Sabtu, 28 September 2013

Islam itu penghayatan





Rasulullah saw. bersabda maksudnya:

“Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).

Allah swt. Berfirman kepada mereka,
“Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?,
Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?.

Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.

(Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi).

ISLAM bukan ajaran yang cukup sekadar disyarahkan berjela-jela 'di dalam kitab dan Islam bukan setakat hafaz Al Quran dan Hadis. Kebenaran ajaran Islam itu akan dapat dirasai walaupun dengan hanya dibincangkan secara akal ia cukup untuk menjadi pegangan kita. Apa gunanya kita hafaz Al Quran dan hafaz Hadis,hingga kita digelar hafiz dan muhaddisin, kalau isi ajaran Al Quran dan Hadis itu tak kita hayati ?

Itu sebabnya ahli Al Quran dan ahli Hadis lebih parah lagi. Kerana mereka tahu ilmunya tapi tak menghayatinya dan tidak beramal dengan kehendak ajarannya.

Mereka ini boleh disamakan dengan pakar ekonomi yang pakar dari segi ilmiahnya, tapi tak pernah berniaga. Atau ahli geografi yang mendalami tentang negeri Thailand, Afrika, Eropah dan sebagainya, tapi tak pernah tengok dan tak pernah mengembara ke negara-negara itu.Patutnya dah habis belajar, dia pergi tengok suasana bumi negeri itu. Orang yang tak belajar geografi pula yang mengembara.

Jadi mana lebih baik orang yang belajar berteori dengan orang yang belajar dari pengalaman ?

Kadang-kadang kita rasa,
"Jangan main-main dengan dia tu, dia hafal Al Quran 30 juz dan hafal Hadis berpuluh ribu..."

Kita perlu ingat, tidak sama menghafal dengan beramal tidak sama menghafal dengan menghayati. Seseorang itu mungkin bergelar profesor di bidang ekonomi kerana dia hafal teori-teori ekonomi, tapi dia tak pernah berniaga walaupun sekadar buka kedai runcit. Ada orang yang tak pandai teori-teori ekonomi, tak pernah masuk sekolah, tapi dia jadi jutawan sekarang ini.

Jadi Islam itu penghayatan. Pengamalan keyakinan kita itu penting. Banyak ilmu sahaja tak akan membawa ke mana. Sp

Sedangkan tujuan daripada memiliki ilmu

ialah untuk mengetahui batas-batas dalam agama, agar yang halal dilaksanakan dan yang haram dihindarkan. Bukan sekadar diperbincang-bincangkan, ditulis dan diseminarkan hingga habis masa.

Dengan memiliki ilmu juga diharapkan dapat mengenal nafsu yang terpuji dan yang terkeji.

Ia bukan setakat untuk jadi pengetahuan tetapi perlu diusahakan melalui mujahadah untuk memiliki sifat mahmudah dan membuang sifat mazmumah.

Tegasnya, ilmu adalah untuk diamalkan. Jikalau berkecimpung dalam ilmu sekalipun, tetapi tidak dihubungkan dengan amal untuk membaiki diri, maka ilmu itu tiada harga di sisi Allah.

Hukama ada berkata,
"Ilmu yang tidak diamalkan seumpama pokok yang tidak berbuah."

Apa gunanya kita memiliki dua ribu hektar dusun buah- buahan tetapi tidak berbuah malah lebih membebankan sahaja kena bayar cukai, kena urus dan jaga. Lebih baik cuma ada dua pokok durian tetapi berbuah.

Mereka lupa akan firman Allah,

"Sungguh berbahagialah orang yang mensucikan dirinya, dan sungguh rugilah orang yang mengotori jiwanya."
(As Syam; 10)

Sedangkan Allah tidak berfirman:

"Sungguh berbahagialah orang yang mengetahui tatacara mensucikan jiwanya, menuliskan ilmunya dan mengajarkennya kepada orang ramai..."

Dalam Matan Zubat ada inenyatakan:
"Orang yang alim dengan ilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya, akan diazab lebih dahulu daripada penyembah berhala dalam api neraka."

Mereka juga lupa firman Allah,
"Mengapa kamu berkata tetapi tidak dikota ? Besar sekali kemurkaan Allah terhadap terhadap orang yang berkata tetapi tidak herbuat."

(As Saf: 3)


Dan mereka lupa kepäda hadis Nabi:
"Siapa yang bertambah ilmunya sedangkan tidak beriambah petunjuk kepadanya (untuk beramal), maka orang itu tidak bertambah dekat kepada Allah metainkan bertambah jauh sahaja."

(Riwayat Ad Dailami)


Rasulullah SAW juga ada bersabda yang ada hubungan dengan ini:
"Sesungguhnya seberat-berat orang yang akan diseksa di harl kiamat kelak ialah orang alim yang Allah jadikan la tidak bermanfaat dengan ilmunya."

(Riwayat Tabrani dan Baihaqi)


Oleh itu menjadi orang yang berilmu belum tentu terselamat daripada tipuan.

Pakar di bidang bukum Islam pun belum tentu selamat. Pandai bersyarah tentang selok belok Islam juga belum tentu selamat, jika ilmu dan kepakarannya ítu tidak dapat menyuluh dan memperbaiki diri.

Yang lebih penting daripada itu ialah mengIslamkan diri terlebih dahulu.Kemudian barulah Islamkan peraturan hidup di luar diri kita.

Firman Allah:

"Wahai orang yang heriman, peliharalah diri dan keluarga kamu daripada api neraka."

(At Tahrim: 6)



Pesanan Para Ulama :

1. Ibrahim bin Habib bin Asy Syahid (w. 203H) bercerita :

"Ayahku berpesan :

Wahai anakku ! Datanglah kepada para fuqaha dan ulama. Belajarlah daripada mereka. Ambillah adab-adab, akhlak-akhlak dan tingkah laku mereka. Sesungguhnya itu semua lebih aku sukai daripada banyak menulis hadis !"

(Al Hafiz Abu Bakar al Khatib al Baghdadi, al Jami' li Akhlaq al Rawi wa Adab al Sami', hal. 9)


2. Makhlad bin Husein (w.191H) berkata :

"Kita lebih memerlukan banyak adab daripada banyak hadis !"
(Ibid)


3. Imam Abu Hanifah (w.150H) berkata :

"Kisah-kisah yang menceritakan tentang kisah ulama dan keindahan akhlak mereka lebih aku sukai daripada memperbanyak fiqah. Ini adalah kerana kisah-kisah ini mengandungi (pengajaran) adab-adab mereka."

(Al Hafiz al Sakhawi, Al I'lan bi at Taubikh liman Zam at Tarikh, hal 61)


4. Al Hasan bin Ismail berkata :

"Aku mendengar ayahku bercerita, Majlis Imam Ahmad bin Hanbal dihadiri lebih daripada 5,000 orang. Kurang daripada 500 orang, datang untuk mencatat hadis-hadisnya, manakala yang lain pula datang untuk mempelajari adab-adab dan akhlak-akhlaknya."

(Al Hafiz ibnu al Jawzi, Manaqib Imam Ahmad bin Hanbal, hal.210)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan