Rabu, 1 Mei 2013

HAKIKAT TAQWA DAN CARA MENCAPAINYA



disebut oleh Hadis:

"Konstantinople akan jatuh ke tangan seorang raja yang balk, tentera yang baik dan rakyat yang balk.

Dalam sejarah, kebenaran yang dijanjikan dibawa oleh orang-orang bertaqwa untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. Dengan sebab ketaqwaanlah mereka dibantu dan orang lain pun turut sama mendapat bantuan demi memakmurkan bumi ALLAH ini.

Orang-orang yang bertaqwa dapat dilihat sifat atau cirinya. Ada sifat lahir yang dapat dilihat oleh mata. Tapi taqwa juga ada hakikatnya. Itu menunjukkan, adanya sifat lahir itu belum tentu dia jadi taqwa, walaupun itulah di antara sifat taqwa.


SIFAT LAHIR ORANG BERTAQWA

Sifat lahir, umpamanya sembahyangnya kemas, dapat membuat fardhu dan sunat, puasanya banyak.  Akhlak lahirnya nampak terserlah, seperti kelihatan sabar, redha, pemurah, kasih sayang, tolakansur, tawakkal, qanaah, hidup sederhana, hidup bekerjasama dan sebagainya.

Kemudian mereka sangat. menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH. Bahkan yang makruh, kalaupun tidak Japat ditinggalkan semua, dibatasi sangat. Sangat-sangat dikurangkan. Inilah di antara sifat taqwa yang dapat kita lihat dengan mata kepala.

Tetapi hakikat taqwa berbeza; ia tidak dapat dilihat dengan mata kepala. Orang lain tidak dapat lihat. Cuma siapa yang mendapat hakikat taqwa, dia sahaja barangkali yang dapat mengesannya, Itupun barangkali bagi orang yang sudah sampai ke maqam itu, dia tidak peduli itu semua. Sebab orang yang sudah sampai ke peringkat taqwa yang sebenar, dia pun tidak terasa dia bertaqwa. Dia tidak terasa dia orang soleh atau orang baik. Dia merasakan dialah orang paling jahat di dunia.

Cuma di sini kita hendak memperkatakan tentang ilmunya. Dulu kita telah memperkatakan bahawa hakikat taqwa itu ialah:

i . ingat dua perkara 
ii. lupa dua perkara

Kalau seseorang itu sudah memiliki hati yang begitu, ertinya dia telah memiliki hakikat iman atau hakikat tagwa.


INGAT DUA PERKARA

Perkara yang perlu diingat:

Pertama: Kebaikan orang lain pada kita.

Orang pernah berikan kita ilmu, nasihat, wang ringgit, pandangan dan sebagainya. Kita ingat, dan kita kenang. Sesuai dengan Hadis:

"Barangsiapa yang tidak mensyukuri atau berterima kasih kepada manusia, ertinya dia tidak berterima kasih kepada Tuhan. "

Lebih-lebih lagi kita perlu mengingat rahmat yang ALLAH berikan kepada kita atau nikmat hidup yang ada pada diri kita; mata, kepala, mulut, tangan. Nikmat yang di luar diri kita; isteri, anak-anak, rumahtangga, kebun,pangkat dan sebagainya.

Ini perlu diingat, supaya kita malu pada Tuhan dan kita akan menambahkan amal ibadah kepada Tuhan, sesuai dengan nikmat yang telah ALLAH anugerahkan kepada diri kita.

Kedua: Kesalahan kita pada orang.

Masukkan di dalam hati akan kesalahan kita kepada manusia, bukannya kesalahan manusia kepada kita. Kita kena ingat selalu salah silap yang telah kita lakukan kepada orang lain.Kata-kata yang terlajak yang pernah kita katakan kepada orang lain, harta orang yang kita ambil, hutang yang kita tak bayar, semua ini perlu sangat diingat.Sebab itu, kesalahan kita pada orang, patut dan wajib diingat supaya dapat diselesaikan dengan cara bertaubat.

Lebih-lebih lagi, hendaklah kita ingat kesalahan kita dengan ALLAH. Selama ini mungkin kita meninggalkan  sembahyang. Kalau sembahyang pun, sembahyang kita tidak khusyuk. Atau mungkin kita meninggalkan puasa, terlibat dengan zina atau arak, cuai belajar fardhu ain dan sebagainya. Oleh kerana kesalahan ini ada hubungannya dengan ALLAH, lebih-lebih lagi kita kena bertaubat.


LUPA  DUA  PERKARA

Dua perkara yang mesti dilupakan:


Pertama: Kebaikan kita kepada orang lain.

Kalau selama ini kita pernah tolong orang, jangan kita ingat-ingat. Umpamanya kita pernah bantu dan sokong orang, beri ilmu pada orang, beri duit pada orang, beri tenaga, beri masa untuk kepentingan orang lain; semua ini jangan kita ingat-ingat.

Lebih-lebih lagi janganlah kita ingat, kebaikan kita pada ALLAH, supaya kita buat kerana ALLAH dan tidak terbatal pahalanya. Kita beramal ibadah, berjuang, berjihad, baca Al Quran, berkorban untuk ALLAH. Janganlah kita kenang-kenang. Sebab kalau dikenang-kenang nanti, takut masuk di dalam amalan kita rasa ujub, riyak, sombong. Jadi jangan dikenang-kenang.


Kedua: Kejahatan orang lain pada kita.

Ini hendaklah kita lupa-lupakan. Dengan tujuan supaya kita tidak berdendam. Berdendam itu haram  hukumnya.  Dan juga supaya kita tidak bertindakbalas.Misalnya ada orang menyusahkan kita, tidak bayar hutang kepada kita, pernah mengata dan mengumpat kita, menuduh kita dan sebagainya. Jadi kita kena lupa-lupakan sahaja. Sama ada yang mengata itu kenalan kita,jiran kita, sahabat-handai kita, isteri kita, ataupun suami kita dan sebagainya.

Lebih-lebih lagi yang patut kita lupakan ialah segala ujian yang telah ALLAH timpakan kepada kita. Jangan kita ingatkan dan kenangkan. Kita telah disakitkan oleh ALLAH, disusahkan hidup, dimatikan ahli keluarga kita dan bermacam-macam lagi ujian. Itu semuanya jangan dikenang, sebab kalau kita kenang-kenang, maknanya kita tidak redha dengan ujian daripada ALLAH.Tidak redha ujian daripada ALLAH itu satu kesalahan.

Sebab Hadis Qudsi ada menyatakan:
"Barang siapa yang tidak redha dengan ujian daripadaKu, jangan berteduh di bawah langit Aku dan jangan berpijak di atas bumiKu dan carilah Tuhan selain daripada Aku. "

Mana ada langit selain dari pada langit ciptaan ALLAH ini ?
Mana ada bumi selain daripada bumi ciptaan ALLAH ?
Mana ada Tuhan yang lain, selain daripada Tuhan yang disembah ?
Tuhan hanya ALLAH; Yang Esa, Wahidul Qahhar. Ini menunjukkan ALLAH murka sangat.

Jadi, barang siapa yang ada di dalam hatinya

dua perkara yang dia ingat dan
dua perkara yang dia lupakan,

ertinya dia mendapat taqwa. Itu sekadar bahasan dari segi ilmunya. 

Yang hakikatnya, seseorang yang dapat taqwa itu, dia tak terasa itu semua. Dia hanya rasa dia orang bersalah sahaja pada Tuhan. Dia rasa dialah orang yang paling banyak berdosa.Jadi  kalau  begitu  bukan senang.

Kalaupun kita ada sifat-sifat atau ciri taqwa pada lahirnya,tapi hakikatnya, payah kita nak dapat. Sedangkan hakikat itu yang sebenarnya. Sebab yang lahir itu mesti bertunjang kepada jiwa. Tapi kalau tak bertunjang kepada jiwa, hanya yang lahir sahaja yang ada, atau dengan kata-kata lain benda-benda lahir itu tidak bertunjangkan iman, boleh jadi dia berlakon. Boleh jadi dia berlaku riyak secara tidak sedar.

Tapi kalau benda yang lahir ini, maksudnya dua perkara yang mesti diingati dan dua perkara yang mesti dilupakan telah bertunjang di hati, maka ertinya dia telah memiliki sifat taqwa  yang tulen dan pure.

Tapi kita terbalik,

yang patut kita ingat, kita lupakan.
Yang patut kita lupa, kita ingatkan.

Umpamanya kesalahan orang lain kepada kita, kita ingat sangat. Besar bagi kita. Nampak sahaja kesalahan kawan kita, nampak sahaja salah isteri kita, nampak sahaja salah suami kita.Kadang-kadang tak salah, tapi sengaja cari pasal.

'Mudah-mudahan nampak kesalahannya, jadi boleh aku bertindak.' Berlebih satu minit sahaja berkira, terutamanya untuk orang berpoligami. "Itu nampaknya abang dah lebih satu minit. Mana boleh, kata nak menegakkan keadilan!"

Kalau dengan suami dia berkira, jangan harap dia boleh bertolak ansur dengan orang lain. Sesetengah orang bermadu, satu minit pun berkira.Tapi yang patut kita ingat dilupakan. Nikmat yang telah diberikan dilupakan. Pernahkah kita rasa malu dengan Tuhan? Pernahkah kita rasa nak balas nikmat ALLAH dengan cara membanyakkan amal ibadah ? Tidak.

Kesilapan kita dengan orang lain. Pernahkah kita ingat ?
Tidak! Lebih-lebih lagi kesalahan kita kepada Tuhan. Yang selama ini kita cuai mengaji fardhu ain, cuai menunaikan perintah ALLAH, pernah terlibat dengan yang haram. Pernahkah kita susah hati ?

Kalaulah berlaku sebaliknya; dua perkara yang perlu diingat kita lupakan dan dua perkara yang perlu dilupakan kita ingatkan;  walaupun  sembahyang banyak, berkorban dan sebagainya, itu semuanya tak ada erti di sisi ALLAH.

Sebab ALLAH memandang hati. Itu yang dimaksudkan Hadis:

"ALLAH tidak melihat gambaran lahir dan amalan lahir kamu tetapi ALLAH melihat hati-hati kamu. "

Walaupun amalan lahir seperti yang kita lihat tadi wajib, mesti dilaksanakan, tapi ada lagi benda lain yang menjadi pandangan ALLAH. Yang lahir itu terhenti di atas yang satu, iaitu hati. Jadi, kalau hati itu tidak mengingat perkara yang wajib diingat dan tidak melupakan perkara yang wajib dilupakan, yang lahir itu tidak memberi erti apa-apa.Yang lahir itu Baru dinilai kalau sekiranya hati kita dapat mengingat apa yang wajib diingat dan dapat melupakan perkara yang wajib dilupakan.

Barulah amalan lahir itu dinilai, sebab ia bertunjangkan iman.Tetapi kalau berlaku sebaliknya, ertinya tidak bertunjang iman, bagaimana ALLAH boleh terima amalan lahir kita?

Bila ditunjang oleh iman, barulah diterima pahalanya. sp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan