Sabtu, 7 Julai 2012
Kita perlukan sumber rujukan yang tepat agar tidak terus-terusan tertipu
KADANG-KADANG suatu taman atau kebun, yang ada pokok-pokok dan sebagainya, daripada jauh nampak indah..Tapi cuba .kita pergi dekat. Kerengga ada, semut ada, penyengat ada, sampah, tahi pun ada dan sebagainya. Itu menunjukkan mata selalu membohongi kita. Sebab itu, kalau kita menilai sesuatu hanya dengan pandangan mata, kita tidak akan mendapat nilaian yang tepat.
Sebenarnya, yang banyak membohongi kita ialah mata. Jadi setiap hari yang kita lalui sepanjang hidup, matalah yang membohongi kita. Sebab itu kalau kita nak nilai kebenaran hanya dengan mata, kita takkan boleh mendapat jawapan yang tepat.
CARA AKAL MENIPU
Akal pun begitu juga. Berapa banyak pandangan akal yang salah. Buktinya, waktu kita berumur 5 tahun, pada waktu itu, kita berfikir logik, munasabah dan sesuai kita bermain longkang, main masak-masak, main itulah yang menyeronokkan dan sesuai dengan kita pada ketika itu. Bila emak ayah marah dan memberi teguran, kita terasa kebebasan tersekat.
Kemudian bila meningkat umur 10 tahun, kita sudah terasa main pasir itu tidak indah dan seronok lagi. Kita lebih terasa seronok pula nak main guli dan main gasing. Apabila mak ayah panggil kita pulang, kita balik juga, tapi dengan merungut dan dengan hati yang mendongkol. Sebab kalau tak balik, takut kena marah atau kena pukul.
Tapi kadang-kadang mak ayah marah, kita tak peduli. Sebab lebih terasa nikmatnya main gasing. Tak pergi sekolah pun tak apa.
Bila umur meningkat 15 tahun, terasa main guli dan main gasing sudah tak munasabah dan tak sesuai lagi. Kita tengok dan baca komik pula. Akal terasa ini yang baik. Kadang- kadang sampai ralit membaca hingga lupa pula nak baca buku sekolah. Kita utamakan komik dan cerita kartun dari buku-buku pelajaran.
Inilah sebahagian daripada pembohongan akal dan mata di dalam kehidupan kita. Cuma akal tidak cepat membohongi kita berbanding dengan mata.
Selagi manusia berpegang dengan ideologi dan isme, selagi itulah manusia tidak akan hidup dalam keadaan aman, damai dan harmoni. Kerana itu semua adalah ciptaan akal yang lemah dan telah banyak serta sentiasa membohongi manusia.
SUMBER RUJUKAN YANG HAQ
Oleh itu kita mesti mencari sesuatu sumber yang dapat menilai secara tepat. Dan yang dapat menilai secara benar dan tepat hanyalah ALLAH, Tuhan yang mencipta langit dan bumi.
Sebab itu, kalau tidak rujuk kepada pencipta langit dan bumi yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, di dunia lagi kehidupan manusia tidak akan selamat. Apatah lagi di Akhirat.
Oleh itu sumber yang haq (dari ALLAH), yang tepat dan tidak dapat disangkal lagi yang perlu menjadi rujukan seluruh manusia ialah wahyu yang diturunkan kepada RasulNya. Hanya wahyu saja yang betul dan tepat.
Firman ALLAH:
"Yang haq itu datangnya dari ALLAH dan janganlah kamu mengingkarinya".
(Ali Imran: 60)
Kalau yang haq itu ditolak oleh manusia, di dunia lagi mereka akan nahas. Kehidupan manusia tidak akan tenteram akan bergaduh, berkrisis, tipu-menipu, jatuh-menjatuhkan, bunuh-membunuh, kacau-bilau dan seribu macam lagi huru-hara akan timbul.
Kalau terjadinya huru-hara, krisis, kerosakan dan sebagainya di muka bumi ini, bukannya ALLAH yang mendapat kesusa- han, kita sebagai manusia yang mendapat kesusahan.
Jadi untuk menolak kebenaran akal yang saiah, akal juga boleh menolaknya. Tidak perlu wahyu menolaknya.
Cukup sekadar akal yang tajam untuk menolak 'kebenaran' akal yang salah. Sebab itu Islam mempunyai tafsiran tersendiri terhadap ilmu.
HAKIKAT ILMU
Di dalam ajaran Islam, ilmu itu ialah mengetahui sesuatu perkara itu secara tepat. Katau seseorang itu mengetahui sesuatu benda itu tidak tepat, walaupun sudah jadi keyakinan, itu bukan ilmu. Umpamanya seseorang itu yakin bas itu adalah kereta. Entah macamana gurunya salah ajar. Tapi dia dah yakin. Bermati-matian dia pertahankan bahawa bas itu adalah kereta. Walaupun hakikatnya tidak, tapi sudah jadi keyakinan dia bahawa bas itu adalah kereta.
Walaupun dia yakin, tapi sebab dia mengetahui sesuatu benda itu tidak tepat, maka itu bukan ilmu namanya. Dikatakan ilmu itu bila kita mengetahui sesuatu perkara secara tepat.
Kalau begitu, berapa. ramai orang yang mempelajari ilmu yang sebenarnya bukan ilmu. Berapa banyak profesor yang bukan profesor. Itulah hakikatnya, sebab teori profesor pun banyak yang salah. Di antaranya Darwin. Dia mengeluarkan satu teori ilmu bahawa manusia ini asalnya daripada beruk.
Itu bukan ilmu, tetapi berapa ramai orang mengatakan itu ilmu dan membuat tesis menyambung kata-kata atau teori dia. Dan mereka pun mengesahkan, memang kita asal daripada beruk. Padahal ini kenyataan yang saiah. Ini menunjukkan akal dan mata Darwin telah membohongi dan memberi satu ilmu yang tidak benar.
ILMU YANG TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN
Jadi kebanyakan yang dikatakan ilmu oleh manusia di dunia hari ini bukan ilmu yang sebenarnya. Sebab itu banyak teori ilmu yang gagal bila dilaksanakan.
Sebab itu ramai pakar-pakar ekonomi, pensyarah-pensyarah ekonomi yang ada MA, Ph.D hingga ada yang bergelar .professor yang cukup bijak mengeluarkan teori di forum-forum, seminar-seminar tetapi tidak dapat mempraktikkan teorinya. Mengapa mereka tidak berniaga ?
Mengapa mereka tidak yakin dengan teorinya itu ?
Kalau yakin tentulah mereka jadi orang yang paling kaya di Malaysia. Merekalah orang yang pertama mengamalkan dan berjaya dengan teorinya. Tapi ini tidak berlaku.
Sebaliknya ianya berlaku kepada orang-orang yang tidak disangka. Ada ahli perniagaan yang tidak belajar tinggi tapi boleh kaya-raya. Contohnya Boon Siew; hendak tandatangan pun tak pandal tapi dia kaya. Usahanya berjaya walaupun tanpa teori ekonomi.
Jadi berapa banyak orang anggap ilmu pada perkara yang bukan ilmu. Hakikat ilmu itu, mengetahui sesuatu perkara secara tepat. Walaupun kenderaan ini merupakan bas, tapi kalau kita tidak dapat mengetahui secara tepat, kita akan terkeliru. Betulkah ini kereta ? Betulkah ini gajah ?
Bermati-matian orang kata ini gajah, walaupun hakikatnya bas.
Walaupun dia sudah yakin begitu, tapi tetap itu bukan ilmu.
Ini membuktikan lagi bahawa pandangan akal dan mata selafu menipu kehidupan kita.
Oleh itu kita perlukan satu sumber rujukan yang tepat, laitu Al Quran yang datang dari ALLAH SWT disampaikan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya. Dari sinilah lahirnya pandangan yang tepat dan dapat memimpin kehidupan manusia agar berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Sp
mind of Ashaari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan