Ahad, 4 November 2012

IMAN KEKUATAN UNGGUL



INGIN KUAT, berkuasa dan bertenaga adalah sebahagian daripada kemahuan fitrah semulajadi manusia di dunia ini. Sehubungan dengan itu, telah menjadi tanggapan umum bahawa sesiapa sahaja yang mahu ada pada dirinya kekuatan dan kekuasaan mengatasi pihak atau golongan lain, maka hendaklah ia menyimpan senjata. Sebab itulah sebuah negara yang mahu dianggap kuat dan digeruni oleh musuh-musuhnya, mestilah memperbanyakkan anggota tentera dan memperlengkapkannya dengan sejata yang moden lagi sophisticated. Inilah anggapan kuasa-kuasa besar dan negara-negara membangun di dunia ini. Oleh sebab itulah kilang-kilang senjata semakin subur.

Tetapi sangkaan itu adalah salah dan meleset sama sekali jika diukur dengan apa yang telah terjadi, pada hari ini. Sebab hari ini, bangsa atau negara yang mahu menguasai dunia tidak boleh lagi  bersandarkan kepada kuasa tentera dan senjata sebagai satu force. Buktinya jelas. Amerika Syarikat pernah menggunakan senjata dan kekuatan tenteranya di Vietnam dan Korea. Namun Amerika terpaksa angkat punggung, gulung tikar pulang ke kampung halaman sebagai orang kalah yang memalukan.

Begitu juga Soviet Union yang telah cuba menggunakan kekuatan tentera dan senjatanya di Afghanistan. Telah terbukti kini setelah lebih 150,000 orang tenteranya terkorban dan bergudang-gudang senjata yang telah ditaburkan di Afghaistan musnah. Maka mereka terpaksa berundur pulang seperti mana Amerika berundur dari Vietnam. Mereka membawa balik berbagai kemalangan dan dukacita serta kesan ,psikologi yang akan menyusahkan negara mereka sendiri. mereka ibarat singa-singa tua yang telah tumpul taringnya di mata dunia.

Dengan beradunya kekuatan senjata juga, bagi kedua-dua belah pihak yang bertikai dan bersengketa, seperti tiada kekuatan pada mereka. Ini jelas kita lihat. Seperti apa yang berlaku kepada Iran dan Iraq yang telah delapan tahun lamanya memasuki kancah peperangan. Namun tiada jawapan yang jelas, siapa yang kalah dan siapa yang menang. Siapa yang benar-benar kuat dan siapa pula yang lemah sehingga akhirya diadakan gencatan senjata untuk membawa peperangan Teluk itu ke meja rundingan untuk memutuskan keputusannya. Keputusannya jelas DAMAI!

Ini menunjukkan kekuatan senjata tidak dapat dibuat pegukuran kekuatan. Ertinya Iran dan Iraq sama-sama lemah .kerana satu pihak tetap tiada dapat mengalahkan pihak yang lain.

Oleh itu, senjata bukan lagi merupakan satu kekuatan bagi satu-satu pihak. Jika semua pihak mempunyai kekuatan sama rata, kesemuanya adalah sama kuat. Dan jikalau kekuatan semua pihak seimbang dan sama rata maka dengan kata lain mereka sama-sama lemah. Sebabnya kalau dua pihak yang sama kuat kekuatan senjatanya berperang antara satu sama lain maka tidak akan ada kalah menang di mana mana pihak dan. Jawabnya seri sahaja. Jadi kalau seri keputusannya tidaklah wajar bagi satu pihak mengatakan pihak yang lain lemah atau pun mengaku dirinya kuat.

oleh itu dapat di simpulkan bahawa dengan senjata sama senjata bila berhadapan maka tidak akan ada mana-mana pihak bersengketa dapat mengalahkan antara satu sama lain. masing-masing tidak boleh mengaku dirinya kuat dengan senjata. Maka jelaslah, senjata bukan lagi satu kekuatan

bagaimana pula dengan ekonomi?

Bolehkah ianya dianggap sebagai satu force atau kekuatan pada zaman ini ? Yang mana, ekonomi juga bukan lagi satu kekuatan pada zaman ini kerana semua keperluan hidup manusia di zaman ini bergantung kepada orang lain. Tidak ada mana-mana negara pun yang memiliki kesemua keperluan hidup rakyat, yakni ia boleh berdikari tanpa bergantung nasib pada negara lain lagi. Kita buat contoh negara Arab ekonomi mereka bergantung kepada minyak mentah semata-mata. Tetapi untuk mendapatkan gandum terpaksa pula ia bergantung pada Amerika Syarikat dan Kanada. teknologinya daripada negara Barat. Pertahanan dan kelengkapan senjata mereka pula terpaksa bersandar pada Perancis, Soviet Union dan Amerika.

satu lagi contoh ialah Jepun. Ekonominya adalah dari hasil-hasil industri berat dan ringan. Walau bagaimana pun mereka tetap tiada boleh berbangga dengan hasil industri  mereka terpaksa bergantung kepada negara-negara lain seperti Amerika dan Eropah untuk memasarkan barangan  mereka. Begitu juga Jepun yang tetap memerlukan .bahan mentah untuk perindustriannya daripada negara dunia ketiga. Jepun juga terpaksa mengharapkan Amerika dan Kanada menjual gandum kepada mereka atau ia mengharapkan China membekalkan beras.

Bila Amerika cuba menyekat gandum dan senjata kedunia Arab, Amerika akan `sakit' juga kalau Arab menyekat minyaknya daripada mengalir ke Amerika atau pun dengan menaikkan harga minyak.

Kalau ekonomi merupakan penentu kekuatan maka sudah tentu Amerika dan Jepun kini menjadi penakluk yang besar dan agung. Tetapi ternyata berlaku di sebaliknya. Amerika telah gagal dalam usahanya untuk mengalahkan Libya dan Iran dengan kekuatan ekonomi (sekatan ekonomi dan pembekuan harta). Pada hal mereka bersama konco-konconya menjadi dalang di belakang orang-orang Arab Islam yang terus menerus berperang sesama sendiri.

Begitu juga regim Apartheid di Afrika Selatan tidak dapat dilumpuhkan oleh sekatan ekonomi dunia yang dilancarkan oleh, Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB).

Oleh itu, sekiranya satu negara cuba menggunakan kekuatan ekonominya untuk melemahkan negara yang lain, maka negara lain pula ada kekuatan ekonomi yang dapat dipergunakan untuk bertindak balas. Setiap negara tiada terkecuali melainkan terpaksa saling bergantung antara satu sama lain. Oleh itu jelaslah, ekonomi bukan satu kekuatan.

Politik juga bukan lagi satu kekuatan untuk memerintah dan kekal berkuasa. Kerana dengan perlembagaan, politik demokrasi yang sedia ada, sesiapa sahaja boleh jadi penguasa dan menggugat pemerintah dengan berbagai cara. Apatah lagi falsafah politik yang menghalalkan apa jua cara, asalkan dapat kuasa memerintah. Dengan itu manusia boleh buat apa sahaja untuk menjatuhkan orang lain. Ini boleh dilakukan sama ada dengan mengapi-apikan orang ramai untuk mencari pengaruh dengan menyebarkan berbagai-bagai fitnah dan tuduhan agar terbentuk kuasa pendesak atau pembangkang kepada pemerintah.

Ataupun dengan menaja mogok-mogok umum yang boleh melumpuhkan ekonomi negara dan jentera pentadbiran kerajaan yang memerintah. Begitu juga melalui demonstrasi, pemberontakan dan rusuhan berdarah. Malah menerusi saluran mahkamah atau jalan undang-undang dan kehakiman yang mana kesemuanya ini dapat melemahkan kuasa yang ada pada pemerintah. Akhirnya pemimpin yang digugat itu digulingkan ataupun meletakkan jawatan dengan sendirinya.

Bukti bagi semuanya ini jelas dan telah dan sedang berlaku di hadapan mata kita. Kekuasaan Presiden Soekarno tergugat dan jatuh oleh suara rakyat bawahan khususnya daripada golongan mahasiswa universiti. Begitu juga telah berlaku di Korea Selatan dan di Burma. Jeneral Nee Win teruji bila rakyat Burma yang selama ini hanya berkain pelikat itu rupa-rupanya pandai berdemontrasi dan akhirnya, pihak tentera mengambil alih kuasa.

Di Poland, kesatuan sekerja melancarkan mogok umum yang akhimya dapat menundukkan pihak berkuasa tunduk kepada tuntutan mereka. Di New Caledonia, kaum Kanak sudah pandai menggunakan senjata melawan tuannya yang berbangsa Perancis. Hal yang serupa berlaku di Haiti, pemimpin negara digulingkan. Di kepulauan Fiji juga sedikit masa dahulu bergolak dan Jeneral Rabuka mengambil alih kuasa. Ianya juga turut berlaku di Tunisa, Habib Burghiba digulingkan. Malah di negara kita sendiri, Perdana Menteri digugat oleh bebagai-bagai pihak yang ingin berkuasa.

Jadi di akhir zaman, pemimnpin yang naik melalui politik untuk duduk di kerusi pemerintah, macam duduk di puncak gunung berapi. Ia sentiasa panas dan membakar kerana sentiasa dicabar dan digugat. Jadi kuasa politik ternyata bukan lagi satu kekuatan. Kerana dengannya tetap gagal untuk menguasai negara dan menundukkan rakyat jelata secara total. Ia hanya merupakan lakonan-lakonan orang yang inginkan kuasa,

Jadi kalau demikianlah halnya maka di manakah kekuatan yang sebenar itu sekarang ? Apakah yang dikatakan Force itu, di mana dan pada siapa ?

Yang sebenarnya kekuatan itu ada pada satu `daya' yang tidak nampak dengan mata kasar. Daya itu hanya dapat dilihat dengan mata hati yang tajam iaitu dengan kekuatarn kerohanian. la bukan sihir dan bukan nujum, bukan sama sckali  kckuatan itu seperti yang ada pada Nabi Muhammad SAW dan para sahabat utama baginda. Itulah dia kekuatan iman, kekuatan kerohanian dan akhlak yang mulia. Inilah force yang akan menguasai dunia pada hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan