Jumaat, 27 Januari 2012

MEMPERJUANGKAN ISLAM TIDAK SAMA SEPERTI MEMPERJUANGKAN IDEOLOGI 3



Mereka seperti tidak tahu atau tidak yakin bahawa kekuatan iman dalam mendorong manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan adalah lebih kuat daripada semangat dan dorongan rasa takutkan hukuman.

Ertinya tanpa kuasa negara pun, kita boleh corakkan masyarakat dengan undang-undang atau cara hidup Islam yakni dengan penanaman iman.Cuma kuasa negara itu penting dalam menyempurnakan pelaksanaan undang-undang mahkamah.

Buktinya kita lihat masyarakat salafussoleh, 300 tahun dari Rasulullah yakni selepas pemerintahan Khulafa’ur Rasyidin dan selain dari Sayidina Umar Abdul aziz Waktu itu negara diperintah oleh raja-raja yang sudah agak rosak iman dan Islamnya. Ertinya
negara bukan dalam tangan orang yang baik-baik.

Tapi rakyat umum pada waktu itu majoritinya soleh-soleh belaka.
Siapakah yang mencorakkan mereka ?
Tentu bukan pemerintah sebab pemerintahnya sudah rosak.

Maknanya ada sekumpulan manusia yang tidak ada kuasa negara di tangannya.Yang telah mendidik rakyat dengan iman, lalu jadilah orang-orang beriman itu masyarakat yang baik-baik atau soleh-soleh yang terkenal dengan masyarakat salafussoleh.

Para pejuang Islam harus sedar dan akui bahawa perjuangan Islam itu boleh dijayakan sebahagian besarnya tanpa perlu dapat kuasa politik atau dapat Kuasa memerintah cuma untuk menyempurnakan hukum-hakam jenayah yang cuma boleh ditegakkan dengan adanya kuasa negara.itu.

Namun perlu pula diketahui, dalam negara Islam yang benar-benar hidup Islamnya, kes-kes jenayah sangat kurang berlaku dikalangan masyarakatnya.Ini dapat kita saksikan dalam kerajaan Khulafa’ ur Rasyidin yang mana kes-kes mencuri dan hukuman potong tangan tidak berlaku sekalipun dalam tempoh setahun.

Pejuang-pejuang Islam mesti memastikan sungguh-sungguh bahawa tujuan membawa umat kepada Islam ialah dengan niat agar mereka itu selamat didunia dan Akhirat, yakni hidup mendapat keredhaan ALLAH dan terlepas dari azab Neraka.

Untuk itu, kita kena pastikan bahawa kebaikan yang bakal mereka amalkan dalam hidup mereka itu adalah disemua tempat dan masa. Bukannya di satu tempat mereka tidak buat maksiat tapi melakukannya ditempat dan masa yang lain.

Kalau ini berlaku, ertinya generasi itu adalah orang-orang yang tidak akan terlepas dari azab ALLAH di dunia dan Akhirat.Apa kita puas hati kiranya perjuangan kita tetap tidak dapat memberi keselamatan dunia dan Akhirat pada umat ?

Sebab itu apa yang sedang berlaku diArab Saudi, Pakistan dan dalam jemaah-jemaah Islam sendiri janganlah dibiarkan.

Perubahan dan rombakan mesti dibuat supaya keadaan ini tidak berterusan.

Caranya pada saya ialah dengan membetulkan teknik perjuangan itu sendiri. Jangan lagi kita tiru cara-cara perjuangan ideologi.Berjuanglah dengan teknik perjuangan Islam sebenar yakni dengan program pembangunan insan (iman) sebagai asasnya (yakni mendidik insan untuk patuh dan taat pada ALLAH).

Iman adalah asas untuk mencorakkan manusia dengan cara hidup.Hari ini kalau kita dapat perintah Malaysia dengan undang-undang Islam, tanpa lebih dahulu mendidik masyarakat dengan iman, rasa saya ramailah rakyat yang kena bunuh. Sebab orang tidak sembahyang menurut hukum Islam setelah dinasihat tiga kali tidak juga mahu sembahyang, hukumnya bunuh.

Yang malang lagi kalau polis yang diharapkan menjalankan undang-undang itu pun tidak sembahyang. Habis siapa yang akan menangkap mereka pula ?

Maknanya akan ramailah yang terlepas dari undang-undang.Rakyat yang tidak beriman tidak boleh sabar dengan ujian. Katakanlah satu ketika negara kekurangan makanan akibat bencana alam atau terjadi peperangan. Waktu itu rakyat akan melakukan tunjuk perasaan (yakni suatu budaya hidup umat kini).

Soalnya adakah dalam negara Islam pun mesti terjadi krisis demikian ?
Dan apa akan terjadi pada kerajaan yang kita terajui ?
Tidak mustahil rakyat akan tolak pemerintahan Islam itu.

Di sini saya ingin simpulkan bahawa perjuangan Islam itu maksud utamanya bukan untuk melaksanakan hukum-hukum hudud dan qisas itu.Hukum-hukum itu adalah pilihan terakhir dalam menyelesaikan masalah umat kiranya berlaku.

Perjuangan Islam ialah untuk memastikan masyarakat jadi orang-orang baik yang pada mereka tidak payah lagi dilakukan hudud atau qisas.

Cara hidup Islam yang indah akan menjadi pakaian dan budaya mereka sehingga jelas
masyarakat Islam itu sungguh cantik dan indah, jauh beza dengan masyarakat jahiliah. Krisis, jenayah, masalah sangat kurang; bererti kurang pulalah hukuman-hukuman rejam, rotan, potong tangan, bunuh dan lain-lain.

Perjuangan Islam yang tidak berteraskan iman pasti tidak dapat membasmi kejahatan dalam masyarakat sepenuhnya. Sebab kalau manusia hanya ditakutkan dengan hukuman-hukuman sedangkan ada kesalahan-kesalahan yang manusia lakukan ini tidak ada hukuman untuknya yakni kejahatan-kejahatan batin yang bahayanya juga besar kepada masyarakat. hasad, Seperti riyak, ujub, pemarah, tamak, bakhil, dan lain-lain mazmumah lagi.

Kejahatan-kejahatan ini hanya boleh direntikan kalau manusia ada rasa takut pada ALLAH. Jika tidak, manusia tidak akan mampu untuk melawan nafsu ini, maka mereka akan sentiasa berkrisis dan tegang antara satu sama lain. Masyarakat harmoni tidak akan wujud juga.

Itulah matlamat perjuangan Islam yang asasnya ialah iman. Pendek kata mereka itu generasi yang beriman dan bertaqwa yang sifatnya sangat mendengar dan patuh pada’ sebarang hukum ALLAH.

Firman ALLAH
sesungguhnya perkataan orang beriman bila diseru pada ALLAH dan Rasul-Nya ’
untuk melaksanakan hukum di kalangan mereka ialah ‘kami dengar dan kami patuh’.

(An nur 51)

Maka tidaklah mereka akan melakukan tunjuk perasaan menentang pemerintah atau pemimpin-pemimpin mereka.

Seperkara lagi, dalam perjuangan Islam ini yang penting ialah mengIslamkan orang-orang yang bukan Islam.Bukankah Rasulullah itu, perjuangan pokoknya ialah mengubah manusia dari kafir kepada Islam ?

Rasulullah selamatkan mereka dari azab Neraka yang kekal abadi. Dalam perancangan membangunkan negara dan tamadun Islam, jangan sampai pejuang Islam ajak orang kafir bangunkan negara Islam dalam keadaan mereka tetap kafir. Itu satu kekejaman.

Untuk apa mengajak mereka selamat didunia tapi di Akhirat masuk Neraka. Sebaik-baiknya lancarkan dakwah yang berkesan untuk mereka agar mereka itu tertarik dan masuk Islam. Itulah satu lagi tugas pejuang-pejuang Islam. Tugas penting yang sama pentingnya dengan memperjuangkan negara Islam dan masyarakat Islam.

Jangan lagi kita terpengaruh dengan pejuang-pejuang ideologi yang tidak menjadikan program ini sebagai program perjuangan mereka.



Bila MeLAYU terbela ?

Wahai bangsa Melayu bangsaku...
Kekuatan Melayu bukan pada bangsa
atau semangat kebangsaan...
Begitu lama perjuangan atas nama Melayu..
sejak merdeka...
semakin LAYU...

Ekonomi sahaja pun belum selesai hingga kini...
Padahal keistimewaan-keisimewaan telah diberi
kepada orang Melayu lebih dari perlu...
hingga bangsa lain iri hati..

Namun ekonomi masih terkebelakang, kecuali sedikit individu Melayu...
Dari segi pendidikan dan pelajaran kita bangga di satu segi
sejak merdeka, ramai yg pandai, cerdikdan ada degree...

Tapi orang Melayu yang pandai tidak mampu berdikari
kecuali makan gaji...
Yang berilmu tidak ramai yg tawadhuk dan merendah diri...
Hidup nafsi-nafsi, fikir diri, yg miskin diserah pada kerajaan
untuk membela...
Berdiam diri, tidak peduli...

Dari segi politik pula, makin ke hujung makin tak stabil..
Politik wang dan jatuh-menjatuhkan semakin dibudayakan dan menjadi-jadi...

Di sudut perpaduan jauh daripada yg dikehendaki..
Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi..
Perpaduan di dalam parti pun belum terjadi lagi..
Hakikat ini terpaksa kita akui...

Ada satu aspek yang ini memang kita berpuas hati..
Kemajuan & pembangunan amat pesat sekali..
dunia memang mengakui dan irihati..
Tetapi side effect yg negatif hasil pembangunan
sangat menakutkan...

MELAYUlah yg paling ramai terlibat gejala negatif..
Dadah, rasuah, budaya melepak, gangsterisme di sekolah2..
Sumbang mahram, buang bayi, budaya rocker, liar...

Belum lagi diperkatakan jenayah ragut, ugut, rokok...
Rogol, bunuh, pergaduhan, murtad...
Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab..
orang Melayu number-one

Terpaksalah kita menerima penuh malu dan dukacitanya...
Inilah hasil perjuangan Melayu dengan semangat kebangsaannya, bukan !

Sebenarnya kekuatan orang Melayu bukan pada semangat Melayunya
Melayu ada Allah, ada Islam di sinilah kekuatan orang Melayu..

Seperti orang Arab di zaman Rasul..
yg menjadi empayar dunia...
Mereka tidak memperjuangkan bangsa Arab
tetapi memperjuangkan Tuhan dan Islam
akhirnya bangsa Arab terbela...

Bangsa Turki menjadi empayar
bukan kerana memperjuangkan bangsa Turki...
Mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam..
akhirnya bangsa Turki terbela...

Mengapa orang Melayu tidak belajar dengan sejarah ini ?
Orang Melayu kan ada Tuhan, kan ada Islam..
mengapa orang Melayu tidak perjuangkan Tuhan dan Islam ?


Allahyarham Ust. hj Ashaari Muhammad
2/10/04

Khamis, 26 Januari 2012

Kenapa Salahkan Musuh ?



KELEMAHAN, kekalahan dan kegagalan pejuang Islam, bukan salah zionis, tidak juga, Nasrani atau komunis atau juga nafsu dan syaitan. Janganlah musuh disalahkan, walaupun memanglah mereka bersalah. Sebagai musuh Allah dan Rasul, memanglah mereka menentang perjuangan Islam, tetapi urusan untuk menghukum mereka itu serahkan pada Allah.

Tahulah Allah bertindak terhadap hambaNya itu.Tugas kita ialah menyampaikan amanah Allah menyambung lidah Nabi.Di samping berusaha untuk membangunkan hukum Allah dalam kehidupan kita serta anggota jemaah Islam, perjuangan kita bukan marahkan kerajaan kerana tidak melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran Islam, tapi ialah marahkan diri kita kerana belum dapat berbuat apa-apa pun.Sekalipun hanya sebuah kampung Islam contoh dan masyarakat Islam yang tulen.

Patutnya kita berkata,
“Kalau aku pun belum dapat melakukan perintah Allah dengan sempurna mengapa aku suruh orang lain melakukannya

Firman Allah: Terjemahan:
.” Sangat besar kebencian di sisi Allah, kerana kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan
(As Saf : 63)

Kalau benar kita berjuang bagi pihak Allah, tentu kita dapat jadi contoh kepada umat, yakni Islam itu terserlah pada diri dan kehidupan serta dalam jemaah kita.Tapi perjuangan kita ini, tidak begitu bentuknya.Kita jual nama Islam untuk memuaskan keinginan-keinginan pada pangkat dan kedudukan, pada kuasa dan negara.Konon di atas semua itulah Islam dapat ditegakkan.

Walhal Islam hanya boleh hidup di atas peribadi yang kuat iman dan taqwa.Tapi iman dan taqwa tidak dapat tempat dalam majlis-majlis rasmi dan dalam kehidupan kita.Lalu tidak pelik kalau kita lihat pejuang Islam masih lagi berperangai buruk seperti ujub, riak, sombong, takabur, bakhil, gila dunia, hasad dengki, dendam, berburuk sangka, berkrisis sesama sendiri dan lain-lain.

Walhal kelemahan, kekalahan dan kegagalan kita adalah kerana salah kita, dosa-dosa kita, lemahnya iman dan taqwa kita hingga Allah tidak Bantu serta kerana kita tidak melaksanakan sungguh-sungguh ajaran Islam pada diri dan jemaah kita terlebih dahulu. Konon nanti dapat negara baru hendak laksanakan Islam itu,

walhal kalau dalam jemaah yang kecil pun kita tidak dapat membangunkan ukhwah, pendidikan, ekonomi, budaya Islam, klinik dan lain-lain, apa bukti yang kita boleh
melakukannya dalam sebuah Negara ?

Apa kuasa sahaja cukup untuk jinakkan hati manusia untuk tunduk pada Allah dan Rasul ?

Kalau semudah itu, tentu sudah lama kerajaan laksanakan Islam sebab kerajaan kita pun katanya mahukan Islam.Tapi apa yang berlaku tidak begitu.Kuasa bukan syarat utama untuk membuatkan manusia ghairah dengan Allah dan Rasul.

Yang sebenarnya kita mesti menyediakan berbagai-bagai keperluan asas yang diperlukan untuk membina Negara Islam. Untuk itu saya berseru kepada jemaah-jemaah Islam terutamanya anggota jemaah Aurad Muhammadiah, agar bangun dari kelalaian dan kesilapan ini, kemudian bekerjalah menegakkan hukum-hukum Allah

1. Didik dan asuh diri sendiri dan ahli-ahli jemaah Islam untuk jadi orang-orang yang bertaqwa.Sebab taqwa adalah senjata utama untuk perjuangan kita.

Seorang yang gigih berjuang dan berjihad dipanggil mujahid. Mujahid belum tentu bertaqwa kalau ada padanya sombong, takabur, membazir, tidak sabar, tidak tolak ansur dan lain-lain. Orang dermawan dipanggil assakhi (pemurah). Pemurah belum tentu bertaqwa kalau ada padanya pendendam, mengadu domba, berburuk sangka dan lain-lain. Orang yang gigih berdakwah dipanggil da’i atau mubaligh. Seorang da’i belum tentu bertaqwa kalau dia cuai sembahyang, ambil riba, bebas dengan perempuan ajnabi dan lain-lain.

Orang bertaqwa ialah orang yang membuat semua kebaikan yang Allah suruh buat (lahir dan batin, dengan Allah dan dengan sesama manusia), kerana takutnya untuk melakukan dosa walaupun sekecil-kecil dosa.

Pejuang Islam mesti sedar hakikat ini.Jangan mudah-mudah mengaku beriman dan bertaqwa sedangkan banyak lagi suruhan Allah S.W.T yang kita tidak buat.Ertinya kita ini orang berdosa, hamba Allah yang derhaka.Panggilan yang layak untuk kita ialah mukmin yang derhaka atau mukmin yang fasik (asi) atau mukmin yang zalim.Bukan mukmin yang sejati, bukan solihin dan lebih-lebih lagi bukan muqarrobin. Kalau mati ketika ini,dalam keadaan taubat tidak diterima, dosa tidak terampun, nescaya malaikat akan melempar kita ke lubuk neraka. Dituang dengan air yang mendidih dan makan buah zaqqum yang sangat menyeksakan. Itulah janji Allah. Dan Allah tidak pernah mungkir janji.

Kalau begitu kenapa salahkan musuh ?

Berkatalah Sayidina Umar Ibnu Khattab:
‘ Aku lebih takut pada dosamu daripada musuh-musuhmu.
Kerana bila kamu berdosa Allah akan biarkan kamu pada musuh-musuhmu. ’

Maknanya, kegagalan kita ialah kerana dosa-dosa kita, kerana kita tidak bertaqwa. Ertinya salah itu terletak pada diri kita bukan pada orang lain.Dan selagi kesilapan itu tidak dibetulkan, tidak bertaubat dan tidak dididik dan dilatih dengan iman dan taqwa, buatlah macamana pun, insyaAllah kita tidak akan boleh menang:

Sebab kita langgar syarat dari Allah. Syarat taqwa. Janganlah buat helah lain-lain lagi, itu dan ini untuk dijadikan alasan kegagalan kita itu.Mengakulah dengan Allah bahawa kita belum bertaqwa, sebab itu Allah tidak tolong !

Sebab Allah hanya akan menolong orang yang bertaqwa.

Firman-Nya:
Allah pembela orang-orang yang bertaqwa
(Jasiyah : 19)

Jangan pula disalah fahamkan taqwa itu dengan orang- orang yang jumud dan beku. Iaitu orang-orang penunggu masjid yang berpakaian lusuh dan miskin papa, anti kemajuan dan pembangunan.

Generasi taqwa yang jadi contoh ialah salafus soleh,
para sahabat yang hidup mereka digambarkan begini:

Menjadi pendita (abid) di malam hari,
menjadi singa (pejuang) di siang hari.”

Dalam keadaan hati rindu dan takut pada Allah, mereka bertaburan di tengah manusia di seluruh dunia untuk mengubah dunia dari jahiliah kepada Islam. Dari undang-undang taghut kepada kalimah Allah.Dari kekotoran najis dosa kepada kemurnian hati yang bertaqwa.Dari peperangan dan penzaliman kepada keamanan, keadilan, kemakmuran, supaya manusia semua mahu sujud pada Allah, Tuhan yang menciptakannya dan yang akan mematikannya.

Itulah kerja orang yang bertaqwa. Dan kalau kita boleh buat begitu barulah Allah percaya untuk mengamanahkan negara dan dunia ini pada kita. Kalau masih belum, yakni kalau perangai kita masih macam hari ini maka jika Allah serahkan Malaysia ini, lebih-lebih lagi seluruh dunia, habis harta bendanya masuk poket kita pula

Rasulullah mengambil masa13 tahun untuk mendidik iman dan taqwa para sahabat. Setelah10 tahun kemudian barulah baginda merancang pembangunan negara Islam kecil yakni Madinah. Dibangunkan sekolah sebagai kilang mengeluarkan ilmuan yang bertaqwa, penyambung dan pelapis perjuangan.Dibangunkan ekonomi dengan membuka pasar Ansar dengan pengurusnya Sayidina Abdul Rahman bin Auf. Begitulah perjuangan itu berkembang dan terus membesar hingga akhirnya 3/4 isi dunia menyerah diri pada Islam.

Itulah cara memperjuangkan Islam yang dibuat oleh Rasulullah. Dan itulah satu-satunya cara yang benar dan tepat. Habis kenapa kita tidak mahu mencontohinya ?

Kenapa kita ada pandangan yang sangat menyimpang dari apa yang dibuat oleh Rasulullah ?

Konon waqi’ tidak apa,

sedangkan Rasulullah pernah ditawar untuk jadi raja baginda menolaknya sebab bukan cara itu mendidik umat dan itu bukanlah cara yang tepat untuk memulakan satu perjuangan

Konon kita terlalu bimbangkan negara diambil orang,
sebab itu kita mesti pertahankan.

Alasan ini tidak logik sama sekali.Kalau betul takut orang asing memerintah negara ini, cara terbaik sekali bukannya kita bergaduh dan berpecah belah sesama Islam, untuk berebut kerusi pemerintahan.Tentu kita jadi penasihat kerajaan itu tentang apa-apa yang tidak syarie, di samping memandu pemerintah untuk mentadbir negara dengan baik serta berusaha mengIslamkan orang yang bukan Islam.Itukan lebih baik dan lebih menguntungkan umat Islam.

Tetapi kita tidak buat begitu. Kita hentam kerajaan umat Islam di dunia hari ini dari belakang, kita hina dan buruk-burukkan hingga terpecahlah umat Islam kepada dua kumpulan besar. Alangkah bahayanya perbuatan ini.

Tetapi kita tidak terfikir pun begitu. Kita berebut juga kerusi kerana ingin ambil alih tampuk pemerintahan.Dan bila ada sekumpulan kecil manusia yang tidak senang dengan semua itu, kita cap orang itu tidak tahu politik, tidak fikir negara.

Walhal sikap kitalah yang sebenarnya sangat bahaya untuk politik, perpaduan ummah serta keseluruhan umat dalam sesebuah negara.

Tidak mengapa juga kalau perjuangan kita itu benar- benar membawa umat yang cinta Islam itu kepada cara hidup Islam.Tetapi jelasnya tidak begitu.Kita tidak didik mereka dengan iman dan taqwa, Kita hanya beri semangat politik pilihanraya yang kotor, yang mencerca dan memfitnah satu sama lain.Kemudian kita lagakan mereka sekampung. Hancur berkecai perpaduan umat.

Kemudian kita syarahkan perpaduan ummah, negara Islam, dunia Islam.

Bila orang tanya mana dia Islam itu ?

Tunggu ! Tunggu hingga kita dapat kuasa memerintah negara.Alangkah kejamnya perjuangan kita itu. Kita bohongi masyarakat konon Islam tidak boleh bangun tanpa kuasa.

Senjata untuk perjuangan Islam yang utama ialah taqwa. Sebab dengan taqwa Allah akan bantu. Bila Allah bantu, tiada kuasa apa lagi yang boleh mengalahkan kita.

Tapi hari ini pejuang Islam ketawa kalau kita cakap tentang hal-hal begini.Karut kata mereka.Tidak logik.Tidak rasional.Dan lain-lain lagi. Kerana itulah perjuangan mereka macam keretapi rosak enjinnya. Bunyinya kuat tetapi tidak bergerak-gerak. Akibat menolak soal-soal kerohanian, konon hal-hal kerohanian boleh membuatkan orang jumud dan ketinggalan zaman. Tetapi nampaknya tanpa kerohanianlah menyebabkan perjuangan mereka lebih ketinggalan zaman.

Betulkan fahaman kita konon kalau takut-takutkan orang dengan dosa, dengan neraka, nanti orang akan tinggal dunia.Orang tidak membangun dan tidak membina kemajuan dan tamadun..

Pada pendapat mereka, kalau disebut-sebutkan sangat hal itu orang akan lari sebab perkara itu ketinggalan zaman. Soal cinta Allah, rindukan Allah, malu pada Allah, takutkan Allah, tawakal, redha, sabar, syukur dan hina diri pada Allah sangat jauh dari perbincangan mereka apalagi untuk dijadikan amalan rohani mereka.

kerana merasa diri bersih dan sudah baik.akibamya kita terdorong mengata-ngata orang dan menyalah-nyalahkan orang lain

Allah berfirman
Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu takutkan Allah dan katakanlah dengan perkataan yang tegas, nescaya Allah akan membaiki kerja-kerja kamu dan ampunkan dosa kamu. Barangsiapa takutkan Allah dan Rasul, maka sesungguhnya dia mendapat
kemenangan yang besar.

(Al Ahzab : 70-71)

Sebab itu Rasulullah sebelum berperang selalu ingatkan tentera supaya yakin dengan Allah dan takut dosa.Jadi kalau kita hendak berjuang atas nama Islam, kita mestilah terima syarat ini dan melaksanakannya.

Barulah betul, kita buat kerja Allah dan terhindar dari sikap memandai-mandai.Tetapi kalau kita perjuangkan Islam, dengan cara yang difikirkan oleh otak kita, ertinya kita berjuang kerana kita, bagi pihak kita, bukan kerana Allah dan bagi pihak Allah.

Kalau ini berlaku, tidak ada apa lagi keistimewaan pada perjuangan itu kerana ia tandus dengan satu tenaga yang luar biasa yakni bantuan Allah.Bila Allah tidak bantu, dalam keadaan ekonomi meleset ini pula, ilmu pun masih diceduk dari orang. . .

Tidak peliklah kalau nasib kita kini bagaikan ayam mati kelaparan di kepuk padi dan itik mati kehausan di dalam air.Malang seribu kali malang !


2. Musuh Islam telah tawan dunia dan fikiran serta jiwa manusia melalui media massa, pendidikan, ekonomi, kebudayaan, politik, perubatan, perkilangan, pengeluaran makanan, penulisan, perfileman, video, televisyen,fesyen, muzik, puisi, ketenteraan, perhubungan, khidmat masyamkat dan seribu satu macam cara lagi.Melalui cara itu mereka telah dapat menjadikan manusia ikut cara hidup mereka, walaupun yang beragama Islam.

Jemaah Islam mesti sedar hakikat ini.Musuh bukan memerintah negara umat Islam hari ini, tapi kenapa mereka boleh corakkan masyarakat kita dengan cara hidup mereka Mereka bukan hantar tentera pada kita.Tapi musuh menghantar fikiran, budaya, cara hidup mereka sama ada dalam berpolitik, berekonomi, bergaul suami isteri, kebudayaan, bersekolah, berpendidikan, perubatan, filem dan lain-lain lagi.Melalui kaedah itu mereka sudah meyahudi dan menasranikan negara-negara umat Islam.

Ertinya mereka meyahudi dan menasranikan umat Islam bukan melalui kuasa memerintah.Tapi dengan dakyah, yakni menyalurkan fikiran dan keyakinan hidup mereka yang batil itu kepada umat Islam melalui berbagai saluran.Bila fikiran itu sampai ke tengah masyarakat, yang ia kelihatan begitu cantik dan menarik pada nafsu kita,

maka tanpa sedar umat Islam sudah berubah kepada fikiran, keyakinan dan cara hidup musuh Islam, termasuk pejuang Islam sendiri.

Kalau begitu mengapa kita pejuang Islam sibuk hendak negara juga ?

Kuasa, tentera dan duit nyata tidak boleh menggugat Amerika.Ghadafi konon tunjuk senjata pada Amerika tapi akhimya lenyap ditelan dek gergasi dunia itu.Arab Saudi yang kayaraya, sudah jadi ceti dunia konon telah mengisytiharkan negara Islam, bawa Al Quran dan sunnah sahaja dengan menolak mazhab-mazhab, tapi kini jadi anak angkat dan anak emas Amerika

Apa kita fikirAmerika akan berdiam diri terhadap kita nanti kalau betul-betul memerintah ?
Apa jaminan tidak akan jadi seperti Arab Saudi dan Iran ?

Tapi kalau kita buat macam mereka, yakni salurkan kandungan Al Quran dan sunnah, tegasnya iman, Islam dan ihsan ke tengah ‘manusia, yang kalau manusia mengambilnya untuk jadi keyakinan dan cara hidup mereka, tentu musuh Islam tidak boleh buat apa-apa. Sekurang-kurangnya musuh hanya boleh kemaskan penyampaian likiran kepada dunia.Itu saja.

Tapi kalau kita boleh ketengahkan Islam secantik-cantiknya, menggunakan saluran-saluran yang digunakan oleh musuh-musuh seperti media massa, pendidikan, budaya dan lain-lain, sesungguhnya fitrah manusia tidak akan menolaknya.

Terjadilah nanti pertarungan fikiran dan keyakinan yang serius dalam diri tiap-tiap manusia dan tidak mustahil nanti yang bukan Islam pun akan menerima kebenaran wahyu dan sabda Nabi.Mereka akan menukar cara hidup jahihah kepada Islam.Cara ini kalau kita dapat laksanakan dengan sebaik-baiknya dan dengan pertolongan Allah, bukan negara saja dapat diIslamkan, tapi dunia pun boleh jadi Islam.

3. Tegakkan sistem hidup Islam dalam kehidupan ahli jemaah Islam.Yakni sistem pendidikan Islam, ekonomi Islam, sosial Islam, pentadbiran Islam, perubatan Islam, media-massa Islam, perkilangan barang-barang keperluan umat Islam, hubungan luar negeri, biro dakwah, kebajikan khusus memikirkan nasib anggota. Misalnya perkahwinan mereka, keperluan biasiswa, menanggung anak yatim dan janda serta lain-lain lagi.

Siapa halang kita dari melakukan ini semua ?
Ahli yang beratus ribu itu mengapa tidak digunakan sebagai tenaga pekerja untuk
menegakkan Islam dalam jemaah ?
Apa yang ditakutkan ?
Atau apa yang tidak ada?

Jika sekiranya jemaah Islam tidak menyediakan system hidup Islam, sekurang-kurangnya sistem pendidikan untuk lahirkan kader, itu maknanya jemaah tersebut belum berjuang, baru berangan-angan. Kalau setakat bercakap itu belum cukup syarat untuk membuktikan yang orang itu benar-benar cintakan hukum-hukum Islam. Sungguh tidak logik jemaah Islam mahu Islamkan negara, sedangkan jemaahnya sendiri belum berwajah Islam. Lagilah tidak logik jemaah Islam hendak ubah sekolah sekular pada Islam.Bagaikan pokok rambutan hendak ditukar jadi durian Mustahil.

Bila jemaah Islam tidak membangunkan system Islam, ertinya mereka tidak memberi kerja pada orang-orangnya, selain mengharapkan undi.Lalu tidak peliklah kalau ramai orang tidak percaya dengan jemaah Islam, tentang kemampuannya untuk memberi keadilan dan keamanan serta keharmonian pada masyarakat.

4. Jadikan jemaah Islam sebagai jemaah dakwah, supaya usaha-usaha menyampaikan ajaran Islam tidak terbatas di musim pilihanraya sahaja. Berdakwah bererti memberi pandangan, nasihat, tunjuk ajar, teguran dan didikan untuk melaksanakan Islam. Berdakwah bukan mesti bercakap sahaja, tetapi dipelbagaikan dengan surat-menyurat, telefon, ziarah ke rumah, melalui kaset dan video, melalui buku, sajak, syair, nasyid, akhbar, majalah dan lain-lain.

Didiklah umat sama ada yang sudah beragama Islam atau yang belum Islam untuk cinta Islam dan mengamalkan ajaran Islam itu. Jangan diulang lagi perbuatan menarik orang kafir kepada negara Islam, sedangkan dia tetap kafir.

Alangkah kejamnya perbuatan tersebut dan sangat bertentangan dengan Islam. Rasulullah berjuang mengIslamkan orang bukan mengIslamkan negara. Tapi kita, biarlah orang masuk neraka asalkan aku dapat kuasai negara!


5. Saya ulangi lagi bahawa kalau tidak boleh buat semua jangan tinggalkan semua. Kuasa memerintah tidakada, sebab itu tidak boleh tegakkan undang-undang jenayah Islam, tapi undang-undang lain masih boleh ditegakkan.Ibadah, muamalah dan munakahat. Jalankan rubu’ ini.

Ajak umat sembahyang banyak dan puasa banyak kemudian korban banyak-banyak (yang ada dua rumah jual satu, rumah sewa wakafkan sebahagiannya) untuk perjuangan Islam. Takkan hendak latih sembahyang, puasa dan berkorban pun nak kuasa negara juga.

Jangan anggap sembahyang, puasa dan berkorban itu kurang dituntut.Bahkan ia fardhu ain yang mana kalau tidak dilaksanakan dengan sengaja boleh membawa kafir. Dulu kafirkan orang kerana tidak buat Negara Islam, kenapa tidak kafirkan orang-orang yang tidak kisah dengan fardhu ain itu ?

Seterusnya menegakkan ekonomi Islam di tempat-tempat kediaman kita, itu pun fardhu kifayah.Hendak buka kedai dan kilang makanan atau lain-lain projek ekonomi, tidak payah tunggu kuasa.Bahkan kerajaan menggalakkan rakyat berdikari. Kenapa tidak bangunkannya, untuk elak dari sistem ekonomi riba yang kita masih terlibat ?


6. Hentikan sikap-sikap yang boleh merugikan jemaah Islam:

1. Suka membesar-besarkan perkara yang kecil dan meremeh-remehkan hal yang besar. Ini terjadi apabila kita tidak setuju dengan sesuatu perkara, maka yang besar pun jadi kecil, tapi apa yang kita setuju, yang kecil pun jadi besar.Orang begini ialah orang yang tidak ada prinsip tertentu, kalau ada maka penyakitnya ialah tidak kuat dan dia tidak tegas melaksanakan prinsip.

Orang yang ada prinsip, perkara yang hak, walau apa orang kata sekalipun, macamana sekalipun, tetap dibesarkan dan dipertahankan. Sebaliknya perkara yang batil, walaupun orang semua setuju dan bagaimana gagah sekalipun tetap dikecil-kecilkan dan ditentang.

Tapi pejuang Islam hari ini bukan hak dan batil timbangannya.Tapi ikut suasana. Misalnya ketika Arafat berjaya, sokonglah perjuangan Arafat Tapi kemudian bila Ghadafi tertonjol, tarik balik sokongan pada Arafat, sokong perjuangan Ghadafi pula. Akhimya bila Ghadafi ditelan zaman, berhentilah meniru cara dan roh perjuangan Ghadafi. Tiba-tiba datang Khomeini dengan revolusi di Iran.Sokong cara Khomeini pula, terima Syiah pula.

Walhal sebelum itu tuduh orang-orang yang baca doa menyebut Sayidina Ali, Siti Fatimah, Sayidina Hussin dan Sayidina Hassan, sebagai berbau Syiah dan karut.Tapi bila Syiah menang, mereka pun peluk Syiah, tidak timbul karut lagi.Rupa-rupanya Iran tidak sampai ke mana juga.Sejuk di tengah jalan, maka sejuklah juga pejuang Islam.Begitulah halnya pejuang-pejuang Islam hari ini.Patutlah tidak berjaya, sebab tidak ada hala yang khusus untuk dituju.

2. Sikap suka memandang hina dan mengutuk serta menuduh-nuduh sesama Islam bahkan sesama jemaah Islam.Sikap ini sebenarnya merugikan kita sendiri, sebab masyarakat akan nampak akhlak kita buruk, suka menghina orang lain.Orang akan lebih simpati pada jemaah yang kita tuduh tadi.Apa baiknya kita mengata-ngata orang ?

Allah benci, manusia pun tidak, suka. Orang akan kata, mereka pun tidak ikut Islam betul-betul, macamana suruh orang lain buat ?

Kalau begitu, tukarlah sikap dan cara berjuang supaya kita benar-benar mewakili Allah (Hezbullah). Berjuang ikut cara dan kata Allah, bukan cara dan kata kita. Itulah di antara langkah-langkah praktikal yang mesti dilaksanakan oleh pejuang Islam demi memperjuangkan Islam di akhir zaman ini.

Sekiranya kita laksanakan dengan baik, nanti kita lihat satu perubahan besar berlaku dalam masyarakat. Dan itulah tanda-tanda bahawa negara ini dan dunia ini akan jadi negara Islam dan dunia Islam. Insya-Allah.

dr buku kenapa salahkan musuh
Allahyarham Ust. hj Ashaari Muhammad

Jumaat, 20 Januari 2012

Apa itu politik Islam ?


RamaI pihak yang berpendapat bahawa adalah lebih baik berpolitik untuk mendapatkan kuasa memerintah Negara kerana dengan itu mudahlah Islam ditegakkan. Dan seperti yang kita sedia maklum, setiap parti yang ingin berkuasa di negara ini mestilah melalui politik pilihanraya kerana itu adalah satu-satunya jalan yang sah dan sedia ada menurut undang-undang negara.

Perlu kita ingat, politik pilihanraya yang diamalkan sekarang ini adalah kaedah ataupun cara perjuangan yang diimpot dari Barat Ertinya, politik yang ada pada hari ini adalah ciptaan orang kafir, bukan daripada Islam.Ia dibuat tanpa berpandukan undang-undang Islam.Jika kita mengikut kaedah pejuangan mereka dengan sendirinya kita terjebak ke jalan yang menyimpang daripada syariat.

Sabda Rasulullah SAW:
Terjemahannya: Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan maka dia juga akan tergolong dalam kaum itu.

Jadi jelas kepada kita, politik Barat ialah sesuatu yang salah dan jika kita mengikutnya kita juga bersalah. Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah perjuangan kita daripadanya Sesuatu yang temyata salah pasti tidak akan membuahkan natijah yang baik.Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbulkan huhu-hara, kacau-bilau dan persengketaan di tengah masyarakat.

Ini sudah terbukti.Masyarakat Barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka lagang, kata mereka,

“Politic is a dirty game.”

Oleh itu kita sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam adalah agama yang suci dan mementingkan kebersihan, samada lahir mahupun batin.

Dalam politik berpilihanraya seperti yang ada pada hari ini, kuasa dan pengaruh adalah penting untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Sudah tentu dalam usaha mendapatkan pengaruh ini banyak tolak-ansur ‘terpaksa’ dilakukan. Ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya sewaktu pilihanraya diadakan. Dalam berkempen misalnya, kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan kita itu sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, bergaul bebas atau tidak.

Mengapa?

Ini disebabkan kita takut mereka lari daripada kita. Sikap mementingkan undi telah menyebabkan kita bertolak ansur dan pejam mata terhadap kemungkaran yang mereka laksanakan Ini bertentangan dengan ajaran Islam !

Hal ini memang terjadi dalam masyarakat kita. Jarang soal sembahyang, pendedahan aurat, pergaulan bebas disentuh secara serius dalam kempen-kempen politik kerana hendak “mengambil hati” para pengundi. Kita terdorong untuk bercakap atas topik yang sedap pada pendengaran orang ramai sahaja. Sedangkan menurut ajaran Islam adalah menjadi kewajipan menegur dan membetulkan kesalahan yang berlaku di hadapan mata kita.Dan kesalahan yang besar mestilah diutamakan lebih dahulu sebelum cuba membetulkan kesalahan-kesalahan yang kecil.

Dengan ini, sikap tolak-ansur dengan kemungkaran adalah tertolak, kerana ia menjerumuskan kita kepada sifat nifaq ataupun talam dua muka.

Melalui sistem politik Barat ini juga, kita cuba menggunakan kuasa yang ada di tangan untuk menundukkan orang ramai kepada Islam dengan menggunakan tekanan dan paksaan melalui akta-akta, undang-undang, peraturan- peraturan dan lain-lain lagi.

Ertinya, Islam yang mereka tegakkan bukanlah atas dasar kesedaran, keinsafan, kefahaman dan bukan dari dorongan iman.

Bila ini terjadi, dua perkara mungkin berlaku.

Pertama, oleh kerana undang-undang Islam masih asing dan janggal pada pandangan masyarakat, dengan diam-diam hati mereka menolaknya.Ini akan menyuburkan rasa tidak puas hati yang lama kelamaan, semakin meluas di kalangan masyarakat yang belum mempunyai kesedaran dan kefahaman Islam itu. Ini merbahaya.

L.ebih-lebih lagilah jika yang menolak dan tidak puas hati itu ialah pihak-pihak keselamatan (anggota polis atau tentera). Dengan mudah kerajaan Islam akan digulingkan melalui pemberontakan bersenjata ataupun demontrasi-demontrasi rakyat jelata.

Jika pun tidak sampai ke peringkat itu, perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat jelata pasti mendorong mereka menjatuhkan kita dalam tempoh pilihanraya yang akan datang.

Ibarat pokok yang belum berbuah tetapi telah dicantas orang, begitulah kerajaan Islam yang dibina bukan atas dasar iman, pasti akan runtuh sebelum sempat menegakkan Islam di seluruh bidang kehidupan.

Kemungkinan yang kedua, rakyat akan berpura-pura patuh kepada ajaran Islam di hadapan pemimpin, tetapi dibelakang pemimpin ia menjadi orang yang munafik atau pun fasik.Walaupun mereka sebenamya memusuhi Islam tetapi tidak berani angkat muka kerana takut dan tidak ada kekuatan untuk mencabar kuasa pemerintah.Mereka laksanakan Islam kerana takutkan hukuman bukan kerana takutkan Allah.Manusia boleh berpura-pura di hadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah.

Inilah yang berlaku di setengah-setengah negara Arab yang telah mengisytiharkan kepada dunia bahawa negara mereka ialah negara Islam. Misalnya, perempuan-pemmpuan mereka hanya menutup aurat dengan tudung dan purdah di dalam negeri tctapi jika berada di luar negeri, mereka buka dan dedahkan aurat dengan fesyen pakaian Barat. Ini selalu kita lihat, bila menaiki kapalterbang dalam perjalanan berdakwahdi luar negeti. Wanita-wanita Arab akan menaiki kapalterbang dengan pakaian yang mendedahkan aurat dan bila hampir sampai ke negara mereka, barulah purdah disarungkan kembali.

Apakah Islam yang begini kita mahu ?
Islam pura-pura !

Sementara di pihak pembesamya pula, akan berlakon di hadapan rakyatnya dengan menjalankan undang-undang Islam. Di dalam Negara mereka berlagak sebagai pemerintah Islam tetapi bila mereka melancong ke luar negeri seperti ke Thailand, Perancis dan London sikap mereka pun bertukar. Mereka buat maksiat dan kemungkaran semahu-mahunya. Inilah peribadi-peribadi yang kononnya penaung kepada negara Islam.

Apa sudah jadi?

Pemimpin berlakon di hadapan rakyat,
rakyat berpura-pura di hadapan pemimpin ?
Inikah negara Islam yang kita cita-citakan ?

Oleh itu yakinlah, bahawa negara Islam yang sebenamya ialah negara yang diasaskan atas dasar iman, dimana pcmimpin dan rakyatnya melaksanakan ajaran Islam kerana takut dan cinta kepada Allah semata-mata.

Sekiranya kita hendak melaksanakan Islam secara’syumul dengan menguasai negara terlebih dahulu, ertinya kita mengarahkan orang bersembahyang, berakhlak, menutup aurat, jangan bergaul bebas, memotong tangan pencuri-pencuri dan lain-lain hukum-hakam Islam, bukan atas dasar iman.

Yakni mereka terpaksa tunduk kepada Islam bukan dengan kesedaran, bukan dengan kefahaman Islam dan bukan dengan dorongan iman tetapi terpaksa kerana terikat dengan akta, undang-undang, peraturan-peraturan dan lain-lain. Ini berlaku kepada kedua-dua golongan, samada dalam pemerintah ataupun kepada rakyat jelata.

Bagi pemerintah yang naik berkuasa melalui jalan politik bukan atas dasar iman, mereka akan dengan sendirinya terdedah kepada kemewahan, kesenangan, pangkat, Wang ringgit dan lain-lain.Ini kerana merekalah yang paling herkuasa dalam sesebuah negara.Apakah mereka sanggup berhadapan dengan godaan dunia ini ?


Sebenarnya ajaran Islam yang syumul itu dapat ditegakkan dalam diri, masyarakat, hinggalah kepada persoalan negara melalui pembangunan iman.

Inilah cara yang perlu dititik beratkan dan perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh. Iman perlu dibangunkan melalui dakwah dan tarbiah. Dengan ini orang ramai akan didorong, ke arah memahami, menghayati dan mengamalkan Islam secara lemah lembut, kasih sayang dan penuh hikmah!

Kefahaman dan kesedaran Islam yang bertapak dalam diri individu-individu itu dengan sendirinya akan menimbulkan cinta dan kasih kepada Islam tanpa dipaksa-paksa. Menanam iman dan menyuburkan melalui dakwah dan tarbiah mestilah dibuat secara langsung.

Ibadah, akhlak, ukhwah, setiap anggota masyarakat mestilah dibimbing terus dengan cara menanamkan kesedaran dan kefahaman melalui dakwah dan diikuti dengan memberi tarbiah.

Ertinya, masyarakat bukan hanya diberi kefahaman yang tepat melalui teori-teori, tetapi terus dibimbing melalui didikan secara praktikal.Bila ini dapat dibuat secara kemas dan berkesan, dengan sendirinya akan lahirlah individu-individu yang beriman dan bersedia bila-bila masa sahaja untuk menegakkan hukum-hakam Islam.

Firman Allah
Sesungguhnya tidak ada jawapan dari orang mukmin itu apabila diajak kepada Allah dan Rasul menghukum di antara mereka melainkan ucapan: kami dengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang-orang dengar dan yang beruntung.”

(An Nur : 51)

Melalui ayat ini,jelas kita lihat bahawa hanya orang mukmin sahaja yang mampu mematuhi perintah Allah.Orang mukmin yang telah ditarbiah ini, akan melaksanakan apa sahaja perintah Allah tanpa banyak soal, tidak kira dimana pun jua dan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jika ia menjadi wakil rakyat, maka ia akan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara Islam. Jika ia menjadi penghulu, ia akan mentadbir diri dan kampungnya secara Islam.Begitulah seterusnya hinggalah ke peringkat pemimpin negara.

Hujjah membangunkan Islam melalui dakwah dan tarbiah, bukan melalui politik pilihanraya adalah kuat.

Tidak ada nas secara jelas dan Qat’ie menunjukkan Islam mesti dibangunkan melalui politik. Di dalam Al Quran dan Sunnah tidak pemah disebut secara tepat dan soreh tentang nas-nas yang menunjukkan jika Islam hendak ditegakkan secara syumul mestilah melalui politik . . .

Tidak ada! Tidak pemah kita temui kalimah “ Su’su’ maksudnya “Hendaklah kamu bersiasah atau berpolitik.”

Tetapi yang banyak kita temui ialah kalimah-kalimah seperti:

Terjemahannya:
Hendaklah kamu sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.

Ini kalimah yang membawa maksud dakwah.

Firman Allah lagi
Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik.Dan berbahaslah dengan mereka dengan sebaik-baiknya.

(An Nahl :125)

Di dalam ayat ini disebut perkataan hikmah.Dan hikmah yang dimaksudkan ialah hikmah dalam berdakwah.

Selanjutnya,

Firman Allah
Sesungguhnya tidak ada kewajipan bagi Rasul-rasul itu melainkan untuk menyampaikan.

(Surah Al Maidah :99)

Jadi jelas kepada kita, perintah “menyeru” dan “menyampaikan” melalui ayat Al Quran dan Hadis ini ialah perintah dakwah bukan siasah (politik Barat). Selain daripada itu, kita boleh membuktikan kenyataan ini melalui pengalaman hidup sehari-hari.Melalui mata kepala kita sendiri, jelas dapat dibuat perbandingan antara kesan dari kemajuan gerakan dakwah dengan gerakan politik dalam usaha menegakkan Islam secara syumul.

Dapat dilihat dengan jelas, Islam yang ditegakkan melalui dakwah lebih maju dan lebih mendatangkan kesan daripada pergerakan politik. Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh
sesiapa.Ramai orang yang telah kembali menghayati dan mengamalkan ajaran Islam hasil dakwah dan tarbiah. Sembahyang mula ditegakkan, riba ditinggalkan, pergaulan bebas dihentikan,wanita-wanita menutup aurat pengajian agama hidup di merata-rata, pakaian Islam seperti jubah dan serban mula banyak kelihatan dan lain-lain tanda kebangkitan Islam, ialah hasil dakwah bukan siasah.

Hukum-hakam Allah ini mula ditegakkan kembali setelah adanya perjuangan Islam melalui dakwah.Sedangkan sebelum ini, iaitu ketika perjuangan Islam melalui politik telah lama dilaksanakan oleh parti-parti tertentu.tidak nampak tanda-tanda kebangkitan Islam seperti yang telah disebutkan tadi.

Ini disebabkan keimanan, kesedaran, kefahaman yang ditanam di dalam jiwa melalui dakwah dan tarbiah berjaya menyediakan orang-orang patuh, tunduk dan taat kepada
Allah dengan rela.Mereka sanggup menempuh apa sahaja rintangan dalam melaksanakan perintah dan pentadbiran secara Islam.Dari hati, tanpa dolak-dalik lagi.

Malah kepakaran, kemahiran dan apa sahaja bakat semulajadi yang ada pada individu itu secara otomatik akan digunakan untuk menegakkan perintah Allah. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah ke atas diri para sahabat.Sayidina Abdul Rahman bin Auf yang memang pakar dalam bidang ekonomi sebelum Islam, dengan sendirinya melaksanakan kehendak-kehendak syariat bila hatinya dipenuhi iman.

Ertinya, Rasulullah cuma memberitahu polisi-polisi dari kehendak Islam di bidang ekonomi untuk dilaksanakan oleh Abdul Rahman bin Auf, yang memang sedia mempunyai kepakaran di bidang itu.Rasulullah tidak mengajak Abdul Rahman bin Auf berekonomi tetapi dengan menanam iman, kepakaran ekonomi itu dengan sendirinya digunakan untuk Islam.

Begitulah yang terjadi kepada para sahabat yang lain seperti Sayidina Ali,Umar, Abu Bakar, Salman dan lain-lain.Kepakaran-kepakaran yang sedia ada pada peribadi mereka bukanlah diajar oleh Rasulullah, tetapi bila mereka telah beriman semua kepakaran itu dipergunakan untuk Allah.Jadi, mengenai kepakaran, kemahiran dan bakat semulajadi yang ada pada diri masing-masing terus dipupuk oleh Islam ataupun boleh diambil dari mana-mana pihak asalkan penanaman iman telah lebih dahulu dibuat pada individu-individu berkenaan.

Bila iman mantap, dengan sendirinya polisi, dasar dan pelaksanaan bidang-bidang itu akan tepat mengikut syariat!

Tetapi jika penanaman iman diabaikan, walaupun seseorang itu mempunyai kepakaran khusus di bidang agama sekalipun, namun kepakaran itu tidak akan dapat digunakan untuk menegakkan Islam.Buktinya berapa ramai orang yang mempunyai ijazah di bidang Usuludin, Feqah, Tasauf dan lain-lain tetapi tidak mengamalkan Islam selaras dengan ilmu yang dipelajarinya.Ia pakar tasauf tapi mendedahkan aurat, dia pakar Usuludin tapi makan riba, dia pakar ilmu feqah tapi tak sembahyang.

Perkara-perkara ini lebih jelas terbukti melalui pengalaman kita semasa melawat dan berdakwah di Timur Tengah. Sedih bila kita lihat, ada guru (pensyarah) yang mengajar Usuluddin (aqidah) dengan memakai mini skirt!

Ertinya dia mengajar aqidah tetapi amal lahimya tidak beraqidah. Mengapa ini terjadi ? Kerana dia hanya diberi ilmu aqidah tetapi tidak ditanam iman di dalam hatinya, maka akibat dari itu anggotanya tidak mencerminkan peribadi beriman.

Oleh itu, tugas kita yang utama ialah berdakwah dan mendidik masyarakat. Para ulama dan para da’i mestilah menjadi penasihat kepada pemerintah, bukan untuk merebut kerusi pemerintahnya.Para pendakwah wajib memberi nasihat. Kewajipan pendakwah atau para ulama ialah menasihati pemerintah dan menjadi kewajipan pula kepada pemerintah menerimanya. Jika pemerintah enggan ia dikira berdosa di hadapan Allah sedangkan para da’i telah pun melaksanakan tugasnya iaitu menyampaikan.

Jadi kewajipan para da’i dan ulama-ulama tidak semestinya dia memerintah untuk menegakkan Islam tetapi yang wajib baginya ialah memberi nasihat.Yang wajib memerintah secara Islam ialah mereka yang telah duduk dikerusi pemerintah.

Kalaulah ulama dan para da’i mesti memerintah,mengapakah para-para ulama dizaman dahulu seperti Imam Ghazali, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Hambali dan lain-lain menolak apabila ditawarkan untuk memerintah ?

Jika ulama wajib memerintah dalam usaha menegakkan Islam dalam diri, masyarakat dan negara, sudah tentu ulama-ulama yang kita sebutkan tadi menerimanya, kerana mereka lebih faham tentang ajaran Islam dan lebih takut kepada Allah.

Ini membuktikan mengambil alih kuasa untuk menegakkan Islam itu tidaklah mesti !
Rasulullah SAW sendiri pemah ditawarkan kuasa untuk memerintah di peringkat awal perjuangannya (iaitu diperingkat Makkah). Tetapi beliau menolaknya. Mengapa Rasulullah tidakmemikirkan untuk bermain strateji dengan mengambil kuasa itu dari secara langsung atau tidak langsung menggunakannya untuk menegakkan Islam?

Ini kerana Rasulullah sedar tanpa penanaman iman melalui dakwah dart tarbiah, Islam tidak akan dapat ditegakkan menurut apa yang Allah kehendaki.Rasulullah juga sedar, untuk mentadbir sesebuah negara perlu kepada tenaga yang ramai, tidak boleh dibuat secara seorangan.

Mana hendak dicari individu seramai itu, sedangkan masyarakat ramai masih belum faham dan tidak bersedia untuk menerima peraturan-peraturan Islam ?

Jika pun dapat dicari, tetapi belum ada jaminan individu-individu yang bakal mentadbir itu terdiri daripada orang-orang yang benar- benar beriman dan kuat memegang syariat. Atas dasar ini, Rasulullah tetap memegang prinsipnya iaitu menegakkan Islam mestilah melalui dakwah.

Tindakan Rasulullah SAW dan para ulama salafussoleh ini mestilah dicontohi, kerana perjuangan mereka telah terbukti bejaya, dalam ertikata mendapat keredhaan Allah. Sedangkan sejarah perjuangan umat mutakhir terutamanya yang bergerak atas dasar politik pilihanraya sudah banyak yg gagal.

Malah semakin berjuang, semakin terhina.Ini bukan sahaja melanda parti politik yang bercita-cita Islam diMalaysia bahkan turut menimpa parti-parti politik yang seumpamanya di seluruh dunia.

Jadi jelaslah Allah menyuruh kita memberi nasihat, samada melalui lisan atau tulisan. Nasihat ini pula mesti disampaikan penuh kasih sayang dan hikmah.

Kita diperintahkan berlaku lembut dalam sikap tetapi tegas dari segi prinsip.

Tetapi apa yang berlaku hari ini ialah orang lebih suka menghentam, mengutuk dan mengumpat individu-individu yang masih lalai dan belum faham tentang kehendak-kehendak Islam.Jarang para ulama dan para da’i memberi nasihat secara empat mata melalui pertemuan-pertemuan dari hati ke hati

Logiknya, pertemuan-pertemuan seumpama ini hanya boleh dilakukan melalui usaha-usaha dakwah bukan politik, kerana politik selalunya adalah medan yang penuh kecaman dan nista antara parti-parti yang bertentangan.


Ada pihak yang berpendapat,

Politik berpilihanraya adalah satu-satunya jalan untuk menguasai negara bagi menegakkan Islam dan kerana itu mengikut kaedah usul Feqah ia dihukumkan wajib aradhi.

Ini berdasarkan kaedah usul feqah yang berbunyi:
“Tidal sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan satu perkara yang lain maka perkara yang mendatang itu juga dikira wajib ”

Dalam kata-kata yang lain mereka berpendapat, politik berpilihanraya adalah sebagai wasilah menuju matlamat (iaitu menegakkan Islam).Oleh kerana menegakkan Islam itu wajib maka politik pilihanraya (wasilah menujunya) dihukum wajib juga.

Begitulah pendapat mereka!

Sebenarnya pendapat mereka itu tertolak.

Yang dikatakan terpaksa menempuh jalan (wasilah) yang ada ialah apabila wasilah yang lain tidak ada.Tetapi jika masih ada jalan-jalan lain menuju matlamat yang sama maka jalan itu tidak dihukum wajib.

Contohnya, kita wajib menggali perigi untuk mengambil wuduk bila air paip tidak ada, air sungai tidak ada, air tasik, air laut dan sebagainya tidak ada.Yang mampu kita buat untuk mendapatkan air hanyalah melalui perigi maka ketika itulah menggali perigi jatuh wajib hukumnya. Tetapi jika air paip masih ada ataupun lain-lain sumber masih ada maka menggali perigi tidak boleh dihukumkan wajib. Ketika itu menggali perigi hanya dihukumkan sunat sahaja.

Tegasnya wajibnya kita menempuh sesuatu jalan yang sedia ada ialah apabila tidak ada jalan lain. Politik pilihanraya bukanlah satu-satunya jalan untuk menegakkan Islam.

Ada berbagai-bagai jalan lain untuk menegakkan Islam. Malah jalan ini terbukti lebih berkesan dan menepati syariat.

Mengapa kita harus mengorbankan jalan yang jelas nasnya dalam Al Quran untuk meminjam jalan politik barat demi memperjuangkan Islam ?

Sudah tertutupkah jalan bagi kita untuk berdakwah, berziarah, berdialog, bertemu melalui majlis silaturrahim untukmenarikmanusia kepada Islam ?

Tidak! Jalan-jalan ini masih terbuka luas untuk kita dan masyarakat sentiasa menunggu-nunggu untuk mendengar dakwah kita.

Jika kita terus mempertahankan cara berpolitik barat untuk menegakkan Islam, ertinya kita telah menyempitkan ajaran Islam itu samada secara sedar ataupun tidak.

Mengapa ?

Ini kerana seolah-olah kita menanggap ajaran Islam tidak syumul, sehingga terpaksa mengambil kaedah orang kafir (barat) untuk menegakkan Islam.

Secara tidak sedar kita telah menghina Allah dan Rasul kerana menganggap Allah tidak menggariskan kaedah yang jelas dan tepat untukmenegakkan agama-Nya.

Ini satu kesalahan yang berat !

Apakah kita menganggap Allah hanya memperjelaskan matlamat perjuangan tetapi tidak memperjelaskan kaedah untuk menuju matlamat itu, sehingga kita terpaksa mengambil kaedah orang barat ?

Tidak sekali-kali.

Sedangkan yang sebenamya Allah SWT melalui Rasul-Nya telahpun menggariskan satu garis perjuangan yang tepat untuk memperjuangkan Islam. Kaedah ini telah dicatit oleh sejarah dan terbentang di hadapan mata kita.

Mustahil kita tidak dapat melihatnya. Jadi, jika ada orang yang menuduh kita berdosa kerana tidak mengikut jalan politik pilihanraya seperti yang ada sekarang ini, maka itu adalah satu kesalahan.Meskipun yang berkata demikian ulama, terutama ulama- ulama politik. Mereka itu bukanlah ulama-ulama mujtahid.

Lebih-lebih lagi pendapat itu bukan ijmak ulama mujtahidin. Walaupun mereka berkata itu adalah ijmak ulama

tetapi bagi kita tetap menolaknya jika ijmak ulama itu bukan ijmak ulama-ulama bertaraf mujtahidin.

Oleh kerana pendapat itu bukan ijmak ulama mujtahidin maka tidak salah jika ada individu lain (yang mampu berijtihad) menolaknya. Dan mungkin pendapat daripada ulama yang seorang itu lebih bemilai daripada pendapat ramai yang kurang arif dalam agama.


Sebenamya, usaha menegakkan negara Islam

mestilah bermula dari tapaknya, iaitu diri. Setiap individu mestilah menegakkan Islam dalam dirinya. Jika ini dapat dilaksanakan oleh seluruh lapisan masyarakat ertinya Islam telah wujud dalam diri rakyat, guru-guru, petani-petani, penghulu-penghulu, pegawai-pegawai daerah, imam-imam, hakim-hakim, menteri-menteri dan seterusnya.

Dengan ini barulah tertegak negara Islam melalui perpaduan seluruh lapisan masyarakat atas dasar iman dan sama-sama ingin menegakkan hukum-hakam agama melalui bidang
masing-masing.

Jadi jelas menunjukkan mengIslamkan diri itu lebih penting datipada mengIslamkan Negara kerana dengan tegaknya Islam dalam diri dengan sendirinya tertegak Islam dalam negara.

Tetapi jika negara kita diisytiharkan sebagai negara Islam sedangkan peribadi-peribadi yang ada di dalam negara itu belum Islam dalam ertikata sebenarnya, maka itu masih dikira gagal !

Sebab itu Hukamak ada berkata,
“Tegakkan Islam pada dirimu,
nescaya akan tertegaklah Islam di negara kamu.”

Firman Allah
Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli kamu dari azab api neraka.

(Surah At Tahrim : 6)

Melalui ayat ini Allah memerintahkan kita supaya memulakan usaha menegakkan Islam (agar terhindar daripada neraka) daripada diri, kemudian keluarga dan akhimya barulah ke tahap yang lebih besar iaitu dalam jemaah perjuangan kita, masyarakat, negara dan dunia seterusnya. Bila diri telah berubah maka mudahlah keluarga berubah dan selepas itu dengan sendirinya jemaah berubah diikuti oleh masyarakat, negara dan insya-Allah dunia seluruhnya.

Iman yang telah bertapak kukuh dalam diri nescaya dengan berperingkat-peringkat mempengaruhi masyarakat sekeliling.

Seperkara lagi,
orang akan mudah ditarik kepada Islam dengan adanya contoh-contoh atau model yang dapat dilihat dan dirasa keindahannya.

Tidak ada gunanya kita hanya pandai berteori tentang kesempumaan Islam jika amalan Islam kita sendiri nampak serpih!

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab anggota sesebuah jemaah Islamiah untuk mewujudkan aktiviti-aktiviti dan program-program di dalam jemaah mereka sendiri supaya contoh itu dapat dilihat dan dimanfaatkan oleh masyarakat.

Jika jemaah kita hanya pandai bercakap tetapi tidak berbuat bagaimana orang-orang luar mahu yakin dengan seruan kita?

Atas dasar ini, mewujudkan amalan Islam samada Habluminallah mahupun Habluminannas dalam sebuah jemaah Islamiah adalah penting. Orang akan meneropong ke dalam diri jemaah Islamiah yang bercita-cita hendak menegakkan negara Islam, apakah telah wujud amalan-amalan Islam secara praktikal dalam jemaah berkenaan ?

Jika tidak ada, maka orang akan bersungut,
“Mana mungkin jemaah Islam itu dapat menegakkan negara Islam, sedangkan dalam jemaahnya yang sekecil itupun tidak mampu diisi dengan aktiviti-aktiviti Islam?
Apalagi dalam sebuah negara yang lebih besar ?”

Sebaliknya,jika amalan-amalan Islam dapat dilihat dalam sesebuah jemaah Islamiah (walaupun belum bertaraf negara) maka orang akan berkata,

“Oh, jemaah ini, kalau takdimya mendapat negara mungkin ia dapat menegakkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Kita boleh bemaung di bawahnya.”

Inilah realiti yang mahu dilihat oleh masyarakat dan jika kita berjaya menegakkan model masyarakat yang kita seru nescaya mudahlah masyarakat menerima dan melaksanakan
Islam.Tanpa paksaan.Tanpa tekanan.

Bagaimana dan apakah bentuk amalan Islam yang perlu ditegakkan dalam sesebuah jemaah Islamiah ?

Ini boleh dibuat dengan bermacam-macam cara.

Jemaah Islamiah mestilah menegakkan ekonomi Islam sebagai altematif ekonomi riba yang mereka tentang. Jemaah Islam mesti menegakkan pendidikan Islam (sekolah dan pusat-pusat tarbiah) sebagai jawapan kepada pendidikan sekular yang dipersalahkan.

Begitulah dengan amalan-amalan Islam yang lain.Hanya dengan itu, barulah masyarakat sedar rupa-rupanya jemaah Islam pandai membina, bukan hanya pandai mengkritik dan menyalahkan !

Dengan adanya aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ini, terbinalah hubungan baik dan mesra antara orang ramai dengan jemaah Islamiah. Khidmat masyarakat yang diberikan oleh jemaah Islamiah secara langsung dan secara tidak langsung itu menjadi penambat hati sekaligus menjadi medan kepada anggota-anggota jemaah Islamiah untuk berbakti kepada Allah dan kepada sesama manusia. Inilah tujuan kita berjuang dan berjihad.

Rasulullah SAW bersabda:
Sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain.

Jemaah Islam yang telah mewujudkan ekonomi,’ pendidikan, perubatan, media massa, kampung-kampungi pertanian, dakwah, hubungan luar negeri dan lain-lain aktiviti bercorak Islam dengan sendirinya kelihatan sebagai sebuah “negara” dalam jemaah itu sendiri.

Jika kita gagal menegakkan “kerajaan” Islam dalam jemaah kita sendiri, mana mungkin kita dapat menegakkan kerajaan Islam dalam sebuah Negara ?

Di sini jelas menunjukkan bahawa sistem hidup cara Islam yang dibina dalam jemaah Islam itu adalah sebagai bukti keikhlasan para pejuang dalam perjuangarmya. Mereka bukanlah inginkan kuasa dalam tugas mereka, tetapi semata-mata ingin melihat Islam berdaulat.

Khidmat masyarakat yang dijalankan oleh jemaah Islamiah mestilah dibuat setakat kemampuan dan tenaga yang ada.Sebelum kita memberi khidmat kepada masyarakat melalui negara (seperti yang dicita-citakan) cubalah memberi khidmat kepada masyarakat melalui jemaah yang telah kita kuasai.

Tetapi jika melalui jemaah yang ada kita kuasai pun belum boleh membuat khidmat kepada masyarakat, sudah tentu bila negara kita kuasai, kita juga akan gagal memberi khidmat kepada orang lain.

Lebih malang lagi jika sesuatu jemaah Islamiah itu bukan sahaja tidak dapat memberi khidmat kepada masyarakat di luar jemaahnya, bahkan ia juga gagal memberi khidmat kepada anggotanya sendiri. Kebajikan ahlinya terbarai, pendidikan anak-anak tidak disediakan, tiada khidmat perubatan kepada ahli-ahli yang sakit, ada ahli-ahli yang miskin tidak dibantu dan berbagai-bagai lagi kelemahan. Ini akan menghilangkan keyakinan semua orang.Bukan sahaja kepada masyarakat di luar jemaah bahkan ahli-ahlinya nanti akan bosan dart akhirnya mengundurkan diri daripada perjuangan.

Inilah perkara-perkara penting yang mesti difikirkan, difahamkan dan diperjuangkan oleh semua jemaah Islamiah, tidak kira apa namanya ataupun di mana sahaja mereka berada. Mudah-mudahan perjuangan kita diridhai Allah.

Amin.



Madah

1. Menasihati orang yang bersalah, tidak salah.
Yang salah memikirkan salah orang

2. Seseorang itu diikuti kerana beberapa faktor:

i. Kerana kebenarannya.
ii. Kerana kuasanya.
iii. Kerana ada sesuatu padanya yang diharapkan.
iv. Kerana fanatik orang dengannya.
v. Kerana kejahilan orang yang mengikutnya.
vi. Kerana orang terhutang budi kepadanya.

3. Mengumpulkan manusia tidak sama dengan mempersatukan manusia.
Kerana mengumpulkan manusia itu mengumpulkan fizikalnya
tapi menyatukan manusia ialah menyatukan hatinya.

4. Bersatu tidak sama dengan berkumpul,
bersatu ikatan jiwa,
berkumpul ikatan fizikal,
bersatu diikat oleh tali Allah,
berkumpul diikat dengan kepentingan dunia.


5. Bersatu fikiran, fizikal dan hati tidak sama.
Bersatu fikiran tidak mesti bekerjasama.
Bersatu fizikal tidak mesti satu hala.
Tapi bersatu hati itu akan sehidup semati.

6. Orang yang insaf dia tenang,
orang yang bersemangat dia emosional,
orang yang berfikir selalu merenung.

7. Air kalau mengalir tanpa saluran atau parit,
ia akan melimpah dan memusnah.
Begitulah semangat kalau tidak ada disiplin, dan tidak terpimpin;
ia akan merosak dan memusnah.

8. Sesuatu kuasa itu akan lebih lama diperolehi
daripada sesuatu bangsa, kalau ia didapati
melalui ilmu dan tarbiah,
bukan semata-mata.dengan kekerasan


Allahyarham Ust. hj Ashaari Muhammad

Sabtu, 14 Januari 2012

Hakikat Sholat dan Mi'raj



Shalat adalah istilah yang di dalamnya para pemula menemukan keseluruhan jalan menuju Tuhan, dari awal sampai akhir, dan yang didalamnya maqam-maqam mereka ditimpakan.

Jadi, para pemula, penyucian menggantikan tobat, dan keberuntungan pada pembimbing rohani menggantikan penentuan kiblat, dan berdiri dalam Shalat menggantikan perjuangan melawan hawa nafsu (mujahadat) Dan membaca Al’Quran menggantikan zikir, dan ruku, menggantikan kerendahan hati, bersujud menggantikan pengenalan diri, dan mengucap syahadat menggantikan keakraban, dan salam menggantikan pengunduran diri dari dunia dan bebas dari belenggu maqam.

Karena itu, ketika Rasulullah kehilangan semua perasaan gembira (musyarib) dalam kekacauan yang memuncak, beliau biasa mengatakan :

“Wahai Bilal, senangkanlah kami dengan Azan”

Sebagian beranggapan bahwa shalat adalah sarana untuk memperoleh “kehadiran” bersama Tuhan, dan yang lain menganggapnya sebagai sarana untuk memperoleh “ketidakhadiran”. Sebagian orang yang telah berada dalam “ketikhadiran” menjadi “hadir” dalam shalat, sementara yang lain berada dalam “kehadiran” menjadi “tidak hadir”.

Demikian pula, di akhirat nanti dimana Tuhan terlihat, sebagian yang tidak hadir, ketika mereka melihat Tuhan, akan menjadi “hadir”, dan sebaliknya.

Aku Ali bin Utsman, menyatakan bahwa shalat adalah suatu perintah Illahi dan bukan sarana untuk memperoleh baik “kehadiran” maupun “ke tidak hadiran”, karena perintah tuhan bukanlah sarana untuk mencapai sesuatu.

Tatapi, karena ia harus dilakukan oleh semua orang, apakah “hadir” ataupun “tidak hadir “, shalat adalah berdaulat esensinya dan kemandiriannya.

Shalat harus dilakukan dengan keteguhan hati (Istiqamat) sehingga badan-badan kita terbiasa dengan Ibadah, dan orang-orang Istiqomah juga melakukan banyak shalat sebagai rasa syukur atas nikmat yang Allah limpahkan kepada mereka.

Sehingga malalui shalat-shalat itu mereka menjadi satu, dan ketika sudah tidak dalam keadaan shalat dengan demikian mereka menjadi terpisah.

Yang pertama, orang-orang yang bersatu dalam shalat-shalat mereka, melakukan shalat wajib siang dan malam, dan juga melakukan shalat-shalat sunnah, tetapi yang ke dua, orang-orang yang terpisah, melaksanakan shalat tidak lebih dari pada yang mereka butuhkan.

Rasululloh bersabda :
“dalam shalat terletak kegembiraanku”

karena shalat adalah sumber kebahagiaan begi orang yang Istiqomah.

Ketika Rasululloh dibawa mendekat kepada Tuhan pada malam Mi’raj, dan jiwanya terlepas dari rantai-rantai wujud, dan Ruhnya kehilangan kesadaran akan semua derajat dan maqam, dan kekuatan alamiahnya sirna, beliau mengatakan, bukan kerena kehendaknya sendiri, tapi diilhami oleh kerinduan

“Wahai Tuhan, janganlah bawa aku ke dunia penderitaan sana !! Jangan campakan aku di bawah kuasa tabiat alamiah dan hawa nafsu”.

Tuhan menjawab :

“Inilah keputusan-Ku bahwa engkau harus kembali ke dunia untuk menegakkan hukum Agama (syari’at) supaya Aku bisa memberimu di situ apa yang Aku telah berikan kepadamu di sini”.

Ketika kembali ke dunia ini,
beliau biasa mengatakan keadaan saat beliau merasakan kerinduan kapada maqam yang tinggi itu

wahai Bilal, senangkanlah kami dengan Azan !!

Maka baginya setiap kali shalat merupakan Mi’raj dan kedekatan baru kepada Tuhan

Dan Rasul bersabda :
“ Aku mendengar jibril mengatakan bahwa Allah berfirman :

“ Barang siapa menghina wali-wali-Ku, maka ia menyatakan perang kepada-Ku.
Aku tidak ragu-ragu dalam apapun, namun Aku segan mencabut jiwa hamba-Ku yang beriman yang membenci kematian dan yang kepadanya Aku tidak suka menyiksa, tetapi ia tidak bisa terlepas darinya. Dan tidak ada cara bagi hamba-Ku dalam mencari ridho-Ku yang lebih menyenangkan bagi-Ku dari pada pelaksanaan kewajiban-kewajiban yang aku letakan padanya. Dan hamba-hamba-Ku yang terus menerus mencari ridho-Ku dengan amal-amal sunnah hingga Aku mencintainya, dan bila mana Aku mencintainya, Aku menjadi pendengarannya, penglihatannya, tangannya, dan penolongnya.

Dan Rasul juga bersabda :
“Tuhan suka menjumpai orang-orang yang suka menjumpai-Nya, dan tidak suka menjumpai orang-orang yang tidak suka menjumpai-Nya”,

dan lagi

“Apabila Tuhan mencintai seseorang, Dia mengatakan kepada Jibril
“Wahai Jibril, Aku mencintai si fulan, maka begitu pula engkau hendaknya.

Kemudian Jibril mencintainya dan mengatakan kepada para penghuni langit, Tuhan mencintai si fulan, dan mereka juga mencintainya. Kemudian Dia melimpahkan kepadanya ridho-Nya di bumi, sebagai dia dicintai, begitu pun hal itu terjadi pada benci”.

nota
Di copy dr blog lupa link beliau


MENGADAP RAJA SEGALA RAJA

Sudah menjadi kebiasaan kalau rakyat mengadap raja,
raja memanggilnya lebih dahulu mengadapnya.
Sejak dipanggil, belum pun mengadapnya,
orang yang dipanggil berbagai-bagai perasaan
Rasa cemas, takut , bimbang, risau, fikiran tidak menentu dibuatnya.
Kalau tidak beradab tentulah dimarahnya,
kalau tidak pandai mengadap alangkah malunya.

Semakin dekat hari hendak mengadap raja dia semakin cemas,
semakin bimbang, semakin risau apa hendak dibuat serba tidak kena.
Mengapa perasaan itu begitu rupa?
Kerana kita tahu hendak bertemu raja, raja itu siapa?

Dia berkuasa dan boleh memarahi kita, boleh meghukum,
boleh juga memuji dan redha dengan kita.
Tapi takut dengan raja lebih mengatasi dari segala-galanya.
Itu baru raja dunia, sejenis kita, sama-sama lemah macam kita.
Sama-sama dicipta oleh Tuhan kita.

Cuma dia raja, berkuasa boleh menghukum kita,
datang bimbang dan takut dengannya.
Kalau hendak mengadap Tuhan macam mana sepatutnya?
Tuhan adalah Raja segala Raja
Raja dunia Akhirat, raja jenis manusia pun Dia cipta.

Hamba mengadap Tuhan, juga Tuhan memanggil hamba-Nya
lebih dahulu sebelum mengadap-Nya.
Tuhan memanggil melalui azan dan iqamah untuk
memberi pengetahuan dan pengisytiharan mengadap-Nya.
Bahkan sebelum diseru setiap hamba sudah tahu sebelum mangadap,
mestilah diseru terlebih dahulu.

Kalau benar-benarlah kita kenal siapa Tuhan,
kenal kebesaran-Nya, kehebatan-Nya, kemahasucian-Nya,
keagungan-Nya, berkuasa-Nya, penglihatan-Nya,pendengaran-Nya,
pengetahuan-Nya kehendak-Nya, hukuman-Nya, redha-Nya,
kasih sayang-Nya dan lain-lain lagi sifat-sifat-Nya,
sebelum diseru kita sepatutnya sudah tidak menentu perasaan.

Setelah diseru melalui azan dan iqamah
sepatutnya semakin takut dan cemas perasaan.
Semakin dekat hendak bersembahyang semakin bimbang sebenarnya.
Sepatut begitulah kalau kita benar-benar kenal Tuhan.
Tapi biasanya tidak begitu, kita tidak terasa apa-apa,
macam hendak jumpa kawan sahaja.

Kerana itulah tidak hairan kebanyakan orang
bersembahyang sekalipun imam dan ulama
tidak memberi kesan kepada jiwa, pada peribadi dan kehidupan.

Umat Islam hari ini tidak memberi kekuatan
apa-apa hasil dari sembahyang, sama ada di segi mental mahupun jiwa.
Sembahyang umat Islam hari ini tidak mencegah kemungkaran
terutama kemungkaran batin seperti sombong, riyak, ujub, megah,
pemarah, dengki, dendam, tamak, bakhil, tidak ada rasa bersama,
tidak ada tolak ansur, fikir diri sendiri.

Mengapa terjadi begitu?
Kerana tidak cukup kenal Tuhan,
kenal Tuhan yang asasnya sahaja.
Sembahyang pun hanya sekadar tahu syarat, rukun, sah, batal sahaja.
Padahal sembahyang adalah ilmu yang global,
sembahyang adalah lautan ilmu
.
Dalam sembahyang terhimpun ilmu aqidah, syariat dan tasawuf.
Falsafah sembahyang terlalu tinggi, ilmu yang tersirat,
bersifat maknawi dan rohani.
Ilmu sembahyang yang lebih mendalam tidak pernah diajari.
Bahkan para ulama pun sudah tidak tahu dan tidak mengerti.
Itulah yang menjadi masalah hari ini.

Allahyarham Ust. hj Ashaari Muhammad
Petikan dari Buku Tusnami

Mikraj Solat : MENGADAP RAJA SEGALA RAJA




Bagaimanakah sembahyang mampu menyelesaikan segala masalah dengan melahirkan manusia-manusia yang sangat takut dengan Tuhan serta cinta kepadaNya..?


Sholat AWAL WAKTU

Sholat di awal waktu sangat dituntut. Untuk menjadikan sholat itu sampai ke tahap membina peribadi agung, syarat-syarat batin mestilah dipenuhi, bermula dengan sholat di awal waktu. Langkah-langkah ini termasuk dalam usul fiqh yang bermaksud

“ Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan jalan-jalan ke arah kesempurnaannya juga wajib”

Walaupun syarat batin ini tidak diwajibkan secara hukum yang qat’i namun ianya perlu untuk mencapai kesempurnaan khusyuk. Sholat di awal waktu ini sungguh sulit dilakukan, jadi terpaksalah bermujahadah menanggung kesusahan nafsu yang lazim melambat-lambatkan solat. Hadir di tempat solat lebih awal sebelum masuk waktu kira-kira 10 minit., sudah sedia berwudhu’. Datang awal melambangkan sifat seorang hamba, iaitu datang sebelum dipanggil

Duduk penuh tawadhuk.Koreksi, muhasabah diri dengan mengutuk, mencerca diri.Hinakan diri dihadapan Allah SWT. Anggap kita ini lemah, dungu, bodoh, dhaif, lalai, leka, biadap, kurang ajar dsb dan menanggung bergunung-gunung dosa di bahu kita, sebanyak butiran pasir di padang pasir, selalu derhaka sama ada disedari atau tidak.

Mengeluh dan merintihlah terhadap Allah SWT mengenai nasib diri kita di kubur – alam barzakh, padang mahsyar, sirat….Rasakanlah bahawa tiada siapa yang dapat membantu dan menyelamatkan kita kecuali Allah jua. Rasakan saat kematian sangat hampir.

Rasailah pula betapa hebatnya Allah SWT itu yang Maha Agung, Maha Hebat, Maha Besar… Rasailah bahawa diri ini benar-benar di dalam genggaman Allah SWT….

Hadirnya hati lebih awal sebelum sembahyang akan memberi kesan di dalam solat. Ini akan lebih berkesan bila dilakukan secara istiqamah. Solat akan jadi sopan, lemah lembut tidak tergesa-gesa atau mahu cepat selesai.


Solat yg bakal dilayari itu sangat AGUNG.

Jika AKAL manusia dapat MENGUASAI MAKLUMAT2 dan data2 yang dipersiapkan oleh Tuhan ini dlm solat, maka manusia layak menjadi KHALIFAH Allah dimuka bumi ini dan MENGUASAI bangsa2 lain.

Sembahyang yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW di Sidratul Muntaha semasa Mikraj itu umpama pengulangan peristiwa itu kepada para mukmin. Sembahyang sebenarnya satu ‘mikraj menuju Allah’ untuk para mukmin mempersiapkan diri menjadi insan2 yang berTAQWA. Pemerintahan diri bermula dari AKAL. Segala INPUT maklumat set2 bacaan dalam AZAN, IQAMAT,dan SEMBAHYANG haruslah difahami oleh akal yang cerdik.

Diulangi, ia dimulai dengan azan dan iqamat yang mengandungi maklumat2 penting….
yg paling utama ialah keMaha Besaran Tuhan..

“Allah Maha Besar 2x”
“Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah…. “

Setiap hari 5x sehari Allah memanggil manusia secara formal via azan, dengan mesej supaya kita bersandar sepenuhnya pada Tuhan, supaya kita menghayati bahawa hanya satu2nya sunnah Rasulullah SAW yg patut kita ikut dan menjadikan beliau idola…

Hati yg mendengar azan harus menghayati bahawa itulah suara panggilan dari pihak sang Pengcipta , hati yg HIDUP akan bisa menangis mendengar pujukan Allah yg begitu syahdu sekali…

Lalu laungan azan itu kita balas umpama menyahut Cinta Agung dariNya..Allah SWT memanggil dan memperingatkan AKAL para insan yg mudah lupa supaya kita mendekati Nya kerana pada masa yg sama ada NAFSU yg mengajak kita menjauhiNya.

Sembahyang itu hakikatnya menumbuhkan dan menyuburkan rasa cinta kepada Tuhan
betapa yg kita mohon dikabulkannya, yg kita tidak minta pun dikurniakanNya.

Seruan azan yang mendayu-dayu lima kali sehari seringkali
dipandang ringan oleh kita yang sering lalai...
Marilah kita sama-sama menghayati roh azan..


AZAN

Azan adalah bujukan keramat Tuhan
agar seluruh insan kesayangan
datang bertemu denganNya
Sungguh...rayuan Allah SWT memperlihatkan
betapa inginnya, rindunya
dan sayangnya Tuhan kepada hamba-hambaNya
Bahasa panggilan yang digunakanNya itu,
belum pernah sesiapa pun menggunakan
bagi memujuk atau merayu dan memanggil kita
Cara Tuhan itu sungguh agungnya,
sama seperti agungnya CintaNya...pada kita


agaimana kalau seseorang memujuk kpd kita begini

" Wahai saudara ketahuilah bahawa saya mempunyai segala-galanya yang kamu perlukan dalam hidup ini.dan saya pun sgt bersedia..membantu anda apa shj dan bila2 masa

Katakanlah saudara bhw kamu rela menerima saya utk melayanimu dan biarlah tdk ada selain saya. Saya akan hantar wakil utk melakukannya bilamana kamu menyetujui

Marilah saudara , marilah inilah kemenangan dan kebahagiaanmu saya amat sanggup melakukannya dgn tdk mengharap apa 2 balasan pun.

Hebat sekali Cintan kasihnya bkn ?
Dan Dia ialah hanya dan hanya Tuhan


APA ITU SEMBAHYANG?

Ia simbol kerinduan, kecintaan, kemaha baikan, tanggungjawab dan belas kasihan Tuhan kepada para insan Muslim ciptaanNya

Ia ialah pertemuan, perbincangan, pengaduan, harapan dan jaminan Tuhan kepada hamba-hambaNya.

Ia satu projek agung antara hamba dengan TUHAN EMPUNYA ALAM
Dari situ manusia akan mendapat kekayaan paling asasi iaitu… sifat TAQWA
Inilah harta HATI yg termahal, tidak senilai dengan kekayaan seluruh isi bumi dan langit…

Tapi bagaimankah sembahyang dapat melakukannya ?

mari kita mengembara dlm sembahyang , melintasi 4 zon utamanya dalam setiap zon punya kesan tersendiri dlm kehidupan

Yang himpunan keseluruhannya ialah kemenangan besar yg diperlukan oleh setiap insan

Zon 1 : TAKBIRATUL IKHRAM




kemudian maklumat2 ini diulangi dalam TAKBIRATUL IHRAM.

Allah Maha Besar….!

Ini adalah satu rukun sembahyang. Akal sudah mengambil maklumat bahawa Allah itu Maha Besar…..

Mampukah akal menerima dan menjiwai takbiratul ihram yang singkat ini jika sebelum sembahyang pun diri masih belum bersedia menghayatinya ?

Jika semasa ini nafsu masih biadap dengan Allah SWT, maka ia akan terus leka lantas mempengaruhi Ruh yang akan terus dilalaikan


BAGAIMANA menggambarkan kebesaran Allah itu ?

Himpunkanlah keseluruhan kebesaran sifat2 Allah,
seluruh kebesaran ciptaan-ciptaanNya
seluruh kebesaran kerja-kerja Allah

Proseslah maklumat ini awal2 lagi paling lambatpun sekurang2nya semasa bertafakur, semasa azan, iqamat..dan hayatinya semasa takbiratul ihram.

Proseslah KERAJAAN DIRI Hinakan kerajaan diri ini..sehingga dalam HATI ini tiada yang lain..kecuali kebesaran Allah!

Kalimah 'Allahu Akbar" setiap sholat dibaca 17 kali, jumlah dibaca sehari semalam sebanyak 99 kali..


Rasailah & hayatilah kalimah ini..

" Aku datang kepadaMu wahai Tuhan...
Datang bersama segala nikmatMu dan segala dosa-dosaku yang kupikul di pundakku.. Engkau Maha besarnya dan aku pula teramat kerdilnya... Nikmatmu terlalu banyak hingga tidak sanggup aku syukuri...Dosa2ku pula
memungkinkan segala azabMu...


ALLAHU AKBAR...

" Wahai yang Maha Besar, terhimpun di dalam kalimah ini
segala sifat-sifatMu yang Maha Agung...
WujudMu luar biasa
SediaMu tiada permulaan
KekalMu tidak akan mati-mati
BersalahanMu dengan segala yang baru, tiada penyerupaan
BerdirinyaMu sendiri tanpa perlu apa-apa
EsaMu tidak boleh dibelah bahagi
KuasaMu tidak oleh tenaga
BerkehendakMu bukan boleh difikir-fikir
IlmuMu membuatkan tiada sebesar debu pun terlindung
HidupNya Mu bukan oleh nafas
Mendengarnya Engkau Tuhan, serentak kepada seluruh ciptaan
Melihatnya Dikau juga serentak, tiada terlindung sekelip mata pun
BerkataMu itu bukan oleh suara, bukan berlidah, bukah berhuruf
sentiasa dalam keadaan berkata-kata dengan sifat yang amat Besar dan Tinggi
sejak azali lagi

Wahai Tuhanku Yang Maha Agung... Zatmu tidak dapat dibayangkan
Hati jadi lemah, aqal jadi bingung.. tidak mampu..tidak mampu..
Kebesaran dan KekuasaanMU membuatku rebah menyerah...


ALLAHU AKBAR!

Doa Iftitah – [ringkas]
Dimulai dengan ‘Allahu akbar kabiro…..’ dan seterusnya..maka maklumat harus diserapkan ke AKAL akan maksud ayat2 ini.

Himpunkan lagi kebesaran2 Allah yg sudah dijiwai di sanubari di waktu pagi hingga petang.


…..’Hanifanm musliman’..

Ini kata2 yang diajar oleh Allah SWT tetapi manusia haruslah mengusahakan agar ini menjadi ikrar kepada Allah SWT. Apakah maksud *hanif*?
Hanif ini adalah orang yang *sangat lurus hatinya* dengan Allah.

Contohnya Nabi Ibrahim as, beliau rela masuk kedalam api, rela menyembelih anaknya, itu semua dilakukannya dengan lurus, tulus..
beliau menilai semua itu sudah sepatutnya beliau melakukannya.


….Innassolati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, lillahirabbil alamiin…

AKAL menerima bahawa ini adalah sumpah setia diri kepada Allah ..agar HATI berperasaan HIDUP MATI kita adalah untuk Tuhan.Jika akal tidak faham maka maklumat ini tidak dapat mempengaruhi hati.

Bagaimana untuk menghayati sifat HANIF itu?
Jawabannya ada dalam Al Fatihah.

Zon 2 : ALFATIHAH



Maklumat2 yg tersirat di dalam Al Fatihah itu cukup untuk roh ini MENGENAL Allah. Betapa agung dan besarnya roh surah ini hingga menjadi rukun dalam tiap rakaat..

Dalam bacaan Fatihah, berulang2 kali ‘pihak’ Allah disebut secara langsung lafaz asma’nya atau tidak langsung.

Perhatikan CAPS dalam surah ini….

Dgn nama 1]ALLAH yang Maha PENGASIH 2] [RAHMAN]
lagi Maha PENYAYANG 3] [RAHIM]

Segala puji bagi 4]ALLAH, 5]RABB sekelian alam..
Yang Maha PENGASIH 6][RAHMAN] lagi Maha PENYAYANG 7][RAHIM]

8] MALIK [ penguasa] pada hari pembalasan

Hanya kepada 9]MU kami mengabdi,

dan hanya kepada 10]MU kami memohon
pertolongan

Tunjukkan kami jalan yg lurus
Jalan mereka yg telah ENGKAU berikan nikmat kpd mereka,
Sedang mereka itu bukan orang2 yg dimurkai
dan bukan pula orang2 yg sesat.

Begitulah lafaz ’surah cinta’ yg diajar Tuhan untuk hamba2Nya, surah yg bilamana dilafazkan oleh sihamba adalah merupakan keseluruhan puji2an, penghargaan, pengagungan, penyerahan jiwa, pengharapan…

Sekurang2nya lebih SEPULUH kali hamba menyebut ‘nama2′ Allah dalam Fatihah… tetapi orang yang lalai bersolat, kalimah2 suci ini disebut ibarat angin yang lalu sahaja….
Mungkin bisa ditamsilkan kita ini kadang2 persis orang gila yang membaca surat yg memuja-muji beserta mengharapkan bantuan di hadapan ‘raja’ tetapi jasadnya membelakangkan raja tersebut, walaupun nama ‘raja’ itu diulang2….dan mata pula liar melihat2 ke sana-ke sini..

Intipati ayat ini seolah2 Allah berkata begini…

“Jika kamu mahu menjadi hamba yang HANIF, maka tahukah kamu, bahawa AKU ini Maha BAIK, Maha PENGASIH, Maha PENYAYANG….Walaupun segala isi langit dan bumi serta AKHIRAT adalah kepunyaanKU, dibawah pengurusanKU. Namun AKU Amat Pengasih lagi Maha PENYAYANG…”

Allah seterusnya menyatakan bahawa….

” AKU jugalah RAJA semasa di akhirat nanti, alam yang kekal, di mana manusia yang paling akhir masuk ke syurga pun akan KUkurniakan mahligai seluas langit dan bumi…

Maka, mahukah KAMU wahai hambaKU…untuk mengikut AKU sahaja?
Luruskan hatimu, jadilah hamba2KU yang HANIF..

Di sini hamba2 yang hatinya hidup akan terdetik dalam sanubarinya….
Alangkah PENGASIHNYA Tuhan itu,
maka hati2 sihamba akan segera tertawan dengan KeMaha BAIKan Tuhan…

Hati pada mulanya merasa betapa kerdil dan hinanya diri berbanding penguasa sekelian alam dunia & RAJA alam akhirat… Tetapi kemudian berasa terhibur bila PENGUASA akhirat itu memberitahu bahawa DIA adalah YANG MAHA PENGASIH & YANG MAHA PENYAYANG………

Kemudian setelah hamba berkata dengan penuh pengharapan dan keyakinan bahawa hanya padaNYA mereka mengabdi dan memohon pertolongan…

Allah seterusnya mengajar manusia agar meminta satu keperluan yang paling agung ie SIRATHOL MUSTAQIM Allah seterusnya seolah2 berkata begini,

Wahai hamba2Ku,
jika kamu mahu menjadi hamba yang hanif, kamu harus MEMINTA kepadaKU.
Setelah kamu berikrar untuk menyerahkan seluruh hidup dan matimu untukKU,
kamu wajib berusaha dan meminta SIRATHOL MUSTAQIM, jalan agung yang telah ditempuhi para wali2, Nabi2 dan Rasul2.

Di sini Allah menawarkan hamba2Nya untuk bersama2 menjadi ‘team’ nabi2, rasul dan para wali2 Allah..tetapi jika hamba2 lalai dan bermain-main serta tidak serius, maka hanya ada DUA jalan lain yang akan ditempuhi…iaitu

1. MAGHDUB –
jalan mereka yang dimurkai, yang fasik, mereka yang mengikuti hawa nafsu

2. DHOLIN –
jalan mereka yang kafir dan tersesat, seperti para Yahudi dan Nasrani

Di sini Sirathol Mustaqim dan dua Jalan itu diletakkan bersekali dalam AlFatihah,
Bermakna setiap dari kita ini sangatlah dekatnya dengan kefasikan atau kekafiran, disamping jalan yg lurus itu..Samada fasik yang dikuasai nafsu atau kafir yang bertuhankan nafsu.

Jika diambil teladan umat terdahulu, contoh Saiyidina Ali kmw, apabila menafsir surah Al Fatihah yang sebanyak tujuh ayat ini, ilmu yang keluar terlalu banyak hingga jika ditulis dalam kitab, kitab itu terpaksa dipikul oleh 300 ekor unta. Ilmunya yg didigest akal, bertahta di hatinya lalu sudah terlalu menguasai Rohnya, sudah menundukkan nafsunya…

Sebab itu sewaktu dalam satu peperangan, bila sebatang anak panah menusuki betisnya, untuk mengeluarkan anak panah itu, Saiyidina Ali bukannya dikejarkan ke hospital seperti hari ini atau segera dirawat, tetapi beliau bingkas bersembahyang sahaja dalam keadaan sakit luka demikian. Ketika sedang sembahyang itulah anak panah dikeluarkan dan luka kakinya dibalut…Roh Saiyidina Ali tidak mengingati dunia lagi tika bersolat.

Ilmu yang dihayati Saiyidina Umar Al Khattab ra pula sudah menawan nafsunya menjadi Islam lalu hati beliau menjadi benar2 bersih dan ditakuti syaitan. Hingga bekas jalan yang dilalui Saiyidina Umar pun syaitan masih takut untuk menapak di situ.

Saiyidina Umar semasa ditikam tiga kali oleh seorang budak Parsi sebelum sembahyang Subuh, menyuruh orang ramai meneruskan sembahyang walaupun beliau cedera parah. Beliau menyuruh rakyat membiarkannya sahaja terbaring di lantai masjid. Soal sembahyang itu adalah terlalu besar nilainya pada orang mukmin, hingga Khalifah tidak mahu mereka mempedulikan dirinya buat seketika. Begitulah kehebatan rijalullah2 salafussoleh.

Maklumat2 dalam Al Fatihah ini jika dikuasai akal, lalu dihayati oleh roh, maka raja dalam diri itu tidak akan condong lagi kepada nafsu yang rendah, apalagi diperbudak2kan olehnya.

Surah AL-Fatihah dialog hati

Wahai Tuhan yang empunya diriku....
Ini aku datang mempersembahkan
pujian dan pujaan yang sebesar-besarnya terhadap-Mu
karena telah menciptakan alam sebagai simbol cinta
kepada insan hamba-hamba kesayangan-Nya.

Sungguh dapat aku saksikan Tuhan
betapa amat Pemurah, Penyayang, Pengasihnya Kamu
pada diriku dan orang-orang lain.
Belaian-Mu kepadaku jauh lebih hebat
dari belaian seorang ibu tika sedang menyusukan bayinya.
Bahkan Tuhan yang meyintai hamba-hamba kesayangan-Nya
telah mempersiapkan mahligai-mahligai Syurga yang maha nikmatnya
sebagai tempat kembali si hamba untuk bertemu-Nya.
Di sana, di negara Akhirat, kampung asal-usulku,
Tuhan sedang menanti.....
bidadari dan malaikat melambai-lambai mengharap agar manusia
tidak lupa hari pulang.
Di sana Dialah Tuhan,
Raja yang memerintah dengan sangat adil dan penuh kasih sayang.

Oh Tuhan! kalau begitulah ertinya Tuhan itu kepada hidupku,
bagaimanakah sepatutnya aku berkelakuan?

Ya, ini kubisikkan kata-kata yang tidak pernah
kuungkapkan pada sesiapa selain-Mu.
Bahawa sesungguhnya hanya padaMu aku serahkan
seluruh ketaatan dan kecintaan.
Juga hanya pada-Mu dan tidak pada yang lain,
aku mengadu hal diriku.

Tuhan... hanya padaMu aku menyembah,
hanya pada-Mu aku yang maha hina ini meminta-minta....
Lihatlah permintaan yang pertama yang Dikau sendiri
ajarkan supaya aku meminta-minta padaMu
iaitu memohon sebuah hadiah paling besar
yang hanya layak untuk para rasul, nabi-nabi dan para wali,
iaitu Siratul Mustaqim atau jalan yang lurus.
Yakni sebuah laluan yang sulit, sukar, sempit
tapi di hujungnya ialah Syurga yang abadi.
Ia amat tersembunyi dari pandangan musuh-musuh Tuhan
atau orang-orang yang Tuhan benci.
"Ya Allah, tunjuki daku jalan kepada-Mu,
lindungiku dari orang-orang yang Kau benci
dan orang-orang yang sesat.
Perkenankanlah, ya Allah...
Namun aku tetap malu kerana Engkau masih sudi
menerimaku dan memberi kekuatan kepadaku utk menghadapMu."