Ahad, 26 Mei 2013

Muhadith Asy-Syeikh Yasin Isa Al-Fadani




Bangsa Melayu boleh berbangga bahawa bangsa kita memilki ulama'-ulama' yang sangat terkenal dan diakui ketinggian ilmunya di Makkah mahupun di dunia. Sebut sahaja Syeikh Daud Al-Fathani, Syeikh Arsyad Al-Banjari, Syeikh Abdus Samad Al-Falimbangi, Syeikh Muhammad Nawawi Al Bantani, Syeikh Mahfudz Termas, Syeikh Baqir bin Nur Al Jogjawi, Syeikh Ahmad Khatib Sambas ( Kalimantan), Syeikh Muhammad Zainuddin Al-Fanshuri ( Lombok) dan ramai lagi.

Al-Musnid Dunya Al-Alim Al-Allamah Al-Arif Billah Al-Muhadith Asy-Syeikh Yasin Isa Al-Fadani 1915-1990 (Muhadith Agung yang Mememiliki Segala Sanad Dunia)

Beliau seoarang ulama' dalam hal ilmu periwayatan hadis ini, maka banyak para ulama'-ulama' dunia berbondong-bondong untuk mendapat Ijazah Sanad hadis dari beliau.

Bahkan Al-Allamah Habib Segaf bin Muhammad Assegaf salah seorang ulama' dan waliyulloh dari Tarim Hadromaut sangat mengagumi keilmuan Syeikh Yasin
Al-Fadani hingga menyebut Syeikh Yasin dengan

”Sayuthiyyu Zamanihi" (Imam Al Hafidz As Sayuthi pada zamannya)

Nama lengkapnya Abu Al-Faidh’ Alam Ad Diin Muhammad Yasin bin Isa Al-Fadani, lahir di MAkkah tahun 1915. Sejak kecil SyeIkh Yasin sudah menunjukkan kecerdasan yang luar biasa, bahkan menginjak pada usia remaja Syeikh Yasin mampu mengungguli rakan-rakannya dalam hal penguasaan ilmu hadis, fiqih bahkan para gurunya pun sangat mengaguminya. Syeikh Yasin mulai belajar dengan ayahnya Syeikh Muhammad Isa, dilanjutkan ke Ash-Shautiyyah. Guru-gurunya antara lain ialah Syeikh Muhktar Usman, Syeikh Hasan Al-Masysath, Habib Muhsin bin Ali Al-Musawa. Menurut sumber, Syeikh Yasin pernah berguru dengan para ulama' seramai 700 orang.

Sekitar tahun 1934 terjadi konflik yang berkaitan nasionalisme, pengarah Ash-Shautiyyah telah menyinggung beberapa pelajar asal Asia Tenggara terutama dari Indonesia, maka Syeikh Yasin mengemukakan idea untuk mendirikan Madrasah Darul Ulum di Makkah, banyak dari pelajar Ash-Shautiyyah yang berbondong-bondong pindah ke Madrasah Darul Ulum, padahal madrasah tersebut baru didirikan. Syeikh yasin menjabat sebagai wakil direktur Madrasah Darul Ulum Makkah, di samping itu Syeikh Yasin mengajar di pelbagai tempat terutama di Masjidil haram . Majlis-maijlis ilmuyang disampaikan oleh Syeikh Yasin mendapat sambutan yang luar biasa terutama dari para pelajar asal Asia Tenggara. Syeikh Yasin juga dikenal sebagai seorang ulama' yang sering meminta ijazah dari para ulama' terkemuka sehingga beliau memilki sanad yang luar biasa banyaknya.

Dan yang sangat menarik adalah Syekh Yasin Al-Fadani adalah seorang yang sederhana, walaupun beliau seorang ulama' besar namun beliau tidak malu untuk keluar masuk ke pasar memikul dan membawa sayur-sayuran untuk memenuhi keperluan seharian. Syekh Yasin juga sering pergi di warung teh sambil menghisap Shisah ( rokok arab). Tiada seorang pun yang berani mencelanya kerana ketinggian ilmu yang dimiliki Syeikh Yasin. Apabila musim haji tiba Syeikh Yasin mengundang ulama'-ulama' dunia dan pelajar untuk berkunjung ke rumahnya untuk berdiskusi dan ramai para ulama yang memohon ijazah sanad hadis dari Syeikh Yasin. Biarpun bukan musim haji, rumah Syeikh Yasin pun sentiasa ramai dikunjungi oleh para ulama' dan penuntut ilmu.

Ulama' kelahiran abad 20 ini banyak menghasilkan karya-karya yang hebat yang tidak kurang daripada 100 judul, yang semuanya tersebar dan menjadi rujukan di pusat pengajian Islam, pondok pesantren, baik itu di Makkah mahupun di Asia Tenggara. Susunan bahasa yang tinggi dan sistematik serta isinya yang padat menjadikan karya Syeikh Yasin banyak digunakan oleh para ulama' dan penuntut ilmu sebagai sumber rujukan.

Diantaranya:
-Fathul ‘allam Syarah dari kitab Hadist Bulughul Maram
-Ad Durr Al-Madhud fi Syarah Sunan Abu Dawud 20 jilid
-Nail Al-Ma’mul Hasyiah ‘Ala Lubb Al-Ushul Fiqh
-Al Fawaid Al-Janiyah ‘Ala Qawaidhul fiqihiyyah,
dan masih banyak karya beliau lainnya.


Sayyid ahmad siddiq al-ghumari(abang-kiri) Dan Sayyid Abdullah al-Ghumar


Beliau banyak dipuji oleh para ulama' dan para gurunya, seperti seorang ulama Hadis bernama Sayyid Abdul Aziz Al-Ghumari (ulama' besar hadis) menggelar Syeikh Yasin sebagai ulama' kebanggaan Haromain ( Makkah dan Madinah).

Prof. Dr. Ali Jum’ah yang merupakan Mufti Besar Mesir dalam kitab Hasyiyah Al -Mam Baijuri A’la Jawahir al Tauhid yang di tahqiqnya mengatakan bahwa dia mendapat Ijazah sanad dari Syiekh Yasin Al-Fadani.

Syeikh M Zainuddin sewaktu mengajar di madrasah Ash-Shaulatiyyah mengalami kesulitan dan memaksa dirinya membolak balik pelbagai kitab-kitab yang muktabar, namun setelah terbitnya Kitab Qowaidhul Fiqih karya Syeikh Yasin Al-Fadani menjadi ringanlah segala bentuk kesulitan-kesulitan yang biasa beliau alami sewaktu mengajar.

Syeikh Yasin juga sering mengadakan kunjungan-kunjungan ke pelbagai negara terutama di Indonesia yang merupakan negara asal dari nenek moyangnya, ramai para ulama yang bertemu Syeikh Yasin ingin meminta izin untuk menjadi murid Syeikh Yasin dan minta ijazah sanad hadis.

Kejadian yang menarik adalah sewaktu Syekh Yasin berkunjung ke Indonesia. Ramai para ulama' daripada pelbagai daerah di Indonesia berbondong-bondong menemui Syeikh Yasin untuk dianggap murid beliau. Salah satunya adalah KH Syafi’i Hadzmi. KH. Syafi'i datang menemui Syeikh Yasin Al-Fadani untuk diangkat sebagai murid namun Syeikh Yasin menolaknya, bukan kerana tidak suka atau ada hal lain. Namun Syeikh Yasin menganggap bahawa dirinya tidak layak menjadi guru dan beliau mengatakan bahwa dirinyalah yang sepatutnya menjadi murid KH Syafi”i Hadzami. Syeikh Yasin menilai bahawa kedalaman ilmu yang dimiliki KH Syafi’i Hadzami tak diragukan lagi. KH Syafi’i Hadzami begitu terkenal namanya di Makkah sebagai seorang ulama' Indonesia yang memiliki keluasan ilmu.

Begitulah keperibadian Syekh Yasin Al-Fadani yang sangat menghargai para ahli ilmu. Pernah salah seorang murid Syeikh Yasin Al-Fadani, KH Abdul Hamid dari Jakarta, sewaktu beliau dihadapi kesulitan dalam mengajar beliau mendapat sepucuk surat dari Syeikh Yasin Al-Fadani, apabila membuka isi surat tersebut ternyata adalah jawaban dari kesulitan yang dihadapinya. KH Abdul hamid pun heran, bagaimanakah Syeikh Yasin boleh tahu kesulitan yang sedang beliau hadapi sedang beliau tidak memberitahu akan kesulitan beliau kepada Syeikh Yasin?

Pernah juga salah seorang murid Syeikh Yasin di Makkah menceritakan bahawa dirinya diperintahkan oleh Syeikh Yasin untuk dibuatkannya teh, setelah teh tersebut diminum maka beliau pergi ke Masjidil Haram dan terasa tidak percaya bahzwa dirinya melihat Syeikh Yasin sedang membawa kitab setelah habis mengajar di Masjidil Haram padahal baru tadi Syeikh Yasin minum teh di rumahnya.

Syekh Yasin Al-Fadani tampil sebagai seorang ulama' yang mampu membentuk murid-murid yang sangat mencintai ilmu, di antara murid beliau ialah

1- Syeikh Muhammad Ismail Zaini Al-Yamani,
2- Syekh Muhammad Muhktaruddin,
3- Habib Hamid Al-Kaff,
4- KH. Ahmad Damhuri ( Banten),
5- KH Abdul Hamid ( Jakarta),
6- KH Maimun Zubair(Rembang),
7- KH Sahal Mahfudz (Pati jateng),
8- KH Ahmad Muhajirin ( Bekasi),
9- KH Zayadi Muhajir,
10- Kh Syafi’i Hadzami
11- Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki
12- Syeikh Prof. Dr. Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki,
13- Tuan Guru Hj Mohd Saman Kati (Perak),
14- Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani,
15- Tuan Guru Hj. Hasyim Pasir Tumboh,
16- Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi
17- Tuan Guru Hj. Salleh Musa, dan ramai lagi.

Di antara murid-murid yang pernah berguru dan mengambil ijazah sanad-sanad hadis daripada beliau ialah

1- Al-Habib Umar bin Muhammad (Yaman),
2- Prof Dr. Syeikh Ali As Shabuni (ulama ahli tafsir, Syam),
3- Dr. M. Hasan Addimasyqi,
4- Syeikh Isma’il Zain Al Yamani,
5- Prof. Dr. Ali Jum’ah (Mufti Mesir),
6- Syeikh Hasan Qathirji,
7- Tuan Guru H. M. Zaini Abdul-Ghani (Kalimantan), dan ramai lagi.

Masih ramai murid beliau yang tersebar di pelusuk penjuru dunia yang meneruskan perjuangan Syeikh Yasin Al-Fadani.


Tahun 1990 Syekh Yasin Al-Fadani dipanggil menghadap Allah SWT, seluruh dunia berasa kehilangan seorang ulama' hadis yang mempunyai ilmu yang mantap dan menjadi sumber rujukan ilmu. Kebesaran Allah ditunjukkan kepada para hadirin yang hadir dalam maijlis pengebumian ulama' besar tersebut. Ketika jenazah Syeikh Yasin dimasukkan ke liang lahad bukan liang yang sempit dan lembab tetapi liang tersebut berubah menjadi lapangan yang luas membentang disertai dengan semerbak wangian yang harum dan menyegarkan. Subhanalloh Ya Allah!!!

Beliaulah benteng dan kubu kepada AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.


PUJIAN PARA ULAMA:

Syeikh Zakaria Abdullah Bila adalah sahabat baik kepda pendiri Nahdlatul Wathan iaitu Syeikh M. Zainuddin pernah berkata, “Sewaktu saya mengajar Qawa’idul-Fiqhi di Shaulatiyyah, seringkali mendapat kesulitan yang memaksa saya membolak balik kitab-kitab yang besar untuk memecahkan kesulitan tersebut. Namun setelah terbit kitab Al-Fawa’idul-Janiah karangan Syeikh Yasin… menjadi mudahlah semua itu, dan ringanlah beban dalam mengajar."

Seorang ahli Hadis bernama Sayyid Abdul Aziz Al-Ghumari pernah memuji dan menggelar beliau sebagai kebanggaan Ulama Haramain dan sebagai Muhadith.

Prof. Dr. Abdul Wahhab bin Abi Sulaiman (Dirasatul ‘Ulya Universiti Ummul Qura) di dalam kitab: الجواهر الثمينة في بيان أدلة عالم المدينة berkata:

"Syeikh Yasin adalah Muhadith, Faqih, Mudir Madrasah Darul-Ulum, pengarang banyak kitab dan salah satu Ulama Masjid Al-Haram…"

Syeikh Umar Abdul Jabbar berkata di dalam surat khabar Al-Bilad (jumaat 24 Dzulqaidah 1379H/ 1960M):

“…bahkan yang terbesar dari amal bakti Syeikh Yasin adalah membuka madrasah putri pada tahun 1362H. Di mana dalam perjalanannya selalu ada rintangan, namun beliau dapat mengatasinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan…"

As Sayyid Abdur Rahman bin Muhammad bin Abdur Rahman Al-Ahdal sebagai Mufti negeri Murawah Yaman saat itu, mengarang sebuah syair yang panjang khusus untuk memuji Syeikh Yasin Al-Fadani. Berikut nukilkan satu bait sahaja yang berbunyi:

“Engkau tiada taranya dalam ilmu dan hakikat. Dibangun orang kejayaan kaulah satu-satunya yang jaya”

Dr. Yusuf Abdur Razzaq sebagai dekan kuliah Ushuluddin Universiti Al-Azhar juga memuji beliau dengan perkataan dan syair yang panjang, saya nukilkan satu bait saja yang bunyinya:

“Engkau di tengah kami orang terpilih dari orang terhormat, tak pernah mata melihat manusia seumpama mereka.”

Ustaz Fadhal bin M. bin Iwadh Attarimi pun berkata:

“Wahai pencari ilmu sambutlah panggilan Yasin, bergembiralah dengan sajian yang beliau sajikan,”

Prof. Dr. Ali Jum’ah yang menjawat jawatan sebagai Mufti Mesir dalam kitab Hasyiah Al-Imam Al-Baijuri Ala Jauharatittauhid yang ditahqiqnya, pada halaman 8 mengaku pernah menerima ijazah sanad hadis Hasyiah tersebut dari Syeikh Yasin yang digelarinya sebagai Musnid Ad Dunia.

Al-Habib As Sayyid Seggaf bin Muhammad As Sagaf seorang tokoh pendidik di Hadramaut (pada tahun 1373H) menceritakan kekaguman beliau terhadap Syeikh Yasin, dan menggelarnya sabagai “Sayuthiyyu Zamanihi”. Beliau juga mengarang sebuah syiir untuk memuji beliau, berikut saya nukilkan dua bait saja yang bunyinya sebagai berikut:


“Bagus perbuatanmu hai Yasin engkau seorang tokoh,
dari Ummul Qura engkau Qhadi dan Muftinya.”

“Setiap panduan judul ilmu tertulis dengan dua tanganmu
Alangkah sejuknya akal fikiran rasa terhibur olehnya.”

As Sayyid Alawi bin Abbas Al-Maliki sebagai guru Madrasah Al-Falah dan Masjid Al-Haram, Syekh M. Mamduh Al-Mishri dan Al-Habib Ali bin Syekh Bilfaqih Siun Hadramaut dan Ulama lainnya, pernah memuji karangan-karangan beliau…

Dr. Yahya Al-Gautsani bercerita, pernah beliau menghadiri majlis Syeikh Yasin untuk mengkhatam Sunan Abu Daud. Ketika itu hadir pula Muhadith Al-Maghrib Syeikh Sayyid Abdullah bin As-Shiddiq Al-Ghumari dan Syeikh Abdussubhan Al-Barmawi dan Syeikh Abdul-Fattah Rawah.


KARYA TULIS & MURID-MURID BELIAU:

Jumlah karya beliau mencapai lebih dari 97 Kitab, di antaranya 9 kitab tentang Ilmu Hadis, 25 kitab tentang Ilmu dan Ushul fiqih, 36 buku tentang ilmu Falak, dan lainnya tentang ilmu-ilmu yang lain.

Di antara murid-murid yang pernah berguru dan mengambil Ijazah sanad-sanad Hadits dari beliau adalah Al-Habib Umar bin Muhammad (Yaman), Syekh M. Ali Asshabuni (Syam), Dr. M. Hasan Addimasyqi, Syeikh Isma’il Zain Al Yamani, Dr. Ali Jum’ah (Mesir), Syekh Hasan Qathirji, Tuan Guru H. M. Zaini Abdul-Ghani (Kalimantan) dan ramai lagi.

Dan di antara murid-murid beliau yang di samping mengambil sanad hadis, mendapatkan Ijazah ‘Ammah dan Khasshah, juga diberi izin untuk mengajar di Madrasah Darul-Ulum adalah: H. Sayyid Hamid Al-Kaff, Dr. Muslim Nasution, H.Ahmad Damanhuri, H.M.Yusuf Hasyim, H.M. Abrar Dahlan, Dr. Sayyid Aqil Husain Al Munawwar dan ramai lagi.

KEKERAMATAN BELIAU:

Seseorang bernama Zakariyya Thalib asal Syiria pernah mendatangi rumah Syekh Yasin pada hari jumaat. Ketika Azan jumaat dikumandangkan, Syeikh Yasin masih berada di rumah, ahkirnya Zakariyya keluar dan solat di masjid terdekat. Seusai solat jumaat, beliau menemui seorang kawan, Zakariya pun bercerita pada temannya bahawa Syekh Yasin tidak solat jumaat. Namun dibantah oleh temannya karena kata temannya, “Kami sama-sama Syeikh Yasin solat di Nuzhah, iaitu di Masjid Syekh Hasan Massyat ra. yang jaraknya jauh sekali dari rumah beliau”.

H.M. Abrar Dahlan bercerita, suatu hari Syeikh Yasin pernah menyuruh saya membuat syai (teh) dan syisah (yang biasa diisap dengan tembakau dari buah-buahan/rokok teradisi bangsa arab). Setalah saya buatkan dan syeikh mulai meminum teh, saya keluar menuju Masjidil Haram. Ketika kembali, saya melihat Syeikh Yasin baru pulang mengajar dari Masjid Al-Haram dengan membawa beberapa kitab. Saya menjadi heran, anehnya tadi di rumah menyuruh saya membuat teh, sekarang beliau baru pulang dari masjid.

Dikisahkan ketika K.H. Abdul Hamid di Jakarta sedang mengajar dalam ilmu fiqih “bab diyat”, beliau menemukan kesulitan dalam suatu hal sehingga pengajian terhenti kerananya. Malam hari itu juga, beliau menerima sepucuk surat daripada Syeikh Yasin, ternyata isi surat itu adalah jawaban kesulitan yang dihadapinya. Beliaupun berasa heran, dari mana Syekh Yasin tahu…? Sedangkan K.H. Abdul Hamid sendiri tidak pernah menanyakan kepada siapapun tentang kesulitan ini..!

Syekh.Mukhtaruddin asal Palembang bercerita, pernah ketika pak Soeharto (bekas Presiden Indonesia) sedang sakit mata, beliau mengirim satu pesawat khusus untuk menjemput Syeikh Yasin. Ahkirnya pak Soeharto pun sembuh berkat doa beliau.

Semoga Allah swt. merahmati beliau, amin ya Rabbal-Alamin….

Al Fatihah….


Untuk artikel lengkap sila rujuk
SYEIKH YASIN AL-FADANI: Syeikh Abu Al Faydh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa Al Fadany Al Makky Musnid Ad-Dunya. Bagian II
http://syeikhyasinalfadani.blogspot.com/2012/12/syeikh-abu-al-faydh-muhammad-yasin-bin_14.html


Tiada ulasan:

Catat Ulasan