Nota imej
dokumen yg tersirat adanya kesepakatan sebelumnya bahwa Saudi Wahabi akan dijamin tetap berkuasa asal Palestina diberikan kepada kaum Zionis
link ; http://wildwestwahabi.wordpress.com/2008/11/14/saudi-wahabia-setia-sampai-mati-pada-zionis/
Apabila Rasulullah s.a.w berjaya mendidik umat islam menjadi satu bangsa yang berakhlak, bertamadun, kuat berpegang kepada Tuhan, gagah, mampu menumbangkam kerajaan Rom dan Parsi dan mampu memimpin tiga suku dunia, semua manusia kagum. Lebih-lebih lagi, umat Arab yang dididik dan dipimpin oleh Rasulullah itu asalnya hanyalah pengembala-pengembala kambing yang hidup berkabilah-kabilah di padang pasir, tidak berilmu, tidak pandai membaca dan menulis, tidak bertamadun dan tidak bijak seperti bangsa-bangsa lain.
Berbeza dengan bangsa Yahudi. Di samping mereka itu bangsa yang tertua di dunia dan mempunyai banyak ilmu dan pergalaman, mereka juga merasakan mereka itu bangsa yang terpilih. Kebanyakkan para nabi dan rasul adalah dari kalangan mereka.
Oleh itu, apabila Rasulullah s.a.w diutus dari kalangan bangsa, bangsa Yahudi sangat cemburu dan iri hati. Mereka takut dengan kekuatan umat islam.
Justeru itu, mereka mengkaji apakah rahsia dan punca umat islam jadi kuat. Mereka mencari formula yang digunakan yang digunakan oleh Rasulullah untuk mendidik bangsa Arab yang sebegitu jahil dan lemah hingga boleh menjadi satu bangsa Arab yang sebegitu gigih dan hebat. Mereka dapati bahawa Rasulullah telah mendidik bangsa Arad itu dengan ketauhidan. Mereka dikenalkan kepada Allah dan kepada Akhirat. Hati-hati mereka di bersihkan daripada dunia dan dari segala sifat- sifat yang keji hingga bangsa Arab yang dipimpin dan dididik oleh Rasulullah itu menjadi bangsa yang sangat cinta dan takut dengan Tuhan, sangat cinta akhirat dan sangat berkasih saying di antara satu sama lain.
Orang – orang Yahudi mendapati bahawa kekuatan umat islam ketika itu bertolak daripada empat perkara seperti berikut:
• Taqwa
• Perpaduan
• Taat kepada Rasulullah
• Tawassul
Oleh itu iri hati, takut dan tidak redhanya bangsa Yahudi terhadap umat islam, maka mereka mencari jalan dan merancang untuk merosakkan semua perkara yang menjadi asas kekuatan umat islam ini. Supaya umat islam menjadi lemah. Mereka berusaha sedaya upaya supaya keempat- empat perkara ini dinyahkan atau dihindarkan dari umat islam. Mereka cuba pisahkan umat islam daripada keempat-empat sumber kekuatan ini. Mereka takut-takutkan umat islam dari mempercayai dan mengamalkan perkara-perkara tersebut atas berbagai-bagai alasan. Taksublah, syiriklah, sesatlah, bukan dari ajaran islamlah dan berbagai-bagai lagi.
Padahal para sahabat sangat menghayati dan sangat mengamalkan perkara – perkara tersebut. Kerana itulah para sahabat jadi hebat dan kuat dan digeruni oleh musuh terutama Yahudi dan Nasrani.
Mari kita lihat bagaimana Yahudi berusaha memisahkan dan menjauhkan umat islam dari asas-asas kekuatan ini.
Taqwa
Dilalaikan islam dengan amalan-amalan lahir semata-mata. Dicegah dan diharamkan hal-hal dan amalan-amalan yang berbentuk rohaniah, malahan disesatkan. Amalan-amalan tareqat yang banyak menjurus kepada membina roh, memperbaiki hati dan mendidik nafsu tidak digalakkan malahan dikatakan bukan dari ajaran islam. dikatakan semua itu hanya ciptaan orang-orang terkemudian dan dianggap bida'ah.
Fahaman wahabi banyak membawa isu seperti ini. Fahaman wahabi sangat merosakkan ketaqwaan umat islam. fahaman wahabi sangat menguntungkan musuh islam. memang fahaman wahabi itu dicetuskan oleh Yahudi dan musuh-musuh islam. disamping wahabi, inilah juga kerja para-para ulama yang dididik dan mendapat ijazah dan Ph.d ilmu Islam dari pusat-pusat pengajian d Barat dan Amerika yang guru-guru mereka sendiri tidak islam.
Justeru itu, ibadah dan amalan umat islam kini hanya tinggal yang lahir sahaja. Tidak ada rohnya. Solat tidak ada roh. Puasa tidak ada roh. Haji tidak ada roh. Baca Quran tidak ada roh. Semua amalan-amalan tersebut terputus dari Tuhan. Ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan dan tidak dapat membina keinsannan umat islam.
Ibadah hanya untuk mengejar pahala dan fadhilat. Tuhan tidak ada dalam ibadah bukan lagi untuk mendapat rahmat, kasih saying dan keampunan Tuhan. Tuhan dihilangkan dari ibadah umat islam. kesannya, hati-hati umat islam dipenuhi dengan berbagai sifat mazmumah. Nafsu menjadi liar dan rakus.
Oleh kerana soal roh dikebelakangkan, maka islam hanya tinggal akal. Segala hal, dalam agama islam hendak diselesaikan dan cuba difahamkan dengan akal. Segala masalah umat islam dirujuk kepada akal.Umat islam tidak lagi merujuk kepada Tuhan dan tidak kembali lagi kepada Tuhan. Dalam ibadah dan kehidupan seharian, Tuhan ditinggal dan dilupakan. Hukum-hakam, perundangan, syariat, peraturan dan system yang Tuhan aturkan untuk manusia ditolak tepi. Semua itu diganti dengan system dan peraturan yang dicipta oleh akal manusia baik dalam bidang ekonomi, kewangan, pendidikan, perundangan dan sebagainya.
Perpaduan
Untuk memusnahkan kekuatan ini, bangsa Yahudi melahirkan berbagai ideology dan isme-isme. Oleh itu, dikalangan sesame islam, ada orang islam yang berfahaman sosialis, nasionalis,kapitalis, demokrasi, bahkan ada orang islam yang berfahaman komunis.
Dengan fahaman yang berbeza-beza ini, maka umat islam berpecah kepada berbagai-bagai puak, kumpulan dan parti mengikut fahaman mereka masing-masing. Fahaman-fahaman ini lebih kuat mengcengkam individu-individu tersebut dari agama islam itu sendiri sehingga agama islam yang mereka sama-sama anuti jadi kecil dan lemah dan tidak mampu untuk menyatu padukan mereka. Umat islam lebih berideologi daripada beragama. Ideology mereka mengatasi agama mereka.
Dalam system demokrasi pula, diwujudkan system politik kepartian. Maka umat islam berpecah lagi ke dalam berbagai-bagai parti mengikut fahaman parti mereka masing-masing. Atas landasan demokrasi, mereka merebut kuasa pemerintahan. Mereka terus berpecah kerana tidak sehaluan dan demi untuk menjaga kepentingan parti masing-masing. Ada parti yang bersifat nasionalis, sosialis, liberalis, buruh dan sebagainya.
Orang islam yang ada semangat untuk memperjuangkan islam juga turut terperdaya dan terlibat dalam system demokrasi dan politik kepartian anjuran Yahudi ini yang bertujuan untuk melemah. Memecah dan memusnahkan perpaduan umat islam dengan membentuk parti demokrasi islam.
Taat kepada Rasulullah s.a.w
Di zaman ini, kerana Rasulullah sudah tidak ada lagi bersama kita, bolehlah kita samakan ketaatan ini dengan ketaatan kepada guru, terutama guru mursyid iaitu guru yang mengajar, mendidik, membimbing dan memimpin kita. Dalam islam, perlu untuk mengikat murid-murid. Islam pula mewajidkan murid taat kepada guru.
Yahudi sangat berusaha memusnahkan hubungan murid dengan guru ini. Mereka cuba putuskan. Apa yang diistilahkan sebagai ketaatan oleh islam, mereka namakan taksub atau taksub membuta tuli. Ketaatan yang dituntut oleh islam dengan tujuan supaya hubungan antara murid dan guru menjadi kuat dan mudah untuk murid dididik dan dipimpin, diselewengkan dan dikatakan taksub yang bahaya kerana guru mungkin menyalahkan murid untuk tujuan peribadi dan duniawi.
Mereka sangka guru mursyid itu macam mereka yang tergila-gilakan dunia ini. Mereka cuba cacatkan akhlak dan peribadi guru. Mereka guna lidah ulama-ulama yang berkepentingan dan yang gila dunia untuk tujuan ini. Ulama-ulama inilah yang membuat bising di akhbar dan media masa.
Tawassul.
Tawassul adalah wasilah. Rasulullah S.A.W adalah wasilah bagi semua orang soleh dan orang mukmin. Tawassul adalah kelebihan yang Allah kurniakan kepada umat islam. orang awam boleh berdoa dengan perantaraan dan berkat Rasul dan orang-orang yang soleh dan bertaqwa.
Doa seperti ini cepat makbul. Ia satu dari kekuatan umat islam. Yahudi berusaha menyesatkan tawassul ini. Dikatakan tawassul itu syirik kerana meminta kepada makhluk dan tidak meminta terus kepada Allah. Ini supaya umat islam takut dengan tawassul padahal ia adalah sumber kekuatan umat islam. mereka sorokkan hakikat bahawa tawassul itu tetap meminta dari Tuhan, hanya diperkuatkan permintaan itu dengan berkat orang-orang soleh dan bertaqwa yang mereka itu sangat hampir dengan Tuhan.
Sangat licik orang Yahudi. Mereka tidak merusaha ke arah semua ini secara terus menerus atau terang-terangan. Secara terus-menerus dan terang-terangan tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kerana umat islam akan curiga dan berwaspada terhadap angkara Yahudi ini. Mereka lakukanya secara halus. Mereka gunakan orang-orang islam sendiri yang mereka pengaruhi untuk membuat kerja-kerja ini terutama yang mempunyai ilmu dan kuasa.
Bak kata pepatah Melayu,
" hendak tebang pokok kayu, kenalah minta tolong pada kayu." Walaupun mata kapak itu besi tetapi hulunya kayu. Hendak musnahkan umat islam, mesti gunakan orang islam.
Berapa kini ramai umat islam, khususnya di kalangan ulama, yang mendapat ilmu mereka dari tok-tok guru Yahudi dan Nasrani terutama di beberapa universti di Amerika dan eropah. Tok-tok guru Yahudi dan Nasrani ini hafal Quran dan puluhan ribu hadith, tetapi tidak beriman dan tidak islam. mereka siram ulama-ulama dengan ilmu islam yang tidak ada roh, yang menyeleweng, yang sudah tercemar, yang mustakmal dan mutannajis.
Mudah sahaja kaum Yahudi melakukan perkara ini kerana para ulama yang belajar dengan mereka bukan ikhlas ilmu belajar kerana Allah. Mereka hanya mahukan ijazah. Mereka belajar ilmu agama kerana hendak buru dunia. Mereka mahu jawatan dan pangkat. Dunia lebih mereka cintai dari islam dan Tuhan. Mereka ini cinta dunia dan takut mati. Kalau tidak masakan mereka mahu belajar islam dengan orang kafir. Bukan sahaja ilmunya tidak berkat, malahan ia digunakan pula untuk meroasak dan melemahkan islam.
Kita mesti kembali kepada keempat-empat perkara yang menjadi tunggak kekuatan umat islam ini. Kita mesti kembali kepada Taqwa. Kita mesti kembali Bersatu dan Berpadu. Kita mesti kembali taat kepada Rasulullah saw dan guru-guru yang mereka adalah warisatul Anbiya [pewaris nabi] . Kita mesti kembali kepada tawassul.
Kita mesti tentang habis-habisan segala usaha Yahudi untuk memisahkan umat islam dari sumber-sumber kekuatan ini.
Kita sudah tahu tipu helah mereka. Kita sudah kenal siapa dalang dan tali barut mereka.
Yahudi takut islam kuat. Yahudi takut islam gagah. Kita sudah tahu perkara-perkara yang kita perlu untuk membuatkan kita kuat dan gagah.
Nota kefahaman tawassul
1. Tawassul adalah salah satu daripada cara berdoa dan pintu untuk bertawajjuh (menghadapkan sesuatu permintaan) kepada Allah SWT kerana tujuan asal tawassul yang sebenar ialah Allah SWT.
Orang yang dijadikan sebagai tempat bertawassul hanyalah sebagai wasitah (perantara) dan wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Justeru, sesiapa yang tidak beriktikad sedemikian adalah syirik.
2. Orang yang bertawassul tidak bertawassul dengan wasilah ini melainkan kerana perasaan kasihnya terhadap wasilah tersebut dan kepercayaannya bahawa Allah SWT mengasihi wasilah tersebut.
Sekiranya tidak, sudah pasti orang yang bertawassul itu akan menjadi orang yang paling berusaha menjauhi dirinya daripada wasilah tersebut dan paling membencinya.
3. Sekiranya orang yang bertawassul beriktikad bahawa orang yang dijadikan perantaraan itu boleh mendatangkan manfaat dan mudarat dengan sendiri, seumpama Allah SWT, maka dia telah mensyirikkan Allah.
4. Amalan bertawassul bukanlah perkara yang lazim atau wajib. Termakbulnya permintaan seseorang itu tidak terhenti kepada amalan ini, bahkan asalnya ialah dia berdoa kepada Allah secara mutlak.
Ia sebagaimana firman Allah SWT:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka), "Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka)". (al-Baqarah: 186)
Perjuangan Islam Sebenarnya
Memperjuangkan Islam bukan sekadar memberitahu halal dan haram,
Membangunkan Islam bukan cukup hanya mengecap seseorang itu bidaah,
sesat, fasik, munafik, ekstrim dan melampau,
Memperjuangkan Islam bagaimana menyuburkan tauhid dalam fikiran,
Siapa yang takutkan Tuhan dan mencintai serta menghayati Tuhan,
Agar Tuhan jadi tempat rujuk dan tempat menaruh harapan,
Tuhan dibesarkan, diagungkan bahkan tempat sandaran insan,
Hingga Tuhan diingati dimana-mana dan dirasakan Tuhan adalah segala-galanya,
Dari sini barulah orang ingin bersyariat sebagai melahirkan cinta kepada Tuhan,
Dari sini orang akan cinta mencintai sesama insan,
Orang akan bersatu padu, rasa bersama dan bekerja sama,
lahir timbang rasa, mengutamakan orang lain,
khidmat sesama manusia kerana Tuhannya,
Orang kaya menjadi bank kerana pemurahnya, inginkan pahala dari Tuhannya,
Cerdik pandai tawadhuk, yang bodoh merujuk, yang miskin sabar di dalam hidupnya,
Begitu juga berjuang menunjuk jalan bagaimana mengutamakan akhirat,
Menggunakan apa yang ada pada diri manusia,
Memberitahu bagaimana bersatu di dalam Islam,
Maju secara Islam, berhibur mengikut Islam,
Menunjuk jalan bagaimana berekonomi menurut Islam,
Bermasyarakat secara Islam,
Yang lebih penting para pejuang di dalam diri mereka ada role model untuk diikut,
Ibadahnya, perpaduannya, masyarakatnya, ekonominya,
keluarganya, kebersihannya, kasih sayangnya,
kerjasamanya dan lain-lainnya,
Inilah dia perjuangan Islam sebenarnya,
Bukan sekadar cakap-cakap, slogan dan syarahan,
Yang lebih awal daripada semua itu,
Para pemimpin Islam ada ilmu untuk disarankan,
Untuk pimpinan dan didikan,
Ia merupakan panduan untuk insan yang ada kemahuan,
Bukan sekadar slogan, gesaan dan semangat-semangat yang tidak ada panduan,
Kalau cara itu umat Islam berjuang cepat membatalkan tujuan,
Kalau tidak hanya angan-angan bahkan membawa perpecahan,
Para pejuang mestilah cukup persiapan,
Persiapan ilmu, role model kepada manusia yang hendak disedarkan,
Kalau begitu berjuang bukan mudah dan senang tapi amat mencabar,
Bukan seperti makan minum dan berpakaian serta hiasan,
Allahyarham Ust. hj Ashaari Muhammad
14-05-05
Selepas Zohor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan