Sabtu, 15 Jun 2013

Wahabi bertanya pt 1




APA YANG SALAH, DENGAN "KEMBALI KEPADA AL-QUR'AN & SUNNAH"

kaum Salafi & Wahabi memiliki motto "Kembali kepada al-Qur'an dan Sunnah". Mereka juga mengajak umat untuk kembali kepada al-Qur'an dan Sunnah. Kenapa ?

Karena, tentunya, al-Qur'an dan Sunnah merupakan sumber ajaran Islam yang utama yang diwariskan oleh Rasulullah Saw, sehingga siapa saja yang menjadikan keduanya sebagai pedoman, maka ia telah berpegang kepada ajaran Islam yang murni dan  berarti ia selamat dari kesesatan. Bukankah Rasulullah Saw. menyuruh yang sedemikian itu kepada umatnya?


Wahabi bertanya

Ramai sekali manusia zaman ini mengakui mencintai Rasulullah. Ramai sekali yang mengakui “aku seorang ahlus sunnah”. Dan banyak sekali ucapan di bibir bernada gencar,
“Aku adalah pejuang Sunnah Nabi!”.

Tapi... sungguh terasa peliknya apabila dibawakan hadis-hadis nabi dan sunnah-sunnah beliau Shallallahu ‘alahi wa Sallam, mereka menjadi marah, melenting serta menidakkan. Tidak  kurang juga yang menjadi kepelikan dan memandang aneh. Sebahagian lagi ada juga yang mengatakan itu dan ini, begitu dan begini demi menolak sunnah yang sahih. Mereka tidak sanggup mengakui bahawa mereka tersalah memegang sunnah. Mereka tidak mahu mengakui manusia biasa mungkin silap dan mungkin tersalah dalam mengambil dan menganggap sunnah.

Hati-hati wahai manusia, kerana Allah berfirman (maksudnya):

“Maka ketika mereka berpaling (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahui), Allah memalingkan hati mereka (dari mendapat hidayah);  dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah kepada kaum yang fasiq – derhaka.”

(Surah al-Saf, 61: 5)

Mengapa begitu mudah di bibir mengakui “aku adalah pengikut sunnah dan pejuang sunnah”. Namun, tidak jua memiliki walau senaskhah kitab Shahih al-Bukhari, atau Shahih Muslim, atau jua Kitab Sunan Abi Daud, barangkali juga at-Tirmidzi, an-Nasa’i mahupun Ibnu Majah ? Bukan jua tidak memilikinya, tidak juga terdetik di hati untuk mengusahakannya... Ataukah mungkin membeleknya barang sekali atau dua kali, pernahkah ?

Tidak kurang juga di luar sana langsung kosong tentang apa itu al-Bukhari, Muslim, dan selainnya tapi bijak bertutur “aku berpijak di atas sunnah”.

Lantas kita ( wahabi ) berkata, “Sunnah yang mana yang engkau berdiri dengannya ???”

Moga–moga kita faham maksud sebenar "KEMBALI KEPADA AL-QUR'AN & SUNNAH"
Moga–moga kita tidak terkeliru dgn maksud motto Wahabi

maksud tersiratnya 'Jangan ikut ulama, 
tapi ikutlah  tafsiran AL-QUR'AN & SUNNAH versi Wahabi 
kerana merekalah yang paling logik dan paling benar'.



Jawapan buat wahabi


DALIL PERTAMA:

Memang sudah ada isyarat daripada Hadis Rasulullah:
Sebaik-baik manusia ialah yang berada di kurun aku, kemudian mereka yang selepas kurun itu, kemudian mereka yang mengiringi kurun itu pula.

(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW menyebut bahawa umat Islam sekitar tiga kurun itu secara majoritinya adalah baik-baik, soleh-soleh bahkan sebahagian daripadanya bertaraf muqarrobin. Mereka inilah yang dikatakan salafussoleh (orang soleh zaman dahulu). Manakala umat Islam selepas 300 tahun itu hinggalah ke zaman kita ini dikatakan khalafuttoleh (orang-orang jahat yang kemudian). Ertinya umat Islam selepas 300 tahun itu secara majoritinya jahat-jahat; yang baik-baik terlalu sedikit.

Manakala keempat-empat Imam Mazhab tersebut hidup pada sekitar tiga kurun selepas Rasulullah SAW. Imam Hanafi dan Imam Malik hidup pada kurun yang pertama lagi; masing-masing lahir pada tahun 80 dan 93 Hijrah. Sementara Imam Syafi’i (lahir 150 Hijrah) dan Imam Hambali (lahir 164 Hijrah) berada pada akhir kurun kedua sehingga kurun yang ketiga.

Sedangkan menurut Hadis tadi,

secara umum umat Islam sekitar tiga kurun itulah yang patut menjadi ikutan kita. Sunnah mereka, tradisi mereka, kebudayaan mereka dan lain lain menjadi ikutan kita.

Betapalah pula Imam-Imam Mazhab yang telah disebutkan tadi. Mereka bukan sahaja ulama pilihan di kalangan para ulama di zaman itu, tetapi mereka juga merupakan ulama yang soleh, warak, kuat beribadah, tegas memegang hukum, bebas (tidak makan gaji atau terikat dengan tugas rasmi).

Bahkan mereka menjadi ikutan para ulama dan orang-orang awam dari zaman tersebut hingga ke hari ini. Maka lebih-lebih patut dan lojik mereka itu menjadi ikutan kita.


DALIL KEDUA:

Jangan pula menganggap bahawa bila seseorang mengikut salah satu daripada empat mazhab tadi, maka dia tidak mengikut Al Quran dan Hadis.

Kerana keempat-empat Imam Mazhab tersebut telah pun mengikut Al Quran dan Hadis. Mereka mengistinbatkan hukum atau mengeluarkan hukum daripada Al Quran dan Hadis. Ini memberi erti mereka mengikut Al Quran dan Hadis. Oleh itu kita tidak boleh menganggap imam-imam tersebut tidak mengikut Al Quran dan Hadis. Jangan pula kita anggap mereka mengeluarkan hukum hanya berdasarkan fikiran mereka semata-mata.

Buktinya,

Imam Malik di samping merujuk pada Al Quran, beliau juga mempunyai sebuah kitab Hadis yang bernama Al Muwaththa’. Kitab ini merupakan kitab Hadis yang pertama, lebih dahulu daripada Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan kitab-kitab Hadis yang lain. Ia mengandungi lebih 10,000 buah Hadis. Oleh yang demikian bila Imam Malik mengeluarkan hukum ataupun fatwa, di samping merujuk kepada AI Quran , dia juga merujuk Hadis-Hadis dalam kitab Al Muwaththa’nya itu.

Mana boleh dikatakan Imam Malik tidak mengikut Hadis. Ini satu tuduhan yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada seorang ulama besar. Bahkan mengikut riwayat, Imam Syafi’i pernah membuat pengakuan yang beliau telah pun menghafal kitab tersebut sebelum berguru dengan Imam Malik. Apabila bertemu, Imam Malik terkejut, lantas menyuruh Imam Syafi’i membaca dari awal hingga ke akhir tanpa melihat kitabnya.


Imam Hanafi juga ada mempunyai kitab Hadis yang bernama Al Wasif. Bila Imam Hanafi diminta mengeluarkan hukum atau memberi fatwa, beliau berfatwa berdasarkan Al Quran dan Hadis yang ada dalam kitab Al Wasif.


Imam Syafi’i pula terkenal dengan kitab Al Umm, yang ditulis oleh murid kanannya yang bernama Ar Rabi’. Oleh itu Imam Syafi’I mengistinbatkan hukum, selain daripada Al Quran, juga daripada Hadis yang terdapat dalam Al Umm.


Begitu juga dengan Imam Hambali (Ahmad bin Hambal). Beliau mempunyai kitab Hadis yang terkenal dengan Al Musnad. Tak kurang daripada 35,000 Hadis terkandung di dalamnya.

Di sini nyatalah keempat-empat Imam Mazhab ini, apabila memberi fatwa atau berijtihad atau mengeluarkan hukum, mereka merujuk kepada Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW.

Kalau ada orang-orang di belakang termasuk kita, mengikut salah satu daripada Imam-Imam Mazhab itu, ertinya mengikut orang yang telah mengikut Al Quran dan Hadis. Tidak boleh dikatakan mengikut mana-mana mazhab ini tidak mengikut Al Quran dan Hadis.

Cuma orang-orang yang bertaqlid macam kita ini tidak tahu ayat Quran mana yang dipakai oleh mereka atau Hadis mana digunakan oleh mereka. Kerana kita ini adalah muqallidi atau pengikut. Tetapi mereka tahu nas yang mana mereka gunakan sama ada dari Al Quran atau Sunnah Rasulullah SAW.


DALIL KETIGA:

Banyak orang tidak sedar pembuku-pembuku Hadis atau perawi-perawi Hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tarmizi dan lain-lain lagi, walaupun mereka mengumpulkan dan menilai Hadis tetapi dari segi kefahaman atau dalam mengeluarkan hukum, mereka juga bersandar dengan Imam-Imam Mazhab.

Walaupun Hadis ada di hadapan mereka tetapi mereka tetap mengikut dan berpegang dengan kefahaman yang ada pada Imam Mazhab terutamanya Imam Syafi’i. Umpamanya Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Tarmizi adalah bermazhab Syafi’i.

Kalaulah Imam-Imam Hadis itu pun mengikut Imam Syafi’i,

siapakah kita ini sekiranya tidak mahu mengikut imam mana-mana mazhab seperti Mazhab Syafi’I ?

Jangan pula asalkan bertemu Hadis kita sangka sudah ikut Hadis. Untuk mengeluarkan hukum, mampukah kita ?

Sedangkan Imam- Imam Hadis itu pun menyandarkan kefahaman mereka kepada Imam-Imam Mazhab. Padahal kebanyakan mereka itu hidup pada sekitar 300 tahun daripada Rasulullah SAW serta menjadi ikutan sebahagian ulama dan orang awam di waktu itu.


DALIL KEEMPAT:

Kalaulah imam-imam seperti Imam Bukhari, Imam Muslim yang terkenal kewarakannya, Hadis-Hadis mereka menjadi sandaran orang-orang kemudian, juga mengikut mazhab, maka tidak hairanlah ulama-ulama besar selepas 300 tahun mengikut salah satu daripada mazhab-mazhab yang empat itu tadi.

Abu Hassan Al Asyaari – mujaddid kurun ketiga, penyusun kaedah kitab usuluddin, bermazhab Syafi’i;

Imam Al Ghazali, ulama besar dan mujaddid kurun kelima yang terkenal dengan kitab Ihya Ulumiddin, juga bermazhab Syafi’i;

Imam Sayuti – mujaddid kurun kesembilan,

Syeikh Ibnu Hajar, Syeikh Ramli, Imam Subki, Syeikh Zakaria Ansori, Imam Nawawi, Imam Sya’rani juga bermazhab Syafi’i.

Walaupun mereka ini semuanya bertaraf mujtahidin, mempunyai kitab-kitab yang besar dan layak berijtihad, namun mereka juga bermazhab.


DALIL KELIMA:

Ada keterangan dari Hadis Rasulullah SAW:

Sesungguhnya ALLAH Azza Wajalla tidak akan mencabut ilmu dari seseorang manusia selepas diberikan kepadanya. Akan tetapi dicabut (ilmu itu dengan dimatikan para ulama. Setiap kali matinya ulama ikutlah ilmu itu bersamanya sehinggalah (satu ketika tiada lagi ulama) kecuali pemimpin (ulama) yang jahil. Jika ditanya hukum, mereka akan memberi fatwa tanpa ilmu, mereka sesat lalu menyesatkan orang lain.

(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Sabdanya lagi:
Tidaklah datang satu tahun atau hari kepada kamu melainkan hari yang selepasnya itu lebih buruk dari sebelumnya sehingalah kamu semua bertemu ALLAH.

(Riwayat Al Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah)

Yang dimaksudkan di sini ialah ilmu agama, bukan ilmu dunia. Kurangnya ilmu itu oleh kerana para ulama ramai yang dimatikan. Kalau ada pun para ulama, mereka sudah tidak berminat lagi untuk memperdalamkan ilmunya. Para ulama rasmi sudah seronok makan gaji dan ulama swasta pula sibuk dengan hidup. Selepas dapat degri, mereka tidak mengkaji dan membaca lagi lebih-lebih lagi bila makan gaji.

Akhirnya tinggallah orang-orang jahil dibandingkan mereka tadi yang dianggap ulama oleh masyarakat.

Mungkin juga mereka dianggap ulama kerana sudah tidak ada lagi ulama di masa itu. Bila tidak ada, maka belalang pun dianggap helang.

Ada juga isyarat Hadis yang lain bahawa di akhir zaman nanti akan berlaku ilmu Islam semakin habis walaupun ilmu dunia semakin berkembang. Begitu juga akan berlaku, mubaligh- mubaligh ramai, ulamanya sedikit. Lebih-lebih lagi sukar hendak mencari guru yang mursyid.

Oleh itu orang yang dipanggil ulama pada akhir zaman ini tentulah tidak sama kualitinya, ilmunya, waraknya dan lain-lain lagi, dibandingkan dengan ulama-ulama di zaman dahulu. Lebih-lebih lagi terlalu jauh bandingannya dengan ulama-ulama di sekitar 300 tahun selepas Rasulullah SAW.

Kalau kita mengikut ulama sekarang yang katanya mengikut Al Quran dan Hadis sahaja, tanpa bersandar dengan mana-mana ulama mujtahidin, ertinya kita mengikut orang yang kurang ilmunya. Oleh kerana kurang ilmunya tentulah dia tidak mampu mengorek isi-isi yang tersirat dari Al Quran dan Hadis. Maka sewajiblah dia juga mengikut Imam-Imam Mazhab yang empat tadi.


DALIL KEENAM:

Rasulullah SAW ada bersabda:
Berselisih faham di kalangan umatku itu adalah rahmat.

(Riwayat Al Baihaqi)

Hadis ini membuktikan bermazhab itu dibenarkan. Ertinya timbulnya mazhab itu oleh kerana adanya ulama-ulama yang mampu berijtihad. Maka terjadilah berlainan pendapat.

Berselisih faham di sini adalah berselisih faham tentang furu’iyah (soal-soal feqah) bukan usuliyah (soal aqidah atau dasar).
Berselisih faham dalam soal hukum-hukum furu’iyah hingga menimbulkan bermacam-macam aliran mazhab feqah adalah mendatangkan rahmat. Orang awam macam kita ini boleh mengikut sesiapa saja yang kita sukai, di mana kita rasa sesuai. Maknanya, ada alternatif untuk orang awam.


DALIL KETUJUH:

Kita lihat orang-orang yang mengajak untuk tidak bermazhab ini adalah ulama-ulama mutaakhirin. Bermula daripada Ibnu Taimiyah yang hidup lebih kurang 700 tahun yang lalu. Dia bukan ulama yang berada sekitar 300 tahun selepas Rasulullah SAW. Kemudian fahamannya disambung oleh muridnya yang bemama Ibnu Qayyim, Al Jauzi hinggalah mama-ulama di kurun kedua puluh ini seperti Muhamad Abduh, Jamaluddin Al Afghani, Rashid Redha, Hamka dan lain-lain lagi. Mereka ini hidup di luar daripada lingkungan 300 tahun selepas Rasulullah SAW.

Jadi tidak ada isyarat daripada Rasulullah bahawa mereka ini patut menjadi ikutan.

Sedangkan ulama-ulama mazhab yang disebutkan tadi, hidup dalam lingkungan 300 tahun selepas Rasulullah. Ertinya mereka dari kalangan salafussoleh. Ulama yang mengajak “jangan bermazhab” ini ialah ulama Mutaakhirin.

Fahaman mereka menjadi bertambah popular terutamanya bila Arab Badwi (keluarga Saud) menguasai Makkah dan Madinah. Ketika itu munculnya gerakan Muhammad Abdul Wahab yang dikatakan bermazhab wahabi itu. Dan gerakannya belum sampai 100 tahun lagi. Dia menganjurkan jangan ikut mazhab kerana bid’ah katanya.

Oleh itu ulama mana yang hendak diikuti ?
Ulama mutaakhirin atau ulama mutaqaddimin ?

Kalau mengikut Hadis, kita kena ikut ulama mutaqaddimin.


DALIL KEDELAPAN:

Ulama-ulama mazhab terutamanya Imam Mazhab yang empat, bukan sahaja ilmunya hebat, tetapi peribadinya juga begitu hebat; begitu warak, begitu taqwa kepada ALLAH. Ulama mensyaratkan, orang yang boleh diterima ijtihadnya bukan dinilai ilmunya sahaja, tetapi mestilah juga dipastikan yang dia seorang yang soleh, warak, dan bertaqwa. Atau dalam kata-kata yang lain, mesti memiliki sifat adil.

Kalau padanya tidak ada keadilan, dia bolehlah berpegang dengan fatwanya sendiri, tetapi orang lain tidak boleh dipaksakan kerana waraknya tiada.

Kenapa ?

Orang yang tidak warak ini ditakuti memberi fatwa mengikut nafsu atau ada kepentingan diri.

Fatwanya nanti tidak akan adil lagi. Sepertimana kebanyakan yang terjadi pada mama-ulama akhir zaman ini.

Bila orang bertanya, “Apa hukumnya menutup aurat, tuan?” Jawabnya: “Yalah, menutup aurat itu wajib, memang kita akui, tapi… Tapi maklumlah zaman sekarang ini dah umum orang tak tutup aurat. Kalau kita pakai, ganjil pula. Nanti tersingkir pula dari masyarakat. Nanti orang pulaukan kita. Ini berat jadinya. Nanti kita tidak tahan. Yalah wajib tu wajiblah… tapi…”

Lihat, dia gunakan istilah ‘tapi’. Itu boleh tahan lagi. Ada yang lebih parah sampai berkata, “Alah, ini budaya Arab sahaja.”

Mengapa ini berlaku ? Kerana waraknya tidak ada. Takut pada ALLAH tidak bertapak di hati. Jadi munasabahlah orang yang tidak bertaqwa ini, walau alim sekalipun, tidak boleh kita terima fatwanya. Ditakuti ia memberi fatwa ikut nafsu bukan kerana ALLAH lagi.

Manakala imam-imam mazhab, masya-Allah, sangat warak.

Contohnya


Imam Hanafi.

Suatu ketika jirannya meminjam duit daripadanya. Semenjak itu dia tidak lalu lagi di halaman rumah orang tersebut. Sebaliknya mengikut laluan jalan lain. Maka ada orang yang bertanya,

“Tuan, mengapa tuan tidak lalu lagi ikut halaman jiran tuan?” “Saya takut riba,” jawab Imam Hanafi.

Begitulah waraknya Imam Hanafi. Dia menganggap lalu di halaman rumah orang yang berhutang padanya itu sebagai mengambil faedah, atau riba. Semakin tua umurnya semakin kuat ibadahnya. Ketika tua sehingga wafatnya, Imam Hanafi tidak pernah tidur semalaman. Kadang-kadang wudhuk Maghribnya itu juga untuk wudhuk sembahyang Subuh esoknya.


Imam Malik

Adalah di antara ulama yang banyak menerima hadiah emas, berlian, intan, permaidani yang cantik-cantik dan lain-lain lagi. Pernah suatu ketika beliau dihadiahkan seekor kuda sambrani iaitu kuda yang tangkas dari Iran, yang digunakan untuk berperang. Namun tidak pernah sekalipun dia menunggangnya.

Ada orang bertanya:
“Wahai tuan, mengapa tuan tidak pernah menunggang kuda yang bagus ini?”

Imam Malik menjawab,
“Saya malu hendak menunggang kuda kerana di perut bumi ini ada jasad Rasulullah SAW.”

Begitu beradabnya Imam Malik dengan Rasulullah. Perkara yang tidak salah dianggap satu kesalahan baginya.

Pernah suatu ketika sultan di waktu itu mengajak beliau mengajar di istana. Imam Malik menjawab, “Ilmu itu didatangi, bukan mendatangi. Kalau tuan hendak belajar, mari sama-sama duduk di masjid bersama rakyat.”

Kalaulah ulama di zaman sekarang dipanggil mengajar di istana tentulah bangga kerana jadi ulama istana. Gah rasanya. Walaupun Imam Malik seorang yang kaya-raya, kerana banyaknya hadiah yang diterima tetapi dia tetap macam biasa. Ambil mana yang perlu sahaja. Yang lebihnya, beliau hadiahkan pula kepada orang lain yang memerlukannya.


Imam Syafi’i

Memang terkenal seorang yang zuhud. Ia mempunyai ramai guru dan di antara yang terkenal ialah Imam Malik. Imam Malik membekalkan kepadanya dua perkara iaitu ilmu dan harta. Harta yang dibekalkan oleh Imam Malik kepada Imam Syafi’i sebanyak 4,000 dinar. Belum sempat lagi naik ke rumah, Imam Syafi’i memanggil  orang-orang kampung dan membahagi-bahagikan kepada mereka semua harta yang dibawanya itu sehingga habis kecuali dua dinar sahaja yang ditinggalkan untuk ibunya. Sedangkan untuk dirinya tiada. Lihat betapa zuhudnya Imam Syafi’i.

Hal ini pun kalau orang hendak ikut Imam Mazhab pun tidak akan terikut, apalagi hendak ikut Al Quran dan Hadis tanpa bersandar pada Imam Mazhab. Ikut Al Quran dan Hadis ertinya ikut Rasulullah. Imam Syafi’i ada juga tinggalkan dua dinar tetapi Rasulullah berderma macam angin kencang. Baginda tidak akan tidur malam selagi masih ada simpanan harta seperti duit, makanan dan sebagainya. Kalau ada juga, baginda akan mencari orang yang memerlukan untuk diberi harta itu pada malam itu juga. Baginda tidak mahu simpan sampai ke pagi.

Mereka yang kononnya hendak ikut Al Quran dan Hadis sahaja itu, cara hidup Imam Mazhab pun tidak terikut. Oleh itu tidak hairanlah, semakin banyak sebut Al Quran dan Hadis, semakin lalai orang itu. Kata hendak ikut Al Quran dan Hadis tetapi berani dedah aurat, berani buat fitnah, berani makan riba, berani guna ilmu untuk makan gaji dan berani buat bermacam-macam maksiat lagi.

Imam Syafi’i membahagikan malamnya kepada tiga bahagian. Sepertiga untuk diri, keluarga dan anak-anak, sepertiga untuk membaca, mentelaah dan menulis. Manakala sepertiga lagi untuk ibadah. Imam Syafi’i adalah di antara imam-imam yang banyak ditimpa penyakit. Penyakitnya yang berat ialah buasir. Walaupun begitu beliau tidak pernah meninggalkan pengajiannya. Beliau tetap mengajar dan berdakwah. Sewaktu memberi kuliah, beliau akan duduk di atas besen. Selesai saja kuliah, beliau pun bangun, maka penuhlah besen tersebut dengan darah buasirnya itu.


Imam Hambali

BeliU lebih sedih riwayat hidupnya. Pernah beliau berhadapan dengan tiga pemerintah yang memenjarakannya tidak kurang daripada dua puluh tahun. Bukan sahaja dipenjarakan bahkan beliau dipukul, disepak, dicaci dan sebagainya. Adakalanya beliau jatuh pengsan. Ulama-ulama lain yang turut diseksa terpaksa surrender kerana tidak tahan dengan ujian tersebut. Tetapi Imam Hambali tetap dengan keyakinannya sampai ke hujung.

Jadi orang yang warak inilah yang kita yakin keadilannya dalam memberi fatwa. Mereka memberi fatwa dengan penuh takut kepada ALLAH. Sebaliknya kalau ulama sudah tidak takut kepada ALLAH, insya-Allah dia akan berfatwa mengikut nafsunya.


DALIL KESEMBILAN:

Walaupun ada orang yang menganjurkan tidak perlu ikut mazhab, cukup hanya ikut Al Quran dan Hadis sahaja, tetapi pada hakikatnya semua orang bermazhab, sama ada dia mengaku atau tidak. 

Kerana golongan yang tidak mahu bermazhab itu bukan semuanya ulama. Maka mereka terpaksa bersandar dengan mana-mana ulama yang juga menolak mazhab. Maka ulama tempat mereka bersandar itulah sebenarnya imam mazhab mereka.

Katakanlah kita bertanya kepada orang itu, “Tuan tahu bahasa Arab?”

Katalah katanya, “Tidak tahu.”

“Habis, bagaimana tuan memahami Al Quran dan Hadis?”
“Ya, kerana saya berpegang kepada ulama yang menganjurkan ikut Al Quran dan Hadis.”

“Siapa ulama itu?”
Katakanlah dia menjawab ulama tersebut ialah Muhammad, maka Muhammad itulah mazhabnya. Kalau Ali, maka Ali-lah mazhabnya.

Saya pernah bertanya kepada seorang yang menolak mazhab,

“Ustaz tahu bahasa Arab?”
“Tak tahu.”

“Habis, ustaz suruh ikut Al Quran dan Hadis sahaja, kalau tidak tahu bahasa Arab bagaimana mengistinbatkan hukum dari Quran dan Hadis?”

“Saya baca tafsir Muhammad Yunus.”

Maka saya berkata,

“Oh! hakikatnya ustaz bermazhablah. Muhammad Yunus itu mazhab ustaz. Jadi kalau ustaz bermazhab juga, lebih baik ikut Imam Syafi’i. Seluruh dunia menerima Imam Syafi’i, bukan saja orang awam, ulama-ulama pun ikut.” 

Dia pun terdiam.

Hakikatnya semua manusia mempunyai mazhab 
sama ada sedar atau tidak.

Maka sekiranya semua manusia ini bermazhab, lebih baik dan lebih selamat ikut mazhab yang muktabar, yang diakui bukan sahaja oleh orang awam bahkan juga oleh ulama-ulama besar seperti Imam Al Ghazali, Imam Sayuti dan ramai lagi.

Wahabi bertanya pt 2


suasana pengajian didewan kuliah Universiti Muhammadiah ( Universiti Islam Jakarta ) era 80an dan 90an



Wahabi bertanya

Aku Ahlus Sunnah Pencinta Rasulullah ?


 “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawab.”

(Surah al-Isra’, 17: 36)

Sudah habiskah kita membelek al-Qur’an, kitabullah. Sudahkah kita fahami ia ?

Lembaran kitab tafsir yang mana satukah yang pernah kita buka dan baca isinya ?

Usah kita terburu-buru, bersabarlah kita dalam meniti dan berdiri untuk beristiqomah di atas titian ilmu.

“Katakanlah (Wahai Muhammad kepada mereka): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Surah Ali Imran, 3: 31)

“Dan orang-orang yang mahu menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketaqwaannya.”

(Surah Muhammad, 47: 17)

“Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah...”

(Surah Maryam, 19: 76)

Mengapa kita mengakui bermazhab dengan kaedah asy-Syafi’i, namun tidak jua pernah memiliki apatah lagi membuka dan membaca kalam imam asy-Syafi’i sendiri  ?

Kitabnya yang mana pernah kita pegang dan buka ?



Jawapan buat wahabi


DALIL PERTAMA:

ALLAH telah mengisyaratkan kepada kita melalui Al Quranul Karim, kalau kita tidak tahu kerana kita bukan orang alim, kena bertanya kepada orang yang tahu atau yang alim. Ertinya pandangan-pandangan orang alim itu eloklah menjadi pegangan dan ikutan kita. Kerana mereka lebih tahu daripada kita.

Firman ALLAH:
Bertanyalah kepada ahli ilmu (alim ulama; orang yang tahu) kalau kamu tidak mengetahui.

(An Nahl: 43)

Imam-imam yang empat tadi patut menjadi ikutan kita. Dan patut pula kita tanyakan fatwa-fatwa mereka. Kalau mereka sudah tiada lagi, ada kitab-kitab yang ditinggalkan oleh mereka. Bahkan kitab-kitab mereka itu telah pun dihurai dan dijelaskan lagi oleh ulama-ulama di belakang mereka
.
Kalau kita ikut mana-mana mazhab yang empat itu, bererti kita tidak terkeluar daripada apa yang dianjurkan oleh ALLAH dan Rasul.


DALIL KEDUA:

Memang menjadi Sunnatullah sejak Nabi Adam a.s. sehingga ke akhir zaman, orang yang jahil tentang ilmu Islam lebih ramai daripada orang alim, walaupun sebenarnya ramai yang ingin jadi alim. Bahkan bukan sahaja dalam soal ilmu tetapi juga dalam soal-soal yang lain, seperti kekayaan, walaupun fitrah manusia ingin kaya tetapi bukan semuanya menjadi orang kaya. Yang kaya itu sedikit tetapi yang miskin itulah yang banyak.

Begitu juga dalam soal ilmu pengetahuan. Walaupun fitrah manusia ingin menjadi orang alim, tetapi yang alim itu sedikit.Yang jahil itu yang ramai.

Dalam keadaan ini, apakah patut dipaksa semua orang awam mengkaji dan menggali sendiri Al Quran dan Hadis ?

Minta mereka berijtihad sendiri tanpa bersandar dengan mana-mana ulama mujtahidin. Ini tidak munasabah.

Samalah seperti kita memaksa semua orang yang hendak memiliki emas supaya jangan membeli emas di kedai-kedai emas. Kita ajak mereka korek bumi atau melombong emas untuk ambil yang benar-benar emas pure dari dalam bumi itu. Ini tidak mungkin.

Sebab ?

Kalaulah ia seorang kontraktor besar, yang ada kapal dan bulldozer yang besar-besar dan ada modal berjuta-juta, bolehlah kalau dia hendak mengambil emas dengan mengorek bumi.

Tetapi bagi kontraktor yang kecil apalagi pada mereka yang hanya menjadi pelanggan sahaja, hendak dipaksa mereka supaya ambil emas dari perut bumi dengan gunakan cangkul, sudah tentu mereka tidak akan dapat emas. Lebih baik beli dari pelombong emas atau di kedai emas saja. Ini lagi bagus.

Begitulah kalau kita hendak paksa semua orang berijtihad daripada Al Quran dan Hadis, jangan bersandar dengan mana-mana ulama mujtahidin. Sampai bila pun mereka tidak akan dapat beramal dengan ajaran Islam.

Tidak mungkin orang awam seperti kita hendak diajak berijtihad
sedangkan ulama yang ada sekarang pun tidak boleh berijtihad.


DALIL KETIGA:

Kalaulah kita hendak menyuruh semua manusia ini sama ada yang alimnya mahupun yang awamnya supaya tidak bermazhab

iaitu setiap orang diminta berijtihad mengeluarkan hukum-hukum daripada Al Quran dan Hadis, jangan bersandar dengan mana-mana imam, maka pasti ramai yang sesat.

Kalau kita umpamakan Al Quran dan Hadis itu ibarat laut yang dalam, yang di dalamnya ada bermacam-macam khazanah, seperti ikan, intan, mutiara, emas, perak, minyak, jenis kerang, batu karang dan lain-lain lagi yang kita tidak tahu, lalu kita arahkan semua orang supaya jadi penyelam, insya-ALLAH ramai yang tenggelam. Kerana yang pandai menyelam itu bukannya ramai. Itu pun yang boleh menyelam mungkin dia tidak menyelam hingga sampai ke dasar laut disebabkan lautnya terlalu dalam. Oleh itu bukan semua khazanah yang dapat diambil.

Kalaulah kita tidak pandai berenang dan menyelam, bukankah lebih baik kita membeli saja daripada orang yang pandai berenang dan menyelam mengambil khazanah laut daripada memaksa diri berenang dan menyelam hingga tenggelam di lautan. Khazanah laut tidak dapat diambil, kita pula tenggelam di dalam lautan.

Begitulah juga sekiranya diminta semua orang yang alim mahupun yang jahilnya mengistinbat hukum daripada Al Quran dan Hadis, tanpa bersandar dengan mana-mana ulama mujtahidin, banyaklah orang yang sesat.

Oleh itu lebih selamat kita mengikut mana-mana mazhab yang muktabar itu.



Al Atsar

Al Atsar adalah perkataan-perkataan Sahabat,
atau sikap dan perbuatan mereka ridhwanullahu ‘alaihim

Perkataan-perkataan mereka itu didengar atau sikap
dan perbuatan mereka dilihat oleh Sahabat yang lain
atau tabiin kemudian mereka sampaikan

Dengan kata-kata yang lain Al Atsar adalah jejak langkah
para Sahabat ridhwanullahu ‘alaihim di dalam kehidupan mereka
Ada orang lain yang mendengar dan melihat
kemudian mereka menceritakan kepada orang lain pula
Oleh kerana para Sahabat murid Rasulullah SAW mereka menjadi ikutan juga
Mereka bergaul dengan Rasulullah, sama-sama sembahyang, berjuang,
sama-sama berjalan dengan baginda,
perilaku Rasul dilihat oleh mereka
Kerana itulah para-para Sahabat diterima keadilan mereka

Para-para ahli tafsir selepas Al Quran dan Sunnah,
Al Atsar juga menjadi hujah mereka
Mereka adakalanya mentafsirkan Al Quran dan As Sunnah dengan Al Atsar
Setelah di dalam Al Quran dan As Sunnah tidak dijumpa Kerana mereka menjadi murid Rasulullah
yang taat dan setia, mereka percaya

Ulamak-ulamak yang datang kemudian
berbaik sangka dengan mereka dan menirunya
Perkataan-perkataan dan jejak langkah mereka
menjadi ikutan umat Islam selepasnya

Mungkin Sahabat yang berkata itu mendapat ilham dari Tuhannya
kemudian mereka cerita
Kemudian juga dia mendengar atau melihat tingkah laku Rasulullah
kemudian menceritakan mengikut bahasa mereka

Tanpa disandarkan kepada Rasulullah apa yang diucapkan oleh mereka
Mereka menceritakan mengikut apa yang difaham sahaja
Hasil bergaul dengan Rasul mereka
Mereka tidak menyebut Nabi yang bersabda
atau tidak menyebut sikap Nabi

Orang yang datang kemudian berbaik sangka
berkata: “Tentulah mereka ambil dari Nabi juga.”
Itulah dia yang dikatakan Al Atsar mengikut yang difaham oleh saya


Ustaz Ashaari Muhammad
10.1.2003 – 1
Selepas Subuh

Selasa, 11 Jun 2013

TEGAS DENGAN PRINSIP



Tegas dengan prinsip ialah seorang Islam yang kuat berpegang dengan agamanya yang sentiasa mengamalkan ajarannya. Tegas dengan hukum-hakamnya. Memperkatakannya dengan tidak segan silu.  Memperjuangkannya dengan gigih dan berhikmah di mana saja dia berada, tidak kira di waktu mana, di dalam keadaan apa dan di dalam situasi dan kondisi yang bagaimanapun.

Begitulah yang dikatakan orang yang ada prinsip. Ia tidak dapat digugat oleh keadaan, dihalang oleh tempat dan dihentikan oleh suasana, kecuali ada kuasa yang menghalang ke atas dirinya. Sedangkan dia di waktu itu tidak ada daya dan upaya melawannya. Seperti dia ditangkap oleh musuhnya atau dia dibuang di suatu tempat yang dia tidak mampu melepaskan dirinya. Maka terjadilah pada dirinya banyak hal dan amalan yang biasa dibuat tidak dapat dibuatnya oleh keadaan tadi yang tidak boleh dia melakukannya kecuali hanya di dalam hati. Ini ertinya sudah di dalam keadaan darurat.


Orang Islam yang tegas dan teguh dengan prinsip

Orang yang tegas dengan prinsip,dia tidak peduli apa orang kata, dia tidak fikir orang. Dia tidak malu-malu atau takut kepada sesiapa. Yang dia fikir, dia dengan Tuhannya.Kerana Islam itu benar-benar menjadi pegangan hidupnya, diyakini dan dihayati. Telah jadi mendarah mendaging.Telah sebati dan menjadi tabiat dirinya. Ia rasa Islam adalah hidup matinya hingga menjadi cita-cita perjuangannya. Kalau ada amalan-amalan Islam itu terlupa ia mengamalkannya, terlalu amat kesal dirasakannya dan tersangat tersinggung kalau ada orang yang menentang dan menghina agamanya.

Oleh itu ia sanggup susah dengan Islam. Sanggup berkorban untuknya. Ia lebih sayang daripada dirinya sendiri bahkan sanggup mati kerananya. Orang ini tidak akan boleh diugut-ugut atau dihalang. Namun dia tetap mencari jalan mengamalkannya dan memperjuangkannya sama ada Islam itu dapat diamalkan atau diperjuangkan atau dia mati kerananya.


Sebab-sebab seseorang itu tegas dengan prinsip/sebab-sebab seseorang itu ada prinsip

Orang Islam yang tegas dengan prinsip tidak ramai. Sekalipun para-para pejuang dan pendakwah-pendakwah dan da'i-da'i. Kerana itu Islam amat susah diterima oleh orang ramai sebagai cara hidup. Lebih-lebih lagi orang kafir sangat takut dengan Islam.

Di antara sebab-sebab seseorang Islam itu tegas berpegang dengan prinsip atau di katakan orang ada prinsip ialah:

1. Kerana seseorang itu mendapat pendidikan yang betul dan baik. Mungkin bernasib baik berada di dalam keluarga yang kuat mempertahankan prinsip dan mendapat guru yang baik pula.

2. Islam yang dipelajari oleh seseorang itu sangat dihayati bukan sekadar ilmu atau mata pelajaran yang diwajibkan.

3. Seseorang itu ada mempunyai cita-cita. Islam bukan setakat untuk dirinya sahaja tapi inginkan agama Islam itu menjadi cara hidup di alam sejagat ini.

4. Kerana seseorang itu benar-benar faham tentang Islam, kemudian diamalkannya untuk diri dan keluarganya kemudian diperjuangkannya ke tengah masyarakat.

5. Kerana seseorang itu bernasib baik bertemu dengan jemaah Islamiah yang baik kemudian mendapat pemimpin yang baik yang boleh menyampaikan secara baik dan diberi pemimpin itu benar-benar boleh menjadi contoh peribadinya.

6. Seseorang itu berjiwa besar. Kerana rasa besar dan bangga dengan agamanya yang datang dari Tuhan yang Maha Besar dan Maha Agung. Dia rasa seronok mengamal dan memperjuangkannya.


Orang yang tidak tegas atau teguh dengan prinsip

Biasanya orang Islam yang tidak teguh dengan prinsip atau pegangan hidup dikatakan orang yang tidak ada prinsip.  Dia mengamalkan Islam itu tidak istiqamah. Kadang-kadang buat kadang-kadang tidak. Bertukar sahaja suasana dia pun bertukar sikap. Berpindah saja tempat, dia longgar dengan syariat. Kalau bergaul sahaja dengan orang yang lalai maka dia pun ikut serta lalai. Bila berhadapan saja dengan orang-orang besar, amalan biasa yang selalu dibuatnya dia pun malu hendak membuatnya. Kalau ada orang yang bercakap bertentangan dengan Islam dia sesuatu majlis, lebih-lebih lagi kalau majlis itu majlis orang-orang besar, dia diam sahaja. Sudah tidak berani lagi memberi pandangan. Dia rasa rendah diri atau inferiority complex di dalam majlis itu. Keberaniannya hilang. Hanya mendengar sahaja apa yang orang kata. Begitu juga sibuk saja kerja, prinsip pun tertinggal. Susah sedikit hati, hukum-hakam pun terlanggar. Sakit sahaja sedikit, syariat pun cuai.



Sebab-sebab orang Islam tidak tegas dengan prinsip

Di antara sebab-sebab orang-orang Islam tidak lagi tegas dengan prinsip adalah seperti berikut:

1. Kerana sudah jahil dengan ajaran Islam. Apabila sudah jahil, bagaimana hendak mengamalkannya. Betapalah pula untuk memperkatakan dan memperjuangkannya.

2. Kalaupun dia seorang yang alim, tapi tidak teguh dengan prinsip ialah di keranakan oleh kelemahan iman atau jiwa lemah. Lemah iman kerana cinta dunia. Cita-cita Islam sudah tidak ada.

3. Kerana mengamalkan Islam itu secara tradisi atau ikut-ikutan, bukan atas dasar keyakinan dan kesedaran beragama.

4. Seseorang yang mengamalkan Islam itu kerana dididik oleh suasana, bukan kerana didikan oleh satu pengajian dan ikutan. Apabila bertukar suasana maka dia pun bertukar prinsip hidupnya.

5. Seseorang yang belajar atas dasar ilmu atau mental exercise, bukan atas dasar penghayatan. Dia belajar itu mungkin tujuan makan gaji dan sebagainya. Orang itu akan hanyut mengikut arus masyarakat walaupun dia mempunyai ilmu Islam.

6. Seseorang yang mendapat didikan Islam secara kasar dan paksa, bukan mendapat didikan yang penuh berhikmah serta dapat mengikut suri tauladan yang baik. Apabila bebas daripada suasana itu, maka dia pun bebas meninggalkan atau membuat secara cuai.

7. Seseorang yang asalnya tegas dengan prinsip, entahkan macam mana satu masa terpengaruh dengan dunia yang menipu, maka dia pun berubah prinsip hidupnya daripada tegas kepada cuai mengamalkan atau lalai mengamalkannya.

8. Mungkin seseorang itu lemah kerana keseorangan.  Kawan-kawan tidak ada, maka di sini keberaniannya kurang atau luntur. Maka dengan itu di dalam suasana yang tertentu, tidak berani lagi dia memperkatakan keberanian itu dengan tegas.

9. Boleh jadi juga seseorang itu kerana ujian yang teruk, kerana tidak tahan dia pun kecewa serta diburu oleh ketakutan. Akhirnya dia longgar atau rasa serik mengamalkan prinsip hidupnya.


Islam menyuruh tegas, bukan keras 

Di dalam ajaran Islam, menganjurkan kepada kita agar tegas mengamalkannya, tegas mengeluarkan hukum.   Tegas menyampaikannya atau memperkatakannya dan gigih memperjuangkannya di mana saja dan di dalam keadaan apa sekalipun. Islam tidak menyuruh kita berlaku keras tapi menyuruh tegas. Islam adalah agama kasih sayang dan lemah lembut, bukan agama keras tapi di suruh tegas.

Kebanyakan umat Islam terutama para pejuang dan pendakwah-pendakwah melakukan kekerasan di dalam perjuangan atau di dalam dakwahnya tapi dia sendiri tidak tegas mengamalkannya. Di dalam mengamalkan, sama saja dengan orang lain. Di dalam menyampaikan, suaranya lantang dan keras memperkatakan hukum-hakamnya.  Tegas kalau untuk orang lain tapi untuk diri sendiri longgar dan cuai.

Di dalam menyampaikan, mengata, mengumpat, menuduh, kepada golongan-golongan yang tertentu. Adakalanya hingga sampai maki-hamun, mengutuk dan menemplak untuk orang yang tertentu, tapi dia sendiri syariatnya cuai, akhlaknya rosak, maruahnya tidak dijaga. Mereka menyangka cara itulah yang dikatakan tegas.

Sebenarnya sikap mereka itu bukan tegas tapi keras. Tegas ertinya memperkatakan hukuman yang sesuai dengan kehendak Islam. Disampaikan dengan penuh berhikmah dan kasih sayang, tidak ditujukan kepada mana-mana golongan tapi untuk semua, terutama diri sendiri. Dan orang yang berkata dan memperjuangkan itu mempunyai peribadi yang baik dan mempunyai akhlak yang mulia kerana dia tegas mengamalkan Islam itu lebih dahulu di dalam diri mereka dan tegas berpegang dengan hukum.Begitu juga tegas mendidik anak dan isteri serta keluarga. Agar mereka mengamalkan ajaran Islam itu serta sangat menghormati hukum-hakam.
Begitulah orang yang tegas dengan prinsip.

Oleh kerana tidak tegas mengamalkan Islam tapi keras memperkatakan dan memperjuangkannya, maka sebab itulah orang ramai benci dengan Islam, lebih-lebih lagi orang kafir takut dengan Islam. Melihat peribadi para pejuang dan para da™i serta keluarga mereka, Islam itu tidak ada di dalam diri mereka. Yang mereka lihat ialah kekerasan dan kekasaran. Keindahan tidak dapat dilihat kerana bersikap keras bukan tegas.


Ust. hj Ashaari Muhammad

Bila tidak ada helang, maka belalang pun dianggap helang. Pt1

40 Ulama Muda WAHABI UMNO


Fesyen Bogel Sunnah Nabi- Ulama Muda(WAHABI)UMNO Setelah beberapa bulan memeluk UMNO untuk menyebarkan ajaran Wahabi mereka. Kini yang bergelar 40 penyamun tarbush itu yang dakwa diri mereka ulama (padahal tak ulama pun budak hingus ja) telah berjaya buat julung-julung kalinya menjulingkan mata masyarakat Islam dengan mengadakan dan menganjurkan (lebih tepat menyokong) Islam For All : Fesyen Festival Islam @ IFF Islamic Fashion Festival 2010 baru-baru ini.




Antara perkara yang 'berjaya' diterap oleh ularmak muda (wahabi) UMNO dalam festival tersebut adalah meletakkan nama nabi Muhammad di buah dada dan dibahagian seluar dalam pada pakaian salah seorang penunjuk fesyen festival terbabit yang didakwa mereka sebagai pakaian Islam contoh (islam for all) dan itulah pakaian sunnah salafiah sebenar- kata mereka (ularmak muda wahabi UMNO).



Dan antara 'kejayaan' ulama muda (wahabi) UMNO itu juga adalah memperbanyakkan pakaian-pakaian yang menampakkan aurat secara jelas di atas dakwaan mereka kononnya ia sunnah nabi dan salaf soleh.


Nota
Untuk artikel lengkap sila rujuk
http://abu-syafiq.blogspot.com/2010/10/fesyen-bogel-sunnah-nabi-ulama-muda.html

artikel Ustaz zAbu Syafiq tdk bermakna beliau bersependapat dengan penulis blog harap maklum


Ahad, 9 Jun 2013

Bila tidak ada helang, maka belalang pun dianggap helang. Pt2


Isu Baca Quran Sebelum Subuh. Tukar Aje Dengan Azan Pertama



FATWA RASMI MUFTI PULAU PINANG YANG MASIH TIDAK BERUBAH JELAS MENYATAKAN BAHAWA MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA MEMPERDENGARKAN AYAT-AYAT SUCI ALQURAN SEBELUM SUBUH ADALAH TIDAK DILARANG 
Rujuk Fatwa Rasmi Pulau Pinang tersebut :klik 


MALANGNYA FATWA RASMI TERSEBUT TELAH DICANGGAH DAN DITOLAK MENTAH-MENTAH OLEH EXCO AGAMA PULAU PINANG ' KAKI MODEL WANITA "BOGEL" ' DENGAN HELAH YANG PELBAGAI / MEMPERGUNAKAN NAMA-NAMA ORANG-ORANG TERTENTU UNTUK DIPERBODOHKAN. 

MALIK KASSIM JUGA TERKENAL ANTARA ORANG YANG MEMUJA BAK MENYEMBAH RADZI WAHHABI UNTUK DIANGKAT MENJADI MUFTI PULAU PINANG BAGI PENYEBARAN AJARAN WAHHABI YANG TELAH DIFATWAKAN MENGANGGU GUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA. 


Hukum Dan Arahan Di Atas Tidak Menyelesaikan Masaalah Bahkan Menambahkan Lagi Kemelut Akibat Dengar Cakap Orang Wahhabi Jahil. 

Majlis Fatwa Pulau Pinang telah mengHARAMkan dan meLARANG seluruh masjid dari membaca Al-Quran dengan menggunakan pembesar suara sebelum subuh. Apabila dilihat hujjahnya amat dangkal dan tidak tepat. Mungkin terdapat Radzi Wahhabi yang menguti-gutip hukum hanya dari internet lalu dijadikan rujukan oleh beberapa pihak dan menyebarkannya tanpa tapisan dan kajian rapi menyeluruh. Inilah padahnya jikalau ada sekor dua pencinta Wahhabi dalam satu-satu majlis yang mengistinbatkan hukum. Punah ranah semua. Kemudian mereka berhubung dan ber SMS sesama mereka agar masing-masing menyuarakan persetujuan fatwa yang dikeluarkan sedangkan ia tidak tepat dan menyalahi konsep fatwa itu iaitu ia bukan hanya untuk menghukum tetapi lebih kepada menyelesaikan masaalah ummah dengan baik dan harmoni. 

Isu ini kelihatan ada sesetengah mereka lebih menjaga hati orang-orang yang bukan Islam dan mereka yang memusuhi Islam tanpa memberi panduan bernas untuk menyelesaikan masaalah ini. Akhirnya umat Islam yang jadi mangsa termasuk pak bilal, imam dan penduduk Islam bertelagah. 

Setelah melihat ada pihak beri-ria sangat menolak bacaan Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara maka disini saya (Abu Syafiq) ingin sarankan kepada Majlis Fatwa Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang akan beberapa perkara berkaitan; 



1- Tukarkan bacaan Al-Quran sebelum Subuh yang menggunakan pembesar suara itu dengan Azan Pertama sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara. 


a- Azan pertama itu usahlah disebut "As-solatu Khairum Minan Naum" lagi, memadai ia dilaungankan seperti biasa sahaja. Ia bertujuan memberi peringatan kepada umat agar siap bersedia bahawa Subuh sudah makin hampir maka bolehlah umat Islam bersedia apa-apa yang patut, jika seseorang itu sedang solat maka bolehlah dia melakukan witir, jika sedang tidur maka bolehlah dia bangun atau jika berpuasa pada esoknya maka bolehlah dia bersedia untuk sahur. 

Maka Azan pertama tersebut (sebelum masuk subuh) itu adalah lebih bertujuan memberi peringatan untuk bersedia apa-apa yang patut sebelum masuk waktu fajar sodik/subuh. 


b- Kemudian apabila tiba waktu subuh barulah dilaungkan azan kedua iaitu Azan Subuh yang lengkap dengan lafaz "As-solatu Khairum Minan Naum" bagi memastikan sememangnya subuh telah masuk bermula pada azan kedua tadi. 

Pada zaman Nabi Muhammad telahpun terdapat seruan atau azan sebelum azan subuh untuk memberi peringatan kepada ummat agar bersedia sebelum masuk waktu subuh. 

Rasulullah bersabda yang bermaksud : " Usahlah kamu semua tidak bersahur kerana mendengar azan Bilal, sesungguhnya dia menyeru atau azan pada malam (sebelum subuh) adalah bertujuan mengembalikan orang-orang yang qiyam dikalangan kamu dan mengejutkan orang-orang yang tidur". Riwayat Muslim dan selainnya kecuali Tirmizi. 

Dalam sahih Al-Bukhari diriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: " Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada malam (sebelum subuh) maka makanlah dan minumlah kamu semua sehingga mendengar pula azan Ibn Ummu Maktum". Imam Ibnu Hajar apabila mensyarahkan hadith ini beliau menyebut : Hadith ini adalah dalil ke atas keharusan seruan azan sebelum subuh. 

Dua hadith di atas merupakan dalil yang jelas wujudnya seruan yang dilaungkan sebelum subuh didengari umum sebelum waktu subuh. 1 seruan azan dilaungkan secara kuat beberapa minit sebelum subuh dan yang ke 2 pula seruan azan subuh yang menunjukkan telah pun masuk waktu subuh.. Dalam Mazhab Syafie juga menyebut tentang keharusan seruan azan sebelum subuh ini begitu juga mazhab-mazhab Islam lain (Rujuk Bulughul Maram). 

Dengan mengantikan bacaan ayat Al-Quran beberapa minit sebelum waktu subuh dengan azan pertama dilaungkan sebelum subuh (ia adalah SUNNAH) maka kita dapat menyelesaikan masaalah ranting ini dan kita dapat tahu siapakah yang sebenarnya mempunyai penyakit jahat mempergunakan sebahagian nas demi kepentingan tertentu bertopengkan secara jahat nama Islam atau Salaf. Laknat Allah ke atas Yahudi yang bersungguh-sungguh merosakkan Islam dari dalam mempergunakan pelbagai nama yang nampak cantik. 

Sebenarnya seruan atau sebutan dan bacaan yang lain dilaungkan secara kuat sebelum azan subuh memang berlaku pada zaman para pemimpin terhebat seperti pada zaman Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Beliau pernah memerintah agar setiap masjid melaungkan perkataan tauhid antaranya ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT sebelum azan subuh dimenara-menara masjid . Dengan itu kita lihat akhirnya kebanyakan akidah umat Islam ketika itu menjadi mantap sehingga pada zaman beliau Palestin dan Masjid Al-Aqsa dapat ditawan oleh umat Islam (Rujuk Tobaqot Syafi'yyah Al-Kubra). 


2- Bacaan atau seruan menggunakan pembesar suara yang dilaungkan sebelum subuh itu (samaada azan pertama dan ia lebih baik atau bacaan doa atau selainnya) hendaklah tidak terlalu kuat sangat dan ia boleh dikumandangkan 10 atau 15 minit sebelum azan subuh/masuk waktu subuh untuk kebaikan yang besar juga bagi mengelakkan kemudaratan tidak menunaikan subuh oleh sebahagian umat Islam dek terlewat. Dengan ada peringatan awal yang didengarkan itu maka kemudaratan meninggalkan solat subuh itu mungkin boleh dielakkan. 


3- Saya juga menyarankan kepada Majlis Fatwa Pulau Pinang agar berhati-hati ketika memberi apa-apa hukum jangan sampai ia diperkotak-katikkan oleh sebahagian insan yang mempunyai kepentingan tersendiri. Elakkan dari mengambil mereka yang berfahaman Wahhabi kerana kemudaratan yang terbit dari wahhabi ini mengalahkan / mengatasi kemanfaatan (jika ada) dan perbanyakkan perbincangan dengan ahli masjid dan penduduk setempat kerana tujuan kita bukan menghukum tetapi menyelesaikan masaalah yang timbul. 

Wassalam.
15 Ramadhan 1432H. Jam 5.00pagi time sahur. Shah Alam 
Ustaz Abu Syafiq 019-3801979

ISLAM vs WAHABI & SYIAH: Isu Baca Quran Sebelum Subuh. Tukar Aje Dengan Azan Pertama

http://abu-syafiq.blogspot.com/2011/08/isu-baca-quran-sebelum-subuh-tukar.html

artikel Ustaz zAbu Syafiq tdk bermakna beliau bersependapat dengan penulis blog harap maklum

Khamis, 6 Jun 2013

PERINGKAT-PERINGKAT ILMU ULAMA MUJTAHID




peringkat ilmu ulama yang ada dalam Islam

DALAM Islam, ilmu dipandang begitu tinggi dan penting.Kerana ilmulah yang akan membuka segala rahsia dunia dan Akhirat. Dan yang paling tinggi nilainya ialah ilmu yang boleh membuatkan manusia kenal Tuhan Penciptanya, tahu bagaimana berhubung dan menerima titah perintah dan larangan-Nya. Kemudian barulah ilmu tentang  tugas sebagai khalifah Tuhan di bumi,untuk mentadbir dunia ini mengikut undang-undang ALLAH. Agar dunia mencapai tamadun insan dan material yang tinggi, indah dan mulia.

Anjuran menuntut ilmu terlalu banyak sama ada oleh AlQuran mahupun Hadis.Pujian terhadap orang berilmu juga begitu tinggi. Sehingga manusia disuruh belajar sampai ke liang lahad, sampai ke Negeri China. Dan ilmu yang ALLAH bukakan untuk manusia melalui Quran dan Hadis itu bagaikan lautan luasnya siapa yang mencedok dan menggali tidak akan jumpa penghujungnya.

Maka untuk mentaati kehendak ALLAH, berlumba-lumbalah umat Islam mencari dan memburu ilmu. Hingga mereka mencapai tahap ilmu yang begitu tinggi, yakni  membolehkan mereka menjadi mujtahid, iaitu orang yang mampu berijtihad dalam segala bidang.

Sepanjang sejarah umat Islam, kita lihat ada peringkat-peringkat mujtahid yang berbagai, yang dicapai oleh masing-masing mereka dalam perlumbaan mendapat ilmu ini.

Saya akan menyenaraikan peringkat-peringkat mujtahid yang ada dalam Islam. Mereka itu merupakan ulama pakar di bidang feqah. Yakni yang mampu berijtihad di bidang hukum-hakam atau syariat. Tapi tidak di dalam soal aqidah.


Kerana bidang aqidah tidak boleh diijtihad dan diikhtilafkan.

Siapa yang menganut aqidah yang keluar dari aqidah asal, yakni Ahlil Sunnah Wal Jamaah (aqidah Nabi dan para Sahabat), maka ia jadi kafir atau membuat bid’ah berdasarkan sabda baginda:

Demi diriku Muhammad di tanganNya,akan berpecah umatku kepada 73 puak. Satu puak masuk Syurga dan72 puak bakinya masuk Neraka.

Siapa (yang masuk Syurga) wahai Rasulullah?

Sabdanya:
Iaitulah AhlusSunnahWalJamaah.

(Riwayat At Tabrani)

Ertinya ikhtilaf atau perbezaan umat dalam soal aqidah tidak dibenarkan.

Tapi dalam soal hukum-hakam atau furu’iyah yang menjadi panduan kehidupan lahiriah dan duniawi manusia, Islam membuka pintu ijtihad. Bahkan digalakkan berijtihad bagi mereka yang mampu, hinggakan kalaupun ijtihad itu salah, diberi satu pahala.Sebab Islam bukan menyusahkan kehidupan tetapi menyelamatkan dan memudahkan, selagi di atasjalan yang benar. (Bukan ambil mudah menurut nafsu dan syaitan).

Rasulullah SAW bersabda:
Perselisihan pendapat di kalangan umatku itu satu rahmat.
(Riwayat Al Baihaqi)

Ertinya dengan berijtihad itu masing-masingakan dapat laluan mudah untuk kehidupan masing-masing.Sedangkan tanpa berijtihad, hal yang mudah bagi seseorang mungkin susah bagi seorang yang lain.

Maka dalam bidang feqah, lahirlah ulama-ulama besar feqah, yang masing-masing mempunyai ijtihad yang tersendiri dalam soal hukum-hakam yang ada dalam Islam itu. Mereka ini lahir selepas Rasul dan Sahabat sudah tidak ada. Warisan yang tinggal Cuma Al Quran dan Hadis.

Kitab-kitab yang menghurai secara detail tentang bagaimana perlaksanaan hukum yang dimaksudkan oleh Al Quran dan Hadis pun belum ada.Jadi mereka mesti cuba memahami sendiri Al Quran dan Hadis tanpa melihat praktikalnya.

Lalu berijtihadlah mereka tentang ayat-ayat hukum dari AlQuran dan Hadis berdasarkan ilmu, akal, hati, pengalaman hidup mereka dan ilham dari ALLAH SWT.

Masing-masing mempunyai tafsiran yang berbeza dengan yang lain.Sebab itu lahir banyak mazhab feqah. Sepanjang sejarah lahirlah lima

kategori mujtahid dan ulama di kalangan umat Islam. Mereka ialah:

1. Mujtahid Mutlak
2. Mujtahid Mazhab
3. Mujtahid Fatwa
4. Mujtahid Tarjih
5. Ulama Muqallidin



1. MUJTAHID MUTLAK

Inilah peringkat ulama yang paling alim yakni paling tinggi dan hebat ilmunya dalam sejarah Islam. Keupayaan luar biasa yang ALLAH berikan pada mereka ialah dapat memahami, mentafsir dan mengeluarkan hukum-hakam (istinbat) dari AlQuran dan Hadis secara langsung tanpa bersandar dengan mana-mana ulama dan tanpa merujuk pada mana-mana kitab. Memang pada awalnya mereka juga belajar ilmu tentang Al Quran dan Hadis. Tapi dalam mengistinbat hukum dari ayat-ayat tentang hukum, mereka ada ijtihad tersendiri dan masing-masing. Mereka mampu mengeluarkan hukum sedangkan hal itu tidak terbuat oleh kebanyakan ulama. Mereka ini ibarat pakar-pakar carigali yang dapat menemukan dan mengeluarkan emas-emas dari perut bumi tanpa bersandar pada sesiapa atau tanpa membeli dengan sesiapa. 

Boleh dikatakan mereka adalah tauke lombong emas. Fikiran dan ilmu mereka begitu tajam dan tinggi dalam memahami semua maksud ALLAH melalui firman-firman-Nya dan Hadis-Hadis Nabi (di bidang hukum) yang terlalu tinggi dan luas itu. Kemudian hasil penyelidikan itu ditulis kan dan ada yang kekal sampai ke hari ini.

Kebanyakan ulama besar ini hidup di zaman salafussoleh (yakni sekitar 300 tahun sesudah Rasulullah). Bilangan mereka tidak ramai. Sepanjang sejarah cuma ada sebelas orang sahaja.

Antaranya:

Imam Hanafi,
Imam Syafi’i,
Imam Malik,
Imam Ahmad Hambal,
Imam Auza’i,
Imam Sofian As Sauri,
Imam Daud Zohiri,
Ibnu U’yaynah,
dan Imam Ath Thabari.

Mereka inilah yang terkenal sebagai imam-imam mazhab. Kerana ilmu mereka melalui kitab-kitab karangan mereka itu diambil sebagai ikutan oleh orang lain. Yakni orang-orang yang tidak mampu menggali sendiri ilmu ALLAH itu. Maka diikutlah salah seorang dari ulama besar tadi. Sepatutnya ada sebelas mazhab berdasarkan sebelas ulama yang boleh berdiri sendiri ini.

Rasulullah membenarkan ini dengan sabdanya:
Perselisihan pendapat di kalangan umatku itu satu rahmat.
(Riwayat Al Baihaqi)

Perbezaan dalam soal-soal hukum-hakam, feqah atau syariat, Islam membenarkan. Tetapi tidak dalam soal-soal aqidah dan tauhid.

Tapi sayang dari sebelas orang itu, Cuma tinggal empat orang yang masyhur dan diikuti sebagai imam mazhab. Sebab kitab mereka masih ada untuk rujukan dan panduan pengikut. Sedangkan kitab-kitab karangan imam-imam yang lain itu semuanya sudah lenyap terutamanya dimusnahkan oleh tentera Mongol yang menyerang Baghdad. Jadi yang tinggal cuma empat orang sahaja.

Di antara kitab-kitab mereka ialah:

a. Kitab Al Wasit oleh Imam Hanafi.
b. Kitab AZ Muwuththo’ oleh Imam Malik.
c. Kitab Al Uum oleh Imam Syafi’i.
d. Sunan lmam Ahmad oleh Imam Hambali.

Dengan adanya kitab-kitab yang mereka tinggalkan, maka anak murid dan pengikut-pengikutnya dapat mengembangkan ilmu dan kaedah untuk generasi di belakang, hingga ke zaman kita ini.Pengikut ajaran Imam Hanafi disebut bermazhab Hanafi. Pengikut Imam Malik disebut bermazhab Maliki. Pengikut Imam Syafi’i disebut bermazhab Syafi’i, dan pengikut Imam Ahmad Ibnu Hamball disebut bermazhab Hambali.

Perbezaan mazhab ini cumalah dalam soal-soal furuk (cabang), bukan dalam soal pokok (aqidah).Dan ini dibenarkan sedangkan perbezaan aqidah itu terlarang sama sekali.

Rasulullah bersabda:
Demi diriku Muhammad di tanganNya akan berpecah umatku kepada 73 puak. Satu puak masuk Syurga dan 72 puak bakinya masuk Neraka.

Siapa (yang masuk Syurga) wahai Rusulallah ?
Sabdanya: Itulah Ahlus Sunnuh WalJamaah.
(Riwayat At Tabrani)

Aqidah yang dibenarkan Cuma aqidah Ahli Sunnah WalJamaah. Sebab itu keempat-empat Imam Mazhab menganut aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tanpa kitab yang ditinggalkan kepada murid-murid,maka tidak bersambunglah satu-satu ajaran itu.

Sedangkan sesudah mereka itu tidak ada lagi orang yang mampu memahami keseluruhan maksud yang tersurat dan tersirat ayat-ayat Al Quran dan Hadis yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para Sahabat.



2. MUJTAHID MAZHAB

Golongan para ilmuan dari kategori ini,tidak lagi mampu mengambil terus ilmu dari Al Quran dan  Hadis. Ertinya mereka tidak boleh berijtihad langsung tentang maksud-maksud ALLAH dan Rasul.

Jadi untuk memahami Al Quran dan Hadis, mereka merujuk dan belajar dari guru-guru yang bertaraf Mujtahid Mutlak tadi. Yakni mereka mengkaji apa kata Imam-Imam Mazhab itu terhadap mana-mana ayat AlQuran atau Hadis. Mereka kaji apa kata Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafi’i dan Imam Hambali.

Hasil kajian itu mereka huraikan pula dalam kitab-kitab mereka. Mereka bagai kan tauke-tauke emas yang mengambil emas yang sudah digali untuk diproses dan dipasarkan.

Sedangkan Mujtahid Mutlak tadi ialah tauke lombong yang mengeluarkan emas dari perut bumi. Kerja pertama adalah sulit, manakala yang kedua pun masih sulit juga. Sebab bukan senang juga untuk memahami kitab-kitab besar dari empat ulama besar itu.

Sebab itu mujtahid yang boleh faham keempat-empat mazhab dan mengembangkan kepada orang kemudian tidaklah ramai.

Di antara mereka ialah:

a. Imam Abu Yusof (Mazhab Hanafi)
b. Imam Muhammad bin Hassan (Mazhab Hanafi)
c. Imam Abu Saur (Mazhab Syafi’i)
d. Imam Ar Rabi’ Sulaiman (Mazhab Syafi’i)
e. Imam Abu Ibrahim IsmailAl Muzani (Mazhab Syafi’i)



3. MUJTAHID FATWA

Ulama peringkat ini pula bukan saja tidak mampu memahami sendiri secara luas dan tersirat tentang Al Quran dan Hadis, bahkan tentang keempat-empat mazhab pun tidak tercapai oleh ilmu pengetahuannya. Ulama ini Cuma mendalami salah satu mazhab dan mampu berijtihad menurut imam mazhab yang dianutinya. Dengan kata lain mereka ini Cuma mampu untuk berfatwa di atas ajaran mana-mana satu mazhab yang empat itu. Namun peringkat ilmu ini pun sudah payah hendak dicapai oleh mana-ulama zaman ini. Yakni mengikut satu-satu mazhab dengan mempunyai dalil yang jelas diambil dari imam mazhabnya.

Antara contoh mereka adalah:

a. Imam Ath Thahawy (Mazhab Hanafi)
b. Imam Al Ghazali (Mazhab Syafi’i)



4. MUJTAHID TARJIH (MUJTAHID MENILAI)

Ulama ini kebolehannya ialah mentahqiqkan atau menentukan dalil dari tiap-tiap Imam Mazhab terhadap sesuatu hukum. Dari sana, dinilailah dalil mana yang kuat dan mana yang lemah. Ulama ini tidak mendalami satu-satu mazhab sedalam-dalamnya. Tapi bidangnya Cuma mengkaji pendapat imam-imani mazhab tentang dalil mengenai beberapa hal atau hukum-hakam. Kemudian ditentukan imam mana yang lebih kuat hujahnya.

Biasanya dan sepatutnya ulama ini juga menganut mana-mana satu mazhab kerana mereka sendiri tidak mampu membuat mazhab baru. Ilmu mereka bukan bertaraf mujtahid mutlak.Jadi tentu mereka malu untuk menolak mana-mana mazhab kerana katanya mazhab itu lemah, sedangkan hakikatnya ilmu mereka sendiri jauh lebih rendah dari ilmu imam-imam mazhab.

Ibarat seorang lulusan SPM mahu menolak ilmu seorang profesor dengan alasan hujah profesor itu lemah. Apa pendapat anda?

Ada pula mereka yang berpendapat,

kita tidak mahu terikat dengan satu-satu mazhab tapi mahu mengambil semua mazhab. Yakni dalam keadaan mazhab itu mempunyai hujah yang paling kuat dalam satu-satu perkara itu.

Maksudnya,

kalau dalam hukum A, Mazhab Hanafi lebih kuat maka mereka menganut ajaran Hanafi.Tetapi dalam hukum B, Syafi’i lebih kuat hujahnya, diambillah dari Mazhab Syafi’I dan begitulah seterusnya yang lain-lainnya. Mereka mahu gabungkan hujah-hujah dari imam-imam mazhab untuk mencipta mazhab baru.

Teori ini memang menarik.
Tapi mana dia ulama yang mampu melakukannya ?

Sedangkan semua Mujtahid Mazhab itu pun tidak melakukan yang sedemikian itu. Walhal merekalah orang yang paling tahu tentang empat-empat mazhab.

Mereka lihat ada empat buah rumah yang sudah sempurna. Cuma tiap-tiap satu ada lebih kurangnya. Mereka Cuma pilih salah satu yang mereka minati.

Mereka tidak pula berusaha membuat rumah kelima (konon dengan alasan tiap-tiap rumah yang empat itu ada kurangnya).Sebab mereka bukan tukang buat rumah. Cuma kebolehan mereka menilai-nilai dan mengkaji-kaji rumah yang sudah siap itu.

Kalaulah dibuat rumah kelima, sedangkan mereka bukan tukangnya, gambarkan apa hasilnya ?

Antara contoh-contoh mereka adalah:

a. Imam Ar Rafi’
b. Imam An Nawawi
c. Imam Ibnu Hajar


ULAMA MUQALLIDIN




Ulama peringkat ini tidak disebut mujtahid kerana mereka tidak lagi pakar dalam mana-mana satu bidang ilmu. Pengetahuan Islam mereka adalah secara umum, sama ada dalam semua bidang atau satu bidang sahaja. Mereka tidak lagi mampu memberi hujah-hujah dan  dalil terhadap mazhab anutan mereka. Tidak juga boleh menilai dan menapis hujah-hujah yang berbangkit. Pendek kata, kalau hitam kata guru, hitam kata mereka. Putih kata guru, putihlah kata mereka.

Hujah dan dalil tidak ada.Sebab itu mereka dikategorikan sebagai ulama muqallidin atau ulama taqlid. Mereka menganut satu-satu mazhab dengan bertaqlid semata-mata.

Inilah golongan yang teramai sekali. Yang banyak dalam masyarakat biasanya ulama taqlid apalagi di akhir zaman ini. Lulusan dari universiti Islam pun masih bertaraf taqlid pegangannya pada sesuatu mazhab. Para profesor dengan PhD pun demikian juga. Apa lagilah kalau lulusan universiti sekular yang ilmu agama dikaji secara part-time iaitu tidak tersampai untuk keluar dari taqlid.

Tapi agak pelik,

di zaman inilah kedengaran suara-suara lantang menolak mazhab, menolak tareqat dan hal-hal yang bersangkutan. Bukan saja dari ulama Islam, ‘ulama’ sekular juga turut bersuara. Sedangkan ulama -ulama mujtahid pun tidak seberani itu dalam perkara-perkara tersebut.

Mengapa ini terjadi ?

Agaknya itulah akibat dari tidak cukup ilmu. Seseorang biasanya menilai sesuatu mengikut pengetahuannya. Sesuatu yang di luar pengetahuannya akan ditolak.

Sesuai dengan pepatah Arab ada berkata:
Seseorang itu menjadi musuh dengan apa yang ia tidak tahu.

Perlu diingatkan bahawa di dalam Islam tidak semua orang boleh menjadi mujtahid. Bahkan para ulama pun, sama ada ulama rasmi atau bukan, ada degri ataupun tidak, bukan semuanya layak berijtihad.

Tidak seperti mana yang kadang-kadang kita dengar orang berkata di akhir zaman ini, kononnya setiap orang boleh berijtihad terus dari Al Quran dan Hadis.Kerana di dalam ajaran Islam, untuk menjadi mujtahid itu, sama ada ada degri atau tidak, tidak menjadi syarat. Berjawatan rasmi ataupun tidak, juga tidak menjadi syarat.

Untuk menjadi mujtahid, ada syarat-syaratnya yang tersendiri. Sepertimana yang akan saya senaraikan di bawah ini. Bila seseorang itu mempunyai syarat-syarat yang cukup maka barulah dia diberi dua pahala, kalau ijtihadnya betul. Kalau tersalah ijtihadnya, tetap diberi satu pahala.

Tetapi jika seseorang itu tidak mempunyai syarat-syarat untuk berijtihad kemudian ia cuba juga berijtihad sama ada betul atau salah ijtihadnya, tetap ia berdosa.

Selain itu setiap orang yang hendak berijtihad tidak semestinya ia hafal semua Al Quran atau hafal semua Hadis. Tetapi cukuplah ia mengetahui ayat-ayat ahkam yang ada didalam Al Quran, yang menurut ulama hanya ada 500 ayat semuanya. Dan cukuplah ia mengetahui Hadis-Hadis mengenai hukum. Setelah ia mengetahui ayat-ayat Al Quran dan Hadis-Hadis yang berkaitan dengan hukum tadi,kemudian dapat pula mengistinbadkan hukum-hukum daripada ayat-ayat dan Hadis itu melalui kaedah ilmu nahu, ilmu saraf, ilmu balaghah serta faham tentang asbabun nuzul dan asbabul wurud dan lain-lain lagi ilmu yang didiperlukan, maka layaklah seseorang itu menjadi mujtahid.

Untuk menjelaskan lagi hal ini,di bawah ini disenaraikan
syarat-syarat untuk seseorang itu menjadi mujtahid, iaitu:

1. Beragama Islam.
2. Tahu ilmu nahu dan ilmu saraf (ilmu bahasa Arab).
3. Tahu ilmu balaghah (sastera Arab).
4. Tahu tentang asbabun nuzul.
5. Tahu tentang asbabul wurud.
6. Tahu tentang nasikh dan mansukh.
7. Bersifat adil (warak),atau dengan lain perkataan bersifat taqwa.
8. Mengetahui masalah-masalah yang diijmakkan oleh ulama-ulama yang terdahulu.
9. Memahami keseluruhan maksud ayat-ayat ahkam.
10. Mengetahui tentang makna ayat Quran dari segi khas dan amnya (mujmal dan mubaiyan).
11. Mengetahui Sunnah Nabi dari segi mujmal dan mubaiyan.
12. Mengetahui qias dan cara-caranya.
13. Mengetahui usul fiqh.
14. Mempunyai fahaman yang sahih sehingga ia dapat membezakan di antara pendapat yang sahih dan yang salah.
15. Mengetahui tentang Hadis yang sahih, mana yang maudhu’ (palsu), mana yang kuat dan mana yang lemah.

Berdasarkan syarat-syarat yang disebutkan di atas, tidak semua orang mempunyai kelayakan untuk berijtihad mengenai hukum-hakam. Kalau dilakukan juga oleh seseorang itu sedangkan ia tidak layak, ia akan sesat lagi menyesatkan.

Bagaimanapun hal-hal selain dari hukum-hakam,

setiap orang boleh ijtihadkan seperti tentang kaedah (metod) perjuangan, strategi perjuangan, cara mempersembahkan kuliah dan ceramah, cara berhadapan dengan masyarakat, cara membangunkan jemaah,  cara menarik manusia kepada Islam, cara mendidik manusia dan lain-lain lagi.

Hal yang selain hukum-hakam ini, semua orang dibenarkan berijtihad,

kerana ia hanya menyentuh cara dan teknik semata-mata. Kalau pandai berijtihad, bijak pula ia melaksanakannya, besarlah hasil yang ia dapat. Atau lebih Berjaya dalam perjuangannya. Di samping itu ia dapat pahala, kalau ia berbuat kerana ALLAH. Kalau berlaku sebaliknya iaitu salah berijtihad dan salah caranya, maka ia tidak dapat hasil apa-apa. Atau kurang hasilnya. Atau boleh jadi gagal terus di dalam perjuangannya.

Tetapi selagi niatnya baik dan tidak melanggar hukum syariat, tetap ia diberi pahala kecuali niatnya tidak betul dan menyalahi syariat, maka barulah ia jatuh kepada dosa.

Demikianlah perbincangan peringkat ilmu ulama yang ada dalam Islam.

Moga-moga dapatlah kita ukur di mana kita ini.Dan supaya kita
berhati-hati bila bercakap tentang sesuatu yang bukan bidang kita.