Ahad, 8 September 2013

Maafkanlah saudaramu ini




Surat Terbuka Untuk Alim Ulama’

KE HADAPAN Sohibussamahah Al Fadhil-Al Fadhil para mufti, para kadhi, tuan-tuan guru, para mubaligh,para ustaz(sama ada yang rasmi mahupun tidak rasmi,ada jawatan mahupun tidak ada jawatan, berdegree mahupun yang tiada degree, ada bintang kehormatan mahupun tiada bintang kehormatan, sudah pencen Mahu pun belum).

Dari saya seorang manusia biasa yang serba dhaif lagi berdosa, untuk tuan-tuan yang berbahagia lagi dihormati dengan tujuan untuk ingat-mengingatkan seperti yang difirmankan oleh Allah:

Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka yang ingat mengingatkan kepada kebenaran. Dan yang ingat-mengingatkan kepada kesabaran.

(Al 'Asr :1-3)

Firman-Nya lagi:
Hendaklah memberi ingat. Sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang mukmin.

(AZ Zariat : 55)

Saya tahu bahawa dalam banyak hal tuan-tuan lebih tahu dari saya.Yang mana layaknya tuan-tuanlah yang mengingatkan saya. Tetapi, mengapa saya mendahului tuan-tuan ? Ialah kerana Allah S.W.T telah mentakdirkan saya, selalu menggauli masyarakat. Seluruh Malaysia telah saya jelajahi untuk melihat dari dekat tentang agama mereka. Dan hampir semua negara umat Islam didunia telah saya tinjau perihal Islam yang ada pada mereka di sana. Alangkah sedih dan kasihannya saya pada mereka, kerana mereka begitu lalai dan jauh meninggalkan agama mereka. Seolah-olah mereka tidak tahu bahawa Allah itu Wujud, Maha Mendengar dan Melihat dan setiap detik mencurahkan rahmat pada mereka. Kebanyakannya langsung tidak peduli pada perintah dan laranganNya. Akibat dari itu, mereka telah dihina olehAllah di dunia sebelum diazab di akhirat.

Kalau tuan-tuan pergi ke Mesir, Maghribi, Pakistan,Tunisia, Turki, Syria, Arab Saudi, lndonesia dan lain-lain negara umat Islam, tuan-tuan akan lihat nanti betapa kehinaan yang sedang mereka tanggung. Dan alangkah kasihannya kita pada mereka. Sebab itulah saya tulis surat ini. Mengharapkan sumbangan tuan-tuan untuk mengembalikan umat ini kepada kebenaran dan keselamatan mereka dunia dan akhirat. Saya tidak nampak ada orang lain selain tuan-tuan yang mampu memikul tugas dan amanah ini. Bukankah tuan-tuan para alim ulamalah yang diamanahkan oleh Allah dan Rasul untuk menyambung tugas Rasulullah dan para sahabat ? laitu mendidik umat supaya hidup mengikut AlQuran dan sunnah.

Bersabda Rasuluh!ah:
Sesungguhnya ulama itu pewaris para Nabi.

(Riwayat Ahmad)

Tuan-tuan yang mulia, Perkara-perkara yang terpaksa saya nyatakan di sini, untuk bahan fikiran tuan-tuan demi memulakan tugas penting itu ialah seperti berikut:

Pertama: llmu Islam yang tuan-tuan miliki walau  apa bidangnya, tertakluk di dalam 4 rubuk penting iaitu ibadah, muamalah, munakahat dan jenayah, bukanlah tujuan utamanya untuk mencari kerja di pejabat, yakni untuk makan gaji semata-mata. Tujuan utama Allah berikan ilmu itu ialah untuk disampaikan pada semua umat manusia. Supaya Islam menjadi amalan hidup mereka, lebih-lebih lagi amalan hidup tuan-tuan sendiri (alim ulama), dan kaum keluarga terutamanya anak dan isteri. Tidak mengapa makan gaji kalau boleh melaksanakan kehendak Allah itu. Tapi kiranya gaji menyekat kita dari tugas tadi, maka utamakan kehendak Allah. Kerana rezeki itu hak Allah dan jangan sampai tuan-tuan meragu-ragukannya. Tapi hari ini para ulama mengutamakan gaji dan jawatan,‘Nak jaga periuk nasi.” Hingga tugas sebagai da’i diabaikan. Hingga kerana itu hanyutlah rakyat dan pemerintah dalam gelombang kejahilan yang penuh dengan najis dan mungkar. Tidak mengapa jugalah kalau tuan-tuan, anak,isteri dan kaum keluarga mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar, sekurang-kurangnya bolehlah masyarakat awam yang jahil itu serta para pemerintah mencontohi Islam yang ada pada tuan-tuan itu tapi malangnya itupun tidak berlaku. Oleh kerana sibuk dengan urusan menjaga status, gaji dan pangkat, tuan-tuan membekakangkan tugas-tugas dalam rumah yang berbentuk peribadi. Rumahtangga kita disusun dan dihias seperti orang jahil menghias rumah mereka. Seolah-olah tuan-tuan tidak tahu bagaimana Rasulullah dan para salafus soleh menyusun rumah mereka. Anak isteri alim ulama terkenal kerana mendedahkan aurat, sekalipun di waktu yang sama orang-orang “sekular” sudah ramai yang menutup aurat dengan tudung dan purdah. Sudah menjadi perkara biasa saja orang alim hantar anak untuk diajar dan dididik oleh Yahudi dan Nasrani di London dan Amerika, bila balik mereka meragui ilmu dan kerja ayahnya. Di Amerika saya ketemu dengan seorang anak tuan guru yang ragu dengan malaikat dan hari kiamat serta hidup di alam barzakh

Kenapa semua ini boleh berlaku ? Sedangkan kita tahu bahawa hal-hal demikian boleh menjerumuskan kita kedalam kawah api neraka.Tapi kalau kita tidak mampu, apa salahnya bersangka baik pada  badan-badan dakwah bebas yang ingin sekali membaiki keadaan umat Islam kita. Benarkan mereka berdakwah dulu,

kalau betul mereka menyesatkan orang, tangkap sahaja.

Tapi hari ini belum apa-apa setengah-setengah kadhi sudah sekat orang dakwah dari berdakwah. Yang pelik lagi ialah ada setengah-setengah kadhi yang sekat kadhi dari berdakwah. Kadhi tidak percaya pada kadhi. Kalau kadhi itu tidak betul mengapa diangkat jadi kadhi ? Kita bimbang kalau-kalau tujuan sekatan itu dibuat bukan kerana Allah, demi menjaga kesucian Islam, tapi kerana tidak senang dengan kebaikan dari orang lain. Kalau begitulah halnya,benarlah sudah sabda Rasulullah S.A.W:

Dua golongan manusia, bila baik dua golongan itu baiklah manusia, bila jahat, jahatlah manusia. Mereka itu ialah golongan ulama dan pemerintah.

Lebih aku takuti berlaku atas kamu seorang yang bukan Dajjal daripada Dajjal yang sebenar.

Mereka bertanya: Siapakah dia, Ya Rasulullah?
Baginda menjawab: Yakni dari kalangan ulama’ yang jahat (lagi sesat dan menyesatkan).

Kerosakan dunia dan manusia tergantung pada para ulama, sesudah pemerintah. Ertinya kerosakan dunia kini,dengan segala kekejaman dan penzaliman dan kejahatan adalah kerana kedua-dua golongan itu telah rosak (jahat).

Matan Zubat ada berkata:
Orang alim yang tidak beramal, masuk neraka lebih dahulu daripada orang-orang yang menyembah berhala.

Bila alim ulama tidak lagi jadi obor, tidak boleh jadi contoh dan tidak boleh jadi tempat rujuk lagi, maka saya takut akan berlakulah hal ini:

Apabila tergelincir alim ulama, tergelincirlah alam.
Dan saya lihat hal inilah yang sedang berlaku sekarang.

Kedua: Sesudah kita abaikan dakwah, dan kita cuaikan pula amalan Islam pada diri dan anak isteri secara lahir mahupun batin, sesetengah kita halang pula orang lain dari melakukannya. Sudah jadi perkara biasa bagi setengah-setengah kadhi untuk menyekat orang-orang dakwah dari berdakwah. Konon takut tersebar ajaran salah. Walhal kita tidak pun takut hal umat lslam yang sudah hanyut dan sesat dalam seribu kemungkaran. Kalau betul takut orang itu bawa ajaran sesat, kenapa tidak kita sediakan mubaligh-mubaligh sebanyak-banyaknya, sebanyak yang diperlukan oleh masyarakat, yang mana mubaligh itu jujur terhadap tugasnya itu, tanpa kepentingan kebendaan (duit) melalui “milage”dan mereka itu  mestilah mubaligh yang benar-benar boleh mendidik umat hingga Islam menjadi cara hidup penganutnya itu.

Ketiga: Satu lagi sikap para ulama yang tidak sepatutnya berlaku, kerana boleh menjahanamkan umat ialah turut berlumba mendapatkan degree seperti kerja orang-orang jahil yang menggunakan degree untuk jawatan, gaji dan status, kemudian membanggakannya. Memisahkan diri dari masyarakat kerana bergaul sesamanya saja. Masyarakat tidak dapat apa-apa pimpinan. Kalau ada pula yang campur masyarakat, bukannya mereka yang mencorakkan masyarakat, tapi masyarakat yang mencorakkan mereka.. Walhal Rasulullah S.A.W mengajar kita untuk mengambil dunia ini sekadar keperluan, selebihnya untuk masyarakat Islam. Hingga kerana itu hidup baginda sederhana sekali, kerana memberi kekayaan pada perjuangan Islam. Baginda sangat merendah diri sesama hamba Alah terutama orang miskin, anak yatim dan janda-janda. Kenapa kita tidak contohi baginda? Bukankah sebaik-baik contoh ialah Rasulullah S.A.W

Kemudian demi menjaga status tadi, kita terpaksa berhati-hati dengan pemerintah. Kesilapan pemerintah dalam tindak-tanduk mereka memerintah dan mentadbir negara tidak kita tegur dan nasihat secara serius Walhal kita cukup berani mendedahkan segala salah silap rakyat jelata. Hinggakan orang yang tidak sesat pun sesetengahnya kita sudah sesatkan. Yang tidak kafir pun sudah dikafirkan. Begitu sekali sungguh-sungguhnya kita. Kalaulah kesungguhan yang sama kita tunjukkan dalam mendidik pemerintah, sudah lama negara ini aman dari sebarang krisis serta rakyatnya hidup makmur kerana harta negara dibahagi secara adil.

Keempat: Di zaman kebangkitan Islam ini,yang bersungguh-sungguh mengusahakan tertegaknya hukum Allah bukannya anggota alim ulama. Sebaliknya orang-orang sekular yang belajar ilmu hisab, kimia, fizik, kajihayat, komputer, seni bina, pertanian dan lain-lain ilmu dunia (di universiti dalam dan luar negeri) itu pula yang dimasuki iman ke hati mereka kemudian terus memperjuangkan Islam hingga sanggup mengorbankan kepentingan-kepentingan duniawi mereka. Kebanyakan alim ulama buat tidak tahu sahaja. Boleh tahan. Ada sebahagian alim ulama yang anti dakwah, anti purdah, anti serban jubah, anti kampung Islam dan anti semuanya yang diusahakan oleh orang da’akwah. Mereka turut membuatkan masyarakat keliru, Islam mana yang betul orang dakwah atau ulama-ulama?

Saya tidak nafikan bahawa ada alim ulama yang turut masuk harakah Islam. Tapi fungsi mereka tidak ada.Yang menentukan dasar, teknik, tindakan dan sikap jemaah itu ialah golongan muda yang berpendidikan sekular.Suara ulama tidak kedengaran langsung. Mungkin rasa hina diri (inferiority complex) terhadap golongan muda.Maka jadilah jemaah Islam jemaah sekular yang corak dan rupanya lebih condong kepada sekular daripada Islam. lnilah akibat ulama tidak berani membawa jemaah itu kepada apa yang tepat sebagaimana kehendak Al Qurandan hadis.

Kelima: Badan-badan ulama terutamanya persatuan guru agama kerajaan, dasar perjuangan mereka ialah untuk meminta kenaikan gaji. Mengapa tidak jadikan juga badan itu sebagai badan dakwah untuk mengembangkan Islam ke setiap negeri? Bukankah itu perintah Allah. Dan bukankah Allah pun boleh beri gaji pada kita?

Firman-Nya:
Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Allah lepaskan mereka dari kesulitan hidupdan memberi rezeki dari sumber yang tidak diduga.

(At Talaq:2-3)
.
Keenam: Guru-guru pondok,yang dapat didikan cara tradisional hingga zaman kebangkitan lslam ini pun masih tidak mahu menukar cara perjuangan mereka. Masih terus menyibukkan diri dengan persoalan nahu dan saraf, baris atas atau baris bawah. Topik mujadalah tetaplah sekitar ilmu kalam, walaupun sekitar pondok mereka musuh-musuh sudah taburkan panggung wayang, gambar-gambar lucah,fesyen-fesyen menjolok mata,pendedahan aurat dan pergaulan bebas. Walaupun musuh sudah goncang dunia dengan riba, arak,judi, zina, dadah, rogol dan bom nuklear..

ltulah perkara-perkara yang ingin saya sampaikan kepada tuan-tuan. Saya yakin tuan-tuan boleh menerimanya kerana semuanya adalah beban dan tanggungjawab yang Allah pikulkan di bahu tuan-tuan. Yang mana kalau tuan-tuan abaikan di dunia, nescaya tidak lepas dari pertanyaan Allah di akhirat nanti. Apa tuan-tuan sanggup dimalukan di akhirat daripada dimalukan sedikit di dunia ?


Tuan-tuan alim yang saya muliakan,

Seperkara lagi ingin saya katakan ialah tentang akan lahirnya ke dunia ini Mujaddid Abad Ke15, untuk membantu gerakan Islam yang sedang berkembang kini. Dunia mesti dilslamkan sekali lagi sebelum segala-galanya berakhir yakni kiamat. Maka pemimpin itu ialah seorang ulama mutaakhirin yang ilmu, taqwa, warak,zuhud dan daya juangnya bertaraf khalifah Rasulullah,yang terlalu jauh jaraknya dengan apa yang ada pada kita. Jadi, kalau kita tidak bersedia, yakni tetap lalai, berpeluk tubuh dan ragu dengan kebangkitan Islam,ertinya kita akan dilanda banjir besar, akan hanyut dan terus dilupakan orang .Kemudian tempat tuan-tuan akan diganti oleh kaum lain yang mereka itu cintakan Allah dan Allah pun cintakan mereka.

Kerana itu, izinkan saya berseru, marilah kita insafi hal ini dan apa salahnya kita serahkan diri untuk kerja Allah dan Rasul-Nya ?

Sekianlah saja dari saya, hamba Allah yang hina dan banyak dosa. Ampun maaf dari tuan-tuan sangat saya harapkan kiranya kata-kata saya mencacatkan hati dan perasaan tuan-tuan.


Dan terima kasih kerana sudi membaca tulisan dari saudaramu yang kecil ini .

Wabillahil hidayah wal taufik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

ASHAARl MUHAMMAD



Bingkisan Kata-kata Hikmah Untuk Tatapan Para Pendukung Jemaah Perjuangan

KALAU kita kuat
apalah salahnya kita mengaku lemah,
Lebih-lebih lagi kalau kita lemah,
Bukankah mengaku lemah itu sifat hamba ?
Mengekalkan sifat hamba itu kesukaan Allah.


DENGAN kebenaran yang kita perjuangkan itu,
Tidak mesti kita tidak bersalah,
Kerana kesalahan itu bila-bila boleh berlaku,
Walaupun di dalam masa memperjuangkan kebenaran.


PERJUANGAN yang salah itu tetap salah,
Sekalipun yakin menegakkan kebenaran.


Di DALAM kita berjuang jangan anggap kita benar,
Tetapi katakanlah:
Moga-moga kita didalam kebenaran,
Kerana kesalahan itu amat halus,
Ada yang tersurat dan ada yang tersirat.


BERJUANG ertinya memberi tenaga,
Berjuang ertinya memberi fikiran,
Berjuang ertinya memberi pengorbanan apa saja,
Berjuang ertinya membaiki hati dan melawan nafsu, .
Berjuang ertinya membendung kekuatan musuh,
Berjuang bererti mengatur strategi,
Berjuang ada yang mengarah dan ada yang kena arah,
Oleh itu bukan dianggap perjuangan itu
mendengar pidato dan mengutuk musuh semata-mata.


BILA hati tidak keluh kesah dengan ujian.
Tidak terhina dengan cacian,
Tidak terhibur dengan pujian,
Menderita dengan dosa,
Tanda hati bersih,
Suluhlah hati kita agar dapat menilai diri.


PEJUANG-PEJUANG Islam akhir zaman,
Banyak main politik dan memikirkan strategi,
Kurang sekali memikirkan dosa,
Cuai berzikir kepada Allah,
Malas bangun malam,
Sedangkan perkara ini merupakan dha’bussolihin

DI DALAM memperjuangkan Islam,
Memang tidak dinafikan hal-hal strategi
Dan melengkapkan kekuatan lahir,
Tapi syarat kemenangan ialah dari Allah


Kalau kita ajak orang kepada Islam,
Jika diterima bersyukurlah
Kalau ditolak jangan dimarah dan dicerca
Kerana kita buat kerja itu bagi pihak Allah,
Bukan bagi pihak diri kita.


Orang yang berjuang fisabilillah
jika dikalahkan oleh musuh lahir, dapat syurga,
Tapi kalau dia dikalahkan oleh musuh batin
yaitu nafsu dan syaitan, Nerakalah padahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan