Jumaat, 23 Ogos 2013

GOD IS NOT FOR SALE




Ulama suk ertinya ulama jahat (suk itu istilah Arab bererti‘jahat’). Kitapun tidak sangka adanya ulama-ulama yang jahat,  kalau bukan Rasulullah sendiri yang memberitahu dengan sabdanya:

Selain dari dajjal ada yang paling kutakut menimpa kamu.
Maka ditanya:  siapakah wahai Rasulullah?

Jawab baginda: iaitu ulama suk.





Sehubungan dengan ini, saya teringat kata-kata dalam sebuah kitab:

“Kalau ulama cinta dunia tentang yang harus,orang awam akan buat yang makruh.
Bila ulama buat perkara makruh, orang awam akan buat yang haram.
Kalau ulama buat dosa kecil,orang awam buat dosa besar.

Kalau ulama buat dosa besar, orang awam jatuh kepada kekafiran!”

Lojiknya hal-hal demikian boleh berkait-kait ialah kerana seorang yang ada ilmu disegani, diyakini dan diikuti orang. Cakap dan sikapnya boleh mempengaruhi masyarakat. Orang ramai ingat semuanya betul, mereka tak pandai menolaknya.

Maka kiranya baik caranya, baiklah jadinya masyarakat. Tetapi andai sebaliknya, yakni ulama sudah jahat, maka jahanamlah masyarakat. Satu lagi faktor terjadi demikian ialah kerana bila orang alim tidak mengajar, berdakwah dan mendidik, terbiarlah rakyat dalam kejahilan dan maksiat. Oleh kerana itu  Rasulullah sudah berpesan agar ditakuti ulama suk lebih daritakutkan singa. Hendaklah lari sejauh-jauhnya dari mereka.

Kita perlu ambil perhatian serius tentang hal ini kerana berdasarkan Hadis, ulama suk ini ramai di akhir zaman, yakni di zaman kita ini.

Sabda Rasulullah: Akan terjadi di akhir zaman, ahli ibadahnya  jahil-jahil, sedangkan alim ulamanya fasiq-fasiq.




Mari kita kaji ciri-ciri ulama suk ini:

1.Kalau bercakap tentang cara hidup Islam dengannya, dia menolak dengan alasan “Orang akan lari dari kita. Belum masanya,” atau katanya, " itu semua hal remeh-temeh, kita mahu perkara yang besar-besar!”

Walhal sebenarnya mereka ini tidak cinta dengan perjuangan Islam kerana cinta dunianya sangat tebal. Hingga kerana kepentingan dunia, mereka akan korbankan urusan agama terutamanya urusan-urusan yang merugikan kepentingan mereka.

2.Dunia yang sangat diburu ialah harta, pangkat, pengaruh, nama, kuasa dan lain-lain lagi. Ilmu agamanya dialatkan untuk dapatkan ini semua. Jadi kita akan lihat kehidupan mereka yang mewah dan membazir, sibuk mencari publisiti di mana ada peluang, tekan-menekan untuk kenaikan pangkat dan gaji. Setiap langkahnya minta dibayar dengan elaun, mileage, lodging dan lain-lain lagi. Program keagamaan yang dianjurkan bertawar-menawar harganya.  Perjuangan untuk naikkan gaji adalah usaha-usaha popular ulama ini. Dan untuk tuntut wang mileage, mereka sendiri yang tulis butir-butirnya dalam borang supaya jangan setiausaha atau keraninya tersilap nombor atau tahu rahsia. 

Begitulah cinta dunianya pengorbanan untuk Akhirat tidak masuk senarai mereka. Walaupun duit banyak tetapi mereka tidak akan berkorban lagi untuk agama ALLAH.

3.Di dlm sejarah Kalau ada kuasa, kerana takut hilang kuasa sanggup memfitnah, menghasut, menuduh dan menganiaya. Ramai ulama sufi terpaksa merengkok dalam penjara akibat perbuatan mereka. 

Dalam sejarah pemerintahan BaniUmaiyah, semasa Hajjaj bin Yusuf (seorang ulama) jadi gabenor di Baghdad, ramai ulama dari kalangan Sahabat dan tabiin yang tegas dengan hukum ALLAH dipenggal kepalanya. Ramai jugayang dipenjarakan. 

Syeikh Junaid Al Baghdadi, murid kanan beliau Syeikh Nuri dan pengikut-pengikutnya pernah dipanggil oleh khalifah ke istana untuk disoal atas tuduhan seorang kadhi besar(Kadhi Qudhat). Syeikh Abu Yazid Al Bustami pernah dihalau dari Baghdad selama tujuh tahun kerana fitnah yang dilemparkan kepadanya oleh ulama rasmi.

4.Mereka dekat dengan raja dan pemerintah. Demi menjaga kepentingan dan menyorok kelemahannya, telah dibesar-besarkan kesalahan rakyat jelata, dengan menuduh bid’ah dan sesat. Hinggakan raja dan pemerintah menjadi keliru dan akhirnya turut menekan rakyat yang tidak berdosa. Tetapi kalau orang besar buat maksiat, ditolong sorok dan ditutup-tutupnya. Bahkan diiyakannya.

5.Di zaman penjajah mereka tidak silu-silu membantu dan menyokong penjajah. Maka mereka turut terlibat menentang ulama yang melawan penjajah. Itulah ‘jihad’ mereka. Amar makruf nahi mungkar yang sebenarnya tidak mereka buat lagi.

6. Ulama-ulama suk inikalau mereka berbual-bual sesama sendiri adalah tentang kenaikan gaji, kenaikan pangkat, jawatan, cerita tentang mileage, cerita mengenai dunia; jarang menyebut tentang Akhirat, tentang perjuangan Islam, kisah umat sudah rosak dan lain-lain lagi.

Berikut ialah Hadis-Hadis tentang ulama suk:

1.Sabda Rasulullah SAW:
Sejahat-jahat manusia’ialah ulama suk.

2.Rasulullah menceritakan nasib ulama suk di Hari Qiamat:
Aku dengar NabiSAW bersabda:

Seorang ulama dibawa di Hari Qiamat lalu dicampakkan ke dalam Neraka, maka terkeluarlah isiperutnya, lalu dia beredar mengelilinginya sepertimana himar mengelilingi pengisar tepung.  

Penghuni Neraka yang lain mengelilinginya seraya bertanya:  
Apa gerangan kamu begini? 

Dia menjawab: Aku menyuruh kebaikan tetapi aku tidak buat dan aku melarang perbuatan jahat tetapi aku melakukannya.
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

3.Rasulullah bersabda mengenai kerosakan masyarakat kerana ulama suk:
Kecelakaan pada umatku adalah kerana ulama suk.
(Riwayat Al Hakim)

Rosak di kalangan umatku ialah ulama yang zalim dan siabid yang jahil. Yang menjadi paling rosak ialah kejahatan ulama (suk) dan yang sebaik-baiknya pula ialah kerana kebaikan ulama (Akhirat).
(Riwayat Adarimi)

5.Sabda Nabi SAW mengenai sifat ulama suk:
Ulama yang jahat ialah mereka yang datang menyembah (bekerja dengan) pemerintah, dan pemerintah yang baik  pula ialah yang datang merujuk kepada ulama.
(Riwayat Ibnu Majah)



Sya’ir Ibnu al-Mubarak Untuk Para Pengetuk Pintu-pintu Penguasa



Imam ‘Abdullah B. Al-Mubarak
www.ilmusunnah.com

Syaikh al-Islam Imam ‘Abdullah B. Al-Mubarak rahimahullah (Wafat: 181H) mengungkapkan (sebuah Sya’ir):

يا جاعل العلم له بازيا

“Wahai orang-orang yang menjadikan ilmu sebagai barang jual-beli…

يصطاد أموال المساكين

Untuk mengaut harta orang-orang miskin…

احتلت للدنيا ولذاتها

Engkau ambil untuk dunia dan kesenangannya…

بحيلة تذهب بالدين

Dengan helah engkau menghilangkan agama…

فصرت مجنونا بها بعدما

Lalu engkau menjadi orang gila dengannya sedangkan dulunya…

كنت دواء للمجانين

Engkau adalah ubat bagi orang-orang gila…

أين رواياتك فيما مضى

Di mana riwayat-riwayat engkau yang lampau…

عن ابن عون وابن سيرين

Daripada Ibn ‘Aun dan Ibn Sirin...

ودرسك العلم بآثاره

Dan di manakah ilmu yang engkau pelajari dengan atsar-atsar?

في ترك أبواب السلاطين
Yang berupa anjuran meninggalkan pintu-pintu pemerintah?

إن قلت أكرهت فماذا كذا

Jika engkau mengatakan: “Aku terpaksa?” Kenapa jadi begitu...

زل حمار العلم في الطين

Demikianlah keldai ilmu terjatuh di dalam lumpur.

لا تبع الدين بالدنيا كما

Janganlah menjual agama dengan dunia...

يفعل ضلال الرهابين

Sebagaimana yang dilakukan oleh para rahib (pendeta) yang sesat...”

* Sya’ir ini asalnya ditujukan untuk Imam ‘Isma’il B. ‘Ulayyah rahimahullah kerana menerima satu jawatan di sisi Khalifah Harun ar-Rasyid.

(Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 9/110 – Mu’asasah ar-Risalah, Tahqiq Syu’aib al-Arnauth)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan