Ahad, 10 Mac 2013

Hakikat Zikir




ALLAH BERFIRMAN DI DALAM AL Quran:

"Ketahuilah dengan mengingati ALLAH itu boleh menenangkan hati. "
(Ar-Ra'd:28)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa berzikir (mengingat) ALLAH) itu sumber ketenangan hati. Tetapi mengapa ada ketika makin banyak kita berzikir makin tidak tenang ?

Makin lama berzikir, makin hati rasa susah, tidak menentu.Mengapa ini berlaku ?  Tidakkah ini berlawanan dengan maksud ayat tadi ?

Berzikir Dengan Membaca Ayat Zikir

Sebenarnya, kita membaca ayat mengandungi zikir tidak sama dengan berzikir. Kita kadang-kadang membaca ayat zikir, bukan berzikir. Membaca itu peranan lidah

Subhanallah itu sebutan Lidah Alhamdulillah itu sebutan lidah begitu juga bacaan Allahuakbar Itu semua adalah sebutan lidah.

Yang dikatakan `berzikir mengingati ALLAH boleh menenangkan hati' itu adalah mengingat kerja-kerja ALLAH. Kita membaca ayat zikir itu, dengan harapan moga-moga daripada lidah akan turun ke hati. Moga-moga lidah membantu hati. Sebab-bagi orang awam macam kita mesti lidah menyebut dahulu. Baru nanti masuk ke hati.

Kita lihat dalam pengalaman kita umumnya, kalau seorang itu sudah mendalam ingatannya kepada seseorang yang lain, dia takkan sebut selalu sangat. Dia sebut waktu ingatan belum mendalam. "Saya rindu dengan ayah, bila ayah nak balik ?" Itu belum  mendalam. Kalau mendalam dia tak sebut-sebut sangat. Sudah tidak mampu lagi diucapkan, "bila ayah balik, bila ibu balik, mana ibu, mana ayah, mana suami?"

Sebab cinta sudah mendalam, lidah hingga tak terkata.

Jadi untuk mengingati ALLAH, peringkat awal kena membaca ayat zikir. Memang begitu bagi orang awam. Moga-moga dari lidah turun ke hati. Jadi yang dimaksudkan mengingati ALLAH boleh menenangkan hati, bukan membaca ayat-ayat zikir, bukan membaca kalimah-kalimah zikir. Ataupun membaca zikir itu dalam bahasa Arab kepada bahasa Melayu, itu membaca kalimah-kalimah untuk mengingati ALLAH.

`Mengingati ALLAH menenangkan hati' maksudnya mengingati peranan ALLAH itu sendiri. Sebab orang yang akal dan jiwanya tajam, daripada perkataan dia boleh serap terus ke hati. Kalau tak peringkat awal, nanti di peringkat akhir-akhir setelah diamalkan membaca zikir secara istiqamah. Sebut sahaja satu perkataan, jadi darah dagingnya, meresap ke jiwanya. Akhirnya setiap perkataan yang disebut itu akan jatuh ke hati. Dan hati akan faham apa kerja ALLAH.

Di antara mengingati kerja ALLAH ialah bila ALLAH beri kita nikmat dan hati mesti bersyukur kepada ALLAH supaya kita dapat pahala. Bila kita diberi ilmu dan sebagainya, kita mesti ingat ALLAH. Itulah zikir dengan merasakan semuanya ini adalah nikmat daripada ALLAH, supaya kita dapat pahala. Ini akan menggembirakan kita. Daripada nikmat itu ia dapat pahala. Bila kita mengingati itu kerja ALLAH; ALLAH beri nikmat itu dengan tujuan supaya kita bersyukur. Dan dengan bersyukur itu kita boleh dapat pahala. Jadi kalau kita faham kerja ALLAH begitu, bukankah menggembirakan kita ?

Kalau kita tak faham kerja ALLAH, "Ala... dua puluh ringgit." Carl lagi, "Ala.. dua ratus ringgit, orang lain lebih lagi". Usaha lagi, "Ala baru dua puluh ribu ringgit, orang lain dapat dua juta." Ini akan membuatkan hati kita parah sebab tak faham kerja ALLAH. Kalau dapat benda yang jelas positif, yang sepatutnya boleh menggembirakan hati, ianya tak menggembirakan hati. Betapa lagi kalau perkara yang negatif tiba-tiba dapat sakit gigi, lagi parah.

Kalau berzikir, tapi tidak mahu juga tenang hati, itu tandanya kita hanya membaca ayat zikir, bukannya berzikir. Kalau berzikir kita akan ingat,

"Yang datangkan ujian ini ALLAH. Mengapa ALLAH datangkan ujian?
Ini merupakan penghapusan dosaku, alhamdulillah. Kalau aku beristighfar 1000 kali belum tentu lagi diterima, tapi dengan datangnya ujian ini dah muktamad, mesti untuk penghapusan dosaku. Kalau aku tak berdosa pula, mesti dapat darjat di Syurga."


Ini yang dimaksudkan ALLAH dalam Firman-Nya:
"Ketahuilah berzikir mengingati ALLAH itu menenangkan hati. "

Keuntungan Orang Mukmin Dalam Hadis Qudsi ALLAH berfirman:
"Aku hairan kepada orang Mukinin, apahila diberi nikmat, dia dapat pahala, apabila Iiberi ujian pun dapat pahala. "

Kenapa?
Sebab bila dapat nikmat, dia tahu itu merupakan kerja ALLAH SWT, lalu dia bersyukur. Bila bersyukur, dapat pahala. Dan bila diberi ujian sakit, orang hina, tuduh macam-macam dan sebagainya, dia tahu pula itu kerja ALLAH; jika bersabar akan terhapus  dosanya. Dua-dua (ujian dan nikmat) itu nikmat di Akhirat. Kedua-dua perkara jadi perkara yang positif kalau kita mengingati
ALLAH.

Kalau sekiranya kedua-dua perkara itu mendatangkan kesan positif, bagaimana is boleh mendatangkan kesusahan pada jiwa ?
Sebab itu janganlah kita setakat membaca zikir, tapi hendaklah kita berzikir. Kalau sudah maqam tinggi, tak dilafazkan pun tidak mengapa. Bukan macam kita berzikir sampai ganggu orang lain. Kalau di surau atau masjid sampai mengganggu orang lain sembahyang.

Kalau orang yang magam tinggi itu, dicucuk tubuhnya, darah yang menitis jatuh itu  akan  menyebut,  "ALLAH, ALLAH, ALLAH". Sebab dia tak dapat bezakan sebutan itu dengan hati, daging, darah dan sebagainya.

Hati Yang Positif

Kalau umpamanya, kita sudah berusaha untuk hidup senang, tapi tak juga senang, itu ujian bag] kita. Kita mesti anggap ALLAH berikan ujian itu supaya kita dapat pahala besar, ALLAH mahu hapuskan dosa kita. Ini hadiah besar. Sebab bila terhapus dosa akan masuk ke Syurga dan terlepas dari azab Neraka. Tentulah orang yang sedar keadaan ini akan tenang jiwanya. Kadang-kadang kita baru mahu mulakan kerja, yang kerja itu pula kita tak berapa faham, dan tak tahu sejauh mana kemampuan kita, kita sudah susah hati. "Boleh ke ni, berjaya ke, berat kerja ini ?"

Ini menunjukkan orang yang tidak ingat ALLAH. Baru nak mula sesuatu kerja sudah tertekan. Sebab dia fikirkan berjaya atau tidak. Jangan-jangan dapat ujian atas kerja yang akan dibuat itu. Sudahlah kejayaan itu belum tentu lagi, awal-awal lagi sudah tertekan. Belum sampai ke hujung.

Jadi apa yang perlu dilakukan, berserahlah kepada ALLAH.Sebutlah, tawakkaltu alallah, dan dari sebutan lidah itu resapkan di dalam hati, "Aku serah sahaja semuanya pada ALLAH. Mana aku tahu urusan diriku. ALLAH lebih tahu. Yang penting pekerjaan ini  disuruh, halal dan balk. Jadi aku buatlah. Kalau tak berjaya pun, kerja ini halal, dapat pahala juga."

Tapi kalau kita fikir, sudahlah kerja ini berat, dapat ujian pula. Kemudian dah lima, enam tahun buat tak berjaya juga. Kalau fikir begini lagi parah. Awal-awal lagi sudah parah.

Jadi ilmu mengetahui kerja ALLAH ini penting. Inilah yang dikatakan tauhid penghayatan. Tauhid ini perlu dihayati. Sebab bila berhadapan dengan apa-apa masalah, tauhid itu menyelesaikan. Kita mesti mempunyai ilmu tentang Tauhid Penghayatan ini.

Jadi, orang Mukmin itu sama ada ditimpa ujian atau nikmat kedua-duanya akan mendatangkan pahala; orang puji dapat pahala, orang keji pun dapat pahala. Tapi kita, orang keji pun dapat dosa, orang puji pun dapat dosa. Bila orang puji, rasa superman  pula. "Hebatlah aku ini. Semua orang dalam jemaah ini puji aku". Ini bala. Bila dikeji pula, "Sakitnya hati, pedihnya, parahlah; bukan orang aku ni."

Kalau begini hati kita, dengan ujian yang datang dapat bala, dengan nikmat pun dapat bala. Ini bukan Mukmin yang sejati. Berapa ramai orang yang dapat nikmat masuk Neraka. Berapa banyak orang dapat ujian masuk Neraka. Berapa ramai orang yang  ALLAH senangkan dia, tapi masuk Neraka. Dan berapa ramai orang yang ALLAH susahkan dia, juga masuk Neraka.

Kenapa?
Sebab dia tidak "mengingati ,ALLAH itu menenangkan hati"

sebagainana yang dikehendaki oleh maksud ayat tadi. walaupun masuk suluk bertahun-tahun, tapi bukannya berzikir. Dia hanya membaca ayat zikir. Jadi kalau kita faham peranan zikir, MasyaALLAH, memang boleh menenangkan iati. Sebab itu, ada orang yang nampak cuai sahaja zikir lisannya, tapi mana kita tahu hatinya. Lebih lagi pula tak pernah didalam hidupnya rasa tertekan dan sebagainya. Maqamnya lebih tinggi daripada kita.

Para wali itu ada yang tak sembahyang sunat. Kenapa ?
Walaupun tak sembahyang sunat, hatinya mabuk. Hubungannya dengan ALLAH, begitu rapat. Kita tidak begitu.

Zikir yang paling besar adalah sembahyang. Sebab itu dikatakan di dalam Al Quran:

"Dirikanlah sembahyang untuk berzikir kepada-Ku. "
(Thaha:14)

Maksudnya, Allah memberitahu, "Sembahyanglah supaya engkau mengingati Aku melalui sembahyang".

Betulkah kita ingat ALLAH melalui sembahyang ?
Kalau dapat ingat ALLAH, sebut sahaja Subhana Rabbiyal A'Ia Wabihamdih rasa sedapnya. Sebut sahaja Subhana Rabbiyal A'zimi Wabihamdih rasa sedap. Baca sahaja Al Fatehah, rasa lazat sebab bercakap dengan ALLAH.

Sebenarnya, apa yang kita baca, ALLAH menjawab. Kita memuji ALLAH, Alhamdulillah, "Telah memuji hamba-Ku kepada Ku", kata ALLAH. Ar Rahmanir Rahim, begitu di dalam keyakinan kita di dalam hati, bahawa ALLAH itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Tapi waktu kita diuji, mengapa tak merasa ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ?

ALLAH mahu hapuskan dosa kita, supaya kita tidak masuk ke Neraka. Kerana sifat pengasihlah, ALLAH datangkan ujian, supaya kita tak masuk Neraka. Apabila kita menyebut, Bismillahir Rahmanirahim, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tapi bila sakit gigi, kita mudah berang, maka sikap berang kita terhadap ujian sakit yang ALLAH datangkan itu, seolah-olah ALLAH berang dan marah dengan kita. Tapi kita kata, Arrahmannirahim.

Ini kerana kita tidak berzikir, walaupun ayat-ayat yang kita baca itu ayat zikir. Kita membaca ayat zikir, bukan berzikir.
Sedangkan ALLAH menyuruh kita berzikir. Firman ALLAH SWT:

"Ketahuilah mengingati ALLAH menenangkan hati."
(Ar Ra'd: 28)

Ingat ALLAH itu mengingat kerja ALLAH. Sebab apa yang kita baca itu secara matannya kita mengingat kerja-kerja, sifat, atau peranan ALLAH. Sebab itu bagi kita orang awam ini, perlu bermula dari sebutan lidah. Insya-ALLAH lama-kelamaan akan meresap ke hati.

Rasulullah SAW ada bersabda:
"Ujian yang paling berat ditimpakan kepada para nabi. Selepas itu para wali, kemudian selepas daripada itu mengikut darjat iman masing-masing. Dan seorang itu diuji mengikut kadar imannya. "

Kalau kita tidak diuji tidak akan meningkat darjat kita. Sebab makin tinggi darjat iman itu, makin kuat diuji. Ujian itulah kasih sayang daripada ALLAH. Agar dengan ujian itu, dosa-dosa kita dihapuskan. Atau bagi para rasul dan nabi yang tidak ada dosa, itu merupakan peningkatan darjat dan pahala di Syurga. Orang-orang soleh zaman dahulu akan bersedih jika tidak diuji.
Rabiatul Adawiyah, kalau tak sakit, menangis dan menderita jiwanya. Dia merasakan seolah-olah ALLAH sudah putuskan kasih sayang dengannya. Tapi bila lia disakitkan, hatinya terhibur. Fizikalnya kurus kering kerana sakit, tapi tengok mukanya kelihatan gembira. Dia rasa terhibur kerana merasakan ALLAH telah menghubungkan semula kasih sayang. Tapi bila tak diuji risau, nenangis siang malam, memikirkan apa kesilapan dirinya hingga ALLAH memutuskan mubungan kasih sayang.

Mengapa waktu diuji dia gembira, waktu tidak diuji dia tidak gembira ?

Sebab dia berzikir.

Dia tahu kerja ALLAH.
Tahu kerja ALLAH itulah zikir.

Zikir itu mengingat,
mengingat kerja ALLAH.




Keraguan Peranan Tuhan

Kewujudan Tuhan ramai orang yang percaya,
yang longgar itu keyakinan terhadapnya
Ramai orang percaya kepada Tuhan tapi tidak yakin atau
kurang yakin dengan peranan Tuhan

Orang percaya Tuhan,
tapi hendak ikut Tuhan bimbang di masa depan,
bukankah dia telah ragu dengan peranan Tuhan
Percaya kepada Tuhan, tidak redha dengan ketentuan Tuhan
kerana keyakinannya terhadap Tuhan tidak ada ertinya dengan peranan Tuhan
Tidak ada orang yang tidak percaya Tuhan, tapi bila Tuhan uji dia kecewa,
kerana keyakinan dengan Tuhan sudah tipis……….
Dia tidak anggap itu adalah didikan Tuhan untuk kebaikan kepadanya
Kepada Tuhan dia percaya tapi hendak menyerahkan nasibnya kepada Tuhan ragu dan bimbang

ertinya sudah longgar dengan peranan Tuhan terhadap dirinya
Sudah ramai umat Islam yang bersifat yang digambarkan
Sekalipun mereka beribadah, bersembahyang dan lain-lainnya
Jadi iman itu sangat mahal
kerana itulah ia dijadikan aqidah yang asas
Iman itu adalah gabungan percaya dengan yakin
Amat susah sekali hendak menggabungkan kedua-duanya sekali
Percaya sahaja tapi tidak yakin dengan peranan Tuhan rosaklah iman Oleh itu kenalilah Tuhan dengan baik
Perlu ada ilmu, perlu faham dan menghayatinya
Hingga benar-benar percaya dan yakin dengan peranan Tuhan
Jangan sekadar percaya dengan zat Tuhan tapi tidak percaya dengan peranan Tuhan

Mengenali-Nya itu sampai peringkat takut dan cinta dan
percaya dengan peranan Tuhan
Barulah ada side effectnya pada diri ahli ibadah
iaitu membuahkan akhlak yang mulia
Barulah dipandang indah ahli ibadah
Kerana ada bunga diri yang disenangi oleh manusia
Barulah ahli ibadah itu dipandang mulia
Sekarang ini ahli ibadah macam pokok yang sudah kering
yang sudah tidak ada bunga dan buah
Pokok kering manalah ada keindahannya lagi
Bunganya tidak ada, buahnya apatah lagi
perhatian orang sudah tidak ada lagi


Nukilan:Ust Hj Ashaari Muhammad
3.7.2003 – 1
Menjelang Zuhur

The Nectar of life




-------------------------------------------------------

Beasts do not understand the world To be a sorry place.
Not so the wise Who the heavenly nectar drink
While beasts hunger for the sensual.

-------------------------------------------------------



You have heard stories:

In India the mystics have always .talked about the musk deer. There is a certain  kind of deer which has musk in his navel. When the musk starts increasing-- it happens only when the deer is really in sexual heat....

The musk is a natural trick, a biological trick:

when the musk 'starts releasing its fragrance, the female deer become attracted to the deer  they come through the musk, through the smell. Smell is one of the most sexual senses--

that's why man has killed his nose. It is a dangerous sense. You don't smell really. In fact, the word itself has become very much condemned. If somebody has good beautiful eyes, you say he sees well .if somebody has perfect ears for music, you say he hears well

but you don't say he smells well. Why?

In fact, to say that he smells means something just the opposite-- it means that he stinks, not that he has the capacity to smell. The capacity is lost. Man does not smell And we try to hide our sexual smells by perfuming, by cleansing, by this and that we hide!  We are afraid of the smell, because smell is the closest sense to sex.

Animals fall in love through the smell. The animals smell each other, and when they feel that their smell suits, only then do they make love; then there is a harmony in their being.

This deer-musk is born in the deer only when he is in sexual heat and he needs a female. The female will come to find him. But he is in trouble, because he starts smelling the musk and he cannot understand that it is coming from his own navel, from his own body.

So he runs mad, tries to find out from where this smell is coming, naturally so.
How can he think ?

even man cannot think from where bliss comes, from where beauty comes, from where joy comes.

The deer can be forgiven--poor deer. He goes on rushing here and there in search of the musk,  and the more he rushes, the more the fragrance is spread all over the forest; wherever he goes,  there is the smell.

It is said that sometimes he becomes almost mad, Not knowing that the musk is within him.

And so is the case with man:

man goes mad seeking and searching--sometimes in money, sometimes
in respect, this and that,

but the musk is within you,
the honey is in your mouth.

-------------------------------------------------------

Beasts do not understand the world To be a sorry place.
Not so the wise Who the heavenly nectar drink
While beasts hunger for the sensual.

-------------------------------------------------------

That word has a significance of its own , but it is a metaphor. comes from the word pash--pash means bondage means one who is in bondage.The beast is one who is in bondage the bondage of the body,instincts, unconsciousness; the bondage of the society, mind, thought. The beast is one who is in bondage.

Beasts do not understand the world...
How can they understand ?

Their eyes are not free to see; their minds are not free to see; their bodies are not free to feel. They don't hear, they don't see, they don't smell, they don't touch--
they are in bondage. All senses are crippled, chained.

Beasts do not understand the world...
How can they understand the world ?

Beasts do not understand the world To be a sorry place.

And they cannot understand that the world is a sorry place. The so-called world created by the mind and by the body is mirage. It appears so, it appears very beautiful, but it only appears not really so. It is a rainbow --so beautiful, so colorful; you come closer and it disappears. If you want to grasp the rainbow, your hand will be empty, there will be nothing. It is a mirage. But because of unconsciousness

we cannot see it.

Only with awareness does the vision arise;
then we can see where it is only a mirage and where it is truth. Any happiness,that happens by any outer coincidence is a mirage, and you will suffer through it. It a deception, it is a hallucination.

You feel that you are very happy with a woman or with a man ?—

You are going to suffer. Sooner or later you will find that all happiness has disappeared. Sooner or later you will find maybe you were just imagining has never been there. Maybe it was just a dream. You were fantasizing it. When the reality of the woman and the man is revealed. you find two ugly beasts trying to dominate each other.



rujukan dari pelbagai sumber

Hiburan sejati




FITRAH SEMUA MANUSIA inginkan hiburan. Berbagai kaedah dan bentuk hiburan di- buat semata-mata untuk mendapat kepuasan. Hiburan sejati ialah satu perkara yang boleh menggembirakan kita dan ianya bertapak dalam hati. Ia merupakan hiburan yang sesuai dengan fitrah. Tetapi kalau hiburan itu hanya berpusat pada nafsu, itu bukan hiburan. Cuma kita terkeliru, mengatakan itu hiburan. Sebenarnya itu perkara yang melalaikan.

Kita mesti membezakan di antara hiburan dengan perkara yang melalaikan.

Hiburan itu menenangkan, membahagiakan dan memberi kepuasan pada hati. Dan kesannya berpanjangan. Sekiranya ada masalah pada ketika itu, ia boleh jadi ubat. Itulah hiburan yang menapak dan berpusat di dalam hati.

Tetapi kalau hiburan berpusat dari nafsu, itulah perkara yang melalaikan. Ianya melalaikan kita sementara waktu. Kita dilalai-lalaikannya pada ketika itu. Jadi kita lupalah pada masalah. Kita terpesona dengan benda yang kita dengar dan lihat.

Berhibur Makin Susah Hati Katakanlah sejam berhibur secara demikian, kita jadi terlupa masalah yang menggigit selama ini. Bila waktu berhibur sudah lepas, kita ingat masalah balik; ketuk kepala balik. Kadang-kadang bila balik rumah lebih parah lagi. Ini menyebabkan kita mengalami penderitaan jiwa. Padahal kita baru lepas berhibur.

Kenapa ?

Kerana yang kita buat itu hanyalah memberi kepuasan kepada nafsu; yang melalaikan. Bukan kepuasan kepada hati. Kalau hiburan itu betul-betul bertapak di dalam hati, ia kekal. Ianya sangat memberi kesan. Kalau sebelum itu ada masalah, dah tak timbul masalah lagi. Kalau datang masalah dah tak `lut'. la menjadi pendinding. Sebab itu orang yang mengatakan hiburan sekarang itulah hiburan sebenar, dia terkeliru.

Hakikatnya, itu bukan hiburan, tapi perkara yang melalaikan. Sebab itu penghibur adalah orang yang paling tak terhibur di dunia. Orang yang banyak frust terutama di Barat. Dia menghiburkan orang, sepatutnya dia paling bahagia dan paling tenang, tapi para penghiburlah yang banyak bunuh diri,frust, kecewa, terlibat dengan dadah dan sebagainya. Dia menghiburkan orang dengan menari dan menyanyi. Kemudian dia balik ke rumah pukul dua malam. Dia teringat-ingat macam-macam perkara yang menyusahkan hati, tepuk dahi. Hatinya tak terisi, dia menderita jiwa.

Jadi hiburan yang bukan hiburan itu hanyalah kepuasan nafsu yang melalaikan. Hiburan beginilah yang berperanan di tengah kehidupan hari ini. Yang menyebabkan manusia makin berhibur makin susah hari. Buktinya, orang yang berhibur dengan hiburan yang ada ini pemarah orangnya. Boleh bergaul tapi sangat sensitif, sangat emotional. Itu menunjukkan apa yang dia dapat itu bukan hiburan. Tetapi kalau betul hiburan yang membawa bahagia, dia jadi tenang, dia tak sensitif, tak emotional. Bahkan dah tercabar pun dia boleh ketawa senyum lagi.

Itu tanda dia mendapat hiburan yang sejati. Jadi kalau begitu reaksinya, itu menunjukkan punca hiburan yang dia perolehi bertapak daripada hati.

Iman Asas Hiburan
Walau bagaimanapun yang menjadi asasnya adalah iman. ALLAH berfirman dalam Quran:

Ketahui olehmu dengan mengingati ALLAH itu hati- jadi tenang.
(Ar Ra'd: 28)

Orang yang tidak ada iman, dalam ertikata dia sentiasa/tidak mengingati ALLAH, dia takkan dapat kepuasan yang bertapak di dalam hati. Jadi iman itu dulu mesti bertapak di dalam hati. Apabila ianya telah bertapak, dengan hanya melihat ciptaan ALLAH, timbul rasa terhibur, seronok dan indah. Jadi kalau manusia ini ditanam dengan iman, kemudian meningkat menjadi orang bertaqwa, walaupun dia kurang mendapat hiburan di luar, sudah cukup baginya dengan hiburan yang sudah ada dalam hati.

Tapi bagi masyarakat yang tidak beriman, ataupun tidak bertaqwa, mereka memerlukan hiburan yang banyak di luar. Sebab itu menjadi masalah. Hiburan itu sudah jemu, lagi menjemukan. Walaupun sudah bermacam-macam jenis hiburan pun masih menjemukan lagi. Mereka nakkan satu kaedah lain untuk berhibur. Pasal apa ? Kerana itu semua bukan hiburan yang sejati.

Kalau hiburan yang sejati, ia tak bertukar-tukar. Cuma kalau ada perkara yang menghiburkan lagi, Tanya ditambah dan disuburkan lagi. la tak boleh terungkai. Kalaulah sesuatu itu boleh menghibur, ia tak boleh ungkai perkara-perkara yang lain. Kalau ada satu perkara itu boleh menghibur, ia menyuburkan saja.

Tapi kalau hiburan nafsu ia melalaikan saja. Lepas berhibur rasa jemu. Hati kembali tidak terhibur lagi. Kemudian dimulakan dengan hiburan yang lain pula. Ertinya, hiburan sebelum itu dah tak berguna. Ini payah nak difahami sebab ini memerlukan ilmu rasa.

Sebab itu orang yang kuat iman, kalau dia tak disakitkan oleh ALLAH dan tak didatangkan ujian, rasa menderita dia. Dia rasa ALLAH dah benci dengan dia. Umpamanya, seorang murid bila disuruh oleh gurunya untuk membelikan sesuatu. Itulah yang seronok dan indah. Padahal kan susah pergi kedai dengan berjalan kaki sejauh dua batu. Tapi dia terasa dengan suruhan itu terhubung kasih sayang dengan gurunya. Orang lain yang tak faham tentu berkata, "Kasihan budak itu. Cikgu suruh dia berjalan kaki ke kedai sejauh dua batu. Umur baru 10 tahun, baru darjah 4, tak patut." Tapi bagi budak itu, suruhan itu lebih daripada patut. Itulah hiburan baginya.

Begitu juga kalau orang terasa yang ALLAH itu telah memberi kasih sayang kepada dia melalui ujian sakit. Sakit itulah hiburan pada dia. Betapalah kalau tak sakit. Sakit pun dia terasa terhibur dengan ALLAH, sebab dia rasa itulah hubungan kasih sayang ALLAH dengan dia.

Jadi kita mesti bezakan hiburan nafsu dan hiburan hati. Hiburan nafsu itulah perkara yang melalaikan. la hanya merunsingkan diri, mengharu-birukan fikiran dan cuma melalaikan kita sekejap saja. Tanya hanya dapat melupakan pada masalah buat sementara waktu. Lepas itu berkumpul semua sekali masalah yang dihadapi. Rasa-rasa seluruh dunia masuk ke dalam kepala kita. Berapa teruk nanti untuk menanggungnya.

Tahan Uji 

Sebab itu dalam psikologi, orang yang kuat menghentam orang, dia takkan mampu bertahan kalau dia dihentam orang. Kalau dia marah pada orang lain, dia tak mampu bertahan kalau orang marah pada dia. Kalau dia banyak mengata orang, insya-ALLAH dia orang paling tak tahan dikata orang. Kenapa?

Salah satu motif manusia ini menghentam orang kerana itulah hiburan bagi dia. Yang sebenarnya dia nak lepaskan perasaan yang tak dapat diluahkan. Ini menambahkan gelodak jiwanya. Sebab itu perlu kita pastikan, kalau orang yang suka menghentam, `pukul' orang,`patah'kan orang lain, itu menunjukkan jiwanya sangat sensitif. Dia sendiri pun tak tahan diuji begitu.

Kalau dia kuat mencabar orang, ertinya dia tak kuat bertahan kalau dicabar. Sikap begini hanya boleh dikenal kalau kita selalu bergaul dengan masyarakat terutama bagi orang berjuang insyaALLAH boleh faham. Kalau setakat jumpa orang sekali-sekala tak boleh faham.

Jadi kalau seseorang itu dicabar dan diganggu, tapi dia tenang dan biasa saja hingga kadang-kadang menyebabkan orang kasihan, "Apa awak ni tak lawan lagi," maka biasanya dia boleh bertahan bila dikata orang. Kenapa? Kerana dia tidak suka mengata orang. Dia kurang mengata orang sebab itu jiwanya tahan. Dia tahan dikata sebab bukan itu tempat hiburannya.

Jadi   sebab  itu,  kalau masalah iman ini selesai, orang tak perlu lagi hiburan yang ada sekarang ini. Memadai berhibur dengan baca Quran, nasyid, berselawat dan ibadah-ibadah yang lain. Sudah cukup untuk puaskan hati kita.

Sekadar Senyuman

Cukup hanya menerima senyuman, setahun kita boleh ingat dan terhibur. Berapa banyak orang sekali dia senyum, orang ingat dan terhibur. Sampai dia boleh cakap,

"Ya ALLAH saya rasa puas hati dengan seorang itu. Saya sekali sahaja berjumpa bukan dia kenal saya, dia boleh senyum dengan saya Sampai setahun pun masih ingat lagi."

Inikan lebih hebat daripada kita tengok seorang penari atau penyanyi terlonjak-lonjak di atas pentas. Pernahkah kita dengar orang sebut,

"Tiga tahun saya puas hati tengok penari tadi. Puas hati saya. Tak tengok lagi pun tak apa. Sekali pun sudahlah. Puas hati.."

Tak ada.

Tapi senyuman dan kemesraan seseorang selalu diperkatakan. Dia tak dilupakan, selalu disebut-sebut. Itu maknanya senyuman seseorang itu fitrah. Dan targetnya adalah hati. Itulah hiburan hati.

Rasulullah berkata:

"Senyum-simpulmu, kemesraanmu kepada saudara kamu yang lain itu dikira sedekah."

Semoga kita dapat berhibur dengan hiburan yang benar-benar menapak di dalam hati,
bukan hiburan palsu; yang berpunca dari nafsu. Sp



Cara Tuhan Membalas Kasih Terhadap Kekasih-Nya


Bismillahirrahmanirrahim

Cara Tuhan membalas kasih terhadap kekasih-Nya tidak seperti manusia,
Kalau manusia membalas kasih terhadap kekasihnya
diberi sesuatu yang menghiburkan atau menyukakan,
Kalau berlaku disebalik itu, bukan membalas kasih namanya,

Berlainan sekali Tuhan terhadap kekasih-Nya,
Memberi kasih sungguh anih, tidak serupa dengan manusia,
Tuhan memberi kasih terhadap cinta-Nya,
disusah-susahkan-Nya dengan bermacam-macam penderitaan,

Kekasih-kekasih Tuhan ialah para Rasul dan Ambiya dan
juga orang yang soleh dan bertaqwa sepanjang zaman,
Kasih Tuhan terhadap mereka dimiskinkan, dibenci
orang, disakitkan, dihalang perjuangannya dan
diperangi, diburu oleh musuh-musuhnya,

Meraka dibuang dan terbuang di negeri orang di dalam
kehidupan yang menyusahkan, mereka faham kasih Tuhan
terhadap mereka, Kerana itulah mereka redha,
mereka boleh sabar didalam penderitaan,
Bahkan rasa terhibur kerana Tuhannnya,

Kerana itulah Nabi pernah bersabda:
"Bala yang paling dahsyat ditimpakan adalah kepada para Rasul dan Ambiya
dan Auliya Kemudian mereka selepas itu mengikut peringkat yang diberikan iman kepada mereka, "

Semakin tinggi iman mereka, semakin berat bala
ditimpakan kepadanya,
Kalau kurang iman mereka, kurang pula bala,

Bala yang ditimpa kepada orang beriman
mengikut tinggi rendah imannya,
Ada juga orang tidak beriman, fasik dan zalim,
Diberatkan ujian kepada mereka itu adalah kutukan
Tuhan kepada mereka,
Yang saya ceritakan ini hanya orang  beriman sahaja,

Kalau seorang Islam tidak pernah dibala atau balanya
ringan sahaja janganlah bergembira,
Jangan-jangan mereka sudah tidak ada perhatian lagi
dari Tuhannya,
Kerana itu takutlah dengan Tuhannya,

Kerana kasih Tuhan kepada hamba-Nya
bukan macam manusia,
Kasih Tuhan kepada hambaNya tersendiri caranya,
Orang bertaqwa sahaja yang faham tentang Tuhannya.

Nukilan:Ust Hj Ashaari Muhammad
16-05-05
Menjelang Maghrib,


Khamis, 7 Mac 2013

Kenal Hakikat Kebahagiaan




MANUSIA TIDAK AKAN mendapat kebahagiaan tidak akan mendapat ketenangan dan tidak akan mendapat keindahan hidup, kalau tiga perkara ini tidak dapat dimiliki:

1. Kenal ALLAH SWT.
2. Kenal kerja-kerja ALLAH SWT.
3. Kenal dirinya sendiri.


Tanpa tiga perkara ini juga, kita sebagai hamba ALLAH tidak akan pandai mengharungi hidup. Jiwa pasti tidak tenang, keluh-kesah sempit, rasa tersendat sahaja, sekalipun kita kaya, mempunyai kedudukan yang tinggi, ilmu yang tinggi, badan kuat, sasa dan sebagainya,

Inilah yang dimaksudkan oleh ALLAH SWT dalam sepotong ayat:

 "Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku, maka ALLAH SWT akan untukkan baginya kehidupan yang sempit. "

(Thoha:124)

Ertinya, orang yang tidak faham atau kenal Tuhan Azzawajalla, tidak kenal dirinya sendiri, dan tidak kenal kerja Tuhan Azzawajalla itu akan disempitkan kehidupannya. Maksud hidup sempit lni; hatinya sentiasa sempit. hati tidak lapang, kusut, hati tersendat, hati tidak tenang, kebahagiaan hati tidak diperolehi walaupun nampak pada zahirnya, hidupnya lapang. Kenapa?

Cuba kita bahaskan sedikit untuk membuktikan kenyataan ini.

1. Bila Tidak Kenal ALLAH

Orang yang tidak kenal ALLAH SWT ertinya orang yang tidak berTuhan. Orang yang tidak merasai adanya Tuhan Azzawajalla.
Walaupun kalau ditanya, dia mengatakan percaya adanya Tuhan Azzawajalla, tetapi dia tidak merasakan di hatinya bahawa dia itu berTuhankan ALLAH SWT. Orang yang tidak merasa di hatinya bahawa dia berTuhan, ertinya dia tidak ada tempat rujuk.Tidak ada  sandaran. Tidak ada tempat untuk menggantungkan harapan. Tidak ada tempat untuk meminta. Tidak ada tempat hendak mengadu.

Sedangkan manusia ini dalam hidupnya tidak boleh lepas daripada bermacam-macam masalah hidup seperti kesusahan dan kepayahan. Jadi kalaulah datang kepayahan dan kesusahan yang bermacam-macam bentuk, sedangkan rasa berTuhan tidak ada (ertinya tidak kenal ALLAH SWT), maka dia tidak ada tempat mengadu. Ertinya, dia terpaksa bergantung kepada diri sendiri sahaja untuk menyelesaikan masalahnya. Tidak mungkin manusia boleh menyelesaikan permasalahan hidupnya sendiri tanpa campur Tuhan  Azzawajalla.

Inilah yang dimaksudkan orang yang tidak kenal Tuhan jiwanya menderita, jiwanya tidak akan bahagia kerana tempat rujuk, tempat harapan, tempat bergantung sudah tidak ada. Sebab itu perlunya berTuhan dan mesti kenal ALLAH SWT.

2. Bila Tidak Kenal Diri Sendiri 

Dalam ajaran Islam ini penganutnya disuruh kenal hakikat dirinya, seperti maksud hadis:

"Barang siapa yang mengenal dirinya, dia akan mengenal Tuhannya.
(Hadis Pilihan)

Orang yang tidak mengenal dirinya, juga tidak akan bahagia. Sebab orang yang tidak mengenal dirinya sendiri ini, dia tidak akan terasa bahawa dirinya itu adalah hamba kepada Tuhan Azzawajalla.

Cuma kalau dia ditanya,
"Awak ini hamba ALLAH SWT kah ?"
Akalnya menjawab, "Ya!"

Itu bukan merasa, cuma sekadar pada ilmunya saja dia tahu yang dirinya adalah hamba ALLAH SWT.

Tetapi kalau rasa kehambaan itu tidak ada di dalam hatinya, ertinya dia tidak kenal dirinya sendiri. Orang yang tidak kenal dirinya sendiri, nanti dia rasa dirinva tuan. Dia rasa, dialah besar. Dia rasa dirinya mulia. Dia rasa, dialah yang mempunyai kelebihan  walaupun dia sebenarnya tidak ada kelebihan.

Maka timbullah sifat sombong dan sebagainya. Di waktu dia dalam suasana begitu atau perasaannya begitu, sekali lagi saya katakan, dalam pengalaman hidup manusia. dia tidak boleh lepas daripada cabaran. Kalau nantinya ada orang lain yang cabar atau ada orang yang lebih gagah daripada dia, menderitalah jiwanya, disebabkan ketuanannya tercabar. Dan yang lebih-lebih lagi tercabar, kalau dia Boss di pejabatnya, tiba-tiba peonnya tidak taat dengan dia lagi. Ketika itu dia rasa ketuanannya telah dihina dan dicabar. Ini disebabkan dia merasa dirinya adalah tuan yang mesti dihormati dan bukannya seorang hamba. Jadi hilanglah kebahagiaannya. Itu adalah sebagai contoh dan bolehlah kalau kita hendak datangkan contoh-contoh yang lain.

3. Bila tidak kenal kerja-kerja ALLAH

Begitu juga manusia tidak akan bahagia, tidak akan mendapat ketenangan walau bagaimana tinggi kedudukannya sekalipun, kalau dia tidak tahu kenapa dan mengapa ALLAH SWT jadikan pada dirinya sesuatu yang dia sukai atau sesuatu yang dia tidak sukai seperti yang telah disuratkan oleh taqdir. Kalau ALLAH SWT beri dia ilmu dia tidak tahu mengapa. ALLAH SWT beri dia kehidupan yang miskin, dia tidak tahu mengapa. ALLAH SWT beri dia sakit. dia tidak faham kenapa dan mengapa. ALLAH SWT beri dia kekayaan, dia tidak faham mengapa. ALLAH SWT beri dia kedudukan yang tinggi, jawatan yang tinggi tetapi dia tidak faham mengapa. ALLAH SWT jadikan dia pemimpin, dia tidak faham mengapa. ALLAH SWT jadikan dia sebagai pengikut, dia tidak faham mengapa. Orang ini juga tidak akan mendapat kebahagiaan.

Ya atau tidak ?
Cuba kita bahaskan apakah benar atau tidak,

kalau kita tidak tahu mengapa ALLAH SWT lakukan sesuatu taqdir itu kepada diri kita, nescaya kita tidak akan dapat kebahagiaan.

Contohnya, suatu masa kita jatuh sakit.Memang kita tidak boleh elak daripada sakit. Paling tidak dalam seumur hidup kita, walaupun sekali,mesti menerima sakit.  Biasanya dalam setahun kita mengalami tiga atau empat kali diserang sakit. Cuma keadaannya saja berbeza, antara ringan dengan berat sahaja. Bila kita sakit, kemudian kita tidak tahu mengapa ALLAH SWT sakitkan kita, nescaya kita akan membesar-besarkan rasa sakit itu.

Sudah penyakit itu sememangnya membuatkan diri atau badan kita sakit, tetapi dengan kita asyik keluh kesah menyesali sakit yang menimpa itu, jadi bertambahlah terasa sakitnya. Mula-mula sakit di badan, dan oleh kerana tidak tahu  mengapa ALLAH SWT sakitkan kita, akhirnya sakit hati. Jadi dua kali sakit iaitu sakit badan dan sakit hati. Akhirnya `meratus' atau bercakap yang bukan-bukan yang tidak selayaknya. Atau ALLAH SWT tlh memiskinkan hidup kita.

Tetapi kita tidak faham mengapa ALLAH SWT miskinkan hidup kita, maka parahlah jiwa kita dan menderitalah hidup kita di mana kita rasa terhina dengan kemiskinan itu.Sebaliknya kalau kita faham mengapa ALLAH SWT miskinkan kita tentulah kita tidak akan merasa terhina. Sebaliknya boleh terhibur hati kita. Dan kalau kita faham mengapa ALLAH SWT sakitkan kita, maka kita tidak akan keluh kesah menanggung rasa sakit itu. Hanya fizikal sahaja yang sakit tetapi hati tetap terhibur.

Kaya

Begitu jugalah kalau ALLAH SWT senangkan hidup kita atau kayakan kita, kita diberi jawatan, jadi pemimpin dan sebagainya, kalau kita tidak faham mengapa ALLAH  lakukan begitu kepada diri kita, natijahnya sama iaitu kita juga tidak bahagia.

Sebab kalau kita tidak tahu mengapa ALLAH SWTjadikan kita begitu, nanti kita rasa itu semua hanya kita yang punya. Apabila kita sudah merasakan itu semua adalah kita punya, sebelum harta itu hilang atau luak, hati kecil kita sudah menderita. Susah hati,

"Jangan jangan, harta aku nanti dicuri orang."
"Jangan-jangan, nanti akan luak harta aku ini."
"Jangan-jangan, dalam dua atau tiga tahun lagi mungkin jawatan aku diambil orang."

Mengenangkan hal itu, hatinya jadi sakit parah. Sebelum dia jatuh daripada jawatannya lagi, hatinya sudah jatuh sakit tertekan terlebih dahulu. Kalau taqdirnya esok dia jatuh maknanya dia mengalami dua kali jatuh iaitu fizikalnya jatuh dan hatinya juga jatuh. Ini disebabkan dia tidak dapat faham mengapa ALLAH SWT jadikan dia sebagai pemimpin, mengapa ALLAH SWT kayakan dia dan mengapa ALLAH SWT beri dia jawatan. Dia tidak faham semua itu. Akhirnya tidak dapat kebahagiaan juga. Tidak bahagia.

Padahal, sama ada ujian kesusahan mahupun ujian kesenangan, di sebalik itu ada maksud ALLAH SWT. Maha Suci ALLAH SWT yang tidak pernah melakukan sesuatu itu sia-sia atau semberono sahaja. Tidak. ALLAH SWT lakukan semua itu dengan penuh hikmah. Ada mengandung pengajaran. Ada falsafahnya, ada maksud tersiratnya dan ada pendidikannya.

Miskin 

Katalah ALLAH SWT miskinkan kita atau sakitkan kita umpamanya. Orang yang kenal kerja ALLAH SWT melalui Al Quran dan melalui Sunnah Rasulullah SAW, hatinya
terhibur menerima taqdir itu. Betapa dia tidak terhibur kerana:

1. Dia sedar ALLAH SWT hendak beri dia kerehatan dan kurang tanggungjawab. Orang miskin dan orang yang sakit, kurang tanggungjawab atau tidak ada tanggungjawab  kepada masyarakat. Itu kan meringankan beban tanggungjawabnya. Dia sedar itulah caranya ALLAH SWT hendak ungkai tanggungjawabnya kepada masyarakat, kepada negara dan sebagainya yang begitu sulit kalau kita yang memikul tanggungjawab itu  iaitu kalau ALLAH SWT bagi kepada kita tanggungjawab itu.

2. Kita masih terhibur kalau kita rasa pernah berdosa:

"Oh! ALLAH SWT nak selesaikan di sini lagi, ALLAH SWT dahulukan hukuman di dunia, kerana ALLAH SWT tidak mahu hukum aku di
Akhirat dengan Neraka. ALLAH SWT selamatkan aku daripada seksa Neraka.."

Kalau kita berfikir begitu, hati kita masih boleh terhibur. Sebab kesilapan kita itu, kalau ALLAH SWT hukum di Akhirat atau ditangguhkan di Akhirat nanti iaitu selepas kita mati, tentulah amat dahsyat. Wal' iyazubillah. Tetapi apabila ALLAH SWT hukum dosa-dosa kita di dunia lagi iaitu dengan ditimpakan sakit, miskin dan dihilangkan pangkat kita, ertinya ALLAH tidak akan hukum lagi di Akhirat kerana sakit miskin dan kehilangan pangkat itu adalah termasuk hukuman ALLAH SWT.

"Oh! Rupa-rupanya ALLAH SWT hukum aku melalui cara ini, di sini sahaja (di dunia) di atas kesalahan aku. Kalau dihukum di sini, manalah berat sangat jika dibandingkan kalau dihukum di Akhirat dengan Neraka.."

Masih terhibur hatinya.

Ataupun kalau dia pada Lahirnva tidak nampak dia berbuat salah,
"Oh! Barangkali ALLAH SWT hendak bagi aku darjat dan pangkat di Akhirat dengan Syurga." Terhibur hatinya. Masih mampu terhibur dalam ujian. Ini hanya berlaku kalau dia tahu mengapa ALLAH SWT sakitkan dia atau miskinkan dia. Dia terus terhibur kerana hatinya tetap kaya.

Jadi barulah kita faham, bila kita miskin atau sakit, itu menunjukkan ALLAH SWT hendak beri kepada kita pahala sabar, iaitu selain daripada hikmah yang telah saya sebutkan tadi. Sebab sabar itu diperolehi bila seseorang itu miskin, bila sakit, bila tidak ada jawatan dan sebagainya. Sabar dalam rnenanggung perasaan ketika ditimpa ujian itu amat besar pahalanya di nisi

ALLAH SWT. Dalam Al Quran dinyatakan:

"Sesunggulznva ganjaran untuk orang yang sabar ialah tanpa hisab. "
(Az Zumar:10)

Jadi pahala sabar yang ALLAH SWT ganjarkan itu tanpa hisab. la tidak mengikut nisbah biasa satu nisbah sepuluh atau satu nisbah tujuh puluh. Sebaliknya mengikut seberapa banyak yang ALLAH SWT hendak beri.. Inilah nilai pahala sabar. Jadi kalau kita faham tentang hakikat itu semua, tidak jadi masalahlah tentang sakit, tentang miskin, tidak ada harta dan sebagainya.

Begitu juga umpamanya kalau kita diberi kelebihan oleh ALLAH SWT dengan ilmu. Ini adalah dengan tujuan supaya kita dapat pahala nelalui ilmu ini dengan cara mengajar orang ramai atau berdakwah. Tujuan ALLAH SWT supaya kita dapat pahala syukur.
Kita bekerja menyampaikan.ilmu kepada orang lain itu sebagai tanda kita bersyukur kerana ALLAH SWT beri ilmu kepada kita. Di situlah ALLAH SWT beri pahala syukur. Atau kita diberi harta yang banyak dan dengannya membolehkan kita berkorban. Apabila kita berkorban, itulah tanda syukur maka kita dapat pahala syukur.

Atau kalau seseorang itu menjadi pemimpin dan lebih-lebih kalau jadi pemimpin besar di peringkat negara. Nikmat ini adalah untuk membolehkan dia bersyukur melalul jawatan itu sebab Ia boleh gunakan jawatannya itu untuk melindungi umat. Melindungi umat ini terlalu besar pahalanya iaitu satu saat sahaja dia boleh berlaku adil, akan dapat pahala yang lebih besar daripada seorang abid yang sudah tujuh puluh tahun beribadah. Juga dia termasuk orang yang dilindungi di Padang Mahsyar esok. daripada kepanasan matahari yang di waktu itu tidak ada perlindungan apa-apa selain perlindungan Arasy. Kalau kita rujuk kepada hadis, ada disenaraikan tujuh golongan yang dilindungi dan duduk di bawah bayangan Arasy; termasuk pemimpin yang adil. Jadi ALLAH SWT hendak beri peluang pahala secara memberikan nikmat-nikmat tertentu agar orang itu bersyukur melalui nikmat itu. Kalau ALLAH SWT beri harta adalah untuk memberi peluang kepadanya bersyukur dengan cara dia membahagi-bahagikan hartanya itu:

"Nikmat ALLAH SWT itu hendaklah diagih-agihkan (dicaing-caing atau dibahagi-bahagikan). "
(Ad Dhuha: 11)

Itulah ciri-ciri atau tanda orang yang bersyukur. Pahala syukur ini sangat besar. Ada ulama yang memberi pendapat pahala syukur lebih besar daripada pahala sabar. Sedangkan pahala sabar saja pun sudah Bighairi hisab apatah lagi pahala syukur ini; mungkin di samping kita dapat Bighairi hisab, ada darjat-darjat lain yang ditambah supaya ianya mengatasi pahala sabar tadi.

Tetapi kebanyakan orang tidak faham mengapa dia diberi kekayaan, mengapa dia diberi pangkat, mengapa dia diberi ilmu. Dia tidak faham. Sebab itu dia jadi orang yang sombong dengan harta. Dia jadi orang yang tamak. Dia tahan hartanya dan tidak dikorbankan pada jalan ALLAH SWT. Diberi ilmu kepadanya tetapi dia sombong dengan ilmunya itu. Tidak disampaikan kepada orang lain dan kalau disampaikan pun mesti dinilai dengan Wang ringgit umpamanya sejam mesti dibayar seratus atau dua ratus ringgit. Dia mensyarahkan ilmunya itu bukan dengan tujuan untuk menginsafkan orang yang mendengar.

Begitu juga kalau dia jadi pemimpin, niatnya bukan hendak melindungi orang ramai, bukan hendak ajak orang ramai kepada ALLAH SWT dan Rasul-Nya tetapi dia berbangga dengan jawatan dan kedudukan yang dimilikinya.

Amaran untuk si bakhil Orang yang berharta umpamanya, apabila dia tidak tahu mengapa dia diberi kekayaan oleh ALLAH SWT, timbul tamak dengan harta, kedekut dengan harta, sayang dengan harta dan tidak dikorbankan pada jalan ALLAH, maka ALLAH memberi amaran dalam Al Quran:

"Mereka yang menumpuk-numpukkan emas dan perak. Berilah khabar gembira dengan azab yang maha pedih. "

(At Taubah: 34)

Zaman dahulu emas dan perak itulah yang menjadi harta dan matawang. Mereka berjual beli dengan menggunakan wang emas dan perak. Zaman sekarang, emas dinilai dengan wang kertas tetapi hakikatnya sama juga. Dengan rahmat-Nya, maka ALLAH SWT beri manusia ini ilmu dan kaedah menilai emas itu dengan kertas, yang mana ini sangat memudahkan.

Jadi mereka yang menumpuk-numpukkan emas dan perak serta tidak dikorbankannya pada jalan ALLAH maka ALLAH S WT perli  mereka:

"Berilah mereka itu khabar gembira.. "

Biasanya  apabila  disebut khabar gembira itu ialah dengan sesuatu yang baik dan yang positif. Tetapi untuk mereka ini, ALLAH SWT khabarkan dengan perkara yang negatif sebagai suatu perli, "dengan azab yang maha pedih (Neraka). "

Bagaimanakah bentuk atau ciri-ciri orang yang menumpuk-numpukkan harta ?
Termasuk ciri orang yang menumpuk-numpukkan harta ini ialah:

1.Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
2. Orang yang tidak keluarkan kewajiban yang aradhi.

Apakah kewajipan yang aradhi ? 

Iaitu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan pada masa-masa yang tertentu ketika masyarakat Islam memerlukan bantuan kewangan. Sedangkan orang-orang miskin tidak boleh bertanggungjawab kerana mereka tidak ada harta kepunyaan peribadi.Umpamanya ketika umat Islam memerlukan hospital yang menjalankan perawatan secara syariat, di waktu itu wajib hukumnya bagi orang kaya untuk mengeluarkan bantuan kewangan hingga kepada tercetus sebuah hospital. Kalau tidak dikeluarkan wangnya maka dia termasuk golongan orang yang membekukan hartanya atau orang yang menumpuk-numpukkan hartanya.

Salah Faham

Sekali-sekala bila berlaku bencana alam yang menyebabkan bangunan dan harta benda rosak serta ramai orang yang mati dan sakit. Bantuan yang banyak sangat diperlukan. Dan di waktu itu wajib aradhi bagi orang yang kaya di tempat itu bertanggungjawab. Bukan saja kerajaan (kerana dalam hal ini kerajaan memang sudah semestinya bertanggungjawab) tetapi orang kaya juga wajib bertanggungjawab. Kadangkala dalam kes-kes tertentu orang-orang kaya dituntut untuk lebih bertanggung-jawab daripada kerajaan.

Contohnya kalau kerajaan sendiri menghadapi masalah kewangan, orang kaya lebih dipertanggungjawabkan daripada pemerintah. Kalau dia tidak mahu keluarkan hartanya untuk perkara wajib aradhi itu maka termasuklah dia sebagai orang yang membekukan harta atau menumpuk-numpukkan harta. Sekali-sekala pula umpamanya umat Islam amat perlu atau sangat terdesak supaya membangunkan ekonomi komersil secara Islam untuk mencabar ekonomi kapitalis yang sudah sekian menindas masyarakat. Tetapi umpamanya, orang-orang kaya Islam masih lagi tidak bertanggungjawab di mana hartanya yang terhimpun itu tetap ditahan dan tidak dialirkan untuk membangunkan ekonomi komersil itu maka dia termasuk mereka yang menumpuk-numpukkan harta yang akan diberi "khabar gembira" dengan azab yang maha pedih iaitu Neraka. Wal `iyazubillah.

Termasuk juga orang yang suka menumpuk-numpukkan harta ini ialah mereka yang membekukan hartanya sampai setahun tidak teredar di tengah masyarakat. Ini termasuk juga kategori menumpuk-numpukkan harta.

Dalam Ihya' Ulumuddin ulasan daripada Imam Al Ghazali rh:
"Seseorang itu hanya dibenarkan menyimpan wang ringgit, emas dan Perak hanya dalam masa setahun iaitu untuk sekadar perbelanjaannya selama setahun. "

Dalam tempoh itu sahaja yang dibenarkan atau diharuskan. Kalau sudah lebih setahun duit itu hanya tersimpan di dalam laci kita (style menyimpan ala kampung) atau disimpan dalam bank dan tidak teredar di tengah masyarakat, sama ada dalam bentuk dipinjamkan, disedekahkan, ataupun dia membangunkan kedai untuk memudahkan orang ramai membeli-belah dan mendapatkan barang-barang keperluan harian dan sebagainya, dia termasuk orang yang menumpuk-numpukkan harta.

Ramai orang yang tidak faham maksud ayat ini dengan menganggap bahawa orang kaya yang tidak bersyukur atau yang tidak bertanggungjawab itu hanyalah mereka yang tidak mengeluarkan zakat sahaja. Ini suatu kesilapan dan kekeliruan. Ulama-ulama hanya menceritakan perkara yang pertama sahaja, sedangkan dua perkara lagi itu disorok.

Haram hukumya
Jadi kalau lebih setahun harta itu tidak teredar di tengah masyarakat seperti tidak diperniagakan, tidak diberi pinjam kepada orang yang kesempitan hidup, tidak digunakan untuk membantu orang yang sedang susah dan sebagainya maka dia termasuk golongan yang menumpuk-numpukkan harta. Haram hukumnya. Setidak-tidaknya kalau dibangunkan kedai, berapa banyak orang dapat menikmati kemudahan membeli-belah. Masyarakat boleh menumpang membeli barang-barang keperluan dengan tidak perlu bersusah-payah pergi ke tempat yang jauh.

Sebaliknya golongan ini lebih gemar untuk terus menghimpun hartanya. Lebih-lebih lagi di zaman berleluasanya amalan riba ini, sengaja harta disimpan dalam bank sebagai `pokok' daripada situ mereka hanya `makan bunga' sahaja. Perangai begini lebih dahsyat lagi.

Jadi kebanyakan manusia yang ada di muka bumi ini tidak kenal ALLAH SWT, tidak kenal dirinya sendiri dan tidak kenal mengapa ALLAH SWT berbuat sesuatu terhadap dirinya. Akibatnya dia tidak pandai menempuh hidup. Bila tidak pandai menempuh hidup maka dia tidak akan dapat kebahagiaan hakiki.

Barulah kita sedar betapa pentingnya rasa bertuhan.

Bukan sekadar tahu adanya Tuhan tetapi rasa berTuhan itu juga amat penting. Seterusnya rasa kehambaan dan faham benar kerja-kerja ALLAH SWT kepada diri kita itu amat penting sekali. Ini faktor keselamatan kita di dunia dan Akhirat. moga-moga ALLAH SWT sentiasa memimpin kita hingga kita mendapat kejayaan di dunia dan di Akhirat. sp


--------------------
Nota mafhum hadis
--------------------
"Barang siapa yang mengenal dirinya, dia akan mengenal Tuhannya. Atau Barangsiapa mengenal dirinya maka sesungguhnya telah mengenal Tuhannya

Mengenai hadis ini Syeikh Daud Abdullah Fathani sependapat dengan semua Ulama Asia Tenggara bahawa kalimat ini adalah hadis walaupun beliau tahu bahawa ada orang yang berpendapat ia bukan hadis .

Ulama-ulama yang menolak hadis ini diantaranya Syeikh Ibnu Taimiyah menilainya sebagai maudhu Imam Jalaludin asSayuti walaupun beliau menyebut hadis ini tidak sahih namun dia tetap mengakui ia adalah hadis .Demikian juga Imam Nawawi beliau menyebut tidak tsabit namun tetap mengakuinya sebagai hadis.Imam Zarkasyi yang berpunca daripada Ibnu Samani berpendapat bahawa adalah berasal dari perkataan Yahya bin Muaz ar Razi

Golongan ulama Tasauf tetap mempertahankannya sebagai hadis termasuklah Imam al Ghazali,Abu Abbas al Marsi, Abu Thalib al Makki ,Ibnu Atha ullah dan lain-lain sangat ramai untuk disebutkan satu persatu.Ulama-ulama Asia Tenggara selain Syeikh Daud Abdullah Fathani yang pernah membahas hadis ini yang tetap mengakui sebagai hadis diantaranya ialah Nuruddin ar Raniri ,Abdur Rauf alFansuri ,AbduSomad alPalambani dan lain-lain ramai lagi .Walaupun mereka juga membaca kitab Ibnu Taimiyah dan Imam Zarkasyi yang menolak hadis tersebut namun mereka tidak berpegang dengan kedua-duanya

Dengan keterangan ini diatas orang yang tidak sependapat dengan pemikiran Ulama-ulama kita yang terdahulu janganlah beranggapan bahawa ulama-ulama kita tidak menguasai llmu Hadis setiap baris yang mereka tulis ada hujah-hujahnya yang tertentu

Rujukan Ustaz Wan Saghir Abdullah



Fahamilah Maksud Perbuatan Tuhan

Orang yang tidak kenal Tuhan,
orang yang tidak faham kerja-kerja Tuhan
Dia tidak akan faham maksud Tuhan menjadikan sesuatu

Maksud Tuhan itu difaham mengikut yang dia faham
Akhirnya dia tidak mampu menanggung, apa yang dilakukan oleh Tuhan pada dirinya
Kalau Tuhan beri dia kuasa,
Tuhan hendak melihatkan kuasa-Nya pada diri orang itu
Tapi orang itu merasa berkuasa
dan berbangga dengan kuasa yang ada
Dia pun takbur dan sombong dan menyalahguna kuasanya
Jika dia diberi kekayaan,
Tuhan hendak melihatkan kekayaan-Nya pada diri orang itu
Tapi orang itu dialah yang merasa kaya, dia pun megah dan sombong
Dia pun menghina orang yang papa kedana

Apabila Tuhan memberi ilmu,
Tuhan hendak memberitahu ilmu-Nya pada orang itu
Ilmu Tuhan yang diberi kepadanya
Orang itu menganggap dialah yang punya ilmu,
dia mahu dihormat dan dipuji
Dia rasa, dialah orang alim yang patut dimuliakan
Padahal Tuhan hendak melihatkan ilmu-Nya pada orang itu
Jika seseorang itu suaranya sedap atau rupa parasnya cantik
Tuhan memberitahu itu adalah anugerah Tuhan padanya
Tuhan pinjamkan kepadanya
Tapi orang itu merasa megah pula dengan suara dan rupanya
Ingin dipuji dan disanjung selalu

Kalau Tuhan uji seseorang dengan kesusahan dan penderitaan
Tuhan hendak memberitahu,
Dia mampu bertindak apa sahaja kalau Dia mahu
Dia mahu orang itu sedar dan insaf agar kembali kepada-Nya
Tapi orang itu pula dia tidak senang, gelisah,
kecewa dan putus asa
Begitulah orang yang tidak kenal dan tidak faham perbuatan Tuhan
Orang itu tidak akan rasa tenang jiwanya
Jiwanya tidak senang dan kecewa selalu mungkin putus asa

Hormat orang tidak kekal, sanjungan orang tidak selalu
Pujian orang tidak mesti sampai ke hujung
Kemegahan dan kekuasaan tidak selama-lamanya
Apabila segala-galanya sudah tidak wujud
Lagi kecewa, menderita, putus asa

Oleh itu kenalilah Tuhan,
fahamilah maksud perbuatan Tuhan  
Bukan maksud seperti yang kita fahami

8.11.2002
3 Ramadhan 1423H
Waktu Dhuha

Tersenyum menerima Kesusahan dan Kesenangan



ALLAH berfirman di dalam Hadis Qudsi:

"Aku hairan dengan orang Mukmin. Dapat nikmat pun dia memperolehi pahala. Dan dengan kesusahan pun dapat pahala."

orang mukmin yang sejati bila ALLAH susahkan dia, dia berfikir, tentu ALLAH mahu beri dia pahala sabar. Pahala sabar itu bighairi hisab tanpa dihitung-hitung. Kalau kebaikan biasa diberi ganjaran satu persepuluh atau paling-paling tinggi satu hingga tujuh ratus, tetapi pahala sabar, ALLAH mungkin balas dengan tujuh juta atau seisi langit dan bumi; terpulang pada ALLAH untuk memberinya.

Patutlah orang Mukmin boleh senyum gembira dengan ujian kesusahan yang diberikan oleh ALLAH SWT, sebab dia tahu dia akan diberi pahala. Itulah yang dimaksudkan dengan Hadis di atas.

Bila dapat nikmat atau kesenangan seperti sihat badan, ada duit, dapat suami, dapat isteri, dapat cahayamata, dapat makan minum dan sebagainya, dia sedar dan insaf bahawa nikmat itu datang daripada ALLAH. Oleh itu dia sentiasa rasa syukur kepada ALLAH SWT, 'Aku mesti gunakan nikmat ini kerana ALLAH. Aku mesti tingkatkan perjuangan, aku mesti tambah kebaikan, sebab ALLAH beri kebaikan kepada aku'. Oleh itu dia dapat pahala. Yakni pahala syukur atas nikmat yang ALLAH beri. Sekiranya dia dapat kesusahan pun, dia dapat pahala.

Jauh sekali bezanya dengan kita. Kita bila diberi nikmat, nikmat itu menjadi bala; mendatangkan dosa. Bila diuji dengan kesusahan pun is menjadi bala. Yang senang pun kita dapat bala, yang bala jadi dua kali bala. Kalau seseorang itu memandang kecil pada ALLAH, waktu senang dia akan lupakan ALLAH. Jangan sangka kesenangan boleh mendekatkan dia dengan ALLAH. Kesusahan lebih balk baginya. Dia akan sedar dirinya hamba. 'Sakit gigi pun dah tak tahan. Selama ini aku ingat aku ini hebat, gagah. Bila diuji baru terpelengok. Rupanya aku ini hamba.' Baru kita terasa diri kita kecil, dan ALLAH itu besar. Jadi memang elok kita diuji.

Tapi sekiranya memang tak pernah kena uji, kalau diuji pun hanya dengan ujian yang kecil-kecil, bukan ujian yang besar-besar, bila diberi ujian lebih sikit, kita rasa kitalah yang paling berat diuji di antara manusia-manusia. Sakitnya jiwa kita

JIWA TAUHID 

Ubat untuk sakit jiwa tidak lain melainkan tauhid kepada ALLAH SWT. Kuatkan jiwa dengan ALLAH SWT. Kita boleh kuatkan fizikal dengan senaman, boleh berjoging tiap-tiap hari ataupun bell alat-alat aerobik, makan bahan-bahan berzat sekucupnya. Semua ini boleh menyihatkan badan. Tapi makin kuat fizikal, makin lemah jiwa. Kenapa?

Kerana jiwa tak dikuatkan dengan ALLAH.Sebab itu perlunya ujian kesusahan. Dengan ujian itu, kita sedar ALLAH itu ada dan kita sedar perbuatan ALLAH pada kita. Kita tahu mengapa ALLAH lakukan sesuatu kepada kita. Kalau umpamanya ada orang menyusahkan kita, kita tahu ia merupakan ujian dari ALLAH untuk penghapusan dosa kita. Mungkin waktu kita muda-muda dulu kita pernah menyusahkan orang lain. Setidak-tidaknya waktu sekolah menengah dulu, kita jentik-jentik telinga kawan, pukul kawan, ejek-ejek kawan. Semua itu menyakitkan hati orang. ALLAH balas perbuatan kita itu sekarang; mungkin isteri kita mengejek kita pula. Hapuslah dosa kita. Di waktu itulah kita kena ingat bahawa kita pernah mengejek orang, menghina orang. Jadi ALLAH hina kita melalui isteri, melalui anak, melalui orang lain untuk menghapuskan dosa. Bila kita terasa dosa kita terhapus, alangkah bahagianya.

Umpama kita diisytiharkan masuk ke Penjara Pudu, tapi tiba-tiba tak jadi dimasukkan ke dalam penjara.Alangkah bahagianya. Mungkin sebagai tanda kesyukuran, kita akan sembelih lembu lima, enam ekor. Itu baru penjara dunia. Penjara Akhirat (Neraka ALLAH) lebih hebat dan menakutkan. Patut kita sedar, dengan ujian kesusahan yang ditimpakan kepada kita, ALLAH tak mahu hukum kita di Akhirat, Dia mahu hukum kita di dunia. Tapi kalau kita tak mahu menerima, kita tak faham itu ganjaran pahala daripada ALLAH, maka jiwa kita akan sakit; itu yang membuat kita terpelengok.

Mana ada manusia yang lepas dari ujian. Raja atau pemimpin sekalipun, walau sehebat mana pun dia, pasti tidak lepas dari ujian kesusahan. Kalau dia seorang yang zalim, ALLAH datangkan orang yang Iebih zalim lagi untuk menghukum dia. Bila orang jahat pukul orang jahat, maka kena buku dengan ruas.

Bagi sesetengah pemimpin, kadang-kadang orang-orangnya sendiri yang lanyak dia. ALLAH datangkan tokoh-tokoh yang dia didik dan dibelainya dulu, menyusah dan melanyak dia. Supaya dia sedar, tak ada orang yang berkuasa. Cuma kalau dia tak sedar, dia tak nampak kuasa ALLAH. Tak nampak maha berkuasanya ALLAH. Mungkin dia telah berlaku zalim terhadap sebuah jemaah Islam yang haq. Dia nak hapuskan jemaah itu. Tapi ALLAH tak izinkan, bahkan jemaah itu masih terus berjuang dan dari sehari ke sehari makin berkembang; pendukung serta simpatinya makin bertambah. Bahkan orang-orang bawahan pemimpin itu pun turut memberi simpati dan mendukung perjuangan jemaah tersebut. Padahal tidak ada apa-apa pada jemaah itu kalau dibandingkan dengan pemimpin yang dikawal oleh bodyguard tapi akhirnya dapat dijatuhkan juga. Kalau mengikut lojik, itu tidak mungkin berlaku. Tapi ia berlaku dengan izin ALLAH.

Jadi tidak ada manusia yang lepas daripada ujian. Bila didatangkan ujian oleh ALLAH, kita kena terima. Tak apalah susah sikit-sikit tapi bahagia di Akhirat. Tapi kalau orang yang kena ujian bukan kerana ALLAH, di dunia lagi parah. Di Akhirat dapat Neraka. Kalau kita faham ini semua kerja ALLAH, maka ianya tidak memberi kesan kepada kita. Sakit memang sakit dan memang kita rasa teruji, tapi taklah sampai kita hilang pertimbangan.

Katalah ada orang menyusahkan kita. Mungkin suami kita, isteri kita, ibu ayah, anak atau orang lain. Waktu itu kita perlu rasakan di hati, "Rupanya ALLAH nak berikan pahala kepada aku, jadi buat apa aku susah-susah hati. Bukan aku yang bersalah, dia yang bersalah."

Jadi kalau kita tak redha dan tidak sabar, sebenarnya itu satu kepelikan kerana orang lain yang lakukan kesalahan, kita yang susah hati. Patutnya perkara yang membolehkan kita masuk Syurga menjadikan kita redha dan sabar. Apabila orang curi duit kita umpamanya, orang itu yang patut susah hati sebab dia yang bersalah dia akan masuk Neraka sedangkan kita akan dibalas dengan Syurga. Tapi kita pula yang nak marah dengan orang yang nak masuk Neraka. Kerana kita tak tahu kerja ALLAH!

Bila kawan silap sikit dengan kita, kita pun marah-marah. Patutnya kawan itu yang marahkan kita,

"Tengok, aku dah termarahkan engkau, kalau tak kena gaya, boleh masuk Neraka..."

Tapi kita pula yang marahkan dia. Sedangkan kita patut susah hati,
'Jangan sampai aku yang tersalah dengan orang. Bila bersalah atau silap dengan orang, aku boleh masuk Neraka. Kalau aku menjaga daripada membuat kesalahan, aku boleh masuk Syurga.'

Patutnya kita sedar tentang hal ini.

DIDIKAN UNTUK WANITA

Bagi seorang isteri, kalau dia sedan perkara ini, hatinya tidak akan susah. Umpamanya kalau suami lambat batik sikit, mungkin seminggu sekali baru batik, kita tak akan marah-marah. Kita akan bersabar dengan tindakan suami kita. 'Tak apalah suami aku buat macam ini, mudah-mudahan dengan cara inilah dosa aku terampun'. Jadi kita tak akan marah-marahkan suami kita. Yang hairannya, kita ini terlalu pentingkan diri sendiri. Kalau kita buat pada orang tak apa, tapi kalau orang buat pada kita, kita tak boleh terima. Orang silap dengan kita, kita ambil tahu, tapi kalau kita silap dengan orang, kita make don't know sahaja; buat tak tahu. Suami tersilap dengan kita, kita ambil kira. Kita silap dengan suami, tak apa. Bagi si suami puIa, isteri tersilap dirasakan terlalu menyakitkan, tapi bila suami yang silap, dia tak sedar. Dia buat don't know sahaja.

Sebab itu pentingnya tauhid.

Bukan tauhid sekadar percaya ALLAH itu ada, ALLAH menjadikan alam ini. Cuba tanya orang bukan Islam,

"Ini dunia siapa yang bikin?"
Tentu dia jawab,
"Tuhan ALLAH Ia..."

Tauhid macam itu, orang kafir pun miliki.

Jadi kita mesti faham akan kerja Tuhan. Bila diberi pangkat, harta dan duit sebanyak-banyaknya, ALLAH seolah-olah berkata, "Ini Aku beri peluang untuk engkau membuat pahala kebajikan sebanyak-banyaknya. Tapi mengapa tak ambil peluang?" Waktu tak diuji kita meratah-ratah, Tapi waktu diberi peluang keistimewaan, kita tak ambil peluang untuk cari pahala.

Patutlah sekali-sekala ALLAH tarik nikmat itu untuk menguji kita pula. Supaya ALLAH dapat berikan pahala sabar pula. Tadi diberi peluang dapat pahala syukur, sekarang diberi peluang merebut pahala sabar pula. Di masa-masa lain mungkin diberi peluang mendapat pahala memberi maaf, pahala meminta maaf, pahala tawakkal, pahala pemurah dan sebagainya. Kalau tak ada kejadian yang berlaku pada diri kita, mana ada ruang nak dapat pahala?

Pahala sabar diberi waktu susah. Kalau tak mahu terima kesusahan, mana ruang untuk kita dapat pahala sabar? Jadi setiap kejadian yang menimpa diri kita itu, sebenarnya ALLAH nak berikan pelbagai benda kepada kita.

AMARAN ALLAH

Menjaga hubungan hati dengan ALLAH itu penting. Sekiranya ujian-ujian yang ALLAH timpakan membuatkan kita merasa tidak senang, maknanya kita tidak senang dengan ALLAH. Kita tidak senang dengan Dia yang mencipta diri kita. Gambarkan bagaimana. Tentulah ALLAH murka. Di dalam Hadis Qudsi ada disebut:

"Kalau engkau tidak sabar dengan ujian dan ketentuan Aku, maka carilah bumi selain daripada bumi Aku, carilah langit selain dari langit Aku. Dan carilah Tuhan selain daripada Aku. "

Bolehkah kita cari Tuhan lain ?

Bolehkah kita berpijak di bumi selain daripada bumi ALLAH? Katalah kita nak pergi ke bulan. Bulan pun hak ALLAH juga. Seluruh isi langit dan bumi serta yang berada di antara kedua-duanya adalah kepunyaan ALLAH. Demikian murkanya ALLAH SWT hingga Dia berfirman demikian. Kalau tidak sabar dengan ujian dan ketentuan-Nya, Dia menyuruh kita mencari bumi selain daripada bumiNya. Maknanya bumi yang di atasnya tidak ada ujian; hanya penuh dengan keindahan sahaja.  Sedangkan ALLAH sudah tentukan, kehidupan di bumi-Nya ini ada payah dan ada senang.

Katakanlah, kita berdoa kepada ALLAH, minta nikmat sahaja. Kalau kita diberi nikmat, adakah kita mampu bersyukur setiap ketika? ALLAH tambah sahaja rezeki seringgit, kita tambah sembahyang sunat dua rakaat. Bertambah sahaja sepuluh ringgit rezeki kita, kita tarnbah 20 rakaat sembahyang sunat. Begitulah seterusnya, untuk menunjukkan syukur kita terhadap nikmat ALLAH. Mampukah kita berbuat begitu? Kalau tidak mampu, terimalah sedikit ujian daripada ALLAH, untuk dapat pahala. Sebab kaIau kita dapat banyak nikmat daripada ALLAH pun, bukannya kita boieh menambah bakti. Bukannya kita boieh menambah kebaikan. Jangan-jangan kita bertambah jahat'

Kalau selama ini kita kurang duit, kita rajin juga sembahyang. Tapi bila duit bertambah banyak, sembahyang pun tunggang-langgang. Bolehkah kita berjanji dengan Tuhan: bila bertambahnya rezeki, kita akan tambah kebajikan yang dibuat. Kita akan tambah sembahyang sunat, tambah khidmat kepada orang, tambah sifat pemurah dan sebagainya.

Apakah kita mampu berbuat demikian?

Kalau tak mampu, apa yang ALLAH timpakan kepada kita, kita terima sahaja. Jangan bangkang. Kerana ALLAH bermaksud untuk memberikan pahala kepada kita, cuma kita yang tak faham.

Waktu anak-anak kita main tepi jalan, kereta pula lalu-lalang, kita rasa bimbang, lalu kita panggil dia balik kita jentik dan piat telinganya. Dia berkata dalam hati,
"Tak ada otak ibu ayah aku ini, sakit telinga aku dipiatnya..."

Tapi sekiranya anak kita faham, dia berterima kasih kerana tindakan kita boleh menyelamatkan dia daripada kena langgar. Mana lebih sakit kena piat telinga atau dilanggar lori?

Tapi anak itu tak faham didikan ibu dan ayahnya, lalu dia jadi marah. Padahal cuma dijentik sahaja; kalau dibiarkan dilanggar lori, lagi parah. Kalau dia faham, 'Tak apalah dijentik sikit sebagai mengingatkan aku jangan main di tengah jalan. Sebab kalau aku lalai, tak diingatkan dengan jentikan tadi, terus main di tengah jalan, mungkin dilanggar lori. Kalau tak mati pun, patah kaki, patah tangan.'

Lalu dia akan berfikir, 'Baiknya ayah dan ibu aku ini, bertanggungjawab. Rupanya begitu sayangnya dia dengan aku.' Bila si anak berfikir begitu, taklah rasa sakit hati, nak marah dan memberontak.

Bayangkan pula, kalaulah sejak dulu hingga ke hari ini, seluruh guru di dalam dunia ini, kerana nak menjaga ketenangan hati dan fikiran anak muridnya, mereka pun biarkan anak muridnya berbuat apa saja. Apa yang muridnya buat walaupun salah, mereka tak marah, mereka tak akan  pukul atau rotan. Anak muridnya nak mentelaah atau tidak, nak Baca buku atau tidak, mereka tak tegur. Marah tidak, rotan pun tidak. Agak-agaknya bagaimana manusia ini keadaannya?

Begitu juga kalau kita sebagai ibu bapanya, dia tak buat kerja rumah, dia malas baca buku dan sebagainya, kita tak tegur atau rotan. Bagaimana agak keadaannya? Sebab kalau jentik atau tegur tentu budak itu akan sakit hati. Kalau kita berfikir begitu, apa akan jadi?

Akhirnya guru tak akan ke sekolah, anak-anak murid pun tak akan ke sekolah. Kita dulu pun pergi ke sekolah kerana mak ayah yang suruh. Kalau tak pergi, dipiatnya telinga kita. Cuma baru sekarang kita tahu nilai harga ilmu. Kalau di waktu sekolah rendah kita biarkan anak kita tanpa ditegur, sampai sekarang ini pun dia tak mahu sekolah. Apa akan jadi dengan manusia yang seperti ini?

Begitulah kalau ALLAH tak jentik-jentik kita, tak disusah-susahkan kita, apa akan jadi pada kita ini ?

Jadi begitulah, ALLAH susahkan kita sedikit untuk melepaskan kita dari penderitaan yang besar di Akhirat kelak. Kalau kita faham seperti fahamnya si anak tadi terhadap tindakan ibu dan ayahnya, masyaALLAH, kita akan berterima kasih dan bersyukur kepada ALLAH SWT. sp



Memahami Tuhan Melalui ReaksiNya

Walaupun Tuhan itu Zat yang Agung lagi mulia tidak dapat dilihat
Namun Tuhan itu marah atau suka dapat dirasa
Redha dan murkaNya dapat juga dikesan
PerhatianNya kepada kita boleh juga dibaca
Kemaafan dan keampunan-Nya dapat dirasa

Jika bersembahyang ada lazatnya menunjukkan Tuhan ada perhatian
Tuhan juga ikut bercakap-cakap dan menjawab percakapan kita
Jika tidak terasa lazatnya sembahyang menunjukkan ada dosa
Memohon ampunlah kepada Tuhan dengan sebanyak-banyaknya

Bila kita memohon ampun jiwa kita terasa lembut
Air mata kita pun berguguran
Insya-Allah tanda Tuhan terima taubat kita
Apabila jiwa kita gelisah tidak tentu arah, tanda Tuhan murka, mesti ada membuat dosa
Jika mudah bermujahadah, tanda ada rahmat Allah Taala telah dikurniakan kepada kita
Kalau kita bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada Allah tiba-tiba Allah uji kita, tanda Allah Taala telah redha
Sama ada Allah Taala hendak membersihkan dosa atau hendak meninggikan darjatnya

Kalau kita kaya, mudah sahaja kita agih-agihkan kepada manusia
Tanda Allah Taala memberi dengan redha
Jika setelah kaya makin berat untuk menderma dan memberi kepada empunya
Tanda kekayaan dan kesenangan itu diberi secara istidraj atau murka

Ustaz Hj. Ashaari Muhammad
Selepas Asar
10.9.99