Rabu, 1 Mei 2013
seharum kasturi
BAU KASTURI
Sanya adalah Abdul Muttalib (ninda Nabi s.a.w:) itu keluar daripadanya bau kasturi yang sangat harum dan pula ternyata cahaya Rasulullah s.a.w. itu terang pada dahinya.
Dan apabila anak Ielakinya Abdullah, sampai usianya 13 tahun (dan ada pula ahli sejarah yang mengatakan 30 tahun), maka Abdul Muttalib telah mengahwinkan dia dengan Aminah binti Wahab bin Abdi Manaf bin Zahrah dan adalah Abdullah tadi pada masa itu berpangkat tinggi di dalam kaum Bani Zahrah dari segi keturunan dan kemuliaan.
Ada riwayat menyatakan
bau asli peluh atau badan Rasulullah adalah seperti bau kasturi dan ada pula berpendapat harum seperti pati bunga Ros,
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-
1) Memberi kekuatan pada roh:
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman
sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi”
(Hadis Riwayat Muslim)
2) Menenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8) Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).
sumber: Madrasah Darul Atiq ]
kisah KIJANG DAN ANAKNYA
Telah diriwayatkan oleh Abu Na'im di daiam kitab yang bernama "AI-Hilyah"
bahwa seorang lelaki sedang lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang telah ditangkap olehnya, lalu Allah Ta'ala (yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w.:
"Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang ini aku sudah ditangkap maka mereka sedang lapar, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat pergi menyusukan anak-anakku itu, dan sesudah itu aku akan balik ke mari."
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Bagaimana halnya kalau engkau tak balik ke mari lagi?"
Jawab kijang itu:
"Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Ta'ala akan melaknatkan aku sebagaimana la melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu:
"Lepaskanlah kijang itu buat sementara, dan aku jadi penjamin baginya."
Kijang itupun dilepaskan, dan kemudian ia kembali kembali ke situ. Maka turunlah Malaikat Jibril alaihissalam dan berkata:
"Hai Muhammad, Allah Ta'ala mengucapkan salam kepada engkau dan la (Allah Ta'ala) berfirman:
"Demi kemuliaanKu dan kehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihankan umat Muhammad daripada kijang itu kasihankan anak-anaknya, dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."
Alhamdulillah, kami ucapkan pujian yang sebanyak-banyaknya kepada Allah karena la menjadikan kami di antara golongan umat Muhammad s.a.w.
Demi CintaMu Ya Allah pada Muhammad NabiMu ampunilah dosa- dosaku
rujukan pelbagai sumber termasuk
kitab hembusan kasturi download
http://www.mediafire.com/file/jomzcwd1fzm/Hembusan%20Kasturi.pdf
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan