Sabtu, 2 April 2011

MENGEJAR MAQAM KHUSYUK



ERTI KHUSYUK

Imam Al-Maraghy di dlm tafsirnya mengatakan
bhw yg dimaksud dgn org2 yg khusuk ialah org2 yg tunduk sambil menghinakan diri di hadapan Allah swt disertai dgn rasa takut dan tenangnya anggota badan.

Ibn abbas berkata,
bhw org yg khusuk itu adalah org2 yg takut dan menghinakan diri ketika solat di hadapan Allah swt krn kebesaran dan keagungan yg dimiliki oleh Allah swt dan tercipta dlm hati nya betapa hebatnya kewibawaan Allah swt.

Imam Al Ghazali pula berpendapat,
bhw khusuk itu adalah merupakan sifat2 hati berupa rasa bimbang dan takut.

Ttg perkara khusuk dlm solat ini terdpt 2 pendapat ulama fiqh.

Ada yg menetapkan bhw khusuk adalah merupakan rukun di dlm solat, oleh krn itu khusuk di dlm solat adalah wajib hukumnya.

Ada pula berpendapat, bhw khusuk adalah merupakan keutamaan di dlm solat,

Kalau kita perhatikan, sebahagian besar kitab2 fiqh, nyatalah bhw ulama2 fiqh tidak memasukkan khusuk sbg salah satu dr rukun solat, sehingga kita dpt mengatakan bhw umumnya mereka berpendapat khusuk itu termasuk keutamaan solat.


Petikan:

" Khusyuk ialah rasa-rasa di hati terhadap Allah SWT termasuk rasa Allah itu Maha Hebat, Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Perkasa, Maha Gagah, Maha Penyantun, Maha Lemah-lembut, Maha Pemurah, Maha Pemaaf dan sebagainya. Khusyuk juga termasuk merasa malu, hina, berdosa, lemah, dhoif dan bergantung harap kepada Allah SWT. "

Dalam hidup ini, kita tidak akan terlepas dari ujian sama ada ujian nikmat mahupun ujian kesusahan. Islam mengajar kita bahawa dalam menerima nikmat, kita harus bersyukur dan dalam menghadapi kesusahan, kita harus bersabar.

Ini sesuai dengan firman Allah di dalam sebuah Hadis Qudsi yang bermaksud:

” Kalau Kami uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur. Dan kalau Kami uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan carilah Tuhan yang lain selain Aku. ”

Di antara ujian nikmat dan ujian kesusahan ini, penerimaan manusia berbeza-beza. Umumnya, manusia tidak suka dengan ujian kesusahan kerana mereka tidak suka kepada penderitaan.

Tetapi bagi orang-orang yang hampir dengan Allah atau orang-orang Muqarrabin, mereka takut dengan ujian nikmat dan kesenangan kerana ia melalaikan.

Ia boleh menggelapkan hati. Mereka lebih senang dengan ujian kesusahan kerana dengan demikian mereka lebih mudah menginsafi diri, memperbaiki diri dan menghampirkan diri dengan Tuhan. Bila dalam kesusahan, hati mereka lebih sensitif dan mereka lebih banyak dapat mengingat Tuhan. Ujian kesusahan juga dapat mendidik mereka menjadi sabar, tawakal dan bergantung harap dengan Tuhan. Ujian kesusahan dapat menghapuskan dosa-dosa mereka dan dapat meningkatkan darjat mereka di Akhirat.

Itu sebabnya para Sahabat sangat berdukacita kalau dalam satu hari itu, mereka tidak diuji dengan kesusahan. Mereka merasakan Allah telah melupakan dan tidak mempedulikan mereka lagi. Apabila datang ujian, barulah mereka bergembira semula kerana merasakan bahawa Allah masih memberi perhatian kepada mereka.

Tidak hairanlah mengapa para Sahabat sangat mudah bersabar dengan ujian-ujian kesusahan, sakit, kekurangan makanan, ditipu, dimaki hamun, disusahkan, dicaci, dihina dan dikhianati. Kesemuanya mereka terima dengan penuh sabar dan insaf.

Mereka bersyukur kerana berlakunya perkara-perkara itu pada diri mereka sebab untungnya besar. Malahan, kalau ada orang yang berbuat jahat pada mereka, mereka balas dengan kebaikan. Kadang-kadang mereka memberi hadiah kepada orang tersebut tanda berterima kasih.

Mereka mampu menghayati firman Allah yang bermaksud:
Berbuat baiklah kepada orang yang berbuat jahat kepada kamu.

Sebab itu juga, di zaman Sahabat, maki hamun, cacian, penghinaan, penipuan, disusahkan , dikhianati dan sebagainya yang berlaku, jarang mencetuskan pergaduhan dan perbalahan kerana pihak yang dizalimi sentiasa merasakan ia satu rahmat yang menguntungkan.

Itu jugalah sebabnya, di dalam sesebuah masyarakat bagaimana baik pun masyarakat itu, Allah tetap akan adakan kejadian dan hal-hal yang sedemikian untuk membuka ruang yang seluas-luasnya bagi manusia bermujahadah, bersabar, meminta dan memberi maaf.

Kalau sesebuah masyarakat itu terlalu baik dan bersih hingga tidak ada lagi yang berbuat jahat, yang menipu, yang mencaci, yang memaki atau yang menghina, maka tertutup rapatlah pintu mujahadah.

Sebenarnya kita mendidik masyarakat dan kita dididik menerusi masyarakat. Allah menggunakan manusia untuk mendidik manusia. Pusingan ini berjalan terus dan tidak akan putus-putus hinggalah ke hari Qiamat.

Di antara bersyukur dan bersabar pula, bersyukur lebih berat untuk dilaksanakan. Dalam bersabar, kita hanya perlu menahan perasaan dan menyerah diri kepada Allah. Tetapi di dalam bersyukur, kita terpaksa bekerja keras untuk mengorbankan segala nikmat yang kita perolehi ke jalan Allah. Itulah hakikat bersyukur yang sebenarnya.

Namun demikian, sabar menerima ujian kesusahan itu ada tahap-tahapnya seperti mana yang berlaku pada Rabiatul Adawiyah dalam sejarah hidupnya. Pada suatu hari, Rabiatul Adawiyah jatuh sakit. Beliau diziarahi oleh Hasan Al Basri, Zunnun dan Malik bin Dinar.

Berkata Hasan Al Basri kepada Rabiatul Adawiyah:
ini ujian dari Tuhan, maka hendaklah kamu bersabar.

Maka jawab Rabiatul Adawiyah:
ada yang lebih baik dari bersabar.

Berkata pula Zunnun:
ini ujian Tuhan. Maka hendaklah kamu redha.

Rabiatul Adawiyah menjawab:
ada yang lebih baik dari redha.

Malik bin Dinar pula berkata:
sakit ini sebenarnya adalah hadiah Allah kepada kamu. Maka hendaklah kamu bersyukur.

Jawab Rabiatul Adawiyah:
ada yang lebih baik dari bersyukur.

Maka bertanya Malik bin Dinar:
kalau sabar tidak memadai, redha tidak memadai dan syukur pun tidak memadai, apakah sebenarnya yang engkau rasakan?

Rabiatul Adawiyah menjawab:
sebenarnya aku sudah lupakan kesusahan yang Allah timpakan terhadap diriku ini.

Melupakan segala ujian dan kesusahan
yang Allah timpakan kepada kita dan

mengingat-ingat segala nikmat
yang Allah kurniakan kepada kita, juga


melupakan segala ibadah dan kebaikan

kita kepada Allah dan

mengingat-ingat dan mengenang-ngenangkan
segala dosa dan kejahatan kita kepada Allah

termasuk dalam jalan kebenaran.

Jelas bagi kita bahawa nikmat atau kesusahan itu sendiri sebenarnya tidak penting. Perkara yang lebih penting ialah bersyukur dan bersabar kerana itulah untungnya dalam kita menghadapi kesenangan dan kesusahan. Maqam sabar pula boleh ditingkatkan kepada maqam redha, syukur dan lupa.

Namun ada seperkara lagi yang patut kita usahakan di dalam kita menerima ujian sama ada ujian nikmat atau ujian kesusahan iaitu khusyuk.

Khusyuk
ialah rasa-rasa di hati terhadap Allah SWT termasuk rasa Allah itu Maha Hebat, Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Perkasa, Maha Gagah, Maha Penyantun, Maha Lemah-lembut, Maha Pemurah, Maha Pemaaf dan sebagainya. Khusyuk juga termasuk merasa malu, hina, berdosa, lemah, dhoif dan bergantung harap kepada Allah SWT.

Apabila kita menerima nikmat Allah, contohnya
kita dijamu makan minum yang banyak dan lazat, maka hendaklah kita berfikir dan bertafakur. Dengan amalan kita yang sedikit dan dosa kita yang begitu banyak, Allah bagi juga kita merasa makanan yang banyak dan lazat yang kita tidak layak menerimanya. Akan timbul rasa malu dengan Allah di hati kita dalam menerima nikmat-Nya itu.

Maka rasa malu inilah khusyuk dan ia adalah makanan bagi roh dan jiwa yang jauh lebih baik dan lebih lazat dari makanan lahir yang terhidang di hadapan kita.

Kalau kita diuji dengan kesusahan pula, contohnya
kereta yang kita pandu remuk dan rosak terlanggar pokok, maka hendaklah kita berfikir dan bertafakur. Ini kecil. Bukan setakat kereta rosak dan remuk tapi Allah boleh buat lebih dari itu ke atas diri kita dan tidak ada siapa pun yang mampu menolak-Nya. Allah boleh matikan kita kalau Dia mahu. Maka akan timbul rasa takut, gerun, cemas dan bimbang dalam hati kita.

Maka itulah khusyuk iaitu makanan bagi roh dan jiwa kita yang jauh lebih bernilai dari kerugian kereta kita yang rosak itu.

Inilah perkara tambahan
yang patut kita usahakan di dalam kita menerima nikmat dan kesusahan dari Tuhan iaitu rasa-rasa khusyuk dengan Tuhan melalui berfikir dan bertafakur.


Ada Hadis yang bermaksud:
Bertafakur satu saat itu lebih baik dari sembahyang seribu rakaat yang tidak khusyuk.

Nukilan:Ust Allahyarham Ust. Ashaari. Muhammad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan