Rabu, 15 Ogos 2012
Kuliah Al Fatihah : Kuliah Akhir
Bismillahi rahmanir rahim
Alhamdulillah. Pada hari ini kita sambung semula kuliah. Mudah-mudahan, inilah kuliah yang akhir bagi surah Al Fatihah. Kalau kita flashback [imbas kembali], ayat-ayat itu berangkai-rangkai, satu sama lain ada hubungannya dan tidak terputus.
Kita telahpun mengkaji tentang sifat2 Tuhan, berdasarkan ayat-ayat dalam Bismillah. Hinggalah Tuhan memerintahkan kita menyembah dan meminta tolong dari Nya. Tuhan mengajarkannya secara bertahap-tahap hinggalah kita disuruh menyembah Nya; inilah kemuncaknya. Seolah-olah setelah kita sudah yakin betul dengan Tuhan, barulah Tuhan perintah untuk menyembahNya.
''Iyakanakbudu waiyakanasta'in''.
Kita bukan sahaja disuruh menyembah, bahkan disuruh meminta dengan Nya. Sebelum kita meminta, Dia ajar dahulu apa yang kita sepatutnya minta. Apa yang perlu diminta pun diajar. Kita diajar meminta sesuatu yang Tuhan telah berikan, iaitu nikmat-nikmat yang diberiNya kepada para Rasul dan Nabi. Inilah asas memintanya. Selepas asas ini barulah harus meminta yang lain-lain. Asas dalam meminta, adalah meminta apa yang Tuhan telah kurniakan kepada para Rasul dan Nabi. Kerana itulah yang menjadi asas kebahagiaan dunia dan akhirat.
[Yang lain2 itu seperti keperluan fizikal,makan, minum, pakaian dan lain-lain lagi, itu hanya sampingan]
Oleh itu '' na an'amta'alaihim'' itu, him itu dimaksudkan pada nabi-nabi dan Rasul-rasul. Tetapi sayang. Kebanyakan orang mengutamakan meminta yang sampingan, minta murah rezeki, itu dan ini. Patutnya minta yang asas dahulu. Jadi pokok utamanyaTuhan menyuruh kita meminta nikmat-nikmat yang telah diberikan kepada Rasul-rasul, nabi dan wali-wali serta orang soleh.
Tidak cukup dengan ''an 'amta'alaihim'' Tuhan menguatkan lagi maksudNya di sini dengan “ghairil maghdhuubi alaihim, walatdolliin”. Surah ini penting dan supaya tidak ada campur aduk langsung, jadi Tuhan pun menguatkan lagi permintaan itu dengan mensyaratkan,
''Tidak jalan-jalan yang Engkau murkai dan jalan yang sesat.''
Itu menunjukkan asas ini kuat dan penting. Penentu kebahagiaan dunia dan akhirat.
Yang lain itu hanya sampingan dan tambahan sahaja. Itulah maksudnya. Tuhan mengajar kita dan mensyaratkan permintaan itu. Kita tidak mahu mengikut jalan mereka yang telah Tuhan murkai dan tersesat. Jika ikut logik, orang2 yang sesat itu, pastilah orang2 yang Tuhan murkai. Maksudnya, kalau seseorang itu dimurkai Allah, adalah kerana dia sesat. Kalau tidak sesat banyak pun, sedikit. Orang yang dimurkai itu sudah semestinya orang yang sesat. Sama kategorinya.
Tetapi dalam ayat ini, mengapa dibeza-bezakan, mengapa murka dan sesat berbeza? Sebab maksud dimurkai Tuhan, kalau kita membaca tafsir dan mengikut hadis, orang yang dimurkai itu adalah seperti Firaun dan Qarun. Bila kita melihat tafsir juga, yang sesat itu adalah golongan Yahudi dan Kristian. Padahal keduanya juga dimurkai. Tetapi kedua-dua golongan Yahudi dan Nasrani ini ditafsir sesat. Mengapa ?
Ada yang tersirat. Kalau hendak dihuraikan tidaklah susah sangat tetapi susah kalau hendak dikaji hikmahnya.
Yang dimurkai itu, adalah orang yang menolak Tuhan secara total samada akidah atau syariatNya. Contohnya, Firaun dan Qarun, mereka menolak terus. Sebab itu Tuhan kata mereka itu dimurkaiNya kerana mereka menolak secara total. Sedikit pun mereka tidak menerima kebenaran itu.
Apa pula yang dimaksudkan mereka yang sesat ?
Bukankah Tuhan menyuruh kita mengikuti jalan yang lurus. Yahudi, Nasrani pernah menempuh jalan itu, tetapi di hujungnya, tersesat. Ertinya mereka pernah menerima kebenaran. Pernah menerima agama langit. Pernah menerima wahyu. Tetapi di tengah perjalanan, mereka tersesat.
Semasa zaman Islam, mereka dikatakan tersesat bukan dimurkai. Munasabahlah Yahudi dan Nasrani itu diistilahkan sesat. Sebab mereka pernah menempuh jalan yang benar. Yang tidak pernah menempuh langsung, walau setapak, lalu menolak secara total, itu yang dikatakan yang dimurkai. Kalau hendak dilihat secara luas, orang yang sesat itu banyak. Termasuklah fahaman komunis dan sosialisme, di mana itu semua fahaman yang dimurkai. Kalau orang seperti Bush itu, dia juga sesat.
Orang Islam juga ramai yang telah sesat. Pada asalnya mereka mengikut jalan yang lurus, tetapi setelah ditinggalkan Rasulullah SAW 1400 tahun dahulu, terdapatlah 72 simpang. Umat Islam pernah menempuh jalan yang benar, pada akhirnya ada yang tersesat. Pada zaman sekarang yang dimurkai pun ramai dan yang sesat pun ramai.[Lahir sahaja atas nama Islam]
Tidak salah juga kita mentafsirkan yang dimurkai dan sesat itu ialah orang yang menurutkan nafsu dan syaitan dan yang bertuhankan nafsu dan syaitan. Kita anggap kedurhakaan itu adalah bila kita bertuhankan nafsu dan syaitan
Kesimpulannya, Tuhan suruh kita meminta, sebagaimana nabi-nabi dan Rasul-rasul meminta. Tuhan benci dengan dua golongan yakni yang menolak kebenaran secara total dan yang menolak Tuhan serta Rasul.
Akhir ayat adalah '' Kabulkan permintaan kami.'' Ayat ini ditutup dengan amin. Jadi ayat yang asas itu telah menjadi doa.
Alhamdulillah, selesai sudah kuliah tafsiran surah Al Fatihah secara umum.
Kuliah disampaikan oleh Ustaz Ashaari Muhammad
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan