Ahad, 10 Mac 2013

Hakikat Zikir




ALLAH BERFIRMAN DI DALAM AL Quran:

"Ketahuilah dengan mengingati ALLAH itu boleh menenangkan hati. "
(Ar-Ra'd:28)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa berzikir (mengingat) ALLAH) itu sumber ketenangan hati. Tetapi mengapa ada ketika makin banyak kita berzikir makin tidak tenang ?

Makin lama berzikir, makin hati rasa susah, tidak menentu.Mengapa ini berlaku ?  Tidakkah ini berlawanan dengan maksud ayat tadi ?

Berzikir Dengan Membaca Ayat Zikir

Sebenarnya, kita membaca ayat mengandungi zikir tidak sama dengan berzikir. Kita kadang-kadang membaca ayat zikir, bukan berzikir. Membaca itu peranan lidah

Subhanallah itu sebutan Lidah Alhamdulillah itu sebutan lidah begitu juga bacaan Allahuakbar Itu semua adalah sebutan lidah.

Yang dikatakan `berzikir mengingati ALLAH boleh menenangkan hati' itu adalah mengingat kerja-kerja ALLAH. Kita membaca ayat zikir itu, dengan harapan moga-moga daripada lidah akan turun ke hati. Moga-moga lidah membantu hati. Sebab-bagi orang awam macam kita mesti lidah menyebut dahulu. Baru nanti masuk ke hati.

Kita lihat dalam pengalaman kita umumnya, kalau seorang itu sudah mendalam ingatannya kepada seseorang yang lain, dia takkan sebut selalu sangat. Dia sebut waktu ingatan belum mendalam. "Saya rindu dengan ayah, bila ayah nak balik ?" Itu belum  mendalam. Kalau mendalam dia tak sebut-sebut sangat. Sudah tidak mampu lagi diucapkan, "bila ayah balik, bila ibu balik, mana ibu, mana ayah, mana suami?"

Sebab cinta sudah mendalam, lidah hingga tak terkata.

Jadi untuk mengingati ALLAH, peringkat awal kena membaca ayat zikir. Memang begitu bagi orang awam. Moga-moga dari lidah turun ke hati. Jadi yang dimaksudkan mengingati ALLAH boleh menenangkan hati, bukan membaca ayat-ayat zikir, bukan membaca kalimah-kalimah zikir. Ataupun membaca zikir itu dalam bahasa Arab kepada bahasa Melayu, itu membaca kalimah-kalimah untuk mengingati ALLAH.

`Mengingati ALLAH menenangkan hati' maksudnya mengingati peranan ALLAH itu sendiri. Sebab orang yang akal dan jiwanya tajam, daripada perkataan dia boleh serap terus ke hati. Kalau tak peringkat awal, nanti di peringkat akhir-akhir setelah diamalkan membaca zikir secara istiqamah. Sebut sahaja satu perkataan, jadi darah dagingnya, meresap ke jiwanya. Akhirnya setiap perkataan yang disebut itu akan jatuh ke hati. Dan hati akan faham apa kerja ALLAH.

Di antara mengingati kerja ALLAH ialah bila ALLAH beri kita nikmat dan hati mesti bersyukur kepada ALLAH supaya kita dapat pahala. Bila kita diberi ilmu dan sebagainya, kita mesti ingat ALLAH. Itulah zikir dengan merasakan semuanya ini adalah nikmat daripada ALLAH, supaya kita dapat pahala. Ini akan menggembirakan kita. Daripada nikmat itu ia dapat pahala. Bila kita mengingati itu kerja ALLAH; ALLAH beri nikmat itu dengan tujuan supaya kita bersyukur. Dan dengan bersyukur itu kita boleh dapat pahala. Jadi kalau kita faham kerja ALLAH begitu, bukankah menggembirakan kita ?

Kalau kita tak faham kerja ALLAH, "Ala... dua puluh ringgit." Carl lagi, "Ala.. dua ratus ringgit, orang lain lebih lagi". Usaha lagi, "Ala baru dua puluh ribu ringgit, orang lain dapat dua juta." Ini akan membuatkan hati kita parah sebab tak faham kerja ALLAH. Kalau dapat benda yang jelas positif, yang sepatutnya boleh menggembirakan hati, ianya tak menggembirakan hati. Betapa lagi kalau perkara yang negatif tiba-tiba dapat sakit gigi, lagi parah.

Kalau berzikir, tapi tidak mahu juga tenang hati, itu tandanya kita hanya membaca ayat zikir, bukannya berzikir. Kalau berzikir kita akan ingat,

"Yang datangkan ujian ini ALLAH. Mengapa ALLAH datangkan ujian?
Ini merupakan penghapusan dosaku, alhamdulillah. Kalau aku beristighfar 1000 kali belum tentu lagi diterima, tapi dengan datangnya ujian ini dah muktamad, mesti untuk penghapusan dosaku. Kalau aku tak berdosa pula, mesti dapat darjat di Syurga."


Ini yang dimaksudkan ALLAH dalam Firman-Nya:
"Ketahuilah berzikir mengingati ALLAH itu menenangkan hati. "

Keuntungan Orang Mukmin Dalam Hadis Qudsi ALLAH berfirman:
"Aku hairan kepada orang Mukinin, apahila diberi nikmat, dia dapat pahala, apabila Iiberi ujian pun dapat pahala. "

Kenapa?
Sebab bila dapat nikmat, dia tahu itu merupakan kerja ALLAH SWT, lalu dia bersyukur. Bila bersyukur, dapat pahala. Dan bila diberi ujian sakit, orang hina, tuduh macam-macam dan sebagainya, dia tahu pula itu kerja ALLAH; jika bersabar akan terhapus  dosanya. Dua-dua (ujian dan nikmat) itu nikmat di Akhirat. Kedua-dua perkara jadi perkara yang positif kalau kita mengingati
ALLAH.

Kalau sekiranya kedua-dua perkara itu mendatangkan kesan positif, bagaimana is boleh mendatangkan kesusahan pada jiwa ?
Sebab itu janganlah kita setakat membaca zikir, tapi hendaklah kita berzikir. Kalau sudah maqam tinggi, tak dilafazkan pun tidak mengapa. Bukan macam kita berzikir sampai ganggu orang lain. Kalau di surau atau masjid sampai mengganggu orang lain sembahyang.

Kalau orang yang magam tinggi itu, dicucuk tubuhnya, darah yang menitis jatuh itu  akan  menyebut,  "ALLAH, ALLAH, ALLAH". Sebab dia tak dapat bezakan sebutan itu dengan hati, daging, darah dan sebagainya.

Hati Yang Positif

Kalau umpamanya, kita sudah berusaha untuk hidup senang, tapi tak juga senang, itu ujian bag] kita. Kita mesti anggap ALLAH berikan ujian itu supaya kita dapat pahala besar, ALLAH mahu hapuskan dosa kita. Ini hadiah besar. Sebab bila terhapus dosa akan masuk ke Syurga dan terlepas dari azab Neraka. Tentulah orang yang sedar keadaan ini akan tenang jiwanya. Kadang-kadang kita baru mahu mulakan kerja, yang kerja itu pula kita tak berapa faham, dan tak tahu sejauh mana kemampuan kita, kita sudah susah hati. "Boleh ke ni, berjaya ke, berat kerja ini ?"

Ini menunjukkan orang yang tidak ingat ALLAH. Baru nak mula sesuatu kerja sudah tertekan. Sebab dia fikirkan berjaya atau tidak. Jangan-jangan dapat ujian atas kerja yang akan dibuat itu. Sudahlah kejayaan itu belum tentu lagi, awal-awal lagi sudah tertekan. Belum sampai ke hujung.

Jadi apa yang perlu dilakukan, berserahlah kepada ALLAH.Sebutlah, tawakkaltu alallah, dan dari sebutan lidah itu resapkan di dalam hati, "Aku serah sahaja semuanya pada ALLAH. Mana aku tahu urusan diriku. ALLAH lebih tahu. Yang penting pekerjaan ini  disuruh, halal dan balk. Jadi aku buatlah. Kalau tak berjaya pun, kerja ini halal, dapat pahala juga."

Tapi kalau kita fikir, sudahlah kerja ini berat, dapat ujian pula. Kemudian dah lima, enam tahun buat tak berjaya juga. Kalau fikir begini lagi parah. Awal-awal lagi sudah parah.

Jadi ilmu mengetahui kerja ALLAH ini penting. Inilah yang dikatakan tauhid penghayatan. Tauhid ini perlu dihayati. Sebab bila berhadapan dengan apa-apa masalah, tauhid itu menyelesaikan. Kita mesti mempunyai ilmu tentang Tauhid Penghayatan ini.

Jadi, orang Mukmin itu sama ada ditimpa ujian atau nikmat kedua-duanya akan mendatangkan pahala; orang puji dapat pahala, orang keji pun dapat pahala. Tapi kita, orang keji pun dapat dosa, orang puji pun dapat dosa. Bila orang puji, rasa superman  pula. "Hebatlah aku ini. Semua orang dalam jemaah ini puji aku". Ini bala. Bila dikeji pula, "Sakitnya hati, pedihnya, parahlah; bukan orang aku ni."

Kalau begini hati kita, dengan ujian yang datang dapat bala, dengan nikmat pun dapat bala. Ini bukan Mukmin yang sejati. Berapa ramai orang yang dapat nikmat masuk Neraka. Berapa banyak orang dapat ujian masuk Neraka. Berapa ramai orang yang  ALLAH senangkan dia, tapi masuk Neraka. Dan berapa ramai orang yang ALLAH susahkan dia, juga masuk Neraka.

Kenapa?
Sebab dia tidak "mengingati ,ALLAH itu menenangkan hati"

sebagainana yang dikehendaki oleh maksud ayat tadi. walaupun masuk suluk bertahun-tahun, tapi bukannya berzikir. Dia hanya membaca ayat zikir. Jadi kalau kita faham peranan zikir, MasyaALLAH, memang boleh menenangkan iati. Sebab itu, ada orang yang nampak cuai sahaja zikir lisannya, tapi mana kita tahu hatinya. Lebih lagi pula tak pernah didalam hidupnya rasa tertekan dan sebagainya. Maqamnya lebih tinggi daripada kita.

Para wali itu ada yang tak sembahyang sunat. Kenapa ?
Walaupun tak sembahyang sunat, hatinya mabuk. Hubungannya dengan ALLAH, begitu rapat. Kita tidak begitu.

Zikir yang paling besar adalah sembahyang. Sebab itu dikatakan di dalam Al Quran:

"Dirikanlah sembahyang untuk berzikir kepada-Ku. "
(Thaha:14)

Maksudnya, Allah memberitahu, "Sembahyanglah supaya engkau mengingati Aku melalui sembahyang".

Betulkah kita ingat ALLAH melalui sembahyang ?
Kalau dapat ingat ALLAH, sebut sahaja Subhana Rabbiyal A'Ia Wabihamdih rasa sedapnya. Sebut sahaja Subhana Rabbiyal A'zimi Wabihamdih rasa sedap. Baca sahaja Al Fatehah, rasa lazat sebab bercakap dengan ALLAH.

Sebenarnya, apa yang kita baca, ALLAH menjawab. Kita memuji ALLAH, Alhamdulillah, "Telah memuji hamba-Ku kepada Ku", kata ALLAH. Ar Rahmanir Rahim, begitu di dalam keyakinan kita di dalam hati, bahawa ALLAH itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Tapi waktu kita diuji, mengapa tak merasa ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ?

ALLAH mahu hapuskan dosa kita, supaya kita tidak masuk ke Neraka. Kerana sifat pengasihlah, ALLAH datangkan ujian, supaya kita tak masuk Neraka. Apabila kita menyebut, Bismillahir Rahmanirahim, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tapi bila sakit gigi, kita mudah berang, maka sikap berang kita terhadap ujian sakit yang ALLAH datangkan itu, seolah-olah ALLAH berang dan marah dengan kita. Tapi kita kata, Arrahmannirahim.

Ini kerana kita tidak berzikir, walaupun ayat-ayat yang kita baca itu ayat zikir. Kita membaca ayat zikir, bukan berzikir.
Sedangkan ALLAH menyuruh kita berzikir. Firman ALLAH SWT:

"Ketahuilah mengingati ALLAH menenangkan hati."
(Ar Ra'd: 28)

Ingat ALLAH itu mengingat kerja ALLAH. Sebab apa yang kita baca itu secara matannya kita mengingat kerja-kerja, sifat, atau peranan ALLAH. Sebab itu bagi kita orang awam ini, perlu bermula dari sebutan lidah. Insya-ALLAH lama-kelamaan akan meresap ke hati.

Rasulullah SAW ada bersabda:
"Ujian yang paling berat ditimpakan kepada para nabi. Selepas itu para wali, kemudian selepas daripada itu mengikut darjat iman masing-masing. Dan seorang itu diuji mengikut kadar imannya. "

Kalau kita tidak diuji tidak akan meningkat darjat kita. Sebab makin tinggi darjat iman itu, makin kuat diuji. Ujian itulah kasih sayang daripada ALLAH. Agar dengan ujian itu, dosa-dosa kita dihapuskan. Atau bagi para rasul dan nabi yang tidak ada dosa, itu merupakan peningkatan darjat dan pahala di Syurga. Orang-orang soleh zaman dahulu akan bersedih jika tidak diuji.
Rabiatul Adawiyah, kalau tak sakit, menangis dan menderita jiwanya. Dia merasakan seolah-olah ALLAH sudah putuskan kasih sayang dengannya. Tapi bila lia disakitkan, hatinya terhibur. Fizikalnya kurus kering kerana sakit, tapi tengok mukanya kelihatan gembira. Dia rasa terhibur kerana merasakan ALLAH telah menghubungkan semula kasih sayang. Tapi bila tak diuji risau, nenangis siang malam, memikirkan apa kesilapan dirinya hingga ALLAH memutuskan mubungan kasih sayang.

Mengapa waktu diuji dia gembira, waktu tidak diuji dia tidak gembira ?

Sebab dia berzikir.

Dia tahu kerja ALLAH.
Tahu kerja ALLAH itulah zikir.

Zikir itu mengingat,
mengingat kerja ALLAH.




Keraguan Peranan Tuhan

Kewujudan Tuhan ramai orang yang percaya,
yang longgar itu keyakinan terhadapnya
Ramai orang percaya kepada Tuhan tapi tidak yakin atau
kurang yakin dengan peranan Tuhan

Orang percaya Tuhan,
tapi hendak ikut Tuhan bimbang di masa depan,
bukankah dia telah ragu dengan peranan Tuhan
Percaya kepada Tuhan, tidak redha dengan ketentuan Tuhan
kerana keyakinannya terhadap Tuhan tidak ada ertinya dengan peranan Tuhan
Tidak ada orang yang tidak percaya Tuhan, tapi bila Tuhan uji dia kecewa,
kerana keyakinan dengan Tuhan sudah tipis……….
Dia tidak anggap itu adalah didikan Tuhan untuk kebaikan kepadanya
Kepada Tuhan dia percaya tapi hendak menyerahkan nasibnya kepada Tuhan ragu dan bimbang

ertinya sudah longgar dengan peranan Tuhan terhadap dirinya
Sudah ramai umat Islam yang bersifat yang digambarkan
Sekalipun mereka beribadah, bersembahyang dan lain-lainnya
Jadi iman itu sangat mahal
kerana itulah ia dijadikan aqidah yang asas
Iman itu adalah gabungan percaya dengan yakin
Amat susah sekali hendak menggabungkan kedua-duanya sekali
Percaya sahaja tapi tidak yakin dengan peranan Tuhan rosaklah iman Oleh itu kenalilah Tuhan dengan baik
Perlu ada ilmu, perlu faham dan menghayatinya
Hingga benar-benar percaya dan yakin dengan peranan Tuhan
Jangan sekadar percaya dengan zat Tuhan tapi tidak percaya dengan peranan Tuhan

Mengenali-Nya itu sampai peringkat takut dan cinta dan
percaya dengan peranan Tuhan
Barulah ada side effectnya pada diri ahli ibadah
iaitu membuahkan akhlak yang mulia
Barulah dipandang indah ahli ibadah
Kerana ada bunga diri yang disenangi oleh manusia
Barulah ahli ibadah itu dipandang mulia
Sekarang ini ahli ibadah macam pokok yang sudah kering
yang sudah tidak ada bunga dan buah
Pokok kering manalah ada keindahannya lagi
Bunganya tidak ada, buahnya apatah lagi
perhatian orang sudah tidak ada lagi


Nukilan:Ust Hj Ashaari Muhammad
3.7.2003 – 1
Menjelang Zuhur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan