Ahad, 6 Oktober 2013

Keutamaan Jadi IKUTAN




Ulama yang memimpin dan mendidik adakalanya bagaikan Ratu lebah dimana mereka berada disanalah umat Sayyidina  Muhammad berkumpul

Firman Allah SWT:

"Katakanlah (Muhammad) untuk itu Aku tiada meminta upah (bayaran) kepada kamu, (yang ku minta) hanya kasih sayang terhadap keluarga terdekat".
(QS Asy-Syura:23)

Tentang tafsiran ayat ini Ibnu Kathir berkata:

"Dan kami tidak mengingkari adanya wasiat terhadap Ahlul Bait dan suruhan berbuat baik kepada mereka, menghormati dan memuliakannya, kerana mereka itu berasal dari zuriat yang suci dari keluarga yang paling suci dan datuk yang paling mulia di atas permukaan bumi dari segala ketinggian, kehormatan dan keturunan".


Kegagalan memimpin manusia hari ini kerana ulama-ulama yang memimpin tidak sanggup lagi berhalus dan memilih keutamaan dalam kehidupannya...

ALLAH SWT TELAH mentaqdirkan ciptaan langit dan bumi. Dan ALLAH telah mentagdirkan manusia sebagai pentadbir alam. Yang lain daripada manusia adalah alat-alat untuk manusia, supaya manusia dapat menjadi khalifah Tuhan, mentadbir alam ini dengan sempurna dan menjadi hamba ALLAH yang sebaik-baiknya. Oleh kerana ALLAH telah tentukan manusia menjadi khalifah ataupun pentadbirNya di dunia dan sekaligus abid hamba-hamba yang mesti mengabdikan diri kepada ALLAH, dan supaya manusia dapat menjalankan dua peranan ini dengan sebaik-baiknya, maka ALLAH telah mentaqdirkan adanya pemimpin dan adanya pengikut.

Zaman rasul, Rasulullah yang jadi pemimpin yang selain daripada itu jadi pengikut. Zaman tidak ada rasul, tap] dijanjikan oleh ALLAH adanya para mujaddid, mujaddid inilah sebagai pemimpin. Itu yang dijanjikan dan diisyaratkan. Yang tidak diisyaratkan itu banyak ulama-ulama semuanya ALLAH kehendaki supaya menjadi pemimpin mengikut kemampuan masing-masing.

Jadi ALLAH telah mentaqdirkan begitu. Supaya manusia menjadi khalifah dengan baik dan menjadi hamba yang baik, maka ALLAH taqdirkan adanya pemimpin dan pengikut. Adanya pemimpin ini adalah untuk memandu para pengikut.


Ikatan Jiwa Pengikut

Sudah menjadi fitrah atau psikologi manusia, seseorang yang nak mengikut seseorang itu mesti ada satu ikatan jiwa. Kalau tak ada satu ikatan jiwa, orang ramai tak boleh ikut seseorang pemimpin itu. Ikatan jiwa pengikut kepada pemimpin, kerana ada sifat-sifat khususiah, sifat-sifat keistimewaan yang menjadikan para pengikut terpikat dan terjalin hati.

Bila terjadi begitu, para pemimpin akan mudah memimpin. Kalau tak ada jalinan hati atau keistimewaan kepada pemimpin itu, kalau dia cuba juga memimpin, dia tidak akan berjaya. Kalau berjaya juga, cara paksa seperti pemimpin-pemimpin negara yang menubuhkan pasukan polls dan pasukan tentera yang kuat. Kemudian dia arahkan mesti taat. Kalau tak taat dibicarakan, dihukum dan sebagainya. Cara itu boleh juga kalau pun rakyat taat, mereka tak bahagia. Taat, tapi hati rakyat kosong, tak ada keindahan.

Tetapi kalau rakyat taat dengan penuh sukarela, mesti ada keistimewaan pada pemimpin itu yang menjadikan hati pengikut terikat dengannya. Bila terikat hati pengikut, mudah pemimpin itu mendidik.

Sebab itu ada sesuatu perkara yang dibolehkan kepada orang ramai, tidak dibolehkan kepada pemimpin.

Orang ramai diberatkan menjaga syariat, tapi pemimpin, disamping menjaga syariat, dia diberatkan menjaga keutamaan. Kalau sama-sama hanya menjaga syariat, dari segi psikologi orang ramai akan merasakan, `Eh, sama sahaja aku dengan dia (pemimpin)'. Ertinya, tidak ada apa-apa keistimewaan pada pemimpin itu. Itu kalau sama-sama menjaga syariat. Betapa kalau dia (pemimpin) tidak jaga syariat.

Tetapi kalau pemimpin itu di samping diajaga syariat, dia memiliki keutamaan yang tidak ada pada para pengikutnya, maka di sinilah ada ikatan hati. Bila ada ikatan hati, senanglah dia memimpin orang di bawah pimpinannya.

Sebab itulah Rasulullah sebagai pemimpin, baginda bukan sahaja memberati syariat tapi baginda juga menjaga keutamaan. Kalau perkara itu kurang utama baginya, baginda kurang buat walaupun pada rakyat biasa dibolehkan. Dan keluarganya adalah keluarga contoh untuk ikutan orang ramai, maka sebab itu baginda jaga dan didik keluarganya. Supaya hidup mereka macam baginda, agar menjadi contoh kepada keluarga-keluarga orang lain.

Jadi, oleh kerana sudah ALLAH tagdirkan manusia umum ini sifat nak berhalus-halus agak payah. sebab itu ALLAH suruh jaga syariat cukup. Bermewah-mewahlah asalkan jaga syariat. Nak buat rumah besar, silalah asalkan jaga syariat. Nak kaya boleh, asalkan jaga syariat. Nak berhalus-halus tak boleh kecuali pemimpin yang dijanjikan oleh ALLAH. Kalau tidak dijanjikan ALLAH pun tidak boleh buat. Jadi sebab itulah Rasulullah berhalus-halus dan keluarganya juga disuruh berhalus-halus, walaupun Tanya tidak menyalahi syariat, supaya jadi contoh pada orang ramai.


Bila Abaikan Keutamaan

Jadi orang ramai tidak ada alasan. Tapi katakanlah Rasulullah itu daripada awal hingga akhir hidupnya kaya dalam syariat, nanti orang akan berkata, "Ya lah, Rasulullah bolehlah berjuang sebab dia orang kaya, ada rumah besar, harta banyak." Ini dijadikan alasan atau jalan keluar untuk orang ramai.

Tapi Rasulullah dan isteri baginda, asalnya orang kaya, akhirnya jadi miskin. Dalam masa sekejap sahaja semua hartanya habis dikorbankan untuk perjuangan. Waktu baginda wafat, tidak ada apa-apa yang tinggal.

Tetapi tetap keluarga Rasulullah mengatasi segala-galanya, balk dari segi akhlak, iman, taqwa dan sebagainya. Ini menjadikan orang ramai tidak boleh jadikan alasan untuk mengelak-elak dan mencari alasan. Sebab orang ramai yang nak dipimpin ini, kadangkadang dia sengaja mencari jalan keluar untuk mengesahkan kerja dia. Contohnya, kalau dia tidak mahu berkorban harta, nanti dia menuding jari kepada pemimpin; sekiranya pemimpin hidup dalam serba mewah. Itu dijadikan alasan. Dia nak cari peluang sahaja.

Dalam sebuah kitab ada disebutkan:

"Kalau orang alim memburu dunia yang halal, maka orang ramai akan memburu perkara yang makruh.

"Kalau orang alim terlibat dengan perkara yang makruh, orang ramai akan terlibat dengan dosa kecil.

"Kalau orang alim terlibat dengan dosa kecil, orang ramai akan terlibat di dalam dosa besar.

"bila orang alim itu terlibat di dalam dosa besar, orang ramai akan jatuh kepada kekufuran! "

Itulah sebabnya Rasulullah dan keluarganya sangat berhati-hati. Tetapi bagi orang ramai, cukup dia jaga syariat sahaja. Sebab itu berlaku umpamanya, di tengah majlis ada perkara yang Rasulullah tak suka, tapi baginda tak halang. Kenapa? Sebab syariat membenarkannya. Tapi kenapa baginda tak terlibat?

Katakanlah di suatu majlis kenduri ada orang sajikan dhab. (Dhab ini adalah sejenis binatang padang pasir tapi diterjemah di dalam bahasa Melayu, biawak. Tapi saya rasa tidak sesuai, sebab biawak di sini lain; dab itu lain bentuknya) Rasulullah tak makan, sebab Rasulullah tidak mahu menyalahi yang utama. Namun selagi Tanya tidak menyalahi syariat, Rasulullah tak tegur. Cuma bagi diri RasuIullah, itu menyalahi keutamaan, baginda kurang sesuai makan benda itu. Sebab itu Rasulullah cukup berhati-hati.

Hendak jadi pemimpin bukan senang. Sebab itu, kegagalan memimpin manusia hari ini di seluruh dunia kerana ulama-ulama yang memimpin tidak sanggup lagi berhati-hati di dalam kehidupannya. Tak sanggup mencari yang utama.

Kalau sekiranya dia terlibat di dalam kemewahan yang halal, boleh tahan, tapi bila terlibat dengan perkara yang haram. Macam mana orang ramai tidak rosak, malah lebih teruk lagi daripada mereka!


Ust. Hj Ashaari Muhammad

PURA-PURA TULI SELAMA 15 TAHUN




Seorang sufi bernama Hatim Al-Asham pernah menjalani hidup dalam ketulian selama 15 tahun. Bukan betul2 tuli, tapi hanya pura-pura.Ceritanya, pada satu hari dia didatangi seorang perempuan untuk bertanya sesuatu masalah agama. Ketika mulut perempuan itu terkumat-kamit mengajukan pertanyaan, tiba-tiba terdengar bunyi.. "tut" dari tempat duduknya. Ternyata, wanita itu terkentut dengan tidak disengajakan.

Hatim berpura-pura tidak mendengar bunyi itu, kerana dia tidak mahu membuat tetamu wanita itu merasa malu. Untuk meyakinkan wanita itu bahawa bunyi 'letupannya' tidak terdengar, maka dia bersikap seperti orang tuli yang tidak kuat pendengarannya.

"Cakap kuat-kuat! Pendengaranku kurang jelas..!",
kata Hatim sambil meletakkan tangan pada telinganya.

Wanita itu mengulangi pertanyaannya dengan suara yang kuat. Dia gembira kerana menyangka Tuan Guru Hatim tidak mendengar bunyi angin yang terkeluar daripadanya. Kemudian Hatim memberi jawapan atas pertanyaan yang dikemukakan oleh wanita tadi.

Lucunya, selepas peristiwa itu, Hatim terus menerus bersikap seperti orang tuli. Setiap kali ada orang bercakap dengannya, dia selalu memerintahkan:

"Kuat sikit! Pendengaranku tidak jelas."

Demikian juga setiap kali ada orang mengajukan pertanyaan kepadanya, dia sentiasa berkata:

"Ulangi pertanyaanmu dengan kuat, pendengaranku kurang jelas.."

Mengapa Hatim berbuat demikian?

Kerana dia tidak ingin wanita tadi mengetahui bahawa dia tidak tuli sehingga malu untuk datang lagi kepadanya. Lima belas tahun kemudian, wanita itu meninggal dunia. Maka barulah Hatim menjawab pertanyaan yang diajukan kepadanya dengan cepat tanpa meminta agar mengulangi pertanyaannya.

Disebabkan sikapnya itu dia mendapat julukan Hatim Al-Asham yang ertinya Hatim tuli..