KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG
Benih khusyuk perlu ditanam, kemudian dipersuburkan di dalam sembahyang
ADA orang bertanya, mengapa hati kita susah untuk khyusuk di dalam sembahyang?
Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan ALLAH, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang.Ibarat kita hendak membuat suatu pekerjaan yang berat seperti menanam atau mencangkul,
kalau kita tidak biasa melakukannya atau dua, tiga bulan sekali baru hendak buat, memang terasa berat. Tetapi bagi orang yang setiap hari buat kerja-kerja seperti itu, kemudian dia menyambung bekerja, tentulah tidak terasa berat.
Jadi, tidak khusyuknya kita di dalam sembahyang adalah disebabkan hati tidak khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang tidak khusyuk, bukan mudah untuk memaksa-maksa hati untuk khusyuk di dalam sembah-yang.
Biarlah hati kita sentiasa dengan ALLAH di mana saja kita berada.
Firman ALLAH:
Mereka yang sentiasa mengingati ALLAH semasa berdiri,duduk dan baring.
(Ali Imran: 191)
Kalau kita dapat rasakan kewujudan ALLAH walau di mana saja kita berada, maka di waktu sembahyang kita hanya menyambung atau mempertajamkan rasa itu. Ertinya, benihnya sudah ada, tinggal hendak disuburkan. Tapi kalau di luar sembahyang tidak terasa adanya ALLAH, waktu sembahyang tentu datang jemu, letih dan sebagainya.
Itulah rahsianya.Hati tak berhubung dengan Tuhan,
tiba-tiba dalam sembahyang baru hendak berhubung, tentulah payah. Jadi, khusyuk dalam sembahyang itu bermula dari luar sembahyang.Seperti kita sebut tadi, kalau kita seorang yang kaki bekerja, kita tidak akan rasa letih dan payah walaupun tidak henti-henti buat kerja. Mungkin lepas menyapu, kita menyangkul. Lepas menyangkul, kita'tengok kambing atau ayam itik. Lepas itu sapu rumah, kemudian menyambung kerja menebang kayu di hutan. Walaupun semuanya kerja yang memerlukan tenaga empat kerat, tapi kita tidak terasa payah sangat sebab sudah dilatih bekerja setiap hari.
Tapi kalau tidak pernah buat kerja-kerja yang perlukan tenaga: menyapu tak pernah, menyangkul tak pernah, bercucuk tanam pun tidak, kemudian tiba-tiba orang ajak ke hutan tebang kayu, tentu kita rasa terseksa. Mahu mati rasanya.
Demikianlah kiasan yang mudah untuk kita faham. Ini kerja-kerja lahir, kita boleh kiaskan dengan kerja-kerja batin.
Kerana khusyuk itu adalah kerja batin atau kerja hati.Kalau hati kita tidak pernah hidup, tidak ada konteks dengan ALLAH di luar sembahyang, kemudian baru hendak konteks waktu sembahyang, tentulah payah. Bagaimana hendak rasa lazat menebang kayu di hutan kalau sebelumnya kita tak pernah buat kerja-kerja ringan? Tentulah seksa.
Inilah rahsianya mengapa kita susah untuk khusyuk dalam sembahyang.
Kenapa tunggu dalam sembahyang baru hendak khusyuk?
Patut sebelumnya lagi hati sudah khyusuk. Di dalam sembahyang itu kesannya cuma terikat dengan disiplin disebabkan sembahyang itu ada disiplin. Khusyuk hati itu sepatutnya di luar sembahyang sudah ada, cuma is tidak terikat dengan satu sistem, yakni ada kebebasan. Tapi hati kita dengan ALLAH sepatutnya tidak ada beza di antara di luar sembahyang dengan di dalam sembahyang.
Sebab itu dalam ajaran Islam, walau dalam tandas sekalipun, kita tidak boleh lupa ALLAH. Cuma baca Al Quran saja yang tidak dibenarkan di dalam tandas. Tapi hati mesti sentiasa ada konteks dengan ALLAH.
Ertinya, mengingati ALLAH itu bukan mesti menyebut Subhanallah, Alhamdulillah atau Allahu Akbar. Tapi ingat ALLAH itu ialah dengan hati sentiasa berhubung dengan ALLAH, walaupun lidah tidak menyebut nama ALLAH. Melihat kejadian ciptaan ALLAH,
hati terasa kebesaran ALLAH. Bahkan kalau banyak lagi kejadian yang berlaku di depan mata kita, ia kian menyuburkan lagi ingatan kepada ALLAH.
Misalnya bila dapat nikmat, hati akan tersentuh dan rasa malu dengan Tuhan. Bila ditimpakan ujian, hati terasa berdosa. "Berdosa aku ni rupanya". la menambahkan tebal lagi hati dengan ALLAH SWT. Itulah maksudnya.
Tetapi bagi ahli sufi yang jahil, dia hanya asyik berwirid zikir dan melakukan ibadah sembahyang. Kerja-kerja lain tidak dibuat kerana dianggap tidak membawa ingatan kepada ALLAH. Dia dan muridnya asyik dengan tasbih saja. Pandang orang pun tidak, angguk-angguk saja, bercakap pun tidak.Sebenarnya bukan begitu yang dimaksudkan hati khusyuk. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup. Bila tengok orang susah terasa insaf, terasa syukur kepada ALLAH SWT.
'Syukur, ALLAH tak jadikan aku begini. Apa hikmahnya aku jadi begini?' Lihatlah betapa ia menghidupkan jiwa. Menyuburkan jiwa lagi tapi benih sudah ada. Itulah yang dimaksudkan oleh
firman-Nya:
Mereka yang mengingatiALLAH sambil berdiri, duduk dan baring.
Tapi sesetengah orang yang tidak faham, dia asyik bertasbih 24 jam. Dengan emak pun tak bercakap. Itulah jahil. Sepatutnya bila tengok pemandangan ciptaan ALLAH, terasa di hati, kalaulah ciptaan Tuhan sudah begini hebat. Tuhan betapalah lagi. Dengan itu jiwa terbangun. Itulah zikir namanya. Zikir $ambil berdiri kerana melihat pokok-pokok selalunya di waktu berdiri. Setiap kejadian boleh menusuk hati hingga terasa konteks dengan ALLAH SWT.
Sebab itu ahli-ahli Sufi itu ber-kata,
"Aku terasa ramai di waktu seorangan." Kenapa?
Kerana dia terasa berzikir dengan melihat pokok, melihat binatang, melihat air dan sebagainya. Dengan melihat benda-benda itu, hatinya lantas mengingati ALLAH, Tuhan yang mencipta semua itu. Seolah-seolah dia sedang berzikir.Ibarat kita sayang kepada ayah yang berada di tempat yang jauh. Setiap barang kepunyaan ayah yang dilihat di depan mata akan membuatkan hati terus ada konteks dengan ayah. Misalnya, bila terlihat jam kepunyaan ayah, lantas teringat ayah. "Ini jam ayah!"
Bila tengok kereta ayah di garaj, teringat ayah. Tengok pula pakaiannya, Ini pakaian ayah ni". Emak pun sebut pula, "Ini pakaian ayah engkau, ni!"
Tapi kenapa hati kita tidak boleh konteks dengan ALLAH bila melihat kejadian ciptaan ALLAH? Kenapa?
Bila hati tidak boleh rasa dekat dengan ALLAH ketika melihat kejadian ciptaan ALLAH, bagaimana hendak rasa khusyuk dalam sembahyang?
Tentu tak boleh.Benih pokok tidak ada, bagaimana hendak diberi baja?
Tentu tidak boleh. Inilah ajaran tasawuf.Kalau sudah ada benih khusyuk di luar sembahyang, waktu ambil air sembahyang pun sudah khusyuk, gambarkan betapa kalau di dalam sembahyang. Tentu lebih khusyuk lagi. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang cabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa.
Ini menunjukkan benih khusyuk sudah ada di luar sembahyang. Bila waktu ambil air sembahyang, dia membaja lagi benih yang sedia ada itu.
Khusyuk bukan boleh dilakon-lakonkan. la sudah sedia ada di hati. Sebab itu pernah orang berwirid berzikir sambil tunduk, lalu datang Sayidina Umar Al Khattab r.a. menegur, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."
Ada setengah orang bila berzikir masuk dalam kelambu, padam lampu. Taklah salah, tapi kalaulah itu dianggap cara untuk dapat khusyuk, sudah ghurur (tertipu).
Erti khusyuk itu ialah hati terasa kewujudan ALLAH setiap masa dan walau di mana saja- ketika berjuang, berjihad, ketika tebang kayu, ketika bekerja dan sebagainya. Mesti khusyuk dalam semua keadaan. Khusyuk di hati itu Benda maknawiyah, bukan berlafaz lagi.
Ada orang yang tak tahan dengan cinta ALLAH SWT hingga jadi mabuk. Bila melihat apa saja, dia ingat ALLAH SWT. Ingatan itu selalu memukul hatinya hingga dia jadi seakan-akan gila. Apa tidaknya, setiap apa yang dilihatnya, membuatkan dia dipanah cinta. Lihat batu, kayu, pokok, binatang, lihat air dan lain-lain tanpa rehat maka dia dipanah cinta. Bila tak tahan, dia akan jadi sakar (mabuk).Tapi bagi seseorang yang ALLAH mahu dia jadi hak ramai atau jadi pemimpin, ALLAH SWT tak jadikan dia begitu. ALLAH SWT akan beri kekuatan akal untuk dia mengimbanginya. Dia dapat kawal mabuk cintanya dengan ALLAH SWT.
Allaryaham Ust. Ashaari Muhammad