Ada yang memimpin, ada yang menjadi abid. Mereka diberi kelebihan sesuai dengan peranan masing-masing WALI ALLAH adalah orang-orang yang hampir dengan ALLAH. Sesetengah orang yang bertaraf wall disorok kewaliannya oleh ALLAH dengan berbagai cara. Mungkin ALLAH `cacatkan' dia sedikit supaya orang tidak anggap dia wall. Kerana kalau orang tahu dia wali, kelak akan berlaku, orang yang sayang terlalu sayang manakala orang yang benci terlalu benci. Hingga terjadi pertentangan antara dua pihak itu dalam masyarakat. Jadi supaya manusia tidak rosak, ada para wall yang sengaja ALLAH tidak nampakkan kewaliannya. Umpamanya dia banyak makan hingga orang tidak kata dia wali. Banyak makan itu termasuk perkara-perkara yang boleh membawa kepada haram. Orang yang banyak makan tidak dianggap mempunyai sifat keutamaan.
Ada pula wali yang orang tidak nampak dia melakukan banyak sembahyang sunat. Sebab seorang wali itu mendapat kedudukan tinggi di sisi ALLAH bukan kerana ibadahnya banyak atau kerana jihadnya, baca Qurannya, sedekahnya dan lain-lain.Tapi dia dekat di sisi ALLAH kerana sakhain nafsi-berlapang dada, sabar, boleh tolak-ansur dengan orang, tidak terjejas dengan suasana yang ada dan tidak cacat dengan ujian sama ada ujian kesusahan atau ujian kesenangan. Pengaruh suasana atau ujian yang datang tidak menyebabkan hatinya cacat dan gelabah. Dia tidak rasa apa-apa dengan ujian.
Jadi 'kecacatan' yang diperlihatkan oleh ALLAH pada diri sesetengah wall itu adalah untuk melindungi kewaliannya. Namun banyak pula wali-wali yang ALLAH perlihatkan tanda-tanda kewaliannya hingga orang tahu dia wall.
Cuma perkara ini sulit untuk difahami. Kerana biasanya orang menganggap wall itu banyak ibadahnya dan mempunyai karamah-karamah zahir.
Tegasnya, hanya seorang yang berwatak abid (ahli ibadah) yang dianggap wali lalu dijadikan tempat rujuk. Jarang seorang yang berwatak pemimpin dikatakan wali.
Rasulullah bersabda:
"Ulama-ulama di kalangan umatku seperti nabi-nabi di kalangan Bani Israil. "
Nabi di kalangan Bani Israil ada yang berwatak rasul dan ada yang berwatak nabi. Yang berwatak rasul memimpin manakala yang berwatak nabi menjadi abid. Begitu juga ulama di kalangan umat Rasulullah; ada yang memimpin,ada yang menjadi abid. Sebab itu kalau ALLAH hendak beri karamah atau kelebihan kepada dua golongan ini,bentuk karamah itu tidak sama. Karamah untuk abid adalah sesuai dengan keabidannya, manakala untuk ulama yang memimpin sesuai pula dengan peranannya sebagai pemimpin. Bagi orang awam yang tidak faham, mereka boleh rosak. Bila ada ulama yang balk, berakhlak, sopan-santun, sembahyang banyak, jadi abid, maka orang itulah yang dijadikan tempat rujuk. Sedangkan seorang abid itu tidak diberi peranan oleh ALLAH untuk memimpin. Ibarat nabi, dia bukan pemimpin. Nabi adalah seorang lelaki yang diwahyukan oleh ALLAH untuk mendidik diri sendiri dan tidak diwajibkan memimpin orang lain. Berbeza dengan rasul, di samping wajib mendidik dirinya, dia juga wajib memimpin orang lain. Oleh itu kalau orang ramai banyak merujuk pada abid sedangkan ulama yang berwatak pemimpin ditolak, masyarakat akan rosak dan tidak terpimpin.
Seorang abid tidak dikurniakan kebolehan untuk mengislahkan masyarakat. Walaupun dia diberi karamah-karamah tapi karamah itu hanya untuk dirinya. Seorang pemimpin yang bertaraf wall kebanyakannya diberi karamah berbentuk maknawiyah.
Tetapi seorang abid, kalau diberi karamah oleh ALLAH, karamah berbentuk zahiriah. Kerana sesuai dengan wataknya yang bukan pemimpin dan tidak ada pengikut, maka ALLAH beri kelebihan kepadanya untuk menakutkan orang agar orang tidak ganggu dia. Umpamanya Syeikh Abdul QadirJailani, dia seorang ulama dan waliyullah tapi bukan berwatak pemimpin. Walaupun ramai yang mengikutnya, tapi dia bukan pemimpin. Dia ulama berwatak nabi. Orang mengikutnya kerana mahukan barakahnya dan mahu bersembahyang di belakangnya. Ulama yang balk dan soleh tetapi bukan pemimpin ini, kalau ALLAH hendak beri karamah pun, ALLAH akan beri karamah yang zahir seperti boleh berjalan atas air, terbang di udara, lompat atas gunung.
Tetapi bagi ulama yang memimpin, jarang dia diberi karamah berbentuk zahir seperti itu. Dia akan diberi karamah maknawiyah yang ada hubungan dengan keselamatan umat atau orang-orang di bawah pimpinannya. Ini berlaku kepada sesetengah Sahabat terutama Khulafa'ur Rasyidin, yang mereka itu semua bertaraf wall. Misalnya Sayidina Umar Al Khattab r.a., ketika sedang memberi khutbah Jumaat di Madinah, telah menjeritkan arahan kepada panglima tenteranya Sariyah yang waktu itu sedang mengepalai angkatan tentera kaum Muslimin di Palestin yang jaraknya kira-kira 100 batu dari Madinah. Beliau memberitahu kepada Sariyah kedudukan musuh di belakang sebuah bukit. Sariyah boleh mendengar arahan itu kerana dia juga diberi karamah oleh ALLAH sebagaimana juga Sayidina Umar. Tidak pula Sayidina Umar diberi karamah boleh terbang di udara atau berjalan di atas.air. Kerana kalau seorang pemimpin diberi karamah seperti itu, ia tidak akan memberi faedah pada umat yang dipimpinnya.
Sebab itu pemimpin yang bertaraf wali, selalunya diberi karamah maknawiyah untuk membantu dia dalam kepimpinannya.
Sebagai contoh, katalah seorang pemimpin itu membawa anggota ekspedisi seramai 20 orang untuk menyeberang sebatang sungai. Untuk menyeberang, kena tunggu 3 jam sebelum bot sampai. Dalam masa menunggu itu, kalau pemimpin itu diberi karamah oleh ALLAH, mungkin ALLAH bantu dia hingga tidak terasa apa-apa bila berdepan dengan kerenah anak-anak buah. Dia boleh sabar menunggu dan bersabar dengan kerenah anak-anak buahnya. Kalau diuji dengan cabaran dari orang-orang setempat pun dia boleh sabar. Itu merupakan karamah maknawiyah. Kerana bukan senang untuk sabar. Sebab itu rasul-rasul yang utama mendapat gelaran Ulul Azmi kerana terlalu sabar. Itulah mukjizat maknawiyah bagi para rasul itu. Kalau bagi pemimpin, itu merupakan karamah maknawiyah.
Sebab itu pemimpin-pemimpin yang haq, jarang disebut orang sebagai wall. Misalnya orang tidak kata Imam Syafi'i itu wali, sedangkan dia seorang ulama berwatak rasul dan yang bertaraf wali. ALLAH beri dia karamah maknawiyah sesuai dengan peranannya sebagai pemimpin dan juga mujaddid. manakala bagi Syeikh Abdul Qadir Jailani, dia disebut-sebut sebagai wall besar kerana ALLAH beri dia berbagai karamah zahir yang boleh dilihat dengan mata kepala. Tapi oleh kerana dia bukan pemimpin, karamah itu hanya untuk dirinya, bukan untuk kepentingan umat.
Demikian perbezaan antara wali yang memimpin dan wali yang abid. Tidak semestinya wali itu mempunyai karamah tetapi kalau ALLAH hendak beri karamah, ALLAH akan beri sesuai dengan peranannya. sp
moga-moga ulama akan kembali pada kemuliaan sebenar,
kemuliaan yang telah dinikmati oleh salafussoleh di zaman kegemilangan Islam ketika umat Islam menjadi tempat rujuk serta sandaran dunia. Ulama sebenamya mulia. Terlalu tinggi nilainya dan amat diperlukan oleh dunia. Peranannya terlalu penting dan besar, lebih utama dari segala yang ada di dunia ini.Kehadiran ulama akan menyelamatkan dunia. Tanpanya dunia akan rosak binasa.
Ulama sepatutnya penaung bukan dinaungi.
Ulama sepatutnya tuan bukan bertuan.
Ulama sepatutnya pemerintah bukan diperintah.
Ulama sepatutnya tempat bersandar bukan peminta sedekah.
Ulama sepatutnya penasihat bukan dinasihat.
Ulama sepatutnya pemimpin bukan dipimpin.
Ulama sepatutnya pengarah bukan diarah-arah.
Ulama sepatutnya pencatur bukan dicatur.
Ulama sepatutnya berdikari bukan makan gaji.
Ulama sepatutnya pakar strategi.
Ulama sepatutnya pakar ekonomi.
Ulama sepatutnya pakar pendidikan.
Ulama sepatutnya pakar kemasyarakatan.
Ulama sepatutnya rijalullah.
Ulama sepatutnya adalah mujtahid.
Ulama sepatutnya adalah mursyid.
Ulama sepatutnya adalah mujahid.
Ulama sepatutnya adalah sahabat (kawan).
Ulama adalah bapa.
Ulama adalah suami dan segala-galanya.
Ulama adalah manusia sempurna (tapi bukanlah maksum).
Ulama sepatutnya paling mulia akhlaknya, untuk dijadikan contoh pada seluruh manusia di dunia. Dia adalah sebaik-baik manusia di zamannya. Dia adalah pewaris Nabi-Nya.
Yang mana kalaupun tidak mampu memiliki segala keistimewaan di atas, tetapi sebahagian besar darinya ada padanya.
Ulama bagaikan singa. Hebat bukan kerana kedudukan tetapi sifatnya. Sama ada dibiarkan atau tidak, ia tetap hebat. Sama ada diterima atau ditolak, ia tetap mencabar dan ditakuti ‘serta hebat. Ia tidak perlu apa-apa dari orang lain.Bahkan ia yang diperlukan. Kerana suaranya ditakuti, pandangannya sangat diambil perhatian.
Musuhnya sangat berhajat menjadikan ia singa sarkis. Maka ia diburu-buru.Tetapi itu bukan satu keaiban, malah di situlah kemuliaannya. Kerana berjaya menempuh jalan hidup para nabI dan rasul. Ulama yang dibelai-belai dengan kemewahan, adalah singa Mainan yang sudah terkurung dalam kandang. Dia bukan lagi singa ALLAH yang hanya bertuankan ALLAH, bebas dari sebarang kongkongan duniawi.
Ulama yang bertuankan manusia bukan singa tetapi kucing. Orang yang tersalah pandang menganggap ia pun singa. Sebenarnya tidak. Hanya kucing yang suka tinggal di rumah tuannya. Kucing memang tidak hebat bahkan tidak bernilai apa-apa sangat. Tuannya pun tidak hormat. Musuh pun tidak peduli, sebab apalah yang ada pada kucing ?
Ulama-ulama Mazhab Asy Syafi’i di sepanjang abad yang terkenal dengan ilmu dan taqwa.
Abad ke-3
1. Imam Asy Syafi’I 204 H
2. Imam Ar Rabi
3. Imam Al Bukhari 256 H
4. Imam.Al Muzanni 264 H
5. Imam Abu Daud 273 H
6. Imam At Tarmizi 295 H
Abad ke-4
1. Imam An Nasai 303 H
2. Imam Abu Hassan Al Asyaari 324 H
3. Imam Al Qaffal Al Kabir Asy Syasyi 366 H
Abad ke-5
1. Imam Mahmud Sabuktukin 422H
2. Imam Al Baihaqi 458H
3. QadhiAl Mawardi 462H
4. Imam Al Qusyairi 465 H
5. Imamul Haramain(Abdul Muluk Al Jumaini) 478 H
Abad ke-6
1. Imam Al Ghazali 505H
2. Imam Al Baghawi 516H
3. Imam Asy Syaharstani 548H ,,
4. Imam Ibnu Asakir 576H
5. Abu Syuja’ Al Asyfahani 593H
Abad ke-7
1. Imam Fakhruddin Ar Razi 606 H
2. Imam Ar Rafi’I 623 H
3. Imam Ibnu Malik 672 H
4. Imam Nawawi 676 H
5. Imam Al Baidhawi 691 H
Abad ke-8
1. Imam Ibnu Daqiqil ‘Id 702 H
2. Imam Quthubuddin Asy Syirazi 710 H
3. Imam Taqiyuddin As Subki 756 H
4. Imam Tajuddin Subki 771 H
5. Imam Ibnu Kasir 774 H
6. Imam AZZarkasyi 794 H
Abad ke-9
1. Imam Ibnu Mulqin 804 H
2. Imam Ibnu Ruslan 844 H
3. Imam Ibnu HajarAsqalani 852 H
4. Imam Jalaluddin Al Mahalli 864 H
Abad ke-10
1. Imam Jalaluddin As Sayuti 911 H
2. Imam Al Qasthalani 923 H
3. Imam Zakaria Al Ansari 925 H
4. Imam Khatib Asy Syarbini 977 H
5. Imam Ibnu Qassim Al A’dadi 994 H
Abad ke-11
1. Imam Ar Ramli 1004 H
2. Imam Ar Raniri 1068 H
3. Imam Syihabuddin Al Qalyubi 1070 H
4. Imam Abdul Rauf Al Fansuri 1094 H
Abad ke-12
1. Imam Muhammad Al Kindi 1094 H
Abad ke-13
1. Syeikh Sulaiman Al Jamal 1204 H
2. Syeikh Sulaiman Al Bujairimi 1221 H
3. Syeikh Asy Syarqawi 1227 H
4. Syeikh Arsyad Al Banjari 1236 H
5. Syeikh Muhammad Al Fadhali 1236 H
6. Syeikh Ibrahim Al Bajuri 1276 H
Abad ke-14
1. Syeikh Zaini Dahlan 1304 H
2. Syeikh Nawawi Banten 1315 H
3. Syeikh Yusuf Ismail An Nabani 1350 H
4. Syeikh Sulaiman Ar Rasuli 1390 H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan