Jumaat, 20 Julai 2012

Kebesaran Al Quran


Saudara dan saudari yang dikasihi sekalian, Saya memulakan kuliah pagi ini selain berdoa tadi, diriingi dengan satu ayat Quran yang pendek yang ada hubungan dengan kedatangan Ramadhan.

 Makna ayat itu lebih kurang begini:

" Bulan ramadhan bulan yang mana diturunkan padanya Al-Quran untuk jadi petunjuk kepada manusia dan untuk menunjukkan mukjizat-mukiizat yang membuktikan kebenaran itu . Dan untuk membuktikan bahawa Al-Quran adalah pemisah anfara yang hak dengan yang batil "

Dalam ayat ini baru kita tahu bulan Ramadhan ini besar, agung. Dan di bulan agung ini Tuhan datangkan ibu ilmu iaitu Al-Quran, ilmu yang tak pemah disentuh lagi oleh manusia. belum ada manusia campur tangan samada yang sebelum mahupun sesudah.

Dia merupakan barang pure dari Tuhan untuk manusia. Tuhan tak kata untuk orang beriman sebab waktu Quran mula diturunkan mana ada orang beriman, sebab itu diseru untuk manusia yang belum beriman. Bila datangnya Al-Quran manusia yang tak beriman terus jadi beriman.

Kalau begitu apa yang kita faham kedatangan setiap kali bulan ramadhan bermakna kedatangan ilmu dari Tuhan. Setiap kali ramadhan datang, setiap kali pula umat islam yang mungkin di bulan-bulan lain tak ada kesempatan nak mengkaji ilmu Al- Quran maka diperuntukkan satu bulan untuk mengkaji ilmu Al-Quran.

Oleh sebab itu Tuhan jadikan bulan ramadhan puasa. Bila berpuasa ikut sistem Tuhan, bukan sekadar tak makan tak minum tapi nafsu yang berpuasa, fikiran yang berpuasa, jiwa yang berpuasa. perasaan yang berpuasa. Orang itu saja yang boleh jadikan sebulan itu dia dapat ilmu Al-Quran yang banyak. Sebab puasa itu, sepertimana yang digambarkan tadi. Bukan tak makan tak minum, boleh menerima ilmu wahyu, mudah boleh terima ilmu, mudah faham. Itu untungnya disuruh puasa. Sebab jiwa yang bersih dari nafsu dan akal yang bersih dari nafsu sangat mudah rnemahami ilmu Al-Quran, itulah hikmahnya digandingkan Al-Quran dengan puasa.

Jadi kalau puasa ikut sistem yang sebenar, kemudian kita belajar Al-Quran, sembahyang sebulan Ramadhan ikut sistem yang sebenar, ertinya kita masuk belajar di universiti Tuhan yang ilmunya sangat banyak, itulah maksudnya.

Tapi pelik setiap kali Ramadhan datang kita tak dapat ilmu Al-Quran, setiap kali ramadhan datang, kita tak Japat ilmu wahyu. Inikan sudah melanggar sistem, sudah jauh dari apa yang dikehendaki oleh tuhan seolah-olahnya bila ramadhan fikir nak makan sedap, ini konsep ramadhan sudah beralih. Yang baik sikit nakkan fadhilat yang banyak. Itu baik sikit tapi itupun dah terseleweng.Padahal kedatangan ramadhan nak canai hati supaya datang ilmu Al-Quran, dikaji, di tadabbur, mudah difaham, mudah dihayati, mudah diamalkan.

Pernahkah tak, kita rasa bila ramadhan datang itu yang kita target dan jadi cita-cita kita. Tak pemah. Jangan-jangan baru hari ini kita dengar. Padahal ramadhan artinya masuk universiti Tuhan nak terima ilmu dari 30 juz Quran, 6666 ayat dan 114 surah.

Tuhan ada berkata, Maksudnya:

Ilmu Tuhan itu sebanyak yang ada dalam Al-Quran. Kalau ditulis dengan dakwat hingga kering dakwat seluruh dunia, datangkan dakwat sebanyak itu lagi, takkan habis ilmu Tuhan yang tersirat dalam Al-Quran.

Kalau itulah yang digambarkan oleh Tuhan,
tak terasa apa-apa ramadhan kita ?
Tak rasà nak berhadapan dengan sesuatu yang besar ?

Padahal Tuhan berkata, kalau kering dakwat di dunia ini kemudian di datangkan dakwat sebanyak itu juga pun tak habis ilmu Tuhan.

Kalau kita nak berhadapan dengan ramadhan kita berfikir begini jadilah. Sebab ilmu Tuhan itu hebat tak mungkin ditarget semua, kalau sedikit jadilah , masuk sedikit di atas banyak . Kalau sedikit dari seribu atau sejuta itukan banyak. Kalau sedikit dari satu itu memanglah sedikit, ini tidak yang kita maksud sedikit dari sejuta itu nisbah tapi itu banyak. Tapi pernahkah kita berfikir begitu.

Inilah generasi umat Islam. Bulan ilmu tak terasa nak berhadapan dengan ilmu, terasa nak berhadapan dengan lapar saja. Waktu lapar, makan banyak-banyak waktu maghrib, terus rehat-rehat sekejap baru sembahyang. Kan dah jauh dari konsep puasa sebenar. Siapa ajar ini semua? Ini yang kita hairan.

Bulan ramadhan bulan ilmu. Tapi 20 tahun berpuasa tak dapat ilmu. Baca juga Al-Quran, bertambahkah ilmu ? Padahal Al-Quran itu kalau kita ambil kulit pun jadilah itupun kalau nisbah benda. Kalau ilmunya ibarat barang berketul tak larat nak bawa.

Ilmu al Quran ini boleh dibahagikan berlapis-lapis secara tamsilan.

1. ILMU KULIT

Apa itu kulit ? 
Seperti nak dapat ilmu Al Quran bagaimana diturunkan ?  Malaikat bawa wahyu bagaimana bentuknya ?  Macamana ayat itu turun ?  Itu kulit.

Ada ayat Mekah,ada ayat Madinah. Apa maksud ayat Mekah, apa maksud ayat Madinah ? Itu pun kulit. Ada yang turun dalam perjalanan, ada ketika bermukim. Itu semua ilmu kulit. Tak tahu tak apa, takkan nak makan kulit? Ilmu kulit pun kalau kita dapat sudah berapa banyak. Ada waktu ayat turun waktu malam ada siang, ada musim sejuk ada musim panas. Itu semua tentang kulit Al-Quran. Kalau kita belajar kulit itu pun dah banyak. Ada kala diturunkan waktu di kenderaan , adakala di rumah isterinya. Itu semua ilmu kulit. Kalau kita nak belajar ilmu Al-Quran itu aduh,

kulit pun perlu juga, boleh dibakar. Setengah orang kutip kulit kayu dijual, ada faedah. Ada faedah mengaji tentang kulit Al-Quran pun hebat. Itu belum mengkaji yang dalam Al-Quran.


2. ILMU KULIT NIPIS


Ilmu yang dalam kulit sikit tapi belum dalam betul ialah misalnya dikatakan Al-Quran itu petunjuk bagi manusia, dalam Al-Quran ada bukti yang Al Quran itu petunjuk, ada hujah akal membuktikan kebenarannya. Itu kulit dalam, kulit nipis. Kalau ibarat ubi tadi kulit luar yang ini kulit dalam, sedap dimakan.  Tapi bukan itu yang dimaksudkan oleh Tuhan, lebih dari itu.

Al-Quran ada ilmu yang mempunyai kekuatan mental, perasaan, fizikal.
Lebih-lebih lagi kalau Tuhan anugerahkan kepada seseorang yang dia benar-benar mempunyai perasaan kekuatan fadhilat Al-Quran.

Jadi untuk menggambarkan walaupun kita tak dapat isinya. Cuma untuk membuktikan kalau isinya didapati, hebatnya. Seolah- olah nak dapat isi tadi tak munasabah kena mengaji dari ayat ke ayat, lafaz ke lafaz.

Saya cuma nak rasakan bersama supaya cara yang saya olah ini insya Allah terasa Al-Quran luar biasa, ilmu yang agung, siapa yang miliki ilmu Al-Quran ertinya boleh memiliki ilmu dunia akhirat. Memiliki ilmu tentang perkara yang ghaib dan yang lahir. Yang ghaib kalau Al-Quran tak cerita orang tak tahu tentang adanya Tuhan. adanya arasyh, kursi, sirotal mustakim.

Sirotal mustakim kalau perah otak pun takkan terbongkar keberadaan itu semua.

Begitu juga tahu ilmu lahir, ilmu kehidupan yang ada hubungan dengan manusia. AI- Quran memberitahu ilmu yang ada hubugan dengan manusia, kita.ambil yang besar. Kita nengaji Al-Quran sama ada di sekolah atau faham sedikit banyak bahasa Arab, waktu Ramadhan ambil peluang kaji-kaji, kita akan tahu ilmu manusia, bangsa-bangsa, watak manusia, saikologi, masyrakat,  politik, kepimpinan, kebudayaaan, pendidikan, sejarah dan ilmu yang besar-besar yang semua kita dengar ada dalam Al-Quran. Tentang ilmu perhubungan, padang pasir, sungai, perjuangan, tentang bagaimana nak buat kesatuan, bangunkan jemaah, semua ada dalam Al-Quran. Itu baru setakat kulit lapis kedua.


3. ILMU ISI


Ilmu lapis ketiga dah masuk isi bukan pati (santan) itu untuk manusia luarbiasa. Kalau dapat santan cukup dah boleh makan, dah sampai peringkat boleh diguna pembinaan badan, cukup untuk bangunkan mental, roh, perasaan kita.

Siapa dapat ilmu politik dan sebagainya dari Al-Quran itu sudah cukup orang kagum, orang hairan, orang tak jemu. Bila dengar ustad itu bersyarah orang nak lagi, kita lapis ketiga pun tak dapat walaupun masuk universiti.

Buktinya coba awak cerita mengenai masyarakat manusia dirujuk pada Al-Quran, tak boleh. coba awak cerita sejarah dalam Al-Quran dan hubung kaitkan dengan sejarah akan datang (hari ini), tak boleh. Dia akan cerita seketul- seketul. Cerita Nabi Isa, Nuh, itu anak tadika pun boleh. Kalau ditanya cuba cerita ilmu ekonomi dirujuk kepada Al-Quran dan Hadis. Cuba cerita ilmu perjuangan dirujuk kepada Al-Quran dan Hadis, watak-watak manusia hasil mempelajari Al-Quran dan Hadis.

Kalau setakat itu pun dah agak penting apa yang kita dapat selama ini ? Tak dapat apa-apa, ramadhan datang habis begitu saja, tak dapat apa-apa. Hanya dapat lapar dan haus saja.

Jadi kalau kita boleh dapat ilmu tahap tiga ini, sebab dia sudah ada hubungan dengan kehidupan manusia di sudut apa pun, sebab Al-Quran itu untuk manusia. Kalau ada ustad ada ilmu itu orang buru orang tak jemu dengar.

Tapi hari ini bila orang Islam nak tahu ilmu, buka kitab orang putih walhal semuanya ada dalam Al Quran. Kalaulah kita boleh dapat ilmu Al-Quran tahap 3 itu dah cukup hebat. Sebab ilmu itu untuk manusia, ada hubungan dengan manusia. Artinya Matlamat dah sampai, tapi ada yang lebih dari itu.

Selepas itu supaya terasa Al-Quran maha besarnya Tuhan. Oleh karena Tuhan Maha gung maka ilmuNya Maha Agung dan Maha Besar. Walaupun apa yang akan saya cakap ini tak mungkin kita dapat lagi. Hanya nak menyedarkan kita bahawa ada ilmu yang lebih dalam dari Al-Quran itu.

Ilmu Al Quran selain lapis 1, 2 dan 3 tadi, yang tiga itu karena dah susah dia bercampur ada yang tersurat ada yang tersirat. Yang tersurat mungkin boleh paham. Katalah kita baca satu ayat, yang tersurat ½ ayat, yang lain tersirat. Itu susah. Separuh tersurat separuh tersirat. Yang tersurat agak mudah, yang tersirat susah.

kalau tak boleh faham yang tersurat banyaklah tempang macam orang kaki sebelah. Nak jãlan betul kena pakai kaki kayu itu pun dah susah. yãng saya nak sebut lebih dari itu. Kebanyakannya tersirat. Kalau tak faham tersurat tak boleh keluarkan apa maksud atau kehendak Al-Quran dengan kata lain kehendak Tuhan. kalau ada ulama diberikan ilmu itu Masya Allah yang ketiga sudah luar biasa, itu pun dah tak ada.


4. ILMU PATI

Tapi lapis 4 lebih hebat, lebih dahsyat. Sebab semua yang tersirat nak disuratkan. Kan payah. Kalau Tuhan bagi ilmu itu pada seseorang bolehkah diremeh-remehkan orang itu ?
Tidak. Tuhan tak akan berikan Ilmu itu pada sebarang orang. Mesti orang 'pilihan.

Sekarang saya nak ceritakan perkara ini tapi itu pun belum mendalam sekadar isyarat-isyarat menunjukkan siapa dapat luar biasa. Siapa dapat bukan sebarang, sekadar itu.

Sakadar baru terbelalak terkejut. Ilmu Al-Quran yang tersirat ini, yang ilmu itu hanya ada ada orang yang boleh dibilangan jari saja itu pun di zaman lepas, sekarang tak ada.

3 kategori:

1. Ilmu mengenai hukum-hakam


berkait dengan perkara wajib, sunat, haram makhruh, istilahnya ilmu feqah. kalau orang itu belajar bahasa arab tinggi sekalipun, kalau Tuhan tak beri anugerah pada orang itu untuk faham macamana nak kaitkan ayat dengan ayat, hadits dengan ayat, ayat dengan hadits dia tak boleh keluarkan hukum lagi dia tak boleh nak putuskan haram hukumnya atau tak, dia tak jadi qat'i lagi. Yang ini wajib tak boleh lagi, ini makruh tak bolch lagi, ini haram tak boleh lagi, ini fardhu ain tak boleh lagi.

Nak campurkan ayat dengan ayat, nak kaitkan hadits dengan ayat, nak huraikan hadits merujuk dengan ayat nah itu baru boleh keluarkan hukum yang sebenar,

kalau tidak macam samar- samar. Kalau wajib jelas wajib, kalau makruh jelas makruh, kalau haram jelas haram, orang macam itu diberi gelaran mujtahid. Orang itu mengistimbat atau mengeluarkan hukum setelah di hubung-kaitkan satu ayat dengan satu ayat, ayat dengan hadits, hadits dengan ayat baru dapat ditetapkan hukumnya orang itu dikatakan mujtahid.

Dalam sepanjang zaman ada 11 orang saja termasuklah imam mazhab yang 4 , sebab yang 4 ini kitabnya masih ada yang lain kitabnya dah tak ada. 7 lagi mujtahid kita tak tahu mereka sebab kitab mereka dah tak ada dimusnahkan oleh tentera monggol semasa dia menyerang baghdad. Jadi kitab dah tak ada, kita tak tahu ajaran mujthahid-mujthahid yang 7 lagi itu. Kalau ada lagi kitab, kita akan berhadapan dengan ahli sunnah yang menganut 11 mazhab sekarang tinggal 4. Diantara namanya Auza'i dan lain-lain .  yang mampu jadi mujtahid setakat ini dalam dunia islam hanya ada 11 orang

kalau ada pun yang lain hanya setengah aspek seperti Imam Sayuti setengah aspek saja dia tidak ikut Imam Shafii setengah aspek yang lain. Macam Imam Nawawi walaupun dia ikut Imam Shafii setengah, setengahnya ada yang tak ikut, dia ijtihad sendiri. Tapi sedikit, kecil sangat. Seolah dia ikut semua. Imam Shafii dengan Imam Nawawi 700 tahun jaraknya. Di antaranya  Imam Shafli waktu puasa pakai wangi-wangian makruh, Imam Nawawi tidak, seolah-olah dia berkata Imam Shafii engkau banyak jasa pada aku yang lain aku ikut yang ini aku tak ikut. Guru atas angin, kata Imam Nawawi sunat orang puasa pakai minyak wangi Saya pakai atas dasar ilmu saya buat atas dasar ilmu yang lain semua ikut Imam Shafii. Nak dapat mujtahid susah. Saya yakin semuanya wali, kalau tak wali tak dapat ilmu itu. Nak hubung-hubungkan ayat, hingga jadi satu hukum bukan calang-calang orang.

Ilmu hikmah

Ilmu hikmah terbahagi dua. Ilmu hikmah ini sangat tersirat. Kalaulah seseorang itu bukan orang Tuhan  memang tak logik, sebab ilmu itu bukan menggunakan akal lagi, kalau tadi ada juga akal. Akal yang dikuatkan oleh ruh. Orang jadi mursyid akalnya dikuatkan oleh ruh sebab itu dia boleh berijtihad. Yang ini lebih dalam lagi tapi bukan satu kategori. Ilmu hikmah mungkin tak pernah kita dengar. Lebih-lebih lagi dipelajari. Kalau dengar pun bukan ilmu hikmah yang saya maksudkan ini.

Kalau kita belajar falsafah dikatakan ilmu hikmah, bukan itu yang saya maksudkan. Sebab itu tak ada hubungán dengan Al-Quran itupun terkeliru sebab dikatakan ilmu hikmah. Itu tak masuk Al-Quran, itu hanya akal, otak, itu failasuf punya. Kita sedang belajar nak mengetahui ilmu tahap 4. Ilmu hikmah dua.

2. Ilmu hikmah pertama


iaitu ilmu yang Tuhan beri pada seorang ulama yang kalau kita baca yang tersurat tak mungkin dapat. Ada rahsia-rahsia Al Quran yang Tuhan beritahu dia, ini dikatakan ilmu hikmah. Diantaranya ilmu murah repeki, ilmu perubatan, ilmu nak tolak sihir, nak tolak jin, jalan atas air, itu ilmu hikmah, tak salah kalau dia ambil berkat Al- Quran bahkan yang ajar ialah wali-wali. Oleh karena muridnya tak dapat atas faktor taqwq dibagi atas dasar berkat.

Adakalanya seorang Syeikh itu tahu bukan senang anak muridnya nak dapat maqam taqwa, maka Syeikh bagi ilmu itu pada muridnya melalui kaedah Ijazah amalan

ilmu hikmah satu ini. Bukan senang nak buat ini ambil satu ayat Al-Quran gabung dengan satu ayat Al-Quran keluarlah satu ilmu baru, bukan senang nak buat itu, orang kata ilmu khadam. Murid-murid nak juga tapi nak dapat taqwa tak larat lalu ambilah berkat guru, beramalah dengan amalan guru.

3. Ilmu hikmah kedua.

Ini diberi pada seorang syeikh atau guru untuk perjuangan dizamannya. Ini diberi pada ahli-ahli tareqat, wirid zikir yang diberikan kepada tuk guru untuk kekuatan di zamannya. Sesuai untuk keperluan dizamannya.

Inilah yang dimaksud ilmu hikmah dua yaitu satu pakej yang diberikan kepada seorang syeikh dizamannya yaitu ilmu wirid, ada kaedah berjuang, ada kaedah melahirkan jemaah termasuk ilmunya satu pakej termasuk wirid.

Itu lah hikmah diberi kepada seorang syeikh untuk dapat kekuatan perjuangan dizamannya. Tak akan gagal. Disini memberi paham kepada kita bahawa pejuang yang dimusnahkan musuh sebenarnya dia tak dapat ilmu hikmah dua ini.. Diilhamkan untuk syeikh tareqat untuk perjuangan di zamannya sesuai dengan saiz. Kemenangan juga pakej ikut saiz. Itulah ilmu hikmah kedua. Siapa berjuang tak dapat ilmu itu, tak ada pekej itu, itulah yang teruk. Berjuang itu bukan direka-reka, agak-agak. baca ayat, berjuang, ayat ada yang tersirat kalau tak dibantu Tuhan akan berhadapan dengan kegagalan dan kehinaaan. Ilmu itu bukan senang, itu orang luarbiasa. begitulah secara teorinya ilmu Al-Quran kalau kita faham tentang Al-Quran, setiap ramadhan kita buat kajian, kita akan dapati Al-Quran jadi luarbiasa kalau dapat kulit pun jadilah tapi kulit pun tak dapat.

Itulah intro ilmu Al-Quran yang nak dipelajari. Esok kita akan belajar ilmu Al-Quran. kalau dapat intro ini baru sedap sebab itu saya cerita dulu.

Sekian.


mind of Ashaari

TIDAK MESTI SEORANG PAKAR AL QURAN DAN AL HADIS BERSIKAP AL QURAN DAN AL HADIS




Orang yang menyandarkan dirinya kepada Al Quran dan Al Hadis boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian atau golongan.


1. PAKAR KEDUA-DUANYA


Orang yang benar-benar belajar tentang Al Quran dan Al Hadis serta pakar dengan kedua-duanya. Golongan ini yakin dengan Al Quran dan Al Hadis. Amalan, perbuatan, perjuangan dan akhlak mereka benar-benar mencerminkan Al Quran dan Al Hadis itu. Kalau diminta dalil-dalil atau nas-nasnya dari sumber keduanya, apa yang mereka lakukan dan laksanakan atau apa sahaja yang ditanyakan, nescaya mereka dapat mendatangkan dalil-dalilnya. Golongan ini sangat sedikit di akhir zaman ini.

Mencari mereka ibarat mencari gagak putih atau hendak mencari belerang merah. Golongan ini adalah manusia luar biasa. Golongan ini kalau ada orang yang suka, terlalu suka dan kasih tetapi ramai yang benci terhadap mereka. Yang benci terlalu benci pula.


2. PELAJARINYA TAPI LEMAH MUJAHADAH


Golongan ini benar-benar mempelajari Al Quran dan Al Hadis tetapi lemah bermujahadah. Mereka mempelajari Al Quran dan Al Hadis hingga mereka pakar di bidang ini. Apa yang mereka pelajari itu memang mereka yakini. Namun kerana lemah mujahadah melawan nafsu mereka, maka tindak-tanduk dan akhlak mereka tidak semua mencerminkan Al Quran dan Al Hadis. Mereka sedar akan hal ini. Mereka mengaku lemah dalam mengamalkannya.

Namun kalau ada orang yang bertanya mengenai sesuatu masalah, mereka tetap menjawab berdasarkan Al Quran dan Al Hadis. Kerana ilmu itu mereka miliki, mereka tetap bercakap benar sekalipun lemah melaksanakannya. Mereka tetap berasa sedih dengan kelemahan-kelemahan mereka. Mereka selalu bersedih dengan kelemahan-kelemahan mereka. Golongan ini terpulanglah kepada Allah.

Allah telah berfirman:Maksudnya:

“Allah mengampuni sesiapa yang Dia kehendaki dan mengazab sesiapa yang Dia kehendaki.”
(Al Baqarah: 284)


3. BELAJAR ATAS DASAR ILMU


Golongan ini golongan yang mempelajari Al Quran dan Al Hadis atas dasar ilmu. Mereka minat dengan ilmu ini atas dasar mental exercise. Apakah ia satu kebenaran atau tempat rujuk yang sebaik-baiknya, mereka tidak persoalkan. Yang penting pada mereka ialah ilmu daripada dua sumber itu. Mungkin juga mereka mempelajarinya kerana untuk mencari keuntungan dunia atau mencari populariti.

Dalam segi mengamalkan di dalam kehidupan seharian, mereka tidak pun mempersoal apakah selari atau tidak. Itu tidak penting bagi mereka. Itu bukan matlamat mereka. Pada mereka yang penting ilmunya itu. Mereka ini golongan yang diragui keislaman mereka.


4. BELAJAR, YAKIN TAPI TIDAK MINAT


Golongan ini mempelajari Al Quran dan Al Hadis seperti golongan yang ketiga. Sikap, amalan mereka juga sama. Cuma bezanya ia tetap yakin ilmu daripada kedua sumber ini adalah satu kebenaran dan tempat rujuk.

Namun untuk mengamalkannya, mereka tidak berminat. Mungkin mereka merasakan tidak menguntungkan, atau bimbang tidak mendapat kejayaan, merasa malu atau rendah diri untuk mengamalkan. Mereka itu adalah golongan yang fasik atau golongan yang menzalimi diri sendiri. Golongan ini agak ramai juga.


5. MENGAKU MENGAMALKANNYA


Golongan ini mengaku mengamalkan Al Quran dan Al Hadis tetapi mereka tidak mampu untuk terus merujuk kepada kedua- dua sumber itu kecuali sedikit kerana mereka tidak benar-benar mempelajari Al Quran dan Al Hadis dengan sempurna atau mendalam. Amal ibadah dan tindak-tanduk mereka lebih merujuk kepada pendapat ulama atau mazhab-mazhab di dalam Islam atau merujuk kepada kitab-kitab karangan para ulama.

Mereka yakin ulama atau mazhab yang menjadi ikutan dan tempat rujuknya itu tentulah merujuk kepada Al Quran dan Sunnah. Mereka kalau ditanya lebih boleh menjawab dengan memberikan pendapat-pendapat ulama atau mengeluarkan fatwa-fatwa mazhab daripada nas-nas atau dalil-dalil Al Quran dan Al Hadis.

Walaupun begitu, mereka bersungguh-sungguh dalam mengamalkannya. Mereka ini dianggap golongan muqallidin atau golongan orang yang bertaqlid.

Ulama berpendapat bahawa jika dari sudut ilmu fekah, seseorang itu dibolehkan bertaqlid kerana tidak semua umat Islam mampu untuk mendalami ilmu Al Quran dan Al Hadis hingga bertaraf pakar, hingga mampu berdiri sendiri tanpa bersandar dengan orang lain. Dengan kata-kata yang lain tidak mungkin semua umat Islam mampu menjadi mujtahid.


6. MENDENGAR DARI JAUH

Golongan ini golongan umat Islam yang hanya mendengar- dengar tentang Islam dari jauh, mendengar melalui ceramah umum atau mengikut orang ramai. Mereka ini brsandar kepada ulama pun tidak, jauh sekalilah terus kepada Al Quran dan Al Hadis. Namun mereka tetap mengaku, Islam yang diamalkan oleh mereka mengikut Al Quran dan Hadis kerana mereka tahu sumber ajaran Islam itu adalah dari Al Quran dan Hadis. Tentulah apa yang diamalkan oleh masyarakat bersumberkan Al Quran dan Al Hadis.

Golongan ini adalah bilangan yang majoriti atau bilangan yang teramai hari ini. Dengan kata-kata lain mereka mengamalkan Islam dengan secara tradisi tanpa mengetahui di mana sumber ambilannya. Mereka hanya mengikut apa yang mereka lihat. Kalau ada belajar pun sedikit sangat. Bahkan ada di antara mereka, fardhu ain pun belum selesai. Golongan ini benar-benar mengamalkan Islam secara jahil, secara melihat-lihat dan dengar-dengar semata-mata tanpa ada kitab tempat rujuk. Mereka ini adalah golongan fasik atau ‘asi secara tidak sedar.



7. MENGKAJI SEBAGAI ILMU SEMATA-MATA


Golongan ini suka mengkaji Al Quran dan Al Hadis atau As Sunnah sebagai ilmu, bukan mereka beriman kepadanya. Bahkan mereka pun tidak minat menganut Islam. Pada mereka, Islam yang bersumberkan Al Quran dan Al Hadis itu hanya sebagai bahan kajian. Setakat mengetahui ilmu untuk dibandingkan atau dijadikan perbandingan dengan agama atau ajaran-ajaran ideologi yang lain.

Mereka ini ada yang belajar dengan tujuan untuk merosakkan ajaran Islam itu dengan cara mengubah atau menambah, membuang dan menokok serta menyelewengkan fakta-fakta serta huraian untuk mengelirukan umat Islam yang jahil.

Mereka juga bertujuan untuk menakut-nakutkan orang di luar Islam agar mereka jangan menganut agama Islam. Mereka itu terdiri daripada sebahagian orang Kristian dan sebahagian orang Yahudi, juga golongan free thinker.

Puak ini dipanggil golongan orientalis.

Mereka belajar dengan tujuan hendak merosakkan ajaran Islam. Yang mereka harapkan sangat adalah agar umat Islam dapat pendidikan Barat tetapi jahil dengan ajaran Islam. Dengan usaha mereka itu telah ramai cerdik pandai di kalangan umat Islam yang berpendidikan Barat, dapat dipengaruhi oleh mereka. Mereka itu sebahagian besarnya berkuasa dan mempunyai kedudukan yang tinggi di negara mereka. Sama ada di bidang politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

Berdasarkan huraian ini,
nyatalah bahawa tidak semestinya seseorang yang mahir serta pakar Al Quran dan Al Hadis menggambarkan peribadi Al Quran dan Al Hadis.

Begitu juga ada orang yang boleh berhujah dengan Al Quran dan Hadis, mampu menulis hebat kertas kerjanya, pandai bercakap, hujah-hujahnya cukup kuat kerana berlandaskan Al Quran, Al Hadis dan AsSunnah.

Walaupun demikian, tidak semestinya kehidupannya, rumah tangganya, sikap dan akhlaknya, pergaulannya, perjuangannya dan cita-citanya mencerminkan Al Quran dan AsSunnah.

Ummuhatul Mukminin pernah di Tanya tentang bagaimanakah gambaran akhlak Rasulullah
Dijawabnya Akhlak Rasulullah adalah Al Quran

Seolah-olah sekiranya ada manusia yang ingin melihat tafsiran Al Quran yg hidup dan berjalan di mukabumi ini lihatlah Rasulullah kerana Rasulullah lah manusia yg pertama dan utama mengamalkan isi wahyu yang diturunkan padanya sebelum disampaikan kepada umatnya

Mereka yang pakar Al Quran dan As Sunnah lebih bermotifkan mental exercise dan glamour daripada mengamalkan dan memperjuangkannya. Orang ramai sekadar rasa kagum dengan ilmu mereka kerana pandai dan mahirnya mereka membawa nas-nas Al Quran dan mendatangkan Hadis dengan sanad-sanad serta perawi-perawinya sekali. Tapi orang ramai tidak pula ingin hendak menjadikan mereka itu ikutan.

mind of Ashaari

Cabaran Fahaman Orientalis


Mr Hempher @ Syeikh Muhammad Majmui dihantar oleh British ke Mesir, Turki dan Hijaz


Musuh Islam memang banyak. Yang paling menonjol ialah kaum Yahudi dan Nasoro (Nasrani) sebagaimana firman Allah SWT: Maksudnya:

 “Dan tidak sekali-kali akan redha kepada kamu (Muhammad) orang Yahudi dan Nasoro sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka.”

(Surah Al-Baqarah: 120)

Satu golongan lagi yang memusuhi umat Islam ialah golongan yang dinamakan orientalis iaitu golongan yang ditakrifkan sebagai ‘pakar’ dalam hal bangsa-bangsa timur. Mereka ini terdiri daripada sebahagian orang Nasoro atau Kristian, sebahagian orang Yahudi dan termasuk juga golongan ‘Free Thinker’ atau orang-orang yang tidak mengakui akan peraturan agama.

Para orientalis ini suka mengkaji Al Quran dan Hadis, bukan kerana mereka mahu beriman dengannya bahkan mereka tidak pun berminat untuk menganut Islam, tetapi setakat mahu mengetahui ilmu Islam untuk diperbandingkan dengan agama lain atau dengan ajaran-ajaran ideologi yang lain.

Mereka belajar dengan tujuan untuk merosakkan ajaran Islam itu sendiri.
Mereka mengubah atau menambah, membuang dan menokok serta menyelewengkan fakta-fakta serta huraian- huraian untuk mengelirukan umat Islam yang jahil dan untuk menakut-nakutkan orang di luar Islam agar mereka jangan menganut agama Islam.

Golongan yang utama yang hendak mereka kelirukan ialah umat Islam yang mendapat pendidikan Barat tetapi jahil dengan ajaran Islam. Dengan usaha mereka ini, telah ramai cerdik pandai di kalangan umat Islam yang berpendidikan Barat yang dapat mereka pengaruhi. Mereka ini sebahagian besarnya berkuasa dan mempunyai kedudukan yang tinggi di negara mereka sama ada di bidang politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

Di antara fahaman-fahaman orientalis yang sampai kepada kita melalui lidah orang-orang Islam seperti ini di dalam ceramah-ceramah dan penerangan-penerangan mereka ialah tentang peribadi Rasulullah SAW itu sendiri.

Mereka berkata bahawa Rasulullah SAW bertindak atas dua asas iaitu pertama; sebagai seorang Rasul dan kedua; sebagai seorang manusia biasa. Mereka juga berkata di waktu mana Rasulullah bertindak sebagai seorang Rasul maka ketika itu segala tindakannya adalah Sunnahnya dan kita patut ikut dan contohi. Tetapi di kala mana Rasulullah bertindak sebagai seorang manusia biasa maka segala tindakannya itu tidak perlu diikuti atau dicontohi ataupun dijadikan hukum.

Maka mereka pun menyenaraikanlah amalan-amalan Rasulullah SAW sebagai seorang manusia biasa yang mereka kata tidak sepatutnya diikuti atau dicontohi oleh umat Islam.

Inilah cara halus yang mereka gunakan untuk memisahkan umat Islam yang jahil dan lemah dengan Sunnah-sunnah Rasul.

Walhal Allah Taala ada berfirman:
Maksudnya: “Dan tidaklah Muhammad itu bercakap daripada hawa nafsunya sendiri melainkan dari wahyu yang diwahyukan.”

(Surah An-Najm: 3-4)

Di samping itu akhlak dan peribadi Rasulullah SAW ialah Al Quran dan dialah sebaik-baik contoh bagi seluruh umat Islam.

Kemudian ada pula kita dengar di dalam ucapan pemimpin pemimpin politik bahkan juga dibaca di dalam khutbah khutbah solat Jumaat tentang Hadis yang berbunyi seperti berikut:

Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan (nasib) sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka.”

Jelas dalam ayat ini disebut “apa yang ada dalam diri mereka”.  Tetapi ayat ini diselewengkan maksudnya oleh para orientalis hingga berbunyi “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan (nasib) sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri.”

Ayat “apa yang ada dalam diri mereka” itu telah ditukar kepada “nasib mereka sendiri”.

Inilah kerja para orientalis yang lidah mereka dipanjangkan dan disambung oleh orang-orang Islam yang jahil dan berkepentingan. Implikasi penyelewengan ini sangat besar.

Pertama; ia mengatakan bahawa Allah tidak ada peranan di dalam mengubah nasib sesuatu kaum. Ia juga mengatakan bahawa kaum itulah yang berkuasa dan berupaya untuk mengubah nasibnya sendiri. Ini sudah membawa kepada iktiqad Qadariah yang beranggapan bahawa kuasa itu ada di tangan manusia dan bukan lagi di pihak Allah.

Walhal Ahlul Sunnah wal Jamaah berpegang kepada iktiqad bahawa walaupun usaha ikhtiar itu di tangan manusia tetapi Allahlah yang menentukan segala- galanya.

Kedua; manusia bertungkus-lumuslah berusaha memperbaiki nasib kaum mereka sendiri dengan menggunakan akal mereka semata-mata tanpa bergantung, tanpa bersandar dan tanpa merujuk kepada Allah dan ajaran agama. Maka semakin banyak mereka berusaha, keadaan dan nasib kaum mereka semakin bertambah buruk dan bertambah rosak kerana mereka telah lari dan tersimpang dari kehendak dan tuntutan ayat itu yang sebenar.

Di dalam hendak mengubah nasib kaum kita, ayat tersebut sebenarnya mahukan kita mengubah apa yang ada dalam diri kita. Iaitu kalau kita tidak beriman, ubah supaya kita jadi beriman. Kalau kita tidak taat kepada agama, ubah supaya kita jadi taat dengan ajaran dan hukum-hakam agama. Kalau kita tidak takutkan Allah, ubah supaya kita jadi bertaqwa.

Kalau kita banyak sifat-sifat keji dan mazmumah dalam hati, maka kenalah kita bermujahadah dan memperbaiki diri dan memenuhkan hati kita dengan segala sifat-sifat mahmudah dan terpuji. Kalau fitrah kita kotor dan tercemar hendaklah kita bersihkannya supaya ia kembali kepada keadaan asal semula jadinya yang bersih dan suci murni.

Pokoknya kita kena bina insan kita. Kita kena bina akal, hati dan nafsu kita seperti mana yang diajarkan oleh agama. Selepas segala itu kita lakukan maka Allah akan tunjukkan jalan dan akan datangkan bantuan dan akan memperbaiki nasib kita. Apa sahaja yang kita buat selepas itu semuanya akan tepat, berkesan dan dibantu Allah.

Allah ada berjanji: Maksudnya:
 “Dan Allah itu pembela bagi orang-orang yang bertaqwa.”
 (Surah Al-Jatsiah: 19)

Selagi kita tidak mengubah apa yang ada dalam diri kita, selagi kita abaikan agama, selagi kita abaikan proses membaiki diri, kita abaikan Tuhan dan kita tidak mahu kembali dan merujuk kepada Tuhan, selagi itulah kita akan tersasar. Kita akan bertambah rosak dan bertambah rosak hingga kaum dan bangsa kita akan hancur-lebur dengan sendirinya tanpa perlu diganggu-gugat oleh musuh seperti mana yang kita lihat sedang berlaku sekarang ini. Ukhwah hilang. Kasih saying rosak. Perpaduan runtuh. Sudah tidak amanah. Tidak boleh dipercayai. Rasuah, berkepentingan diri, nepotisme, runtuh moral, runtuh akhlak dan berbagai-bagai lagi.

Di samping itu terdengar juga Hadis seperti di bawah disebut dan diperkatakan:

Maksudnya:
 “Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berkerjalah untuk Akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok.”

Maka sibuklah pemimpin-pemimpin politik dan khatib khatib di mimbar masjid mengupas dan menghuraikannya mengikut cara orientalis hingga umat Islam jadi keliru dibuatnya.

Mereka kata bekerja dan berusahalah untuk dunia bersungguh- sungguh dan beribadat jugalah untuk Akhirat bersungguh- sungguh.

Soalnya, kalau bertembung antara kerja dunia dengan kerja Akhirat, mana satu yang hendak didahulukan? Mana yang hendak diutamakan?

Mengikut kupasan mereka, yang dunia utama, yang Akhirat pun utama. Mana boleh ada dua perkara yang berlainan yang sama-sama utama. Mesti ada satu yang lebih utama dari yang satu lagi. Kalau tidak, mana dapat kita buat pilihan. Kalau patut ke kiri, ke kirilah. Kalau patut ke kanan, ke kananlah. Mana boleh ke kiri pun hendak pergi dan pada waktu yang sama ke kanan pun kita hendak pergi.

Inilah huraian yang pelik dan tidak masuk akal. Ramai umat Islam yang keliru. Hairan kenapa ada juga orang Islam yang membuat huraian macam ini.

Kalau kita sedang bermesyuarat membincangkan hal kerja jabatan contohnya dan kemudian terdengar azan solat Jumaat, maka apa perlu kita buat ? Teruskan mesyuarat ke atau berhenti dan pergi ke masjid? 

Pasti kupasan dan huraian mereka ini tidak akan dapat menjawab.

Yang sebenarnya, Hadis ini bermaksud bahawa kerja dunia ini mesti dibuat bersungguh-sungguh kerana hasilnya kita perlu pakai lama dan ia juga ialah ibadah. Namun, kalau bertembung dengan kerja Akhirat, maka dahulukan yang Akhirat kerana kerja dunia boleh ditangguh ke petang ke, esok ke, lusa ke, minggu depan ke dan seterusnya kerana kita akan hidup untuk selama-lamanya. Kita ada banyak masa untuk membuat kerja-kerja dunia. Kerja Akhirat pula tidak boleh ditangguhkan kerana kita akan mati esok. Kalau ditangguhkan maka tidak akan ada peluang lagi untuk kita melaksanakannya.

Begitulah beberapa contoh penyelewengan golongan orientalis yang telah mempengaruhi sebahagian dari umat Islam. Namun kalau majoriti umat Islam faham akan maksud ayatayat Al Quran dan Hadis yang sebenarnya, maka penyelewengan ini lama-kelamaan akan dapat dibendung dan dihapuskan.

Penyelewengan golongan orientalis ini biasanya berbunyi sumbang, menghala ke dunia, bersalahan atau ‘contradictory’, tidak masuk akal dan tidak boleh diterima oleh hati.

Mana akan sama firman Allah Taala dan sabda Rasul berbanding pendapat para orientalis yang jiwa mereka sudah mati dan hati mereka dihinggapi berbagai jenis penyakit rohani yang kronik.



nota
Ilmu Islam yang bersih daripada fahaman orientalis perlu segera disebarkan kepada masyarakat agar mereka dapat kembali ke jalan yang sebenar.

mind of Ashaari






Sabtu, 7 Julai 2012

Kita perlukan sumber rujukan yang tepat agar tidak terus-terusan tertipu


KADANG-KADANG suatu taman atau kebun, yang ada pokok-pokok dan sebagainya, daripada jauh nampak indah..Tapi cuba .kita pergi dekat. Kerengga ada, semut ada, penyengat ada, sampah, tahi pun ada dan sebagainya. Itu menunjukkan mata selalu membohongi kita. Sebab itu, kalau kita menilai sesuatu hanya dengan pandangan mata, kita tidak akan mendapat nilaian yang tepat.

Sebenarnya, yang banyak membohongi kita ialah mata. Jadi setiap hari yang kita lalui sepanjang hidup, matalah yang membohongi kita. Sebab itu kalau kita nak nilai kebenaran hanya dengan mata, kita takkan boleh mendapat jawapan yang tepat.

CARA AKAL MENIPU
Akal pun begitu juga. Berapa banyak pandangan akal yang salah. Buktinya, waktu kita berumur 5 tahun, pada waktu itu, kita berfikir logik, munasabah dan sesuai kita bermain longkang, main masak-masak, main itulah yang menyeronokkan dan sesuai dengan kita pada ketika itu. Bila emak ayah marah dan memberi teguran, kita terasa kebebasan tersekat.

Kemudian bila meningkat umur 10 tahun, kita sudah terasa main pasir itu tidak indah dan seronok lagi. Kita lebih terasa seronok pula nak main guli dan main gasing. Apabila mak ayah panggil kita pulang, kita balik juga, tapi dengan merungut dan dengan hati yang mendongkol. Sebab kalau tak balik, takut kena marah atau kena pukul.

Tapi kadang-kadang mak ayah marah, kita tak peduli. Sebab lebih terasa nikmatnya main gasing. Tak pergi sekolah pun tak apa.

Bila umur meningkat 15 tahun, terasa main guli dan main gasing sudah tak munasabah dan tak sesuai lagi. Kita tengok dan baca komik pula. Akal terasa ini yang baik. Kadang- kadang sampai ralit membaca hingga lupa pula nak baca buku sekolah. Kita utamakan komik dan cerita kartun dari buku-buku pelajaran.

Inilah sebahagian daripada pembohongan akal dan mata di dalam kehidupan kita. Cuma akal tidak cepat membohongi kita berbanding dengan mata.

Selagi manusia berpegang dengan ideologi dan isme, selagi itulah manusia tidak akan hidup dalam keadaan aman, damai dan harmoni. Kerana itu semua adalah ciptaan akal yang lemah dan telah banyak serta sentiasa membohongi manusia.

SUMBER RUJUKAN YANG HAQ
Oleh itu kita mesti mencari sesuatu sumber yang dapat menilai secara tepat. Dan yang dapat menilai secara benar dan tepat hanyalah ALLAH, Tuhan yang mencipta langit dan bumi.

Sebab itu, kalau tidak rujuk kepada pencipta langit dan bumi yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, di dunia lagi kehidupan manusia tidak akan selamat. Apatah lagi di Akhirat.

Oleh itu sumber yang haq (dari ALLAH), yang tepat dan tidak dapat disangkal lagi yang perlu menjadi rujukan seluruh manusia ialah wahyu yang diturunkan kepada RasulNya. Hanya wahyu saja yang betul dan tepat.

Firman ALLAH:

"Yang haq itu datangnya dari ALLAH dan janganlah kamu mengingkarinya".
 (Ali Imran: 60)

Kalau yang haq itu ditolak oleh manusia, di dunia lagi mereka akan nahas. Kehidupan manusia tidak akan tenteram akan bergaduh, berkrisis, tipu-menipu, jatuh-menjatuhkan, bunuh-membunuh, kacau-bilau dan seribu macam lagi huru-hara akan timbul.

Kalau terjadinya huru-hara, krisis, kerosakan dan sebagainya di muka bumi ini, bukannya ALLAH yang mendapat kesusa- han, kita sebagai manusia yang mendapat kesusahan.

Jadi untuk menolak kebenaran akal yang saiah, akal juga boleh menolaknya. Tidak perlu wahyu menolaknya.

Cukup sekadar akal yang tajam untuk menolak 'kebenaran' akal yang salah. Sebab itu Islam mempunyai tafsiran tersendiri terhadap ilmu.


 
HAKIKAT ILMU
 
Di dalam ajaran Islam, ilmu itu ialah mengetahui sesuatu perkara itu secara tepat. Katau seseorang itu mengetahui sesuatu benda itu tidak tepat, walaupun sudah jadi keyakinan, itu bukan ilmu. Umpamanya seseorang itu yakin bas itu adalah kereta. Entah macamana gurunya salah ajar. Tapi dia dah yakin. Bermati-matian dia pertahankan bahawa bas itu adalah kereta. Walaupun hakikatnya tidak, tapi sudah jadi keyakinan dia bahawa bas itu adalah kereta.

Walaupun dia yakin, tapi sebab dia mengetahui sesuatu benda itu tidak tepat, maka itu bukan ilmu namanya. Dikatakan ilmu itu bila kita mengetahui sesuatu perkara secara tepat.

Kalau begitu, berapa. ramai orang yang mempelajari ilmu yang sebenarnya bukan ilmu. Berapa banyak profesor yang bukan profesor. Itulah hakikatnya, sebab teori profesor pun banyak yang salah. Di antaranya Darwin. Dia mengeluarkan satu teori ilmu bahawa manusia ini asalnya daripada beruk.

Itu bukan ilmu, tetapi berapa ramai orang mengatakan itu ilmu dan membuat tesis menyambung kata-kata atau teori dia. Dan mereka pun mengesahkan, memang kita asal daripada beruk. Padahal ini kenyataan yang saiah. Ini menunjukkan akal dan mata Darwin telah membohongi dan memberi satu ilmu yang tidak benar.

ILMU YANG TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN

Jadi kebanyakan yang dikatakan ilmu oleh manusia di dunia hari ini bukan ilmu yang sebenarnya. Sebab itu banyak teori ilmu yang gagal bila dilaksanakan.

Sebab itu ramai pakar-pakar ekonomi, pensyarah-pensyarah ekonomi yang ada MA, Ph.D hingga ada yang bergelar .professor yang cukup bijak mengeluarkan teori di forum-forum, seminar-seminar tetapi tidak dapat mempraktikkan teorinya. Mengapa mereka tidak berniaga ?

Mengapa mereka tidak yakin dengan teorinya itu ?
Kalau yakin tentulah mereka jadi orang yang paling kaya di Malaysia. Merekalah orang yang pertama mengamalkan dan berjaya dengan teorinya. Tapi ini tidak berlaku.

Sebaliknya ianya berlaku kepada orang-orang yang tidak disangka. Ada ahli perniagaan yang tidak belajar tinggi tapi boleh kaya-raya. Contohnya Boon Siew; hendak tandatangan pun tak pandal tapi dia kaya. Usahanya berjaya walaupun tanpa teori ekonomi.
Jadi berapa banyak orang anggap ilmu pada perkara yang bukan ilmu. Hakikat ilmu itu, mengetahui sesuatu perkara secara tepat. Walaupun kenderaan ini merupakan bas, tapi kalau kita tidak dapat mengetahui secara tepat, kita akan terkeliru. Betulkah ini kereta ? Betulkah ini gajah ?

Bermati-matian orang kata ini gajah, walaupun hakikatnya bas.
Walaupun dia sudah yakin begitu, tapi tetap itu bukan ilmu.

Ini membuktikan lagi bahawa pandangan akal dan mata selafu menipu kehidupan kita.

Oleh itu kita perlukan satu sumber rujukan yang tepat, laitu Al Quran yang datang dari ALLAH SWT disampaikan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya. Dari sinilah lahirnya pandangan yang tepat dan dapat memimpin kehidupan manusia agar berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Sp


mind of Ashaari

Penyelewengan Ilmu


Agama Islam sangat menggalakkan umatnya mencari ilmu. Bahkan bukan sahaja setakat mencari ilmu tetapi juga mengkaji, mencungkil dan mengembangkan ilmu.

Dalam Islam, mencari ilmu itu dibebaskan. Carilah ilmu apapun dan setakat manapun asalkan tidak terkeluar dari syariat. Buatlah kajian, buatlah analisis dan kembangkanlah ilmu.

Dapatkanlah ilmu dari manapun hatta dari negeri Cina sekalipun dan sesuaikan dengan syariat. Itu sebab orang-orang di awal Islam dahulu banyak mengkaji ilmu dari tamadun Yunani, Rom dan Parsi. Mereka sesuaikan ilmu tersebut dengan syariat dan dimaju dan dikembangkan pula dari satu tahap ke satu tahap sehingga negara Islam menjadi pusat ilmu bagi seluruh dunia di waktu itu.

Ilmu tidak dihadkan atau disukat. Sesiapa sahaja boleh belajar ilmu setakat mana yang dia mahu dan setakat mana yang dia mampu dalam bidang apa yang dia suka. Seseorang itu pula tidak dihadkan ilmunya pada sesuatu bidang yang tertentu. Sebab itu para ulamak di zaman dahulu di samping dia alim dalam bidang agama, dia juga alim dalam bidang perubatan, pertanian, penternakan, astronomi, falsafah, matematik dan sebagainya.

Ilmu ketika itu dipelajari sebagai alat untuk berbakti kepada Tuhan dan untuk berbakti kepada sesama manusia.

Ilmu tidak terputus atau bercerai dari tamadun dan kehidupan.

Sekarang ini ilmu itu disukat-sukat. Ilmu itu diadakan had dan sukatannya. Dipecahkan pula ke dalam berbagai-bagai aliran. Ada aliran sains dan ada aliran sastera. Dari aliran ini dijuruskan pula ke dalam berbagai jurusan. Ilmu dalam satu jurusan tidak boleh dicampuradukkan dengan ilmu dari jurusan lain.

Sekarang ini ilmu diajar hanya melalui satu kaedah sahaja iaitu secara ilmiah yang hanya menggunakan akal. Sumber ilmu pula adalah dari kuliah-kuliah, buku-buku, teks ilmiah dan seumpamanya. Paling tinggi, diadakan latihan praktikal untuk memahirkan pengamalan ilmu itu.

Namun, ilmu tidak diperolehi melalui mata yang melihat, melalui telinga yang mendengar atau melalui hati yang merasa.

Justeru itu, ilmu yang diajar di zaman ini terpisah dari hidup, terpisah dari masyarakat, terpisah dari kemanusiaan, terpisah dari akhlak dan tatasusila dan terpisah dari konsep ibadah. Ilmu dianggap sebagai satu entiti yang berasingan seolah-olah ia tidak berkait dengan kehidupan.

Ilmu disanjung, dikagumi, dipuja dan diletakkan di suatu tahap yang terlalu tinggi hingga mengatasi perkara-perkara lain.

Akhirnya orang memuja ilmu. Ini satu manifestasi atau cabang dari pemujaan akal.Manusia berebut-rebut menjadi tokoh akal, menjadi ahli filasuf, menjadi ahli falsafah dan menjadi ahli teori. Orang berebut-rebut menjadi ashabul Aqli atau ahli akal.

Orang tidak mahu jadi ashabul Qulub atau ahli hati. Orang belajar di menara gading. Tempat yang khusus. Tidak didedahkan kepada bandar. Tidak didedahkan kepada kampung. Tidak didedahkan kepada hutan. Para pelajar tidak tahu apa yang berlaku di bandar, di kampung dan di hutan. Mereka tidak tahu apa rasa hidup di bandar, di kampung dan di hutan. Mereka tidak tahu apa masalah hidup di bandar, di kampung dan di hutan.

Tiba-tiba bila keluar dari menara gading, mereka hendak selesaikan masalah bandar, masalah kampung dan masalah hutan. Mereka membawa satu idealisma yang berbentuk teori dan falsafah. Mereka keluar dari menara gading dengan semangat yang meluap dan berkobar-kobar ingin mengubah nasib manusia, suasana dan keadaan. Apabila berhadapan dengan realiti dan masalah praktikal, mereka beku dan kaku untuk bertindak. Ilmu yang ada pada mereka tidak dapat diapply dalam kehidupan yang sebenar. Ilmu mereka tidak relevan dan tidak memadai.

Lama-lama, mereka hilang semangat dan terus jadi jumud macam orang lain juga. Mereka diberi ilmu melalui akal tapi tidak disiapkan jiwa dan perasaan mereka untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah sebenar dalam masyarakat yang jauh lebih rumit dan mencabar dari apa yang telah didedahkan kepada mereka. Nyata bahawa realiti dan masalah kehidupan yang sebenar adalah lebih kompleks.

Manusia ada tiga kekuatan iaitu kekuatan akal, kekuatan perasaan dan kekuatan jiwa. Ketiga-tiga kekuatan ini perlu dibina. Barulah seseorang individu itu akan seimbang personality make-up atau struktur peribadinya.

Kalau akal sahaja yang dibina seperti yang berlaku dalam sistem pelajaran sekarang ini dan perasaan serta jiwa tidak dibina bersama, maka akan lahirlah manusia yang pincang dan tidak sempurna batinnya. Mereka tidak tahu merasa dan menilai kehendak, keperluan dan perasaan orang lain dan tidak kukuh dan tidak kental hati dan jiwanya untuk terus berjuang dan menghadapi segala masalah, cabaran dan tekanan. Akhirnya, apa sahaja yang dibuat menemui jalan buntu dan mereka kecundang di tengah jalan.

Ilmu taqwa tidak didahulukan. Malahan dalam banyak keadaan, langsung tidak diajar atau disentuh. Para pelajar tidak kenal Tuhan. Jauh sekali cinta dan takut dengan Tuhan. Hati mereka kosong dari keimanan dan rasa bertuhan. Oleh itu apa sahaja yang mereka belajar, maka itulah yang mengisi hati dan jiwa mereka yang kosong itu. Tidak hairanlah para pelajar, walaupun mengaku diri Islam tetapi berpegang kepada fahaman fahaman yang datang dari luar Islam seperti nasionalis, sosialis, kapitalis, liberalis, demokrasi dan ada juga yang berfahaman komunis. Tidak kurang juga yang menjadi atheis dan agnostik.

Umumnya para pelajar bergantung seratus peratus pada akal. Akal sahajalah sumber kekuatan mereka. Hati dan perasaan mereka tidak berperanan. Bergantung harap, meminta pertolongan dan menagih bantuan Tuhan dalam menyelesaikan masalah hidup tidak ada dalam kamus hidup mereka.

Kadang-kadang apa yang dipentingkan sangat bukanlah ilmu tetapi sijil atau ijazah. Belajar untuk lulus periksa supaya dapat sijil atau ijazah. Sebelum periksa, belajar, hafal dan ingat semua. Selepas periksa, lupa segala-galanya. Balik macam asal. Ini kerana niat belajar bukan untuk memperjuangkan sesuatu atau sebagai satu ibadah. Ia adalah untuk tujuan komersil supaya bila dapat sijil atau ijazah, senang dapat kerja atau jawatan.Yang penting ialah dapat sijil dan ijazah, bukan ilmu. Kalau boleh dapat ijazah tanpa belajar, atau kalau ijazah boleh dibeli, itu lagi baik.

Pencarian ilmu pula kita lihat sangat pelik. Makin tinggi belajar, makin disempitkan ilmunya. Kalau semasa belajar untuk mendapat ijazah pertama, banyak juga ilmu yang perlu dipelajari. Bila ambil masters, disempitkan pada satu bidang sahaja. Bila ambil PhD, disempitkan lagi. Jadi, makin banyak belajar, makin sempit ilmunya. Para ilmuan itu, makin banyak dia belajar, makin kecil ruang lingkup ilmunya. Makin kuranglah skop kemahiran
yang dapat disumbangkan kepada masyarakat.

Maka lahirlah pakar dalam berbagai bidang tapi tidak dapat berbuat apa-apa dalam bidangnya itu. Lahirlah pakar ekonomi tetapi tidak pandai berekonomi. Lahir pakar pertanian tapi tidak pandai bertani. Lahir pakar perikanan tetapi tidak pandai menangkap atau menternak ikan. Lahirlah orang yang pandai berteori tetapi tidak mampu melaksanakan teorinya.

Orang lain pula yang tidak pakar yang boleh berbuat. Kadang kala terlalu hebat sangat kepakarannya hingga dia tidak tahu dan tidak mahu terlibat dalam ilmu lain yang bukan bidang dia. Pakar batu-batan contohnya, bila ditanya tentang kayu-kayan, dia kata, maaf, saya tak tahu. Itu bukan bidang saya Pakar logam, bila ditanya tentang ikan, dia kata itu bukan bidang dia. Dia tidak tahu. Jadi, apabila jadi pakar, lebih banyak perkara yang dia tidak tahu daripada yang dia tahu.

Kalaulah pakar-pakar seperti ini dihantar ke sebuah pulau yang penduduknya sangat mundur, tidak ada apa satu yang boleh dibuatnya untuk membantu mereka. Lebih baik hantar orang yang tidak pakar tapi tahu sedikit sebanyak tentang berbagai perkara. Tahu tentang menangkap ikan, tentang proses memproses dan mengawet ikan, tentang bertukang membuat rumah atau membuat perahu, tentang cara hidup yang sihat, tentang kebersihan, tentang menghindar diri dari penyakit, tentang menggali telaga dan mendapatkan sumber air, tentang membuat tandas dan sebagainya. Orang yang tidak pakar ini akan lebih membawa manfaat.

Makin banyak ilmu, makin tidak mampu berdikari. Makin banyak ilmu, makin perlu bergantung dengan orang lain, dengan syarikat orang atau dengan kerajaan. Pelajar-pelajar yang keluar dari menara gading, kalau tidak diberi kerja, tidak tahu macam mana hendak bekerja. Mereka akan menganggur. Orang yang tidak belajar di universiti pun pandai kerja dan pandai cari jalan kehidupan, tetapi lepasan universiti boleh menganggur. Ilmu yang diajar membuatkan pelajar di menara gading berjiwa hamba, berjiwa subsidi, suka bergantung dengan orang. Tidak bebas dan tidak merdeka. Tidak tahu mencari jalan dan berusaha sendiri. Ini kerana walaupun mereka banyak ilmu tapi ilmu mereka itu ilmu hafalan yang semata-mata akedemik yang jumud dan beku. Jiwa mereka pula mati, tidak hidup, tidak berkemahuan dan takut pada cabaran.

Ilmu yang diajar adalah ilmu tulen. Ilmu yang semata-mata ilmu, yang tidak dikaitkan dengan soal-soal lain seperti soal masyarakat, soal sosial, soal akhlak, soal perhubungan dan lainl ain. Oleh itu, ilmu-ilmu tersebut jadi tidak relevan. Orang belajar hanya untuk belajar, untuk dapat sijil dan ijazah tetapi tidak faham bagaimana ilmu itu boleh dikaitkan dengan masyarakat atau dengan kehidupan dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan.


Jelas, bahawa sistem ilmu yang wujud di waktu ini tersimpang dari konsep ilmu dalam Islam. Dalam Islam, ilmu itu adalah alat, bukannya matlamat. Tetapi ilmu di zaman ini telah dijadikan matlamat. Orang memperhambakan diri kepada ilmu. Ilmu disanjung dan dipuja. Ilmu adalah segala-galanya. Bagaimanalah boleh kita mengangkat ilmu yang pada hakikatnya hanyalah alat kepada tahap yang sebegitu tinggi sehingga ia menjadi satu kuasa yang telah membelenggu kita. Ilmu sudah menjadi tuan dan kita sudah menjadi hambanya. Kita pula terpaksa akur dengan kehendak ilmu, bukan ilmu yang patut akur dengan kehendak kita.

Inilah angkara Yahudi. Diolahnya kaedah mencari ilmu hingga ilmu itu jadi tidak berguna kepada kita. Tidak bermanfaat dan tidak boleh membantu kita untuk berdikari.

Lagi banyak ilmu, lagi kita terbelenggu dan terjajah. Kita terpaksa bergantung kepada Yahudi dan terpaksa mengikut kehendak dan telunjuknya.



mind of Ashaari

Sabtu, 30 Jun 2012

Islam Agama Fitrah



Untuk membangunkan semula fitrah semulajadi manusia. Supaya daripada fitrah semulajadi manusia dapat dibangunkan bertaraf sejagat itu, dan akhirnya manusia akan ,bertindak dan berjuang sama ada di bidang ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, agar tindakan dan perjuangannya itu bersih.

Kerana fitrah semulajadi atau hati nurani manusia walau apa bangsa, apa kaum atau Apa agama sekalipun adalah sama

Fitrah semulajadi manusia yang sama tidak berbeza antara satu sama lain ini meliputi sama ada yang positif mahupun yang negatf, yang mahmudah mahupun yang mazmumah

Umparnanya yang positif, setiap hati ingin kasih sayang aman damai, hidup harmoni, bila bersalah suka minta maaf, suka beri maaf, pemurah, suka menolong orang, sabar dan sebagainya Ini fitrah semulaiadi yang semua orang suka, tidak ada seorang pun yang benci. Ini fitrah semulajadi manusia yang positif namanya.

Fitrah semulajadi yang negatif yang semua orang tidak suka ialah seperti pemarah, tamak, bakhil, mementingkan diri, hasad dengki, suka menghina orang, sombong, menipu dan sebagainya. Tanya siapa pun, semua orang tidak suka.

Bila manusia itu bersih fitrahnya daripada mazmumah, yang ada hanya mahmudah, yang positif sahaja, bila dia bertindak dalam apa bidang sekalipun, dia akan bertindak, berjuang dengan penuh bersih, berjuang dengan penuh kasih sayang, mementingkan orang lain, tidak mudah marah, kalau dia bersalah, dia minta maaf, kalau orang bersalah dengannya, dia akan memberi maaf.

Jadi bila ada orang yg berjuang dan berjaya membangunkan semula rasa fitrah semulajadi yang mahmudah, yang positif, kemudian berjaya menumpaskan fitrah semulaiadi manusia yang negatif, yang mazmumah, nanti akan lahirlah di tengah masyarakat, kalau dia orang. kaya, dia akan jadi pemurah dan tidak sombong. Kalau dia orang miskin, dia akan sabar dan redha dengan kemiskinan. Kalau dia ahli ilmu, dia akan memimpin masyarakat, menuniuk jalan kepada orang ramai dengan ilmu Kalau dia pemimpin dia akan sentiasa menaungi orang rarnai. Begitu juga pemuda-pemudinya akan menggunakan tenaganya dengan sebaik-baiknya unluk membangunkan masyarakatnya. Dan kaum ibunya bersopan dan tidak lagi merosakkan kaum hapa dengan tubuh badannya yang begitu sensitif itu.

Jadi kalaulah lahir masyrakat seperti ini ,siapa yang tidak suka ? 
ini masyarakat yang indah .Bila ia lahir nanti .Wujud suasana aman damai ,ukhuwah ,berkasih sayang ,tidak ada curiga ,Tapi nak mencetuskan masyarakat seperti ini bukan senang

Mazmumah , sifat-sifat negatif hati, itulah penyakit masyarakat .yg kita sebut tadi Cuma sebahagian dpdnya yg sbnrnya byk lagi . Begitu juga sifat mahmudah iaitu sifat2 hati yg terpuji ,itu baru sebhg yg disebut sbnrnya masih byk lagi .Itu yg dikatakan kesihatan dlm masyarakat .Ubat masyarakat keindahan hidup dlm bermasyarakat

Bagi manusia yang berjuang, kejayaan membangunkan semula dalam kehidupannya sifat-sifat mahmudah, yang positif dan dapat menumpaskan semula sifat-sifat yang negatif, yang mazmumah, merupakan rahsia kebahagiaan di dunia lagi. Di sinilah ketenangan hidup walaupun dia miskin, betapa kalau dia kaya. Walaupun dia tidak ada duit, dia rasa bahagia, betapa kalau dia ada duit. Tidak ada pangkat pun dia rasa bahagia, betapalah kalau ada pangkat.


CARA HADAPI PELACURAN

Berjuang .unluk membangunkan fitrah semulajadi manusia yang baik iaitu, yang positif atau yang mahmudah. Dari situ akan lahir kebaikan dalam tindak tanduk kita, pada tangan kita,pada pandangan kita, pada gerak geri kita.

Dan begitulah bila manusia itu boleh membuang sitat-sifat mazmumah atau negatif. Bila berlaku demikian, bukan saja pelacur tidak ada, sebarang kejahatan masyarakat tidak ada. Sebarang perkara negatif dalam masyarakal tidak ada. Sebab, manusia itu sanggup melakukan kejahatan bukan saja melacur tapi juga berbohong, menipu, sombong, angkuh dan Sebagainya kerana:

1. Tidak faham.
2. Takut dengan Tuhan tidak ada. Tidak fikir hidup di Akhirat.
3. Tidak tahu bagaimana hendak mujahadatunnafsi. Kalau dia tahu, dia tidak mampu

Jadi kalau tiga pil ini, dapat di yakinkan pada manusia dan manusia makan semua, insyaALLAH penyakit masyarakat itu akan hilang dengan sendiri termasuklah pelacuran.

ISLAM AGAMA SELAMAT

Ajaran Islam bersifat sejagat la bersifat fitrah semulajadi. Dan bila la bersifat fitrah semulajadi dan bersifat sejagat, kalau ada orang yang dapat menzahirkan dengan sebaik-baiknya, kemudian dapat dilahirkan dengan sebaik- baiknya hingga lahir contoh, tidak ada orang yang boleh tolak. itulah Islam. Sama ada diberi nama Islam atau tidak, itulah Islam.

Sebab islam itu ertinya keselamatan. Keselamatan dunia dan Akhirat. Hati kecil semua manusia inginkan keselamatan. Jadi, walaupun kita tidak sebut itu islam, itulah yang sebenarnya Islam

Perkataan Islam itu asalnya dari bahasa Arab. Kalau diterjemahkan pada bahasa biasa, keharmonian, kesejahteraan, keamanan, kedamaian dan keindahan dunia dan di Akhiral. Siapa yang tidak suka dengan perkara perkara ilu?

Jadi sebab itu sama ada sebut islam atau tidak, benda yang indah, itulah Islarn. Sebagai  contoh, walaupun ia datang dari ajaran Islam, tapi fitrah semulaiadi manusia dan semua manusia boleh terima. Curna barangkali ia tidak boleh buat saja.

Kalau seorang itu pemurah, adakah hati kecil seseorang itu benci ?
Adakah ada orang yang tidak suka sifat pemurah ?
Ajaran lslam tidak suka sifat sombong. apakah disebabkan la datang dari ajaran Islam, semua orang tidak suka ?

Tidak
hati kecil tetap menolak dan tidak sukakan sifat ini.

Begitu juga dengan pelacuran ajaran Islam juga tidak suka. Tanyalah hati kecil orang yang bukan Islam, adakah dia suka pelacur ?

Dia pun tidak suka Kalau tak suka, samalah. itu menunjukkan ajaran islam itu ajaran keselamatan, ajaran keindahan, keamanan, keharnionian, kasih sayang dan aman damai.

Orang Islam yang benar-henar faham dan mengamalkan ajaran ini, ke mana dia pergi, dia tidak takut. Sebab, apa yang dia bawa itu keindahan. Semua orang suka.

Cuma yang jadi malang di akhir zaman ini, orang-orang Islam sendiri sudah tidak faham Islam dan memperjuangkan sesualu yang bukan bercorak Islarn, tapi dia kata Islam. Maka lahirlah benda-benda yang tidak baik seperti kasar, bergaduh, perang, tumpah darah dan sebagainya.

Mana orang tidak takut ?
Sebab semua ilu bukan dari ajaran Islam. Cuma, dia kata Islam. Sebenarnya itu bukan dari ajaran islam. Jadi orang lain, orang di luar Islam anggap ilulah ajaran islam. Yang sebenarnya tidak. Hanya ada satu golongan yang menggelar dirinya islam, sebenarnya dia tidak membawa ajaran Islam. Orang menyangka itu dari ajaran Islam. Sebab orang yang membawa ilu adalah orang 1slam.

Sebab itu orang Islam yang benar-benar faham tentang Islam dihayati, diamalkan dengan siapa pun dia tidak akan takut. Sebab dia tahu ajaran Islam itu indah.Siapa pun yang tengok akan senang hati. Walaupun orang yang tidak seagama dengannya.

Jika ada orang atau kumpulan yang cuba nak lahirkan suasana hidup secara Islam ini agaknya

adakah orang marah ?
Adakah orang bermusuh?

Tidak! Kalau pun ada yang marah mungkin itu adalah orang yang ada kepentingan saja. Sebab orang yang ada kepentingan duniawi, dia lebih suka kalau di dunia ini banyak orang jahat. Sebab dia boleh hidup di atas kejahatan orang.

Ada orang boleh hidup di alas pelacuran. Sebab itu bila ada orang yang mahu membanteras pelacuran, dia akan marah, Sebab dia hidup di atas pelacuran. Orang yang ada kepentingan itu terasa rugi. Bila tidak ada pelacuran, dia tidak dapat untung di atas pelacuran, sp

Cinta fitrah dan cinta aradhi



Rumi has said:

If you are not one with the Beloved
Seek!

And if you are in Union,
Rejoice!

CINTA boleh dikategorikan kepada dua:
Cinta fitrah dan cinta aradhi. Cinta fitrah adalah cinta yang datang secara semulajadi tanpa dipelajari. Umpamanya, cinta ibu dan anak. Manakala

cinta aradhi ialah rasa cinta yang mendatang. Ada sebab-sebab atau unsur dari luar yang membuatkan lahirnya rasa cinta itu hingga dua orang yang asalnya tidak bercinta, menjadi saling mencintal.

Cinta kepada ibu dan ayah, anak-anak, cucu-cicit dan kaum kerabat adalah cinta fitrah. Cinta sesama makhluk selainnya adalah cinta aradhi. Yakni ada sebab-sebab yang menjadikan kita jatuh cinta kepada seseorang itu. Maksudnya, ada sebab atau dorongan daripada luar. Mesti ada sejarahnya. Sebab itu ada pepatah Melayu mengatakan 'cinta pandang pertama'. Oleh itu dalam Islam, kita disuruh mengawal mata terhadap lelaki atau perempuan yang bukan mahram. Kerana pandangan mata kalau tidak dikawal, sekali berpandangan terus jatuh cinta. Bila sudah jatuh cinta akan terbayang-bayang setiap masa dan ketika hingga terbawa-bawa dalam sembahyang.

Cinta yang aradhi ini, yang bukan dari fitrah, boleh luntur balik. Boleh jadi selepas datang cinta, lama-kelamaan rasa cinta itu pudar. Tetapi boleh jadi juga cinta itu semakin tajam. Kedua-dua kemungkinan ini boleh berlaku, sebab ia suatu yang mendatang.

Berbeza dengan cinta fitrah, ia tidak boleh luntur kerana sifatnya semulajadi.

CINTA ALLAH, adalah CINTA FITRAH

Cinta kepada ALLAH juga adalah cinta fitrah yakni perasaan yang sedia dibekalkan kepada seorang manusia ketika ia lahir ke dunia. Cinta kepada ALLAH bukan cinta aradhi atau cinta yang datang kemudian.

Cuma mungkin orang persoalkan, kerana baginya, dia tidak rasa cinta kepada ALLAH sebagaimana cintanya dia kepada ibu bapanya. Oleh itu dia menolak kalau dikatakan cinta ALLAH itu cinta fitrah atau cinta yang datang secara semulajadi.

Sebenarnya, kita tidak rasa cinta kepada ALLAH kerana kita tidak kenal ALLAH sebagaimana kita kenal ibu bapa kita. Lahir saja kita ke dunia, kemudian membesar, terus melekat rasa cinta kita kepada ibu dan ayah. Padahal tidak ada siapa yang mengajarnya. Kenapa ?

Sebab kita kenal ibu dan ayah kita, lalu datanglah rasa cinta yang semulajadi terhadap kedua-dua nya. Tapi terhadap ALLAH, kita tidak cinta kerana kita tidak kenal ALLAH.

Untuk membuktikan bahawa faktor kenal pun perlu ada dalam cinta fitrah, mari kita bahaskan cinta ibu dan ayah. Katalah lahir saja anak kita, kita berikan kepada orang untuk dijaga. Hinggalah umurnya 30 tahun. Waktu itu, bila dia bertembung dengan ibu dan ayah kandungnya di mana-mana, dia buat tidak tahu saja. Boleh jadi dia terlanggar bila berselisih jalan atau mungkin berlaku pertengkaran dengan ibu dan ayahnya itu. Mengapa boleh berlaku begitu ?

Sedangkan tadi kita telah katakan bahawa cinta ibu ayah itu adalah cinta fitrah yang tidak periu dipelajari. Kenapa tidak dating cinta kepada ibu ayah setelah 30 tahun kita berpisah dari mereka ?

Terjadinya begitu kerana kita tidak kenal ibu dan ayah kita itu sedari kecil. Oleh itu cinta kita sudah melekat pada ibu bapa angkat kita. Waktu kecil lagi kita sudah diberitahu dan merasakan mereka adalah ibu dan ayah kandung kita. Hingga bila bertemu dengan ibu dan ayah kandung sebenar, cinta fitrah terhadap mereka tidak berlaku.

Begitu juga cinta ALLAH,walaupun la cinta fitrah, tapi kalau kita tidak kenal ALLAH, tentu tidak timbul cinta. Maknanya, kita perlu dikenalkan kepada ALLAH sewaktu
kecil lagi. Sebab itu dalam ajaran Islam dikatakan:

Awaluddin makrifatullah.
Maksudnya awal-awal agama wajib kenal ALLAH.

Oleh itu, wajib bagi penjaga atau ibu bapa mengajarkan anak=anaknya mengenal ALLAH waktu umur anak-anak itu sudah meningkat enam atau tujuh tahun. Sebab bila daripada kecil sudah mengenal ALLAH, sudah kita tanamkan dengan tauhid, apabila besar tidak perlu diajar atau dibahas-bahas Iagi. Kerana rasa berTuhan sudah mendarah daging dalam tubuh nya.

Perbahasan hanya perlu kalau bertujuan untuk mengajar orang lain. Tetapi kalau sekadar untuk diri sendiri, dengan rasa berTuhan yang telah tumbuh sejak kecil itu, cukup untuk membuat seseorang itu kenal dan cintakan ALLAH.

Jadi, cinta kita kepada ALLAH adalah cinta fitrah, cuma cinta itu tidak timbul sebab kita tidak kenal ALLAH.Umur sudah 30 tahun baru dikenalkan dengan ALLAH, mana hendak timbut cinta!

Walaupun keyakinan dengan ALLAH itu ada tapi tidak timbul rasa cinta. Seperti juga cinta dengan ibu dan ayah kandung. Sedari kecil dipelihara oleh orang lain, tidak kenal ibu dan ayah kandung, tibatiba pada umur 30 tahun baru di perkenalkan kepada mereka, sudah tentu rasa cinta itu masih melekat pada ibu dan ayah angkat yang memeliharanya sejak kecil.

Cinta fitrah itu tidak aken berpindah kepada ibu dan ayah kandungnya. Katalah ada orang memberitahunya:

"Ini ibu dan ayah engkau."

Dia pun selidik hal itu dengan ibu dan ayah angkatnya. Mereka pun mengakuinya. Tapi perkenalan dengan ibu dan ayah kandungnya itu tidak mendatangkan rasa cinta. Kerana cinta fitrahnya sudah jatuh kepada ibu dan ayah angkatnya.

Kalau dikatakan padanya,
"Awak tinggalkanlah mak dan ayah angkat awak"

Tentu dia tidak mahu. Dia bermati-matian mahu tinggal juga dengan ibu dan ayah angkatnya. Cinta fitrah yang sudah jatuh kepada mereka itu tidak boleh bertukar. Oleh itu dia tetap lebih mesra serta boleh bermanja-manja dengan ibu dan ayah angkatnya daripada dengan ibu dan ayah kandungnya. Bukan kerana dia tidak percaya ibu dan ayah kandungnya adalah ibu bapanya yang sebenar, tapi cinta terhadap mereka sudah berkurang kerana sedari kecil lagi dipelihara oleh orang lain.

Begitu juga terhadap ALLAH. Kalau umur 35 atau 40 tahun baru hendak belajar tauhid atau baru hendak kenal ALLAH,"payah hendak datang rasa cinta kepada ALLAH.

Itulah rahsianya. Sebab itu pentingnya dari kecil lagi diasuh kenal ALLAH. Jadi bagi kita yang sudah terlajak umur baru hendak kenal ALLAH ini, kenalah mujahadah. Kena latih-latih mencintai ALLAH. Kita tidak seperti anak-anak yang tidak perlu mujahadah untuk mencintai ALLAH kerana sedari kecil sudah dikenalkan dengan ALLAH dan kerja ALLAH. Apa yang diajar kepada mereka itu melekat di hati walaupun umurnya baru enam atau tujuh tahun.

Bila dia tersinggung sesama dia dan ada yang menangis, maka yang seorang lagi akan berkata,

"Alah sikit sahaja, mujahadahlah. Tak kuat mujahadah, itulah, sikit-sikit
nak nangis."

Istilah 'mujahadah' yang bagi kita satu istilah baru, tapi bagi mereka sudah sebati dan sudah meresap di hati. Ertinya iman telah bertapak di dalam hatinya. Cuma oleh kerana dia budak, maka dia belum pandai sangat menjaga syariat. Kadang-kadang bila melihat ibunya terlambat tutup mulut waktu menguap, dia akan berkata,

"Ummi! menguap kena tutup mulut."
Dia baca pula Hadis yang dihafainya mengenai adab ketika menguap.

ltulah kesan daripada didikan tauhid sedari kecil. Anak-anak yang dididik begitu akan rasa tersinggung kalau ada orang menyinggung perintah Tuhan. Rasa itu datang secara spontan. Dia tidak perlu susah payah bermujahadah untuk rasa sensitive dengan ALLAH.

Tetapi bagi kita yang sudah terlajak umur baru hendak kenal ALLAH, kita perlu menempuh mujahadah. Sebab cinta fitrah kita terhadap ALLAH sudah hilang kerana tidak disuburkan di waktu kecil. sp


Teman di Alam Tinggi

Terdapat pelbagai cara orang belajar tentang Tuhan. Juga ramai guru yang mengajarkan tentangnya. Barisan para ulama yang tinggi ilmunya.

Bermula dengan mengenali sifat wajib bagi Tuhan,sifat mustahil bagiNya, hinggalah ke peringkat ilmu yang seterusnya.

Mengetahui tentang Tuhan tidak menjamin manusia dekat dengan Tuhan. Hanya mengenali Tuhan bukanlah jaminan untuk seseorang sampai mampu merasa hamba. Tuhan itu mesti dirasakan, dihayati, didapatkan.

Ada orang belajar tentang Tuhan tapi bertambah jauh dariNya.
Ada yang tidak tinggi ilmunya tapi bisa hampir sekali dengan Tuhan.

Ada yang tahu tentang keagungan Tuhan,hingga dia merasa Tuhan itu jauh. Terlalu tinggi sehingga tidak boleh didekati. Tuhan tidak dijadikan kawan tempat rujuk kerana difikirkan Tuhan itu terlalu besar,tidak layak dijadikan teman.

Mendapatkan Tuhan bererti kita mendapatkan segalanya. Kita mendapat kawan yang paling setia. Kita boleh cerita apa saja dengan Tuhan kerana Dia maha mendengar. Semua masalah kita Dialah yang menyelesaikannya.

Siapa kata Tuhan itu bukan kawan ?

Bahkan Dialah yang paling layak dijadikan kawan karib kita. Dia tidak pernah akan mengkhianati kita. Sebaliknya kitalah yang selalu melupakannya.

Belajarlah tentang Tuhan untuk sampai kita dekat padaNya. Betapa Tuhan sedang menanti hambaNya untuk berdatangan padaNya. Mengapa kita mengambil makhluk yang lemah sebagai rujukan ?

Sedang Tuhan yang maha kuasa,tempat rujuk seisi dunia..

Nota

dijelaskan di dalam kitab Taujih An Nabiih Limardhaati Baariih karangan guru mulia kita Al Musnid Al Allamah Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz, 

Allah subhanahu wataala berfirman dalam hadits qudsi:

 wahai Daud :
Seandainya orang-orang yg berpaling dariKu mengetahui kerinduanKu atas kembalinya mereka, dan cintaKu akan taubatnya mereka, dan besarnya sambutanku atas kembalinya mereka pada keridhoan Ku, niscaya mereka akan terbang karena rindunya mereka kepadaKu.

Wahai Daud,
demikianlah cintaKu kepada orang-orang yg berpaling dari Ku, maka bagaimanakah cintaKu kepada orang-orang yg datang kepadaKu?