan belanja US$4.7 juta.

Tembok konkrit ini dilengkapi dengan menara peninjau seolah-olah negara yang sedang dibentuk oleh Israel adalah sebuah wilayah yang melaksanakan dasar pemerintahan totalitarian seperti  yang digambarkan oleh George Orwell dalam novelnya 1984.Tembok ini turut dilengkapi dengan kawat duri, kamera pemerhati dan pagar elektrik setinggi tiga meter. Laluan di sekeliling tembok itu juga dibuat dengan begitu strategik. Ia ditambak dengan pasir bagi mengesan tapak kaki penceroboh. Jarak 30 hingga 100 meter dalam wilayah Israel pula dikosongkan sebagai zon penampan dengan dikawal sepanjang masa oleh tentera Yahudi.

Tembok ini mengalahkan Tembok Besar China dan Tembok Berlin.Semasa penyatuan Jerman , tembok Berlin telah dirobohkan yang mana panjangnya  adalah 115 kilometer.Tembok yang didirikan oleh Israel apabila siap sepenuhnya dijangka mencecah sehingga 650 kilometer. Purata ketinggian Tembok Berlin hanya 3.6 meter manakala tembok Israel pula pada peringkat maksimumnya menjulang sehingga 8 meter. Tembok Raksasa Cina, juga dikenal di Cina dengan nama Tembok Raksasa Sepanjang 10.000 Li¹  merupakan bagunan terpanjang yang pernah dibuat oleh manusia, terletak di Republik Rakyat Cina.   Panjangnya adalah 6.400 kilometer (dari kawasan Sanhai Pass di timur hingga Lop Nur di sebelah barat) dan tingginya 8 meter dengan tujuan untuk mencegah serbuan bangsa Mongol dari Utara pada masa itu. Lebar bahagian atasnya 5 m, sedangkan lebar bahagian bawahnya 8 m. Setiap 180-270 m dibuat semacam menara pengintai. Tinggi menara pengintai tersebut 11-12 m.(Sumber Utusan dan Wikipedia).
 
Terdapat hanya satu pintu masuk ke Bethlehem yang boleh diibaratkan sebagai  sebuah Bandar yang berada di dalam penjara kerana pintu ini akan ditutup pada pukul 10 malam dan dibuka pada pukul 5 pagi.Jika mana-mana penghuni yang balik lewat, maka mereka hendaklah mengetuk pintu gerbang untuk dibuka. Orang Yahudi tidak dibenarkan masuk ke Bandar Bethlehem.Terdapat papan tanda amaran berwarna merah melarang Orang Yahudi memasukki kawasan Palestin.Papan tanda ini dipasang di setiap pintu masuk penempatan Palestin oleh Yahudi dalam tiga bahasa, Inggeris, Arab dan Hebrew yang berbunyi: 

“This road leads to area ‘A’ under the Palestinian Authority.The entrance for Israel Citizens is Forbidden.Dangerous to your lives and is against the Israeli law.”



Wallahuallam



Berbuat dahulu baru bercakap

Berbuatlah lebih dahulu baru bercakap
Kerana buah ilmu itu adalah amalan yang sudah dibuat
Janganlah bercakap dahulu baru berbuat
Lebih-lebih lagi bercakap langsung tidak berbuat

Ilmu yang tidak diamalkan
macam senjata tidak digunakan Ia akan berkarat

Apa ertinya simpan senjata sebanyak-banyaknya tidak digunakan
Ia akan menjadi bebanan

Begitulah ilmu yang banyak tidak diamalkan ia akan jadi beban di Akhirat
Orang yang berilmu tidak mengamalkan ilmu, masuk Neraka lebih dahulu daripada orang kafir

Ilmu adalah panduan jalan kehidupan
Atau penyuluh jalan kehidupan untuk menuju matlamat

Alangkah anehnya orang yang ada lampu suluh di tangan
Berjalan di waktu malam lampu suluh tidak digunakan

Ertinya walaupun ada lampu di tangan tapi dia masih di dalam bahaya
Berjalan di dalam gelap tidak menggunakan lampu
Padahal lampu ada di tangan

Lampu itu semata-mata hendak ditunjuk kepada orang
Begitulah ahli ilmu yang tidak beramal, padahal ilmu diperkatakan

Itu tentulah semata-mata hendak tunjuk pandai kepada orang ramai
Bermegah-megah dengan ilmu,
tidak ghairah beramal


18.8.2001
Selepas Zuhur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan