Khamis, 30 Jun 2011
Orang yang kenal Tuhannya
Ada orang mengatakan yang dia kenal Tuhan. Ada orang mengatakan yang dia cinta Tuhan. Benarkah begitu?
Sedangkan yang kata kenal Tuhan itu hanya boleh cerita tentang Tuhan. Menceritakan tentang Tuhan itu sebenarnya baru tahu tentang Tuhan. Belum tentu kenal lagi. Setakat menceritakan, ramai yang bukan Islam boleh cerita tentang Tuhan. Malah Tuhan menjadi bahan kajian mereka. Apakah orang bukan Islam itu mengenali Tuhan?
Untuk test orang itu kenal Tuhan atau tidak, kayu ukurnya cinta Tuhan. Maksudnya di sini, kalaulah orang itu benar-benar kenal Tuhan, sudah pasti dia akan jatuh cinta dengan Tuhan. Sebab kenal dengan cinta itu saling kait mengait. Tak kenal maka tak cinta. Sudah kenal pasti jatuh cinta.
Maksud kenal ini bukan boleh sekadar di bibir sahaja, sekadar menjadi sebutan. Atau sekadar cakap-cakap. Lebih baik daripada itu sekadar tulis-tulis. Yang mana ini semua datang dari hasil ingatan atau hafalan. Lebih baik daripada itu boleh menghurai sahaja sedangkan tiada penghayatan dan penjiwaan.
Kerana itu kenal mesti mengenali daripada hati. Yang mana hasil kenal itu, jatuh cinta yang juga daripada hati. Kenal itulah yang membawa faham. Faham tentang Tuhan membuatkan seseorang itu membuat apa sahaja perkara di dunia ini sesuai dengan kehendak Tuhan. Faham sungguh apa kehendak Tuhan. Faham sungguh apa yang tidak disukai Tuhan. Faham bagaimana nak beradab dengan Tuhan.
Cinta itu pula membawa kepada takut. Takut sangat cinta itu terputus di tengah jalan. Takut sangat cinta itu tidak berpanjangan. Kalau boleh biarlah cinta itu berlama-lama sepanjang hayat, sepanjang masa. Janganlah cinta itu terhenti separuh jalan. Janganlah cinta itu tidak berbalas. Bila tidak berbalas ibarat bertepuk sebelah tangan. Begitulah hasil orang yang kenal, cinta dan takut Tuhan.
Orang seperti ini adalah orang yang dekat dengan Tuhan. Orang seperti ini membuktikan cintanya dengan berkorban untuk Tuhan. Dia sanggup berkorban apa sahaja yang ada pada dirinya untuk Tuhan. Malah cinta dan takut itu jugalah yang membuatkan dia sangat mengasihi dan menyayangi sesama makhluk Tuhan. Orang ini, dia mendapat gelaran ‘Arifbillah.
Orang inilah yang dimaksudkan hadis,
Hendaklah kamu bersama Allah, dan sudah pasti kamu tidak mampu, oleh kerana itu bersamalah dengan orang yang sudah dapat bersama Allah (Arifbillah). Kerana bila kamu bersama ‘Arifbillah, sama seperti kamu bersama Allah.
Memburu Kehidupan Jangan Sampai Kehilangan Tuhan
Tidak ada manusia yang tidak hendak hidup sempurna
Ingin kaya, ingin rumah besar, ada kereta, ada harta
Memperolehi pakaian yang cantik, pakaian mewah,
perabot rumah yang mahal
Dapat pangkat yang besar, gaji yang lumayan,
alat-alat hidup yang canggih
Ini adalah benda-benda atau perkara yang lahir
Yang bersifat maknawi dan rohani tidak kurang pula
diperlukan oleh manusia
Inginkan ilmu yang banyak, pengalaman yang luas,
jiwa yang bahagia
Tapi Tuhan tidak akan memberi manusia
serba lengkap dan sempurna
Begitulah yang terjadi di dalam kehidupan manusia
Manusia perlu ingat, di dalam memburu kehidupan yang sempurna
jangan sampai kehilangan Tuhan
Di dalam apa keadaan pun Tuhan mesti dipertahankan
Kerana Tuhan itu adalah segala-galanya
Tidak ada erti mendapat segala-galanya
kalau kehilangan Tuhan
Biarlah segala-galanya itu di dalam kekurangan
tapi jangan kehilangan Tuhan
Tuhan adalah hidup mati kita
Yang lain adalah untuk sementara sahaja
Rugi besarlah manusia kerana inginkan kesempurnaan
dan kemewahan hidup tertinggal Tuhan
Apabila kehilangan Tuhan,
manusia tidak akan hidup bahagia
Kerana Tuhan itu adalah sumber kebahagiaan
Kehilangan Tuhan, kehilangan sumber kebahagiaan
Ini terbukti orang yang tidak mempedulikan Tuhan
walaupun serba ada tetapi tidak tenang
dan tidak bahagia
Allahyarham Ust. hj Ashaari Muhammad
Lepas Asar
20 Muharam 1421H
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan