Khamis, 24 Julai 2014

PERINTAH DAN ADAB DALAM BERJUANG PADA JALAN ALLAH




Bismillaahirrahmaanirahiim
Allah Taala berfirman :

Wa qaatil fi sabilillah la tukalafu illa nafsak   ..
(Surah An Nisa' ; 84)

Maksudnya :

Hendaklah kamu berperang atau berjuang pada jalan Allah, tidak diberatkan kecuali pada diri kamu dan digalakkan kepada orang mu'min. Moga2 Allah mengkerasi orang kafir atau orang2 engkar dan Allah itu adalah sangat keras dan sangat member amaran kepada mereka

Para hadirin yang dikasihi sekelian, tadi saya telah membaca ayat dan maknanya. Insya Allah di sekitar ayat ini kita akan jadjkan kuliah, Artinya pagi ini kuliah tafsir dari ayat yang begitu pendek.

Di sini kita akan bahaskan beberapa perkara

1. berjuang pada jalan Allah
2. tidak diberatkan kecuali diri kita
3. bagi orang mu'min digalakkan
4. moga2 Allah mengkerasi orang kalir dan memberi amaran kepada orang kafir

Di sekitar perkara2 ini kita akan cuba huraikan, moga2 keluar ilmu darinya dan kita mendapat manfaat serta dapat diapplykan dalam hidup.


1. Perintah berjuang pada jalan Allah

Tuhan suruh kita berperang atau berjuang pada jalan Allah. Apa jalan Allah ?
Berjuang pada jalan Allah di sini maksudnya ada 2 perkara penting

a. Promosikan Aqidah Tuhan:

Iaitu memperkenalkan Allah hingga aqidah orang betul: iaitu rnemperkenalkan Zat, sifat dan perbuatan Allah pada manusia. Itulah aqidah asas, tauhid asas. Supaya manusia selamat dari tersalah aqidah 

Kalau begitu yang kata berperang pada jalan Allah bukan untuk bunuh orang Tapi orang tak nampak tugas ini. Yang ada, bila kata perang, rmereka mau bunuh orang, mau pancung orang Padahal patutnya untuk membetulkan aqidah orang yakni untuk fahamkan orang tentang Zat, sifat dan perbuatan Tuhan.

Selepas itu berjuang hingga orang menghayati aqidah yang betul tadi. Bila orang hayati aqidah yang tepat, maka orang akan takut dan cinta dengan Tuhan Untuk rnembuat manusia takut dan cinta Tuhan, tak cukup hanya aqidah asas, Tapi kena diceritakan apa kebaikan Tuhan, apa yang Tuhan bagi pada kita, bagaimana Tuhan jaga kita bagaimana Tuhan menyelamatkan kita dan cerita hingga nafas kita Tuhan pun bagi setiap masa

Setiap bumi yang kita pijak adalah Tuhan punya, setiap nafas dari Tuhan, pandanglah apa saja semuanya Tuhan punya ” Mata yang kita gunakan untuk itu semua pun Tuhan yang punya, mendengarlah apa saja menggunakan telinga yang Tuhan jadikan, bercakaplah sebanyak mana kita rnahu sedangkan mulut itu Tuhan yang ciptakan , kita makan dan minum nikmat dari Tuhan  bekerja menggunakan tenaga dari Tuhan bila letih bekerja datang rahmat Tuhan kita mengantuk, tidur. Kita sudah rehat itu nikmat dari Tuhan bertenaga semula,

Janganlah ajar aqidah yang asas saja nanti orang tak takut dan cinta dengan Tuhan Ceritakan apa lagi nikmat Tuhan, kebaikan Tuhan, baru tumbuh rasa cinta dengan Tuhan. Kita ingin berhibur Tuhan ciptakan lelaki dan perempuan Dengan ada lelaki perempuan kita boleh berhibur. Kalau Tuhan buat lelaki saja atau perempuan saja sepi hidup ini. Tapi Tuhan beri nikmat ada lelaki dan perempuan terasa rahmatNya dari Tuhan. Ingin berhibur ada cara khusus Tuhan lakukan.

Begitulah caranya kita akan ceritakan begitu banyak nikmat hingga orang takut dan cinta Tuhan. Orang rnengajar sifat 20 hanya sekadar untuk sahkan aqidah, sampai jemu bila dengar kelas sifat 20 jemu. Sedangkan cerita tentang Tuhan patutuya seronok, terasa Tuhan penyelamat, pelindung, terasa Tuhan segala2nya, terasa tak boleh hidup tanpa Tuhan, Tuhan segala2nya barulah orang rasakan ada Tuhan sangat terhibur. Tapi diajar oleh tok guru kini jangan sampai orang rosak aqidah itu saja, tapi tak diajar sampai orang takut dan cinta Tuhan. Ini adalah satu kesalahan yang paling besar, sedangkan Tuhan itu kalau disyarahkan dengan baik orang rasa Tuhan itu keselamatan dunia akhirat, tiap hari kita harap jangan Tuhan tinggalkan kita, kita perlukan Tuhan, Tuhan adalah segala2nya

Kita ada Tuhan, kita rasa kuat. Mana ada orang ajar semua itu. Sebab itu bila dengar orang mengajar tauhid jemu. Bagaimana cinta dan takut Tuhan tak diajar ? Ini adalah satu kesalahan.

Jadi bila Tuhan kata kena berjuang pada jalan Allah maka promosi Tuhan untuk kenalkan Tuhan pada manusia supaya jangan tuduh Tuhan yang bukan2 supaya orang kenal betul Tuhan, lepas itu dilengkapkan seperti yang disebutkan tadi. Sebabnya, bagaimana, boleh membuat hingga orang takut dan cintakan Tuhan itulah apa yang dikatakn Tuhan ajak kita berjuang. Bukannya bila “Mari berperang, berjuang!” maka kita hendak bunuh orang, demonstrasi, lawan orang.

b. Promosikan syariat Tuhan :

Berjuang pada jalan Tuhan itu kita nak kenalkan pada manusia syariat Tuhan. Artinya cara hidup secara Tuhan atau perlembagaan Tuhan atau undang2 Tuhan. Perkara aqidah di atas tadi tak begitu banyak perkaranya tapi kalau diceritakan dengan baik terasa indah, terasa kuat dapat Tuhan, terhibur dapat Tuhan.

Yang kedua ini syariat, Cara hidup jadi banyaklah perkaranya. Walaupun banyak tapi Rasulullah saw memperjuangkannya 10 thn sedangkan mempromosi Tuhan 13 tahun Ini menunjukkan promosi dan perjuangkan Tuhan lebih utama dari memperjuangkan syariat. Itulah rahsia kebahagian.

Kita disuruh mernperkenalkan syariat Tuhan dalam makan minum, dalam pergaulan, syariat mendidik manusia dalam keluarga, dalam perjuangan, dengan jiran, dalam berekonomi, dalam berkebudayaan, dalam hal perhubungan, dalam pentadbiran, segala perkara bahkan syariat juga menunjuk jalan kepada kita bagaimana cara menyelesaikan masalah dengan sebaik2nya. Syariat mengenai semua aspek kehidupan supaya jangan accident satu sama lain di situ ada unsur keselamatan, kasih sayang, kerjasama, rasa bersama, ada unsur2 perlu mermerlu satu sama lain Itu syariat Tuhan

Kalau benar2 kenal Tuhan dan diperjuangkan kemudian dicampur syariat Tuhan maka lagi Nampak Islam itu cantik. Sudahlah cantik kenal Tuhan dicampur syariat Tuhan Terasa Tuhan penyelamat dunia akhirat, Tuhan dan syariatnya sangat diperlukan. Tapi mana diajar begitu rupa. Dalam syariat, yang diajar hanya halal-haram saja tapi falsafahnya, rnisal mengapa Tuhan suruh, mengapa Tuhan tegah, tak disebut. Tak disebut hikmahnya jadi orang terseksa dengan hukum Tuhan, tak seronok karena approach, pendekatan, penjelasan tak betul.

Jadi itulah yang Tuhan suruh berjuang maksudnya terhadap dua perkara pertama promosikan aqidahNya, kedua prornosi syariatNya. Gabungan dua perkara ini akan terasa indah berTuhan dan indah bersyariat bahkan manusia rasa mabuk dengan Tuhan dan dengan syariat.

2.  Maksud “ Tidak diberatkan kecuali diri kamu bagi orang mukmin digalakkan ”

Maksud “Tidak diberatkan kecuali diri kamu” artinya hendak begjuang itu kita dulu. Orang lain tak boleh dipaksa ikut beijuang, Untuk orang lain hanya boleh dibagi tahu, digalakkan, diajak sama, didorong. Bukan boleh dikasari, bukan boleh dipaksa2. Yang boleh adalah paksa diri kita. Orang lain hanya didorong, dipujuk, gembirakan mereka dengan perjuangan. Yang kena paksa itu diri kita bukan orang lain walaupun anak isteri, 'Jom berjuang tak mau kena tampar, kalau tak nak ikut, bunuh," jadilah militan Itu tak boleh

Dalam ayat ini jelas yang dipaksa dan diberatkan adalah diri kita sedangkan orang lain digalakkan supaya cintakan perjuangan

Inilah peraturan dari Tuhan, ini cara Tuhan suruh kita bersyariat.
Diri sendiri kita boleh paksa, orang lain digalakkan

Kalau begitu bentuknya kita berjuang paksa diri, orang lain kita galakkan. Tujuannya kenalkan Tuhan hingga takut dan cinta Tuhan kedua perkenalkan syariat Tuhan peranannya hingga terhibur dengan Tuhan dan syariat Tuhan.

3. Huraian “Moga2 Allah mengkerasi orang kafir dan memberi amaran kepada orang kafir”

Kalau berjuang begitu, rupanya untuk mengalahkan orang kafir bukan tugas kita. Untuk musnahkan orang kafir bukan bahagian kita tapi Tuhan, Kalau berjuang dalam hal mengalahkan musuh bukan kita tapi Tuhan buatkan Tuhan yang akan menghukum setelah Kita buat untuk Tuhan. Kenalkan orang pada ZatNya hingga orang suka dan cinta Tuhan dan kenalkan syariat. Iaitu kita buat kerja Tuhan, Tuhan akan buatkan untuk kita

Orang yang menentang Tuhan yang akan memusnahkannya adalah Tuhan. Tuhan tahu bagaimana bertindak. Apa yang kita susahkan dengan hal Amerika kuat ? orang berjuang mula fikir kekuatan Amerika, takut yahudi, sedangkan itu kerja Tuhan dan kerja kita, kita tak buat. Bila diajak berjuang kita takut mereka. Mereka banyak duit, kaya, Kalau mereka banyak duit, kaya itu bukan kerja kita tapi itu kerja Tuhan. Kerja kita ialah promosi Tuhan dan syariat Tuhan. Kalau selesai kerja kita maka 10x Amerika pun Tuhan boleh kalahkan.

Kesilapan orang Islam hari ini bila kata berjuang nampak musuh yang kuat, nampak musuh yang jahat. Akhimya orang Islam jadi lemah semangat ketakutan pada musuh. Padahal Tuhan suruh promosi Tuhan dan syariat Tuhan, kerja terhadap musuh Tuhan punya kerja, itu ketetapan Tuhan. Kalau buat yang Tuhan suruh maka Tuhan buat untuk kita.

Apa fakta yang berlaku dalam sejarah bila buat kerja kita Tuhanlah yang kalahkan musuh2Nya ?

contoh zaman Nabi Musa. Nabi Musa kerja dia kenalkan kepada Firaun dan bani Israel tentang Tuhan Itu kerja Nabi dan orang bertaqwa Masa itu dia tak sentuh kerja Tuhan. Bila ditentang oleh Firaun dia tak ajak berperang tapi lari2 (menghindar). Akhirnya setelah lengkap kenalkan Tuhan, Tuhan buat kerja orang beriman, tenggelamkan Firaun.

Apakah Nabi Musa yang tenggelamkan Firaun?

Nabi Nuh berjuang memperkenalkan Tuhan, syariat Tuhan tapi kaumnya bermusuh dengan Nabi Nuh, susahkan dia dan pengikutnya tapi Nabi tak ajak orang2nya berperang. Akhirnya setelah buat kerja Tuhan maka Tuhan buat kerja Nabi nuh, datang banjir besar.

Rasulullah setelah berperang pada jalan Allah, buat kerja Allah, telah datang 3000 malaikat menolongnya Tuhan buat untuk Rasul dan sahabat Dalam perang Khandak Tuhan datangkan angin ribut hingga akbimya lintang pukang, pecah belah musuh, bukan Rasul dan sahabat buat tapi Tuhan yang buat, setelah Rasul dan sahabat buat kerja Tuhan, nampak ini adalah peluang untuk orang berjuang.

Mengapa kita takut dengan musuh bila perkenalkan Tuhan dan syariat ? hadapi musuh bukan kerja kita, itu kerja Tuhan yang kuasaNya tak terbatas. Apa kita takut ? seolah2 kita bincang dengan Tuhan aku buat kerja aku, Engkau akan buat untuk aku.

Kita hairan bagaimana orang boleh jadi militan dan ganas ?
Kenapa sebut berjuang tak fikir untuk kenalkan Tuhan hingga orang takut dan cinta pada Tuhan ?
supaya hasil perjuangan kita orang akan rasa indah, aman damai ?

Tuhan adalah segala2nya. Dapat Tuhan manusia akan kenyang, indah, dan rasa kuat

Allahyarham Ust. Ashaari.


Kita pun hairan bagaimana orang boleh jadi militan dan ganas ? 

Ada lambang "lanun" pada topi yang dipakainya

PUTRAJAYA 9 Julai - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, kecoh apabila seorang lelaki dan wanita dikatakan mengamuk sambil melibas pedang samurai sehingga menyebabkan orang ramai dan penjawat awam lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Apa pun bagi saya peristiwa ini sangat malang dan sudah tentu memberi persepsi yang pelbagai terhadap agama. Benar mungkin si mati dan pasangannya “tidak siuman” namun dari publisiti yang tersibar elemen agama mengambarkan imej yang buruk terhadap Islam.

Sumber internet


PUISI PANJANG BOSNIA-HERZEGOVINA 

Guruku
maaf ku sambung tali tuturmu tanpa izin rasmi
kutitip bicara rasamu dalam kembara
kupinjam hikmahmu 
kutulis sebuah puisi, 
prihatin umat ini kekadang perlu dilayan
umat yang menjerit perit derita penindasan
mohon mindamu buat landasan bicara

Guruku
kuluah kata tentang derita ummah
kubisikkan padamu sebuah resah;

“Mengapa Muslim Bosnia-Herzegovina
disembelilm, mengapa ?
Mengapa Muslim Rohingya diburu, mengapa ?
Mengapa Muslim Kashmir diusir, mengapa ?
Mengapa Muslim Palestin dibunuh, mengapa ?
Mengapa Muslim Assam dicengkam, mengapa ?
mengapa, mengapa, mengapa... ?
Mengapa Muslim tertindas di mana-mana ?
Mengapa lslam terhina serata dunia ?"
  
Guruku     
Katamu kemudian menyambut sahut
meluncur deras bak mata air kutampung cemas
dengan bahasa hati, nahu rasa, ayat isyarat
kau hadiah sebuala basyirah:

“Bukan Serb, bukan sosialis, bukan
Bukan hindu, bukan zionis, bukan
Bukan Amerika, bukan kapitalis, bukan
Bukan Barat, Bukan sekularis, Bukan "

Katamu yang pertama dan utama,
semua itu bukan
bukan, bukan, bukan...
bukan bathil, bukan mungkar
bukan musuh di luar.

“Tapi amuk Serb di dalam, itulah
Tapi akar umbi zionis di dalam, itulah
tapi cinta kapitalis di dalam, itulah
Tapi cengkaman sekularis di dalam, itulah
tapi sabit tukul komunis di dalam, itulah
dalam hati, dalam peribadi, dalam akal
dalam diri, itulah
menjajah menjarah batin ummah
tapi, tapi, tapi...
tapi Muslim tidak prihatin lagi
tentang musuh di dalam.”

Muncullah tirani mustakbirin sepanjang sejarah
Pedang, lembing, senapang dan bom nuklear
Al mala’u pemerah air mata, penumpah darah
Hulagu, Ferdinand, Bush, Shamir clan John Major

bila Muslim lupakan Allah
bila Muslim lupakan taqwa
bila Muslim lupakan iman
bila Muslim lupakan syariat
bila Muslim lupakan Islam
bila, bila, bila..
bila Muslim ditimpa al wahan
bila hati cinta dunia takut mati
maka jatuhlah hukuman Mahkamah Tuhan
diizin~Nya tangan-tangan besi
bermaharajalela sesuka hati

Guruku
maaf kiranya ingin kulukiskan potret dukamu
luka di hati, kecewa di mata, marah di wajah
katamu:
“Ulama, ulama, ulama...
ulama pasak tiang sendi umat ini yang bersalah
ulama tuan tanah baru berladangkan kitab dan
madrasah
ulama jutawan besar memperdagangkan wahyu dan
sabda 
ulama mendamba ringgit merayu gelar di atas mimbar
ulama lidah kelu menegur singgahsana penguasa
ulama hati bérat sendat berkarat untuk mendidik umat

ulama punca taufan gila melanda dunia lslam
ulama, ulama, ulama...
yang sudah dilalaikan oleh dunia.”

Ratusan, puluhan, belasan atau beberapa tahun lalu 
cuba tanyakan, cuba tanyakan, cuba kau tanyakan 

tanyakan mullah di Bosnia mana dakwahnva ? 
tanyakan imam di Rohingya mana tarbiahnya ? 
tanyakan maulana di Kashmir mana doanya? 
tanyakan khatib di Assam apa khutbahnya ? 
tanyakan syeikh di Palestin apa fatwanya 
tanyakan, tanyakan, tanyakan, 

mengapa 
mengapa pewaris nabi lupakan janji 
mengapa Amanat Ilahi dikhianati 

Jangan tangisi nasib umat ini serba malang serba terbuang 
Qudrat kita yang sekerat walau quwwah melimpah 
Syahadat kita yang dihiris tauhid menipis 
Islam jadi yatim di tengah 1000 Juta umatnya 
ditolak doa kalian kerana Allah tak pandang 
tidak ada jaminan dulu dan sekarang 
kini dan akan datang 

tidak, tidak, tidak... 
tidak akan dibela Muslim tanpa taqwa 
tidak akan dibantu Muslim yang dibelenggu nafsu 
Ini dimaktub oleh Al Quran, oleh Sunnah 
sudah serlah di dalam sirah 

Walau suaramu tidak gegak-gempita demonstrasi. 
tapi Empang fikirmu jana pendam tempur minda 
Taqwa, minda, doa, strategi digaul mampat 
Padamu kalimat jihad sudah muktamad 
Moga-moga Bosnia-Herzegovina, Rohingya, Kashmir, Assam, Palestin adalah... 
daun kering yang gugur buat penyubur pohon 


Abdi 
Ogos 1992 

Nota
Puisi asal telah diedit oleh saya tanpa kebenaran penulis asal ampun maaf jika saya tersalah