Ahad, 23 Mac 2014
Master mind
SETELAH TAMAT zaman pemerintahan Khulafa ur Rasyidin. Islam mula melalui detik-detik kejatuhannya. Hilangnya kegemilangan Islam bersama hilangnya kepala-kepala perancang yang bertaqwa seperti Sayidina Umar Ibnu Khattab, Saad Ibnu waqqas, Khalid Ibnu Walid, Salahuddin al-Ayubi dan Muhanmad Al Fateh. Merekalah ahli siasah yang licik lagi pintar yang telah menguatkan Islam di muka bumi ini .
Rasulullah pernah berdoa:
Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan Abul Hakam bin Hisyam atau dengan Umar bin Al Khattab.
Kembalinya mereka ke pangkuan Ilahi telah turut menguburkan perancangan-perancangan strategik yang ada dalam fikiran mereka. Rahsia bagaimana Sayidina Umar Ibnu Khattab mengatur siasah menawan dan mentadbir 3/4 dunia islam telah terkubur kerana tidak ada yang mencatatnya secara detail. Bagaimana perancangan Amru Ibn Al As menawan Istana Putih Mesir dengan akhlak yang halus, bagaimana Salahuddin Al Ayubi mengatur strategi menawan kembali Masjidil Aqsa dari puak Kristian dengan jumlah tentera yang kecil tidak ditulis. Fakta-fakta lengkap, yang boleh diiadikan panduan juga tidak ada.
Akibatnya, umat islam yang kemudian jadi bagaikan anak ayam kehilangan ibu. Tidak pandai menjaga keselamatan agama bahkan iman di dada sendiri tergugat. Maka muncullah kepala-kepala perancang kafir dari puak Yahudi dan nasrani untuk memusnahkan islam. Mereka kenal pasti akar umbi kekuatan islam. Mereka carl tempat yang berpontensi untuk islam bangun. lalu mereka ‘tembak’ dengan peluru-peluru akidah yang sesat.
Mereka tidak akan puas selagi umat islam tidak berada di bawah telunjuk mereka.
Firman Allah: Terjemahannya:
Tidak sekali-kali redha Yahudi dan Nasrani selagi kamu tidak mengikut cara hidup mereka.
(Al Baqarah: 120)
Pandangan Malik Bennabi (seorang penulis Algeria) yang meramalkan islam akan bangkit di sebelah Timur telah mendapat perhatian kristian-kristian Eropah. Mereka telah halakan kekuatan senjata dan perang saraf untuk memusnahkan kebangkitan islam di Asia Tenggara. Mereka berusaha keras. sama keras dengan serangan senjata yang ditanggung oleh umat islam di selatan Filipina dan duri-duri aqidah kristian yang ditinggal oleh penjajah di serata negara Asean.
Maka berhadap-hadapanlah Islan dengan kristian dan bersambunglah ‘Perang Salib’ yang tidak pemah selesai. Sama ada perang dingin atau perang bersenjata, namun perang salib tidak pemah berkesudahan.
Orang-orang dungu saja yang mengatakan perang salib telah berakhir.
Hasad dengki Yahudi dan nasrani terhadap Islam tidak akan berakhir hingga Hari Kiamat. Penjajahan Eropah ke atas negara-negara di Timur adalah di atas rasa dendam itu. Mereka mahu memaksa kepada kaum atau agama lain secara kasar atau halus supaya tunduk kepada Yahudi dan nasrani.
Mereka gunakan kekuatan ekonomi sebagai tekanan terhadap negara-negara yang menentang mereka atau terhadap golongan yang mencabar mereka melalul kekuatan agama. GSP adalah sebagai umpan. Sekiranya umpan dimakan tetapi kail tidak menyangkut ikan. maka mereka akan mengancam untuk menuba semua kolam.
Ini yang dirasai oleh Dr. Mahathir. Tetapi kalau Dr. Mahathir pakai salib dan masuk gereja seperti Corazon Aquino, maka tidak akan ada ancaman tertadap Mahathir dari Amerika. Lihatlah betapa Cory dapat layanan baik dar Amerika pada hal kedudukannya sangat goyang. Lebih goyang daripada gempa yang berlaku di Bagio City, Luzon tidak lama dulu. Mahathir hadapi tentangan dari dalam dan luar. Penentangan dari dalam, dan kawan-kawan lama yang telah menjadi penentangriya sekarang ini.
Sementara penentangan dari luar datang dan negara-negara besar yang benci dengan sikapnya yang pada anggapan dunia barat terlalu Islamik.
Mahathir dianggap seperti Qaddafi di Timur Jauh oleh dunia Barat.
Keadaan di Malaysia Timur (Sabah dan sarawak) sama seperti keadaan selatan sudan. Di Selatan sudan wujud gplongan ktistian yang berasal dan peribumi Sudan sendiri. Semasa penjajah menjajah sudan, mereka merancang supaya wujud pertentangan agama di Sudan. Mereka kristiankan pribumi selatan Sudan. setelah penjajah berangkat, mereka tinggalkan duri dalam daging Sudan. Sampai ke hari ini Sudan menghadapi masalah yang sangat berat dan penentangannya di Selatan. ini semua adalah angkara perang salib yang tak sudah-sudah..
Rangkaian perang salib itu tidak habis-habis. Di Filipina, Sultan Sulaiman yang bertahta di Manila hanya tinggal nama. Di sana, kuasa gereja lebih kuat daripada kuasa masjid. Kita tidak tahu siapakah sebenamya yang memerintah Filipina. Apakah Cory atau Kardinal Sin. Di Indonesia kaum salib kecil sahaia jumlahnya tetapi pengaruhnya dalam angkatan tentera dan dalam pemerintah sangat kuat. Sehingga pertahanan negara majoriti Islam itu ditentukan oleh kaum salib. walaupun jumlahnya tidak ramai tetapi mereka menjadi decision-maker
Perubahan sikap pemerintah Indonesia terhadap gerakan Islam sangat jelas. ini dibuktikan danpada label yang diberi kepada gerakan ganas di Acheh. Gerakan di Acheh yang mengganas pada bulan Mei dan Jun. 1990 lalu tidak dihubung kaitkan dengan gerakan Darul Islam dan tidak dihubungkan dengan Acheh Merdeka. Tetapi dibatasi dalam nama GPK (Gerombolan Pengacau Keamanan). Sekiranya kumpulan itu dihubungkan dengan gerakan Islam maka besar kemungkinan perasaan rakyat Indonesia yang fanatik dengan Islam akan meruap.
Sebenarmya masih banyak jalan-jalan penyelesaian masaalah yang perlu diperbaiki.
Jangan sampai konco-konco salib dapat mengeksploitasi keadaan semasa.
Misalnya, dalam melantik pemimpin-pemimpin masyarakat, hendaklah dilantik mereka yang lebih soleh daripada rakyat umum yang rata-rata sudah cinta kepada Islam. Sekiranya pemimpin-pemimpin yang dilantik oleh kerajaan pusat temyata membawa mungkar maka masyarakat akan bangun menentang mereka. Pada sangka pemerintah pusat. masyarakat menentang kerajaan. Sebenarn nya rakyat bukan menentang kerajaan tapi mereka menentang mungkar yang dilakukan oleh orang yang dilantik oleh kerajaan.
dr buku panduan membina empayar Islam
Langgan:
Catatan (Atom)